esei politik malaysia.docx

Upload: jaikemalok

Post on 02-Jun-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    1/14

    1

    Tajuk: Pilihan Raya Malaysia, konsep dan Aplikasi

    1.0 PENGENALAN

    Menurut Akta Pilihanraya 1958 dalam Akta 19 Bahagian I menyatakan bahawa sesuatu

    pilihanraya harus dilakukan bagi memilih mana-mana calon yang akan mewakili Dewan

    Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sepanjang dikehendaki tempoh perlantikannya

    mengikut persempadannya dibawah Perkara 116 Perlembagaan (Parlimen) dan Perkara

    117 Perlembagaan (DUN). Abraham Lincoln mentakrifkan demokrasi sebagai government

    of the people yang bermaksud pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

    Demokrasi mempunyai tujuh ciri utama iaitu kebebasan berucap, kebebasan media,

    pilihanraya bebas dan adil, kebebasan berorganisasi, pemerintahan berasaskan majoriti,

    hak minoioti dihormati dan juga kebebasan kehakiman. Oleh itu, dalam perbincangan ini

    akan membincangkan proses pilihanraya sebagai suatu elemen demokrasi di Malaysia

    namun perbincangan ini juga akan melihat sejauhmanakah ciri-ciri pilihanraya tersebut

    mengikut asas demokrasi yang betul berdasarkan kerelevanan dan ketidakrelevenannya

    didalam situasi sejarah politik di Malaysia.

    2.0 Konseptual Demokrasi

    Umumnya, perkataan demokrasi yang berasal daripada Yunani ini membawa dua maksud

    iaitu, Demos yang bermaksud people (rakyat) dan Kratos yang didefinisikan sebagai

    rule (undang-undang) atau dalam bahasa mudahnya, demokrasi ini merujuk sebagai

    kuasa pemerintahan di tangan rakyat ataupun, rakyat memerintah. Definisi demokrasi ini

    tidak membawa maksud yang berbeza, cuma apa yang membezakannya adalah definisi

    ciri-ciri di dalam demokrasi yang dinyatakan oleh para pengkaji.

    Menurut Zaini (2006), asasnya bagi sesebuah negara untuk digelar sebagai negara

    demokrasi harus menonjolkan tujuh ciri-ciri utama; pertama, wujudnya kebebasan

    bersuara, media massa yang bebas dan berkecuali, pilihan raya diadakan secara konsisten,

    bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan berpersatuan, pemerintahan berasaskan

    majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan akhir sekali wujud badan kehakiman yang

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    2/14

    2

    senantiasa bebas dan berkecuali. Menurut Robert A. Dahl (1998), antara kriteria

    demokrasi adalah dipilih oleh rakyat, pilihanraya yang adil, kebebasan bersuara, akses

    informasi yang terbuka dan kebebasan berasosiasi.

    3.0 PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA: FAKTOR KE AMBANG PILIHANRAYA

    3.1.1 Sebelum Kedatangan Kolonial British

    Sebelum kedatangan kuasa barat Adat perpatih merupakan antara contoh terbaik dalam

    memahami amalan demokrasi dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu sebelum

    kedatangan kuasa barat. Hal ini boleh dilihat didalam sistem politik yang diamalkan

    didalam adat perpatih di Negeri Sembilan apabila Anak Buah berkuasa melantik Buapak,

    Buapak berkuasa melantik Lembaga, Lembaga berkuasa melantik Undang, dan Undang

    berkuasa melantik Yang Dipertuan Besar. Setiap daripada perlantikan tersebut mewakili

    kesepakatan yang berjaya diwujudkan melalui pelbagai strata secara tidak lansung

    mewujudkan konsep demokrasi sediada.

    3.1.2 Selepas Kedatangan Kolonial British

    Diamalkan di kawasan Negeri-negeri Selat sahaja tetapi hanyalah sebagai pemilihan

    jawatan peringkat bawahan sahaja namun dalam menjaga pihak kolonial British melihat

    bahawa perlunya pengekalan hagemoni kuasa kepada orang-orang Melayu tetapi orangbukan Melayu diberi hak keistimewaan yang lain seperti hak kewarganegaraan dan hak

    mengamalkan agama masing-masing. Menurut Surain Subramaniam (2011) menyatakan

    bahawa The British accorded a special status to the Malays. They were regarded as the

    original inhabitants, although, as their name suggests, the fifty thousand or so orang asli

    ha been there longer. The British believed that they should offer protection to the Malays,

    thus supplementing the protective role of the Malay rulers. Permasalahan ini boleh dilihat

    didalam isu Malayan Union 1946 apabila telah berlaku perpecahan diantara masyarakat

    apabila dasar tersebut tidak berjaya mewujudkan konsesi dalam hubungan masyarakat.

    Pendek kata, pada zaman ini demokrasi hanya berjaya diwujudkan melalui persepakatan

    politik dalam menyelesaikan tuntutan kaum majoriti dan tuntutan kaum minoriti.

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    3/14

    3

    3.1.3 Era Kemerdekaan Dan Pasca Perang Dingin

    Diambang kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak didalam Malaysia pula telah

    menunjukkan bagaimana dasar pihak kolonial British berusaha mewujudkan amalan dan

    prinsip demokrasi diamalkan didalam tanah jajahannya. Perkara ini berlaku kerana pihak

    kolonial British dan sekutunya sedaya upaya menggesa terhadap pendemokrasian penuh

    di kawasan tanah jajahan mereka bagi mengelakkan kawasan jajahan mereka terpengaruh

    dengan ideologi komunis yang diketuai oleh kuasa Soviet Union dan negara China. Perkara

    ini boleh dilihata didalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dengan jelas menyatakan

    seperti berikut:

    DAN BAHAWASANYA oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yangtersebut itu maka ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hakasasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan PersekutuanTanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur bagi sebuah kerajaanyang mempunyai raja Berpelembagaan yang berdasarkan demokrasi caraberparlimen.

    Bagi negeri Singapura, Sabah dan Sarawak pula pendemokrasian dibuat oleh pihak

    kolonial British boleh dilihat didalam Perjanjian Malaysia 1963 pada 9 Julai 1963 bagi

    Sabah, Sarawak dan Singapura menyatakan seperti berikut

    DAN BAHAWA SA-NYA oleh kerana Perlembagaan yang tersebut itu telahdiadakan sharat bagi menjaga keselamatan hak2 dan keutamaan2 Duli2Yang Maha Mulia Raja2 serta hak2 asasi dan kebebasan sakalian rayat danbagi mengekalkan keamanan dan kemesraan di-dalam Malaysia sa-bagaiKerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yangberdasarkan demokrasi chara berparlimen.

    4.0 Demokrasi Berparlimen Di Malaysia

    Sistem demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat melibatkan diri dalam sistem

    pemerintahan negara. Raja-raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui

    sistem ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    4/14

    4

    melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan dan menukarkan kerajaan

    yang sedia ada melalui pilihanraya. Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kerajaan yang

    adil, sejahtera dan stabil. Selain itu, pindaan-pindaan perlembagaan dibuat untuk

    menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Buktinya, Yang

    Dipertuan Agong merupakan ketua Eksekutif, Perundangan dan Judisari manakala Perdana

    Menteri memegang kuasa eksekutif negara bersama barisan kabinet yang dibentuknya

    manakala Dewan Parlimen berperanan sebagai wakil suara rakyat dalam memastikan

    rakyat juga berperanan dalam dasar eksekutif yang diamalkan oleh Perdana Menteri dan

    barisan kabinetnya.

    5.0 Amalan Demokrasi di Malaysia

    5.1.1 Perlembagaan

    Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183

    perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan

    Persekutuan, Kerajaan Negeri, Insitusi Yang di Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri

    dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara

    Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam

    Persekutuan Malaysia diberi hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan

    dalam perlembagaan Negeri.

    5.1.2 Pilihanraya

    Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat

    negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan

    prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undian juga dibuat secara terbuka dan

    keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini

    dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem

    demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya

    Pilihan Raya (SPR).

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    5/14

    5

    6.0 INSTITUSI PILIHANRAYA DI MALAYSIA

    6.1.1 Badan yang bertanggungjawab

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan sebuah badan bebas yang mendapat

    kepercayaan awam dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum

    Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan Pilihan Raya Kecil Dewan Rakyat dan Dewan

    Undangan Negeri (DUN). Dasar utama SPR ialah memelihara, mengawasi dan

    mengekalkan proses demokrasi di Negara ini menerusi sistem pilihan raya yang adil dan

    saksama. Juga memastikan rakyat yang layak boleh memilih wakil mereka dalam mana-

    mana pilihan raya secara bebas.

    6.1.2 Pilihanraya dari sudut Perlembagaan Malaysia

    Mengikut perlembagaan persekutuan dalam perkara 114, perjalanan pilihan raya

    hendaklah dilaksanankan seperti yang berikut:

    Maka hendaklah asas sesuatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkanmengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi DewanRakyat dan Dewan Undangan Negeri serta menyediakan dan menyemakdaftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukanundang-undang persekutuan.

    Dewan Parlimen

    i. Dewan Rakyat, terdiri daripada 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan

    raya. Ahi-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli pegang

    jawatan selama 5 tahun, selepas itu pilihan raya baru akan diadakan.

    iii. Dewan Negara, terdiri daripada 70 ahli, terbahagi kepada dua kategori. 26 ahli dipilih

    oleh DUN sebagai mewakili 13 negeri (tiap negeri 2 ahli). 44 ahli dilantik oleh Seri Paduka

    Baginda Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

    iv. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang

    di usulkan oleh oleh Dewan Rakyat.

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    6/14

    6

    Dewan Undangan Negeri

    i. Dewan undangan Negeri terdiri daripada Yang Di-Pertua Negeri sebagai ketua Negeri,

    seorang speaker dan ahli-ahli dewan undangan Negeri (ADUN) yang dilantik mengikut

    Perlembagaan Persekutuan.

    ii. ADUN dipilih melalui pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Bidang kuasa Dewan

    Undangan Negeri termaktub dalam perkara 71, 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan.

    7.0 PROSES-PROSES PILIHANRAYA

    Menurut Ruslan Zainuddin (2005), tugas-tugas suruhanjaya Pilihanraya adalah

    memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihanraya yang

    adil dan saksama. Oleh itu, melalui proses ini, pertamanya, keanggotaan bagi pilihanraya

    dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

    Fungsi sebenar Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan adalah untuk menjamin pilihan raya

    yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Dilihat, tiga

    fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,

    menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya

    umum atau pilihan raya kecil.

    Proses pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli

    Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak

    dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

    diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi

    di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku

    mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan

    jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari lagi.

    Proses seterusnya, calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atasnama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan

    kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. Seseorang pengundi yang

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    7/14

    7

    berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.

    Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia,

    Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak

    bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyatatau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan rayatersebut.

    Dalam proses pilihanraya ini, seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah

    kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan,

    pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi

    melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi

    8.0 DEMOKRASI DI MALAYSIA: CORAK POLITIK DAN INSTITUSI PILIHANRAYA

    Sepanjang sejarah institusi pilihanraya di Malaysia didapati latarbelakang amalan politiknya

    berasaskan kepada amalan politik perkauman yang telah berjaya mewujudkan kesepatan

    dan kesatuan didalam masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Hal ini boleh dilihat didalam

    kitaran politik dan isu-isu pilihanraya di Malaysia yang selalunya berasaskan pemeliharaan

    sosial pelbagai etnik yang disuarakan melalui parti yang mewakili etnik masing-masing

    seperti penyatuan BN adalah berdasarkan gabungan UMNO, MIC dan MCA manakala parti

    Pakatan Rakyat disatukan melalui gabungan PAS, DAP dan PKR yang sering

    memperjuangkan hak etnik masing-masing tetapi menjelang pilihanraya mereka disatukan

    dibawah satu parti dan membuat keputusan secara bersama.

    Selepas daripada proses pilihanraya wakil rakyat yang dipilih di Dewan Parlimen

    atau Dewan Dewan Undangan Negeri akan bersidang dan membahaskan perkara-perkara

    berkaitan kehendak dan perubahan dimensi negara yang beraskan konsep pengasingan

    kuasa. Dewan Negara pula hanya sebagai pembahas rang undang-undang yang telah

    diusulkan di Dewan Parlimen dan kebiasaannya ahli-ahli Dewan Negara dipilih daripada

    kalangan golongan-golongan yang berjasa kepada negara. Secara ringkasnya, dapatdilihat bagaimana konsep check and balance itu diterapkan didalam corak poltik Malaysia

    yang terdiri daripada Dewan Negara, Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

    9.0 Kerelevanan Institusi Pilihanraya Dalam Proses Demokrasi di Malaysia

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    8/14

    8

    9.1.1 Politik

    Konsep setia kawan dan persepakatan (ethnic bargain)

    Sebagai buktinya, konsep setia kawan ini berlaku dalam amalan pengagihan kerusi ketika

    pilihanraya. Walaupun UMNO memiliki majoriti di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

    selama dua penggal iaitu pada tahun 1999-2008 parti GERAKAN diberikan kepercayaan

    untuk memerintah selama dua penggal tersebut. Jadi, dapat dilihat dalam kerelevanan

    pilihanraya, membawa kepada pendemokrasian pemerintahan antara parti dan

    persepakatan dalam proses demokrasi.

    Isu Keputusan PRU - 2008

    Keputusan pada 8 Mac 2008 begitu mengejutkan semua pihak dan menghasilkan perkara

    pertama berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Sebuah bukti keputusan terburuk dalam

    rekod Barisan Nasional (BN) kerana hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222

    kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada

    505 kerusi yang ditandinginya. Lima buah negeri yang dikuasai oleh parti BN memaksa

    Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk meletakkan jawatannya.

    Contoh kes diambil dari negeri Perak, di sana, cuba mewujudkan kerajaan

    perpaduan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai penyelesaian

    suasana politik yang tegang pada masa itu. Maka, relevannya pilihanraya adalah mampu

    mengukuhkan sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat sendiri ada untuk faedah

    rakyat dan negara. Menurut Datuk Seri Najib Razak,

    Sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupunmereka datang daripada parti pembangkang.

    Isu PRU 2013 (Sabah)

    Senario pertandingan parti politik di Sabah adalah dari pelbagai penjuru bahkan Sabah

    mencatatkan jumlah calon parti teramai yang bertanding dalam satu-satu kawasan iaitu

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    9/14

    9

    merujuk kepada kerusi Parlimen Kalabakan dan DUN Sulabayan di Sabah yang

    merekodkan pertandingan tujuh penjuru.

    Rajah (1) : Jumlah bilangan calon bertanding berdasarkan parti

    Sumber : Mohamad Nadzri Dan Ghazali, 2008, Hegemoni Dan Kontra Hegemoni:Memahami Perubahan Pilihanraya Umum ke-12, JEBAT, 35. Hlm 33-48.

    Dilihat setelah berlakunya proses pilihanraya, meskipun pelbagai parti baru yang bangkit,

    Barisan Nasional (BN) dilihat masih memegang tampuk pimpinan majoriti di Sabah.

    Persoalannya adalah mengapa? Maka ditelilikan, relevannya pilihan raya dalam proses

    demokrasi adalah, dapat dilihat bahawa rakyat Sabah terus memilih BN kerana manifesto

    pembangunan yang diperjuangkan oleh BN adalah sememangnya keperluan rakyat Sabah.

    Maksudnya, meskipun mana-mana parti yang sedang cuba untuk memegang tampuk

    pemerintahan di Sabah perlu memberikan perhatian terhadap pembangunan sosio-

    ekonomi.

    8.1.2 Ekonomi

    Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

    Rusuhan ini telah menyebabkan Tun Abdul Razak menyemak semula untuk melaksanakan

    sistem pilihanraya yang melihat keadaan rakyat secara top-downkerana senario ekonomi

    pada masa itu telah merubah persefahaman antara kaum yang diamalkan. Beliau hadir

    dengan idea DEB pada tahun 1971 untuk mewujudkan semula konsesi sosial antara etnik,

    di mana beliau tidak lagi menyebelahi satu kaum sahaja dalam hal ini, malahan Tun

    melihat dari sudut pandangan setiap kaum yang ada.

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    10/14

    10

    Isu Wang Royalti Selepas PRU 1999

    Kes yang berlkau di Terengganu di mana UMNO tewas dalam PRU 1999 secara teruk.

    Sedangkan memerintah sejak 1961 tetapi akhirnya tewas kepada Parti Islam SeMalaysia

    (PAS) dalam tahun 1999. Pada awalnya, pemimpin UMNO menggesa supaya pembayaran

    royalti minyak kepada Terengganu dihentikan. Namun begitu, menurut Seksyen 1(1) Akta

    Pembangunan Petroleum 1974,

    PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan negerisecara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus darinilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh PETRONASatau agen-agennya.

    Perjanjian 16 September 1987 (PETRONAS dengan kerajaan Terengganu) ada menyebut

    dengan jelas mengenai bayaran royalti. PAS sebagai kerajaan baru memperjuang

    manipulasi yang cuba dilakukan oleh UMNO yang seakan-akan membuli rakyat

    Terengganu. Namun dalam perlembagaan Persekutuan : Perkara 80, menyatakan bahawa

    kuasa pemerintahan kerajaan pusat tidak boleh melampaui apa-apa perkara yang berada

    dalam bidang kuasa negeri.

    9.1.3 Sosial

    Kontrak Sosial (Demokrasi Permuafakatan)

    Pembentukan negara bangsa merdeka dilihat sejak pilihan raya umum yang pertama,

    tahun 1959. Berlakunya tawar-menawar dalam kalangan kumpulan etnik dan parti politik

    di Malaysia. Maksudnya, kerelevanan sosial yang diwujudkan melalui pilihanraya dalam

    proses demokrasi di Malaysia adalah kelompok etnik memainkan peranan dalam proses

    politik yang berlaku.

    Menurut In-Wong Hwang (2003), Perjanjian utama yang disebut kontrak perlembagaan

    adalah a trade-off antara Melayu dan bukan Melayu khususnya United Malay NationalOrganization (UMNO) dan Malaysian Chinese Association (MCA).

    Kesannya, menurut Suhana (2012), melalui persetujuan ini bukan Melayu diberi

    syarat-syarat kewarganegaan yang lebih liberal. Sebagai balasan, bukan Melayu menerima

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    11/14

    11

    kedudukan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan

    seperti bahasa, agama dan kedudukan Raja-raja Melayu.

    10.0 KETIDAKRELEVANAN INSTITUSI PILIHANRAYA DALAM PROSES

    DEMOKRASI DI MALAYSIA

    Sistem politik di Malaysia tidak mengamalkan ciri-ciri sebenar politik demokrasi

    berparlimen seperti yang terdapat pada model barat misalnya mengenai soal kebebasan

    dalam ertikata sebenar (James Scott, 1968: hlm 78). Melalui kenyataan berikut dapatlah

    difahami corak demokrasi di Malaysia yang diaplikasikan didalam institusi pilihanraya di

    Malaysia telah mencatatkan amalan dan sejarah yang tersendiri sepanjang tempoh

    aplikasinya yang terdapat sedikit pertentangan daripada amalan demokrasi yang sebenar-

    benarnya. Perkara ini telah mewujudkan beberapa masalah dan isu sepanjang tempoh

    pilihanraya di Malaysia.

    Permasalahan Pendapat di Antara Kaum

    Masalah yang sering ditimbulkan sepanjang proses pilihanraya ialah isu orang Melayu

    lawan bukan Melayu. Masalah ini hanyalah sebahagian daripada isu turun temurun yang

    berlaku sepanjang corak politik di Malaysia apabila faktor politik perkauman itu

    diketengahkan oleh sesetengah parti yang bertanding. Bukti ini boleh dilihat didalam

    pendekatan Dato Onn Jaafar dalam menubuhkan Independence Of Malayan Party (IMP)

    pada tahun 1951 setelah cadangannya untuk menubuhkan Parti UMNO berasaskan

    pelbagai etnik ditentang oleh masyarakat Melayu. Hal ini menyebabkan Tunku Abdul

    Rahman memenangi Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952 apabila hasil gabungan

    UMNO-MCA seterusnya menarik minat MIC untuk sertai gabungan.

    Kesannya, pada 25 November 2011 perhimpunan tunjuk perasaan aman yang

    disertai seramai 30,000 etnik dibawah naungan (HINDRAF) menuntut kerajaan BN

    memberi perhatian terhadap nasib ekonomi golongan sederhana dan bawahan etnik India.

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    12/14

    12

    Ketidakadilan sistem pilihanraya

    Sebagai buktinya, Pada 10 November 2011,

    an estimated 40,000 individuals organized under the Coalition of cleanand fair elections (BERSIH), this protest was to petition the king for reformsto the electoral system, which has been critized as being biased in favor ofthe ruling coalition.

    Menurut Jomo (1996) menyatakan bahawa kejayaan BN dalam memenangi kesemua

    pilihanraya ialah disebabkan oleh parti itu mampu membuat satu sistem pilihanraya yang

    memihak kepada status quo mereka sebagai parti pemerintah.

    Media Bias (Akta Percetakan 1948)

    Bukti penyataan di atas, institusi media massa telah dikuasai oleh pihak pemerintah

    menyebabkan asas demokrasi masih belum utuh dan berkembang seperti di barat

    sehinggakan seringkali berlaku kenyataan-kenyataan yang diputarbelitkan oleh parti-parti

    dan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan atas tujuan untuk mendapatkan pengaruh

    dari orang ramai menjelang musim pilihanraya (Means, 1976: hlm 448).

    Kesannya, penubuhan BERNAMA pada 1 Mei 1984 membolehkan pihak kerajaan

    memonopoli hak sebagai penyebar tunggal berita.

    Mahathirisme

    Menurut Khoo Boo Teik (1995), menyatakan bahawa hampir keseluruhan lanskap politik

    Malaysia di dominasi oleh Tun Dr Mahathir sehinggakan era beliau dikenali sebagai

    Mahathirism. Bukti ketidakrelevanannya adalah, Akta ISA (Ops Lalang 1987), Akta Auku,

    pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998, dan pengawalan penerbitan akhbar Harakah.

    Sebagai kesan menurut Zakaria Ahmad (1989), menjelaskan bahawa elemen control

    dalam demokrasi di Malaysia bersifat quasi-democracy kerana bertujuan mengekalkan

    keharmonian kaum.

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    13/14

    13

    Patronaged-Democracy (Penaung-Dinaung)

    Menurut Zaini Othman (2003) menyatakan bahawa budaya politik di Sarawak yang telah

    didasari oleh konsep Patronaged-Democracy telah menyebabkan konsep hagemoni politik

    timbul dalam institusi pilihanraya di Sarawak. Sebagai buktinya, sewaktu pilihan raya

    negeri Sarawak 1996 sejumlah RM50 juta nilai projek pembangunan telah diisytiharkan

    oleh parti pemerintah sewaktu berkempen.

    11.0 ANALISIS

    Secara analisisnya bolehlah difahamai bahawa kitaran adaptasi institusi pilihanraya dalam

    mengetengahkan unsur demokrasi didalamnya hanyalah berlatarbelakangkan status quo

    (politik perkauman) dan gesaan reformasi dalam kalangan masyarakatnya. Menurut Mauzy

    (1983) menyatakan bahawa sungguhpun terdapat kekuasaan UMNO dalam pentadbiran

    kerajaan konsep tawar menawar itu sebenarnya memang wujud dan penyelesainnya

    secara tolak ansur selalu terhasil dan perkara ini boleh dilihat didalam manifesto setiap

    parti yang bertanding didalam pilihanraya. Walaubagaimanapun, terdapat persoalan yang

    boleh ditimbulkan dalam perkara ini ialah sekiranya prinsip demokrasi itu dipegang

    didalam pelaksanaan sejarah pilihanraya di Malaysia mengapa sering timbul isu-isu

    ketidakadilan didalam sistem pilihanraya sedangkan latarbelakangnya adalah berlandaskan

    prinsip demokrasi? Sesungguhnya bolehlah diringkaskan bahawa prinsip demokrasi diMalaysia tidak mencapai tahap definisi demokrasi yang seharusnya iaitu sistem

    pemerintahan oleh rakyat untuk rakyat kerana Malaysia masih berpegang kepada konsep

    federalisme, politik perkauman dan kekuasaan sistem pemerintahan beraja yang telah

    berjaya mengikat beberapa sekatan yang dituntut oleh rakyat majoriti atau non-majoriti

    namun rakyat masih berkuasa dalam menentukan kuasa pemerintahan. Soal tekan dan

    respon dan siapa jujur atau bias dalam menegakkan prinsip demokrasi itu bukanlah

    persoalan utama yang harus dikritik oleh pelbagai pihak selagi sistem yang sedia ada tidak

    diperbaharui mengikut asas demokrasi yang diamalkan seperti di barat kerana model

    demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah berbeza seperti di barat. Perkara ini ada

    disebut oleh sesetengah sejarawan sebagai demokrasi tanpa consensus (Von Vory, 1975)

    dan demokrasi terhad (Crouch, 1996). Oleh itu, dapatlah difahami bahawa konsep negara

  • 8/10/2019 Esei Politik Malaysia.docx

    14/14