Transcript
Page 1: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

SEJARAH INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

1. MUKADIMAH

1.1. Institusi Raja adalah satu institusi yang sangat lama yang telah berkembang dan terpakai di Malaysia tanpa ada gangguan untuk menghapuskan secara formal atau tidak formal. Institusi Raja juga bukan hanya merupakan satu institusi politik dan pentadbiran tetapi juga satu Institusi sosio-budaya masyarakat yang telah berfungsi begitu padu dan kukuh dalam masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu di Asia Tenggara ini. Ia telah didokong oleh rakyat jelata disepanjang kurun sehingga kini, terutama di Malaysia. Ia adalah satu legasi yang menjadi tonggak masyarakat Malaysia yang dikekalkan sebagai satu warisan dan juga sebagai satu institusi kepimpinan dalam sistem pentadbiran tamaddun bangsa.

1.2.

2. KONSEP KERAJAAN KEPULAUAN MELAYU.

3. Antara contoh Kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu yang menggunakan Institusi Rajasebagai tunggaknya ialah:

a. Sri Vijayab. Majapahitc. Mataramd. Singgahsarie. Banjarmasinf. Pontianakg. Makasarh. Ternatei. Sambas

Page 2: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

j. Sulu k. Mindanao l. Patani m. Brunei n. Melaka o. Dll

3.1. Hikayat-hikayat Melayu telah menjadi bukti yang jelas tentang kewujudan negeri-negeri dan kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu. Didalam hikayat itu diceritakan tentang asal usul sesebuah kerajaan dan raja-raja yang telah memainkan peranan yang penting dalam membangun dan memajukan negeri dan kerajaannya sehingga dikenali diperingkat tempatan dan antarabangsa. Didalam hikayat itu juga dimasukkan tentang sistem perdagangan, hubungan antarabangsa, adat istiadat diraja, kegiatan agama Islam dan juga tentang taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negerinya.

3.2. Antara hikayat itu ialah Hikayat Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani, Salasiah Brunei, Sejarah Melayu, Misa Melayu dan banyak lagi. Hikayat-hikayat ini banyak terdapat disimpan di Britian, Netherland dan Amerika.

3.3. Institusi Raja adalah nadi dan nyawa kepada sistem pentadbiran politik, ekonomi

dan sosio-ekonomi Kerajaan Melayu. Pada teori dan prinsipnya sesebuah kerajaan di Kepulauan Melayu tidak boleh diwujudkan jika tidak ada seorang pemimpin yang dipanggil Raja untuk mengetuainya. Apabila ada seorang Raja sebagai ketuanya, maka barulah ia dinamakan sebuah kerajaan. Perkataan kerajaan itu menggunakan kata dasar Raja yang menunjukkan Raja adalah tonggak atau asas sesebuah kerajaan.

3.4. Inilah asas kemunculan sesebuah negeri Melayu. Sebuah negeri dan kerajaan pula dikenal sebagai negeri dan jajahan takluknya Ini bermakna dalam sesebuah pemerintahan kerajaan Melayu terdapat pembahagian pentadbiran yang jelas. Raja yang bergelar Sultan akan memegang sesebuah kerajaan sebagai pusat pentadbiran dan istananya. Manakala kawasan-kawasan lain akan dipegang oleh pembesar-pembesar yang dilantik oleh Sultan. Pembesar-pembesar ini selalunya daripada keturunan diraja samada adik-beradik, sepupu atau mereka yang ada pertalian darah dengan kerabat diraja. Ada juga didalam kes-kes terpencil seorang rakyat yang kaya-raya yang berkahwin dengan kerabat diraja akan dilantik sebagai pembesar daerah. Dengan cara ini kesetiaan pembesar kepada Raja yang memerintah dapat dikawal.

3. INSTITUSI RAJA-RAJA DI MALAYSIA

3.1. Di Malaysia, kerjaan-kerajaan Melayu telah ditubuhkan seawal kurun 1 Masehi.

Walaupun tidak ada penulisan yang jelas mengenainya tetapi beberapa buah negeri dan kerajaan telah wujud melalui cerita rakyat atau sejarah lisan. Antara kerajaan-kerajaan itu ialah Bruas, Gangga Negara, kerajaan Puteri Saadong dan kerajaan Kedah Tua. Satu lain-lain lagi terdapat juga kerajaan yang mempunyai rekod pencapaiannya seperti kerajaan Kesultanan Melaka dengan berdasarkan rekod daripada Cina, Portugis, Belanda dan tempatan, ternyata kerajaan Kesultanan Melaka atau Empayar Melaka merupakan kerajaan tempatan yang paling kompleks pencapaiannya sehingga ia boleh dinamakan sebagai sebuah tamadun.

Page 3: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

3.2. Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin adalah sumber rujukan yang penting untuk mencari asal usul Raja-Raja di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Sejarah Melayu yang mempunyai 29 versi, keturunan Raja Melayu dikatakan daripada Sultan Iskandar Zulkarnain, raja yang tersohor diseluruh dunia seperti yang tercatit dalam Al-Quran. Disegi kepercayaannya pula, raja-raja dikatakan dari Bukit Seguntang Mahameru yang terletak di Palembang, Sumatera.

1. Mengikut teks itu, seorang anak Raja telah muncul daripada luahan lembu; ketampanannya telah menyebabkan cahaya yang bersinar-sinar sehingga padi menjadi emas dan daunnya menjadi suasa. Kehebatan ini menunjukkan kehebatan dan kesempurnaan anak raja tersebut. Apa yang menarik disini ialah dalam kedua-dua perceritaan itu, asalnya Raja dikaitkan dengan agama atau sistem kepercayaan masyarakat. Ini menunjukkan seolah-olah Raja itu adalah wakil Tuhan yang layak dan sesuai dijadikan pemimpin kepada masyarakat umum. Dalam erti kata lain bagi sesebuah masyarakat mempunyai seorang Raja sebagai pemimpin, kedudukannya dan kewibawaannya patutlah dikaitkan dengan kedudukan yang amat istimewa dan direstui oleh agamanya.

3.3. Perkara kedua yang menarik ialah tentang kontrak sosial yang telah diadakan diantara rakyat dan raja. Dalam teks sejarah Melayu ini dikatakan Sang Sapurba telah membuat satu perjanjian dengan pemimpin masyarakat tempatan demi untuk memulakan satu kerajaan dan negeri yang meletakan Raja sebagai ketua negerinya. Dengan perjanjian sosio-budaya itu, Sang Sapurba telah diterima oleh rakyat yang diketuai oleh Demang Lebar Daun, ketua penghulu daerahnya, untuk menjadi raja mereka. Dalam kontrak ini dikatakan ‘Raja Zalim Raja Disanggah, Raja Adil Raja Disembah’.

3.4. Ini bermakna bahawa:-

i) Raja dan rakyat adalah saling kait mengait. Tanpa raja rakyat tidak akan kemananya dan tanpa rakyat pula raja tidak akan menjadi ketuanya.

ii) Hubungan Raja dan rakyat adalah diatas dasar pemuafakatan. Kedua-duanya saling hormat-menghormati dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Setiap pihak sepatutnya menjalankan bidang kuasa yang telah digariskan supaya Raja dan rakyat akan saling bergantungan bagi menentukan survival kerajaan dan negeri itu.

iii) Kedudukan Raja adalah diatas rakyat kerana Raja adalah tunggak kerajaan dan negeri. Rakyat tidak boleh membina sebuah negeri tanpa ada kerajaan yang diketuai oleh raja yang didaulatkan oleh rakyat. Rakyat mengiktiraf kedaulatan raja yang menjadi pemerintahnya dengan kemuliaan-kemuliaan khusus kepada Raja, ini termasuklah dinasti raja, adat istiadat diraja, bahasa diraja, perlatan diraja, singgahsana dan istana diraja.

4. KESULTANAN MELAKA 4.1. Kesultanan Melaka telah di tubuhkan pada 1400 atau dikatakan lebih awal oleh

sesetengah sumber; adalah kerajaan Melayu yang telah meninggalkan legasi yang besar dan penting dalam kerajaan-kerajaan selepasnya sehingga ke hari ini.

4.2. Sebagai sebuah kerajaan yang besar, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran, sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, sistem

Page 4: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

perundangan dan agama Islam sebagai cara hidup dan perundangan masyarakat Melaka.

4.3. Dalam sistem kerajaan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya,

pemerintahan raja dikenali sebagai Pemerintahan Raja Mutlak. Konsep ini menunjukkan pemerintahan negeri dan jajahan takluk. Tertakluk dalam tangan Baginda sepenuhnya. Ini kerana Raja atau Sultan adalah ketua negeri atau kesultanan itu. Raja atau Sultan merupakan kemuncak kepada kuasa pentadbiran negeri Melayu. Oleh itu dalam kerajaan Melayu sentiasa digambarkan dan dikatakan ‘Titah Raja adalah Undang-Undang yang mesti dipatuhi dan dijalankan tanpa boleh diingkari’. Misalnya, dalam peristiwa Sultan Melaka menitahkan supaya Hang Tuah dibunuh, pihak Bendahara melaksanakan tugas itu tanpa mempersoalkan keputusan Sultan. Walaupun didalam hati Bendahara tahu Hang Tuah difitnah. Apa yang dilakukannya ialah menyembunyikan Hang Tuah di Ulu Melaka. Namun apabila Hang Jebat mengamuk di istana, Bendahara mengangkat sembah untuk membawa pulang Hang Tuah setelah Sultan meyebut kebaikan Hang Tuah yang sentiasa setia kepada Baginda. Sultan melihat Bendahara seorang yang bijak dalam hal ini.

4.4. Tetapi dalam peristiwa lain pula, Sultan Mahmud Shah telah menitahkan

Bendahara Tun Mutahir dibunuh bersama-sama dengan 39 orang anggota keluarganya yang lain diatas tuduhan menderhaka. Dato’ Bendahara itu difitnah oleh Laksamana Khoja Hassan dan Raja Mendalir dengan mengatakan Dato’ Bendahara sedang menunjukkan kekayaannya melebihi daripada Sultan iaitu dengan menempa cerek emas untuk kegunaan hariannya. Dato’ Bendahara jua dituduh membelakangkan Sultan apabila mengahwinkan puterinya yang cantik jelita yang bernama Tun Fatimah dengan sepupunya Tun Ali. Diatas dua alasan ini, Sultan telah menitahkan Dato’ Bentara dengan membawa keris diraja kerumah Bendahara. Dato’ Bendahara, yang arif dengan adat istiadat diraja, menurut perintah Sultan tanpa bantahan. Dato’ Bendahara menggunakan konsep ‘Pantang anak Melayu Menderhaka’. Ternyata perintah Sultan tidak boleh diingkar. Inilah bidang kuasa Sultan ataupun Raja dalam konsep kerajaan Melayu dahulu.

4.5. Sebagai pemerintah yang tertinggi, Raja atau Sultan dibalut dengan konsep

Daulat. Dalam konsep ini Raja bukan sahaja dilihat mempunyai kuasa yang mutlak keatas rakyat dan negerinya, tetapi juga insitutsi itu dilengkapkan dengan perkara-perkara lain yang dianggap dan dijadikan sangat istimewa dan hanya boleh dipakai atau dikaitkan dengan seseorang Raja yang memerintah kerajaan tersebut. Antaranya ialah kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi, istana yang terletak diatas bukit, bahasa diraja, pakaian diraja, peralatan diraja, adat istiadat diraja dan cara kehidupan yang berbeza dengan rakyat atau pembesar-pembesarnya. Malah disegi kelahiran konsep Raja itu juga dikaitkan dengan kedudukannya sebagai wakil Tuhan atau khalifah bagi rakyatnya. Dengan itu kedudukannya sangat istimewa dan lebih mulia daripada manusia lain yang menjadi rakyatnya. Misalnya, seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu, kitab klasik tamadun melayu yang disusun oleh Tun Sri Lanang, dikatakan Sultan Melaka telah bermimpi pada satu malam bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah datang dan mengajarnya mengucapkan dua kalimah syahadat dan menyunatkan Baginda. Baginda diminta untuk menjemput sekumpulan orang Islam yang sedang menunaikan sembahyang Zohor dipantai Melaka untuk datang keistana bagi mengajar Baginda tentang agama Islam. Penceritaan ini menunjukkan bahawa cara Sultan Melaka memeluk agama Islam adalah sangat istimewa dan sangat mulia; Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang mengislamkan Baginda. Ini semata-mata untuk membezakan kedudukan Raja Melaka dengan rakyat biasa.

Page 5: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

Ini bermakna konsep kedaulatan Raja adalah satu manifestasi kedudukan dan kuasa yang teristimewa sehingga ia dihormati dan diyakini oleh rakyat dibawah kepimpinannya. Apabila seseorang rakyat itu mengangkat sembah ‘Ampun Tuanku’ bermulalah pengiktirafan terhadap kedaulatan seseorang Raja atau Sultan yang memerintah kerajaannya.

4.6. Secara rajahnya susunlapis pentadbiran Kesultanan Melaka dan kerajaan

Melayu yang lain boleh diturunkan seperti ini:

Sultan

Tengku Mahkota / Raja Muda

Pembesar-pembesar Istana

Pembesar-pembesar Jajahan / Daerah

Penghulu-penghulu bagi Mukim

Ketua-ketua Kampung / Tok Batin

Rakyat Jelata (merdeka atau hamba sahaya)

4.7. Sebagai ketua negeri, kedudukan Sultan adalah yang tertinggi sekali. Baginda adalah payung negeri dan pemerintah yang merupakan pembuat undang-undang dan peraturan negerinya. Baginda juga adalah kuasa esekutif yang diwakilkan kepada para pembesarnya. Sesuai dengan itu, kuasanya tidak terbatas; baginda berkuasa dalam semua perkara termasuk pentadbiran, kehakiman, kewangan, agama Islam, kebajikan rakyat, keselamatan negeri, perhubungan luar dan perluasan kerajaan atau empayarnya. Namun, kuasa itu diwakilkan kepada pembesar istana, jajahan, mukim atau kampong untuk dilaksanakan; mereka hanya melaporkannya kepada Baginda hasil kerja mengikut saluran, peringkat dan bidang kerja dan kuasa masing-masing. Pihak tertinggi yang melaporkan kepada Sultan tentulah pembesar-pembesar utama di Balairong Seri semasa Sultan bersemayam. Disini jugalah Sultan menerima kunjungan pihak luar atau pedagang-pedagang asing untuk berdagang atau membuat hubungan politik dan diplomasi. Golongan pembesar adalah kelas kedua dalam sistem pentadbiran Melaka. Mereka dilantik oleh Sultan daripada adik beradiknya atau kaum kerabatnya yang dekat dan jauh. Hak Sultan melantik para pembesar adalah satu bidang kuasanya yang amat jelas dalam Sejarah Melayu. Perlantikan ini bertujuan untuk melicinkan pentadbirannya; misalnya Sultan Muzaffar Shah telah melantik bapa saudaranya Tun Ali sebagai Bendahara Melaka. Baginda juga menceraikan Tun Kudu, pemaisurinya untuk dinikahkan dengan Tun Ali apabila Tun Ali meletakkan itu sebagai syarat untuk dia berundur daripada jawatan Bendahara. Jawatan itu kemudian diserahkan kepada Tun Perak yang bergelar Bendahara Paduka Raja, adinda Tun Kudu.

4.8. Sebagai payung negeri yang mempunyai kuasa legislatif dan esekutif, hubungan luar adalah satu lagi bidang kuasa Sultan yang memerintah. Dalam catitan Sejarah Melayu, hal ini sangat ketara. Misalnya, hubungan perdagangan dengan pedagang-pedagang luar telah dilakukan dengan begitu bijak sekali. Kerajaan Melaka telah mempunyai satu undang-undang untuk menjalankan perdagangan luar Negara yang merupakan salah satu sebab mengapa Melaka

Page 6: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

terkenal sebagai sebuah empayar. Undang-undang itu yang dinamakan Undang-undang Laut Melaka telah mula digunakan dimasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah iaitu pada tahun 1488 sehingga 1511. Undang-undang Laut Melaka adalah mengenai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan yang seragam bagi semua pedagang yang berniaga dan berdagang di Melaka. Ia digunakan untuk semua kapal, jong, wangkang dan perahu yang singgah dan berdagang di Melaka. Ia adalah bertujuan untuk menyeragamkan semua undang-undang perkapalan dan perniagaan yang dipakai sebelum itu. Adanya undang-undang ini menunjukkan telah ada satu sistem perundangan yang menunjukkan perdagangan Melaka yang hebat. Dimasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah ini dikatakan terdapat 1,000 orang saudagar Gujeiat, 4,000 orang saudagar Arab, Parsi, Benggali dan Jawa berdagang di Melaka. Ini adalah kemuncak kepada keunggulan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

4.9. Hubungan Diplomatik juga terletak dalam tangan Raja yang memerintah. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kerajaan Melaka. Misalnya dalam pemerintahan Sultan Megat Iskandar Shah (-1423), baginda telah membuat hubungan diplomatik dengan Cina bagi mengelakkan serangan Siam ke atasa Melaka. Baginda telah menyambut baik kedatangan Laksamana Yin Ching pada 1403 dan Laksamana Cheng Ho pada 1409. Pada 1411 baginda dan para pembesar telah melawat Cina bagi menjalin hubungan diplomatik. Pada 1419 sekali lagi Baginda melawatnya untuk mendapatkan perlindungan Dinasti Ming. Dengan sokongan Cina itu, Melaka boleh menumpukan perhatian kepada perdagangan antarabangsanya. Perkahwinan diraja juga merupakan satu cara hubungan diplomatik, perdagangan, perluasan empayar dan perkembangan agama Islam dilakukan oleh Melaka. Misalnya Sultan Mansur Shah (-1447), Sultan Melaka yang ke-6 (1456-1477) telah berkahwin dengan Puteri Majapahit, Radin Galoh Cendera Kirana dalam usaha untuk mengelakkan pertembungan kuasa besar di Pulau Jawa terutama di bawah Patih Gajah Mada. Baginda juga dikatakan berkahwin dengan Hang Li Po untuk mengeratkan hubungan dengan Cina. Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka juga berkahwin dengan Puteri Pahang, Tun Teja dan Puteri Onang Kening demi untuk meluaskan empayar Melaka.

4.10. Kerajaan Melaka juga terkenal dengan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu melalui perdagangan, penaklukan, persemendaan dan perkahwinan diraja. Misalnya Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah telah mengislamkan Sultan Muzaffar Shah I Kedah dan Raja Patani, Chau Seri Bangsa. Baginda juga pernah berguru dengan seorang ulama daripada Jeddah, Maulana Sadar Jahan dan memerintahkan pembesarnya untuk ke Pasai mencari ulama yang boleh mentafsirkan tentang ilmu tasauf. Malah sebelum baginda, pemerintah-pemerintah awal Melaka juga telah menjadikan Melaka sebagai pusat pembelajaran ilmu Islam. Sultan Mansur Shah, telah membina sebuah masjid yang besar dan indah untuk dijadikan pusat pengajian agama Islam. Baginda sendiri berperanan menjaga hal ehwal pengurusan masjid tersebut. Dibawah pemerintahan baginda juga, Pasai dijadikan tempat rujukan agama untuk menghuraikan kitab agama. Seperti juga Sultan Alaudin. Riayat Shah, Sultan Mansur Shah yang bersedia untuk menunaikan Haji ke Mekah tetapi telah jatuh gering. Melaka juga melihat Islam sebagai cara hidup dan sistem perundangan. Dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ternyata ajaran-

Page 7: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

ajaran Islam tentang hidup berkeluarga, bermasyarakat bernegara telah digunakan disamping adat istiadat atau kebiasaan masyarakat Melayu yang ada sebelum itu.

4.11. Dengan semua adunan peranan-peranan ini, Melaka menjadi sebuah

empayar yang besar dan sangat terkenal bukan sahaja di Timor tetapi juga didunia barat. Dikatakan semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477) Melaka telah dapat menguasai Selat Melaka sebagai jalan perdagangan yang penting. Baginda juga mengahwinkan anak-anak pembesar dengan saudagar-saudagar kaya dari Parsi dan Kalingga untuk menentukan Selat Melaka menjadi pusat perdagangan empayar Melaka yang penting. Dengan itu, Melaka menguasai negeri-negeri disepanjang Selat Melaka seperti Siak, Kampar, Inderagini, Aru, Palembang, Rokau, Tungkal dan Jambi yang semuanya terletak di pantai timur Sumatra. Manakala di Semenanjung Tanah Melayu pula, Melaka menguasai Pahang, Kelantan, Sungai Hujong, Jeram, Langat, Buas, Patani dan Muar. Dikawasan perairan pula, Melaka menguasai Riau-Lingga, Bentan dan Brunei.

5. KERAJAAN MELAYU LAIN DI KEPULAUAN MELAYU DAN SEMENANJUNG

TANAH MELAYU 5.1. Melaka telah wujud selama 115 tahun sebelum dijatuhkan oleh Portugis pada

1511. Namun kejatuhan Melaka bukan bererti kejatuhan tamadun Melayu atau Institusi Raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu dan sistem kerajaannya terus kekal di negeri-negeri yang telah menjadi naungan atau pengaruh Melaka di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Negeri-negeri seperti Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor terus mengamalkan sistem kerajaan Melayu Melaka berteraskan Institusi Raja sebagai ketuanya.

5.2. Johor Lama adalah kerajaan yang diteruskan oleh Kesultanan Melaka. Sultan Mahmud Shah yang telah bergerak ke Kampar Sumatra dan menjadi Sultan disana telah mangkat pada 1528. Anakanda Baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Shah II telah membuka kerajaan di Johor Lama. Disitu Baginda telah cuba membuat strategi serangan ke atas Portugis di Melaka. Namun Baginda juga terpaksa berdepan dengan kerajaan Acheh dan Jambi yang juga berminat dengan Melaka. Perebutan kuasa ini menjadi kerajaan-kerjaan Melayu yang berketuakan Raja-raja itu lemah dan tidak bersatu menentang Portugis; akibatnya Melaka terus kekal ditangan Portugis. Belanda yang juga merupakan kuasa barat berminat dengan Melaka dan kepulauan Jawa, Sumatra dan lain-lain, dengan menakluk Melaka dan pulau tersebut terus berusaha melemahkan kuasa dan kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu. Belanda kemudian bersama-sama British telah membahagikan pada 182 Kepulauan Melayu kepada dua daerah pengaruh; di utara Singapura kepada British dan di selatan Singapura daerah penguasaan Belanda.

5.3. Kemunculan Acheh sebagai satu kerajaan Melayu yang kuat juga merupakan

satu kesan positif kepada kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Dalam masa yang sama kerajaan lain seperti Perak dan Pahang terus kekal kukuh sebagai satu kerajaan yang kuat.

5.4. Kerajaan Perak telah diasaskan oleh Kesultanan Melaka apabila menghantar Sultan Muzaffar Shah (1528-1549) iaitu anak Sultan Mahmud Shah. Bonda Baginda adalah Puteri Onang Kening, puteri Kelantan. Baginda walaupun telah dinamakan sebagai Raja Muda tetapi jawatannya itu telah diambil oleh anak Tun

Page 8: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

Fatimah; Sultan Muzaffar kemudian ditabalkan di Perak. Baginda bersemayam di Telok Bakong 100 meter daripada Kuala Sungai Perak; dengan itu persempadanan Perak telah ditandai oleh Baginda. Baginda juga membawa banyak adat istiadat Melaka serta gelaran-gelaran pembesar dalam sistem kerajaan Perak yang diasaskannya itu. Tempat-tempat penting dalam istana juga diasaskan daripada Melaka. Kerajaan Perak menjadi kerajaan tinggi darjatnya kerana Sultannya adalah keturunan Kesultanan Melaka yang terkenal. Malah, Sultan Muzaffar meneruskan kehebatan Kesultanan Melaka dengan terus bekerjasama dengan adidndanya Sultan Alauddin Riayat Shah Johor untuk menentang Portugis di Melaka pada 1533.

5.5. Kesultanan Melayu Pahang juga telah diasaskan oleh Kesultanan Melaka. Sultan

Muhammad Shah, anak Sultan Mansur Shah dengan isterinya yang bernama Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Sultan Muhammad Shah telah ditabalkan di Pahang selepas peristiwa pembunuhan Tun Besar anak Tun Perak Bendahara Paduka Raja Melaka yang tidak mahu bertuankan anak raja itu di Melaka. Sultan Mansur Shah yang sangat menyayangi Tun Perak telah menghantar anakandanya untuk ditabalkan di Pahang pada sekitar 1470 M. Baginda bersemayam di Tanjung Langgar dan telah berkahwin dengan Puteri Kelantan yang bernama Puteri Mayang Mengindera. Perkahwinan Baginda dan pemaisurinya itu telah dikurniakan tiga orang putera iaitu Raja Ahmad, Raja Abdul Jamil dan Raja Mahmud. Baginda mangkat pada 1475 dan dimakamkan di Kampung Dusun Pinang, Pahang Tuan, Pekan, Pahang.

5.6. Kesultanan Selangor bukanlah secara langsung dalam lapisan pertama

hubungannya dengan Kesultanan Melaka. Semasa Melaka, Kelang merupakan kawasan takluk Melaka yang ditadbir oleh Pembesar Melaka yang dilantik oleh Sultan Melaka seperti Raja Husein (Raja Ahmad atau Raja Raden) sebelum Baginda memerintah Melaka sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah. Tun Perak iaitu Bendahara Paduka Raja juga pernah menjadi Penghulu Kelang sebelum dilantik sebagai Bendahari dan Bendahara Melaka kemudiannya. Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu yang bergelar Sultan Sallehuddin Shah iaitu Sultan pertama Selangor (1756-1778) adalah Putera Daeng Celak, yang Di Pertuan Muda Riau (1728-1745). Daeng Celak adalah salah seorang 5 bersaudara yang membantu kerajaan Johor Lama yang diasaskan oleh kerajaan Melaka-Johor melalui Sultan Alauddin Riayat Shah I, anak Sultan Mahmud Shah Melaka pada 1528. Kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang pada 1699 telah menyebabkan kedatangan Raja Kechil Siak untuk merampas takhta daripada Bendahara Abdul Jalil yang menjadi Sultan yang menggantikan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Perebutan kuasa antara kedua pihak ini telah menyebabkan campur tangan 5 beradik Daeng ke dalam politik Johor Lama. Raja Kechil telah dapat dikalahkan; Sultan Sulaiman yang menaiki takhta bersetuju untuk memberi jawatan yang Di Pertuan Muda kepada Daeng Celak. Pengaruh 5 bersaudara ini juga berlaku di Kedah. Ini bermakna walaupun penubuhan kerajaan Selangor dibawah Raja Lumu tidak berlaku di zaman Kesultanan Melaka tetapi di kurun ke-18, namun kerajaan Johor Lama adalah penerusan Kesultanan Melaka yang berpusat di luar Melaka seperti Kampar dan Johor Lama, kerajaan itu berpindah ke Riau-Lingga sebuah lagi jajahan takluk Kesultanan Melaka. Pengaruh Yam Tuan Bugis kekal di situ sehingga Belanda menguasainya pada kurun ke-19.

5.7. Dalam masa yang sama Pulau Singapura telah ditadbir oleh Temenggong Abdul Rahman yang dilantik oleh Sultan Riau-Lingga pada 1819. Sultan Husein Shah, kekanda kepada Sultan kemudian menjadikan Singapura dan Johor sebagai kawasan pentadbirannya. Singapura di jual kepada Rattes pada 1824 dan Johor

Page 9: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

kemudian terserah kepada Maharaja Abu Bakar pada pertengahan kurun 19. Sultan Husein Shah kemudian berpindah ke Melaka dan mangkat disana. Ini bermakna selepas jatuhnya Melaka asal pada 1511, kerajaannya telah berpindah ke Johor Lama, Riau-Lingga dan akhirnya ke Singapura dan Johor. Riau-Lingga kemudian diambil oleh Belanda. Penjualan Singapura oleh Sultan Husein Shah pula telah menyebabkan Johor berpindah kepada Maharaja Abu Bakar. Apa yang jelas juga sistem institusi Raja sebagai ketua negeri kerajaan Melayu terpakai diseluruh rantau Kepulauan Melayu.

6. PENDUDUKAN BRITISH DARI 19 – 20 DI TANAH MELAYU

6.1. Pendudukan British di negeri-negeri Melayu Beraja tidak pernah menghapuskan

kerajaan Melayu dan kedaulatan Rajanya sebagai ketua negeri. Perak yang merupakan negeri Melayu Beraja yang pertama dibuat perjanjian iaitu Perjanjian Pangkor pada 1874, telah menjadi asas kepada dasar British di negeri Melayu Beraja. British hanya mengambil alih pemerintahan diperingkat kedua iaitu pembesar-pembesar istana dan negeri. Tempat pembesar-pembesar ini digantikan oleh British dengan pegawai-pegawai British dan sekutunya. Jabatan-jabatan dan sistem bercorak barat digunakan bagi menggantikan sistem kerajaan tempatan. British mengadakan sistem Residen yang nasihatnya mesti diterima pakai oleh Raja. Namun semua undang-undang dilaksanakan dengan konsep Raja-in-Council. Tandatangan dan cop Sultan menjadi pengesahan kepada undang-undang itu.

6.2. Sistem ini sebenarnya tidak lari daripada apa yang telah berlaku dalam sistem Melayu lama. Raja yang menjadi ketua negeri dan kerajaan membuat undang-undang tetapi yang menjalankannya adalah pembesar-pembesar peringkat istana dan jajahan takluknya. Cuma yang berbeza ialah nasihat British wajib diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang seperti dahulu. Namun dari segi kedudukan Sultan atau Raja kekal diatas. British namakan dasar ini sebagai dasar ‘Protected States’. Dengan itu negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan bukan negeri jajahan seperti Melaka dan Pulau Pinang yang telah dijajah secara langsung pada 1795 dan 1786. Pengekalan Sultan atau Raja sebagai ketua negeri dan pengesahan kepada undang-undang negeri tetap menjadikan kedaulatan Sultan kekal dalam struktur pentadbiran negeri.

6.3. Bagi negeri-negeri Melayu yang dinaungi oleh British pada kurun 20 melalui

Perjanjian Bangkok 1909, kedudukan Raja-raja yang memerintah adalah lebih kukuh lagi. Disini, British hanya meletakkan penasihat British sementara pentadbiran negeri tetap dilaksanakan oleh para pembesar yang dilantik oleh Sultan. Kedaulatan dan kuasa Raja adalah lebih kukuh dan tradisi tempatannya dapat diteruskan dengan baik. Negeri ini adalah Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

6.4. Sehingga meletusnya Perang Dunia II, British tetap tidak mengubah dasarnya melindungi negeri-negeri Melayu dan mengiktiraf Raja-raja yang memerintah sebagai ketua negeri-negeri masing-masing.

7. PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU 7.1. Pendudukan Jepun pada 1942-1945 juga mengiktiraf kedudukan Raja-raja

Melayu sebagai pemerintah negeri masing-masing. Seperti juga pihak British, Jepun meneruskan tradisi yang telah ada; hanya pegawai-pegawai pemerintah negeri dan daerah diambil alih oleh pegawai-pegawai tentera Jepun. Raja-raja

Page 10: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

Melayu yang juga biasa bekerjasama dengan British meneruskan kerjasama itu dan tetap menerima Maharaja Jepun sebagai ketua empayar Jepun. Raja-raja Melayu juga turut belajar bahasa Jepun, bercucuk tanam dan melindungi rakyatnya. Dengan cara bekerjasama dengan Jepun, Raja dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai ketua negeri seperti zaman tradisional dan pendudukan British dahulu.

8. PERCUBAAN BRITISH MENGHAPUSKAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN KERAJAAN MELAYU 8.1. British telah datang semula ke Tanah Melayu pada September 1945. British telah

memperkenalkan satu sistem penjajahan secara langsung ke atas negeri-negeri Melayu. Dengan penjajahan itu, kedudukan Raja-raja akan dihapuskan secara mutlak oleh British. Dasar perlindungan (Protected Malay States) akan dicabut.

8.2. Untuk tujuan itu, satu perjanjian mengambil alih kuasa Raja-raja Melayu itu telah dibuat dengan setiap Raja-raja Melayu. Perjanjian yang dibuat dengan paksaan, kerelaan dan berserah kepada nasib telah dibantu oleh Tentera Pentadbiran British (British Military Administration) bagi memudahkan tandatangan itu dibuat. Dengan perjanjian itu, Raja-raja Melayu telah diturunkan daripada tahta, dicabut kuasa pentadbiran dan kedaulatannya sebagai ketua negeri. Raja-raja Melayu hanya menjadi anggota dalam Majlis Melayu yang membincangkan soal agama Islam dan zakat fitrah. Pengerusinya adalah Gabenor Malayan Union.

8.3. Kehilangan kedudukan, kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu ini telah dibantah oleh rakyat Melayu disemua peringkat. Media cetak / akhbar telah digunakan untuk menyatakan pendapat dan bantahan. Persatuan-persatuan Melayu pula telah mengutus telegram kepada Pejabat Tanah Jajahan untuk membantahnya. Mereka mahu kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan. Mereka juga menolak penjajahan mutlak British ke atas negeri mereka. Rakyat juga bermohon kepada Raja-raja di Station Hotel, Kuala Lumpur supaya tidak menyokong perlantikan Gabenor Malaya Union. Parti politik yang ditubuhkan khas untuk membantah Malayan Union iaitu UMNO telah menjadi sebagai wakil orang Melayu untuk mengadap Raja-raja Melayu untuk menyampaikan harapan rakyat jelata itu.

8.4. Raja-raja Melayu bersetuju dan bersatu dengan rakyat untuk menolak Malayan Union. Ini bermakna wa’dat antara rakyat dan Raja-raja Melayu di zaman Bukit Seguntang Mahameru telah terlaksana. Pakatan antara Raja dan Rakyat telah menyelamatkan bangsa Melayu daripada terhapus di Tanah Melayu negara yang telah diasaskannya sejak dahulu lagi. Inilah peristiwa sejarah yang amat penting dalam tamadun bangsa yang patut diingat sebagai satu iktibar yang penting.

9. INSTITUSI RAJA DALAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 9.1. Bantahan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyebabkan British

memulakan rundingan baru. Orang Melayu melalui UMNO dan Raja-Raja Melayu telah meletakkan syarat bahawa sebarang perundingan mestilah berasaskan kepada status politik sebelum 1941 iaitu Dasar Perlindungan British ke atas orang Melayu hendaklah diadakan semula. Perundingan telah dimulakan pada bulan Jun 1946 sehinggalah awal 1948 sehingga membawa kepada tandatangan Perjanjian Persekutuan 1948 di King’s House, K.Lumpur. Dengan Perjanjian itu tertubuhlah Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948. Dalam bahasa Inggeris dikenal sebagai Federation of Malaya.

Page 11: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

9.2. Kepentingan Perjanjian dan Persekutuan Tanah Melayu kepada Institusi Raja

adalah sangat jelas dan amat penting sekali. Antaranya:

i. Institusi Raja-Raja dikekalkan sebagai ketua negeri dan mempunyai

kedudukan, kedaulatan dan kuasa seperti sebelum 1941. Dengan itu

Raja-raja Melayu yang memerintah selama ini sebagai payung negeri dan

rakyat serta jajahan takluknya dikekalkan sebagai teras kerajaan negeri.

ii. Satu Undang-undang Tubuh Negeri telah diadakan bagi menentukan

terdapatnya sebuah perlembagaan negeri bagi seluruh negeri dalam

Persekutuan Tanah Melayu. Dengan adanya perlembagaan negeri ini

seluruh pentadbiran negeri dalam Negara dapat disusun dan

diseragamkan. Ia juga dapat menentukan keturunan atau dinasti

pemerintahan diraja yang menandatangani Perjanjian Persekutuan itu

kekal sebagai pemerintah secara bertulis dalam perlembagaan negeri.

Perlembagaan Negeri juga menjamin seluruh kedaulatan dan kedudukan

Raja-raja sebagai ketua negeri dan kaum kerabatnya dilindungi oleh

undang-undang. Dikatakan bahawa tidak ada undang-undang diperingkat

pusat boleh mengganggu kedudukan Raja-raja.

iii. Rakyat Raja dikekalkan dalam Persekutuan Tanah Melayu; ini bermakna

sesiapa sahaja yang lahir dinegeri-negeri Melayu Beraja seperti Selangor,

Perak dan sebagainya, mereka dikenali sebagai Rakyat Raja; dengan itu

mereka berhak kepada faedah-faedah diperingkat negeri dan dilindungi

oleh Raja Negeri. Pada tahun 1948 mereka yang dianggap Rakyat Raja

ialah orang Melayu dan Orang Asli yang lahir di negeri-negeri Melayu.

Bagi Rakyat British pula ia terpakai kepada mereka yang lahir di Melaka,

Pulau Pinang dan Singapura tanpa mengira bangsa. Rakyat raja dikenal

sebagai Protected Subject tetapi bagi mereka yang bernaung dibawah

British diketiga-tiga Negeri Selat itu dikenal sebagai British Subject.

iv. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan dalam Undang-undang

Tubuh Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu. Konsep Raja Mutlak tidak

lagi terpakai kerana telah terdapat satu fasal iaitu Fasal 40 yang

mengatakan bahawa apabila tiba masanya nanti satu pilihanraya untuk

memilih wakil-wakil rakyat dalam pengurusan negeri akan diadakan. Ini

bermakna, kuasa Sultan untuk memilih pentadbir negeri dan jajahannya

kini akan diserahkan kepada rakyat terbanyak. Peranan Baginda sebagai

pemilih pentadbirnya berlaku diperingkat tertinggi negeri seperti Menteri

Besar dan sebagainya. Pilihanraya Bandaran telah dijalankan pada 1951,

Pilihanraya Negeri pada 1954 dan Pilihanraya Majlis Persekutuan pada

1955. Pilihanraya Umum atau Kebangsaan pula pada 1959.

v. Majlis Raja-Raja telah diwujudkan dan dilangsungkan sebagai satu

makenisme untuk Raja-raja menjalankan mesyuarat tahunan bagi

kepentingan pentadbiran, politik dan pengurusan diperingkat pusat. Majlis

ini adalah berasal daripada Durbar, satu majlis yang menggabungkan

Page 12: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

keempat-empat Raja-raja Melayu yang menjadi pemerintah negeri

Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan untuk berunding dengan

British mengenai pentadbiran negeri mereka yang dijadikan Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, telah ditubuhkan pada 1897 tetapi hanya berfungsi

pada awal kurun 20. Ia kemudian ditukarkan kepada nama Malay Rulers

Conference atau Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu. Majlis ini telah

kemudian dikenal sebagai Malay Council atau Sultan Council dalam

Malayan Union. Maka dengan penubuhan semula Majlis Raja-Raja dalam

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bererti Raja-Raja Melayu

mempunyai satu majlis untuk menyuarakan pendapat dan pandangan

mereka didalam hal-hal urusan pusat.

vi. Terbentuknya satu bentuk kerajaan Persekutuan yang menggabungkan

kesemua negeri-negeri termasuk negeri yang beraja dan tidak beraja

sebagai satu unit pentadbiran yang berpusat dengan Kuala Lumpur

sebagai ibu negerinya.

vii. Setiap negeri akan mempunyai kuasa otonominya dengan bidang kuasa

dalam bidang-bidang tertentu yang termaktub dalam Senarai Negeri

(State List). Bagi pihak Persekutuan pula, bidang kuasanya adalah lebih

luas daripada Negeri; bidang kuasa Persekutuan itu dikenal sebagai

Senarai Persekutuan (Federal List).

viii. Pesuruhanjaya Tinggi British (British High Comissioner) adalah Ketua

Persekutuan Tanah Melayu tetapi Raja-raja Melayu yang memerintah

adalah Ketua bagi negerinya.

ix. Pesuruhanjaya Tinggi British dibawah Fasal 19, bertanggungjawab untuk

melindungi kepentingan orang Melayu; ini bermakna pihak British telah

melahirkan satu dasar perlindungan keatas orang Melayu sebelum

kemerdekaan atau Fasal 153 dibentuk dalam dalam perlembagaan

Negara.

9.3. Dengan itu pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan semula kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri seperti keadaan sebelum Perang Dunia Kedua. Percubaan British untuk menghapuskan institusi Raja sebagai pemerintah negeri, telah dapat ditolak oleh Raja dan rakyat. Dengan itu satu pakatan yang kukuh dan padu daripada pendokong-pendokong institusi Raja sebagai ketua negeri, kerajaan dan rakyat telah dapat dilakukan sehingga membolehkan institusi itu dimasukkan dalam sebuah Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan Negeri 1948. Ini menjadi asas kepada kedudukan institusi Raja dalam perlembagaan Negara yang seterusnya. Ini bermakna, usaha Raja dan Rakyat Melayu menentang Malayan Union itu patut menjadi indeks perpaduan Raja dan Rakyat dalam sistem pentadbiran dan politik bangsa dan Negara.

10. INSTITUSI RAJA DALAM PERLEMBAGAAN MERDEKA 1957.

10.1. Perlembagaan Merdeka 1957 adalah satu perlembagaan yang penting yang

memberi satu titik perpisahan diantara penjajahan dan kebebasan daripada cengkaman penjajahan. Perlembagaan ini juga menunjukkan satu format politik dan

Page 13: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

pentadbiran yang baru terutama dari segi kepimpinan dan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Namun perkara-perkara lain adalah hampir sama. Malah, dalam banyak hal, Perlembagaan 1957 sabenarnya banyak berdasar kepada Perjanjian Persekutuan 1948. Ini sangat jelas dalam soal kedudukan Raja-raja Melayu diperingkat Negeri dan juga didalam Persekutuan Tanah Melayu.

10.2. Antara perkara yang berkaitan dengan Institusi Raja dalam Perlembagaan 1957 itu ialah:

i. Ketua Negara ialah DYMM Yang DiPertuan Agong; Baginda

menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Kedudukan sebagai Ketua

Negara ini adalah tepat kerana Persekutuan Tanah Melayu bukan lagi

negeri naungan British; ia telah menjadi sebuah Negara yang bebas

daripada penguasaan penjajahan atau naungan. Ini bermakna, sistem

kerajaan Melaka sebagai sebuah kerajaan besar muncul kembali di

Semenanjung Tanah Melayu dengan meletakkan kuasa Raja sebagai

ketua Negara. Dengan itu pemerintah diraja menjadi asas sebuah

kenegaraan moden dirantau yang dahulunya dikenal sebagai Kepulauan

Melayu.

ii. Sebagai pemimpin Negara, DYMM Yang Di Pertuan Agong juga

mempunyai bidang kuasa yang luas dalam esekutif, legislatif dan

kehakiman; kuasa Baginda bukan sahaja melaksanakannya tetapi juga

dari segi perlantikan dan perintah tertinggi dalam ketiga-tiga bidang

tersebut. Seperti juga sebuah kerajaan besar saperti Melaka, Sultan

hanya melantik pembesar-pembesar utama seperti Bendahara,

Temenggong, Laksamana, Penghulu Bendahari dan pembesar jajahan

yang lain untuk menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Baginda.

iii. Konsep Raja Berperlembagaan diteruskan diperingkat Negara dan negeri.

Diperingkat Negara, Perdana Menteri akan memberi nasihat kepada Yang

DiPertuan Agong dan diperingkat Negeri pula oleh Menteri Besar. Namun

perlantikan kedua-dua mereka adalah dengan budibicara dan kuasa

kedua-dua Baginda. Pilihanraya juga menjadi tulang belakang demokrasi

berparlimen Negara. Pilihanraya umum pertama selepas merdeka ialah

pada 1959.Semua pentadbiran Negara kini mengikut apa yang telah

dilaksanakan dengan sistem yang telah diperkenalkan oleh British tetapi

dengan kepimpinan tempatan.

iv. Diperingkat negeri pula Raja-raja Melayu kekal sebagai ketua negeri

dengan Undang-undang Tubuh Negeri terus diterima pakai. Sultan

bertanggungjawab melantik Menteri Besar yang menjadi pengurus

pentadbiran harian negeri. Nama jawatan ini telah diadakan sejak 1948

lagi.

v. Rakyat Raja dan Rakyat British dijadikan Rakyat Persekutuan; namun

Raja tetap memegang taraf Rakyat Raja bagi negeri masing-masing;

kuasa mengampun dan mengurniakan kedudukan kepada rakyatnya tetap

dipegang oleh Sultan yang memerintah.

Page 14: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

vi. Majlis Raja-Raja tetap diwujudkan dengan fungsi yang lebih besar dan

sangat penting iaitu melantik DYMM Yang DiPertuan Agong dan Timbalan

Yang DiPertuan Agong bagi setiap lima tahun sekali. Majlis ini juga

bertanggungjawab melindungi kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja

Melayu saperti yang termaktub dalam perlembagaan Negara dan negeri.

Soal pentadbiran Negara juga diberi perhatian disamping memberi

perlindungan kedudukan istimewa orang Melayu.

vii. Raja-Raja Melayu terutama DYMM Yang DiPertuan Agong menjadi

pelindung kepada Fasal 153 iaitu peruntukan khas dalam perkhidmatan

awam, permit, lesen, biasiswa dan latihan-latihan serta pendidikan yang

khusus kepada orang Melayu dan bumiputra.

viii. Agama Islam dijadikan agama Persekutuan dan diperingkat negeri

dijadikan agama rasmi dengan Sultan sebagai pelindungnya. Keadaan ini

bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai sistem kepercayaan dan

cara hidup masyarakat tempatan. Sikap British yang mengiktiraf agama

Islam dan adat istiadat Melayu dibawah kuasa Sultan seperti dalam

Perjanjian Pangkor 1874, telah menjadikan kedua-duanya kekal dalam

bidang kuasa Raja diperingkat negeri dan menjadi agama rasmi

Persekutuan. Dengan itu apa yang telah dimulakan di Melaka telah

diteruskan sehingga kehari ini.

ix. Konsep kerajaan Persekutuan diteruskan selepas kemerdekaan Negara.

10.3. Dengan itu Perlembagaan 1957 telah mengekalkan, memelihara dan memperkukuhkan lagi kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-Raja didalam perlembagaan. Ini bermakna, Perlembagaan Merdeka telah meletakkan institusi Raja sebagai satu elemen dan institusi pentadbiran dalam Negara; ia tidak boleh dicabar kedudukannya kerana telah dilindungi oleh undang-undang iaitu perlembagaan Negara yang merupakan peraturan tertinggi dalam Negara yang merdeka dan berdaulat. Dengan itu sebuah institusi yang bermula daripada kurun masehi 1 itu dan bersifat tradisional kini telah menjadi kontemprori kerana keputusan yang dibuat dalam tahun 1946 oleh Raja dan Rakyat Melayu.

11. INSTITUSI RAJA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963.

11.1. Perlembagaan Malaysia telah terlahir dengan penubuhan Malaysia pada 16

September 1963. Perlembagaan ini adalah perlembagaan yang menggunakan Perlembagaan 1957 dengan pindaan dan tambahan-tambahan yang perlu bagi menyesuaikan dengan kemasukan wilayah-wilayah lain dalam Malaysia. Perlembagaan Malaysia juga mempunyai 20 perkara istemewa bagi Sabah dan Srawak. Bagaimanapun, kedua-dua negeri bukanlah negeri beraja, maka segala perkara yang berkaitan dengan institusi Raja tetap kekal seperti Perlembagaan 1957. Ini bermakna, semua peruntukan dan hal ehwal berkaitan dengan bidang kuasa, kedudukan dan kedaulatan Raja telah dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara, bidang kuasanya dalam esekutif, legislatif dan judiseri, Majlis Raja-Raja, Fasal 153 serta Undang-undang Tubuh Negeri diperingkat negeri.

Page 15: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

12. KESIMPULAN 12.1. Sejarah telah membuktikan bahawa institusi Raja adalah satu instutusi

pemerintahan di Kepulauan Melayu yang telah wujud sejak Kurun Masehi 1. Walaupun terdapat unsur-unsur luar namun cara pembentukannya adalah bersifat tempatan. Ia juga menunjukkan adanya satu kontrak sosial diantara Raja dan rakyat mengenai kedudukan dan persefahaman ikatan diantara mereka dalam membina kerajaan dan negeri. Institusi Raja ini digunakan diseluruh Kepulauan Melayu termasuk di Semenanjung Tanah Melayu.Dikawasan ini Kesultanan Melaka telah menjadi kerajaan yang telah mencapai tahap tamadun yang tiggi sehingga melahirkan satu sistem kerajaan yang berpaksikan institusi Raja sebagai tunggaknya diseluruh Tanah Melayu.

12.2. Walaupun Melaka dapat dikalahkan oleh Portugis, tetapi kerajaan dibawah pengaruh dan naungannya terus berdiri teguh secara bebas dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang berpaksikan institusi Raja. Perak, Pahang, Johor, Terengganu dan lain-lain telah mewarisi legasi Melaka itu. Dengan itu apabila kuasa barat lain terutamanya British membuat perjanjian dengan Raja-raja Melayu secara berasingan, itu bukan sahaja menunjukkan kemerdekaan negeri-negeri itu kekal tetapi juga pengiktirafan British terhadap sistem kerajaan yang berpaksikan institusi Raja yang telah wujud disitu. Ini bermakna sebelum kedatangan kuasa luar samada dari barat ataupun timor, institusi Raja yang menjadi ketua kerajaan tempatan telah ada dan beroperasi dengan caranya yang tersendiri.

12.3. Kedatangan British dengan sekim Malayan Union sebagai satu usaha untuk menjajah secara mutlak dan menghapuskan institusi Raja sebagai teras kerajaan tempatan, telah ditolak dengan perpaduan Rakyat-Raja serta kebangkitan nasionalisme yang tidak pernah muncul sebelum ini. Orang Melayu telah menggabungkan diri dalam satu parti politik iaitu UMNO dan Raja-raja Melayu telah menjadi penaungnya. Penolakan ini memeranjatkan Parti Buruh yang menerajui Britain; namun dengan persetujuan bersama serta perpaduan orang Melayu serta dan adanya ancaman Parti Kominis Malaya dan golongan radikal Melayu yang bersekutu dengannya, British menarik balik Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui Perjanjian Persekutuan 1948.

12.4. Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah kejayaan besar bagi Raja-raja dan rakyatnya. Raja-raja Melayu telah mendapat semula kerajaan, takhta, negeri dan rakyatnya saperti sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Majlis Raja-Raja juga ditubuhkan bagi menjaga kepentingan Raja-raja Melayu dan rakyatnya. Kedudukan Istemewa Melayu juga dilahirkan dibawah perlindungan Pesuruhjaya Tinggi British. Bentuk kerajaan Persekutuan juga telah dilahirkan dengan menggabungkan semua negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan setiap negeri tetap ada otonomi dan kedudukan Raja yang memerintah tidak tergugat langsung.

12.5. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 terus mengekalkan institusi Raja sebagai tonggak pemerintahan bukan sahaja diperingkat negeri tetapi juga diperingkat Persekutuan. Salah seorang daripada Raja-Raja Melayu telah dilantik sebagai DYMM Yang Di Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja bagi menjadi Kepala Negara. Segala keistemewaan yang telah dicapai dalam zaman tradisionalnya terus dikekalkan. Namun perubahaan masa telah berlaku; kesedaran Raja untuk menjadi relevan dalam zaman moden ini telah menyebabkan Raja bersetuju untuk mengubah diri daripada Raja Mutlak kepada Raja Berperlembagaan. Didalam perlembagaan ini Raja-raja Melayu sanggup untuk menerima nasihat para pembesarnya dalam hal-hal pengurusan Negara dan negeri namun dalam soal perlantikan para pembesar

Page 16: Sejarah Institusi Raja Raja Melayu Dan Raja Berpelembagaan Di Malaysia

utamanya dalam Kabinet, Kehakiman, Polis, Ketenteraan dan semua suruhanjaya adalah dalam bidang kasanya. Dengan itu Institusi Raja tetap mempunyai bidang kuasa yang jelas sebagai ketua atau kepala pentadbiran dan pengurusan Negara.

12.6. Pembentukan Malaysia pada 1963 tidak mengubah kedudukan, peranan, bidang kuasa dan kedaulatan Institusi Raja dalam pentadbiran dan pengurusan Negara. Segala apa yang terdapat dalam Perlembagaan 1957 diteruskan dan diperluaskan sesuai dengan keadaan dan kedudukan Raja-Raja. Hari ini Raja-Raja Melayu telah dikenal sebagai Raja-Raja Malaysia saperti yang sering digunakan untuk pengishtiharan Hari Raya dan sebagainya.

12.7. Dengan itu bolehlah disimpulkan bahawa Institusi Raja di Malaysia adalah tetap relevan kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara yang merupakan peraturan tertinggi Negara memang boleh diubah, namun Majlis Raja-Raja dan rakyat jelata serta Raja-Raja sendiri tentunya tidak mahu melihat sesuatu yang telah menjadi tradisi dan system kemasarakatan yang tidak pernah berkonflik dengan kehendak zaman, akan terkubur begitu sahaja. Ia adalah satu institusi politik, budaya, pentadbiran, ekonomi dan perundangan yang telah menjadi identiti masyarakat dan Negara Malaysia. Malaysia mejadi istimewa kerana mempunyai institusi Raja yang dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan hanya bersuara apabila rakyat tidak dapat mengendalikan Negara dengan tenteram. Institusi Raja adalah sebagai pengimbang dan pemantau kepada pengurusan Negara itu sendiri. Itulah kepentingan kedudukannya sebagai Raja Berperlembagaan. Sebagai pemantau yang mempunyai kedudukan yang jelas dalam perlembagaan Negara, 7 Wasiat Raja-Raja patutlah menjadi panduan kepada generasi yang tidak kenal sejarah bangsa dan Negara.


Top Related