daging bistik

202
 Daging Bistik  Kasawari berbuka dengan laksa Laksa diletak ulam daun pegaga Banyak sungguh hikmah puasa Memberi kita kesihatan jiwa raga Dading bistik ni lebih kurang je dengan masak kicap cuma agak pekat sikit je... Makan dengan nasi putih pun ok tapi kalau dimakan dengan nasi minyak rasanya lebih sedap tau... Bahan ½ kilo daging (dipotong ikut suka) ¼ cawan serbuk black pepper (campur dengan sedikit air untuk jadikan pes) 15 tangkai cili kering - (kurang/tambah ikut suka pedas) 4-5 biji kentang * (potong wedges goreng hingga garing) ! sudu besar kicap manis (tambah/kurang ikut suka) 1 biji bawang merah * 5 ulas bawang putih !cm halia * sedikit garam" gula air asam jawa #in$ak untuk menumis  bahan menumis (cengkih" pelaga etc) %acang peas secukupn$a - gambar di atas umie tak letak sebab anak! tak suka Cara 1& 'ebus daging bersama sedikit air sehingga empuk -ketepikan dulu (simpan air daging untuk tambahkan kuah) !& lend bahan $ang bertanda * & anaskan min$ak-tumis bahan penumis dan bahan blend hingga wangi 4& +umis hingga pecah min$ak 5& #asukkan bancuhan serbuk lada hitam dan air asam jawa " kacau dan tambahkan kicap& ,& +ambah garam" gula dan tambah sedikit air daging jika terlalu kering & #asukkan daging-gaul rata dan masak seketika kemudian tambahkan kentang& .& pabila daging dah sebati / mesra boleh masukkan kacang peas Posted by umi_e at Wednesday !eptember "# $""% " comments Kisah hari ini &' daging 9 May 2008

Upload: hamzah-amir

Post on 05-Oct-2015

209 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

F]

TRANSCRIPT

Daging Bistik

Daging Bistik

Kasawari berbuka dengan laksaLaksa diletak ulam daun pegagaBanyak sungguh hikmah puasaMemberi kita kesihatan jiwa raga

Dading bistik ni lebih kurang je dengan masak kicap cuma agak pekat sikit je... Makan dengan nasi putih pun ok tapi kalau dimakan dengan nasi minyak rasanya lebih sedap tau...

Bahan

kilo daging (dipotong ikut suka) cawan serbuk black pepper (campur dengan sedikit air untuk jadikan pes)15 tangkai cili kering - (kurang/tambah ikut suka pedas)4-5 biji kentang * (potong wedges & goreng hingga garing)2 sudu besar kicap manis (tambah/kurang ikut suka)1 biji bawang merah *5 ulas bawang putih2cm halia *sedikit garam, gulaair asam jawaMinyak untuk menumisbahan menumis (cengkih, pelaga etc)Kacang peas secukupnya - gambar di atas umie tak letak sebab anak2 tak sukaCara

1. Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk -ketepikan dulu (simpan air daging untuk tambahkan kuah)2. Blend bahan yang bertanda *3. Panaskan minyak-tumis bahan penumis dan bahan blend hingga wangi4. Tumis hingga pecah minyak5. Masukkan bancuhan serbuk lada hitam dan air asam jawa , kacau dan tambahkan kicap.6. Tambah garam, gula dan tambah sedikit air daging jika terlalu kering7. Masukkan daging-gaul rata dan masak seketika kemudian tambahkan kentang.8. Apabila daging dah sebati / mesra boleh masukkan kacang peasPosted by umi_e at Wednesday, September 03, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) daging 9 May 2008

Tulang Lembu Goreng

Si Ikin_mamaMyvi pergi ke MaranOrangnya comel tetapi tahan lasakTulang lembu goreng jadi kegemaranSenang tapi lama nak tunggu masakBiasanya tulang lembu orang buat sup... tapi umie buat goreng macam goreng daging :D

Air rebusannya pula umie gunakan sebagai stok untuk masak mee dan sebagainya...

Bahan1kg Tulang daging lembu

7 ulas bawang merah - dihiris halus

3 ulas bawang putih - dihiris halus

1 inci halia - dihiris halus

1 biji bawang besar - potong bulatlada merah/hijau

1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong

1 besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

minyak untuk menumis

Cara1. Bersihkan tulang dan rebus hingga empuk - tapis dan ketepikan airnya

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau

3. Masukkan daging dan goreng bersama bahan tadi

4. Masukkan kicap+sos tiram+garam/perasa

5. Masukkan hirisan bawang besar dan lada.

6. Gaul rata dan goreng sehingga semuanya sebati.

Posted by umi_e at Friday, May 09, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 24 February 2008

Kari daging yogurt

Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilinPandai masak macam-macam tidak terkiraKari daging kesukaan bubble@baby@AdlinBila umie masak dia makan dengan selera

Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)500 gm daging lembu (dipotong dadu)5 sudu besar serbuk kari daging3 sudu besar plain yogurt200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan3 ulas bawang putih*7 biji bawang merah*3 cm halia*Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)Garam secukupnyaMinyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging

Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya. Posted by umi_e at Sunday, February 24, 2008 8 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 8 February 2008

Beef Steak

Zura dan kak e tak pernah bersua mukaSedang merancang satu pertemuan

Western food anak-anak umie memang sukaJadinya beef steak dan salad buat jamuan

Memang anak-anak umie suka sangat western food ni. Umie pun suka gak menyediakannya sebab biasanya western food ni senang je nak menyediakannya.

Bahan

Daging lembu yang sesuai untuk buat steak (ikut suka)sedikit sos tiramlada suladried herbsgaram

Cara

1. Bersihkan daging dang ketuk-ketukkannya - supaya mudah empuk masa digrill2. Gaul semua bahan dan perap3. Letak dalam grill hingga masak4. Hidnagkan bersamad sos lada hitam dan salad

Posted by umi_e at Friday, February 08, 2008 5 comments

Kisah hari ini :) daging, Western Food 22 January 2008

Daging goreng kunyit

Kalau hati dah suka sudah pasti terbayang-bayangAsalkan jangan jadi gila bayang sampai ke tuaDaging goreng kunyit kegemaran hb tersayangResepi khas umie pelajari dari ibu mertua

Bahan

1/2 kg daging - dipotong nipisSerbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)7 ulas bawang merah - dihiris halus3 ulas bawang putih - dihiris halus1 biji bawang besar - potong bulatlada merah/hijau 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong

Cara

1. Bersihkan daging dan hiris daging ikut suka2. Perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit3. Masak daging dengan api perlahan hingga air daging kering/daging empuk4. Bila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa5. Bila warna daging berubah /garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris tadi. goreng hingga layu.6. Masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing.

Posted by umi_e at Tuesday, January 22, 2008 1 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 8 January 2008

Gulai darat daging

niksue ke perpustakaan bersama sinasuka membaca amalan yang berfaedahmasakan Kelantan di MR oleh Ekieyna acar buah menjadi pengiring juadah

Bahan

1 kg daging1 biji kelapa-ambil santannyaGaram secukup rasa

****BAHAN DIKISAR****2-3 ulas bawang putih10 ulas bawang merah1/2 biji bawang besar10 biji chili kering1 batang serai1 inchi lengkuas1 inchi kunyit @ 1 sudu teh untuk kunyit serbuk

****BAHAN DITUMBUK****2 sudu besar rempah butir3 sudu besar kerisik kelapa

Cara

1. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi itu sehingga sebati.2. Selepas itu,masukkan sedikit santan.Masak sehingga daging empuk.

3. Pastu masukkan santan yang selebihnya, garam secukup rasa.

Resepi Kelantan kegemaran umie... ambil dari MR >>>

http://www.myresipi.com/top/detail/2535Posted by umi_e at Tuesday, January 08, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 7 January 2008

Lemak daging nangka muda

Lilydvalley member MR memang dah lamaPengetahuan amnya memang dibanggaLemak daging nangka muda masakan lamaMasakan tradisi bangsa seharusnya dijagaBahan

1/2kg daging bahagian bahagian yang lembut200ml santan1 batang serai, diketuk1 inci lengkuas, diketuk250gm nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil - rebus sekejap

Bahan kisar

5 biji cili api hijau - ikut suka banyak/pedas7 ulas bawang merah bawang kecil1 inci halia1 inci kunyit hidup

Cara

1. Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar sampai empuk.2. Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.3. Masukkan nangka dan masak sehingga naik berminyak - jangan dampai pecah minyak

Posted by umi_e at Monday, January 07, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 6 January 2008

Daging pedas

Kakfiza kini menetap di PenangIdeanya di Forum MR semuanya bernasDaging pedas nak masaknya senangSedap dimakan dengan nasi panas

Bahan

370 gm daging (dibasuh & dipotong kecil)100 gm cili kisar2 sudu besar kicap2 sudu besar sos tomato1.5 cm kulit kayu manis4 kuntum bunga cengkih4 biji buah pelaga3 kuntum bunga lawang1 labu bawang besar3 ulas bawang putih (ditumbuk & dikisar)5 ulas bawang merah (ditumbuk & dikisar)1 cawan air1.5 cm halia cawan minyak

Cara

1. Masak daging bersama halia yang ditumbuk+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga & kulit kayu manis dengan air daging yang keluar hingga daging empuk (boleh tambah air jika perlu).2. Biarkan hingga lembut & tinggal sedikit airnya/kering.3. Tuangkan minyak dan panaskan minyak, tumis cili kisar kacau hingga naik minyak. Gaulkan daging ke dalamnya4. Tuangkan kicap & sos tomato kacau hingga kering sedikit kuahnya. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang dipotong (ikut sukA). Kacau sebentar hingga layu & hidangkan.

Posted by umi_e at Sunday, January 06, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 2 January 2008

Kurma daging

Jo di Ireland jauh beribu batuRindu pada keluarganya tak terbayangkan Hari ini Rabu, hari kedua tahun baruKurma daging diriku persembahkan

Bahan1/2kg daging dipotong ikut suka1000ml santan2 biji bawang besar5 ulas bawang putih

1 biji bawang ebsar3cm halia1 peket rempah kurma ikut suka brand apa nak guna (campur sedikit air-jadikan pes)

2 biji kentang besar potong ikut suka (boleh belah 2 atau 4)1 biji bawang besar dibelah empat1 biji tomato dibelah dua1 sudu makan kerisik

rempah menumis (cengkih/pelaga etc) secukupnyagaram, perasaminyak untuk menumis

air secukupnya

Cara1. Bawang besar/bawang/putih dan halia diblend.

2. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis diikuti dengan bahan yang diblend sehingga kekuningan.3. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan tutup periuk (tambah sedikit air jika perlu) sambil dikacau supaya tidak melekat pada periuk.4. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih dan daging empuk baru masukkan santan, kemudian masukkan kentang.5. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, garam/perasa.6. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur.

7. Bila kentang sudah empuk bolehlah dipadamkan api dapur.

Posted by umi_e at Wednesday, January 02, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 25 December 2007

Rendang tanpa kelapa

Resepi kudapati dari majalah PEREMPUANBersama pulut siap kuhidangkanBahan mudah sebagai ramuan

Sesiapa nak cuba umie alu-alukan ;)Resepinya seperti dalam majalah yang umie minta hb tolong amekkan gambar di bawah ni, tengoklah eehhhhh rasanya nampak kot....

Posted by umi_e at Tuesday, December 25, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 4 December 2007

Jemput-jemput roti berdaging

Merdu sungguh suara Rafeah BuangPenyanyi kesukaan hingga ke sudahRoti dah nak expired jangan dibuangBoleh kita olah jadikan juadahJemput-jemput roti berdaging ni umie buat sebab nak habiskan bahan yang ada sebab dah nak expired. Kebetulan ada sedikit lagi daging cincang. OK jugalah kalau nak buat minuman petang yang simple dan easy...

Bahan

1 cawan daging cincang8 keping roti (carik-carikkan)2 biji telor1/2 sudu teh lada sula (kurangkan jika tak suka pedas)garam/perasa secukupnyaminyak untuk menggorengsos cili/tomato (jika suka)

Cara

1. Gaulkan daging bersama lada sula dan garam/perasa secukupnya2. Campurkan roti yang telah dicarik-carik bersama adunan daging dan gaul rata.3. Masukkan telor ke dalam adunan roti+daging dan gaul rata.4. Ambil sejempu-sejemput dan goreng dalam minyak yang panas5. Hidang bersama sos cili/tomato

Posted by umi_e at Tuesday, December 04, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) daging, kuih-muih, Roti 3 December 2007

Tauhu pok berdaging

Sebenarnya bila nampak dapur CMG ada 'tauhu tulip' terus semangat nak cuba buat tapi anak2 tak gemar intinya yang guna sweet potato. Lagipun di rumah cuma ada tauhu pok (ikut cam CMG sebut) yang panjang bukan yang segi empat cam yang CMG guna tu. Umie pun modified ler benda yang ada di rumah berdasarkan idea dari dapur CMG maka terhasillah tauhu pok berdaging ni...

Bahan

1 bungkus tauhu pok (lapan keping)1/2 cawan daging cincang1/2 sudu teh lada sula1 biji telor ayamgaram/perasa secukupnya*kalau suka bolehlah gaul sekali dengan daun sop/bawang (kat umah umie takde apa2 - dah kehabisan stock sebab nak bercuti2 M'sia)

Cara

1. Belah tauhu di bahagian tengah2. Bersihkan daging cincang dan letak lada sula, garam/perasa dan telor - gaul rata3. Ambil sikit adunan daging dan masukkan dalam tauhu hingga semuanya habis4. Goreng dalam minyak yang sederhana panas5. Hidangakan bersama sos cili/tomato

Posted by umi_e at Monday, December 03, 2007 2 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 24 November 2007

Gulai daging bersusu

Berapa hari ni demam M tak reda-reda lagi... nak keluar rumah cari barang untuk masak pun tak bermaya :S Selongkar freezer adalah daging sikit tapi santan tak ada yang ada cuma susu cair... kentang pulak tinggal 2 biji :D fikir-fikir sesuai juga buat gulai so buatlah gulai dengan apa yang ada je... Resepinya mudah...

Bahan

1/2 kg daging ( potong kecil)1 sudu besar rempah kurma2 sudu besar rempah kari daging1 biji abwang besar3 ulas bawang putih1 cm halia1/4 cawan susu cair (boleh ganti dgn santan kalau nak)2 biji kentang (ikut suka)rempah menumis (pelaga/cengkeh etc)garam/perasa secukupnyaminyak untuk menumis

Cara

1. Blend bawang/bawang putih dan halia.2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah menumis dan kemudian masukkan bahan yang telah diblend.3. Masukkan serbuk kari daging+ serbuk kurma dan gaul rata.4. Masukkan daging yang telag dibersihkan dan dipotong tadi serta air secukupnya.5. Masak hingga daging agak empuk baru masukkan kentang.6. Akhir sekali masukkan susu + garam/perasa.

Posted by umi_e at Saturday, November 24, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 17 November 2007

Kuzi daging

Daging masak kuzi memang best. Umie pernah buat kuzi kambing (lamb) dari resepi kawan umie tapi panjang sungguh listnya :D Umie buat sekali tu je...Resepi dibawah ni pula telah diubah-suai ikut selera dan kesesuaian ;)

Bahan

1 bungkus rempah kuzi (ada dijual kat kedai)1kg daging (dipotong ikut suka besar)125 ml susu cair125 ml sos tomatoSedikit garam dan gula pasirminyak untuk menumisrempah menumis (cengkeh, kayut manis etc)1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh serbuk jintan manis1 inci halia*15 biji lada hitam*1 biji bawang merah*5 ulas bawang putih*1 cm lengkuas*

*BLEND bahan bertanda*

Cara:

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan2 penumis (cengkeh etc).2. Masukkan bahan-bahan diBLEND halus dan kedua2 jenis serbuk jintan hingga ia terbit minyak.2. Kemudian masukkan rempah kuzi dan kacau rata3. Masukkan daging dan tutup rapat dengan api perlahan - air daging akan keluar4. Bila daging sudah hampir empuk masukkan susu cair, sos tomato, garam dan gula5. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala.

Posted by umi_e at Saturday, November 17, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 16 November 2007

Sop tulang

Musim hujan ni makan sop dengan roti perancis memang uummmppppphhhhhh

Tambah pulak lada hitam lebih-lebih memang sure berasap telinga... silap-silap boleh jadi naga hehehehehhehe (eehhhh CMG lahir tahun naga ler... same with my hb >tahun naga juga)

Bahan1kg tulang lembu1 biji bawang besar -blend

5 ulas bawang putih - blend

1 inci halia - blendi bungkus sop bunjut

1 bungkus rempah sop

3 biji kentang (dibelah 2 / ikut suka)

rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)

lada hitam tumbuk secukupnya

garam/perasa ikut suka

minyak untuk menumis

air secukupnya

Cara

1. Bersihkan tulang, masukkan air secukupnya atau paras2 tulang, masukkan sop bunjut dan rebus dalam periuk hingga empuk (senang dan cepat masuk dalam presure cooker)2. Panaskan minyak dalam periuk asing dan tumiskan semua bahan blend berserta rempah menumis (bunga lawang etc) hingga anaik bau3. Masukkan rempah sop, lada hitam secukupnya, garam/perasa4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk rebusan tulang.5. Masukkan kentang dan rebus lagi sampai kentang empuk

Posted by umi_e at Friday, November 16, 2007 2 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 15 November 2007

Daging goreng

Here is another dish prepared and cooked by my hb. Daging goreng with some veges :) My kids don't really like 'read' meat so 'tak berapa jalan' hehehehehe

Bahan

1 kilo daging (potong ikut suka)1 sudu teh kunyit serbuk1 biji bawang besar dihiris10 biji bawang merah - blend5 ulas bawang putih - blned1 inci halia - dihiris2 biji cili merah - dihirissayur kacang ( banyak dan potong ikut suka)1 biji lada benggala (capsicum - potong ikut suka)garam/perasa secukup1 sudu besar kicap manisair secukupnya (jika perlu)minyak untuk menumis

Cara

1. Bersihkan daging dan potong ikut suka dan gaul daging dengan kunyit serbuk dan garam2. Rebus daging (jika perlu letakkan 1/2 cawan air)3. Bila daging sudah empuk masukkan sedikit minyak, tunggu hingga minyak panas dan goreng daing tu dan kemudian baru masukkan bahan yang telah diblend dan halia hiris - kacau rata4. Masukkan kicap+ perasa/garam dan akhir sekali sayur+lada+bawang hiris5. Gaul sampai rata

Posted by umi_e at Thursday, November 15, 2007 3 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 2 November 2007

Masak lemak cili api daging

Masak lemak cili api memang terkenal di kalangan orang Negeri Sembilan. Kampong umie pun kat Negeri Sembilan juga tapi umie jarang masak lemak cili api yang kaw-kaw pedasnya sebab anak2 nanti tak dapat nak makan...

Masak lemak cili api daging ni memang Kaw pedasnya - orang kata berasap ler... Tambah makan dengan nasi panas yang baru masak... anak2 makan kira berkipas kat mulut tu hehehehehe

Bahan

1/2 kilo daging (ikutlah suka banyak mana)santan pekat 250ml (dalam kotak/tin/fresh)kuniyt hidup 1 incicili api 10-15 biji (ikut suka pedas)10-15 ulas bawang merah (yang kecik2 tu)1-2 batang serai (diketuk2)perasa secukupnyaair untuk merebus daging secukupnyaasam keping (ikut suka masak dan jenis asam)

Cara1. Cuci daging dan potong ikut suka2. Blend bawang+kunyit hidup+cili api3. Masukkan daging + air+ bahan yang telah diblend dalam periuk dan masakkan daging hingga agak empuk4. Bila dah agak empuk baru masukkan santan+serai+asam keping5. Masak hingga puas hati dan padamkan api dapur

BREAKFAST..

Lontong Goreng

Rossy ceria tidak suka berdukaBaginya buang masa bersedihanNasi impit makanan yang disukaBolehlah digoreng jika berlebihanKebetulan ada nasi impit lebih... umie pun buatlah lontong goreng ni. Sayang juga kalau sampai terbuang. So umiepun jadikanlah makanan lain... Resepi ini umie dah pernah letak di My Resipi.com. Boleh click di sini ---> http://www.myresipi.com/top/detail/615

Bahan

2 bungkus nasi impit yang telah direbus1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)1 sudu makan udang kering3 sudu besar sayuran campuran2 biji telur sederhana besar1 sudu besar kicap manisSecubit garam2 sudu besar minyak masakdaun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )

Cara

1. Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)

2. Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering

3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh

4. Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.

5. Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati

6. Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata

7. Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.

Posted by umi_e at Saturday, August 23, 2008 8 comments

Kisah hari ini :) breakfast, nasi 9 August 2008

Quick breakfast

Abg Budin keje dengan mediaSiarannya di TV buat tatapanMakanan segera cepat disediaEnak sungguh dibuat sarapanMakanan segera sering menjadi kegemaran anak-anak... kalau anak umie, si Baby, pantang ke mana-mana nampak orang jual nugget mesti nak beli! Kadang2 umie tak belikan dengan alasan nugget ada kat rumah hehehehehe

Juadah yang tersedia ni merupakan hasil masakan anak-anak umie sendiri. Mereka masak dengan grill je sosej dan nugget tu cuma telur umie tolong masakkan sebab perlu menggunakan api dan minyak - umie takut membenarkan mereka menggunakan dapur untuk memasak ;)

Senang je nak sediakannyanya cuma perlukan:

Bahan

Sosej

Nugget

Telur ayam

sos cili

sos tomato

mayonis

Cara

1. Masak sosej dan nugget (goreng atau grill)

2. Goreng telur

3. Hidangkan dengan sos cili, sos tomato dan mayonis

Posted by umi_e at Saturday, August 09, 2008 5 comments

Kisah hari ini :) breakfast 4 February 2008

Waffle with strawberry topping

Wiween bersia-siar di waktu petangPulang ke rumahnya sebelum senja

Entah bilalah musin rajin nak datangSarapan pun yang simple-simple saja

Bahan

2 biji Telur1 cawan susu segar2 tbsp butter (cairkan)1 cawan tepung1 sudu teh Baking powder1 1/2 sudu besar gula1/2 sudu teh garam1 sudu teh esen waffle1 tin strawberry - untuk topping

Cara

1. Panaskan acuanwaffle maker.

2. Pukul telur sehingga agak kembang dan campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.

3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak

4. Sapukan waffle dengan butter dan hidangankan bersama strawberry dalam tin

Posted by umi_e at Monday, February 04, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti, Western Food 3 February 2008

Roti bersausage - segera

Matju balik kampung ke Rantau PanjangPergi ke sana beli pelbagai benda

Hari minggu hari yang panjangBuat sarapan apa-apa je yang ada

Dalam freezer ada sausages, roti pun ada so letak atas grill, bubuh atas roti, letak sikit salad dan kasikan burger sauce... dah siap sarapan pagi hehehehehehe

Posted by umi_e at Sunday, February 03, 2008 10 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti 23 January 2008

Waffle with custard sauce and strawberry

Izam ke Terengganu melihat penyu

Pergi bersama Jun dan juga SitiOtak buntu nak fikirkan menuAkhirnya waffle untuk sarapan di hari cutiHari cuti camni taklah kelam kabut cam hari-hari sekolah, bolehlah berehat-rehat dan berguling-guling lama sikit ;)

Namun masalah sama saja, memikirkan menu sarapan dan makan siang... so bila dah buntu buatlah yang agak2 senang... waffle ni senang je... bancuh je tepung yang dah ready beli kat kedai Yummie tu bersama telor dan air... pastu panaskan waffle maker... jadi ler...

Supaya ada kelainan sikit daripada biasa, makanlah dengan custard dan strawberry yang dalam tin tu je...

Untuk custard pula diambil dari resepi maya_zakry di MRBahan1 tin susu cair2 s/b tepungkastad2 s/b gula CaraGaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Posted by umi_e at Wednesday, January 23, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 20 January 2008

Burger telor

Kerja banyak tapi masanya terhadSambil bekerja menonton kugiranBurger telur sarapan pagi AhadMudah disediakan menjadi kegemaran

Bahan

5 biji roti burger (ikut jumlah keluarga atau suka banyaknya mana)5 biji telor - ikut banyaknya roti5 keping cheese - ikut banyak roti/telorsos cilisos tomatomayonissalad - jika sukabutter untuk sapuan

Cara

1. Goreng telor - ceplok2. Belah dua roti burger - jangan putus3. Sapu roti dengan burger dan letakkan telor4. Lapiskan dengan cheese dan salad5. Letakkan sos cili/sos tomato/mayonis ikut suka

Posted by umi_e at Sunday, January 20, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti, Western Food 27 December 2007

Tuna & onion sandwich

Berkaki ayam terpijak pakuTeramat sakit tidak terbayangkanIni adalah hasil kerja anak-anakkuTuna & onion sandwich nama diberikan

Cempaka-ardini sungguh rupawanTambah jelita bertudung suteraTuna & onion sandwich mudah disesediankanBuat puteri-puteriku menjamu selera

Sandwich ni si tiga gadis pingatan tu yang buat dan sediakan... diaorang buat, diaornag yang makan... pastu tangkapa gambar suruh umie letak kat sini... ikutkan je lah... slowly nanti diaorang bolehlah sediakan masakan yang agak heavy ;)

Bahan

6 keping roti1 tin tuna (dalam air)1 biji bawang besar - potong dadusedikit air asam limau*sos cili/mayonis untuk hiasan

Cara

1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali roti)2. Ambil sedikit adunan dan sapukan ke atas roti3. Hiasa dengan sos/mayonis ikut suka

Posted by umi_e at Thursday, December 27, 2007 2 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti 26 December 2007

Jemput-jemput bawang berkentang

Cuaca mendung suram terasaBangun pagi terfikir nak sarapan apaTengok bahan tak banyak yang adaAkhirnya buat sarapan sekadarnya saja

Jemput-jemput mudah untuk disediakanTambahan pula bila tak cukup bahanTepung, bawang dan ketang jadi ramuanBuat hidangan keluargaku bersarapan

Bahan

1 biji kentang besar (potong nipis dan panjang macam lidi mancis)1 biji bawang besar (hiris halus)200gm tepung gandum100gm tepung naik sendiri1 biji telor1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis1 sudu besar cili gilinggaram secukupnyaair secukupnyaminyak untuk menggoreng

Cara

1. Campur semua bahan dalam bekas dan masukkan air secukupnya (agak2 kepekatannya)2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan3. Boleh dihidangkan bersama sos cili/tomato/mayonis

Posted by umi_e at Wednesday, December 26, 2007 2 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 15 December 2007

Waffle

Sudah lama teringin nak buat waffle sendiri...Anak-anak suka sangat makan waffle tapi bila nak makan pergi beli...Baru-baru ni pergi kedai tertanyalah tokeh tu kalau ada waffle makerkebetulan tokeh tu kata "ada"errmmmm teruslah terfikir, "baik beli je lah..."

Waffle maker ni hasilnya taklah cam waffle yang jual kat kedai tusebab yang ni kecil dan nipis je...tapi kira boleh dan sesuailah untuk hidangan keluarga.Sesiapa yang anak-anaknya suka makan waffle cam anak-anak umie semua,memang recommended ler untuk membelinya ;)

Bahan 850g Crispy Waffle Cake Mix (mudah dan rasanya memang sedap)4 biji telor 900ml air 80ml minyak jagung 1/2 sudu teh Waffle vanilla (essence)

Cara 1. Campur kesemua bahan 2. Panaskan waffle maker dan tuangkan 2 senduk adunan dan tutup hingga masak3. Hidangkan ikut suka

p/s: Bahan2-bahan tersebut tercatat di atas bungkusan tepung waffle yang umie beli... senang kan...

Posted by umi_e at Saturday, December 15, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 26 November 2007

Cheese and sausage sandwich

Berapa hari ni bersarapan dengan roti je lah ya... Hari ni tengok apa benda yang ada... ermmmm nampaknya boleh buat cheese and sausage sandwich je... Kira ada jugalah untuk alas perut ;)Bahan

4 keping roti

2 batang sosej - potong kecil-kecil

cheese (ikut suka banyak) - parut halus

mayonese (jika suka)

Sos tomato/cili (ikut suka)

butter untuk sapuan

Cara

1. Sapu sedikit butter pada roti dan letak sojek dan cheese

2. Letak mayonese + sos tomato/cili jika suka

3. Lapik dua roti dan bakar dalam sandwich maker hingga garing.

Posted by umi_e at Monday, November 26, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti 25 November 2007

Sugar and butter sandwich

My M fever is getting worse... I just don't feel like making breakfast for the family... Finally I end up with my sugar and butter sandwich... ermmmmm just have it ok....

Ingredients

3 slices of white breadButterSugar

Method

1. Spread butter over the 3 slices of bread as much as you like.2. Sprinkle sugar over the butter as mush as you like. 3. Stick the 3 slices of bread which already buttered and sprinkled with sugar together4. Cut the sandwich diagonally

* Senang je kan ;)hehehehehe - demam M teruk sangat ni....

Posted by umi_e at Sunday, November 25, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti 17 November 2007

Lempeng pisang

Sarapan pagi ni dengan lempeng pisang je... kebetulan ada pisang yang telah terlalu masak... si kecil umie muncung je bila tengok sarapan yang dah disediakan :D apo nak dikato... itu jo yang ado :D

Bahan12 biji pisang sederhana besar (lenyekkan)2 cawan tepung gandum1 cawan kelapa kering2 sudu besar gula perang (lebih jika suka)1 biji telor1 sudu teh baking powder1 sudu teh bicarbonate sodagaram secukupnyabutter/margerin secukupnyaPosted by umi_e at Saturday, November 17, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 16 November 2007

Sandwich rendang kerang

Nak makan apa ekkk??? Kadang2 pening kepala nak fikirkan apa nak prepare... right? But not for my hb, he doesn't like to make himself headache about what to prepare... as I mentioned, he's very good in modifying left over food. So this is what he had done for my kids (but as I said... 'tak berapa jalan' for them hehehehehehe)

However for me... whatever and how it is... just makan je ler - orang dah buat pun dah patut bersyukur kan??? (but ada masa I memang tak tau bersyukur > complain itu ini what my hb dah prepared/cooked errmmmm tak patutnya diri ku ini hehehehehheehe)

Bahan

4 keping roti (ikut suka banyak)1 mangkok kecil rendang kerangbutter untuk sapuan

Cara

1. Sapu roti dengan butter2. Letak 1 sudu besar rendang kerang di atas roti tadi dan lapikkan dua3. Potong ikut suka (buang tepi roti jika mau)

*** nak tambah dengan salad pun boleh - my kids suka plain without any veg sebab tu tak letak apa2 kat dalamnya...

Posted by umi_e at Friday, November 16, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti 15 November 2007

Cheese and butter sandwich

Sarapan pagi yang paling mudah sudah tentu hanya dengan roti ;) Kalau roti semata-matapun anak-anak tak mau juga... so letaklah fillings kesukaan mereka....

As usual, I like to do something that's simple and quick to prepare :) So for the breakfast today is cheese and butter sandwich :D

Kadang-kadang sandwich macam ni pun bukan saja untuk breakfast tapi juga jadi lunch for my kids :p

Bahan

4 keping rotiCheese ikut suka banyak - diparut Butter untuk sapuanlada sula untuk perasa (ikut suka)

Cara

1. Sapu butter ke atas roti dan taburkan cheese ikut suka banyak. 2. Boleh taburkan sedikit lada sula (jika suka) dan tangkupkan roti3. Potong ikut suka dan buang bahagian tepi roti (kalau mau)

Posted by umi_e at Thursday, November 15, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, Roti 14 November 2007

Jemput-jemput pisang

Jemput-jemput merupakan salah satu resipi mudah untuk sarapan. Anak-anak umie suka jemput-jemput pisang berbanding dengan jemput-jemput ikan bilis :-S

p/s: Jemput2 pisang ni terus lembut walaupun sudah sejuk ;)Bahan

12 biji pisang serderhana besar dilenyek

2 cawan tepung (tambah jika rasa terlalu lembik)

1/2 cawan gula (ikut suka manis)

1 biji telor

sedikit esen vanila

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil bicarbonate soda

minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campur semua baha-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati

2. Panaskan minyak. Ambil sejemput bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas - boleh gunakan sudu basah jika tak mau jemput dengan tangan ;)

3. Goreng sampai perang - jangan lupa lapikkan kitchen towel apabila angkat dari kuali kerana jemput-jemput pisang biasanya menyerap minyak

Posted by umi_e at Wednesday, November 14, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 11 November 2007

Jemput-jemput ikan bilis

Bila weekends, anak2 bangun lewat... nak buat sarapan beria-ia sangat pun nanti diaorang terus makan tengahari je :D Tak buat sarapan, my hb bangun pagi... kadang2 hb bangun dulu, wife masih dok berguling atas katil... apalah isteri zaman sekarang ni kan... (umie ler tu) Bila hb dah bangun, nak tak nak kenalah bangun gak... kadang2 hb buat air sendiri je... (malang sungguh dapat isteri seperti diri ku ini hehehehehehe) Sarapan paling cepat dan mudah ialah jemput-jemput. Jemput-jemput ni pun ada macam2 jenis... kira jemput-jemput ikan bilis paling simple ler...

Bahan

2 cawan tepung gandum1 cawan air1 biji telor1 batang cili merahsedikit daun sop1 biji bawang besarikan bilis (ikut suka banyak)sedikit serbuk pati ikan bilisgaram secukup rasaminyak untuk menggoreng

Cara

1. Potong cili ,bawang dan daun sop ikut suka2. Bancuh semua bahan (tambah air jika rasa terlalu pekat-tambah tepung jika terlalu cair)3. Panaskan minyak dan goreng ikut suka besar

Posted by umi_e at Sunday, November 11, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 9 November 2007

Kuey teow goreng

Ini makanan kesukaan anak-anak umie juga... Kiranya umie masak apa yang mereka suka makan je... kalau tak nanti umie sendiri masak, sendiri makan :D pastu boleh naikkan berat badan :p

Bahan1 kilo kuey teow1 biji bawang besar3 ulas bawang putih2 sudu makan lada giling (tambah ikut suka pedas)2 biji telur20 ketul chicken ball (ikut suka banyak)2 keping tahu2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat2 susu besar sos tiram1 genggam taugeh (ikut suka)Sayur sawi (ikut suka)2 sudu besar minyak masak untuk menumisgaram dan perasa secukpnya1/2 cawan airCara1.Cuci dan toskan kuey teow2.Potong chicken ball, tauhu dan sayuran ikut suka.3.Blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih4.Panaskan minyak dan masukkan chicken ball + tauhu kemudian tumis bawang+bawang putih+cili giling dan tumis hingga garing5.Masukkan sos tiram,kicap manis,kicap pekat dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)6.Masukkan garam+perasa dan kacau rata7.Pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)8.Masukkan taugeh dan sayur sawi9.Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

Posted by umi_e at Friday, November 09, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, mee 1 November 2007

Mee goreng

Mee goreng ni favorite anak bungsu umie... Masalahnya dia ni tak pandai nak makan sayur kalau dah bercampur dalam mee. Kadang2 umie tak letak sayur langsung... kira mee goreng boleng je ler :D Mee goreng ni umie letak gak sayur sebab kebetulan sepupu umie kata nak datang.

Teringat pada suatu ketika umie pernah jual mee kuning :-S pernah sekali buat sampai lebih 10 kilo tepung - menangis mixer umie bekerja :(

Kalau nak tau cara untuk buat mee sendiri pergilah kat sini > http://www.myresipi.com/top/detail/918

Bahan

1 kilo mee kuning 1 susu besar cili giling (ikut suka pedas) 2 sudu besar bahan yang telah diblend (bawang+bawang putih) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap pekat 2 biji telor perasa secukupnya minyak untuk menggoreng sayuran ikut suka isi (ayam/udang/fish ball etc) ikut suka air jika perlu

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis cili giling bersama bahan yanag telah diblend 2. Masukkan sos tiram+sos tomato+kicap pekat 3. Masukkan air jika perlu 4. Masukkan isi yang disukai - gaul rata 5. Masukkan perasa secukupnya 6. Pecahkan telor dan kacau rata 7. Masukkan mee + sayur yang disukai (sawi/taugeh) 8. Gaul sehingga sebati.LAUK PAUKKKKKKKKKKKKK..

Ayam kerisik

Kasawari dan Linda jalan beriringanJumpa Sis Lin semasa waktu makanMasakan ayam ini jadikan hidanganUntuk teman yang minta dibuatkanMasakan ayam kerisik ini lebh kurang seperti rendang (boleh lihat resipi rendang ayam di sini) cuma umie tidak gunakan santan melainkan letak lebih 3x banyak kerisik daripada rendang biasa. Hasilnya rendang ini agak pekat dan juga disukai oleh anak-anak umie.

Kebetulan pula ada kawan yang minta umie buatkan masakan ayam dan pulut kuning. Nanti umie letak n3 pulut kuningnya pulak ok. ermmmm memang dah lama umie tak memasak... maka bila sekali sekala masuk dapur memang menyeronokan ;)

Posted by umi_e at Sunday, April 12, 2009 0 comments

Kisah hari ini :) ayam, lauk pauk 19 June 2008

Pais Ikan Pari

Izam inginkan Heidi sentiasa di sisiTerlalu rindu hingga tak lalu makanPais ikan pari ini makanan tradisiBersama nasi panas sedap dimakan

Teringat masa dulu-dulu, arwah mak umie selalu buat pais. Pais ni tak semestinya dengan ikan, boleh dengan makanan laut yang lain seperti sotong atau udang. Pais ni sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Tak ada lauk lain pun tak apa sebab memang dah menyelerakan. Dalam keadaan gawat ni memang sesuai sangatlah hidangkan makanan yang ringkas macam ni hehehehehe :pBahan:

1/2kg ikan pari -potong ikut suka dan bersihkan

5 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 ulas bawang besar*

1 inci halia*

1 inci kunyit hidup*

10 tangkai cili kering* (ikut suka pedas)

Daun kunyit

Asam jawa (bancuh dengan sedikit air)

Garam/Perasa

Gula

Daun pisang (kalau tak ada boleh guna aliminium foil)

Cara:

1. Blend semua bahan bertanda*

2. Bahan yang diblend dibancunh dengan air asam dan garam/perasa/gula secukup rasa

3. Gaulkan bahan-bahan tadi pada ikan

4. Lapikkan daun kunyit di atas daun pisang dan kemudian letakkan ikan tasi.

5. Bungkus ikan yang dah dilumur bahan tadi dengan daun pisang hingga tertutup semuanya(aluminium foil pun boleh)

6. Bakar dengan api yang perlahan sehingga ikan masak

Posted by umi_e at Thursday, June 19, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk, Sea-food 22 May 2008

Masak lemak ketam

Murid-murid Nurul semuanya cerdikBelajar bersungguh nak capai cita-citaMasak lemak ketam ini kegemaran AdikKalau lama tak masak pasti Adik minta

Anak no.2 umie, Adik @ Sofiana memang suka sangat makan sea food ( dia ni memang turun umie habis ler!) Kalau lama je umie tak masak Adik akan minta dimasakkan sea food kesukaannya. Kadang-kadang malas nak masak ketam atau siput sebab leceh nak menguruskannya. Dahtu yang makan cuma kami berdua sebab ahli lain kurang suka...Memandangkan Adik asyik sebut-sebut je minta masak ketam, umie buatkan jugalah ketam masak lemak sebab satu kelemahan umie bila anak-anak 'minta makanan'... Kalau tak dibuat/dibeli rasa cam tak sampai hati je... Masak lemak ni senang je... semua bahan yang ada pakai lebur dan tunggu mendidih je... memang cepatlah nak sediakannya...

Bahan

1 kg ketam1 kotak santan (200ml)garam/perasaserai - dititik

Bahan unt ditumbuk/blend:

1 biji bawang besar3 ulas bawang putih12 batang cili padi - banyak ikut suka pedas3 cm kunyit hidupCara

1. Campurkan kesemua bahan yang telah diblend bersama santan.

2. Masukkan serai yg sudah di titik

3. Kacau sampai sebati

4. Masukan garam/perasa secukupnya

5. Biarkan 1/2 mendidih dan masukkan ketam

6. Tunggu sehingga mendidih dan ketam masakPosted by umi_e at Thursday, May 22, 2008 3 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk, Sea-food 21 May 2008

ayam bersambal sos

Cik Mat tergelak dengar lawak si JoyahBanyak sangat gelak terhoyong-hayangNak buat masakan ini bukannya payahLauk kegemaran Baby@Adlin tersayangLauk seangaktan dengan 'ayam masak merah' merupakan kegemaran anak bungsu umie, kalau masak hari-hari pun tak apa... Resepi ini mudah saja, asalkan ada rupa 'masak merah' kegemarannya, dia sudah boleh tersenyum lebar tanda gembira...Bahan 2 kg ayam - potong ikut suka (garam kunyitkan dan goreng) 2 sudu besar cili giling

5 ulas bawang putih*

1 biji bawang besar*

1 inci halia*

2 biji bawang besar - hiris bulat

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar kicap manis

minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

garam/perasa

Cara:1. Blend bahan bertanada*2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah di garam-kunyitkan)

3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend4. Setelah garing masukkan sos tomato, sos cili dan kicap manis - kacau rata5. Tambah sedikit air jika rasa diperlukan dan masukkan garam/perasa secukupnya6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata7. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat > tutup periuk dan matikan api dapur.Posted by umi_e at Wednesday, May 21, 2008 4 comments

Kisah hari ini :) ayam, lauk pauk 13 May 2008

Lemak Cili Api Siput Sedut

Divahantu ajak Vampire pergi dangdutPontianak nak ikut tunggu di tepi kali

Nama lauk ini lemak cili api siput sedutMasakan tradisi yang kini kurang dikenali

Dah lama juga dapur siber umie ni tak berasap kan... Hari ini umie nak letakkan n3 lauk masak lemak cili api siput sedut. Masakan ini merupakan masakan kesukaan umie dari kecik-kecik lagi. Malangnya sekarang ini susah juga nak jumpa siput sedut di pasar raya. Kalau ada pun dijual dalam pack kecik-kecik je... tak puaslah pulak nak masak sikit-sikit :D

Umie jarang masak siput sebab hb dan anak-anak tak makan siput (kecuali adik) Umie lepaskan geram masak seperiuk, dahtu yang makan umie dan adik berdua je... hehehehhe makan sampai puas.... Resepi masakan ni sama je cam masak lemak cili api biasa cuma umie letakkan siput saja ;) So resepinya umie tak letaklah di sini ya...

Posted by umi_e at Tuesday, May 13, 2008 3 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk, Sea-food 9 May 2008

Tulang Lembu Goreng

Si Ikin_mamaMyvi pergi ke MaranOrangnya comel tetapi tahan lasakTulang lembu goreng jadi kegemaranSenang tapi lama nak tunggu masakBiasanya tulang lembu orang buat sup... tapi umie buat goreng macam goreng daging :D

Air rebusannya pula umie gunakan sebagai stok untuk masak mee dan sebagainya...

Bahan1kg Tulang daging lembu

7 ulas bawang merah - dihiris halus

3 ulas bawang putih - dihiris halus

1 inci halia - dihiris halus

1 biji bawang besar - potong bulatlada merah/hijau

1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong

1 besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

minyak untuk menumis

Cara1. Bersihkan tulang dan rebus hingga empuk - tapis dan ketepikan airnya

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau

3. Masukkan daging dan goreng bersama bahan tadi

4. Masukkan kicap+sos tiram+garam/perasa

5. Masukkan hirisan bawang besar dan lada.

6. Gaul rata dan goreng sehingga semuanya sebati.

Posted by umi_e at Friday, May 09, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 10 April 2008

Ayam kicap berempah

Shai masih solo kata dia tak masakKalau ada jamuan pergi je tempahKepala buntu lauk apa nak masakAkhir masak ayam kicam berempahMasak kicap berempah ni best juga... Lebih kurang cam masak kicap biasa cuma letak rempah jintan-ketumbar je...Posted by umi_e at Thursday, April 10, 2008 8 comments

Kisah hari ini :) ayam, lauk pauk 9 April 2008

Tumis air kentang

Erni beli macam-macam perkakasSmoothie Maker pun dia dah dapatTumis air kentang amatlah ringkasSesuai dimasak ketika nak cepat

Teringa masa umie kecik-kecik, arwah mak umie selalu masak 'tumis air kentang' pastu letakka telor di dalamnya. Masakan ini menjadi kesukaan masa kecik-kecik dulu... Senang je nak buat. kalau nak cepat, inilah masakan yang sesuai...

Bahan

4 biji kentang (potong ikut suka)

2 batang lobak merah (potong ikut suka)

4 biji telor

12 batang isi ketam

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 sudu kecil udang kering*

2 sudu minyak masak

garam/perasa secukupnya

4 cawan air - tambah ikut suka

daun sop/bawang goreng

Cara

1. Sediakan kentang & carrot - Basuh dan potong ikut suka.

2. Blend bahan-bahan*.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*

4. Masukkan air + garam/perasa.

5. Masukkan kentang dan carrot - masak sampai 1/2 empuk baru pecahkan telor (dalam api mendidih)

6. Akhir sekali masukkan isi ketam dan tutup api

Posted by umi_e at Wednesday, April 09, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 5 April 2008

Ayam black pepper

Lawa gembira tersenyum sakanSenyuman manis itu biarlah lamaAyam black papper jadi kesukaanNasi putih saja dimakan bersama

Aktiviti harian menghalang umie untuk mengupdate. Hujung minggu begini bolehlah umie ambil sedikit ruang dan masa untuk mengemas 'dapur' umie yang hampir berabuk ni...

Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka inci kunyit* inci halia*1 sudu besar lada hitam*1biji bawang besar *3 ulas bawang putih*1 sudu besar kicap manis1 sudu kecil kicap pekatgaram/perasa secukupnyaminyak untuk menggoreng ayam dan menumisair - ikut keperluan1 cawan tepung KFC - boleh dapat di supermarket#1 biji telor#

blend semua bahan bertanda*

Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.2. Bancuh tepung dan ayam# kemudian celupkan ayam.3. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng ayam bersalutkan tepung hingga habis dan ketepikan.3. Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumiskan bahan blend sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.4. Masukkan kicap manis+kicap pekat dan tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga kuah dan ayam sebati.Posted by umi_e at Saturday, April 05, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) ayam, lauk pauk 3 April 2008

Sayur campur masak air pedas

Shayz tak sabar tunggu bulan depanBaby di kandungan akan dilahirkanSayuran campur dijadikan santapanDengan nasi panas selera dimakan

Kalau sayuran dimasak lebih awal kurang menyelerakan.... Masakan macam ni memang cepat dan mudah. Sesuai sangat bagi umie sebab nak cepat-cepat masak untuk anak balik sekolah. Makan dengan nasi panas dan ayam goreng je dah cukup untuk mereka menambah makan :)

Bahan

1 bungkus cendawan basah - di supermarket ada banyak :p2 biji tomato2 batang lobak merah1 bungkus pucuk jagung (baby corn)5 ulas bawang merah*2 ulas bawang putih*1 sudu besar udang kering*7 tangkai cili kering*2 sudu minyak masakgaram/perasa secukupnya3 sudu air - tambah ikut suka

Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.2. Blend bahan-bahan*.3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*4. Masukkan 3 sudu air + garam/perasa.5. Masukkan sayuran dan kacau rata.6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masak

Posted by umi_e at Thursday, April 03, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 27 March 2008

Ayam Golek Rosemary

Program abang Budin dijadikan tayanganKisah menarik tentang Dunia punya ceritaAyam golek rosemary dijadikan hidanganIstimewa buat santapan keluarga tercintaAyam golek??? Kenapa ya dipanggil begitu? errmmmm dah tentu kerana ayam tu tergolek-golek dalam pinggan setelah dipanggang :p

Anak-anak memang suka menu ini tapi umie jarang berkesemptan untuk membuatnya kerana sibuk dengan aktiviti lain yang ada...

Bila ada peluang tu, buat jugalah untuk mereka... makan macam tu je pun ok... ikutlah selera masing-masing macam mana cuma masa masak ni umie jodohkan dengan nasi jagung...

Bahan

1 ekor ayam (sederhana besar)1 sudu besar ketumbar serbuk1 sudu besar jintan serbuk1 biji bawang besar*5 ulas bawang putih*2 cm halia*1 batang serai*1 sudu besar sos tiram2 sudu besar madu1 sudu besar kicap manis/masin1 sudu besar butter/margerin1 sudu besar rosemary keringGaram/perasa secukupnya

Cara

1. Bersihkan ayam dan biarkan seekor.2. Blend bahan bertanda * dan campurkan bahan-bahan yang sudah diblend bersama ketumar dan jintan serbuk, sos tiram, madu, kicap manis/masin, garam/perasa dan butter/margerin.3. Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama kurang-kurang 2 jam (atau lebih).4. Masukkan ayam telah diperap dalam kaserol dan taburkan rosemary kering.5. Bakar dalam api perlahan hingga ayam empuk.

Posted by umi_e at Thursday, March 27, 2008 5 comments

Kisah hari ini :) ayam, lauk pauk 23 March 2008

Kari ayam

Shai kena hujan bajunya habis basahTunggu di rumah KS sampai ke senjaKari ayam nak sediakan taklah susahBukan hanya hidangan untuk nasi sajaSebenarnya umie rasa terkilan juga tak dapat nak join member MsjBox pergi ke rumah KS seprti yang telah dirancang :( Kalau tidak kerana adik umie sekeluarga datang dari Johor, sudah pasti umie akan turut sama di rumah KS. Insya'allah lain kali kalau ada aktiviti lain umie akan join ya...

Hujung minggu kembar umie sekeluarga ada di rumah. Memang seronoklah kalau dapat bersua dan bercerita... Keadaan sudah pastinya riuh rendah dengan anak-anak dan anak-anak saudara yang ada :) Adik umie pulak dah plan nak bawa anak-anak pergi ke Pusat Sains Malaysia jadi seperti yang di rancangkan kamipun pergi ke sana.

Kami di sana sehingga waktu Zohor sahaja sebab adik umie perlu balik ke Johor semula. Ikutkan anak-anak mereka nak berlama-lama di sana tapi umie rasa boring sebab rasanya taklah menarik sangat benda yang dipamerkan :D

Dalam perjalanan umie telefon hb minta tolong masakkan nasi dan keluarkan ayam dari freezer. Sampai rumah je terus masak kari sebab itu saja masakan yang cepat. Sebahagian lagi dari ayam tu di goreng rangup sebab anak-anak suka ;) Posted by umi_e at Sunday, March 23, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) ayam, lauk pauk 12 March 2008

Gulai Sardin

Rumah Melaka terkenal tangga batuMenara Petronas di Kuala LumpurSardin bahan yang banyak membantuTerutama bila tiada benda di dapurSardin merupakan makanan kesukaan umie. Anak-anak dan hb umie tak berapa suka kecuali anak no.2 umie, Adik yang suka. Adik ni banyak ikut umie... kebanyakan orang kata rupa dia pun cam umie. Pernah juga masa dia kecik-kecik ikut masuk pertandingan 'ibu dan anak seiras' dan kami menang... hehehehhehe

Resepi gulai sardin ini sama saja macam umie buat gulai kari ayam/daging - boleh semak di n3 tersebut kecuali letakkan sardin di dalamnya...

Posted by umi_e at Wednesday, March 12, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 7 March 2008

kari bebola ayam

Resepi Cik Mat dari pelbagai ideaSemua sedap dan orangpun sukaKari bebola ayam bila tak ada ideaMudah tapi anak-anak umie suka

Kari bebola ayam ni umie buat sebab dah tak ada idea nak masak apa. Lagi satu anak-anak umie kalau umie masak yang mereka tak suka, nanti mereka makan sikit je... Jadi umie pun masakkan kari kesukaan mereka dengan bebola ayam yang mereka suka juga. Letakkan sedikit carrot di dalamnya... mudah je kan...

Resepinya: Sama je macam resepi kari ayam/daging yang umie letak di n3 yang ada dalam ni... cuma digantikan dengan bebola ayam/carrot saja...

Posted by umi_e at Friday, March 07, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 6 March 2008

Asam pedas bendi

Gincu ween cantik warna merah saga Orangnya manis belum lagi berpunya Asam pedas kesukaan umie sekeluarga Ikan tenggiri jadikan lauk di dalamnyaAsam pedas memang kami suka... kalau tak habis, umie panskan pastu cicah pulak dengan roti... errmmmm best!

Bahan

1/2 ekor ikan tenggiri - potong ikut suka15 tangkai cili kering*9 ulas bawang merah*3 ulas bawang putih*1 inci halia*1 potong belacan*4 - 6 batang daun kesumSedikit minyak untuk menumisSedikit air asam jawaGaram/perasa secukupnya7 batang sayur bendi

Cara

1. Blend semua bahan bertanda *2. Ikan disiang dan dicuci bersih.3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan daun kesum. Kacau rata.4. Masukkan ikan dan air asam jawa + aram/perasa.5. Masak sampai mendidih dan baru masukkan sayur bendiPosted by umi_e at Thursday, March 06, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 3 March 2008

Sayur campur

Retna suka jalan-jalan cari makanJalan-jalan ke Johor jumpa KasawariSayuran campur mudah disediakanBuat hidangan keluarga di tengahari

Bahan

200gm bunga kubis1 biji lada benggala1 batang lobak merah1 bungkus pucuk jagung (baby corn)5 ulas bawang merah*2 ulas bawang putih*1 sudu besar udang kering*2 sudu minyak masakgaram/perasa secukupnyaKicap cair secukup rasa1 sudu besar sos tiram3 sudu air

Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.2. Blend bahan-bahan*.3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*4. Masukkan sos tiram dan kemudian masukkan 3 sudu air.5. Masukkan sayuran dan kacau rata.6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masakPosted by umi_e at Monday, March 03, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 24 February 2008

Kari daging yogurt

Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilinPandai masak macam-macam tidak terkiraKari daging kesukaan bubble@baby@AdlinBila umie masak dia makan dengan selera

Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)500 gm daging lembu (dipotong dadu)5 sudu besar serbuk kari daging3 sudu besar plain yogurt200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan3 ulas bawang putih*7 biji bawang merah*3 cm halia*Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)Garam secukupnyaMinyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging

Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya. Posted by umi_e at Sunday, February 24, 2008 8 comments

Kisah hari ini :) daging, lauk pauk 21 February 2008

Sambal gulai tempoyak (pucuk ubi, petai dan ikan bilis)

Api cinta Puteri Ilya Natasha kian semarakSado pula hanya menyimpan perasaannyaSambal gulai tempoyak sedap tidak terkataMakanan tradisi masakan dari negeri Perak

Bahan

5 sudu besar tempoyak4 papan petai - ambil isinya1 ikat pucuk ubi - ambil daun (rebus dan potong2)segenggam ikan bilissehelai daun kunyit muda - dihiris halus1 biji bawang besar*3 ulas bawang putih*1 inci kunyit hidup*10 biji cili api *(banyak ikut suka pedas)garam/perasa200ml santan (1 kotak)

* blend semuanya

Cara

1. Masukkan semua bahan yang telah diblend* bersama santan dan sedikit air (jika perlu).2. Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan pucuk ubi serta perasa secukupnya - tunggu sehingga layu/masak.3. Masukkan daun kunyit tunggu sebentar dan angkat.

Posted by umi_e at Thursday, February 21, 2008 17 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk 19 February 2008

Onion & sausages Omelette

Sheda dan Tuah macam belangkasBuat bodoh walaupun orang perhatiTelur dadar hidangan yang ringkasBoleh dimakan dengan nasi dan roti

Telur dadar merupakan hidangan yang pasti ada jika penyakit M menyerang :) Lagipun telur dadar ni boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan. Kalau tak mau makan dengan nasi, boleh saja makan dengan roti buat sandwich ataupun makan begitu sahaja bersama kentang goreng atau kentang rebus. Apa yang pasti telur dadar memang mudah dan ringkas :)

Bahan

5 biji telur3 batang sausage - potong bulat nipis1 biji bawang besar -sederhana besar (cincang segi empat)1 batang daun sop dan daun bawanggaram/perasabutter - menggoreng

Cara

1. Pukul telur hingga sebati dan masukkan semua bahan yang telah disediakan2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter hingga cair3. Masukkan bancuhan telur dan tutup kuali4. Masak dengan api perlahan5. Terbalikkan dengan hati-hati setelah bahagian bawah kekuninganPosted by umi_e at Tuesday, February 19, 2008 6 comments

Kisah hari ini :) lauk pauk, telor 18 February 2008

Sambal tumis sardin

ShadowX_19 ke Port Dickson membawa kawanTiba dah malam pemandangan tak jelasMalangnya sardin menjadi mangsa keadaanMasakan umie masa diserang penyakit malas

Bila dah tak tau nak masak apa... Sardin ler jadi mangsa hehehehehe tapi sardin ni sekali sekala makan boleh membuka selera... Makan dengan nasi panas-panas memang best oooooooo :D Kalau tak habis, panaskan pastu modify lak makan ngan roti... errmmmmm yummy yummy :p

Bahan

1 tin sardin15 tangkai lada kering (boleh lebihkan ikut suka) - potong2 dan rendam sampai lembut*1 biji bawang besar*3 ulas bawang putih*1 inci halia*1 cm belacan*sedikit air asam jawaminyak untuk menumisgram/perasa secukupnya1 biji bawang besar - hiris bulat

Cara

1. Blend semua bahan bertanda*2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan yang dah diblend*3. Biar hingga agak 'garing' dan masukkan air asam+perasa4. Setelah mendidih baru masukkan sardin5. Masukkan bawang yang telah dihiris

KUIH MUIH

Kaya Ball

Hana suap anaknya makanDah makan berlari ke depanBila kaya sudah disediakanKaya ball pula jadi kudapanBila kaya udah dibuat, kaya ball pun menjadi projek umie di dapur. Vitamin R agak berkesan pula untuk penyakit M yang telah sekian lama melanda :D

Seronok juga makan kaya ball panas-panas sebab belum lagi round kedua masak, yang pertama sudah pun habis dimakan oleh Tiga Dara Pingitan umie tu :)

* Tengoklah kaya ball tu betul2 bulat macam bola - kenalah dengan namanya hehehehehehe

Bahan

250 g tepung kek

125 g butter (cairkan)

75 g gula kastor

4 biji telur

200 ml susu segar

1/2 camt esen vanila

Secubit garam

Cara

1. Masukkan semua bahan dalam blender (kecuali tepung dan garam) - blend

2. Masukkan tepung + garam dan blend lagi hingga adunan sebati dan licin

3. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit butter dan isikan separuh dengan adunan. Kemudain letak sedikit kaya dan tutup dengan adunan lagi hingga penuh.

4. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.

Posted by umi_e at Wednesday, May 20, 2009 9 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 7 May 2009

Cucur @ Cucoq

CT cuba buat donut isi kentangBuat hidangan suami dan anakCucur bawang hidangan petangDengan sos cili bertambah enakCucur bawang/udang ni dah lama menjadi baja hehehehehehe (baru ni dapat nak letak n3). Ada macam2 resepi dan biasanya bila buat cucur bawang atau udang umie dah tak pakai sukat-sukat lagi. Pakai agak-agak je... Di bawah ini umie letak resipi dari DELILA yang penah umie cuba sebelum ini.

Bahan:

500 gram tepung gandum20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)1 mangkuk kecil tauge1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)1 biji telur1 biji cili merah (hiris halus)2 biji bawang merah (racik halus)Garam secukup rasa1/2 sudu teh gulaSedikit kunyitAir secukupnyaMinyak utk menggoreng

Cara:

1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.

2. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.Panaskan minyak.

3. Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.

Posted by umi_e at Thursday, May 07, 2009 2 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 7 April 2008

Popia isi ketam

Wajah kak norz sering terbayangSenyuman manis mengubat lukaResepi ini dari kembarku sayangAnak-anak umie amatlah suka

Cerita-cerita rupanya adik umie buat camni untuk anak-anak dia. Cuma dia kata dia tak letak sayur di dalamnya. Umie letak sayur kobis je... ternyata anak-anak umie memang suka dan minta untuk dibuatkan lagi :D

Bahan

1 bungkus isi ketam (lebih kurang 16 keping atau lebih)Kulit popia (size kecil atau sederhana) ikut jumlah banyaknya isi ketam200gm kobis (atau sayur ikut suka) - diricik halus4 sudu besar mayonis*2 sudu besar sos cili*Minyak untuk menggoreng

* Campurkan mayonis bersama sos cili dan gaul rata

Cara

1. letakkan isi ketam di atas kulit popia2. Letakkan 1 sudu besar sayur + sadu kecil campuran mayonis3. Gulung seperti gulung popia biasa4. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana

*** Dah lama umie tak letak apa-apa kat MR :-S Hari ni umie letaklah resipi ini untuk dikongsi sebab senang dan anak-anakpun suka :) http://myresipi.com/top/detail/4090Posted by umi_e at Monday, April 07, 2008 8 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 24 March 2008

Peach jelly

Musim busy camni umie memang kalutHendak update entry pun tak sempatJelly buah peach untuk pencuci mulutLetak dalam bekas pemberian cik MatKeadaan sibuk dengan kegiatan seharian agak menghalang umie untuk aktif beraktiviti di dapur... sebenarnya umie masuk juga ke dapur tapi hanya dapat menyediakan yang simple-simple sahaja. Kebetulan serbuk agar-agar dan buah peach masih ada dalam simpanan jadi umie buatlah jelly yang senang ni :)

Bahan

1 tin buah peach

4 gm serbuk agar-agar

50 gm gula pasir400 ml air + 100ml jus dari tin buah peach

Cara-cara

1. Masakkan campuran air, agar-agar, gula dan jus buah peach hingga mendidih.2. Tuangkan ke dalam bekas yang disukai dan masukkan buah peach. Biarkan sejuk dan mengeras.

* mangkok cupcakes yang nak digunakan biarlah yang agak tebal dan diletakkan ke dalam dulang muffin sebelum dituangkkan agar-agar ke dalamnya - supaya bentuknya dapat dikekalkan.

Posted by umi_e at Monday, March 24, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) dessert, kuih-muih 17 March 2008

Kuih Goyang Hantaran

CMG buatkan Mak Yah Teh O satu koleAirnya tak manis kerana kesihatan dijagaKuih goyang hantaran dijadikan ole-oleUntuk teman-teman dan juga keluarga

Semalam umie berada di Alor Setar. Semasa mencuci mata di PEKAN RABU bersama adik angkat umie (Cempaka adrini) tiba2 terpandang kuih yang begitu menyerlah di antara gantungan pelbagai makanan yang dijual. Umie perhatikan kuih yang cantik dan berwarna warni ini, tidak ubah seperti 'kuih ros' yang selalu dibuat oleh arwah emak umie apabila menjelang hari raya semasa umie kecik-kecik dulu cuma kuih ini dinamakan 'kuih goyang hantaran' oleh penjualnya. Menurut kakak yang menjual kuih ini, nama tersebut diberikan kerana kuih goyang ini begitu terkenal sekarang ini sebagai salah satu bahan untuk hantaran di majlis pertunangan atau perkhawinan. Ternyata masyarakat kita begitu kreatif sekali... kuih yang hampir pupus ditelan masa ini telah dapat dikomersilkan dan dipopularkan kembali.

Kebetulan umie memang sedang mencari sesuatu untuk dijadikan ole-oleh kepada teman-teman dan juga keluarga. Disebabkan kuih ini begitu cantik dan menarik maka umie borong kesemua yang ada digantungan kedai yang umie singgah tu. Hehehehehehe hilang pening kepala umie memikirkan benda/makanan apa nak dibeli untuk dibawa pulang. Kepada teman-teman umie, itu sajalah yang dapat diberikan sebagai ingatan semasa umie ke Kedah hujung minggu baru ni. Bila berkesempatan di lain masa, umie akan ceritakan sedikit kisah perjalanan umie ke Kedah. Malangnya umie terlupa untuk membawa kamera (sokmo tak bawa kamera kalau pergi ke mana-mana). Nantilah umie minta pada adik angkat umie kalau dia ada gambar yang menarik semasa kami di sana...

Posted by umi_e at Monday, March 17, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) Coretan, kuih-muih 10 March 2008

Cucur badak serunding daging

Pak Brahim dapat udang satu ragaCik Mat pun masak buat rencah mi

Cucur badak ini kesukaan keluargaIntinya diubah ikut kesukaan suami

Cucur badak biasanya orang letak inti serunding kelapa tapi kali ini umie letak intinya serunding daging sebab hb umie tak berapa suka dengan serunding kelapa yang biasa tu. Dohnya umie sesuaikan dari resepi chef siber terkenal kita - CMG ;)

Bahan

600gm keledek1 sudu teh garam1 cawan tepung gandum (tambah tepung jika perlu)1 sudu teh baking powder50gm gula pasir1/4 cawan airSerunding daging secukupnyaMinyak untuk menggoreng

Cara 1. Rebus keledek dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.

2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi dan bulat2 dan leperkan, masukkan inti tengahnya. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.

3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Posted by umi_e at Monday, March 10, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 4 March 2008

Kuih Keria

Cempaka adrini umie dah kenal lamaOrangnya peramah pandai jaga diriKuih keria kuih tradisi bertahan lamaDibuat santapan keluarga di petang hari

Kuih keria ini pun umie suka. Masa buat anak-anak dan hb makan panas-panas... memang best kan waktu petang ;)

Resepinya umie amek dari dapur CMG... sebelum tu umie dah bual-bual dengan CMG tentang kuih keria ni sebab umie nak buat tapi rasa MALAS je...

Bila terpandang ubi keledek yang terperuk kat atas cabinet dapur tu, akhirnnya umie kuatkan juga semangat untuk ke daput dan buat kuih keria ni. Cuma siranya tak berapa menjadi tapi anak-anak dan hb kata OK - sedap... yang penting habis!

Bahan

600 g keledek1 camca teh garam1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung1 camca teh baking powder80 g gula pasir1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.

2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.

3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.

4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.

5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!

Posted by umi_e at Tuesday, March 04, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 10 February 2008

Keledek goreng rangup

Anis dan YOnna menyeberang sungai berhati-hatidalam berhati-hati gelang crystal Anis putus berderaiKeledek goreng makanan tradisi yang amat diminatiJarang dibuat kerana boleh dibeli saja di gerai-gerai

Bahan

Keledek merah (ikut suka banyak)1 cawan tepung beras1/2 cawan tepung jagung1/2 sudu teh bicarbonate sodasecubit garamair secukupnya - agak2 kepekatan adunanminyak untuk menggoreng

Cara

1. Kupas keledek - cuci dan potong nipis2. Bancuh kesemua bahan kecuali minyak3. Celupkan keledek yang dipotong nipis dan goreng dalam minyak yang telah panas

Posted by umi_e at Sunday, February 10, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 25 January 2008

Kuih kaswi

Lagu patriotik berjudul Ibu PertiwiDinyanyikan oleh penyanyi pujaanKuih tradisi nama diberi kuih kaswiResepi bro Rozan dijadikan percubaanResepi dari blog BR >>>> http://rozzan.blogspot.com/Bahan A

450 ml air350 gm gula melaka240 gm gula pasirdaun pandan

Bahan B 190 gm tepung gandum

120 tepung kanji

60 gm tepung beras

900 ml air

1 sudu makan air kapur

2 sudu makan air abucang

2 sudu makan pewarna coklat

Cara1. Satukan kesemua Bahan A dan B lalu ditapis. Kukus hingga masak. Jika anda menggunakan acuan-acuan bersaiz kecil masa mengukus kira-kira 15-20 minit.

2. Jika anda menggunakan satu loyang yg besar utk mengukusnya, ia memakan masa sekitar 30-40 minit.

3. Hidangkan dgn kelapa (putih) parut yg dikukus dan dibubuh sedikit garam.

Posted by umi_e at Friday, January 25, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 24 January 2008

Puding cendol

Pandai sungguh Mak Yah membuat dodolCik Mat membantu sampai duduk bersilaHidangan petang dengan puding cendol Makanan tradisi yang diolah semula

Resepi dari MR oleh tuntung15 >>>

http://myresipi.com/top/detail/2899

Bahan

Bahagian Lapisan Bawah

500ml air180gm gula pasir300ml santan pekat10gm agar - agar powder500gm cendolsedikit garam

Bahagian Lapisan Atas

500ml air200gm gula merah300ml santan pekat10gm agar - agar powder1 biji kuning telursedikit garam

Cara

Bahagian Lapisan Bawah

1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.

Tips : untuk acuan.

Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bahagian Lapisan Atas

1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.2. Tapiskan air gula.3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.4. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.5. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan

Posted by umi_e at Thursday, January 24, 2008 4 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 23 January 2008

Waffle with custard sauce and strawberry

Izam ke Terengganu melihat penyu

Pergi bersama Jun dan juga SitiOtak buntu nak fikirkan menuAkhirnya waffle untuk sarapan di hari cutiHari cuti camni taklah kelam kabut cam hari-hari sekolah, bolehlah berehat-rehat dan berguling-guling lama sikit ;)

Namun masalah sama saja, memikirkan menu sarapan dan makan siang... so bila dah buntu buatlah yang agak2 senang... waffle ni senang je... bancuh je tepung yang dah ready beli kat kedai Yummie tu bersama telor dan air... pastu panaskan waffle maker... jadi ler...

Supaya ada kelainan sikit daripada biasa, makanlah dengan custard dan strawberry yang dalam tin tu je...

Untuk custard pula diambil dari resepi maya_zakry di MRBahan1 tin susu cair2 s/b tepungkastad2 s/b gula CaraGaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Posted by umi_e at Wednesday, January 23, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 21 January 2008

Popia goreng

Jauhnya berjalan hingga ke Shang HaiSambil berjalan memakan kentangPopia goreng bersoskan cili ThaiSedap dimakan di waktu Petang

Bahan

50 keping kulit popia500 gm tauge1 genggam udang kering (ditumbuk halus)1 biji sengkuang (ukuran sederhana)1 biji timun200 gm udang hidup/ atau ganti dengan ayam jika suka1 biji bawang besar - tumbuk3 ulas bawang putih - tumbukSedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya)Sedikit minyak untuk menggorengSedikit garam dan serbuk perasa

Cara

1. Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian cuci dan toskan.2. Sengkuang dan timun diparut memanjang.3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar+ bawangputih dan udang kering hingga wangi. 4. Bila telah agak kering, masukkan udang dan sengkuang Tambahkan garam dan serbuk perasa.5. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat. 6. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan lekatkan dengan bancuhan tepung gandum tadi. 7. Buat begini sehingga habis.8. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing - angkat dan toskan minyak.

*** Hidangkan dengan sos Thai atau sos cili Posted by umi_e at Monday, January 21, 2008 2 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 18 January 2008

Instant caramel pudding

Pandai sungguh KASIH bermadahMembaca karyanya hati meratappuding karemel segera sangatlah mudahbuat hidangan selepas bersantap

Bahan:

Instant caramel pudding - ikut suka berapa banyak nak guna

Cara:

1. Ikut aturan yang diberikan di kotak/pack pudding2. Tuang dalam bekas - ikut suka kecil atau besar3. Hias ikut suka :)

Posted by umi_e at Friday, January 18, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) dessert, kuih-muih 6 January 2008

Donut bulat

Nita buat kek lapis bersama kak pah berhati-hatiKek lapis yang dibuat rupanya berbelang-belangResepi donut kudapat dari blog PrincessharyatiMakanan kegemaran anak-anak dan hb tersayang

Bahan280ml air300 g tepung roti (high protein flour)200 g tepung gandum (plain flour)10 g garam60 g gula halus20 g susu tepung1/2 camca besar baking powder3 1/2 camca teh instant yeast2 kuning telur50 g lemak sayur (shortening)Bahan Gula halusCoklat cairGula hiasanLemon curd/Cream custardCara1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur.2. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut.3. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan.3. Bulat2kan doh (tak payah buat lubang di tengah), Masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda).

* KAEDAH LAIN:- Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.

4. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit.5. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap bulat dan alihkan ke dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap.6. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.7. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak.6. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel.7. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus.Posted by umi_e at Sunday, January 06, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 5 January 2008

Keledek rebus gula

dj_vjuice bertambah berat baju tak muatSelalulah bersenam janganlah alpaKeledek rebus gula senang nak buatMakanan tradisi janganlah dilupa

Hari ni hujan je... panas jap pastu hujan lagi... petang-petang begini makan yang best ialah makanan tradisional kita lah kan...

Bahan

Ubi keledek - ikut suka banyak manaGula - ikut suka manisAir secukupnyaGaram secukupnya

Cara

1. Kupas ubis keledek dan potong nipis serta besar ikut suka2. Rebus bersama sedikit garam hingga empuk tapi jangan terlalu empuk sampai hancur3. Panaskan periuk dan masakkan gula dengan secukup air - cam buat caramel tapi cair sikit4. Masukkan ubi keledek yang dah empuk tadi dan gaul rata

Posted by umi_e at Saturday, January 05, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 31 December 2007

Roti Jala

Anggunnya sitifadzillah berkurung KedahSedang memasak dan menggoreng kentangRoti jala umie jadikan juadahUntuk santapan minuman petang

Roti jala merupakan makanan kegemaran puteri-puteri umie. Resepinya ambil dari MR... nanti kita check bersama resepinya ya di sini ok ... http://www.myresipi.com/top/detail/62Bahan

450g tepung gandum

1 camt garam

1/2 camt serbuk kunyit

450 ml susu segar

3 biji telur (di pukul sedikit )

450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )

2 camb mentega cair

minyak untuk melenser

acuan roti jala

Cara

1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.

2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.

5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Posted by umi_e at Monday, December 31, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih 26 December 2007

Pisang tanduk goreng

Sudah lama tidak berpantun, teringin pula nak buat pantun berkait... Pergi mengail bersama pak AmatTiba-tiba umpan jatuh berselerakPisang tanduk ole-ole dari cik MatLama diperam baru kini dapat kumasak

Pisang tanduk ole-ole dari cik MatLama diperam baru kini dapat kumasakRasanya memang manislah amatBaunya pulak harum sermerbak

Rasanya sungguh manislah amatBaunya pulak harum sermerbakTerima kasih buat adindaku cik MatBuatku terharu dan terasa sebak

p/s: errmmmm adindaku, Su...betul ke pantun kekandamu?Bahan:

Pisang tandukTepung berasAir kapurAir secukupnyaMinyak untuk menggoreng

Cara:

1. Kupas pisang dan potong tebal ikut suka2. Bancuh kesemua bahan dan agak2 pekatnya dapat salut pisang3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing

Posted by umi_e at Wednesday, December 26, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih Jemput-jemput bawang berkentang

Cuaca mendung suram terasaBangun pagi terfikir nak sarapan apaTengok bahan tak banyak yang adaAkhirnya buat sarapan sekadarnya saja

Jemput-jemput mudah untuk disediakanTambahan pula bila tak cukup bahanTepung, bawang dan ketang jadi ramuanBuat hidangan keluargaku bersarapan

Bahan

1 biji kentang besar (potong nipis dan panjang macam lidi mancis)1 biji bawang besar (hiris halus)200gm tepung gandum100gm tepung naik sendiri1 biji telor1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis1 sudu besar cili gilinggaram secukupnyaair secukupnyaminyak untuk menggoreng

Cara

1. Campur semua bahan dalam bekas dan masukkan air secukupnya (agak2 kepekatannya)2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan3. Boleh dihidangkan bersama sos cili/tomato/mayonis

Posted by umi_e at Wednesday, December 26, 2007 2 comments

Kisah hari ini :) breakfast, kuih-muih 17 December 2007

Roti John

Induk monyet mencari kutuAnak monyet menggaruk kepalaRoti john dibuat untuk gathering hari ituSimple saja untuk juadah makan bersama

Sekarang ni semuanya mahal kan... nak beli roti john kat pasar malam pun dah berapa harganya... kalau beli satu je oklah juga, tapi untuk anak-anak umie memang tak cukup, so kira-kira baiklah umie buat sendiri je... bolehlah makan sepuas yang dikehendaki...

Bahan

2 biji roti (untuk buat roti john)250gm daging/ayam cincang3 biji telor1 biji bawang besar - potong dadu1-2 tangkai daun sop/bawang - potong halusperasa secukupnyaminyak - untuk melenser

Cara

1. Campurkan kesemua bahan kecuali roti2. Panaskan kuali leper, ambil secukup bancuhan daging+telor dan letak atas kuali, kemudian baru letakkan roti (telangkupkan)3. Biar sampai masak baru di terbalikkan4. Letak sos cili/tomato dan mayomis

Posted by umi_e at Monday, December 17, 2007 0 comments

Kisah hari ini :) kuih-muih, Roti 15 December 2007

Waffle

Sudah lama teringin nak buat waffle sendiri...Anak-anak suka sangat makan waffle tapi bila nak makan pergi beli...Baru-baru ni pergi kedai tertanyalah tokeh tu kalau ada waffle makerkebetulan tokeh tu kata "ada"errmmmm teruslah terfikir, "baik beli je lah..."

Waffle maker ni hasilnya taklah cam waffle yang jual kat kedai tusebab yang ni kecil dan nipis je...tapi kira boleh dan sesuailah untuk hidangan keluarga.Sesiapa yang anak-anaknya suka makan waffle cam anak-anak umie semua,memang recommended ler untuk membelinya ;)

Bahan 850g Crispy Waffle Cake Mix (mudah dan rasanya memang sedap)4 biji telor 900ml air 80ml minyak jagung 1/2 sudu teh Waffle vanilla (essence)

Cara 1. Campur kesemua bahan 2. Panaskan waffle maker dan tuangkan 2 senduk adunan dan tutup hingga masak3. Hidangkan ikut suka

p/s: Bahan2-bahan tersebut tercatat di atas bungkusan tepung waffle yang umie beli... senang kan...MEEEEEEEEEEEEE.

Mee udang

Di Tambak Johor memang sesakMak daro tersekat di perjalananMee udang amat senang dimasakJuadah mudah untuk hidanganDalam keadaan yang agak sibuk, masakan yang nak dihidangkanpun kalau boleh yang senang dan cepat disediakan. Rasanya mee udang ni senang dan cepat untuk dimasak... Makan panas-panas memang best!

Bahan

1 bungkus mee kuning250 gm udang basah - sederhana besar10 batang crab meat (jika suka)7 tangkai cili kering (kurang atau lebih ikut suka pedas)*1 biji bawang besar*3 ulas bawang putih*1 cm halia*1 sudu teh sos cili1 sudu makan sos tomatogaram/perasa secukupnyaminyak untuk menumis100 gm sawi putih (atau sayuran yang disukai)100 gm taugehdaun bawang/daun /cili merah-hijau/bawang goreng (untuk hiasan)

Cara

1. Blend semua bahan bertanda *2. Bersihkan udang dan ketepikan kepalanya - blend dengan secukup air dan tapis dan ketepikan.3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan belnded*.4. Setelah naik bau baru masukan air tapisan kepala udang yang telah diketepikan tadi.5. Masukkan sos cili/tomato, garam/perasa.6. Masukkan udang, crab meat dan sayur - setelah mendidih padamkan apinya.7. Mee dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu.8. Ambil sedikit mee/taugeh dan tuangkan kuah yang telah mendidih bila selesai semuanya hidangkan bersama bahan hiasan yang ada/disukai.

Posted by umi_e at Friday, March 21, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) mee 13 March 2008

Mee sop keropok

UncleJ belikan anaknya pen sebatangJauhnya beli di perhentian MachapMee sop keropok hidangan petangEnak dimakan bersama sambal kicap

Resepinya mudah saja, sama seperti mee sop yang umie pernah letak dalam n3 sebelum ini cuma diletakkan keropok dan suun goreng sebagai bahan hidangan.

Posted by umi_e at Thursday, March 13, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) mee 6 February 2008

yee mee simple

Musin cuti jalan raya penuh sesakshai dan mika tak kira asal balik sudah

Masakan yang mudah cepat dimasakYee-mee simple dijadikan juadah

Bahan

1 bungkus yee me200 gm bebola ayam200 gm fish ball/cake5 ulas bawang putih (dicincang)100 gm kobis (boleh guna sayur sawi)2 sudu besar tepung jagung (campurkan sedikit air)1 inci halia (dihiris)3 cawan air (boleh lebih kalau nak banyak kuah)5 biji telur2 sudu besar minyak bijan2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)1 cube stock ayam1 susu sos tiramgaram/lada sula secukup rasaminyak untuk menggoreng yee mee (secukupnya)

** bahan seperti ayam/udang dll boleh juga digunakan jika ada dan suka

Cara

1. Panaskan minyak dan goreng yee mee hingga agak garing. Ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis sedikit bawang putih dan halia hingga agak garing dan ayam ball dan fish ball/cake. Masukkan air + stock ayam + sos tiram bersama bahan perasa dan lada sula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

4. Campurkan kobis, biar seketika dan akhir sekali masukkan telur. Tutup api dan kacau.

5. Tuang kuah ke atas yee mee dan hidangkan semasa panas.

Posted by umi_e at Wednesday, February 06, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) mee 2 February 2008

Mee siam kuah

Cerdik sungguh anak si sang kancilBeruang yang duduk diarahkan berdiriMee siam kuah kegemaran sejak kecilSedihnya bila nak makan kena buat sendiriIkutkan umie buat je tanpa ada resepi yang tepat tapi kerana di MR ada so sapa-sapa nak try boleh ambil resipi dari sini >>> http://www.myresipi.com/top/detail/3280Bahan mee siam

500gm mee hoon (direndam bersama air sejuk)sedikit daun kucaibahan untuk menggoreng mee:-2 biji bawang besar3 ulas bawang putih25 tangkai lada kering (direndam)3 sudu besar udang kering (direndam)sedikit garam dan gula

Cara

1) kisar kesemua bahan tadi...

2) panaskan kuali dan masukkan minyak anggaran setengah cawa

3) bila dah panas masukkan bahan yg telah dikisar tadi.

4) bila dah naik minyak, masukkan mee hoon dan digaul rata kemudian dimasukkan daun kecai, garam dan gula secukup rasa.

Bahan Kuah

20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar2 sudu udang kering (direndam) = dikisar1 1/2 biji bawang besar = dikisar2 biji bawang putih = dikisarsegenggam asam jawa2 senduk gula dan garam secikip rasa1 1/2 liter air6 sudu kacang tanah = dikisar1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)

Cara

1. tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi2. bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...3. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.4. kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam manis

hiasandaun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)

Posted by umi_e at Saturday, February 02, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) mee 4 January 2008

Mi goreng mamak

Zaliana memang suka masak nasi lemakSambal tumisnya pula sedap dirasaSemalam mi siam hari ni mi goreng mamakBukti Malaysia negara pelbagai bangsaBahan

1 bungkus mee kuning1 biji bawang besar - blend2 ulas bawang putih - blend4 biji telur2 sudu cili kering - blend2 sudu besar sos tomato3 sudu besar kicapTaugeh - ikut sukaCili Merah, aun bawang/sup dan bawang goreng untuk hiasanGaram secukup rasaKiub ayam - jika sukaMinyak untuk menumisCara

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, kemudian masukkan cili kering. 2. Goreng hingga naik bau dan pecah minyak.3. Masukkan sos tomato, kicap ,garam dan kiub ayam.4. Masukkan mee dan gaul sebati.5. Kemudian masukkan telur dana kacau rata hingga agak-agak kering.6. Akhir sekali masukkan taugeh dan goreng 1-2 minit hingga sekata.7. Taburkan cili merah, daun bawang/sup dan bawang goreng di atasnya.Posted by umi_e at Friday, January 04, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) mee 3 January 2008

Mi siam goreng

Checkie atau ein orang yang samaSweet Lily pula baru habis pantangMi siam atau bee hoon bendanya samaBoleh buat sarapan atau makan petangBahan

1 bungkus mee hoon - ikut suka brand apa dan rendam sampai lembut2 sudu besar cili kering blend1 sudu makan taucu3 sudu besar bawang merah + bawang putih blend1/2 cawan udang kering yang telah ditumbuk3 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos tiram1 sudu besar kicap manisGaram/perasa secukup rasaminyak untuk menumis250gm udang (jika suka)3 batang sayur sawi (jika suka)

Cara

1. Panaskan minyak dan umis bawang merah + bawang putih blend.2. Setelah naik bau masukkan cili kering blend. Tumis hingga pecah minyak.3. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk.4. Masukkan taucu, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.5. Masukkan sedikit air supaya mee hoon yang telah direndam tadi lembut ketika digoreng.6. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan sayur sawi.7. Perasakan dengan garam.8. Gaul dengan rata hingga mi siam lembut.Posted by umi_e at Thursday, January 03, 2008 0 comments

Kisah hari ini :) mee 26 November 2007

egg mee with meat ball soup

Cuaca mendung dan hujan camni memang membuatkan penyakit M umie bertambah-tambah... Musim hujan camni, makan sop memang best... kena lak panas-panas... Bahan:

Bebola daging (ikut suka banyak)1 biji bawang besar -blend3 ulas bawang putih - blend1 cm halia - blend1/2 sudu besar rempah sop rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)lada hitam tumbuk secukupnyagaram/perasa ikut sukaminyak untuk menumisair secukupnyadaun bawang/sop/bawang goreng utk hiasanmee telor (macam rupa maggi mee) secukupnyaCara

1. Panaskan minyak dalam periuk asing dan tumiskan semua bahan blend berserta rempah menumis (bunga lawang etc) hingga naik bau2. Masukkan rempah sop dan air secukupnya3. Masukkan lada hitam secukupnya, garam/perasa4. Kemudian masukkan bebola daging dan masak hingga mendidih.5. Panaskan secukup air dalam periuk dan rebuskan mee telor secukupnya dan toskan airnya6. Ambil secukup mee yang diperlukan dan letakkan sop diatasnya dan hias dengan daun bawang/sop/bawang gorengPosted by umi_e at Monday, November 26, 2007 2 comments

Kisah hari ini :) mee 14 November 2007

Mee sop simple

Mee sop ni pun simple juga ;) Kalau dah takde modal nak masak apa untuk tetamu, umie buat mee sop camni je lah :DBahan Kuah sop15 ulas bawang merah -blend5 ulas bawang putih - blend1 inci halia - blend1 bungkus rempah sop2 biji kentang (dibelah 4 / ikut suka)rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)lada hitam tumbuk secukupnyagaram/perasa ikut sukaminyak untuk menumisair secukupnyaBahan isiisi ayam ikut suka (goreng dan carik2kan)1 bungkus mee kuning50sen taugehdaun sopbawang gorengCara1. Panaskan minyak masukkan bahan penumis (bunga lawang etc) dan tumis bahan yang di