ezra loganathan muniandi

20
AMALAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA EZRA LOGANATHAN MUNIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhcong

Post on 28-Jan-2017

252 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

AMALAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL DALAM

KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA

EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI
Page 3: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI
Page 4: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

AMALAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL DALAM KALANGAN

PELAJAR DI SEBUAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA

EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI
Page 6: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

iii

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat YESUS KRISTUS kerana dengan limpah rahmat

dan hidayah-Nya , penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dicita –

citakan.

Sekalung penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Dr. Mohd Anuar Bin.

Abdul Rahman yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan

dan nasihat tanpa kenal erti jemu. Tanpa beliau maka pincanglah penyelidikan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana merealisasikan impian ini.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada Institut

Kemahiran MARA Johor, Pengetua, staf dan pelajar – pelajar IKM Johor yang terlibat

secara langsung dengan penyelidikan ini. Malah tidak dilupakan Pn. Norlin Bt

Abdullah Kaunselor IKM Johor dan rakan-rakan seperjuangan yang memberi

bantuan. Ingatlah teman hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.

Penghargaan khas ini ditujukan khas buat nenek tercinta Anjalai Ponnusamy

yang tanpa jemu mendoakan kejayaan cucunya. Terima kasih tidak terhingga di atas

segala dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh

keikhlasan.

Page 7: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

iv

ABSTRAK

Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang

perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti

yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya.

Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius.

Peraturan – peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan

kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk

meninjau amalan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di bengkel

IKM Johor. Aspek – aspek yang diberi perhatian adalah sikap positif pelajar,

penggunaan peralatan dan mesin, keadaan semasa berkerja dan persekitaran bengkel.

Sampel kajian seramai 50 pelajar yang dipilih bagi tujuan kajian dan Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan

alat kajian alpha cronbach bagi kajian ini adalah α = 0.855. Analisis statistik

dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS 12.0 (Statical Package For Social

Science) telah digunakan untuk mendapatkan peratusan, kekerapan dan min.

Dapatan kajian menunjukkan sikap pelajar IKM dalam mengamalkan peraturan

keselamatan bengkel adalah positif. Pengamalan peraturan keselamatan bengkel

dalam kalangan pelajar juga pada tahap yang tinggi. Disamping itu, beberapa

cadangan dikemukakan bagi mengurangkan peratusan kemalangan yang berlaku di

bengkel dan meningkatkan lagi pengamalan peraturan keselamatan bengkel dalam

kalangan pelajar Institut Kemahiran MARA dalam semua proses pembelajaran

selaras dengan matlamat pendidikan negara.

Page 8: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

v

ABSTRACT

Occupational Safety Rules is an important factor that students have to

practice while working in the workshop. Every single activity that students undergo

involves hazardous equipments and machineries. A simple carelessness can cause a

serious accident or injury. So, the Occupational Safety Rules practices must be

carried out so that these unwanted accidents and injuries are prevented. The purpose

of this descriptive study was to survey the practice of Occupational Safety Rules in

workshop among the IKM Johor students. Following are the aspects that taken into

account in this research, the positive attitude of students, equipments and machinery

handlings, working situation and environment of the workshop. The sample of this

research was based on 50 respondents and the instrument used was a set of

questionnaires. The Alpha Cronbach value for this questionnaire is α =0.855. The

SPSS 12.0 (Statical Package for Social Science) software was used to analyze the

data gathered using to get percentage, frequencies and mean. As an overall view, the

finding shows a positive gradient to the attitude of students of IKM Johor toward

Occupational Safety Rules. The practices of Occupational Safety Rules in using the

equipments and machines, while working and at the surrounding area of workshop

also show high gradients. But there are some slight differences between these

aspects. Furthermore there are some suggestions made to be considered to minimize

the percentages of accidents in workshop and to elevate the practices of

Occupational Safety Rules in workshop among the students in all learning process

which is in line with national educational vision.

Page 9: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

vi

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN

xi

1 PENGENALAN.

1.1 Pendahuluan. 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 3

1.3 Penyataan Masalah. 4

1.4 Objektif Kajian. 5

1.5 Persoalan Kajian. 5

1.6 Kepentingan Kajian. 6

1.7 Batasan Kajian. 7

1.8 Definasi Kajian. 7

1.9 Penutup 9

Page 10: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

vii

2 SOROTAN PENULISAN.

2.1 Pedahuluan. 10

2.2 Institut Kemahiran MARA.

2.3 Peraturan Keselamatan

10

12

2.4 Sikap Pelajar Terhadap Amalan Peraturan

Keselamatan Bengkel Semasa Berkerja Di

Bengkel.

13

2.5 Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel

Semasa Pelajar Menggunakan Alatan Tangan

Dan Mesin Di Bengkel.

15

2.6 Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel

Semasa Pelajar Berkerja Di Bengkel.

17

2.7 Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel Di

Persekitaran Bengkel Oleh Pelajar.

2.8 Penutup

18

20

3 METODOLOGI KAJIAN.

3.1 Pendahuluan. 21

3.2 Rekabentuk Kajian. 21

3.3 Populasi dan Sampel Kajian. 22

3.4 Instrumen Kajian. 22

3.5 Kajian Rintis. 25

3.6 Tatacara Kajian. 25

3.7 Kaedah Penganalisaan Data.

26

4

ANALISIS KAJIAN.

4.1 Pendahuluan. 29

4.2 Latar Belakang Responden. 30

4.3 Analisis Data Berkaitan Dengan Persoalan 33

Page 11: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

viii

Kajian.

4.3.1 Analisis Sikap Pelajar Terhadap Amalan

Peraturan Keselamatan Bengkel Semasa

Berkerja Di Bengkel.

34

4.3.2 Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan

Bengkel Semasa Pelajar Menggunakan Alatan

Tangan Dan Mesin Di Bengkel.

4.3.3 Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan

Bengkel Semasa Pelajar Berkerja Di Bengkel.

36

38

4.3.4 Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan

Bengkel Di Persekitaran Bengkel Oleh

Pelajar.

4.3.5 Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan

Bengkel Dalam Kalangan Pelajar IKM Johor

4.4 Penutup

40

40

42

43

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN.

5.1 Pendahuluan. 44

5.2 Rumusan. 44

5.3 Perbincangan.

5.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Amalan Peraturan

Keselamatan Bengkel Semasa Berkerja Di

Bengkel.

47

47

5.3.2 Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel Dalam

Kalangan Pelajar IKM Johor.

48

5.4 Cadangan. 51

5.5 Penutup 53

RUJUKAN 54

Page 12: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

ix

LAMPIRAN

A. Set borang soal selidik. 59

B. Kelayakan pemohonan IKM 67

C. Surat Kebenaran Fakulti 70

Page 13: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

x

SENARAI JADUAL.

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1. Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 24

3.2. Tahap Penilaian Sikap Berdasarkan Min 27

3.3. Tahap Pengamalan Berdasarkan Min 28

3.4. Menukar Skala Likert 5 Mata Kepada 3 Mata 28

4.1. Taburan Jantina Responden 29

4.2. Taburan Bangsa Responden Mengikut Agama 30

4.3. Taburan Umur Responden 30

4.4. Taburan Pengalaman Kerja Responden 31

4.5. Taburan Jenis Khursus Responden 31

4.6. Taburan Keputusan Ujian/ Mata Pelajaran Amali

Yang Terkini 32

4.7. Analisis Sikap Pelajar Terhadap Amalan Peraturan

Keselamatan Bengkel Semasa Berkerja Di Bengkel. 34

4.8.

Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan Bengkel

Semasa Pelajar Menggunakan Alatan Tangan Dan

Mesin Di Bengkel.

36

4.9. Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan Bengkel

Semasa Pelajar Berkerja Di Bengkel. 37

4.10. Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan Bengkel

Di Persekitaran Bengkel Oleh Pelajar. 40

4.11. Analisis Pengamalan Peraturan Keselamatan Bengkel

Dalam Kalangan Pelajar IKM Johor. 41

4.12. Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Persoalan

Kajian 42

Page 14: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Soal Selidik 59

i. Bahagian A 60

ii. Bahagian B 62

B Kelayakan Pemohonan IKM 67

C Surat Kebenaran Fakulti 70

Page 15: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di dalam perkembangan teknologi industri yang semakin maju, Negara

memerlukan banyak pekerja mahir dan faham tentang penggunaan alat dan mesin

yang canggih. Oleh itu, pelajar adalah generasi akan datang memainkan peranan

penting kearah merealisasikan teknologi berasaskan peralatan mesin dan automasi

yang canggih. Jenis pekerja yang diperlukan di dalam bidang ini ialah pekerja-

pekerja lepasan bidang vokasional dan teknik. Seiring dengan matlamat ini, ketika

membentangkan bajet 2006 kerajaan telah memperuntukkan RM5 bilion bagi

perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan bagi menentukan rakyat dibekalkan

dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni untuk menjadi tenaga kerja yang

menghayati budaya kerja berprestasi tinggi. (BERNAMA, 30 September 2005)

Di dalam RMK6, matlamat pembangunan sumber tenaga Malaysia adalah

merupakan teras utama di dalam pembangunan Negara, kerana pencapaian matlamat

sosio - ekonomi bergantung kepada terdapatnya tenaga kerja yang berpendidikan,

mahir dan boleh dilatih (Kerajaan Malaysia, 1991, m.s 195).

Page 16: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

2

Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang

diperlukan ke arah Negara perindustrian, maka pelajar kita perlu dilatih supaya

mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai – nilai positif seperti berdisiplin, tekun

dan dedikasi. Industri yang berteknologi adalah memerlukan tenaga kerja yang

berdisiplin, yang dilengkapi dengan asas kemahiran yang lebih luas serta mempunyai

budaya dan etika kerja yang positif. Dalam usaha ini, pihak Kementerian Sumber

Manusia berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk bekerja.

Sasaran Kementerian adalah untuk menurunkan kadar kes kemalangan industri

kepada 3.5 peratus kes menjelang 2010 nanti. Kadar tersebut adalah menyamai kadar

kes kemalangan bagi negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Sehingga

ini(2005), negara kita telah mencatatkan statistik kemalangan yang dilaporkan di

sekitar 5.6 peratus (Abdul Rahman Bakar, 16 April 2007).

Bagi kursus – kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Johor (IKM

Johor) umpamanya, pelajar menghadapi pelbagai risiko kemalangan ketika

melakukan kerja amali di bengkel. Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti

penyediaan bahan – bahan mentah seperti logam, keluli, ketika mengendalikan

pelbagai jenis mesin yang besar dan canggih, penggunaan alat – alat memotong dan

alatan tangan yang tajam. Kemalangan dan kecederaan tidak dapat dielakkan

sepenuhnya, tetapi dapat dikurangkan dan dicegah sekiranya semua pihak yang

terlibat dalam pengurusan bengkel berkerjasama dalam melaksanakan tugas serta

tanggungjawab supaya peraturan keselamatan bengkel, dapat diamalkan dan dihayati

oleh semua pelajar.

Pada tahun 1969, Malaysia telah memperkenalkan satu akta keselamatan iaitu

PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial bagi tujuan untuk melaksanakan,

mentadbir, dan mengkuatkuasakan akta keselamatan sosial pekerja dan peraturan

mengenainya. Di Amerika Syarikat pula pada tahun 1970, satu rang undang –

undang dan akta mengenai keselamatan diwujudkan yang dikenali sebagai

“Occupational Safety and Health” atau secara ringkasnya OSHA. Ia diperkenalkan

bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel dalam

bidang industri.

Page 17: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Institut Kemahiran MARA atau IKM ialah tempat dimana latihan kemahiran

diajar dan dijalankan. Sebanyak 14 buah IKM telah dibina diseluruh negara dari

sejak IKM yang pertama dibina di dalam tahun 1968 di Melaka. Terdapat juga IKM

dinaikkan taraf menjadi "Kolej Tinggi MARA" atau "KKTM" bagi pusat-pusat

latihan yang menjalankan program diploma iaitu di Petaling Jaya (Selangor), Balik

Pulau (Pulau Pinang) dan Pasir Mas (Kelantan). Sejak IKM ditubuhkan dalam tahun

1968 hingga 2003 ialah 80,954 orang dan jumlah pelatih tamat ialah 67,830 orang

sementara enrolmen pelatih pada 2003 ialah 10,037.

Daripada asalnya sebagai "Sekolah Tukang" iaitu pusat latihan yang

melahirkan tukang membuat sesuatu. IKM telah berkembang mengikut peredaran

zaman. Selaras dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui oleh

perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara memerlukan lebih ramai

pekerja berpengetahuan. Di samping itu perkembangan teknologi juga menyebabkan

syarikat – syarikat pembuatan dan perindustrian yang memberi sumbangan

besar terhadap mengadakan peluang – peluang pekerjaan, mengubah keperluan

sumber manusia mereka daripada "tukang pasang" kepada pekerja berkemahiran

tinggi atau "Highly – Skilled Workers".

Antara kursus – kursus yang ditawarkan pihak IKM ditahap diploma adalah

bidang – bidang kejuruteraan automotif, bangunan elektrik, elektronik dan

mekanikal, bidang teknologi pembuatan, membuat acuan. Peningkatan tahap kursus

memerlukan tenaga pengajar dan para pengurus yang mempunyai kelulusan dan

kelayakan yang lebih tinggi disamping kemudahan dan alatan latihan yang lebih

canggih yang mencerminkan teknologi yang sebenarnya digunakan di pasaran.

Melaksanakan program pendidikan sebegini sememangnya menelan belanja

yang besar yang ditambah lagi dengan peningkatan pelajar yang mengikuti kursus

semakin ramai. Dengan bertambahnya bilangan pelajar, kekerapan penggunaan

mesin dan peralatan juga bertambah. Oleh itu, amalan peraturan keselamatan amatlah

penting dititikberatkan bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kemalangan dan

kecederaan kepada setiap penggunaan mesin dan peralatan bengkel.

Page 18: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

4

Ibrahim Syed dalam Raja Afindi Raja Adam (1998) menyatakan,

“keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk

kemalangan dan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang menjadi

aset syarikat”.

Mohamad Khan Jamal (2003) daripada kajiannya menyatakan bahawa

hampir 91% kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pekerja, manakala 32%

adalah disebabkan oleh mesin, 30% disebabkan oleh keadaan kerja itu sendiri dan

keadaan persekitaran. Antara kecederaan yang paling kerap berlaku adalah luka –

luka kecil, tersepit jari tangan, tercabut kuku jari tangan, putus jari tangan, dihempap

benda jatuh dan patah tangan. Beliau juga telah menyatakan, jika dibandingkan

dengan faktor lain seperti persekitaran kerja, keadaan kerja itu sendiri dan keadaan

peralatan dan mesin, faktor kecuaian pekerja merupakan punca utama berlakunya

kemalangan. Maka perhatian serius perlu diberikan supaya kemalangan dan

kecederaan dapat dielakkan ketika pelajar sedang mengendalikan mesin dan

penggunaan peralatan tangan.

Sebagai tambahan, kajian lepas mengenai gelagat pekerja, Dilley dan Kleiner

(1996) mendapati bahawa 85% hingga 98% kecederaan di tempat kerja adalah

berpunca daripada gelagat tidak selamat yang diamalkan oleh pekerja. Dengan ini

kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa kelekaan mengamalkan peraturan

keselamatan seseorang pekerja itu mengakibatkan berlakunya kemalangan di

sesebuah bengkel. Faktor – faktor lain seperti keadaan peralatan dan mesin, keadaan

kerja itu sendiri dan juga persekitaran kerja adalah akibat daripada amalan dan sikap

pekerja yang tidak mengendahkan peraturan keselamatan ketika berkerja di bengkel.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan melihat amalan peraturan keselamatan bengkel

dikalangan pelajar Institut Kemahiran MARA ketika menjalankan kerja – kerja amali

di bengkel. Fokus kajian ini adalah mengenai pengamalan peraturan keselamatan

Page 19: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

5

bengkel para pelajar semasa melakukan kerja amali di bengkel dari aspek sikap,

pengunaan alatan tangan dan mesin, semasa berkerja dan juga persekitaran.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:-

1.4.1 Mengenalpasti sikap pelajar terhadap amalan peraturan keselamatan bengkel

semasa bekerja di bengkel.

1.4.2 Mengenalpasti amalan peraturan keselamatan bengkel semasa pelajar

menggunakan alatan tangan dan mesin di bengkel.

1.4.3 Mengenalpasti amalan peraturan keselamatan bengkel semasa pelajar

berkerja di bengkel.

1.4.4 Mengenalpasti amalan peraturan keselamatan bengkel di persekitaran bengkel

oleh pelajar.

1.4.5 Mengenalpasti tahap pengalaman peraturan keselamatan bengkel dalam

kalangan pelajar IKM Johor.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik telah mengariskan empat

persoalan kajian iaitu:-

1.5.1 Apakah sikap pelajar dalam mengamalkan peraturan keselamatan bengkel

semasa berkerja di bengkel?

Page 20: EZRA LOGANATHAN MUNIANDI

6

1.5.2 Apakah tahap pengamalan peraturan keselamatan bengkel semasa pelajar

menggunakan alatan tangan dan mesin di bengkel?

1.5.3 Apakah tahap pengamalan peraturan keselamatan semasa pelajar berkerja di

bengkel?

1.5.4 Apakah tahap pengamalan peraturan keselamatan bengkel semasa pelajar

berada di persekitaran bengkel?

1.5.5 Apakah tahap pengamalan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan

pelajar IKM Johor?