dokumentasi hari kemuncak koko 2011

Upload: zatil-aqmar-redzual

Post on 13-Jul-2015

138 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan Perkara Pengenalan Rasional Objektif Implikasi Kewangan Ahli Jawatankuasa Induk Tentatif Program Senarai Nama Penerima Anugerah Gambar-gambar Sepanjang Program Ulasan Program Cadangan Penambahbaikan Penutup Lampiran Dokumentasi Muka Surat 2 3 3 4 5 6 7 8 - 10 24 25 27 28

1

PENGENALAN Program Hari Kemuncak Kokurikulum adalah program tahunan yang dijalankan di SMK Permatang Pasir setiap tahun Ia merupakan kemuncak bagi segala aktiviti kokurikulum pelajar sepanjang tahun 2011. Program ini dianjurkan untuk memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar. Ianya selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) Sekolah ini juga merasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat mengalakkan pelajar dalam penglibatan mereka di bidang beruniform. Hasrat murni sekolah ini, diharapkan dapat memenuhi sebarang ruang yang kosong yang perlu diisi oleh anak bangsa demi kesejahteraan bersama

2

RASIONAL Hari Kemuncak Kokurikulum adalah kesinambungan aktiviti kokurikulum secara terancang dan sistematik demi kecemerlangan pelapis generasi akan datang. OBJEKTIF 1. Mengalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan 2. Menjana nilai kepimpinan yang cemerlang di dalam diri pelajar sebagai insan kamil yang mampu menyumbangkan kepada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. 3. Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin pelajar dalam semua lapangan yang disertai. 4. Memupuk minat mendalam didalam bidang Pasukan Beruniform 5. Melahirkan semangat kerjasama yang erat di antara sekolah, ibu bapa dan pihak luar demi memantapkan generasi yang akan datang.

3

IMPLIKASI KEWANGAN BIL 1. 2. 3. PERKARA Unit Hadiah Unit Cenderahati Belanjawan am JUMLAH BESAR RM RM 240 RM 30 RM 50 RM 320

Disahkan oleh ;

.............................................. PN. HAJAR HAFIZAH BT OTHMAN BENDAHARI HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM

4

TENTATIF PROGRAM HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM TAHUN 2011

1.30 ptg 1.40 pagi 1.45 ptg 2.00 ptg

Guru dan pelajar mengambil tempat Ketibaan Tetamu Kehormat Upacara Aluan Pengetua SMK Permatan Pasir Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011 - Pentauliahan Guru Penasihat KRS - Tokoh Uni Beruniform - Tokoh Kelab dan Persatuan - Tokoh Sukan dan Permainan - Tokoh Kokurikulum Acara Selingan: Persembahan Pergerakan Kreatif 5

2.15 ptg

2.20 ptg 2.40 ptg

Ucapan Perasmian Penutup oleh Tun YDP Penyampaiaan Cenderahati kepada Tuan YDP Bersurai

PENERIMA ANUGERAH HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM TAHUN 2011

Tokoh Pelajar Kokurikulum Terbaik 2011 (LELAKI) MUHAMMAD SYARANI B MOHD PIRDAUS Tokoh Pelajar Kokurikulum Terbaik 2011 (PEREMPUAN) SITI NORSYAFIKAH BT ROSLI Tokoh Unit Uniform 2011 (Lelaki) AHMAD SALEHHUDDIN B AHMAD Tokoh Unit Uniform 2011 (Perempuan) NURAMIZAH BT ABDUL RAHIM Tokoh Kelab dan Persatuan 2011 (Lelaki) MUHAMMAD HANNAN B ABDUL HAMID@ ATAN Tokoh Kelab dan Persatuan 2011 (Perempuan) NOR ATHIRAH BT SHUIB

6

Tokoh Sukan dan Permainan 2011 (Lelaki) MUHAMMAD NUR AIMAN B NOR ASLI Tokoh Sukan dan Permainan 2011 (Perempuan) NURUL AMIRAH BT MADRI SALLEH

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

7

PARA BARISAN TETAMU, PENTADBIR SEKOLAH, GURU-GURU DITAULIAH DAN TOKOH-TOKOH KOKURIKULUM.

8

PENTAULIAHAN GURU PENASIHAT KRS

9

PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM 2011 (LELAKI), MUHAMMAD SYAIRANI B MOHD PIRDAUS

10

PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM 2011 (PEREMPUAN), SITI NORSHAFIKAH BT ROSLI

11

ULASAN PROGRAM Secara keseluruhan sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum Tahun 2011 berjalan dengan lancar dan teratur. Segala aturcara yang dirancang telah dapat dianjurkan mengikut masa yang telah dirancang. Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas sokongan dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKPP (PIBG) kerana sudi memeriahkan sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaa Permatang Pasir (SMKPP) untuk tahun ini. Semua AJK pelaksana telah dapat menjalankan tugas dengan baik dan teratur mengikut ketetapan dalam mesyuarat yang telah dijalankan.

12

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1) Memasukkan acara pertandingan Kawad Kaki didalam tentatif sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum untuk tahun hadapan. Permintaan dari unit-unit Beruniform agar dijalankan pertandingan kawad kaki agar sambutan program Hari Kemuncak Kokurikulum lebih meriah dan meningkatkan semangat semua anggota unit beruniform yang terlibat. 2) Pertingkatkan lagi pemantauan dari segi disiplin pelajar. Pelajar perlu diingatkan tentang tingkahlaku serta sahsiah mereka dalam bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum. Batasbatas sebagai pelajar muslim perlu dijaga. Semua guru berperanan dalam menegur serta memantau perjalanan disiplin serta sahsiah pelajar kita 3) Mewujudkan Unit Pengelolaan Penerima Anugerah Pelajar Pelaksana Program Unit Pengelolaan Penerima Anugerah Pelajar tiada dalam AJK pelaksana program sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum. Berlaku sedikit kekeliruan mengenai bidang tugas dalam unit tersebut 4) Mengalakkan pemakaian uniform lengkap ketika sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum Pelajar disarankan untuk memakai pakaian beruniform lengkap ketika sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum agar majlis sambutan lebih ceria dan meriah 5) Mohon kerjasama guru untuk bersama-sama dalam majlis rasmi sekolah Guru diminta untuk bersama-sama memeriahkan acara perasmian dan berada ditempat duduk yang telah disediakan ketika majlis berlangsung. Protokol majlis rasmi perlu dititik beratkan bagi mengambarkan tahap dalam AJK

13

profesionalisme staff pendidikan SMKPP. PENUTUP Sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir (SMKPP) telah berjalan dengan teratur. Unit Kokurikulum sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih pihakpihak yang terlibat dalam perjalanan Kokurikulum sepanjang tahun 2011. Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru penasihat Kelab/ Persatuan / Rumah Sukan / Permainan; diatas bimbingan dan sumbangan dalam mengatur aktiviti dalaman sepanjang tahun 2011. Sekalung penghargaan pada pihak yang telah melibatkan diri dalam semua peringkat samada peringkat sekolah,negeri dan daerah dalam aktiviti Kokurikulum Tahun 2011. Pihak sekolah berharap aktiviti Kokurikulum ini dapat diteruskan demi kebaikan serta pembentukan diri yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi , Rohani dan Intelek.

Dokumentasi disediakan oleh:

Disahkan oleh:

................................................................. PUAN NUR ZATIL AQMAR BT REDZUAL Unit Dokumentasi Hari Kemuncak Kokurikulum Tahun 2011

.......................................... CIK HAMIDAH BT OTHMAN Penolong Kanan Kokurikulum SMK Permatang Pasir

14

LAMPIRAN DOKUMENTASI

15