ebuletin nre @ edisi mac - april 2011

14
Warisan Sumber Asli Untuk Kesejahteraan Alam Sekitar e-BULETIN NRE www.nre.gov.my Edisi Mac & April KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Cover Story Cover Story : : Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan di Rumah Panjang Bair di Rumah Panjang Bair Pelancaran RAS Parlimen Pensiangan Pelancaran RAS Parlimen Pensiangan Seminar Nama Seminar Nama - - Nama Geografi Sabah Nama Geografi Sabah Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia & Indonesia Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia & Indonesia

Upload: leanh

Post on 14-Jan-2017

242 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Warisan Sumber Asli Untuk Kesejahteraan Alam Sekitar

e-BULETIN NRE www.nre.gov.my

Edisi Mac & April

K EM ENTER IAN SUM B ER ASLI DA N ALAM SEK ITAR

Cover Story Cover Story ::

Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan di Rumah Panjang Bair di Rumah Panjang Bair

Pelancaran RAS Parlimen Pensiangan Pelancaran RAS Parlimen Pensiangan

Seminar NamaSeminar Nama--Nama Geografi SabahNama Geografi Sabah

Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia & IndonesiaMesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia & Indonesia

Renungan …

“ W ira yang sebenar luar biasa hebatnya, tidak pandai

berdrama. Ia bukan desakan untuk menjadi juara berapa

harganya tetapi desakan mahu berkhidmat dengan kepada

orang lain tanpa menghiraukan harganya ” - Arthur Ashe

2

Tinta Editor Salam Sejahtera & Salam 1NRE eBuletin NRE Edsisi Mac-April 2011 kembali dengan harapan untuk berkongsi pengalaman dan maklumat, khususnya kepada seluruh pembaca amnya. Buletin ini telah dimuatkan dengan pelbagai perkembangan dan aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku pada bagi tempoh Mac hingga Mei. Antara yang menarik pada keluaran kali ini alah mengenai Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan yang tellah diadakan di Rumah Panjang Bair, Ulu Layar, Betong, Sarawak. Projek SPAH membuktikan keprihatinan kerajaan melalui NRE terhadap kesukaran rakyat di rumah panjang untuk mendapatkan bekalan air. Selain itu, pada kali ini juga menyaksikan beberapa aktiviti bertumpu di Sabah antaranya ialah Pelancaran RAS di Parlimen Pensiangan, Seminar Nama-Nama Geografi serta pembinaan tube well dan check dam. Harapan kami agar tahun ini NRE akan melangkah lebih gigih dan berdedikasi lagi bagi meningkatkan lagi imej dan prestasi di NRE. Serta mencapai lebih banyak lagi kejayaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Semoga berjumpa lagi! Sekian.

Kandungan

Perasmian SPAH di Betong 3

Empangan Kecil< Telaga Tiub atasi

Pembakaran terbuka 4

Seminar Nama-Nama Geografi 5

Pelancaran Tasik Rusiga 5

Cerita Lensa NRE 6

Mesyuarat ke35 Jawatankuasa

Sempadan Malaysia –Indonesia 7

Sambutan Hari Bumi 2011 8

Pelancaran RAS Pensiangan 9

Rencana Khas : 10-11

Menjaga Kebajikan Gajah Malang Cara Kita

Kampus NRE Rakan Alam Sekitar 12

SIDANG PENGARANG eBULETIN NRE

Penaung Y. Bhg Dato’ Zoal Azha Yusof Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Ketua Pengarang

Puan Yamuna Perimalu Pengarang

Cik Nor Azean Hasan Jurufoto

En. Mohd Nazri Rapaai En. Mohamad Haidhir Hamzah

Sidang Redaksi Buletin NRE Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Aras 1, Podium 2, No. 25 Persiaran Perdana Wisma Sumber Asli Presint 4 62574 Putrajaya.

E-mel : ukk @nre.gov.my Tel : 03-8886 1728

Betong, 2 April – Bukti keprihatinan terhadap masalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih bagi penduduk di rumah panjang, Insitut Penyelidikan NAHRIM telah memasang Sistem Penuaian Air Hujan di Rumah Panjang Bair, Betong, Sarawak sejak tahun lalu. Bagi menyempurnakan perasmian SPAH ini YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak telah sudi menyempurnakan Majlis Perasmian Sistem ini dirumah panjang tersebut. Turut hadir ialah YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ; YB Encik Robert Lawson Chuat Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Bukit Saban, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof; Ketua Pengarah NAHRIM, Tuan Haji Ahmad Jamalludin serta Ketua Pengarah dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian di NRE . Sistem SPAH yang telah dipasang oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini berfungsi sebagai salah satu alternatif terhadap sumber air di rumah panjang tersebut dan dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada penghuninya.

CUBA .... YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak menggunakan air dari SPAH yang digunakan oleh penduduk Rumah Panjang Bair Betong sambil diperhatikan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas dan YB Encik Robert Lawson Chuat ADUN Bukit Saban

BEGINI CARANYA .... Ketua Pengarah NAHRIM, Tuan Haji Ahmad Jamalludin menerangkan kepada YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak

mengenai cara SPAH berfungsi di Rumah Panjang tersebut.

3

BACA YA .... YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak menyerahkan Manual Penggunaan SPAH kepada Tuai Rumah Panjang sambil diperhatikan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas

Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan di Rumah Panjang Bair Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan di Rumah Panjang Bair

4

5

JPS DIIKTIRAF JABATAN BERTARAF DUNIA YBHG Ir Dato’ Ahmad Hussaini menyampaikan cenderahati kepada YB Dato Sri Douglas Uggah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam Majlis Pencapaian JPS Organisasi bertaraf dunia pada 3 Mac 2011, bertempat di Auditorium JPS, Ampang .

CERITA LENSA NRE MAC

HARI BERTEMU PELANGGAN NRE Petugas NRE melayan kunjungan orang ramai yang hadir ke Pameran dan Hari Bertemu Pelang-gan NRE yang diadakan bersempena Sambutan Hari Air pada 12 Mac 2011, bertempat di Pekan, Pahang . HBP kali ini juga turut disertai oleh Ja-batan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosain, Jabatan Taman Laut dan Institut Penye-lidikan Hidraulik Kebangsaan.

NRE STRATEGIC PROGRAMMING Y.Bhg Dato ‘ Zoal Azha, KSU NRE bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan NRE beserta Jabatan dan Agensi dibawahnya dalam sesi foto selepas bengkel tamat. Program ini telah diadakan pada 15 hingg 17 April bertempat di Cheringin Hills Convention, Janda Baik, Pahang.

6

KEMPEN SELAMATKAN BUMI KITA Wakil NRE menerima cenderahati daripada wakil SHELL, Dato Simon dalam sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE sempena Kempen Se-lamatkan Bumi Kita anjuran Uit,m Shah Alam dengan kerjasama NRE, Shell Berhad dan Majlis Perbanda-ran Muar. Kempen ini telah diadakan pada 20 Mac 2011, bertempat di Dataran Tanjung Mas, Jo-hor .

MESYUARAT PUSPANITA CAWANGAN NRE Y.Bhg Dato Zoal Azha Yusof, KSU NRE ber-sama-sama dengan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah NRE dan isteri merangkap hali puspanita cawangan dalam sesi foto di hadapan Taman NRE In D Forest sebelum memulakan Mesyuarat Cawangan PUSPANITA menterian Sum-ber Asli dan Alam Sekitar Kali ke 8 pada 23 Mac 2011 bertempat diDewan Baiduri , Wisma Sumber Asli, Putrajaya

CERITA LENSA NRE MAC

PELANCARAN BUKU KOLEKSI UCAPAN MENTERI YB Dato Sri Douglas Uggah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menandatangani gimik buku koleksi ucapan beliau 2008-2010. Pelancaran ini diadakan sempena Perhimpunan Bulanan dan Majlis Tiga Tahun Bersama Menteri yang telah diadakan pada 23 Mac 2011, bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. Turut serta mengiringi ialah Tan Sri Joseph Kurup , Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

8

8

KARNIVAL RAKAN ALAM SEKITAR 1 MALAYSIA UPSI YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama mahasiswa Universiti Pen-didikan Sultan Idris yang telah men-jayakan Karnival Rakan Alam Sekitar 1 Malaysia pada 6 April 2011 bertem-pat di Auditorium, UPSI , Tanjumg Malim, Perak

PELANCARAN BUKU A HANDBOOK ON UR-BAN RIVER MANAGEMENT THROUGH LOCAL COMMUNITY ARTICIPATION : YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melancarkan buku A Handbook On Urban River Management Through Local Copmmunity Participation pada 7 April 2011 bertempat di Sg. Way, Petaling Jaya. Majlis ini merupakan anjuran GAB Foun-dation .

MAJLIS PERJUMPAAN KSU NRE BERSAMA PTD GRED M48 : Y.Bhg Dato Zoal Azha Yusof , KSU bersama-sama Pegawai Tadbir dan Diplomatik M48 dalam sesi foto setelah selesai manyampaikan amanat kepada pegawai –pegawai tersebut. Majlis ini diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia NRE. Majlis ini telah diadakan pada 15 April 2011 bertempat di Bilik Berlian, Wisma Sumber Asli, NRE,

CERITA LENSA NRE APRIL

CERITA LENSA NRE APRIL

MAJLIS AMANAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA II : Y.Bhg Dr Abdul Rahim Nik Timbalan Ketua Setiausaha II (Pengurusan Alam Sekitar) bersalam dengan pegawai NRE selepas tamat Majlis Amanat TKSU II yang diadakan pada 15 April 2011 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli NRE. Sebelum berkhidmat di NRE beliau merupakan Timbakan Ketua Pengarah di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong.

PENGURUSAN KEWANGAN NRE BER-DASARKAN PENARAFAN INDEKS AKAUNTABILITI : Y.Bhg Dato Zoal Azha Yusof, KSU NRE dan wakil Jabatan Audit Negara dalam sesi mesyurat berhubung Pengurusan Kewangan NRE Berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada 22 April 2011 di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 17, Wisma Sum-ber Asli, Putrajaya.

PERASMIAN A THOUSAND ACTS OF GREEN : EARTH DAY 2011 YB Tan Sri Joseph Kurup , Timbalan Menteri NRE dalam sesi menanam pokok bersama pihak Standard Chartered bank Malaysia Berhad pada 23 April 2011 bertempat di Ke-lana Jaya Lake Park. Program CSR ini diadakan sempena Sambutan Hari Bumi 2011

7

4 7

9

Ancaman kepupusan drastik hidupan liar Ma-laysia yang sepatutnya memiliki sumber asli dan kepelbagaian biologi tertinggi dunia barangkali antara sebab yang memangkin pe-nubuhan unit tangkapan gajah pada tahun 1974. Unit itu kini sebahagian daripada Pusat Konser-vasi Gajah kebangsaan Kuala Gandah (PKGK) di Kuala Gandah, dekat Lanchang, Pahang, di hutan jenis utan tanah pamah dipterokarp, yang amat sesuai dengan habitat semulajadi gajah. Ia ditadbir Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mencari, mengenal pasti, menangkap dan memindahkan gajah liaryang terlibat atau sesat dari kawasan penempatan manusia ke hutan yang lebih besar. Selain memastikan perlindungan, pengurusan habitat dan pengurusan gajah kerja dan anak gajah terpelihara, ia juga berfungsi sebagai pusat kajian, pendidikan dan eko-pelancongan serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan sokongan orang awam akan kepentingan pemuliharaan gajah. Kini, dengan hanya 34 petugas tetap yang di-bantu 29 pekerja sambilan, PKGK adalah rumah perlindungan kepada 22 ekor gajah termasuk 12 gajahkerja dan selebihnya anak gajah yang sesat atau kehilangan keluarga ekoran konflik dengan manusia.

Menjaga Kebajikan Gajah Malang Cara KitaMenjaga Kebajikan Gajah Malang Cara Kita Oleh : Wan Khairul Shahara (Bernama)

LIMPAHAN PELANCONGLIMPAHAN PELANCONGLIMPAHAN PELANCONG Sebagai destinasi eko-pelancongan, lokasi ini sangat strate-gik ekoran terletak di titik tengah antara Kuantan dan Kuala Lumpur, selain terdapat lebuh raya yang menjadikannya mudah diakses. Lantas, pelancong ke pusat itu meningkat kepada kadar 12.5 peratus setahun, dengan statistik terkini menunjukkan kedatangan pelancong pada 2009 dan 2010 masing-masing sebanyak 158,528 dan 78,671 orang. Harimau merupakan haiwan liar yang paling terjejas den-gan konflik haiwan dan manusia di Malaysia sehingga berada di ambang kepupusan. Harimau muda yang boleh dilihat di Institut Biodiversiti Lanchang ini ditemui mati ekoran jangkitan teruk pada luka di kaki akibat terkena jerat pemburu haram. Institut ini terletak di pinggir hutan Rezab Hidupan Liar Krau Pahang tidak jauh dari Pusat Kon-servasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Penambahan pelawat itu mewujudkan situasi yang lebih mencabar kepada PKGK untuk mengekalkan keseimbangan di antara aktiviti manusia dan memelihara peranan asal pusat itu. Pengarah PKGK, Nasharuddin Othman, 48, tidak mahu gajah residen menjadi tertekan, justeru mengeadkan masa in-teraksi seekor gajah dengan manusia hanya dua jam sehari. "Pelawat masuk percuma, tetapi hanya 150 tiket terawal yang berpeluang menunggang atau mandi dengan gajah, lain-lain pelawat mendapat tiket biasa untuk menonton aksi atau menyuapkan buah-buahan," jelasnya. Beliau yang bertanggungjawab memastikan tiada gajah yang tertekan dengan karenah pelawat dan demi keselama-tan semua pihak, gajah yang tidak selesa akan segera dihan-tar ke kawasan hutan khas yang manusia sama sekali tidak dibenarkan masuk.

10

KOMPLIKASI PEMINDAHAN GAJAH Bercerita tentang pengalaman memindahkan gajah liar, kata Nasharuddin, cabaran utama ialah bagi memastikan semua gajah denak dan gajah liar yang mahu dipindahkan berada dalam keadaan tenang dan selamat. "Sepatutnya, gajah perlu dipindahkan bersama ahli keluar-ganya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup mereka, tetapi ini mustahil dilakukan. "Menjejak dan menangkap hatta seekor gajah pun adalah satu tugas sukar yang sangat merbahaya," katanya sambil menje-laskan mereka akan cuba memastikan gajah yang ditemui di lokasi berdekatan akan dilepaskan di kawasan yang sama Ta-man Negara. Gajah dewasa akan segera dipindahkan jika ia dalam keadaan sihat, manakala anak gajah dan gajah cedera akan dibawa ke PKGK untuk rawatan dan diasuh hingga boleh berdikari sebe-lum dilepaskan. Secara semula jadi, anak gajah jantan yang mencapai usia ter-tentu akan disuruh keluar dari kelompok keluarganya untuk mencari dan menyertai kumpulan gajah lain, jadi, PKGK juga akan melepaskan gajah muda itu ke hutan utama jika yakin ia mampu menyesuaikan diri untuk hidup secara sendirian. Bagaimanapun, anak gajah betina atau yang terlalu muda ter-paksa dijinakkan dan dilatih di pusat itu memandangkan ia langkah yang terbaik.

MELINDUNGI ANAK GAJAH SESAT Melepaskan anak gajah yang tidak bersedia ke hutan sebenarnya lebih kejam berbanding latihan di PKGK yang sebenarnya turut bertindak sebagai rumah per-lindungan bagi anak gajah yatim piatu. Dalam keadaan semulajadi, kumpulan gajah betina hidup bekerjasama dan saling bergantungan untuk melindungi antara satu sama lain dan membesarkan anak gajah. Mereka boleh terpisah dari kumpulan sekiranya dike-jutkan oleh bunyi kuat seperti tembakan, mercun bahkan guruh boleh menyebabkan mereka lari bertempiaran hingga tersesat. Gajah sebenarnya mempunyai deria pendengaran yang sangat sensitif sekaligus menyebabkannya tidak selesa dan agak gelisah dengan bunyi bising. Memandangkan anak gajah dan gajah betina tidak da-pat hidup sendiri tanpa bantuan dan perlindungan ahli keluarga, adalah lebih selamat untuk mereka di-bawa ke PKGK untuk dijinak dan dilatih daripada di-biarkan mereka mati sendirian di hutan.

PERANAN PENTING DALAM EKOSISTEM Di dalam habitat semula jadi, gajah memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem, yang mana ia akan berjalan sambil mencipta denai dengan mematahkan pokok bagi membuka laluan kepada haiwan kecil. Ini membolehkan cahaya matahari menembusi lantai hutan dan membantu pertumbuhan pokok renek yang akan menjadi sumber makanan dan perlindungan haiwan lain. Gajah sangat suka berjalan. Kelakuan itu adalah sifat semulajadi gajah liar yang biasanya berjalan tanpa henti sambil meragut makanan sehingga 20 jam sehari dan hanya berhenti untuk tidur selama empat jam. Gajah memerlukan kawasan liputan yang luas untuk berjalan, bagai-kan trek berjadual, mereka akan berada di tempat berbeza mengi-kut musim. Dari generasi ke generasi, mereka menggunakan laluan yang ham-pir sama selama berpuluh-puluh tahun, namun, kini timbul masalah konflik dengan manusia apabila laluan mereka dijadikan asas pem-binaan jalan dan lebuh raya yang menyebabkan mereka kehilangan arah.

PERSEKITARAN SERUPA HABITAT SEMULA JADI Walaupun gajah residen PKGK tidur dalam padok buatan manu-sia, mereka akan berlegar di persekitaran menyerupai habitat semula jadi pada kebanyakan masa. Selain kawasan kurungan seluas 400 meter persegi khusus untuk gajah bersosial dan berehat apabila tiada aktiviti, PKGK juga men-yediakan kawasandenai gajah yang juga hutan kecil disempadani dengan Sungai Teris dan Sungai Pian bersebelahan padang lati-han pusat itu. Tumbuhan renik herba di kawasan denai gajah itu mampu tum-buh semula dengan pantas secara semula jadi dan memainkan peranan penting untuk kesihatan gajah jinak PKGK. Haiwan pintar itu boleh mengenal pasti herba tertentu yang bo-leh membantu merawat masalah kesihatan, justeru, gajah yang kelihatan sakit ataumurung akan bercuti dari sebarang aktiviti dan dibebaskan ke hutan untuk memilih sendiri sebarang herba yang diperlukan.

11

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Alam Sekitar di akhir RMKe-9 telah memperkenalkan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang dilancarkan pada 4 Jun 2009 sebagai satu usaha menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Antara program/aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program RAS iaitu :

pembersihan pantai; kitar semula buangan (termasuk E-waste); menanam pokok, membuat baja kompos; menghasilkan produk kraftangan dari bahan buangan; River Rangers; penggunaan EM (effective microorganism); kitar buangan minyak masak kepada sabun; Kem Kesedaran Alam Sekitar untuk ahli RAS dan; lain-lain program kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang dijalankan

oleh agensi-agensi di bawah NRE.

Bagi penambahbaikan berterusan Program RAS, Mesyuarat dan Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Rakan Alam Sekitar telah diadakan julung kalinya oleh Unit Rakan Alam Sekitar, Bahagian Komunikasi Strategik pada 16-18 Februari 2011 di Avil-lion Legacy, Melaka khas untuk pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri yang terlibat se-cara langsung melaksanakan program/ aktiviti RAS di negeri masing-masing. Objektif mesyuarat dan bengkel ini ialah:

Merangka strategi dan penambahbaikan Program RAS bagi memastikan ianya selari dengan Pelan Strategik NRE yang baru dibangunkan

Menentupasti program RAS yang akan dijalankan pada tahun 2011 bagi setiap kawasan Parlimen

Mulai tahun 2011, di bawah RMKe 10 , Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar dijadikan sebagai program ‘flagship’ dalam melaksanakan Program RAS di peringkat sekolah. Program ini dilaksanakan mengikut kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Di dalam program ini, satu hingga empat buah sekolah yang terpilih dari setiap kawasan Parlimen akan diberi peruntukan. Pemilihan sekolah berdasarkan kepada kertas kerja aktiviti atau projek pemuliharaan alam sekitar yang disediakan oleh pihak sekolah.Sehingga ke hari ini, seramai 30,000 orang telah berdaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar. Pelaksanaan program/aktiviti untuk ahli RAS akan dijalankan dengan memberi fokus kepada 6 buah negeri yang mempunyai kelompok keahlian RAS yang ramai iaitu di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Perak, Sabah dan Sarawak. Penyertaan Rakan Alam Sekitar adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Sesiapa yang berminat menjadi Rakan Alam Sekitar boleh mendaftar secara online di www.doe.gov.my/ras.

Rakan Alam Sekitar (RAS)Rakan Alam Sekitar (RAS)Rakan Alam Sekitar (RAS)

12