Transcript
Page 1: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 1/21

Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

Bab2 : Permulaan Ilmu Tauhid-al azim

Bab 3: Hukum 'Aqal

Bab 4 : Kejadian Alam

Sifat 20 

Tafakur Ilahiyah

Zikir sebagai sumber kekuatan DAN JENISNYA

Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tauhid/home.htm  AL AZIM.COM Monday, 27 August 2007

1.Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

Pengertian Tauhid -Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat

kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

Pengertian Iman - Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Rukun Iman dan Pengertiannya

Rukun

· Percaya kepada Allah

Sifat Allah

Wajib Mustahil Harus

20 Lawan sifat 20 1

· Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secaratafsili

Jibril Menyampaikan wahyu

Mikail Membawa rezeki

Israfil Meniup sangkakala

'Izrail Mencabut nyawa

Munkar Menyoal mayat di dalam kubur

Nakir Menyoal mayat di dalam kubur

Raqib Mencatit amalan kebajikan

Atid Mencatit amalan kejahatan

Malik  Menjaga pintu neraka

Ridwan Menjaga pintu syurga

· Percaya kepada Kitab

Kitab Samawi

Page 2: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 2/21

Al-Quran Injil Zabur Taurat

Muhammad

BahasaArab

IsaBahasaSiryani

DaudBahasaQibti

MusaBahasaIbrani

· Percaya kepada Rasul 

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh

6.Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub

11.Yusuf 

12. Ayub13.Syu'aib

14. Harun 15. Musa

16.Ilyasa'

17. Zulkifli 18. Daud19.Sulaiman

20. Ilyas

21.Yunus

22.Zakaria

23. Yahya 24. Isa25. MuhammadS.A.W.

· Percaya kepada Hari Akhirat

· Percaya kepada Qadha’ dan Qadar

o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara

o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara

o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendakdan ketentuan Allah

2 : Permulaan Ilmu Tauhid-al azimMonday, 27 August 2007

2 : Permulaan Ilmu Tauhid-al azim

Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca , mula terbit .

Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut jugaPembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini : Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.

2) Tempat ambilannya : Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.

3) Kandungannya : Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepadaAllahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supayadiperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramalmenurut bagaimana kepercayaan tersebut.

4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya ) kepada empat tempat :

Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yangharus padaNya.

Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang

harus padanya.

Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yangmenjadikannya.

Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullahseperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

Page 3: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 3/21

5) Faedah Ilmu Tauhid :Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yangkekal.

6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

7) Yang menghantarkan :Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama menerima ilmu Tauhid daripadaAllah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

8) Hukumnya :

Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui daliltafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya :Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud :" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Allah dan adasesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengahdaripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."( Riwayat Hakim )

10) Kesudahan ilmu ini : Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Bab 3: Hukum 'Aqal  Monday, 27 August 2007

3: Hukum 'Aqal

Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebihdahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.

Pengertian Hukum 'Aqal :

Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkaradaripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu

( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukumSyari'e ).

Pengertian 'Aqal :

Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah swt. pada manusia sehingga dengan itu manusia berbezadengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) danboleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.

Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak boleh berjalan mengikutyang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( 'Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .

Bahagian Hukum 'Aqal :

Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :

1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikianwajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.

2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang demikianmustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.

3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiadaseperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.

Bahagian Wajib 'Aqli :

Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :

1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dankenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .

Page 4: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 4/21

2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasanserta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yangmenjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :

Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :

1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikandalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga.

2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran danbahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal adayang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkandengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :

Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :

1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkanbahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .

2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepadabahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal ,maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkanharus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .

Bab 4 : Kejadian Alam

Monday, 27 August 2007

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t

yang telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusiatau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikandan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau mejaada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi denganlebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan olehAllah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan,tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yangdijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanyadicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandaimemikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanyamempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yangMaha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t keranasegala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahuihakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Sifat 20

Monday, 27 August 2007 http://apa-apaajer.blogspot.com/2007/08/sifat-20.html

Page 5: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 5/21

Bermula Mu’alim hamba [Buya Abdul Karim bin Muhammad Nur – Kerinci Indonesia]

menyusun sebuah kitab yang menjadi pegangan seluruh murid beliau yang ditulis menggunakan huruf jawi (ArabMelayu).

Bismillahirrahmanirrahiim…

Adapun Mubadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara:1) Nama ilmu ini yaitu ilmu Tauhid, ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu ‘Aqidul Iman

2) Tempat ambilannya : yaitu diterbitkan daripada Qur’an dan Hadits

3) Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhandan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supayadiperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramalmenurut bagaimana kepercayaan itu.

4) Tempat bahasannya atau Maudu’nya kepada empat tempat:

a) Pada Zat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padaNya dan sifat-sifat yangharus padaNya.b) Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padanya dan sifat-sifat yangharus padanyac) Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi petunjuknya dan dalil bagi

wujud yang menjadikan diad) Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran rasul-rasul Allahseperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat.

5) Faedah ilmu ini yaitu dapat mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat kebahagian hidup didunia danhidup di akhirat yang kekal.

6) Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada agama islam dan yang palingutama sekali dalam agama islam.

7) Orang yang menghantarkan ilmu ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka yang menghantarkan titisanilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan meraka yang menyalahi ialah dari pada ulama-ulamayang mashur yaitu Imam Abu Al hasan Al Asy’ari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yangmenerima ilmu tauhid daripada Allah Ta’ala ialah nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir sekali Nabi Muhammad SAW.

8) Hukumnya, yaitu fardhu ‘ain bagi tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan mengetahui sifat-sifat yangwajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala dengan jalan Ijmal atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasulAllah dan dengan jalan tafsil atau uraian.

9) Kelebihannya yaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain, karena menurut haditsnyanabi: Inallahata’ala lam yafrid syai’an afdola minattauhid wasshalati walaukana syai’an afdola mintu laf tarodohu ‘alamalaikatihi minhum raakitu wa minhum sajidu, artinya, Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripadamengEsakan Tuhan. Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya niscaya tetaplah telah difardhukan kepada malaikatnyapadahal setengah daripada malaikatnya itu ada yang ruku’ selamanya dan setengah ada yang sujud selamanya dan jugailmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan rasuldan dari itu maka jadilah maudu’nya semulia-mulia ilmu dalam agama islam.

10) Kesudahan ilmu ini yaitu dapat membedakan antara I’tikad dan kepercayaan syah dengan yang batil dan dapat pula

membedakan antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau antara yang Qadim dengan yang muhadasNya

Ilmu TauhidAdapun pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas tiga perkara:1) Khawas yang lima yaitu, Pendengar, Penglihat, Pencium, Perasa lidah dan Penjabat2) Khabar Mutawatir, yaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua bahagi:

a) Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang banyakb) Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul

3) Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhandan kepada rasul-rasulNya,

daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin(kepercayaan yang putus/Jazam

sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

AqalAdapun ‘Aqal itu dua bahagi :1) ‘Aqal Nazori, yaitu aqal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.2) ‘Aqal Doruri, yaitu aqal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.

Page 6: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 6/21

Adapun Hukum ‘Aqal itu tiga bahagi:

1) Wajib ‘Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya (Zat, Sifat dan Af’al Allah)2) Mustahil ‘Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan adanya maka mustahil adanya (Segala kebalikandaripada sifat yang wajib, sekutu)3) Harus ‘Aqal, yaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan segala isinya yangbaharu/diciptakan)Mumkinun (Baharu Alam)

Adapun yang wajib bagi ‘Alam mengandung empat perkara:

1) Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan tembaga.

2) Jisim, yaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia dan binatang.3) Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan kuman yang halus-halus4) Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur.

Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:1) Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah, hadapan atau belakang.2) Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat.3) Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat.4) Memakai ‘arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai rasa seperti manis ataumasam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk.

Hukum Adat Thobi'atAdapun yang wajib bagi hukum adat Thobi’at yang dilakukan didalam dunia ini sahaja, seperti makan, apabila makan

maka wajib kenyang sekedar yang dimakan begitu juga api apabila bersentuh dengan kayu yang kering maka wajibterbakar, dan pada benda yang tajam yang apabila dipotongkan maka wajib putus atau luka.Dan begitu juga pada air apabila diminum maka wajib hilang dahaga sekedar yang diminum. Adapun yang mustahil padaadat Thobi’at itu tiada sekali-kali seperti makan tiada kenyang, minum tiada hilang dahaga, dipotong dengan benda yangtajam tiada putus atau luka dan dimasukkan didalam api tiada terbakar. Akan tetapi yang mustahil pada adat itu sudahberlaku pada nabi Ibrahim as di dalam api tiada terbakar dan pada nabi Isma’il as dipotong dengan pisau yang tajamdiada putus atau luka .

Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku pada rasul-rasul dinamakan Mu’jizat, jika berlaku pada nabi-nabidinamakan Irhas, jika pada wali-wali dinamakan Karamah, dan jika pada orang yang ta’at dinamakan Ma’unah dan jikaberlaku pada orang kafir atau orang fasik yaitu ada empat macam:

1) dinamakan Istidraj pada Johirnya bagus dan hakikat menyalahi.2) dinamakan Kahanah yaitu pada tukang tenung.3) dinamakan Sa’uzah yaitu pada tukang sulap mata.4) dinamakan Sihir yaitu pada tukang sihir.

Mohon ampunan dan RedhaMu yaa Allah,...Itulah yang telah terdahulu banyak hamba ungkapkan (terlanjur) di topik-topik yang ada dalam BSC ini, untukselanjutnya hamba, Insya Allah, akan memohon izin dahulu kepada Mu'alim hamba, sebab ada beberapa huraian pentingyang hamba wajib meminta izin dahulu pada beliau, diantaranya: Hukum Syara', Hakikat Makrifat beserta huraian dalilbagi Sifat-Sifat yang wajib bagi 'aqal tentang keTuhanan:

-Sifat Nafsiyah -Sifat Salbiyah -Sifat Ma'ani -Sifat Ma'nawiyahlalu dibahagi menjadi dua bahagi:

-Sifat Istighna (28 Aqa'id) -Sifat Iftikhor (22 Aqa'id)yang menghasilkan faham hakikat nafi mengandung isbat, isbat mengandung nafi (50 Aqa'id), lalu berlanjut padahuraian Sifat-sifat bagi Rasul, ditambah empat perkara rukun iman (18 Aqa'id), menghasilkan penjelasan aqa'idul iman

yang 5 (lima jenis), aqa'idul iman 50, aqa'idul iman 60, aqa'idul iman 64, aqa'idul iman 66 dan aqa'idul iman 68.Baharulah disimpulkan menjadi 4 rukun Syahadat dan adab-adabnya, serta menjelaskan penjelasan zikir, serta maknaasma ALLAH InsyaAllah....

MA'RIFATAdapun hakikat Ma’rifat itu berhimpun atas tiga perkara:

1) 'Itikad Jazam, yaitu 'Itikad yang putus tiada syak, dzon dan waham.2) Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang sebenarnya mengikut Al Qur’an dan Hadits.3) Mu’addalil yaitu beserta dalilAdapun Dalil itu dua bahagi:

1) Dalil naqal (naqli), yaitu Al Qur’an dan Hadits.2) Dalil aqal (aqli), yaitu aqal kita.Adapun dalil wujud Allah Ta’ala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an : Allahukhaliqu kullu syai’in, artinya: Allah Ta’ala yang menjadikan tiap-tiap sesuatu

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawas :

1) 'Itikat jazam, tiada syak, dzon dan waham.

Page 7: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 7/21

2) Muwafakat ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi.3) Dalil pada dirinya, seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an: wa fii amfusikum afala tubsiruun, artinya: pada dirikamu tiadakah kamu lihat, dan

 juga Hadits Rasullullah, Man arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa mengenal dirinya bahwasanyamengenal Tuhannya.

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawasul khawas:1) I’tikad jazam, tiada sak, dzon dan waham.2) Muwafakat Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripada dalil yakni tiada berkehendak

lagi kepada dalil(Aqal dhoruri) terus ia ma’rifat kepada Allah Ta’ala.

Adapun Ma’rifat itu tiga martabat:1) Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama.2) ‘Ainul yaqin, yaitu segala Aulia.3) Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya.

SIFAT-SIFAT KETUHANANAdapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:1) Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud.2) Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniat.3) Sifat Ma’ani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam.4) Sifat Ma’nawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttaqalimuun

Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)1) Sifat Istighna’ yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam,Sami’un, Bashirun dan Muttaqallimun.2) Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah .

Bahagian I: Sifat Nafsiyah:Wujud, artinya ada, yang ada itu dzat Allah Ta’ala, lawannya ‘Adum, artinya tiada yaitu mustahil tiada diterima oleh aqalsekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada karena jikalau Allah Ta’ala itu tiada niscaya tiadalah perobahan pada alam ini.Alam ini jadilah statis (tak ada masa, rasa dll), dan tiadalah diterima 'aqal jika semua itu (perobahan) terjadi dengansendirinya.

 Jikalau alam ini jadi dengan sendirinya niscaya jadilah bersamaan pada suatu pekerjaan atau berat salah satu makasekarang alam ini telah nyata adanya sebagaimana yang kita lihat sekarang ini dan teratur tersusun segalapekerjaannya maka menerimalah aqal kita wajib adanya Allah Ta’ala dan mustahil lawannya tiada. Adapun dalilnya yaitufirmannya dalam Al Qur’an: Allahu kholiqu kullu syai’in artinya, Allah Ta’ala jualah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.

Adapun Wujud itu sifat Nafsiyah ada itulah dirinya hak Ta’ala. Adapun ta’rif sifat nafsiyah itu: Hiya huwa wala hiyaghoiruku, artinya, sifat inilah dzat hak Ta’ala, tiada ia lain daripadanya yakni sifat pada lafadz dzat pada makna

Adapun Hakikat sifat nafsiyah itu : Hiya lhalul wajibatu lizzati maadaamati azzatu ghoiru mu’alalahi bi’illati,artinya: hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu tiada dikarenakan dengan suatu karena yakni adanya yaitu tiadakarena jadi oleh sesuatu dan tiada Ia terjadi dengan sendirinya dan tiada Ia menjadikan dirinya sendiri dan tiada Iaberjadi-jadian.Adapun Wujud itu dikatakan sifat Nafsiyah karena wujud menunjukkan sebenar-benar dirinya dzat tiada lainnya dan tiadaboleh dipisahkan wujud itu lain daripada dzat seperti sifat yang lain-lain.

Adapun Wujud itu tiga bahagi: syai’in .1) Wujud Haqiqi, yaitu dzat Allah Ta’ala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiada kesudahan maka wujud itubersifat Qadimdan Baqa’, inilah

wujud sebenarnya.2) Wujud Mujazi, yaitu dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan ada kesudahan tiada bersifat Qadimdan Baqa’, sebab wujudnya itu

dinamakan wujud Mujazi karena wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Ta’ala.3) Wujud ‘Ardy, yaitu dzat ‘Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiada kesudahan seperti ruh, syurga,neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain.

Adapun yang Mawujud selain Allah Ta’ala dua bahagi .1) Mawujud dalam ‘alam sahadah, yaitu yang di dapat dengan khawas yang lima seperti langit, bumi, kayu, manusia,binatang dan lain-lain.2) Mawujud didalam ‘alam ghaib yang tiada didapat dengan khawas yang lima tetapi didapat dengan nur iman dan Kasaf kepada siapa-siapa yang dikaruniakan Allah Ta’ala seperti Malaikat, Jin, Syaitan, Nur dan lain-lain.

Page 8: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 8/21

Adapun segala yang Mawujud itu lima bahagi:

1) Mawujud pada Zihin yaitu ada pada ‘aqal2) Mawujud pada Kharij yaitu ada kenyataan bekas3) Mawujud pada Khayal yaitu seperti bayang-bayang dalam air atau yang didalam mimpi4) Mawujud pada Dalil yaitu ada pada dalil seperti asap tanda ada api5) Mawujud pada Ma’rifat yaitu dengan pengenalan yang putus tiada dapat diselingi lagi terus Ia Ma’rifat kepada Allah

 Ta’alaMembicarakan Wujud-Nya dengan jalan dalil:1) Dalil yang didapat dari Khawas yang lima tiada dapat didustakan

2) Dalil yang didapat dari Khabar Mutawatir tiada dapat didustakan3) Dalil yang didapat daripada ‘Aqal tiada dapat didustakan4) Dalil yang didapat daripada Rasulullah tiada dapat didustakan5) Dalil yang didapat daripada firman Allah Ta’ala tiada dapat didustakan

Bahagian II: Sifat SalbiyahAdapun hakikat sifat Salbiyah itu: wahiya dallat ‘alallafiy maalaa khaliyqu billahi ‘aza wajalla, artinya barang yangmenunjukkan atas menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’alayaitu lima sifat:1) QIDAM, artinya Sedia2) BAQA’ artinya Kekal,3) MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.4) QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya.5) WAHDANIAH, artinya Esa

QIDAM, artinya SediaAdapun hakikat Qidam ibarat dari menafikan ada permulaan bagi Wujud-Nya yakni tiada permulaan, lawannya Hudusyartinya baharu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia baharu karena jikalau Ia baharu niscaya

 jadilah Wujud-Nya itu wujud yang harus, tiadalah Ia wajibal wujud maka sekarang telah terdahulu wajibal wujud baginyamaka menerimalah aqal kita wajib baginya bersifat Qadim dan mustahil lawannya baharu , adapun dalilnya firmannyadalam Al Qur’an: huwal awwalu, artinya Ia juga yang awal.

Adapun Qadim nisbah pada nama empat perkara:a) Qadim Haqiqi, yaitu dzat Allah Ta’alab) Qadim Sifati, yaitu sifat Allat Ta’alac) Qadim Idofi, yaitu Qadim yang bersandar seperti dahulu bapa daripada anakd) Qadim Zamani, yaitu masa yang telah lalu sekurang-kurangnnya setahun

BAQA’ artinya KekalAdapun hakikat Baqa’ itu ibarat menafikan ada kesudahan bagi Wujud-Nya, yakni tiada kesudahan, lawannya Fana’artinya binasa yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia binasa, jikalau Ia binasa jadilah Wujud-Nyaitu wujud yang baharu, apabila Ia baharu tiadalah Ia bersifat Qadim maka sekarang telah terdahulu bagi-Nya wajibbersifat Qadim maka menerimalah aqal kita wajib bagi-Nya bersifat Baqa dan mustahil lawannya binasa, adapun dalilnyafirman-Nya dalam Al Qur’an: wayabqo wajhu robbikauzuljalali wal ikrom, artinya kekal dzat Tuhan kamu yangmempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Adapun yang Kekal itu dua bahagi:a) Kekal Haqiqi, yaitu dzat dan sifat Allah Ta’alab) Kekal Ardy, yaitu kekal yang dikekalkan, menerima hukum binasa jikalau dibinasakan Allah Ta’ala, karena iasebahagian daripada mumkinun, tetapi

tiada dibinasakan maka kekallah ia, maka kekalnya itu dinamakan kekal ‘Ardy, seperti ruh, arasy, kursi, kalam, lauhmahfudh, surga, neraka, bidadari

dan telaga nabi.

MUKHALAFATUHULILKHAWADITSI artinya Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu

Adapun Hakikat Mukhalafatuhulilhawadits itu diibaratkan menafikan dzat dan sifat dan af'al Allah Ta'ala dengan segalasesuatu yang baharu, yakni tiada bersamaan dengan segala yang baharu, lawannya Mumassalatuhulilhawadits, artinyabersamaan dengan segala sesuatu yang baharu. Tiada diterima oleh aqal dikatakan Allah Ta'ala itu bersamaan dzat-Nyadan sifat-Nya dan af'al-Nya dengan segala yang baharu, karena jikalau bersamaan dengan segala yang baharu maka

tiadalah Ia bersifat Qadim dan Baqa', sebab segala yang baharu menerima hukum binasa, maka sekarang telahterdahulu wajib bagi Allah Ta'ala bersifat Qadim dan Baqa', maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta'ala bersifatmukhalafatuhulilhawadits, dan mustahil lawannya Mumasalatu lilhawadits, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur'an:laisa kamislihi syaiin wa huwassami'ul bashir, artinya tiada seumpama Allah Ta'ala dengan segala sesuatu dan Iamendengar dan melihat.

Page 9: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 9/21

Adapun bersalahan dzat Allah Ta'ala dengan dzat yang baharu karena dzat Allah Ta'ala bukan jirim atau jisim dan bukan jauhar atau 'aradh dan tiada dijadikan, tiada bertempat, tiada berjihat, tiada bermasa atau dikandung masa dan tiadaberanak atau diperanakkan.Bersalahan sifat Allah Ta'ala dengan sifat yang baharu karena sifat Allah Ta'ala Qadim dan 'Aum takluknya, seperti Sami'Allah Ta'ala takluk pada segala yang mawujud.

Adapun sifat yang baharu itu tiada ia Qadim dan tiada 'Aum takluknya, tetapi takluk pada setengah perkara jua sepertiyang baharu mendengar ia pada yang berhuruf dan bersuara dan yang tiada berhuruf dan bersuara tiada ia mendengaratau yang jauh atau yang tersembunyi seperti gerak-gerak yang dalam hati dan begitu jua sifat-sifat yang lain tiadaserupa dengan sifat Allah Ta'ala.

Adapun bersalahan perbuatan Allah Ta'ala dengan perbuatan yang baharu karena perbuatan Allah Ta'ala itu memberibekas dan tiada dengan alat perkakas dan tiada dengan minta tolong dan tiada mengambil faedah dan tiada yang sia-sia.Adapun perbuatan yang baharu tiada memberi bekas dan dengan alat perkakas atau dengan minta tolong danmengambil faedah.QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendirinya

Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendakkepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan tiada berkehendak kepada yangmenjadikannya.Mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, karena Ia zat bukan sifat, jikalauIa sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri karena sifat itu tiada boleh berdiri dengan sendirinya.

Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia karena Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia kepada yang menjadikanDia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifat Qadim dan Baqa’ dan Mukhalafatuhulilhawadits.Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Ta’ala itu bersifat Qiyamuhubinafsihi danmustahil lawannya An-laayakuunu ko’imambinafsihi, adapun dalilnya firman-Nya

dalam Al Qur’an: Innallaha laghniyyun ‘anil ‘alamiin, artinya Allah Ta’ala itu terkaya daripada sekalian alam.

Adapun segala yang Mawujud menurut berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikandia itu empat bahagi:a) Tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia dan tiada berkehendak kepada tempat berdiri, yaitu zat Allah Ta’alab) Berdiri pada zat Allah Ta’ala dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia, yaitu sifat Allah Ta’alac) Tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia yaitu segala jirim yang

baharud) Berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia yaitu segala ‘aradh yang baharu

WAHDANIAH, artinya EsaAdapun hakikat Wahdaniah itu ibarat menafikan kammuttasil (berbilang-bilang atau bersusun-susun atau berhubung-hubung) dan kammumfasil (bercerai-cerai banyak yang serupa) pada zat, pada sifat, dan pada af’al.Lawannya An-yakunu wahidan, artinya tiada ia esa. Mustahil tiada diterima oleh akal sekali-kali dikatakan tiada Ia Esa,karena jikalau tiada Ia Esa tiadalah ada alam ini karena banyak yang memberi bekas.

Seperti dikatakan ada dua atau tiga tuhan, kata tuhan yang satu keluarkan matahari dari barat, dan kata tuhan yangsatu lagi keluarkan dari timur, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari utara atau selatan, karena tiga yangmemberi bekas. Tentu kalau tuhan yang satu itu mengeluarkan matahari itu dengan sekehendakknya umpamanyadisebelah barat, tentu pula tuhan yang lain meniadakkannya dan mengadakan lagi menurut kehendaknya umpamanyadisebelah timur atau utara atau selatan, karena tiga-tiga tuhan itu berkuasa mengadakan dan meniadakan makakesudahannya matahari itu tiada keluar.

Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau perjalanan didalam alam inisemuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal Wahdaniah bagi Allah Ta’ala danmustahil lawannya berbilang-bilang atau bercerai-cerai.Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: Qul huwallahu ahad, artinya katakanlah oleh mu (Muhammad) Allah Ta’alaitu Esa, yakni Esa zat dan Esa sifat dan Esa Af’al.

Adapun Wahdaniah pada zat menafikan dua perkara:

a) Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun seperti dikatakan zat Allah Ta’ala ituberdarah, berdaging dan bertulang urat, atau dikatakan zat Allah Ta’ala itu kejadian daripada anasir yang empat.b) Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa, umpama dikatakan adazat yang lain seperti zat Allah

 Ta’ala yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.Maka Kammuttasil dan Kammumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan

Page 10: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 10/21

yang dua perkara ini maka barulah dikatakan Ahadiyyatuzzat, yakni Esa dzat Allah Ta’ala.

Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:a) Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sifat, seperti dikatakan ada pada Allah

 Ta’ala dua Qudrat atau dua

Ilmu atau dua Sami’ yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.b) Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa seperti dikatakan adaQudrat yang lain atau Ilmu yang

lain seperti Qudrat dan Ilmu Allah Ta’ala.

Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikanyang dua itu maka baharulah dikatakan Ahadiyyatussifat, yakni Esa sifat Allah Ta’ala.

Adapun Wahdaniah pada af’al menafikan dua perkara:a) Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berhubung atau minta tolong memperbuat suatu perbuatan, sepertidikatakan Allah Ta’ala jadikan kuat

pada nasi mengenyangkan dan kuat pada air menghilangkan dahaga dan kuat pada api membakar dan kuat padatajam memutuskan yakni tiada

sekali-kali seperti yang demikian itu.b) Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak perbuatan yang memberi bekas, seperti dikatakanada perbuatan yang lain

memberi bekas seperti perbuatan Allah Ta’ala, yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu. Maka Kammuttasil danKammumfasil inilah yang

hendak kita nafikan pada af’al Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua ini maka baharulah kita dikatakanAhadiyyatull af’al, yakni Esa

perbuatan Allah Ta’ala.

Bahagian III: Sifat Ma’aniAdapun hakikat sifat Ma’ani itu: wahiya kullu sifatu maujudatun qo’imatun bimaujuudatun aujabat lahu hukman, artinyatiap-tiap sifat yang berdiri pada yang maujud (wajibalwujud / zat Allah Ta’ala) maka mewajibkan suatu hukum (yaituMa’nawiyah)Sifat Ma’ani ini maujud pada zihin dan maujud pula pada kharij, ada tujuh perkara:

1) QUDRAT artinya Kuasa, Takluk pada segala mumkinun2) IRADAT artinya Menentukan, takluk pada segala mumkinun3) ILMU artinya Mengetahui, takluk pada segala yang wajib, mustahil dan ja'iz bagi aqal.4) HAYAT artinya Hidup, tiada takluk, tetapi syarat bagi aqal kita menerima adanya sifat-sifat yang lain.5) SAMA’ artinya Mendengar, takluk pada segala yang maujud.6) BASYAR artinya Melihat, takluk pada segala yang maujud.7) KALAM artinya Berkata-kata

1) Qudrat artinya Kuasa Adapun hakikat Qudrat itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia

mengadakan dan meniadakan bagi segala mumkin muafakat dengan Iradat-Nya. Adapun arti mumkin itu barang yangharus adanya atau tiadanya

Adapun mumkin itu empat bahagi:1) Mumkin Maujuud ba’dal ‘adum, yaitu mumkin yang pada masa sekarang, dahulu tiada, seperti: langit, bumi dan kitasemuanya.2) Mumkin Ma’dum ba’dal wujud, yaitu mumkin yang tiada pada masa sekarang ini dahulunya ada, seperti: nabi Adamas, dan datok-datok nenek kita

yang sudah tiada.3) Mumkin sayuzad, yaitu mumkin yang akan datang seperti hari kiamat, syurga dan neraka.4) Mumkin Ilmu Allah annahu lamyujad, yaitu mumkin yang didalam Ilmu Allah Ta’ala, tetapi tiada dijadikan seperti hujanemas, Air laut rasanya manis, dan banyak yang lain lagi.

Lawannya ‘Ujdzun artinya lemah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu lemah,karena jikalau Ia lemah niscaya tiadalah ada alam ini karena yang lemah itu tiada dapat memperbuat suatu perbuatan.

Maka sekarang alam ini telah nyata adanya bagaimana yang kita lihat sekarang ini, maka menerimalah aqal kita wajibditerima aqal, bagi-Nya bersifat Qudrat dan mustahil lawannya ‘Ujdzun.Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu ‘ala kulli sai’in-qodir, artinya Allah Ta’ala itu berkuasa atas tiap-tiapsesuatu.

 Tetaplah dalam Hakikat Qudrat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.Qudrat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan lemah.Qudrat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan lemah.

Page 11: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 11/21

Qudrat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.Qudrat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiadamengambil faedah.Qudrat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiadabercerai dengan sifat yang lain).

2) Iradat artinya Menentukan Adapun hakikat Iradat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia menentukan sekalian mumkin adanya atau tiadanya,muafakat dengan Ilmu-Nya.Adapun Iradat Allah Ta’ala menentukan enam perkara:

a) Menentukan mumkin itu Ada atau tiadanyab) Menentukan Tempat mumkin itu

c) Menentukan Jihat mumkin itud) Menentukan Sifat mumkin itue) Menentukan Qadar mumkin ituf) Menentukan Masa mumkin itu

Lawannya Karahat artinya tiada menentukan atau tiada berkehendak, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kalidikatakan Allah Ta’ala itu tiada menentukan atau tiada berkehendak, karena jikalau tiada Ia menentukan atau tiada Iaberkehendak mengadakan alam ini atau meniadakan alam ini niscaya tiadalahbaharu (Berubah) alam ini maka sekarang alam ini telah nyata adanya perubahan, ada siang ada malam, ada yangdatang ada yang pergi, seperti yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, maka menerimalah aqal kita wajibbagi Allah Ta’ala bersifat Iradat dan mustahil lawannya Karahat.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: fa’allu limaa yuriy d’, artinya berbuat Allah Ta’ala dengan barang yangditentukan-Nya.

Adapun Iradat dengan amar dan nahi itu tiada berlazim karena: Ada kalanya disuruh tetapi tiada dikehendaki seperti Abu jahal, Abu lahab dan segala pengikutnya. Ada kalanya disuruh dan dikehendaki seperti Abu Baqa’r dan segala sahabatyang lain. Ada kalanya tiada disuruh dan tiada dikehendaki seperti kafir yang banyak. Adakalanya tiada disuruh tetapidikehendaki seperti mengerjakan yang haram dan makruh seperti Nabi Adam as dan Hawa.

 Tetaplah dalam Hakikat Iradat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Iradat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan Karahat.Iradat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan Karahat.Iradat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.Iradat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiadamengambil faedah.Iradat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiadabercerai dengan sifat yang lain).

3) Ilmu artinya Mengetahui Adapun hakikat Ilmu itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zatAllah Ta’ala maka dengan Dia Mengetahui pada yang wajib, pada yang mustahil, dan pada yang harus.Adapun yang wajib itu zat dan sifatNya, maka mengetahui Ia zatNya dan sifatNya yang Kamalat.Adapun yang mustahil itu yaitu yang menyekutui ketuhanannya atau yang kekurangan baginya maka mengetahui Iatiada yang menyekutui bagi ketuhanan-Nya dan yang kekurangan pada-Nya.Adapun yang harus itu sekalian alam ini maka mengetahui Ia segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segalaperkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi dan tiada terdinding yang dalam Ilmu-Nya sebesar

 jarah jua pun, semuanya diketahui-Nya dengan Ilmu-Nya yang QadimLawannya Jahil, artinya bodoh, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia Jahil atau bodoh karena

 jikalau ia Jahil atau bodoh niscaya tiadalah teratur atau tersusun segala pekerjaan didalam alam ini maka sekarang alamini telah teratur dan tersusun dengan baiknya, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Ilmu danmustahil lawannya Jahil atau bodoh.Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu bikulli syai’in ‘alimun, artinya Allah Ta’ala mengetahui 

tiap-tiap sesuatu.

 Tetaplah dalam Hakikat Ilmu itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.Ilmu Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan jahil.Ilmu Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan jahil.Ilmu Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dantiada terdinding.Ilmu Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.Ilmu Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada berceraidengan sifat yang lain).

4) Hayat artinya Hidup Adapun hakikat Hayat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala,maka dengan Dia zohirlah sifat yang lain-lain.

Lawannya maut artinya mati, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia mati karena jikalau Ia matiniscaya tiadalah ada sifat yang lain seperti Qudrat, Iradat dan Ilmu maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’alabersifat hayat dan mustahil lawannya maut.Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: huwal hayyuladzii laa yamuut, artinya Dia yang Hidup yang tiada mati.

 Tetaplah dalam Hakikat Hayat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.Hayat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan maut.Hayat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan maut.

Page 12: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 12/21

Hayat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.Hayat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.Hayat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiadabercerai dengan sifat yang lain)

5) Sami’ artinya Mendengar Adapun hakikat Sami’ itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zatAllah Ta’ala, maka dengan Dia mendengar segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim atau Muhadas.

Adapun mawujud yang Qadim yaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya yang tiada berhuruf danbersuara, dan yang muhadas yaitu sekalian alam ini maka mendengar Ia akan segala perkara yang ada pada masasekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi, maka tiada terdindingpendengarannya oleh sebab jauh atau tersembunyi.

Lawannya Sumum, artinya pekak atau tuli yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia pekak atau tulikarena jikalau Ia pekak atau tuli niscaya tiadalah dapat Ia memperkenankan seruan makhluk-Nya padahal Menyuruh Iakepada sekalian makhluk-Nya dengan meminta seperti firman-Nya dalam Al Qur’an: ud’uunii astajib lakum, artinyamintalah olehmu kepadaKu niscaya Aku perkenankan. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Sami’dan mustahil lawannya Sumum, pekak atau tuli, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu sami’un ‘alimun,artinya Allah Ta’ala itu yang mendengar dan yang mengetahui .

 Tetaplah dalam Hakikat Sami’ itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.Sami’ Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan pekak.Sami’ Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan pekak.Sami’ Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal,dan tiada terdinding.Sami’ Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.Sami’ Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiada

bercerai dengan sifat yang lain).

5) Bashir artinya Melihat Adapun hakikat Bashir itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia melihat segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadim atau muhadas.Adapun mawujud yang Qadim itu dzat dan sifat-Nya, maka melihat Ia akan dzat-Nya yang tiada berupa dan berwarnadan sifat-Nya yang kamalat.Adapun mawujud yang muhadas itu sekalian alam ini maka melihat Ia akan segala perkara yang ada pada masasekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang lagi akan diadakan. Tiada terdinding yang padapenglihatan-Nya oleh sebab jauh atau sangat halusnya atau sangat kelamnya.Lawannya ‘Umyun, artinya buta, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia buta karena jikalau Iabuta maka jadilah Ia kekurangan. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taa'la itu bersifat Bashir dan mustahillawannya ‘Umyun atau buta.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam AlQur’an: wallahu bashirun bimaa ta’maluun, artinya Allah Ta’ala itu melihat apa yangkamu kerjakan. Tetaplah dalam Hakikat Bashir itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.Bashir Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan buta.Bashir Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan buta.Bashir Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal,dan tiada terdinding.Bashir Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.Bashir Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiadabercerai dengan sifat yang lain).

7) Kalam artinya Berkata-kata Adapun hakikat Kalam itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia berkata-kata pada yang wajib seperti firman-Nya: fa’lam annahu laailahaillalah, artinya ketahuioleh mu bahwasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan berkata-kata pada yang mustahil dengan firman-Nya: laukanafiyhima alihatun illallah lafasadatu, artinya jikalau ada tuhan yang lain selain daripada Allah maka binasalah segala-galanya. dan berkata pada yang harus dengan firman-Nya: wallahu holaqokum wamaa ta’maluun, artinya Allah Ta’ala jua

 Yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.

Lawannya Bukmum, artinya kelu atau bisu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia bisu atau kelukarena jikalau Ia bisu atau Kelu tiadalah dapat Ia menyuruh atau mencegah dan menceritakan segala perkara sepertihari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. Maka sekarang suruh dan cegah itu ada pada kita seperti suruh kitasembahyang dan cegah kita berbuat ma’siat. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala itu bersifat Kalam danmustahil lawannya bukmum, kelu atau bisu. Adapun dalilnya friman-Nya dalam Al Qur’an: wa kallamallaahu muusataqlimaan, artinya berkata-kata Allah Ta’ala dengan nabi Musa as dengan sempurna kata.

Adapun Kalam Allah Ta’ala itu satu sifat jua tiada Ia berbilang tetapi berbagi-bagi dipandang dari segi perkara yangdikatakan-Nya apabila Ia menunjukkan kepada suruh maka dinamakan amar seperti suruh sembahyang dan puasa danlain-lain, jika Ia menunjukkannya kepada cegah atau larangan maka dinamakan nahi seperti cegah berjudi., minum arakdan lain-lain, jika Ia menunjukkan pada cerita dinamakan akhbar, seperti cerita raja Fir’aun , Namrudz, dan lain-lain. jikaIa menunjukkan pada khabar gembira dinamakan Wa’ad seperti balas syurga pada orang beriman dan ta’at dan lian-lain,

 jika Ia menunjukkan pada khabar menakutkan maka dinamakan Wa’id, seperti janji balas neraka dan azab bagi orangyang berbuat maksiat dan kafir.

Page 13: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 13/21

 Tetaplah dalam Hakikat Kalam itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apayang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.Kalam Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan kelu.Kalam Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan kelu.Kalam Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal,tiada terdinding dan tiada

berhuruf atau bersuara.Kalam Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.Kalam Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kamumfasil (tiadabercerai dengan sifat yang lain).

Bahagian IV: Sifat Ma’nawiyahAdapun hakikat sifat ma’nawiyah itu: hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati mu’allalati bi’illati, artinya hal yangwajib bagi dzat selama ada dzat itu dikarenakan suatu karena yaitu Ma’ani, umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat makabaru dinamakan dzat itu Qadirun, artinya Yang Kuasa, Qudrat sifat Ma’ani, Qadirun sifat Ma’nawiah maka berlazim-lazimantar sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiah, tiada boleh bercerai yaitu tujuh sifat pula:1. QADIRUN, artinya Yang Kuasa, melazimkan Qudrat berdiri pada dzat2. MURIIDUN, artinya Yang Menentukan maka melazimkan Iradat yang berdiri pada dzat3. ‘ALIMUN, artinya Yang Mengetahui maka melazimkan ‘Ilmu yang berdiri pada dzat4. HAYYUN, artinya Yang Hidup melazimkan Hayyat yang berdiri pada dzat5. SAMI’UN, artinya Yang Mendengar melazimkan Sami’ yang berdiri pada dzat6. BASIRUN, artinya Yang Melihat melazimkan Basir yang berdiri pada dzat7. MUTTAKALLIMUN, artinya Yang Berkata-kata melazimkan Kalam yang berdiri pada dzat

Bahagian V: Sifat IstighnaArtinya sifat Kaya, Hakikat sifat Istighna: mustaghniyun ’angkullu maa siwahu, artinya Kaya Allah Ta’ala itu daripada tiap-tiap yang lain. Apabila dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lain, maka wajib bagi-Nya bersifat dengansebelas (11) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sebelas (11) sifat itu maka tiadalah dapat dikatakan Kaya Allah

 Ta’ala daripada tiap-tiap yang lainnya.Adapun sifat wajib yang 11 itu ialah: Wujud, Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Kiyamuhubinafsihi, Sami’, Basir,Kalam, Sami’un, Basirun dan Muttakalimun.

Selain sebelas (11) sifat yang wajib itu ada tiga (3) sifat yang harus (Jaiz) yang termasuk pada sifat Istighna yaitu1) Mahasuci dari pada mengambil faedah pada perbuatan-Nya atau pada hukum-Nya, lawannya mengambil faedah, yaitumustahil tiada diterima oleh

aqal sekali-kali karena jikalau mengambil faedah tiadalah Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lainnya karena lazim diwaktuitu berkehendak Ia pada

menghasilkan hajat-Nya.

2) Tiada wajib Ia menjadikan alam ini. Lawannya wajib yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalauwajib Ia menjadikan alam ini

tiadalah Ia Kaya daripada tiap-tiap yang lainnya, karena lazim diwaktu itu berkehendak Ia kepada yangmenyempurnakan-Nya3) Tiada memberi bekas suatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya. Lawannya memberi bekas yaitu mustahil tiadaditerima oleh aqal sekali-kali

karena jikalau memberi sesuatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya tiadalah Kaya Ia pada tiap-tiap yang lainnyakarena lazim diwaktu itu

berkehendak Ia mengadakan sesuatu dengan wasitoh.

Bahagian VI: Sifat IfthiqorArtinya sifat berkehendak: hakikat sifat Ifthiqor: wamuftaqirun ilaihi kullu maa ’adaahu, artinya berkehendak tiap-tiapyang lainnya kepada-Nya.Apabila dikatakan berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sembilan (9) sifat,

 jikalau kurang salah satu daripada sembilan (9) sifat ini maka tiadalah dapat berkehendak tiap-tiap yang lainya kepada-Nya,

Adapun sifat wajib yang sembilan (9) itu adalah:1) Qudrat2) Iradat3) Ilmu4) Hayat5) Qodirun6) Muridun

Page 14: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 14/21

7) ‘Alimun8) Hayyun9) Wahdaniah

Selain dari sembilan (9) sifat yang wajib itu ada dua (2) sifat yang harus termasuk pada sifat Ifthikhor:

1) Baharu sekalian alam ini. Lawannya Qodim yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau alam iniQodim tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya karena lajim ketika itu bersamaan derejat-Nya

2) Tiada memberi bekas sesuatu daripada kainatnya dengan tobi’at atau dzatnya. Lawannya memberi bekas yaitumustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi bekas sesuatu daripada kainat dengan tobi’at

niscaya tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya karena lajim ketika itu terkaya sesuatu daripadaNya.

Maka sekarang telah nyata pada kita bahwa duapuluh delapan (28) sifat Istighna dan duapuluh dua (22) sifat Ifthikharmaka jumlahnya jadi limapuluh (50) 'akaid yang terkandung didalam kalimah laa ilaha ilallaah, maka jadilah maknahakikat laa ilaha ilallaah itu dua: laa mustaghniyun angkullu maasiwahu, artinya tiada yang kaya dari tiap-tiap yanglainnya dan wa muftaqirun ilaihi kullu ma’adahu, artinya dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.

Ini makna yang pertama maka daripada makna yang dua itu maka jadi empat (4):1) Wajibal wujud, yaitu yang wajib adanya.2) Ishiqoqul ibadah, yaitu yang mustahak bagi-Nya ibadah3) Kholikul 'alam, yaitu yang menjadikan sekalian alam4) Maghbudun bihaqqi, yaitu yang disembah dengan sebenar-benarnya.

Ini makna yang kedua maka daripada makna yang empat (4) itu jadi satu (1) yaitu: Laa ilaha ilallaah, Laa ma’budunilallah, artinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.Ini makna yang ketiga penghabisan maka jadilah kalimah laa ilaha ilallaah itu menghimpun nafi dan isbatAdapun yang dinafikan itu sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor berdiri pada yang lain dengan mengatakan: laa ilaha dandiisbatkan sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor itu berdiri pada dzat Allah Ta’ala dengan mengatakan kalimah

IlallaahLaa = nafi, Ilaha = menafi, ila = isbat, Allah = meng-isbat

 Yang kedua kalimah laa ilaha ilallaah itu nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi sepeti sabda nabi : laayufarriqubainannafi wal-isbati wamamfarroqu bainahumaa fahuwa kaafirun, artinya Tiada bercerai antara nafi dan isbatdan barang siapa menceraikan kafir. Seperti asap dengan api. Asap itu bukan api dan asap itu tidak lain daripada api.Asap tetap asap dan api tetap api: tetapi asap itu menunjukkan ada api inilah artinya nafi mengandung isbat dan isbatmengandung nafi. Tiada bercerai dan tiada bersekutu.

SIFAT-SIFAT KERASULANAdapun sifat yang wajib bagi rasul itu empat (4) perkara dan yang mustahil padanya empat (4) sifat pula dan yang haruspadanya satu (1) sahaja:

1) Siddiq, artinya Benar, lawannya Qizib, artinya Dusta yaitu mustahil2) Amanah, artinya Kepercaan, lawannya Hianat, artinya Tiada Kepercayaan yaitu mustahil3) Tabligh, artinya Menyampaikan, lawannya Qitman, artinya Menyembunyikan yaitu mustahil4) Fathonah, artinya Cerdik Bijaksana, lawannya Biladah, artinya Jahil yaitu mustahil

Adapun yang harus padanya satu (1) sahaja, yaitu: 'Iradul basariyyah, artinya Berperangai dengan perangai manusiayang tiada membawa kekurangan seperti makan, minum beranak, beristri dan sebagainya, lawannya tiada 'Iradulbasariyyah, yaitu Tiada Berperangai dengan perangai manusia yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karenakita telah mendengar banyak sekali sejarah atau riwayat nabi semasa hidupnya, istimewa pula orang yang sudahberjumpa dengannya seperti segala sahabatnya seperti Abu Bakar dan sahabat yang lain dan begitu juga segalamusuhnya seperti Abu jahal dan Abu lahab…..dan ditambah lagi dengan empat (4) perkara pada rukun iman danlawannya.

Maka jadilah delapan belas (18) Aqa’id yang terkandung didalam kalimah MuhammadurRasuulullaah

1) Percaya akan Malaikatnya, lawannya Tiada percaya2) Percaya akan Kitab, lawannya Tiada percaya3) Percaya akan segala Rasul, lawannya Tiada percaya4) Percaya akan Hari Kiamat, lawannya Tiada percaya

Empat (4) sifat yang wajib bagi rasul dan empat (4) sifat pula yang mustahil padanya dan satu (1) sifat yang haruspadanya, lawannya satu (1) pula, ditambah dengan empat (4) pada Rukun Iman dan lawannya empat (4) Empat (4) sifatyang wajib bagi rasul dan empat (4) sifat pula yang mustahil padanya dan satu (1) sifat yang harus padanya, lawannyasatu (1) pula, ditambah dengan empat (4) pada Rukun Iman dan lawannya empat (4) pula maka dijumlahkan semuanya

 jadilah delapan belas (18) Aqa’id yang terkandung didalam Sahadat Rasul, maka baharulah jadi Aqa’idul Iman enampuluh delapan (68) yang terkandung didalam Dua Kalimah Syahadat :Ashadu anllaa ilaha ilallah Wa Ashadu ana muhaammadarrasullullaah

AQAI'DUL IMANAdapun Aqa’idul Iman itu lima bahagi:

1) Aqa’idul Iman 50, yaitu dengan ringkas untuk mengesahkan iman kita dan wajib diketahui bagi tiap-tiap orang islam

Page 15: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 15/21

yang baligh lagi beraqal laki-laki atau perempuan yang mula hendak mengerjakan ibadah kepada Allah Ta’ala, jikalautiada kita mengetahui Aqa’idul Iman yang ringkas ini maka tiada lah sah ibadah kita kepada Allah Ta’ala yaitu 20 sifatyang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus maka dijumlahkan jadi 41 dan 4 sifat yang wajib bagi rasuldn 4 sifat pula yang mustahil dan 1 sifat yang harus pada rasul maka jadi 9, maka dijumlahkan dengan 41, jadi 50 Aqa’id

2) Aqa’idul Iman 603) Aqa’idul Iman 644) Aqa’idul Iman 665)Aqa’idul Iman 68

Adapun Aqa’idul Iman yang empat (4) kemudian ini untuk ma’rifat yaitu untuk membedakan dzat Allah Ta’ala dengan

dzat yang baharu, dan membedakan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu dan membedakan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu, maka kesemuanya itu benar, hanya perselisihannya pada Rukun Iman sahaja,setengahnya tiada dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara, maka jadi 60, setengahnya dimasukkan Rukun Iman tetapitiada dimasukkan lawannya, maka jadi 64, dan setengahnya dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara dan lawannya ,maka jadilah 68 dan yang 66 tiada masyhur sebab tiada dimasukkan satu (1) sifat yang wajib bagi Rasul dan lawannyamaka inilah sebab menjadi 66.

Maka baharulah jadi Syahadat itu dua (2) bahagi:1) Syahadat Tauhid, yaitu Ashadu anllaa ilaha ilallah2) Syahadat Rasul, yaitu Ashadu ana muhammadarrasuulullaah

Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:1) Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah2) Ditasdiqkan makna itu kedalam hati

Syarat Syahadat itu empat perkara:1) Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu2) Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah3) Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati4) Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati

Rukun Syahadat itu empat perkara:1) Mengisbatkan dzat Allah Ta’ala dzat yang wajibal wujud2) Mengisbatkan sifat Allah Ta’ala sifat yang kamalat atau sifat yang kesempurnaan3) Mengisbatkan af’al Allah Ta’ala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua perbuatannya4)Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah

Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:1) Diketahui2) Diikrarkan dengan lidah3) Ditasdiqkan maknanya didalam hati4) Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota

 Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:1) Syak hatinya pada Allah Ta’ala2) Menduakan Allah Ta’ala3) Menyangkal dirinya dijadikan Allah Ta’ala4) Tiada mengisbatkan dzat, sifat dan af’al Allah Ta’ala dan kebenaran Rasul

Adapun dzikir itu tiga (3) bahagian1) Dzikir lidah yaitu: Laa ilaha ilallah2) Dzikir hati yaitu: Allah3) Dzikir sirr yaitu: Huwa

Adapun Laa ilaha ilallaah dzikir orang Syari’at Adapun Allah... Allah... dzikir orang Tarikat Adapun Huwa… Huwa… dzikirorang HakikatLaa ilaha ilallaah itu makanan Jasmani Allah… Allah… itu makanan Qalbu Huwa… Huwa… itu makanan RuhaniALLAH Alif = Dzat Lam = Sifat Lam = Af’al Ha = Asma’Di tulis ulang dari: "ILMU TAUHID"  yang disusun oleh  Abdul Karim bin Muhammad Nur – Indonesia.

2.Tafakur Ilahiyah

Monday, 27 August 2007

http://kembang-wali.blogspot.com/ 

Page 16: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 16/21

Bismillah hirRahman Nirrahim

Firman Allah swt:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, danmereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”(Al-Asr:1-3)

Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap gerak danlangkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah.Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunyaPengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya kepada sesiapapun. Dialahkekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi

matlamat dan harta yang paling bernilai.

Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin,lapang sebelum sibuk, hidup sebelum datang ajal.”

Nabi saw bersabda:“Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”

Firman Allah:Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?(Az-Zumar:9)

Ilmu adalah cahaya,ilmu adalah penyuluh.Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmumesti mendahului amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah ditipu olehsyaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan

sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalanibadah.Apabila kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuhkerosakan.

Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan'mind-setting' tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari dalam lubukdiri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisidari kedalaman lautan khazanah para ulama.

Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak)ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).

Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani

Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasaminda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, iamemasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin inikaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allahmemberkati keikhlasan mereka.)

Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahayamenggunakan syaitan.Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru

 jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan adadi kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan

keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dansebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasiwalaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepadamembina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:

”Bermula amal itu dengan niat.” Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmuhitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.Mereka hanya mahumenuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui.Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah,melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allahswt.

Firman Allah swt: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya,sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kotaAllah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi: “Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Akuadalah penjaganya.”

Page 17: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 17/21

Tenaga Rohani dan latihan“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulahyang menjadi rahsianya.:(Hadith)

 Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:

:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantaptentang Ilmu KeTuhanan.

:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yainibagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) kedalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhudyang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecapisinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan denganAllah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataankita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu),bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku

masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskandiri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghunineraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Diamelihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh)inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yangsifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akanmembawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yangmengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanyaterbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya.Justeru itu jika kerohanian Islambertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

Firman Allah swt:“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlakukepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapatmenundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk

Islam.Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanianIslam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yangberbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridhakamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itutidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh danseterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapayang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

3.Zikir sebagai sumber kekuatan DAN JENISNYA

3.Zikir sebagai sumber kekuatan DAN JENISNYA Monday, 27 August 2007

Page 18: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 18/21

Firman Allah swt: “….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam

 jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad,akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut katahatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapidalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal,lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubungdengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu

sendiri.

Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubungdenganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabilaada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuataningatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan

 Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampirandengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabilamengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: "Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya).... (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya darigangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya danmeningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdilhamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahiyang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkinhebat tenaga dan kuasanya.

 Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akanmenyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama inidisebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia jugaakan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat,berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalamatau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawalsegala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkanseseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang jugadisebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesangelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalamtubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasakesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan

atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itudiqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyaiketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atautenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yangada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.

Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akankurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yanglalai”.(al-A’raf:205)

Zikir Nafas

- Latih mematikan diri-(Mati Hissii)- Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t)- Latih Ilmu Allah-(Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)

Page 19: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 19/21

Bagi kaum sufi, nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibaratkapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenaglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hambatenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.

Kaum sufi amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Tuhannya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.Jika seseorang ituberjaya mengawal emosinya.

Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, iaadalah rahsia Illahi.Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenagadalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luarkekuatan jasad.Kaum sufi menamakan iannya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.

Zikir Nafas adalah merupakan bapa segala zikir.Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan.Zikir Nafas ini ada pecahandan rangkaiannya tersendiri.Pecahan zikir ini ialah zikir Nupus, Tanapas dan Ampas.

Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain.Bermula nafas itu kerana ampas, dan hidup ampas itukerana nupus, manakala hidup nupus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) rahsia Allah.Nupus,Ampas dan

 Tanapas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.Adalah tidaksedap membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu yakin, ataupun ainul yakin.Kerana ini bolehmenimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yangtidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialahdengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.

Kedudukan Ampas ialah dihidung.Tanapas ditelinga dan Nupus diJantung, manakala Nafas ialahdimulut.Ampas,Napas,Tanapas dan Nafus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak)

dalam tubuh seseorang manusia.

 Tanapas ia bergerak di telinga,Nupus dijantung,Ampas di hidung sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsurini,Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orangboleh merasakan sengan perasaan zahir.Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja.

Bila sebut Nafas orang tahu,iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuhkedalam tubuh)Kalau mengikut pengertian saintifik,udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksidayakni bahan “perkumuhan”, sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.Fungsi oksigen ini ialah untukmemutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.Oksigen itu disedut dari luar dimana ianyadiproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.

Mengikut kajian pakar 70% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Justeru iturawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang palingbaik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya.

Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akanmemberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akanmempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).

Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatanmanusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser,gangguansaraf, leukemia dan lain-lain.

Teknik Terapi Zikir pernafasan:

Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar.> Tarik napas dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar diproses olehparu-paru, dan lepaskan.

> Kemudian tarik napas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya ...

> Lanjutkan terapi pernapasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan.Menarik napas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan napas dengan membayangkanmembuang penyakit, racun dan udara kotor.

Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap olehparu-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saatmelepaskan napas. ( Dengan bernapas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum sempat terjadi

pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru ).

Waktu ingin melakukan zikir nafas kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah yang berertimemulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh padahakikatnya Wujud Yang Qadim Zat Allah jua.La maujud illaLlah yang bermaksud tiada yang ada di ala mini padahakikatnya melainkan Allah jua.Hakikat nafi pada diri kita ialah la wujud(tiada yg wujud) , la qadir(tiada yg Maha kuasa) ,la hayun, la muridun, la alimun(tiada yg Maha mengetahui) , la samiiun(tiada yg mendengar) , la basirun (tiada yg Mahamelihat) , la mutakalimun fil haqiqah illaLah.

Page 20: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 20/21

Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.Mati disini dibahagikan kepada tiga:

1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya hanyaAllah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan

 JamalNya dan kesucianNya.

2) Miraj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita hendaklah malakukan miraj ertinya iaitu menaikkan nafas kitamalalyui alam “Qaba pasain au adna” iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benakkepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalamhatimu melainkan hanya berhadapan pada Allah jua.

3) Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya kita mendirikan sembahyang dengan melihat padamatahatinya dari Allah,degan Allah dan untuk Allah.Dari Allah mengerakkan Ruhaniah,dari ruhaniah mengerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah juayang menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmaNya: “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammadketika engkau melontar tetapi Allah yang melontarnya…”.Pada pandangan dzahirnya perbuatan hamba tetapi padapandangan matahati perbuatan Allah jua.Zikir nafas ini adalah besar faedah.Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan ketulan darah hitam yangberada dihati yang dianggap sebagai istan iblis itu.Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbisebagai penyuloh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperolehi.Nur itu tidak akan bersinar menyulohkegelapan dalam diri.Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak telus.

Mengenal Diri

Sabda Rasulallah saw:MAN ARAFA NAFSA FAQAD ARAFA RAB’BAH WAMAN ARAFA RAB’BAH FASADA JASAD.“Sesiapa yang mengenal dirinya,tentu dia mengenal Tuhannya dan sesiapa yang mengenal Tuhannya, maka binasalahdirinya.”

Firman Allah swt: “Dari Allah kau datang kepada Allah kau dikembalikan”(al-Baqarah:156)

Apabila Ruh diturunkan kebumi, ia berhajat kepada Sifat Iftiqar Allah untuk berfungsi di atas muka bumi ini..Jika tiadaSifat Iftiqar,Ruh tidak berfungsi.Ini disebabkan ia memiliki sifat yang suci dan tinggi.Ia tiada pengetahuan dan kehendakterhadap alam yang rendah (dunia).Oleh itu, ia perlukan Sifat Iftiqar untuk melaksanakan tugas khalifah, untukkehidupannya dan dunia.

Empat Sifat Iftiqar: Sifat Qudrat, Hayat, Iradat, Ilmu.

Sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad,Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai kealam “Mulkiah”yang disebut “Qiswah Unsuriah” iaitu alam Jabarut, alam Malkut dan alam Mulki kerana kekuatan Ruh Al-Qudsiboleh menghancurkan jasad, sebagaimana cahaya matahari yang dihalangi cahayanya bumi dengan pelbagai lapisanagar tidak terbakar bumi ini kerana kepanasannya.

-ALLAH swt-RUH YANG SUCI Firman Allah swt: (“Lalu kutiupkan Roh-Ku dalam tubuh manusia.”Al-Hijr:29)

-1) QUDRAT (Kuasa): iaitu dinyatakan pada (RUH JASMANI) dan diletakkan dalam jasad.Ruh memerlukan jasad untukbergerak di atas muka

bumi.(NASMA “fizikal”: kuasa batin yang hebat). TANAH: tubuh badan-istana hakikat.

-2) ILMU (ilmu): ianya dinyatakan pada (RUH SULTANI) dan menjadi akal apabila digabungkan dgn unsur air dandiletakkan pd otak.Ruh tidak akan dapat berfikir untuk kehidupan didunia tanpa ilmu bangsa dunia.(AIR: akal-ilham,laduni pandangan tajam hikmah).AIR: otak-istana syariat.

-3) HAYAT (hidup): ianya dinyatakan pada (RUH AL HAYAT) dan menjadi nafas apabila bergabung dgn udara.Ruhmemerlukan nafas untuk berhubung dgn nafas.(NAFAS: menstabilkan emosi,akal,kesihatan dan perjalananRuh).ANGIN,udara:sistem pernafasan-istana tarikat.

-4) IRADAT (berkehendak): ianya dinyatakan pada (RUH SAIRANI RAWANI) dan menjadi nafas apabila digabungkandgn unsur api dan diletakkan

dijantung/qalbi. Ruh memerlukan nafsu yg bangsa dunia untuk memakmurkan dunia.

(NAFSU: ketenangan, kasyaf, asyik, cinta, rindu, syuhud, makrifat) API: jantung-istana makrifat .

Page 21: Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

8/7/2019 Konsep Tauhid Aqal Alam Sifat20

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-tauhid-aqal-alam-sifat20 21/21

Syaik Abdul Qadir Jailani: Di dalam Kitab Sirrul Asrar:Ruh adalah hakikat diri manusia yang sebenar. Ruh adalah Nurcahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasadtidak terbakar.“Manusia itu rahsiaku dan Aku adalah rahsia manusia.”(Hadis Qudsi)

Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahumengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya rahsia.Kenali dirimu dengan merenungkan kedalam dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu tanpa huruf, suara, tanpadalil dan perantaraan.

Galillah rahsia alam dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan air dari alam Malakut,alam Jabarut dan akhirnya Lahut,nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana dirimu berhimpun dan bertasbih di alam Lahut serta.menyaksikan bagaimana dirimu bersaksi akan diri KeTuhanan sebagaimana firmannya: ”Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruhmenjawab) Bahkan!Kami menyaksikan.”(al-Araf:172)

Sesiapa yang sampai kealam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu ilmu laduni.Di alam ini, iaberibadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.Pandangannya sentiasa melihat pada dua alam, melihat diriNya dialam zahir iaitu Af’al,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di alam lahut.Adakala mereka itu fana (lebur)penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahsiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah swt.Siapa yang benar mengenal dirinya, akan binasalah dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalamlautan ketiadaan keAkuan.

Didalam kitab Kasaful Asrar dinyatakan bahwa wujud insan adalah bayang-bayang kepada wujud Tuhan.Tiada akanwujud bayang-bayang ini jika tiada yang empunya bayang-bayang, tidak bergerak bayan-bayang melainkan bergeraknyatuan empunya bayang-bayang.Apabila kamu memandang diri kamu, memandang kewujudan dirimu, maka kamu wajib memahami bahwa kamu adapemiliknya.Wujud kamu menyatakan wujud diri-Nya.Dia ghaib dan kamu nyata, Dia hakikat dan kamu syariat, Dia adalahwujud dan kamu adalah bayang bagi wujud-Nya.Lihatlah diri kamu lagi,pandanglah segala sifat yang ada pada dirikamu,lihatlah matamu,lihatlah telingmu, lihatlah mulutmu,lihatlah akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasahatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat-Nya.

Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak mengenal Diri-Nya, yang meskipun Al-Ghaib tetapi sangatdekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan urat nadi yang ada di lehernya sendiri.Bererti lebih dekatDia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya nafas dalam dada.

Maka firman-Nya yang memutuskan:

“Barang siapa yang hidupnya sekarang ini (di dunia) buta (mata hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Tuhannyayang dekat sekali dan Wajib Wujud-Nya), maka kelak di akhirat juga akan lebih buta dan lebih sesat jalannya.”(Al-Isra:72)


Top Related