Transcript
Page 1: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Maria Montessori merupakan Pengasas Pendidikan Montessori.

PENGASAS : MARIA MONTESSORI

Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Itali yang menjadi doktor

perubatan dengan memperolehi ijazah kedoktoran berkaitan antropologi dan merupakan seorang

tokoh pendidikan di Rom yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Beliau

membentuk kaedah pendidikan yang menggunakan namanya berterusan sehingga kini di

sekolah-sekolah seluruh dunia. Minatnya pada pendidikan timbul apabila beliau bertugas

mengendalikan kanak-kanak cacat. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak

cacat di Rom. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama dua tahun bersama rakan-

rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak

terencat akal. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak

belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran

dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan

menggunakan deria dengan cekap. Kini pendidikan Montessori menjadi minat seluruh dunia.

SEJARAH MARIA MONTESSORI

Maria Montessori (31 Ogos 1870 – 6 Mei 1952) merupakan seorang pendidik berbangsa

Itali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist), dan

seorang humanis, serta merupakan pendidik kanak-kanak yang terawal telah dicalonkan untuk

menerima Hadian Nobel Keamanan.

Beliau telah dilahrikan di Chiaravalle Ancona, Itali. Maria merupakan siswazah wanita

pertama yang menerima ijazah dari Sekolah Perubatan di Universiti Rom. Beliau merupakan ahli

kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan serta tertarik untuk mengajar orang-orang terencat akal

dan tidak mampu belajar (uneducable) di Rom. Beliau telah membuka sekolah pertamanya

dalam projek perumahan di Rom iaitu pada 6 Januari 1907.

Maria Montessori meninggal dunia di Belanda pada tahun 1952 iaitu selepas

mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai perkembangan kanak-kanak.

1

Page 2: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Penglibatan kerja awal beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial serta

merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh keatas pendidikan.

Kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan untuk selama 40

tahun beliau mengembara ke serata dunia untuk memberi kuliah, penulisan dan penguruskan

program latihan. Pada tahun yang kemudiannya, ‘Pendidikan untuk Keamanan’ telah menjadi

prinsip petunjuk, kepada kerja-kerja beliau.

Dalam persidangan di Rom pada 7 Januari 2007 telah menandakan bermulanya tahun

untuk meraikan kanak-kanak dan sekolah-sekolah di seluruh dunia. Pendekatan berinovasi Dr.

Maria Montessori ialah “Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian

pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru iaitu mencari potensi yang terdapat kepada

seseorang manusia” dan serta diikuti seluruh dunia dipanggil sebagai “penemuan kepada seorang

kanak-kanak" serta telah menyedarkan manusia boleh mengharapkan kepada penyelesaian

kepada masalah-masalahnya iaitu dimana yang terpenting adalah keamanan dan bersatu. Iaitu

hanya dengan menukarkan perhatian dan tenaga kepada penemuan seorang kanak-kanak bagi

untuk membangunkan potensi yang tinggi dalam personaliti manusia di dalam pembentukan

halatuju tersebut.

Pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) menunjukkan

bahawa kanak-kanak Montessori telah menjadi bertambah baik dari segi tingkah laku dan

kemahiran akademik di Montessori Children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran

utama. Pengarang telah membuat kesimpulan iaitu "apabila dilaksanakan dengan sebaik-baiknya

iaitu pendidikan Montessori menggalakkan kemahiran sosial dan akademik yang sama atau lebih

baik daripada yang telah digalakkan dari kawasan atau sekolah berlainan."

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah

dipraktikkan dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan sangat popular di kebanyakkan tempat di

serata dunia. Walaupun banyak kritikan daripada kaedah beliau pada peringkat tahun awal

1930an dan 1940an tetapi kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan

dan sokongan di serata dunia. Kaedah beliau kini boleh ditemui di enam buah benua dan seluruh

Amerika Syarikat.

2

Page 3: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Pada akhir tahun 1907, Montessori telah menubuhkan 'Casa dei Bambini' atau Rumah

Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Pada tahun 1913, terdapat sokongan yang kuat terhadap

kaedah beliau di Amerika Utara, tetapi selepas kaedah itu tidak mendapat sambutan yang

menggalakan, salah seorang rakyat Amerika iaitu Nancy McCormick Rambusch telah

mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan menubuhkan Persatuan Montessori Amerika pada

tahun 1960. Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana beliau telah enggan untuk

berkompromi dalam pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau

berpindah ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga tahun 1936. Apabila Perang Saudara

Sepanyol meletus, selepas itu beliau pula berpindah ke Belanda sehingga tahun 1939. Di dalam

persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana

selama tempoh peperangan. Montessori menghabiskan hidup beliau di Belanda, yang menjadi

ibu pejabat kepada AMI dan dikenali sebagai Association Montessori Internationale. Beliau

meninggal dunia di Noordwijk-on-sea, Holland pada tarikh 6 Mei 1952. Anak lelaki beliau iaitu

Mario mengetuai American Montessori International sehinggalah beliau meninggal dunia pada

tahun 1982.

Maria Montessori merupakan Pengasas Pendidikan Montessori.

3

Page 4: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

KURIKULUM MARIA MONTESSORI

Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak mestilah menghormati kanak-kanak

dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan

adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk

menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi

dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-

kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut:

a) Minda yang Mudah Menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang

diterima melalui deria mereka iaitu sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep

tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya itu

dan serta menyusun pengalamannya daripada sewaktu kelahiran lagi. Contohnya, mereka

berpengalaman melihat pelbagai jenis dan bentuk bola semasa proses membesar. Apabila

mereka bersedia mempelajari konsep ‘bola,’ hal ini dapat membantu kanak-kanak

tersebut memahami bahawa konsep ‘bola’ itu tidak terhad pada bola yang tertentu sahaja.

b) Persekitaran yang Tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang

lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan

pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan

pembelajaran perlu dipilih dan disusun dengan penuh teliti supaya kanak-kanak tertarik

menerokai serta menggunakannya mengikut minat serta keperluan perkembangan

mereka. Contohnya, meja dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak yang masih

kecil serta selesa untuk digunakan oleh mereka. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara-

cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

Misalnya, apabila seseorang kanak-kanak menunjukkan kesediaannya dengan menanya

soalan ataupun memerhatikannya.

4

Page 5: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

c) Didikan Diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui

aktiviti yang sesuai. Apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai

bahan pembelajaran yang menarik, kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan

mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu

mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar apabila perlu mengajar

kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam

pemilihan bahan dan aktiviti. Misalnya, terdapat satu set bahan untuk setiap prosedur

pembelajaran iaitu contohnya, set tumbuhan. Bahan pembelajaran Montessori biasanya

berbentuk ‘betul diri’ atau dikenali sebagai ‘Self-Correcting’ iaitu kanak-kanak

dikehendaki meniru dan mengulang apa yang mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara

mereka menggunkannya tidak mengikut prosedur maka mereka akan mendapat maklum

balas secara langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti tersebut. Contohnya, seperti

guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-

kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut mengikut warna dan menamakan

warna itu serta memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang

dikehendaki oleh guru.

d) Bahan Pembelajaran

Guru hanya menunjukkan cara belajar yang “betul” bagaimana menggunakan bahan

tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan

sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi

memajukan diri kanak-kanak daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati

dan meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan,

kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep Matematik, kemahiran bahasa,

kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan

alam semulajadi, pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial serta pengalaman

menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan

sesuatu masalah. Kemajuan diri lebih penting berbanding fakta yang dipelajari untuk

kemajuan intelektual. Montessori juga mengesyorkan kurikulum yang menggalakkan

perkembangan fizikal melalui permainan luar dan permainan berbentuk ritma.

5

Page 6: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Perkembangan sosial melalui perbincangan mengenai tingkah laku sangat sesuai ketika

kanak-kanak sedang bermain serta menghormati keperluan rakan sebaya. Perkembangan

intelektual melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Konsep melalui perbendaharaan

kata. Maklumat berkaitan sains dan matematik serta literasi iaitu mengenali huruf serta

abjad dan perkataan.

Terdapat 4 Jenis Bahan Pembelajaran Montessori iaitu:

Bahan untuk Latihan Dalam Kemahiran Hidup

Jagaan dari segi fizikal diri dan persekitaran yang membina kemahiran diri serta

membentuk kawalan dalaman, sikap berdikari dan penghargaan kendiri melalui

aktiviti yang tersusun dengan lengkap.

Bahan Sensori

Menggalakkan penghalusan penggunaan alat deria bagi meningkatkan kecerdasan

kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Contohnya, melalui

aktiviti membezakan pelbagai jenis kain.

Bahan Akademik

Bahan akademik iaitu seperti mempelbagaikan bahan abjad yang mudah alih bagi

menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentukkan perkataan.

Bahan Seni dan Budaya

Membantu kanak-kanak menghayati muzik, ritma, lagu dan irama serta

mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari serta mereka

juga diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.

e) Tempoh Sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan

dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan serta

sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

6

Page 7: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

ALAT BANTU MENGAJAR

Menara Merah Jambu ( Pink Tower )

Satu set susunan serasi iaitu menyusun daripada susunan yang besar kepada yang kecil

ataupun yang sebaliknya. Cara menyusunnya ialah saiz kiub yang paling besar terletak di

bahagian bawah manakala yang bersaiz paling kecil terletak dibahagian atas. Apabila

kanak-kanak tidak mengikuti salah satu prosedur pengunaan alat Menara Merah Jambu

( Pink Tower ) ini, salah satu kiub ataupun lebih akan tertinggal ataupun tidak tersusun

mengikut saiz ataupun warna yang sesuai. Selagi kanak-kanak belum mahir menguasai

kemahiran menyusun, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan

berjaya.Sesudah berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya

mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiran baru ini dan secara tidak langsung

menggalakkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.

Bongkah ( Block )

Guru menyediakan serta menggunakan Bongkah ( Block ) yang terdiri daripada pelbagai

saiz bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut

mengikut susunan warna dan menamakan warna bongkah itu serta memberikan beberapa

bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru. Selagi kanak-kanak

belum mahir menguasai kemahiran menyusun mengikut susunan warna yang

dikehendaki, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan berjaya.Sesudah

berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya mereka dapat

mengukuhkan lagi kemahiran baru ini dan secara tidak langsung menggalakkan

kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.

7

Page 8: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

GAMBAR-GAMBAR BAHAN PENGAJARAN MONTESSORI

Gambar menunjukkan kanak-kanak sedang menyusun bongkah-bongkah mengikut saiz bentuk dan warna.

Gambar menunjukkan hasil kreativiti anyaman yang dilakukan oleh kanak-kanak.

8

Page 9: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Gambar menunjukkan permainan alat timbang yang dihasilkan mengikut susunan bentuk dan warna oleh kanak-kanak.

Gambar menunjukkan kreativiti penghasilan manik-manik yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Gambar menunjukkan permainan papan nombor mudah alih yang dipelajari serta digunakan oleh kanak-kanak di tadika Montessori.

9

Page 10: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

10

SUASANA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK MENGGUNAKAN BAHAN PENGAJARAN MONTESSORI

Kanak-kanak berkerjasama melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan pengajaran Montessori iaitu bongkah silinder ( Cylinder Block ).

Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti menggilap pasu bunga.

Page 11: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

LATIHAN GURU

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Perancangan pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu para guru berasa bersedia

dan terkawal berkenaan arah perjalanan di dalam kelas. Selain itu juga, perancangan ini

dapat meningkatkan pengurusan kelas serta dapat membantu para pendidik memenuhi

keperluan individu dan mengurangkan tekanan dalam pengajaran.

Susunan Aktiviti Harian

Perlu mengikut kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid.

Kesepaduan kompenan pengajaran dan pembelajaran secara seimbang.

Keseimbangan aktiviti di dalam dan di luar kelas.

Keseimbangan aktiviti kelas iaitu dari segi kumpulan belajar bersama rakan dan individu.

Rutin Harian

Rutin harian bermaksud aktiviti ataupun aturan yang biasa dilakukan oleh guru dan murid

pada setiap hari mengikut sistem yang telah ditentukan.

Contohnya aktiviti yang biasa dilakukan di kelas ialah, guru menyambut murid ataupun

murid bersama murid dengan penuh mesra, murid menyusun kasut dan beg, guru

merekodkan kedatangan murid di kelas, memeriksa kebersihan murid, mengadakan

perhimpunan pada setiap awal minggu serta mematuhi peraturan di dalam dan di luar

kelas.

Perbualan Pagi

Mengenai peraturan bilik darjah.

Mengenai aktiviti seterusnya di tadika.

Mewujudkan suasana kesediaan murid.

Menggerakkan hubungan interaksi antara guru dan juga murid.

Berkongsi pengalaman serta bahan antara murid dengan guru dan murid dan murid.

11

Page 12: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Aktiviti Semasa di Kelas

Memberi penerangan serta memberikan maklumat berkaitan pelajaran.

Mengadakan aktiviti bercerita bersama murid-murid.

Mengadakan aktiviti fizikal.

Mengadakan lawatan sambil belajar di sekitar sekolah.

Aktiviti di Dalam Kumpulan

Membahagikan kanak-kanak kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menjalankan serta

melakukan pelbagai aktiviti secara serentak.

Menukarkan kumpulan kanak-kanak mengikut tempoh masa ataupun mengekalkan

aktiviti tersebut.

Aktiviti Secara Individu

Merupakan aktiviti pembelajaran secara perseorangan.

Guru hendaklah memantau serta memberikan perhatian secara individu bagi tujuan

pemulihan ataupun pengukuhan murid.

Aktiviti Semasa Rehat

Mengajarkan serta menyuruh murid-murid mengosok gigi.

Aktiviti bebas seperti murid bebas untuk bermain serta makan semasa rehat.

Menyuruh serta mengajarkan murid-murid mengemas selepas makan.

Membaca doa sebelum dan selepas makan.

Aktiviti Penamat

Menyuruh murid-murid mengemaskan kelas dengan segala peralatan perlu disimpankan

di rak-rak yang telah disediakan.

Semua murid dikehendaki duduk di dalam bulatan ataupun barisan dan guru akan

memberikan pesanan mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah ataupun

bahan-bahan serta peralatan yang perlu dibawa untuk keesokkan harinya.

12

Page 13: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Selain itu, latihan mengajar juga membolehkan para guru menguasai kaedah pengajaran

dan pembelajaran dengan mengamalkan segala konsep serta prinsip kemahiran dan nilai

yang diperlukan oleh guru professional. Latihan mengajar juga dapat membantu

memperkembangkan potensi para guru supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam

menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Memupuk sikap yang positif dengan meningkatkan daya ketahanan diri serta

mengamalkan nilai-nilai professional perguruan.

Membina sahsiah yang sesuai dengan profesion perguruan.

Membina daya yang sesuai iaitu dari segi daya ketahanan diri serta daya saing dan

daya cipta.

Meningkatkan kemahiran memerhati melalui keprihatinan dan kepekaan kepada murid.

Boleh menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah.

Menyepadukan kaedah teori serta amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mestilah mahir menguasai strategi kaedah pengajaran dengan betul.

Memberi bimbingan kepada murid secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek

pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

Mengenal pasti serta menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran

dengan seterusnya memperkembangkan potensi sebagai seorang guru.

Membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek yang meliputi tugas sebagai

seorang guru.

13

Page 14: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

PERANAN GURU

Keperluan Fisiologi

Memastikan makanan yang telah disediakan berkeadaan bersih dan seimbang.

Keperluan Keselamatan

Memastikan kemudahan fizikal dan suasana di sekitar bilik darjah dalam keadaan

kondusif serta selesa, teratur dan sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alatan pembelajaran yang tersusun serta

sesuai bagi kanak-kanak.

Keperluan Kasih Sayang

Mewujudkan perasaan ingin dimiliki di dalam kelas dengan mengingatkan nama pelajar.

Mewujudkan suasana yang ceria dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada

murid.

Keperluan Kendiri

Menyakinkan kebolehan murid dan jangan sesekali bangkitkan kelemahan murid dengan

menyembunyikan kebenaran kepada murid.

Menyedari keunikan yang ada pada diri setiap individu.

Tugasan hendaklah selaras dengan kebolehan murid serta memberikan maklum balas

secara individu dengan tepat dan spesifik.

Penilaian yang baik membantu dalam mengenal pasti kekuatan dan keperluan

kesempurnaan diri serta mengetahui dengan memahami status keperluan estetik.

Menyediakan peluang bagi pelajar mencapai sesuatu mengikut keperluan potensi mereka.

Menerima hakikat yang pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh sebab

itu, guru haruslah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Melayani keperluan estetik pada setiap murid.

Peranan guru hanya membantu kanak-kanak bukan memaksa ataupun menentu arah

pembelajaran mereka.

Saling bekerjasama antara guru dan murid-murid.

14

Page 15: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

PENILAIAN

Pendidikan kanak-kanak adalah sangat penting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial,

dan perkembangan pemikiran kanak-kanak.. Semasa belajar di tadika kanak-kanak memperoleh

asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif,

emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi

penekanan oleh guru bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak

sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di kelas. Penilaian ialah proses mengumpul maklumat

dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan

kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang

seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran

dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses

pembelajaran.

Guru hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran yang

disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam

berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka kerana pengalaman pembelajaran di

prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak

Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian

murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan

membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat

tindakan susulan.

Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak

dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu

proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini

dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap

15

Page 16: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses

pembelajaran.

Penilaian juga dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat mengenai

sesuatu perkara.

Kaedah Penilaian

Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara

sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah

laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan

kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat

sesuai dilakukan secara individu.

Waktu Penilaian

Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai.

Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan serta dilakukan sepanjang masa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa ataupun

mengikut kekerapan yang perlu.

Hal ini bersesuaian kerana penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti

bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang

dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran

berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru

dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke

atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu.

16

Page 17: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Penilaian melalui Pemerhatian

Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan

perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang

sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau

merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa

yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah

laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan

menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-

rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti

pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut,

menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah

semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara

murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-

jawab, semasa aktiviti nyanyian dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak

hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan

dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep,

dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid

dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio

murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil,

dan model, video kanak-kanak serta gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani

aktviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

17

Page 18: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

Penilaian Semasa Kanak-Kanak Bermain

Bermain ialah apa sahaja kegiatan yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan

kepada kanak-kanak. Bermain bukanlah satu kegiatan yang dipaksa tetapi merupakan

fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak,

bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti

bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan

berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal,

menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan

bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka

bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk

melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Kebanyakkan tokoh ahli psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain

kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah

pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar

melalui bermain.

Terdapat pelbagai jenis permianan yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ketika di kelas, antaranya ialah Permaianan melaui Sosial ( Social Play )

dan Permaianan secara Kognitif ( Cognitive Play ). Guru haruslah peka dan memahami

pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti serta

emosi.

18

Page 19: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

RUMUSAN

Hasil rumusan daripada kaedah kokurikulum pendidikan Montessori ini menunjukkan

bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diamalkan serta digunakan oleh para guru

untuk membentuk sahsiah, kemahiran sosial, perkembangan kognitif dan afektif kepada kanak-

kanak. Rumusan ini juga menunjukkan bahawa para guru perlu peka terhadap perkembangan diri

kanak-kanak untuk perkembangan yang kognitif, afektif , sosial dan emosi bagi membolehkan

para guru merancang serta memilih strategi pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih

berkesan dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh kerana

peranan amalan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran

serta menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak sangat penting, maka rumusan ini

memfokuskan kepada pemerhatian pengajaran dan pembelajaran para guru untuk melihat

pendekatan-pendekatan yang perlu dijadikan amalan mereka dalam mendidik kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran ini, perlunya pemantauan yang

berkesan daripada guru besar, para pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan

Pendidikan Negeri, serta pegawai-pegawai lain yang terlibat sama bagi meninjau perlaksanaan

kaedah pembelajaran ini.Guru besar perlu meluangkan masa memantau kaedah pengajaran serta

pembelajaran bersama guru-guru iaitu pentingnya melaksanakan pendekatan pembelajaran yang

bersepadu ini sama ada belajar melalui bermain perlu dilaksanakan di semua prasekolah ataupun

di tadika-tadika.

19

Page 20: Maria Montessori Merupakan Pengasas Pendidikan Montessori

RUJUKAN

INTERNET / WEBSITE :

URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maria_Montessori

URL : http://www.montessori-edu.org/maria/index.html

BUKU / MAJALAH :

Rohaya Hj. Yahya ( 1996 ). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors

Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ).Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2003). Pendidikan Prasekolah :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad. Panduan

Kurikulum Prasekolah : PTS Professional.

Saayah Abu. Menjadi Guru Tadika : PTS Professional

20


Top Related