docfoc.com-119157662 kertas kerja merentas desa (2).doc

29
1

Upload: paramesvaraja-mahan

Post on 26-Jan-2016

338 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

1

Page 2: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

KEJOHANAN LARIAN MERENTAS DESASMK SUNGAI MERAH , SIBU 2012

PENGENALAN

Aktiviti Merentas Desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara utama unit kokurikulum sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan perlancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakkan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal berlangsung. Selain itu, aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam bidang sukan dan menyokong gagasan 1 Sukan 1 Murid 1 Sukan.

2.0 OBJEKTIF

2.1. Untuk memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan guru dan pelajar.

2.2. Untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMK Sungai Merah, Sibu.2.3. Untuk menyemai semangat persaingan sihat terutama dalam sukan.2.4. Untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar terutama dalam

Sukan Olahraga / Merentas Desa 2013.

2

Page 3: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

3.0 NAMA, TARIKH, MASA DAN TEMPAT

3.1. Nama Pertandingan : Kejohanan Larian Merentas Desa SMK Sungai Merah, Sibu 2012.

3.2. Tarikh Pertandingan : 22 September 2012 ( Sabtu )

3.3. Masa Pertandingan : 0800 pagi.

3.4. Tempat Pertandingan : Bermula dari SMK Sungai Merah menuju ke Laluan di Sepanjang Jalan menuju ke Kampung Bahagia Jaya, Teku, Sibu. (Sila rujuk Lampiran 1)

4.0 KELAYAKAN PESERTA

4.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada SEMUA PELAJAR yang berdaftar secara SAH dan sedang menuntut di SMK Sungai Merah, Sibu.

4.2. Semua Guru / Ketua Pendataran Peserta mestilah memastikan pelajar yang akan menyertai Kejohanan ini berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Faktor kesihatan pelajar adalah KELAYAKKAN UTAMA sebelum membenarkan pelajar untuk bertanding dalam Larian Merentas Desa SMKSM 2012 ini.

4.3. Peserta Junior tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Bahagian Senior dan peserta Senior juga tidak boleh mengambil bahagian dalam Bahagian Junior.

4.4. Pasukan Senior hendaklah terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 , 5 , 6 Rendah dan 6 Atas sahaja.

4.5. Pasukan Junior hendaklah terdiri daripada pelajar Tingkatan Peralihan, 1 , 2 dan 3 sahaja.

4.6. Guru dan Staf sokongan lelaki layak menyertai kategori Guru/Staf Lelaki manakala Guru dan Staf Wanita layak menyertai kategori Guru/Staf Wanita.

4.7. Kategori Pertandingan dan jarak :

KATEGORI KELAYAKAN JARAK

LALUAN

Lelaki SeniorKhas untuk Pelajar Lelaki Tingkatan 4, 5, 6 Rendah, 6 Atas Sahaja. 5 km

Lelaki JuniorKhas untuk Pelajar Lelaki Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sahaja. 5 km

Perempuan Senior

Khas untuk Pelajar Perempuan Tingkatan 4, 5, 6 Rendah, 6 Atas Sahaja 5 km

Perempuan Junior

Khas untuk Pelajar Perempuan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sahaja. 5 km

3

Page 4: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

GURU / STAF Semua Kakitangan SMK Sungai Merah, Sibu 5 km

5.0 PENDAFTARAN PESERTA

5.1. Pertandingan ini akan diadakan pada hari SABTU ( 22 September 2012 ). Semua peserta dikehendaki melaporkan diri pada 0630 – 0715 pagi di DEWAN WAWASAN, SMK SUNGAI MERAH, SIBU.

5.2. Ketua Pendaftaran Peserta hendaklah memastikan semua peserta mematuhi arahan berpakaian.

5.3. Risiko kecederaan ditanggung oleh peserta itu sendiri sekiranya mereka tidak menggunakan kasut / pakaian sukan semasa berlari.5.4. Ketua Pendaftaran Peserta perlu menyemak Status Kategori pelajar sebelum dibenarkan untuk bertanding.

5.5. Sebarang masalah, sila merujuk kepada AJK Teknikal – Cikgu Jeffrey Milly / Cikgu Wan Zaini Wan Ehi.

6.0 LALUAN LARIAN ( Sila rujuk Lampiran 1 )

7.0 MESYUARAT AJK KEJOHANAN

7.1 Tarikh : 18 September 2012.7.2 Masa : 2.30 petang.7.3 Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Sungai Merah, Sibu.

7.4 Nama-nama peserta yang tiada / tercicir daripada senarai Tingkatan hendaklah dikemaskini dan didaftarkan semasa mesyuarat ini untuk mengesan kehadiran pelajar semasa pendaftaran peserta.

8.0 PERATURAN KECIL KEJOHANAN MERENTAS DESA.

8.1 Setiap Peserta dikehendaki menggunakan nombor peserta / mengikut warna kategori masing-masing.

8.2 Penggunaan nombor berwarna tersebut adalah untuk membezakan setiap kategori dan akan dijadikan petunjuk kepada pegawai yang akan memberikan Tag Check Point kepada peserta berpandukan warna yang digunakan oleh para peserta.

8.3 Warna Nombor dan kad Check Point yang digunakan bagi setiap bahagian adalah seperti berikut:

KATEGORI WARNA NOMBOR CONTOH NOMBOR

Lelaki Senior - Merah - LS001 Lelaki Junior - Hitam - LJ001Perempuan Senior - Hijau - PS001

4

Page 5: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

Perempuan Junior - Biru - PJ001Guru / Staf Lelaki - Kuning - GSL01Guru / Staf Wanita - Ungu - GSP01

8.4 Guru Tingkatan / Ketua Pendaftar Peserta / Semua AJK Kejohanan hendaklah memastikan dan memaklumkan kepada Pelajar berkaitan penggunaan pakaian sukan yang SESUAI untuk larian tersebut.

8.5 Pakaian hendaklah tidak jarang / nipis walaupun basah dan tidak mencolok mata.

8.6 Gunakan baju T PJK atau baju yang ada logo sekolah sahaja. Pakaian lain selain daripada yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan untuk digunakan.

8.7 SELUAR JEAN / SKIN / dan lain-lain seluar atau baju yang bukan pakaian sukan adalah TIDAK DIBENARKAN untuk digunakan.

8.8 Peserta diwajibkan memakai kasut sekolah / kasut sukan / kasut yang sesuai untuk larian. Penggunaan Selipar adalah tidak dibenarkan. Risiko kecederaan sekiranya perserta berlari berkaki ayam adalah tanggungan peserta itu sendiri.

8.9 Peserta mesti melalui lorong / jalan yang ditetapkan untuk mendapatkan2 KAD / TAG mengikut warna kategori masing-masing di 2 CHECK POINT yang ditetapkan. ( Sila rujuk 8.3 dan Lampiran 1 )

8.10 TAG HANYA diberikan kepada PESERTA 1 HINGGA 20 yang terawal sampai ke CHECK POINT 1 dan CHECK POINT 2. TAG TIDAK AKAN diberikan selepas peserta KE 21 dan seterusnya untuk Kategori Lelaki Senior ( Tag Warna Merah ), Lelaki Junior ( Tag Warna Hitam ), Perempuan Senior ( Tag Warna Hijau ), Perempuan Junior ( Tag Warna Biru ).

8.11 Untuk Kategori Guru / Staf Lelaki dan Wanita, semua peserta akan menerima 2 Tag Check Point.

8.12 2 Tag tersebut hendaklah diserahkan kepada Pencatat Keputusan untuk pengesahan peserta yang telah menamatkan larian.

8.13 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

9.0 TENTATIF JADUAL KEJOHANAN

6.30 pagi – 7.15 pagi : Sesi Pendaftaran peserta mengikut Kategori masing-masing. (Dewan Wawasan)

7.15 pagi – 08.00 pagi : Taklimat Laluan oleh Pegawai Teknikal

5

Page 6: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

Kejohanan.- ( Dewan Wawasan )

8.00 pagi – 09.30 pagi : Acara Merentas Desa dimulakan mengikut Kategori Guru / Staf Wanita, Kategori

Guru / Staf Lelaki, Kategori Perempuan Junior, Kategori Perempuan Senior, Kategori Lelaki Junior dan Kategori Lelaki Senior.

10.00 pagi : Majlis Penyampaian Hadiah.

11.00 Tengah hari : Majlis Bersurai.

10.0 HADIAH-HADIAH

10.1 Medal hanya akan diberi kepada Johan, Naib Johan, Ketiga hingga Ke -8 sahaja bagi setiap kategori pelajar.

10.2 Medal untuk guru / staf pula diberikan kepada Johan, Naib Johan,

Ketiga dan Keempat Sahaja.

11.0 HAL-HAL LAIN

11.1 Pelajar berbaris mengikut kategori masing-masing di dalam Dewan Wawasan. ( Sila Rujuk Pelan Berdiri di dalam Dewan )

6

Page 7: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

11.2 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Merentas Desa SMK Sungai Merah 2012 mempunyai hak untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan yang tidak tercatat di dalam peraturan ini. Keputusan pengelola adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSM 2012, 22 SEPTEMBER 2012

12.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

Barry Teo Kok Poh ( Pengetua SMK Sungai Merah, Sibu )

Pengurus Kejohanan

Suminah binti Samsolmoharip( Penolong Kanan Ko Kurikulum )

Pengerusi Teknikal

Madehi Bin Ramlee( Setiausaha Sukan )

Setiausaha

Jeffrey Milly( Pen. Setiausaha Sukan )

Bendahari

Hassan bin Tahir

AHLI JAWATANKUASA KECIL

Pelepas Penyediaan Laluan1. Barry Teo Kok Poh ( LJ ) 1. SU Sukan

7

Page 8: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

2. Sharifah Idawati Binti Wan Ahmad (LS)3. Sharifah Rodziah Binti Wan Mohammad ( PS )4. Suminah binti Samsolmoharip ( PJ )5. Law Nee Chin ( GSW )6. Samsul Bin Drahman ( GSL )

Protokol Buku Program1. Abdul Rahim @ Halmi bin Drahman (K) 1. Norhidayu Ab. Rahim (K)2. Yong Kuey Ling 2. Ting Pey Jiun

3. Kong Chek Sze

Teknikal Sijil, Hadiah dan Cenderahati1. Jeffrey Milly (K) 1. Wong Ping Nga (K)2. Wan Zaini bin Wan Ehi 2. Adeline Wuong Chiew Chin

3. 2 Ahli Kelab KebudayaanHiasan Astaka Kawalan Trafik / Keselamatan // Backdrop / Banner Rondaan / Pandu Arah1. Johanah Binti Rusian (K) 1. Ujang Lasah (K)2. Lau Jia Jia 2. Chiew Soon Kiat3. 2 pelajar ERT 3. Mohd Nurhafizan Norashid 4. Edwin Ting Ik Lai

5. 3 Kadet Polis 6. 3 Kadet Pertahanan Awam

Penyediaan Peralatan Pendaftaran & Pengesahan Peserta/ Tempat Mula Tamat 1. Moh Ding Ding (K)/ Tugas-tugas Khas / Papan Tanda 2. Subaseni A/P Chandrashakar1. Syed Ahmad Wan Abd Rahman (K) 3. Wong Tien Ping2. Johnady Janton 4. Ting Meng Hieng3. Tahir Bin Lai 5. Hayati Dahli4. Denis@Dennis Anak Mentat 6. Emily Stephen Sekai5. Abang Ismail bin Abang Malek 7. Tie Leh Kee 6. 6 Ahli Kelab Bola Baling

Siaraya (P.A Sistem) Hakim Permulaan / Penamat /1. Kiu Hung Ting (K) Kedudukan Peserta2. 2 Pengawas Sekolah 1. Susie Tiong (K)

2. Ting Pey Jiun 3. Ting Khing Ling

4. 3 Ahli Kelab Olahraga

Juruacara Kejohanan Makanan / Minuman1. Nurul Ain Binti Mohamad Noor (K) 1. Linda Wong Ngee Ling (K)2. 1 Pengawas Sekolah* 2. Hasmah Pukim

3. Sebah Ngabong4. Sii Pick Fong

Pertolongan Cemas ** 5. Ngu Sui Kwang

8

Page 9: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

1. Faridah Binti Imaludden (K) 6. Ngo Yien2. Wang Lin Kyien 3. Hii Pick King Check Point4. Ting Yee Khing 1. Anyie Angking (K)5. 10 Ahli PBSM 2. Tan Mui Fong

3. Sia Lay SingPencatat Masa / Keputusan Rasmi 4. 6 Ahli Kadet Remaja Sekolah1. Hii Hie Ting (K)2. Lau Ai Siong3. Su Kie Loeng Fotografi / Video / Dokumentasi4. Ling Mee Siew 1. Izanizam Omar (K)5. Tang Sing Hie 2. Madehi Ramlee6. Chiong Kai Lee 3. 2 Ahli Kelab Fotografi7. 6 Pengawas Pusat Sumber

Kebersihan ** Disiplin **1. Dalila Fatin Bt. Bujang@Mahmud (K) 1. Shirley Samai Sui (K)2. Noraini Binti Fadali 2. Lim Ching Yung3. Lindawati Binti Hamdi 3. Ching Kwong Yien4. Noraisas Binti Ibrahim 4. Ngo Yien 5. Hii Yii Siang 5. Loi Siew Khing6. 5 Ahli Kelab 3K 6. Neng Mariana binti Mahmud7. 5 Ahli Kelab Keceriaan Sekolah 7. 10 Pengawas Sekolah

** Nama guru yang tidak disenaraikan sebagai AJK / Peserta Merentas Desa 2012, mereka akan membantu urusan AJK Disiplin / Pertolongan Cemas / Kebersihan iaitu sebelum , semasa dan selepas Kejohanan berlangsung. Kerjasama dalam menjayakan Program ini amatlah dihargai.

GURU YANG TERLIBAT DALAM LARIAN KATEGORI GURU / STAF

BIL GURU / STAF LELAKI GURU / STAF PEREMPUAN JARAK

1 Abdul Ghaffar Bin Abdul Rahman Fatehatul Asma Binti Hambali

5 KM2 Izanizam Bin Omar Ratikah A/P Sandra Mohan

3 Wong Sung Hing Siti Nur Amilia Binti Abdul Majid

4 Jeffrey Milly Siti Sabihah Binti Ghazalie

** Tambahan Bilangan guru / staf amatlah digalakkan mengikut kesediaan Guru / staf berkenaan untuk berlari.

9

Page 10: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

13.0 PERBELANJAAN

10

BIL PINGAT / HAMPER / SIJIL KUANTITIHARGA ( RM )

CATATAN

1 MEDAL LELAKI SENIOR4 MEDAL ( 2 SET )

( 1EMAS , 1 PERAK, 6 GANGSA )24.00

1 SET = 4 MEDAL =RM 12.00 . HARGA TERMASUK CETAKAN NAMA

KEJ OHANAN DAN KEDUDUKAN

2MEDAL PEREMPUAN

SENIOR4 MEDAL ( 2 SET )

( 1EMAS , 1 PERAK, 6 GANGSA )24.00

1 SET = 4 MEDAL =RM 12.00 . HARGA TERMASUK CETAKAN NAMA

KEJ OHANAN DAN KEDUDUKAN

3 MEDAL LELAKI JUNIOR4 MEDAL ( 2 SET )

( 1EMAS , 1 PERAK, 6 GANGSA )24.00

1 SET = 4 MEDAL =RM 12.00 . HARGA TERMASUK CETAKAN NAMA

KEJ OHANAN DAN KEDUDUKAN

4MEDAL PEREMPUAN

JUNIOR4 MEDAL ( 2 SET )

( 1EMAS , 1 PERAK, 6 GANGSA )24.00

1 SET = 4 MEDAL =RM 12.00 . HARGA TERMASUK CETAKAN NAMA

KEJ OHANAN DAN KEDUDUKAN

5 MEDAL GURU / STAF LELAKI4 MEDAL ( 1 SET )

( 1EMAS , 1 PERAK, 2 GANGSA )12.00

1 SET = 4 MEDAL =RM 12.00 . HARGA TERMASUK CETAKAN NAMA

KEJ OHANAN DAN KEDUDUKAN

6MEDAL GURU / STAF

PEREMPUAN4 MEDAL ( 1 SET )

( 1EMAS , 1 PERAK, 2 GANGSA )12.00

1 SET = 4 MEDAL =RM 12.00 . HARGA TERMASUK CETAKAN NAMA

KEJ OHANAN DAN KEDUDUKAN

7MAKANAN GURU DAN

STAF90 90.00

90 x RM 1 ( 3 J ENIS KUIH )

8MAKANAN PELAJAR

PEMBANTU66 66.00

66 x RM 1 ( 3 J ENIS KUIH )

9PLASTIK LAMINATE NOMBOR DAN KAD

CHECK POINT1 Set / kotak 42.00 BOLEH DIGUNAKAN SEMULA P ADA

TAHUN HADAP AN

10CENDERAHATI

KEPADA JPAM / PBSM / POLIS TRAFIK

12 Orang 120.0012 x RM 10 ( hamper )

11JAMUAN KEPADA

JPAM/ PBSM / POLIS TRAFIK

12 Orang 42.0012 x RM 3.50

( nasi campur )

SENARAI HADIAH UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSM 2012

JUMLAH ( RM ) RM480.00

Disediakan Oleh

............................................MADEHI BIN RAMLEE

S/U SUKAN SMKSM,SIBU

TARIKH : _____________________

Disahkan Oleh

............................................BARRY TEO KOK POH

PENGETUA SMKSM,SIBU

Page 11: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

14.0 PENUTUP

Semoga Kejohanan Merentas Desa 2012 ini dapat memenuhi matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menghasilkan modal insan yang sihat dan cergas. Hasil Kejohanan Merentas Desa ini diharapkan akan dapat membantu melahirkan dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang Sukan Olahraga dan sukan yang lain serta memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Disediakan Oleh:

__________________( Madehi Bin Ramlee )

Setiausaha SukanSMK Sungai Merah, Sibu

Disemak Oleh:

__________________________( Suminah Binti Samsolmoharip )Penolong Kanan Ko Kurikulum

SMK Sungai Merah, Sibu

Disahkan Oleh:

11

Page 12: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

__________________( Barry Teo Kok Poh )

PengetuaSMK Sungai Merah, Sibu

Tarikh : _________________________

SENARAI JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGAS KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKSM 22 SEPTEMBER 2012

JAWATANKUASA INDUK / KECIL KEJOHANAN

BIDANG TUGAS

Setiausaha ( Pengerusi Teknikal )

/ Pen. Setiausaha

1.1. Menyelaras semua Jawankuasa Kecil terutama bagi Pengurusan dan Teknik.1.2 Mengedarkan Borang Penyertaan/ Borang Senarai Nama Atlit dan acara/ Kad Peserta dan syarat serta peraturan pertandingan. 1.3 Mengumpul semua Borang Penyertaan.1.4 Menetapkan tarikh bagi mesyuarat Pengurusan Pasukan / AJK1.5 Mengendalikan Mesyuarat Pengurus Pasukan / AJK.1.6 Menetapkan tarikh tutup penyertaan.1.7 Menyediakan susunan atur cara kejohanan.1.8 Menguruskan semua maklumat yang perlu untuk dihebahkan.1.9 Menyediakan pelan laluan larian merentas desa. 1.10 Memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.1.11 Menetapkan masa pendaftaran untuk setiap acara dibuka dan ditutup.1.12 Menyediakan fail-fail kejohanan.1.13 Merekod keputusan kejohanan.1.14 Melaporkan keputusan kejohanan.1.15 Menulis dan mengedarkan surat jemputan kepada semua yang dijemput.1.16 Menulis surat kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan permit / kebenaran berkumpul. (jika perlu)1.17 Menulis dan mengedarkan surat kepada Pengetua.1.18 Menulis surat kepada pegawai berkenaan untuk PBSM, Milo dan sebagainya- jika ada.1.19 Menyediakan atur cara majlis (berhubung dengan Jawatankuasa Buku Pogram)1.20 Menempah dan menyediakan Sijil / hadiah Khas. - jika ada.

12

Page 13: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

AJK Buku Program

2.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Kecil Buku Program.2.2 Menyediakan atur cara Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan.2.3 Mendapatkan perutusan-perutusan daripada Urusetia untuk dimasukkan ke dalam Buku Program.2.4 Mendapatkan maklumat tambahan daripada SU Sukan untuk dimasukkan ke dalam Buku Program.2.5 Mencetak, menjilid dan mengedarkan Buku Program.2.7 Mendapatkan bahan-bahan keperluan untuk tujuan percetakan.2.8 Menyerahkan Buku Program kepada Bahagian Sambutan / Protokol. 2.9 Membantu AJK Pencatat Masa dan Keputusan Rasmi semasa kejohanan.

AJK Hadiah / Cenderamata

3.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Kecil Hadiah.3.2 Menyenaraikan dan menyediakan jenis hadiah yang diperlukan.3.3 Membuat pesanan hadiah dan cenderamata.3.4 Mengurus pembayaran untuk hadiah dan cenderamata yang dipesan.3.5 Memeriksa hadiah dan cenderamata yang dipesan.3.6 Menyusun hadiah yang dipesan.3.7 Mendapatkan senarai nama pelajar pembantu ( jika perlu )untuk membantu semasa Majlis Penyampaian Hadiah.3.8 Menyediakan alat dan perkakas (dulang, alas dulang dan sebagainya) serta keperluan penyampaian hadiah.3.10 Menerima senarai pemenang ( berhubung dengan AJK Keputusan).3.11 Menerima Borang Keputusan Rasmi daripada AJK Keputusan.3.12 Menulis nama pemenang pada Borang Pemenang dan meminta pelajar pembantu (jika perlu) untuk mendapatkan pemenang /wakil majlis Penyampaian Hadiah bagi mempercepatkan perjalanan majlis.3.13 Berhubung dengan juruacara untuk menyelaraskan penyampaian hadiah.

AJK Makanan / Minuman 4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Kecil Makanan / Minuman untuk pegawai-pegawai bertugas, pelajar- pelajar bertugas, peserta yang mengambil bahagian, VVIP dan para jemputan sepanjang kejohanan berlangsung.4.2 Menyediakan menu makanan dan minuman.4.3 Berhubung dengan pembekal untuk tujuan tempahan.4.4 Mendapatkan senarai nama pelajar untuk membantu mengagihkan makanan dan minuman kepada pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar bertugas.4.5 Menyediakan senarai nama pegawai-pegawai kejohanan dan pelajar-pelajar bertugas untuk memudahkan edaran makanan dan minuman.4.6 Mengurus dan mengagihkan makanan dan minuman kepada pegawai-pegawai kejohanan dan pelajar-pelajar yang bertugas sepanjang kejohanan.

13

Page 14: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

4.7 Menyediakan dan mengurus makanan dan minuman untuk VVIP dan tetamu jemputan.4.8 Mengurus hal-hal pembayaran.

AJK Pertolongan Cemas

5.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Kecil Pertolongan Cemas.5.2 Menyediakan peralatan pertolongan cemas terutama usungan dan ubat- ubatan.5.3 Menyediakan tempat rawatan yang sesuai dan selesa.5.4 Menyediakan ahli-alhi PBSM yang secukupnya untuk bertugas di khemah pertolongan cemas dan sekitar laluan merentas desa.5.5 Menulis dan menghantar surat kepada Klinik Kesihatan Sibu untuk mendapatkan bantuan perubatan dan kereta ambulans.

AJK Protokol / Sambutan

6.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Kecil Protokol / Jemputan.6.2 Menyediakan (melabelkan) tempat duduk bagi jemputan.6.3 Menjemput jemputan khas.6.4 Menyediakan rozet untuk jemputan khas.6.5 Menyambut tetamu jemputan.6.6 Mengedarkan Buku Atur Cara kepada jemputan khas.

AJK Kawalan Keselamatan / Trafik / Pandu Arah / Rondaan

7.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan AJK Keselamatan /Trafik/Pandu Arah / Rondaan.7.2 Menulis dan mengedarkan surat kepada Ketua Polis Daerah Sibu untuk mendapatkan bantuaan rondaan dan kawalan keselamatan di tempat pertandingan terutama di kawasan laluan larian merentas desa dan mengawal kesesakan jalan raya.7.3 Menyediakan label DILARANG MELETAK KENDERAAN dan tiang pacak untuk dipacak di sepanjang jalan masuk berhampiran dengan kawasan pertandingan.7.4 Menyediakan tali keselamatan untuk direntangkan di kawasan strategik kemalangan- jika perlu.7.5 Memastikan kelicinan lalu lintas di luar pagar sekolah, laluan larian dan kawasan peserta untuk sampai ke garisan penamat.7.6 Mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya difikirkan akan membahayakan nyawa seseorang.7.7 Membuat tinjauan awal seminggu sebelum kejohanan berkaitan keselamatan laluan yang akan dijalankan dan mencadangkan serta mencari langkah alternatif terhadap sebarang masalah yang timbul.7.8 Membuat perancangan tambahan ( back up plan ) sekiranya cuaca hujan dan merbahayakan keselamatan peserta.7.9 Usulkan cadangan kepada AJK Teknikal.7.10 Melantik 4 guru yang mempunyai motosikal untuk menjadi Pemandu arah bagi setiap kategori – Lelaki Senior, Lelaki Junior, Perempuan Senior, Perempuan Junior dan Acara Guru/Staf.7.11 Mengawasi lalulintas yang berkemungkinan akan menyebabkan kemalangan melibatkan peserta serta sentiasa mengingatkan peserta berlari ditepi bahu jalan bertentangan arah kenderaaan supaya peserta sentiasa peka akan

14

Page 15: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

keselamatannya.

AJK Jurugambar / Dokumentasi / Buletin

8.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Kecil Publisiti / Jurugambar / Dokumentasi / Buletin.8.2 Mengatur Press Release dari semasa ke semasa di semua media cetak dan elektronik.-jika perlu8.3 Mengambil gambar yang sesuai untuk majalah / buletin kejohanan.8.4 Menyediakan dan menyelenggara kamera / video sepanjang kejohanan.8.6 Membuat dan mengedarkan buletin / brosur kejohanan untuk Hebahan kepada warga SMKSM.8.7 Melantik pelajar pembantu untuk mengambil gambar ( kelab fotografi )

AJK Backdrop / banner

9.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan AJK.9.2 Membuat banner dan backdrop di Dewan Wawasan.9.3 Menyediakan dan memasang kain rentang / banner di Luar Pagar Sekolah.9.4 Berhubung dengan AJK Peralatan - jika perlu.

AJK Kebersihan

10.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan AJK Kebersihan.10.2 Menyediakan plastik sampah yang mencukupi sepanjang kejohanan.10.3 Memastikan tong sampah di sekitar kawasan pertandingan mencukupi.10.4 Menyediakan pelajar-pelajar untuk membantu menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas kejohanan berlangsung.10.5 Menyediakan jadual bertugas dan lokasi-lokasi untuk pembersihan kepada semua pegawai dan pelajar yang terlibat dalam AJK Kebersihan.10.6 Menjalankan tugas pembersihan selepas kejohanan.

AJK Pencatat Masa / Keputusan Rasmi

11.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan Jawatankuasa Pencatat Masa / Keputusan Rasmi.11.2 Memastikan peserta bermula pada tempat yang betul dan Memastikan peserta berada dalam kategori masing-masing.11.3 Mencatat Masa peserta berlepas dan sampai ke garisan Penamat mengikut kategori.11.4 Rekodkan dan Catatkan keputusan.Buat cetakan salinan kepada AJK Juruacara dan AJK Hadiah selepas disahkan oleh Pengerusi teknikal.11.5 Latihan untuk mencatat masa peserta pelu dilakukan untuk Mengelakkan sebarang masalah semasa kejohanan berlangsung.11.6 Mendapatkan Stopwatch daripada SU Sukan dan memastikannya dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan.11.7 Memastikan catatan masa tepat dan betul bagi peserta yang tiba di garisan penamat mengikut kategori.11.8 Lantik seorang pencatat untuk setiap kategori untuk Mengelakkan tersalah mencatat masa bagi kategori yang

15

Page 16: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

berbeza. Menyediakan kemudahan mesin fotostat, komputer riba, ext. Wayar, alat tulis dan kertas fotostat yang mencukupi sepanjang kejohanan.11.9 Merekod semua keputusan rasmi.11.10 Menyediakan 5 bakul / kotak untuk meletakkan keputusan- Keputusan rasmi semasa yang sudah dicetak.11.11 Mengedarkan semua keputusan rasmi kepada SU Sukan.11.12 Mencetak, menjilid dan membukukan semua keputusan rasmi ( 8 set) 11.13 AJK Pendaftaran dan Buku Program akan membantu AJK ini.

JKK Teknikal

12.1 Memastikan peserta mematuhi peraturan pertandingan iaitu dari segi kelayakkan dan kategori.12.2 Memutuskan sebarang keputusan yang berkaitan dengan teknikal Kejohanan Merentas Desa SMKSM 2012.12.3 Sentiasa berhubung dengan Pengerusi Teknikal jika ada sebarang Pertanyaan berkaitan Kejohanan Merentas Desa SMKSM 2012.12.4 Memberikan taklimat Laluan Kepada semua peserta sebelum Kejohanan bermula.12.5 Sentiasa berhubung dengan AJK Persiapan laluan, AJK Pendaftaran Peserta, AJK Keputusan/ Pencatat Masa dan lain- lain AJK yang berkaitan untuk memastikan kelancaran kejohanan belangsung dengan licin.

AJK Persiapan Laluan

13.1 Menyediakan Pelan Laluan Lengkap mengikut kategori Junior, Senior dan Guru/Staf.13.2 Memastikan laluan yang akan digunakan selamat dan dapat Digunakan pada hari kejohanan.13.3 Aspek Keselamatan peserta adalah menjadi keutamaan sebelum memilih laluan yang akan digunakan.13.4 Membantu AJK teknikal untuk memberikan taklimat berkaitan dengan laluan kepada peserta dan ketua rumah sukan sebelum kejohanan berlangsung.13.5 Berhubung dengan Pengerusi Teknikal jika ada pertanyaan.

AJK Peralatan, tepat Mula / Tamat, Tugas-tugas

Khas dan Papan Tanda

14.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan AJK Peralatan.14.2 Menyemak awal semua peralatan yang akan digunakan sepanjang kejohanan.14.3 Mengenalpasti dan menyediakan semua peralatan yang diperlukan sepanjang kejohanan berlangsung.14.4 Memastikan semua peralatan mencukupi dan diletakkan pada laluan atau kawasan yang berkaitan sepanjang kejohanan merentas desa dijalankan.14.5 Papan tanda hendaklah jelas supaya peserta dapat mengikut petunjuk yang disediakan di sepanjang laluan.14.6 Berhubung dengan AJK teknikal jika perlu.

AJK Juruacara Rasmi

15.1 Menyediakan skrip acara perasmian / penutupan.15.2 Berhubung dengan urusetia / protokol untuk mendapatkan atur cara.15.3 Memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

16

Page 17: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

15.4 Berhubung dengan AJK Hadiah sebelum majlis Penyampaian Hadiah.15.5 Membuat hebahan berhubung acara dari semasa ke semasa. 15.6 Menceriakan suasana Sebelum, Semasa dan Selepas Kejohanan.

AJK Check Point

16.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan AJK Check Point16.2 Menyemak awal semua peralatan yang akan digunakan sepanjang kejohanan.16.3 Mengenalpasti dan menyediakan semua peralatan yang Diperlukan sebelum dan sepanjang kejohanan berlangsung.16.4 Memastikan semua kad / tanda Check Point mencukupi untuk diberikan kepada peserta mengikut kategori peserta.16.5 Memastikan ahli-ahli telah diberikan taklimat yang jelas berkaitan kad / Tanda Check Point yang akan diberikan.16.6 Memberikan kad / Tanda kepada peserta mengikut kategori yang betul.16.7 Mendapatkan bilangan peserta yang akan menyertai kejohanan sebelum kejohanan dimulakan daripada penyelia peserta.

AJK Penyelia Peserta / Pendaftaran

17.1 Mencatat semua peserta yang mendaftar dan mengesahkan pendaftaran peserta yang layak untuk bertanding mengikut kategori masing-masing.17.2 Memastikan peserta berpakaian sukan yang sepatutnya mengikut syarat-syarat pertandingan Merentas Desa SMKSM 2012.17.3 Pastikan peserta mendaftar mengikut kategori masing-masing.17.4 Memberikan maklumat jumlah penyertaan kepada AJK Check Point untuk tujuan Penyediaan kad / tag check point yang mencukupi.17.5 Menyerahkan salinan senarai nama penuh peserta yang telah berdaftar kepada AJK keputusan rasmi mengikut kategori peserta.

Hakim Pemulaan / Penamat / Kedudukan

Peserta

18.1 Memastikan peserta bermula pada tempat yang betul dan memastikan peserta berada dalam kategori masing-masing.18.2 Menyediakan Lorong Laluan Penamat untuk 5 kategori yang dipertandingkan agar peserta mendapatkan nombor kedudukan pada lorong yang betul mengikut kategori masing- masing.18.3 Menyediakan nombor kedudukan peserta yang mencukupi mengikut kategori yang dipertandingkan.18.4 Sila berhubung dengan AJK Pendaftaran untuk mengetahui Jumlah peserta yang terlibat mengikut kategori.18.5 Melantik pelajar untuk membantu mengenalpasti kedudukan peserta yang sampai ke garisan penamat mengikut kategori.18.6 Sentiasa berhubung dengan pencatat masa untuk mencapat keputusan yang tepat dari segi kedudukan dan masa.

AJK Pelepas 19.1 Melepaskan peserta sebaik sahaja wisel dibunyikan sebagai tanda bermulanya acara bagi setiap kategori yang dilepaskan.

17

Page 18: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

19.2 Mengangkat bendera Sekolah ke atas sebagai tanda bermulanya acara.19.3 Melepaskan peserta kategori yang sterusnya selepas 5 minit pertama larian peserta kategori sebelumnya.

AJK Disiplin

20.1 Memastikan disiplin pelajar semasa dan selepas kejohanan terkawal.20.2 Memastikan tiada berlakunya sebarang pergaduhan di dalam dan diluar kawasan sekolah.20.3 Semua Peraturan Disiplin sedia ada pelajar dikuatkuasakan pada hari kejohanan.20.4 Peraturan Semua barang larangan yang tidak boleh dibawa ke sekolah hendaklah dikuatkuasakan.20.5 Mengagihkan AJK mengikut tempat yang strategik kebarangkalian berlakunya kes-kes disiplin dalam kalangan pelajar.20.6 Sentiasa berhubung dengan AJK Keselamatan dan PKHEM jika berlakunya sebarang masalah.20.6 Ambil tindakan awal terhadap kes-kes minor yang boleh ditanggani oleh AJK.20.7 Memastikan Pelajar berbaris dalam Kategori masing-masing semasa berada di dalam Dewan Wawasan ( sila rujuk pelan pelajar berdiri di dalam Dewan)20.7 Boleh meminta bantuan daripada mana-mana AJK sekiranya diperlukan sekiranya berlaku kes yang serius dan laporkan segera kepada Ketua AJK / PKHEM.

NOMBOR PERHUBUNGAN KESELAMATAN

1) CHIF INSPEKTOR MANJA AK UNGKAR - 01489754542) BALAI POLIS SUNGAI MERAH, SIBU - 084 2179013) BILIK GERAKAN IPD SIBU - 084 3222224) KLINIK 1 MALAYSIA JALAN TEKU - 084-3154945) BILIK GERAKKAN JABATAN PERTAHANAN

AWAM MALAYSIA ( SIBU ) - 084-3404556) HOSPITAL SIBU - 084-343305

18

Page 19: Docfoc.com-119157662 Kertas Kerja Merentas Desa (2).doc

19

LA

MP

IRA

N 1