Transcript
Page 1: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

GROUP 5 ~ SLE (LUPUS)

Page 2: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

AHLI KUMPULAN

1. MOHAMAD SAFWAN BIN ABD SHOKOR (125641)2. MUHAMAD SAUFI ZUHAN BIN MAIL (126613)3. MOHD KAMARIZAN SAMAUN (122490)4. MOHD KHAIRUL NAIM BIN ZAKARIA (125599)5. MOHD SYAFIQ BIN ZULKEFLI (99945)6. MUHAMMAD SYAHIR BIN AZIZAN (126616)7. MUHAMMAD AKMAL IZAAN BIN AHMAD (125600)8. MUHAMMAD AL-AMIN YUSOFF (125601)9. MUHAMMAD AZMI MAHAT (125602)10. MUHAMMAD FADLI MOHD SEPIAN (125844)11. MOHD ZULFAIZAL MOHD SHOBRI (125843)12. MUHAMMAD AIMAN BIN RAHIMI (126678)

Page 3: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

DEFINASI LUPUS

Page 4: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

SEJARAH SLE

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Page 5: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

-Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.

-Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Ratio pengidap SLE:Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orangDi Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orangDi negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

STATISTIK SLE

Page 6: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

SIMPTOM SLE LUPUS• SAKIT DADA KETIKA MENGAMBIL NAFAS • KEGUGURAN RAMBUT• KELETIHAN • DEMAM• KERAP KEGUGURAN BAYI• ULSER DI MULUT MELEBIHI SEBULAN• RISIKO MENDAPAT DARAH TINGGI• GANGGUAN MENTAL• FOTOSENSITIVITI

Page 7: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

HORMON

GENETIK

PENGGUNAAN UBAT

SINARAN MATAHARI

FAKTOR LUPUS

Page 8: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• PENGGUNAAN UBATLupus juga biasa terjadi akibat penggunaan ubat-ubat antibiotik, anti kejang dan ubat tekanan darah. Jika gejala lupus terjadi kerana penggunaan ubat-ubatan jenis ini lebih baik dihentikan terlebiih dahulu kerana lupus yang diakibatkan oleh ubat-ubatan boleh hilang ketika pesakit menghentikan penggunaan ubat-ubatan seperti itu.

Page 9: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• HORMONKira-kira 90% daripada pesakit lupus adalah wanita, paling didiagnosis apabila mereka berada di peringkat umur boleh hamil. Selepas menopaus, wanita hanya 2.5 kali ganda berkemungkinan untuk mendapat SLE daripada lelaki.

Page 10: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• GENETIKGenetik memainkan peranan yang kuat dalam SLE. Contohnya ahli keluarga penghidap SLE berkemungkinan 20 kali ganda risiko untuk mendapat SLE

Page 11: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• SINARAN MATAHARICahaya matahari boleh menjadi salah satu faktor dalam berlakunya lupus. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan luka-luka kulit lupus atau pencetus dalaman tindak balas pada orang terdedah.

Page 12: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

KESAN LUPUS

SALURAN DARAH VASKULITIS

JANTUNG

DENYUTAN TAK NORMAL

BUAH PINGGANG

KAKI BENGKAK

OTAK

SAKIT KEPALA

PARU-PARU

RADANG SAKIT DADA

Page 13: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

ANGGOTA BADAN YANG TERKESAN AKIBAT SLE

Page 14: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• SALURAN DARAHKeradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Page 15: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• PARU PARUSebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Page 16: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• OTAK & SARAF SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Page 17: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• JANTUNGPesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Page 18: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• BUAH PINGGANGKeradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Page 19: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE.

• Pesakit harus menjalani pemeriksaan darah dan air kencing untuk menganalisa antibodi yang menyebabkan penyakit SLE. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh.

CARA MENGESAN SLE

Page 20: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.

• Ujian biopsi bagi membantu mencari punca penyakit. Sampel yang mungkin diambil talah tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya (jika perlu sahaja)

Page 21: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

• FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting.

• Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”. Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare).

• Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.

Page 22: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

RAWATANS.L.E

UBATAN

Non steroidal anti

inflammatory drugs

(NSAIDs)Melegakan sakit otot dan radang

sendi.

Ubat antimalaria

Mengatasi masalah kulit dan sakit sendiContoh: chloroquine

dan hydroxycholoroquine

Steroid

Membantu mengurangkan

radang dan tindak

balas sistem pertahanan

tubuh.

Imunosupresif

Membantu mengurangkan

radang dan tindak balas

sistem pertahanan

tubuh.

Page 23: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

PENDIDIKAN KESIHATAN

Diet

⇑ Kenali makanan yang sesuaidengan sistem pertahanan tubuhmasing-masing.⇑ Makan makanan seimbang danberkhasiat.

Senaman

⇑ Senaman membantumemperbaiki pergerakansendi.⇑ Elakkan dari melakukansenaman lasak.

Stres

⇑ Elakkan stres kerana ia bolehmenyebabkan penyakit inimenjadi aktif.⇑ Sentiasa berfikiran positif.

Perlindungan kulit

⇑ Memakai pelindung matahari SPF • 45.⇑ Menggunakan payung, topi atau baju lenganpanjang bagi mengelakkan terkena pancaranmatahari.⇑ Memakai kaca mata hitam.

Page 24: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

Ubat-ubatan ⇑ Makan ubat mengikut arahan doktor. ⇑ Jangan sesekali berhenti makan ubat tanpa arahan

doktor. ⇑ Jangan makan ubat hospital bersama ubat-ubat lain,

dikuatiri interaksi antara ubat boleh berlaku.

Rawatan susulan ⇑ Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.

Page 25: Systemic lupus erythematosus @ SLE @ Lupus - Komunikasi Kesihatan

Top Related