dhabtul quran

Upload: husni-mashar

Post on 12-Jul-2015

2.530 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

DHABTUL QURAN

DHABTUL QURAN (ILMU TANDA)

ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN. Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua : Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah"(baris),"sukun"(baris mati),"syad"(sabdu),"mad"(panjang)atau sebagainya.Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .( ) Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . ( ) BARIS: Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demekian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi.Baris ini dipanggil . PENDAPAT ULAMAK Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu.Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya?

yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( ) ialah Abul Aswad Adduali. Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid B. Abihi yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidillah b. Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya.Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasaArab". Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci AlQuran.Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk ditepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu.hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul). Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu.Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda .Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran,ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu.Bila aku buka

kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya.Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung ,(tanwin),letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya. ORG PERTAMA Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik titik menurut maknanya yang pertama itu.( )yang sama ertinya dengan (asyaklu)atau (adabthu) ialah Abul Aswad Adduali ,daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai . KEDUA Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan yahya b.Ma'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsabangsa Ajam yang menganut agama islam,maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-quran ,lalu Amirul Mukminin Abdul Malik b.Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj b.Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas nasr b.A'sim dan yahya b.ma'mar,dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf

dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali. KESIMPULANNYA Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua,kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir imam Annahri Al-khalil b. Ahmad Al-basri .Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang.Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demekian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca.kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titiktitik di akhir ayat-ayat. Tamat.

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu. Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun. Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah. Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf. Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini.

SEJARAH AL-QURAN

Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Muawiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk

Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan alMunzir bin Amru. Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Syaban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANNYA

Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.Riwayat Ibnu Masud.

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W. Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah AlNajm ayat 1-4 yang berbunyi:

Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada alquran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran. Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja.

3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf

sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:

Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh huruf.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna atau jama dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.

4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir. Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam penulisan AlQuran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran. Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.

6. Mengikut Sunnah Rasulullah Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm Arudi.Daripada tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi digunakan dalam penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah:

1. KAEDAH AL-HAZAF Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Mengikut kaedah Rasm Uthmani terdapat enam huruf yang dibuang iaitu Alif, Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.

Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.

(a) Hazaf Alif 1. Alif pada kalimah basmalah sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah An-Naml ayat 30: Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1: 2. Alif Al-Takrif yang didahului huruf Lam untuk takid atau jar.Contohnya surah Al-Imran ayat 96: 3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata yang berfungsi sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata.Contohnya surah Al-Baqarah ayat 35: 4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82: 5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53: 6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah An-Nur ayat 31: 7. Alif domir marfuk yang bersambung dengan domir maful .Contohnya surah Ya-sin ayat 69:

8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung kalimah.Contohnya Surah An-Nisaa ayat 16: 9. Kebanyakan alif pada kalimah jama muzakkar salim.Contohnya surah Al-Fatiha ayat 2: Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha ayat 7:

10. Semua Alif jamak Muannath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25: Kecuali surah syura ayat 22: 11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma Al-Adad ).Contohnya surah Al-Araf ayat 142: 12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya surah Al-Ala ayat 5:

Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia nasab atau kata bilangan dua li thasniah .Contohnya surah Yunus ayat 87: !13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42: 14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5: 15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-Talaq ayat 4: 16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering digunakan.Contohnya surah AlAnbiyaa ayat 48:

17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam A-Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99: 18. Alif hamzah pada semua perkataan ""contohnya dalm surah Al-Baqarah ayat 71: 19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm surah Al-Baqarah ayat 72: 20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 6: 21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 61: 22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam surah Al-I Imran ayat 164: 23. Semua perkataan kitab kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:

Surah Qaf ayat 14: 25. Perkataan ayatuna kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus ayat 21 Dan surah Yunus ayat 15. 26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut: .

(b) Hazaf Wau

Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut: 1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat 18: `2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah Yusuf ayat 5: 3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq ayat 18:

( c) Hazaf Ya

Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut: 1. Ya muatakallim pada kedudukan isim munada.Contohnya dalam surah Al-Furqan ayat 30: 2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai nidak.Contohnya dalam surah Hud ayat 105: 3. Ya isim manqus berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah.Contohnya dalam surah AlBaqarah ayat 173: 4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di tengah atau di akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111: Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin: 5. Ya yang bersuroh hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74: 6. Semua lima belas kali ya pada perkataan Ibrahim dalam surah Baqarah.

7. Semua kata sayyiah dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat 78: ( d ) Hazaf Lam

Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut: 1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah . Kecuali kalimah-kalimah seperti .

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar. Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf, ro.Hazaf wau pula pada huruf

nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin dan ain.Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

2. KAEDAH AL-ZIYADAH

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.

1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani) Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang berhubung dengan fiil madhi, mudari dan amar. Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 218. ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang marfu. Contohnya iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fiil mudari.Contohnya dalam surah AlHajj ayat 12. iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya . v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87. vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya .

2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian. i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-Araf ayat 145. ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata tetapi ia tidak dibaca dengan madd huruf wau itu.Contohnya .

3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu tetapi tidak dikira sebagai huruf madd.Contohnya: i) Surah Al-Imran ayat 144: ii) Surah Ta-Ha ayat 130: iv) Surah Al-Zariyat ayat 47: v) Surah Al-Qalam ayat 6:

vi) Surah Al-Anam ayat 34: vii) Surah Yunus ayat 15: Begitu juga pada kalimah (mala) pada surah Hud ayat 97: 3. KAEDAH AL-IBDAL Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran tersebut berlaku dalam lima keadaan berikut iaitu:1. Pertukaran huruf alif kepada wau 2. Pertukaran alif kepada ya 3. Pertukaran nun kepada alif 4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta al-Maftuhah 5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

1. Pertukaran huruf alif kepada wau Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan kepada huruf wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-

a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:

2. Pertukaran alif kepada ya Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan kepada huruf ya pada beberapa keadaan tertentu. a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat 73:

tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif bersebelahan ya sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 201: terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan dengan huruf ya iaitu dalam surah Maryam ayat 7: Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut b) Huruf alif pada kalimah yang membawa maksud bagaimana, ia juga pada kalimah seperti

Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada surah Yusuf ayat 25: 3. Pertukaran nun kepada alif Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan kepada huruf alif pada beberapa keadaan tertentu:

a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti 4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta al-Maftuhah Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta al-Marbutah akan diibdalkan kepada huruf Ta al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu. a) Kalimah ditulis dengan Ta al-Maftuhah pada tujuh tempat dalam al-Quran. b) Kalimah ditulis dengan Ta al-Maftuhah pada sebelas tempat dalam al-Quran. c) Kalimah ditulis dengan Ta al-Maftuhah pada lima tempat dalam al-Quran. d) Kalimah ditulis dengan Ta al-Maftuhah pada tujuh tempat dalam al-Quran. e) Kalimah ditulis dengan Ta al-Maftuhah pada semua tempat dalam al-Quran. f) Kalimah ditulis dengan Ta al-Maftuhah pada dua tempat dalam al-Quran. g) Kalimah ditulis dengan Ta al-al-Maftuhah pada dua tempat dalam al-Quran. h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta al_maftuhah pada tujuh kalimah dalam al-Quran, iaitu . 5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah wau.Contohnya seperti dan sebagainya, melainkan semua kalimah dan lima kalimah yang lain iaitu

4. KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL

Al- Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimahkalimah tertentu.Di dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara berpisah pada tempat yang lain dan sebaliknya.

1. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut: a) Semua Ya al-Nida ( ) dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 35. b) Semua Ha al-Tanbih ( ) dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Nisa ayat 109. c) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Al-Lail ayat 5. d) Semua huruf Alif Lam al-Tarif dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Fatihah ayat 4. e) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Hud ayat 48. f) Semua kalimah ( ) dengan gantinama selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 35. g) Kalimah ( ) dengan ( ) pada dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 90 dan surah Al-Araf ayat 150. h) Kalimah ( ) dan ( ) yang dimulai dengan Ya al-Nida ( )pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Taha ayat 94. i) Semua kalimah berikut . 2. Ditulis dengan berpisah pada kalimah-kalimah berikut:

a) Kalimah ( ) dengan ( ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 144 dan 150. b) Semua kalimah ( )dengan ( ) yang didahului dengan huruf Fa dan Lam seperti dalam surah Ali Imran ayat 187. c) Kalimah ( ) dengan ( ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Anam ayat 131 dan surah Al-Balad ayat 7. d) Kalimah ( ) dengan ( ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan surah Al-Najm ayat 29. e) Kalimah ( )dan ( )apabila tidak bersambung dengan Ya al-Nida pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Araf ayat 150. f) Kalimah ( ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan surah Al-Najm ayat 29 g) Kalimah ( )dengan ( )pada tiga tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl ayat 70, surah Al-Ahzab ayat 37 dan

surah Al-Hasyr ayat 7. h) Kalimah ( )dengan ( )pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Isra ayat 110. i) Kalimah ( )dengan ( ) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Safat ayat 130.

j) Kalimah ( )dengan ( )pada tiga tempat sahaja salah satunya dalam surah Al-Araf ayat 100. 3. Kalimah yang berbeza bentuk tulisannya

i) Kebanyakkanya ditulis dengan bersambung a) Kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 282.

b) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Muhammad ayat 4.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Rad ayat 40.

c) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 74.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Araf ayat 166.

d) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Al-Nisa ayat 171. Melainkan pada satu tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Al-Anam ayat 134. e) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Al-Nisa ayat 56.

Melainkan pada tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Ibrahim ayat 34.

ii) Kebanyakkannya ditulis dengan berpisah.

a) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Ali Imran ayat 112. Melainkan pada tiga tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Al-Baqarah ayat 115.

b) Semua kalimah ( ) dengan ( ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 24.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Hud ayat 14.

4. Kalimah yang harus ditulis sama ada bersambung atau berpisah.

a) Kalimah ( ) dengan ( ) pada sepuluh tempat dalam al-Quran.Salah satunya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 240. b) Kalimah ( ) dengan ( ) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Anbiya ayat 87.

KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH

Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian 1. Hamzah Wasal 2. Hamzah Qatho

Hamzah Wasal Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf alif kepada sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula dengannya dan dia gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah ini berada di awal kalimah sahaja. Contohnya . Hamzah Qatho Cara mengenal hamzah Qatho di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di atas alif, wau dan ya huruf hamzah yang kecil.Hamzah qatho kekal sebutannya sama ada ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah qatho berada pada awal tengah dan akhir kalimah. Contohnya

Pembahagian Hamzah Wasal 1. Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ) iaitu kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal. Contohnya

2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan:

a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara huruf wau ataupun fa dengan hamzah. Contohnya; Asal ditukar kepada b) Hamzah wasal terletak pada Fiil Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa. Asal ditukar kepada c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida atau Lam huruf Jarr.Contohnya Asal ditukar kepada d) Hamzah wasal yang terletak pada Fiil sebelumnya terdapat hamzah istifham.Contohnya Asal ditukar kepada e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba yang disandarkan kepada Lafzl Jalallah.Contohnya Asal ditukar kepada

Pembahagian Hamzah Qatho 1. Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran ) sebelumnya.Contohnya 2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah. Contohnya 3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah terdapat di dalam beberapa keadaan. a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah dan alif. Contohnya b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan hamzah dan ya. Contohnya

6. KAEDAH MA FIH QIRA ATAANI

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan kalimah-kalimah tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat. Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni pendek.Contohnya: a) Kalimah ) ) boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa b) Kalimah ) )boleh dibaca panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah seumpamanya.

2. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat. Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya: a) Kalimah ) )ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan lain.

3. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza. Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah.Ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai bagi qiraat yang lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain.Contohnya ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada penambahan kalimah menjadi .

Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan kepada nabi Muhammad tidak sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik dan sebagainya.Masa dan waktu terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan sahabat yang menghafaz al-Quran meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di serata dunia menyebabkan berlakunya percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan bangsa arab dengan bukan arab menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam membaca dan memahami al-Quran.Demi kemaslahatan umat generasi yang akan datang, satu inisiatif telah diambil

untuk kemaslahatan umat generasi akan datang dengan memperkenalkan dhabtul Quran.

Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya bermaksud satu disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama untuk membantu dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.

HIKMAH ATAU RAHSIA DISEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT

1. Kaedah Al- Hazaf Sebagai petujuk dua atau lebih wajah qiraat dan ianya mempunyai maksud tertentu yang khusus.

2. Kaedah Al-Ziyadah Hurufnya mempunyai banyak keistimewaan.Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang baris.Selain itu, para ulama juga mendapati bahawa hurufhuruf ziyadah mempunyai makna lain yang tersirat disebaliknya.

3. Kaedah Ibdal Terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasnm Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.Terdapat juga beberapa hikmah atau keistimewaan yang tersurat dan dapat difikirkan oleh ulama yang pakar dalam bahasa arab dan pakar dalam bidang qiraat.Antaranya ialah huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu huruf.Selain itu, sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang diharuskan.

4. Kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl Telah memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara.Pertamanya cara bacaan.Cara bacaan bagi semua qurra akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-kalimah tertentu.Keduanya berkaitan dengan maksud kalimah.Maksud sesuatu kalimah yang ditulis dengan bersambung kadang-kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah.Ketiganya, berkaitan hukum tajwid.Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah pada kebiasaanya akan berubah dengan sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah.

5. Kaedah Al-Hamz/ hamzah Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia.Akal manusia tidak dapat memikirkan tentang hikmah di sebalik bentuk penulisan huruf hamzah yang berbeza-beza antara satu sama lain.Namun, terdapat juga beberapa hikmah yang tersurat di sebaliknya iaitu yang berkaitan dengan caracara bacaannya yang berbagai-bagai.

6. Kaedah Ma Fihi Qira Ataani Terdapat pelbagai keistimewaan.Antaranya ialah ianya merupakan satu kaedah penulisan yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah.Selain itu, ianya ditulis berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.Ianya berlaku apabila sesuatu qiraat harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu bentuk yang asal, tanpa perlu diubah kepada satu bentuk yang lain dan bentuk itu memungkinkan dibaca dengan berbagai qiraat.Selain itu, beberapa kalimah yang tertentu ditulis berlainan dalam beberapa mushaf-mushaf tertentu.Ini disebabkan oleh ayat atau kalimah asalnya hanya sesuai dibaca oleh sebahagian qiraat dan tidak memungkinkan dibaca oleh sebahagian qiraat yang lain.

PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI

Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama.Pertamanya, penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur Ulama).Keduanya, Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus malah Wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran. Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana, melalui rasm uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara. Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan

dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Rasm Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani ini dalam pengajian al-Quran. Selain itu, penguasaan ilmu tajwid adalah perkara yang mustahak selepas seseorang boleh membaca alQuran.Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan membaca membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada pengertian sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani boleh membantu menguasai huku-hukum tajwid.Dengan memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca akan dengan mudah menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna. Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan kita untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul. Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, pembaca dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya akan memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.

Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat.

Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani. Firman Allah taala : ""

Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang muktabar bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi

Pengenalan Ilmu Dhabtul QuranTarif dan pengertian Makna asal dalam bahasa arab sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara Istilah ilmu dhabt suatu ilmu yang member i tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu), mad(panjang) dan lainlain lagi. Tajuk yang dibincangkan Tanda-tanda yang menunjukkan atas apa yang dipamerkan oleh huruf dari segi meletakkan baris atau meninggalkannya, keudukan dan warnanya dan lainlain lagi. Faedah Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

Harakah Sukun Syaddah Mad Hamzah

Perbezaan ilmu Rasm dan ilm Dhabt Ilmu rasm:

dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran. Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt:

Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)

Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal. Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya