e-fm · 2018-10-14 · tarikh akhir penghantaran laporan psm1 & buku log tarikh penting psm i ....

3
e-FM JABATAN SAINS MATEMATIK UTM e-FM18.08 Shazirawati Tok Itam Sis Kekwat Hazzirah Hang See Pheng Zarina Fauzi Sekiranya anda mempunyai artikel menarik yang ingin dikongsikan, sila emel- kan kepada: [email protected] cc: [email protected] SIDANG REDAKSI e-FM e-ISSN No: 2636-9753 Sekalung Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Khairil Anuar Arshad yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kursus Ko-Kurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL) berkuat kuasa 1 Oktober 2018 hingga 12 Mei 2021. Selamat maju jaya diucapkan. Graduan Pertama Program UTM-Kent BERITA DAN MAKLUMAN Staf Menghadiri Seminar/Bengkel/Kursus. International Seminar on Mathematics in Industry & Interna- tional Conference on Theoretical and Applied Statistics 2018 (ISMI-ICTAS 2018) 4-6 September 2018, UTMKL. Staf yang membentangkan kertas kerja: - PM Dr Sharidan Shafie, Dr Zaiton Mat Isa (g–Jitter Induced Mixed Convection Flow of Casson Fluid with the Presence of Metallic Nanoparticles) - Dr Nur Arina Bazilah Aziz (Genetic Algorithm for Inventory Routing Problem with Carbon Emission Consideration). - Pn Wan Rukaida Abdullah, PM Dr Sharidan Shafie (Mixed Convection Boundary Layer Flow of Viscoelastic Nanofluid Past a Sphere with Constant Wall Temperature) - Dr Muhammad Fauzee Hamdan, Dr Shariffah Suhaila Syed Jamaludin (Estimation of Rainfall Curve by using Functional Data Analysis and Ordinary Kriging Approach) - Dr Fuaada Mohd Siam (Mechanistic Model of Radiation- Induced Bystander Effects Using Structured Cells Population Approach) - Dr Syarifah Zyurina Nordin, Dr Rashidah Ahmad (Giffler and Thompson Algorithm and Disjunctive Programming as Initial Solution for TABU search in Solving Job Shop Scheduling Problem) Workshop on Teaching Mathematics with Mathematical Thinking. 26-27 September 2018, bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Staf terlibat: PM Dr Yudariah Mohammad Yusof (sebagai Penceramah). Bengkel ini merupakan bengkel pemantapan pedagogi matematik meli- batkn 25 org pensyarah di UTP. Lantikan Penasihat Akademik Baharu. Tahniah atas pelantikan tiga orang lagi Penasihat Akademik Ta- hun 1 yang baharu iaitu Dr Yeak Su Hoe, Dr Faridah Mustapha serta Dr Nur Arina Bazilah Aziz. Data Penerbitan e-LPPT. Tarikh akhir kemasukan data penerbitan e-LPPT bagi Januari hingga November 2018 ialah pada 30 November 2018. Oleh yang demikian, semua staf diminta membuat kemasukan segera ke sistem RADIS bagi melancarkan urusan pengesahan. Hanya artikel yang diterbitkan pada bulan Disember 2018 sahaja yang layak dimasukkan selepas 30 November 2018 dan akan diterima untuk pengesahan pada bulan Januari 2019. Pelajar Foo Weoi Ming telah berjaya menjadi graduan pertama menamatkan pengajian di bawah program Ijazah Berkembar UTM- Kent. Melalui program ini, beliau telah berjaya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dari UTM serta Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari University of Kent. Beliau telah bergraduasi di University of Kent pada Julai 2018 dan akan bergraduasi di Majlis Konvokesyen UTM pada November 2018. Tahniah! 1/3 25 Oktober 2018 Tarikh akhir penghantaran proposal PSM 1 18 Disember 2018 Tarikh akhir penghantaran laporan PSM1 & buku log TARIKH PENTING PSM I

Upload: dominh

Post on 16-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M

e-FM18.08

S h a z i r a w a t i

T o k I t a m

S i s K e k w a t

H a z z i r a h

H a n g S e e P h e n g

Z a r i n a

Fauzi

Sekiranya anda

mempunyai artikel

menarik yang ingin

dikongsikan, sila emel-

kan kepada:

[email protected]

cc: [email protected]

SIDANG

REDAKSI

e-FM

e-ISSN No: 2636-9753

Sekalung Tahniah

diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Khairil Anuar Arshad yang telah dilantik

sebagai Timbalan Pengerusi Kursus Ko-Kurikulum & Pembelajaran

Servis (CCSL) berkuat kuasa 1 Oktober 2018 hingga 12 Mei 2021.

Selamat maju jaya diucapkan.

Graduan Pertama Program UTM-Kent

BERITA DAN MAKLUMAN Staf Menghadiri Seminar/Bengkel/Kursus.

International Seminar on Mathematics in Industry & Interna-

tional Conference on Theoretical and Applied Statistics 2018

(ISMI-ICTAS 2018) 4-6 September 2018, UTMKL. Staf yang

membentangkan kertas kerja:

- PM Dr Sharidan Shafie, Dr Zaiton Mat Isa (g–Jitter Induced

Mixed Convection Flow of Casson Fluid with the Presence of

Metallic Nanoparticles)

- Dr Nur Arina Bazilah Aziz (Genetic Algorithm for Inventory

Routing Problem with Carbon Emission Consideration).

- Pn Wan Rukaida Abdullah, PM Dr Sharidan Shafie (Mixed

Convection Boundary Layer Flow of Viscoelastic Nanofluid

Past a Sphere with Constant Wall Temperature)

- Dr Muhammad Fauzee Hamdan, Dr Shariffah Suhaila

Syed Jamaludin (Estimation of Rainfall Curve by using

Functional Data Analysis and Ordinary Kriging Approach)

- Dr Fuaada Mohd Siam (Mechanistic Model of Radiation-

Induced Bystander Effects Using Structured Cells Population

Approach)

- Dr Syarifah Zyurina Nordin, Dr Rashidah Ahmad (Giffler and

Thompson Algorithm and Disjunctive Programming as Initial

Solution for TABU search in Solving Job Shop Scheduling

Problem)

Workshop on Teaching Mathematics

with Mathematical Thinking.

26-27 September 2018, bertempat di

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Staf terlibat: PM Dr Yudariah Mohammad

Yusof (sebagai Penceramah). Bengkel ini

merupakan bengkel pemantapan pedagogi matematik meli-

batkn 25 org pensyarah di UTP.

Lantikan Penasihat Akademik Baharu.

Tahniah atas pelantikan tiga orang lagi Penasihat Akademik Ta-

hun 1 yang baharu iaitu Dr Yeak Su Hoe, Dr Faridah Mustapha

serta Dr Nur Arina Bazilah Aziz.

Data Penerbitan e-LPPT.

Tarikh akhir kemasukan data penerbitan e-LPPT bagi Januari

hingga November 2018 ialah pada 30 November 2018. Oleh yang

demikian, semua staf diminta membuat kemasukan segera ke

sistem RADIS bagi melancarkan urusan pengesahan. Hanya artikel

yang diterbitkan pada bulan Disember 2018 sahaja yang layak

dimasukkan selepas 30 November 2018 dan akan diterima untuk

pengesahan pada bulan Januari 2019.

Pelajar Foo Weoi Ming telah berjaya menjadi graduan pertama

menamatkan pengajian di bawah program Ijazah Berkembar UTM-

Kent. Melalui program ini, beliau telah berjaya dianugerahkan Ijazah

Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dari UTM serta Ijazah Sarjana

Muda Sains Aktuari dari University of Kent. Beliau telah bergraduasi di

University of Kent pada Julai 2018 dan akan bergraduasi di Majlis

Konvokesyen UTM pada November 2018. Tahniah!

1/3

25 Oktober 2018

Tarikh akhir penghantaran proposal PSM 1

18 Disember 2018

Tarikh akhir penghantaran laporan PSM1 & buku log

TARIKH

PENTING

PSM I

2/3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wujudkah teori kimia yang boleh menerangkan perubahan tanah pejal kepada bentuk cecair atau pun teori ma-tematik yang dapat menerangkan fenomena ini? Inilah fenomena yang berlaku di Palu dan Donggala, Sulawesi dalam kejadian gem-pa bumi dan tsunami pada 28 September 2018 yang lalu. Dalam satu video yang tular, fenomena tanah yang dipijak dan didiami ini mencair, bergerak seperti sungai yang berombak, digulung dan diterbalikkan; melenyapkan seluruh kampung. Sudah tentu ada pula kuasa yang menggulung tanah ini dan menterbalikkannya yang mungkin boleh diterangkan oleh bidang fizik. Apakah sifat-sifat tanah ini yang membolehkannya mencair? Adakah semua jenis tanah boleh mencair? Tentu banyak lagi soalan yang boleh ditim-bulkan. Soalan yang berkait dengan sains. Bagi yang berminat melihat fenomena ini boleh membuka pautan https://www.youtube.com/watch?v=lf2BGWT3Y38. Bagi umat Islam sudah tentu mengaitkan kejadian ini dengan Allah SWT, Tuhan semesta alam yang Maha Berkuasa dan sudah tentu juga mengimbau bala yang diturunkan Allah SWT kepada Qarun, Firaun, Haman, kaum ‘Aad, kaum Thamud, kaum Luth dan banyak lagi yang dikisahkan dalam Al-Quran. Bala yang diturunkan ini bersebab; sebab keingkaran dan keangkuhan mereka lalu Allah SWT menurunkan bala kepada mereka. Seorang penulis menceritakan pengalaman beliau sebelum beliau memeluk Islam bagaimana kawannya seorang bukan Islam membuat kesimpulan bahawa setelah beliau membaca Al-Quran, beliau berpendapat Tuhan itu penuh dengan dendam kesumat namun penulis mempertahankanNya dengan mengingatkan beliau Tuhan juga selalu menyebut Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. ‘Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kasihanilah saudara-saudara kami di Palu dan Donggala, jauhilah kami da-ripada kemurkaanMu dan jauhilah kami daripada mala petaka’.

Tok Itam

AKTIVITI BERGAMBAR Majlis Persaraan Staf JSM, 25 September 2018, Bilik Aktiviti JSM

Selamat bersara diucapkan kepada Tn.

Hj. Che Lokman Jaafar, PM Dr Ismail

Mohamad dan juga PM Dr Munira Is-

mail (Dr Munira akan bersara pada 14

Oktober 2018). Ketiga-tiga ‘YB’ telah

diraikan dalam satu majlis makan ten-

gahari anjuran JK Kebajikan JSM.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik pasti disanjung.

Kejohanan Olahraga UTM Staff Game (USG Bakes), 29 September 2018, UTMJB

Tahniah diucapkan kepada Pn Zarina Mohamed yang

telah memenangi pingat gangsa dalam acara lontar

peluru di Kejohanan Olahraga UTM Staff Games.

Turut terlibat ialah PM Dr Nor Muhainiah Mohd Ali.

Tahniah diucapkan.

e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM

Peranan Kita Sebagai Warga Kampus

Dalam keadaan ekonomi yang kurang mem-

berangsangkan ini, banyak pihak terjejas

sebenarnya. Iyelah tanpa duit, apa pun tak

boleh. Walaupun sebenarnya duit bukan segalanya. Sis bukan

apa, kesannya bukan di atas atau di bawah sahaja, tetapi me-

mang menyeluruh.

Terlalu banyak komplen juga tidak menyelesaikan masalah. Biar-

lah masing-masing melakukan peranan masing-masing. Akibat

dari ekonomi yang kurang menggalakkan ini, apa yang boleh kita

lakukan adalah membiasakan diri dengan segala kekurangan. Jika

kita mengharapkan yang terbaik dari atasan, kita juga perlu cuba

menjadi yang terbaik di peringkat bawahan.

Isu yang Sis nak timbulkan di sini hanyalah isu biasa. Hasil

pemerhatian Sis sendiri, tetapi ianya cukup merimaskan. Kita

semua tahu cleaner sudah dikurangkan bilangannya. Maka, men-

jaga kebersihan sepenuhnya atas tanggungjawab sendiri. Da-

ripada menjaga kebersihan tandas, sehinggalah membuang sam-

pah di kawasan kita berada. Semua pihak perlu prihatin akan

masalah ini dan sama-sama bertanggungjawab dengan kawasan

sekitaran di mana kita berada. Bukan apa, persekitaran yang ber-

sih membuatkan kita rasa lebih selesa biarpun tanpa cleaner.

Antara yang Sis perhatikan adalah bilik kuliah. Pernah seketika Sis

masuk dengan bakul sampah yang penuh dengan sampah.

Pemandangan yang sangat menganggu mata. Cumanya keadaan

sekarang sedikit baik apabila setiap orang cuba melakukan yang

terbaik. Walaupun masih ada segelintir yang masih mementing-

kan diri sendiri. Botol-botol air dibiarkan bersepah begitu sahaja.

Jika kita tidak kutip sampah orang lain pun, memadai kita pasti-

kan sampah kita sendiri diuruskan. Kita sebagai pensyarah pun

perlulah selalu mengingatkan pelajar agar mengutip segala sam-

pah yang berada di sekeliling tempat duduk mereka sebelum

keluar dari bilik kuliah. Jika amalan ingat mengingati ini selalu

diucapkan, Sis pasti kita semua akan terbiasa membuat benda

yang betul.

Satu lagi yang Sis boleh perhatikan, adalah di kawasan tangga di

sekolah kejuruteraan di mana Sis mengajar. Tangga di bahagian

tersorok, penuh dengan putung rokok.

Bukan kah semua institusi pengajian tinggi sudah diwartakan

sebagai kawasan larangan merokok? Sudahlah merokok, dibuang

pula merata. Di mana sikap kita yang sepatutnya prihatin dengan

sekeliling demi keselesaan bersama? Sikap begini saling tak

tumpah macam kucing yang meninggalkan najisnya. Menjaga

kebersihan bersama walau di mana jua kita berada itu penting

demi keselesaan bersama. Pemandangan yang cacat ni membu-

atkan kita hilang ‘mood’ sebenarnya. Walaupun masih ada ku-

rangnya sana dan sini, sekurang-kurangnya kita cuba memini-

mumkan tahap kotor kawasan sekitar kita.

Apapun, mari kita tanya diri kita, apa yang kita buat untuk orang-

orang di sekeliling kita. Selama ini kita hanya sibuk fikir apa yang

orang perlu buat kepada kita. Sekali lagi, Sis merasakan peranan

ini kecil sahaja tetapi memberi impak yang besar jika semua

orang melakukan perkara yang betul. Iya kan?

3/3