fiqh ibadah (mandi : mandi wajib)

Download Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)

If you can't read please download the document

Post on 22-Jun-2015

472 views

Category:

Education

21 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mengenali dengan lebih mendalam tentang mandi dari segi makna, syariat dan hikmah. Sebab-sebab mandi wajib yang perlu diketahui, cara-cara mandi dan perkara makhruh ketika mandi.

TRANSCRIPT

  • 1. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKAFAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITIDIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELANFIQH IBADAH (SHA 1012)BERSUCI (MANDI)DISEMAK OLEH:USTAZ IZZUDDIN BIN MOHD NOORDISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228)MUHAMMAD NAIM BIN ZAINUDIN (D1320076)AHMAD ARIF SAFIUDDIN BIN ROSLI (D1320015)MUHAMMAD SYUKRY BIN MAT SAAT (D1320198)

2. Page 1SEKILAS BICARABismillahirahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahteraSegala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar NabiMuhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat jugakami menjalankan dan menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan pada kali ini.Sememangnya peluang yang diberikan kepada kami ini banyak mematangkan diri danpemikiran kami untuk membina keyakinan dalam diri dan membantu kami untuk mengenalidengan lebih mendalam tentang subjek ini..Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Ustaz Mohd Izzuddin bin MohdNoor iaitu pensyarah kami bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliausepanjang tempoh pembelajaran. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak yangterlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yangpositif dan jitu dalam memberikan maklumat-maklumat yang diingini. Begitu juga kepadasahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina kerana banyakdugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang kajian yang kami jalankan.Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah kamimenyiapkan tugasan ini dengan baik. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agarmaklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumatkepada pembaca khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui dengan lebih lanjuttentang cara mandi yang biasa dilakukan sehari-harian dalam hidup kita semua. Wassalam 3. Page 2ISI KANDUNGANSEKILAS BICARA ________________________________________________________ 1ISI KANDUNGAN _________________________________________________________ 2PENGENALAN____________________________________________________________ 3MANDI___________________________________________________________________ 4PENGERTIAN MANDI _________________________________________________________ 4PENSYARIATAN MANDI ______________________________________________________ 4DALIL DARIPADA AL-QURAN ________________________________________________ 4DALIL DARIPADA AS-SUNNAH _______________________________________________ 4DALIL DARIPADA IJMAK ____________________________________________________ 5HIKMAH PENSYARIATAN MANDI _____________________________________________ 6BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB) ___________________________________________ 8JANABAH __________________________________________________________________ 8Sebab-sebab janabah _________________________________________________________ 9Perkara yang diharamkan ketika janabah:________________________________________ 11HAID______________________________________________________________________ 15Baligh ___________________________________________________________________ 16Tempoh haid ______________________________________________________________ 16Darah istihadhah ___________________________________________________________ 17Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid ____________________________________ 18Perkara lain yang diharamkan kerana haid _______________________________________ 20BERSALIN _________________________________________________________________ 23Nifas ____________________________________________________________________ 23Tempoh Nifas _____________________________________________________________ 23Perkara haram disebabkan nifas _______________________________________________ 24Keluar darah ketika mengandung ______________________________________________ 24Tempoh mengandung _______________________________________________________ 25MENINGGAL DUNIA________________________________________________________ 26CARA MANDI (MANDI WAJIB) _______________________________________________ 27PERKARA MAKRUH KETIKA MANDI _________________________________________ 29KESIMPULAN ___________________________________________________________ 31RUJUKAN _______________________________________________________________ 32 4. Page 3PENGENALANBersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dalambentuk hissiah iaitu boleh dirasa seperti najis atau manawiyyah seperti perkara yangmengaibkan atau sifat-sifat keji. Manakala bersuci mengikut istilah syarak ialah perbuatanyang apabila dilakukan akan mengharuskan solat yang didirikan atau apa-apa perkara yangberkaitan dengan hukum solat, seperti berwudhuk kepada sesiapa yang tidak berada dalamkeadaan berwudhuk, mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najisdaripada pakaian, badan dan tempat.Islam sangat mengambil berat terhadap bersuci dan kebersihan. Ianya dapat dilihatsebagaimana yang telah diperintahkan Allah dalam firman-Nya serta sabda Rasulullah yangtelah diriwayatkan. Islam mensyariatkan bersuci kerana terdapat hikmah yang banyakantaranya bersuci adalah satu tuntutan fitrah. Oleh kerana Islam adalah agama fitrah, makasecara semulajadi ia memerintahkan (manusia) supaya bersuci dan menjaga kebersihan.Selainitu, bersuci juga bertujuan menjaga kemuliaan dan izzah (kehebatan dan kemegahan). Islamadalah agama yang sangat mengambil berat dalam menjaga kemuliaan dan kehebatanseseorang yang beriman (mukmin) agar mereka ini menjadi orang yang mulia dan diseganidikalangan saudara-saudaranya.Bersuci sangat penting untuk menjaga kesihatan. Kebersihan adalah faktor pentinguntuk menjaga manusia daripada penyakit. Oleh itu dengan membersihkan badan, membersihmuka, dua tangan, hidung dan dua kaki (anggota-anggota yang sentiasa terdedah kepadakekotoran) beberapa kali sehari menjadikan badan sentiasa terpelihara daripada penyakit.Hikmah lain adalah dapat berdiri di hadapan Allah dalam keadaan suci dan bersih. Selayakdan sepatutnya kita berada dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan badannyakerana Allah Taala kasih kepada orang yang suka bertaubat dan sentiasa bersih. 5. Page 4MANDIPENGERTIAN MANDIMandi menurut bahasa ialah mengalirkan air ke atas apa-apa sahaja. Manakala pada syarakpula adalah mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu.PENSYARIATAN MANDIMandi telah disyariatkan oleh Allah sama ada untuk kebersihan ataupun mengangkat hadasdan sama ada ia menjadi syarat sah ibadat ataupun tidak. Dalil disyariatkan ialah Al-Quran,As-Sunnah dan Ijmak. Dalil daripada Al-QuranFirman Allah:Ertinya, Allah suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kotoran, sama adakekotoran zahir atau batin. Dalil daripada As-SunnahTerdapat banyak hadis tentang mandi. Antaranya ialah, daripada Abu Hurairah r.a.katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 6. Menurut riwayat di sisi Imam Muslim disebut sebagai Hak Allah iaitu tanggungjawab yangperlu ditunaikan kepada Allah. Yang dimaksudkan dengan tanggungjawab di sini ialah iatidak layak ditinggalkan oleh umat Islam. Ulamak menyatakan bahawa mandi sekali dalamPage 5seminggu itu adalah mandi pada hari Jumaat. Dalil daripada IjmakUlamak mujtahid sepakat menghukumkan mandi yang bertujuan membersihkan tubuh badanadalah sunat manakala mandi yang menjadi syarat sah ibadah adalah wajib. Tiadaperselisihan atau perbezaan pendapat ulamak dalam hal ini. 7. Page 6HIKMAH PENSYARIATAN MANDIMandi mempunyai hikmah dan faedah yang banyak, antaranya ialah: Mendapat pahalaMandi mengikut pengertian syarak adalah ibadah. Hal ini terkandung dalam ertimelaksanakan perintah syarak dan beramal dengan hukumnya. Ia mengandungi ganjaranyang besar daripada Allah Taala. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :Bersuci ini pula termasuk wudhuk dan mandi. Menghasilkan kebersihanApabila seseorang Muslim itu mandi, dia dapat membersihkan kekotoran yang melekat padabadan atau peluh yang keluar daripada tubuh. Tubuh badan yang bersih boleh menghindarkandiri daripada kuman-kuman penyebab penyakit. Ia juga menimbulkan kemesraan dan kasihsayang sesama manusia.Ini berdasarkan hadis, daripada Aisyah r.ha. katanya: 8. Page 7 Menghasilkan kecergasanMandi boleh menjadikan tubuh badan cergas dan aktif dan akan menghilangkan rasa lemah.,lesu dan malas, terutamanya selepas melakukan perkara-perkara yang mewajibkan mandiseperti persetubuhan. 9. BAHAGIAN MANDI (MANDI WAJIB)Mandi terbahagi kepada dua iaitu mandi yang diwajibkan dan mandi yang disunatkan. Padakali ini, akan diterangkan mengenai mandi yang diwajibkan kerana masih ramai yang belumPage 8memahami dengan lebih jelas dan mendalam mengenainya.Mandi yang diwajibkan adalah apabila berlaku perkara-perkara yang mewajibkan mandi,maka tidak sah ibadat tanpanya (mandi). Sebab- sebab diwajibkan mandi ialah janabah, haid,bersalin (wiladah) dan mati.JANABAHMakna asal janabah ialah jauh, sebagaimana firman Allah:Janabah dalam penggunaan biasa adalah bermaksud mani yang terpancut dan juga digunakandengan makna jimak (persetubuhan). Oleh itu orang yang junub ialah orang yang tidak sucidisebabkan keluar mani atau persetubuhan. Ia dinamakan junub kerana orang yangberjanabah menjauhkan diri daripada mendirikan solat selama dia berkeadaan sedemikian.Perkataan junub digunakan untuk umum, sama ada untuk lelaki atau perempuan dan samaada seorang atau ramai. 10. Page 9Sebab-sebab janabah Keluar mani, sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebabsekalipun sama ada dengan bermimpi, berseronok, melihat atau berkhayal.Ini berdasarkan hadis, daripada Ummu Salamah r.ha. katanya:Hadis seterusnya, daripada Aisyah r.ha. katanya: 11. Maksud pasangan kepada lelaki ialah kejadian dan naluri mereka (perempuan) adalah samaPage 10dengan lelaki. Ini seolah-olah mereka sebahagian daripada lelaki. Bersetubuh (walaupun tanpa keluar mani)Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:Hadis seterusnya ialah, daripada Aisyah r.ha.:Dala