Transcript
Page 1: Tamadun_Islam (riba)

AC301 TAMADUN ISLAM

By

FisabillillahGROUP

Page 2: Tamadun_Islam (riba)

Pengenalan• Menurut bahasa bererti bertambah atau berlebihan.

• Menurut istilah adalah penambahan-penambahan yang diisyaratkan oleh orang yang memiliki harta kepada orang yang meminjam hartanya.

Hukum“Haram” • Keharaman dikaitkan dengan sistem bunga dalam jual beli atau transaksi yang bersifat komersial.

• Di dalam transaksi tersebut, terdapat keuntungan atau bungan tinggi melebihi keumuman (batas kewajaran) sehingga merugikan pihak-pihak tertentu.

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 3: Tamadun_Islam (riba)

Jenis-jenis riba

i) Riba Jual-Beli (Riba Al-Buyu’)

• Ia merujuk kepada jual-beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau semasa penyerahan barang-barang tertentu atau matawang pada ketika berjual beli atau secara tukar-menukar, bahan atau barangan tersebut yang sama sejenis.

a. Riba Al-Fadl - Merujuk kepada aktiviti jual beli antara bahan ribawi sama sejenistetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan yang sama semasa berlakunya jualbeli itu. Contohnya membeli beras dan dibayar dengan beras. Riba berlaku apabilasukatan atau timbangan tidak sama seperti satu kilo beras Gred A dijual belidengan dua kilo beras Gred B.

b. Riba al- Nasiah - Berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan bayaran, iaitu tanpa pnyerahan di waktu yang sama. Contohnya membeli gula dandibayar dengan gula juga tetapi urusniaga ini tidak dilakukan serentak.

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 4: Tamadun_Islam (riba)

ii) Riba Hutang-piutang

• Berlaku apabila wujud lebihan yang diisyaratkan atau dijanjikan untuk diberi kepada pemiutang. Lebihan ini diletakkan sebagai syarat kepada sesuatu kemudahan kewangan atau pinjaman atau pemberian kredit dari urusniaga jual beli tertangguh. Riba hutang-piutang in terbahagi kepada dua jenis:

i) Riba al-Qard - Merujuk kepada hutang atau pinjaman yang disyaratkan atau dijanjikan sesuatu faedah untuk kepentingan pihak sipemiutang .

ii) Riba al-Jahiliyyah - Adalah bayaran lebih dari hutang asal (pokok pinjaman) yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya hutang tidak dijelaskan padatempoh yang ditetapkan.

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 5: Tamadun_Islam (riba)
Page 6: Tamadun_Islam (riba)

Larangan riba dalam al-quran

Larangan pertama dibuat melalui Surah Ar Rum ayat 39 yang diturunkan di Mekah yang berbunyi :

“Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah zakat manusia, sebenarnya ia tidak menambah di sisi Allah; (tetapi) zakat yang kamu keluarkan dengan maksudmendapat keredhaan Allah adalah mereka yang mendapat pahala berlipat ganda. “

Larangan Kedua melalui Surah An Nisa ayat 161 yang bermaksud:

“Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta orang lain dengan jalanyang batil, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara merekaitu siksa yang pedih.”

Ayat ini diturunkan di Madinah dan telah menimbulkan salah faham di kalangan bijak pandai sama ada ianya ditujukan kepada orang Islam ataupun orang Yahudi di Madinah.

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 7: Tamadun_Islam (riba)
Page 8: Tamadun_Islam (riba)

Larangan riba dalam hadis

Dikelaskan kepada tiga kategori:

1) Pengharaman dalam bentuk umum“Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama. (Riwayat Muslim)”

2) Penegahan amalan jahiliyyah (riba hutang)“Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara berunjuk-unjuk (secara tunai).(Riwayat Muslim)”

3) penegahan amalan riba jual-beli atau riba tersembunyi“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjuk-berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unjuk-berunjuk.(Riwayat Muslim)”

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 9: Tamadun_Islam (riba)
Page 10: Tamadun_Islam (riba)

Kesan riba ke atas masyarakat dan negara.

a) Dari segi akal

Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus, gelojoh, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk dikikis lagi.

Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi keburukan riba boleh dilihat dari segi akal, dari segi sosial , dari segi akhlak dan dari segi ekonomi

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 11: Tamadun_Islam (riba)

b) Dari segi sosial dan akhlak

Amalan riba akan merosakkan kemaslahatan dunia. Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Ia juga merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan. Ini akan mewujudkan ketidaksaman di dalam masyarakat.

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 12: Tamadun_Islam (riba)

c) Dari segi ekonomi

Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, menyebabkan kekurangan pekerjaan dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan kan inflasi. Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu peminjam.

z AC301 TAMADUN ISLAM z

Page 13: Tamadun_Islam (riba)
Page 14: Tamadun_Islam (riba)

“That all from us, thank you” :))


Top Related