Transcript
Page 1: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

KUMPULAN : PRAGMATICS

TAJUK INOVASI :

KEUPAYAAN MENYELIA RAWATAN PEWASAPAN BAHAN PERTANIAN

EKSPORT TERHAD

PROJEK TAHUN : 2013 - 2014

PENGENALAN

Kumpulan PRAGMATICS dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian

Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian. Bahagian ini merupakan salah satu

bahagian di bawah Jabatan Pertanian yang terletak di Wisma Tani, Jalan Sultan

Salahuddin, Kuala Lumpur. Bahagian ini mempunyai 5 seksyen yang terdiri daripada

Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport,

Seksyen Pengurusan Perosak Tanaman, Seksyen Kepakaran & Diagnostik

Tumbuhan dan Seksyen Koleksi & Repositori Tanaman. Bahagian ini juga

mempunyai pejabat di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah

Persekutuan Labuan.

Fungsi Utama Jabatan Pertanian adalah seperti berikut :

1. Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan

penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya

kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

2. Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada

usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

3. Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk

kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

4. Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi

keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

Page 2: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

5. Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara.

6. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk

memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah

yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat

kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

7. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk

mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara

dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk

memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.

8. Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai

Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan

Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang

Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan

janaplasma tidak terancam pupus.

9. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn

2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan

seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan

bunga-bungaan.

10. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor

awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan,

penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.

LAPORAN INOVASI

Latar balakang Projek

Rawatan pewasapan adalah merupakan satu kaedah rawatan kuarantin dengan cara

melepaskan fumigan (racun amat berbahaya dalam bentuk gas) di dalam ruang

tertutup pada kadar dan tempoh tertentu untuk membunuh perosak sasaran bagi

memastikan dagangan yang dieksport bebas perosak dan memenuhi keperluan

negara pengimport. Ianya merupakan kaedah yang amat berbahaya jika tidak

Page 3: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Oleh itu, setiap rawatan

pewasapan perlu diselia oleh pihak Jabatan Pertanian bagi memastikan ianya

dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.

Rawatan pewasapan diletakkan sebagai syarat asas sebelum pengeksportan

dilakukan bagi sesuatu komoditi, terutamanya apabila melibatkan dagangan komoditi

pertanian untuk memastikan tidak berlaku penyebaran perosak berbahaya dari

sebuah negara ke sebuah negara yang lain. Sehubungan dengan itu, Jabatan

Pertanian selaku National Plant Protection Organisation (NPPO) yang

dipertanggungjawabkan oleh International Plant Protection Convention (IPPC)

berperanan untuk memastikan rawatan pewasapan yang dijalankan berintegriti

tinggi mengikut standard yang telah ditetapkan dan dagangan yang dieksport bebas

perosak serta diterima di peringkat antarabangsa.

Namun begitu di sebalik tanggungjawab besar Jabatan Pertanian, aktiviti penyeliaan

dan pemantauan kerja rawatan pewasapan ini memerlukan pegawai pemeriksa pergi

ke premis-premis pengeksport bagi memastikan rawatan pewasapan dijalankan

mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh negara pengimport. Aktiviti ini

melibatkan kos yang tinggi dari segi logistik serta pengurusan dan kos ini adalah

ditanggung sepenuhnya oleh pengeksport. Selain itu, beban kerja pegawai bagi

menjalankan penyeliaan dan pemantauan juga telah meningkat saban tahun selaras

dengan peningkatan eksport negara.

Tujuan Projek Inovasi

Tujuan projek inovasi ini dilaksanakan adalah seperti berikut :

1. Mempercepatkan aktiviti rawatan pewasapan dari 6 hari kepada 2 hari.

2. Menurunkan kos penyeliaan rawatan pewasapan dari RM 54,077/ sebulan

kepada RM 17,764/ sebulan.

Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek inovasi ini dijalankan secara in house melibatkan pegawai dari pelbagai

seksyen di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian. Ianya dilaksanakan

Page 4: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

selama setahun di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan pelanggan Jabatan

Pertanian yang terdiri daripada pengeksport, syarikat pewasapan dan agen

penghantaran.

Proses Sebelum Dan Selepas

Sebelum projek inovasi

Aktiviti pengeksportan bahan pertanian yang berkembang pesat telah meningkatkan

lagi permohonan kepada rawatan pewasapan yang memerlukan penyeliaan.

Peningkatan bilangan kerja pewasapan menghadkan keupayaan pihak Jabatan

untuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan yang akan meningkatkan kos

pengeksportan. Ianya telah menjadi masalah kepada Jabatan Pertanian dan

Pengeksport. Masalah utama yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan kerja-kerja

pewasapan adalah seperti berikut:

1. Bilangan penyeliaan kerja rawatan pewasapan tinggi

2. Penyeliaan kerja rawatan pewasapan lama

3. Lokasi penyeliaan rawatan pewasapan banyak

4. Kerja rawatan pewasapan berulang

5. Guna prosedur lama

Selepas projek inovasi

Pelaksanaan projek inovasi ini telah mengurangkan masalah kelewatan proses

rawatan pewasapan dan menjimatkan kos serta menyumbang kepada pencapaian

hasil projek seperti berikut :

1. Penjimatan kos suku tahun sebanyak RM133,307.00.

2. Penjimatan masa proses rawatan pewasapan daripada 6 hari kepada 2 hari.

3. Hasil kerja penyeliaan meningkat kepada 100%.

4. Meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

5. Imej Jabatan Pertanian meningkat sebagai jabatan yang memudahkan

pengeksportan.

Page 5: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

6. Pengurangan beban kerja dapat meningkatkan kepuasan bekerja di kalangan

pegawai.

Impak Inovasi terhadap golongan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/ negara

Elemen Inovatif

Projek inovasi ini dapat menambahbaik prosedur kerja pewasapan dan dapat

mempercepatkan proses pengeksportan yang melibatkan perkara berikut :

1. Melantik syarikat pewasapan untuk melaksanakan aktiviti pewasapan bahan

pertanian tanpa penyeliaanyang dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga

kerja.

2. Memberi latihan dan persijilan kepada syarikat pewasapan.

3. Pihak Jabatan Pertanian menjalankan pemantauan dan pengauditan terhadap

syarikat pewasapan.

4. Mewujudkan nombor pengenalan kepada syarikat yang kompeten .

Elemen Keberkesanan

Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek inovasi adalah seperti berikut:

1. Keberkesanan rawatan pewasapan telah meningkat berdasarkan

pengurangan bilangan notifikasi ketidakpatuhan yang diterima dari negara

luar.

2. Bilangan pengeksportan bahan pertanian bertambah.

3. Proses rawatan pewasapan syarikat dari Malaysia mendapat pengiktirafan

daripada negara luar yang memudahkan pengeksportan bahan pertanian.

4. Pertambahan bilangan syarikat pewasapan yang kompeten dalam

menjalankan rawatan pewasapan tanpa penyeliaan.

5. Pembangunan standard pewasapan dapat meningkatkan keyakinan negara

pengimport bahan pertanian Negara.

Page 6: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

Elemen Signifikan

Pelaksanaan projek inovasi ini dapat menjimatkan masa, kos dan penggunaan

tenaga kerja serta memenuhi objektif Jabatan Pertanian bagi memudahkan

pengeksportan bahan pertanian.

Pengiktirafan yang diterima

Proses rawatan pewasapan yang dilaksanakan oleh syarikat dari Malaysia mendapat

pengiktirafan di bawah Skim AFAS (Australia Fumigation Accreditation Scheme) dari

Jabatan Pertanian Australia. Sijil rawatan pewasapan yang dikeluarkan oleh syarikat

dari Malaysia diiktiraf di Australia .

Gambar-gambar yang berkaitan

Pegawai penyelia sedang mengaudit dokumen syarikat pewasapan.

Page 7: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

Rawatan pewasapan sedang dijalankan.

Proses kerja-kerja penyediaan rawatan pewasapan sedang dijalankan.

Pegawai penyelia sedang mengaudit kerja-kerja rawatan pewasapan.

Page 8: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

Mengukur isipadu enclosure bagi tujuan pengiraan kuantiti fumigan yang

akan digunakan.

Page 9: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

Pemeriksaan kebocoran gas sedang dijalankan

Kerja-kerja rawatan pewasapan sedang dijalankan.

Page 10: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

Proses pembuangan gas (ventilation) sedang dijalankan.

Sijil kompetensi menjalankan kerja-kerja rawatan pewasapan.

Page 11: KUMPULAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport, Seksyen Pengurusan

PENUTUP

Pelaksanaan projek ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan bagi

mengurangkan kos operasi dan mempercepatkan aktiviti pengeksportan. Ini selaras

dengan fungsi Jabatan Pertanian bagi memudah dan menggalakkan pengeksportan

bahan pertanian.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Pn. Masturi Selaman

Tel : 03-2030 1404

Emel :[email protected]

Lawatan Kumpulan Pragmatics ke tapak rawatan pewasapan.


Top Related