cikgu nurul tmk

Upload: dayangku-nurul

Post on 14-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1. Pengenalan22. Bahagian A 4 93. Bahagian B 10 124. Kesimpulan 135. Rujukan 14-156. Lampiran 16-17 Brosur Borang kaji selidik CD ( Perisian Kursus )

Penggunaan komputer pada masa kini semakin mendapat tempat dan perhatian dalam apa jua bidang termasuklah bidang pendidikan. Dengan perkembangan teknologi komputer juga, ia memberikan satu perubahan dalam pendidikan dengan penggunaan pelbagai sistem Pembelajaran-Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang memberikan beberapa kebaikan berbanding pendidikan tradisional.

PPBK didefinisikan sebagai satu strategi atau bentuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan keseluruhan atau sebahagian dari kandungan matapelajaran (Rao et.al, 1991). Konsep PPBK pada awalnya tidak mendapat perhatian disebabkan teknologi komputer masih baru pada ketika itu, kekurangan daripada segi perkakasan dan perisian serta kos yang tinggi telah membantutkan banyak usaha untuk meneroka dan memperkayakan pakej PPBK yang bermutu secara meluas. Akibatnya, perisian terdahulu kurang mendapat sambutan (Norhashim et.al, 1996).Perkembangan PPBK di dalam pendidikan bermula pada tahun 1950-an dan Amerika Syarikat adalah negara pertama yang telah membangunkan program PPBK. Antara PPBK yang telah dibangunkan adalah projek Programmed Logic for Automatic Teaching Operation (PLATO) oleh Universiti Illinois pada tahun 1960 (Alpert & Andersen, 1970). PLATO ini menggabungkan penggunaan unsur teks dan grafik serta merupakan persekitaran pertama penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala pada tahun 1972, projek Time-shared Interactive ComputerControlled Instructional Television (TICCIT) telah memperkenalkan penggunaan minikomputer bagi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (Merill, Schneider & Fletcher, 1980). Projek TICCIT ini memperkenalkan konsep pengajaran berpusatkan pelajar (Wydra, 1980). Perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan di Malaysia bermula pada tahun 1986. Ia melibatkan beberapa peringkat perkembangan dan perkembangan terbaru adalah projek sekolah perintis bestari yang bermula 28 Julai 1999 sehingga 22 Julai 2002. Sebanyak 90 buah sekolah dijadikan sekolah perintis bestari. Seterusnya bagi menyahut cabaran transformasi daripada masyarakat berasaskan industri kepada masyarakat berasaskan maklumat, kerajaan juga telah melancarkan beberapa projek ntaranya portal pendidikan utusan, e-buku dan sebagainya. PPBK pada awalnya kurang mendapat sambutan disebabkan kekurangan perkakasan dan perisian yang bermutu. Namun atas usaha pelbagai pihak PPBK kini semakin berkembang maju seiring dengan perkembangan teknologi komputer dan system maklumat. Peranan PPBK dalam matapelajaran matematik telah diakui oleh beberapa kajian dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui ciri-ciri multimedia, dan dengan menggunakan Teknik EIF diharap dapat meningkatkan lagi keupayaan PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah kekurangan contoh dan latihan yang sering dihadapi oleh pelajar perlu diambil perhatian dalam pembinaan perisian PPBK bagi memastikan penguasaan sesuatu konsep pembelajaran tercapai. Selain itu kepelbagaian tahap dan peringkat contoh serta latihan dapat meningkatkan keberkesanan perisian PPBK tersebut. Penetapan matlamat, objektif kajian dan skop kajian akan menjadikan kajian yang dijalankan mempunyai garis panduan terhadap hasil kajian iaitu perisian PPBK menggunakan Teknik EIF yang menggunakan ciri-ciri multimedia dan penekanan Perisian komputer jenis ini memberi peluang kepada pengguna untuk menguji kebolehan mereka dalam memahami konsep, teori, atau informasi yang telah dipelajari.Kajian yang lepas pula menunjukkan kejayaan sesuatu perisian kursus multimedia interaktif bergantung kepada beberapa perkara iaitu tumpuan yang perlu diberi kepada aspek motivasi, perisian yang dibina juga hendaklah bersifat interaktif serta teknologi multimedia perlu digabungkan ke dalam perisian kursus bagi menarik perhatian pengguna. Pendekatan teori serta aspek kajian yang lepas sekiranya diambilkira di dalam pembangunan perisian kursus ini diharapkan dapat membentuk perisian kursus yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

TAHUN : TAHUN 4

HASIL KAJIAN PERISIAN KURSUS PPBKTOPIK : CIRI CIRI TUMBUHANMATAPELAJARAN : SAINSTAHUN : TAHUN 4

PENGENALAN PERISIAN Perisian kursus ini dibangunkan untuk membantu murid memahami cara pembiakan, pergerakan dan habitat beberapa tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.Beberapa klip video turut digunakan untuk membantu murid memahami dengan labih mendalam tentang pelbagai cara pembiakan dan pergerakan tumbuhan.

OBJEKTIF PERISIAN Pada akhir pembelajaran murid dapat :Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep Sains untuk memahami cirri-ciri tumbuhan.Memahami cara pembiakan tumbuhan, pergerakan dan habitat tumbuhan.

BAHAGIAN AHASIL KAJIAN PERISIAN MENGIKUT KRITERIA PEMILIHAN KURSUS

KRITERIAPENERANGAN

KetepatanKekuatan :1. Perisian ini bebas daripada kesalahan mengeja dan menggunakan bahasa yang betul serta mudah difahami oleh murid.2. Isi pelajaran dan objektif yang disediakan bertepatan dengan sukatan pelajaran Sains Tahun 4.3. Tidak menyentuh hal-hal yang sensitif yang boleh menyinggung pihak lain seperti hal keagamaan, budaya dan politik.

Kelemahan : Tidak ada

Kesesuaian Kekuatan:1. Bahasa yang digunakan dalam perisian sangat mudah difahami oleh murid.2. Maklumat yang diberikan juga sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.3. Tahap soalan yang diberi mudah difahami oleh murid serta murid dapat menggunakan perisian dengan baik.

Kelemahan : Tidak ada

SkopKekuatan :1. Kandungan dalam perisian menepati sukatan pelajaran.2. Susunan maklumat teratur dan mudah difahami dan digunakan.3. Aktiviti pelbagai dan menarik minat murid.

Kelemahan : Tidak ada

NavigasiKekuatan :Maklumat dapat dicari dengan cepat kerana ikon, menu dan arahan adalah sangat jelas dan tepat. Guru boleh membuat pilihan untuk mengawal perjalanan perisian. Hanya perlu menekan butang yang telah disediakan. Setiap butang mempunyai petunjuk/ nama.

Kelemahan :Tidak mempunyai butang keluar terus daripada program. Walaupun terdapat link untuk keluar terus daripada program tetapi pengguna terpaksa menunggu beberapa minit untuk program tersebut berhenti.

Ciri-ciri Penyimpanan RekodKekuatan : Tidak ada

Kelemahan : 1. Program ini tidak mempunyai ciri-ciri penyimpanan rekod, seperti rekod penggunaan perisian murid.2. Perisian ini juga tidak boleh menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian atau aktiviti latihan.3. Tidak terdapat kemudahan mencetak maklumat.

PersembahanKekuatan :1. Isi kandungan yang disampaikan dapat meransang pemikiran murid.2. Melalui gambar dan warna-warna yang digunakan dalam perisian menarik perhatian murid.3. Terdapat video klip tumbuhan yang dapat membantu murid memahami maklumat dengan lebih berkesan.4. Susun atur paparan juga teratur dan baik.5. Penerangan cukup untuk visual yang ditayangkan.6. Mempunyai suara yang menjelaskan setiap isi pelajaran yang disediakan.7. Teks dan saiz tulisan mudah dibaca dan difahami sesuai untuk kumpulan sasaran.8. Mempunyai kemudahan untuk mendapatkan bantuan.9. Aktiviti latihan yang sesuai dengan tahap murid serta pelbagai teknik soalan.10. Maklum balas yang membina apabila murid berjaya menjawab soalan.

Kelemahan :1. Pengenalan atau permulaan perisian terlalu lama.2. Penutup terlalu panjang dan sukar untuk keluar daripada program selagi tidak selesai bahagian penutup.

KualitiKekuatan : 1. Visual sesuai dengan isi pelajaran.2. Audio sangat jelas dan mudah difahami.3. Setiap paparan mempunyai suara dan muzik yang sesuai.

Kelemahan : Tidak ada

TeknikalKekuatan :1. Perisian ini menggunakan Macromedia Authorware 4. Ia memerlukan computer untuk dimainkan. Sekurang-kurangnya Pentium 100MHZ atau serasi dengannya.2. Perisian kursus ini juga dijalankan secara autorun. Anda boleh teruis memulakan perian ini dengan memasukkan CD ROM ke dalam pemacu cakera padat.3. Selain itu keperluan minimum system computer untuk memainkan perisian ini ialah Microsoft Windows 95,kad suara 8 bit 16 bit adalah lebih baik. Sekurang-kurangnya 16MB RAM, 32MB adalah lebih baik. SVGA/PCI/AGP 640x480, sekurang-kurannya 256 warna.4. Komputer mesti mempunyai CD/DVD driver. ( Sekurang-kurangnya 8x CD ROM drive)5. Terdapat penerangan tentang pengoperasian perisian. 6. Tidak memerlukan internet untuk membuka perisian ini.

Kelemahan : Tidak dapat dimainkan pada pemain CD yang tidak mempunyai computer.

Panduan PenggunaKekuatan:1. Terdapat panduan untuk pengguna serta penerangan tentang keperluan minimum perisian. Disediakan didalam CD dan juga didalam buku panduan.2. Terdapat maklumat berkenaan dengan kumpulan sasaran.3. Objektif pembelajaran disediakan.4. Penerangan cara memulakan perisian kursus juga diberikan.

Kelemahan : Tidak terdapat cadangan rancangan pengajaran guru.

BAHAGIAN B:Pengajaran dan Pembelajaran Berpandukan Komputer ( PPBK ) merupakan pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.Terdapat beberapa kategori atau klasifikasi perisian PPBK. Antaranya ialah Latih-tubi, Tutorial, permainan, Simulasi, Tunjuk cara dan Ujian. Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, terlebih dahulu kita perlu melihat kepada fungsi dan objektif PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan oleh sesebuah perisian kursus tersebut.Berdasarkan perisian kursus yang telah dimuat turun saya dapati perisian tersebut diklasifikasikan sebagai PPBK Tutorial. Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun ( Alessi & Trollip, 1991 ). PPBK jenis ini bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Tutorial yang dilaksanakan dengan baik membolehkan murid belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.Tutorial bermula dengan bahagian pengenalan yang menerangkan kepada murid tentang perisian kursus yang digunakan termasuk objektif pembelajaran. Seterusnya diikuti dengan persembahan bahan pengajaran yang disampaikan. Selepas isi pelajaran disampaikan latihan diberikan untuk melihat maklum balas murid. Di akhir tutorial, murid akan diberitahu tentang pencapaian mereka dan maklumat tentang penggunaan perisian kursus tersebut. PPBK jenis tutorial ini membolehkan murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Murid yang cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat, manakala murid yang lemah pula dibimbing melalui pemulihan ( Alessi & Tripollip, 1991 ). Murid boleh mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.

Persembahan MaklumatSoalan & RansanganPengenalan

Carta alir tutorial

Penilaian RansanganPenutupMaklum Balas

PENILAIAN PERISIAN

KEKUATAN :Penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting kerana ia akan menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian hendaklah merangkumi beberapa aspek agar kelemahan-kelemahan dapat dikenalpasti dan pemilihan yang tepat dapat dilakukan.Berdasarkan kajian saya terhadap Perisian Kursus Mata Pelajaran Sains yang bertajuk Ciri-ciri Tumbuhan adalah sangat bersesuaian dengan murid-murid tahap 2. Ia boleh digunakan untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Isi kandungan yang terdapat dalan perisian tersebut adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran tahun 4. Bahasa dan tulisan yang digunakan juga mudah difahami. Maklumat yang diberikan juga sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Susunan maklumat teratur dengan kemas dan memudahkan pengguna memahami setiap aktiviti yang disediakan.Dari aspek teknikal, maklumat dapat dicari dengan tepat dan cepat melalui penggunaan butang-butang yang bernama. Guru boleh mengawal perjalanan perisian dan boleh memilih tajuk yang diingini dengan mudah. Dari segi persembahannya pula maklumat disusun dengan menarik bersama gambar animasi, video dan audio yang jelas dan menarik serta menarik minat murid-murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Setaip isi pelajaran dijelaskan dengan tepat dibantu dengan suara yang memberikan penerangan tentang isi pelajaran. Ia sangat membantu murid yang berada di dalam kumpulan sasaran. Aktiviti latihan yang menarik dan pelbagai juga dapat membantu meransang minda murid. Dari segi dokumentasi, perisian ini menggunakan system Macromedia Authoware 4, dimana pengguna dapat memainkan perisian ini secara autorun. Ia sangat mudah. Terdapat panduan pengguna di dalam perisian dan juga dibuku panduan. Selain itu penerangan cara memulakan perisian kursus juga diberikan.

KELEMAHAN : Berpandukan kajian saya, tidak banyak kelemahan yang diperolehi daripada perisian ini. Antara kelemahan yang saya dapati ialah, Perisian ini tidak mempunyai ciri-ciri penyimpanan rekod seperti rekod penggunaan dan juga tidak boleh menyimpan maklumat tentang kedudukan semasa dalam suatu perisian atau aktiviti latihan. Perisian ini juga tidak mempunyai kemudahan mencetak maklumat.Selain itu, permulaan bagi perisian ini agak lama begitu juga dengan bahagian penutup. Pengguna terpaksa menunggu isi dibahagian penutup yang memaparkan AJK yang membangunkan perisian ini sehingga habis. Ini berkemungkinan akan menambah masa dalam pengajaran dan pembelajaran.

ULASANDaripada penilaian saya, perisian ini sangat sesuai digunakan walaupun terdapat sedit kelemahan. Kelemahan tersebut boleh ditangani mengikut kepakaran guru masing-masing. Bahan yang disediakan sangat bersesuaian dengan murid tahap 2 dan dapat membantu murid yang lemah dalam pembelajaran. Bahan audio, animasi dan video memberikan ransangan kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ia juga membantu murid memahami dengan lebih mendalam tentang cara pembiakan dan pergerakan serta habitat tumbuhan dengan jelas. Latihan yang diberikan juga mudah difahami. Panduan pengguna disediakan bagi memudahkan pengguna. Selain itu keaslian dan ketepatan isi kandungannya juga diperakui kerana perisian ini adalah keluaran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KesimpulanPembangunan perisian PPBK yang dibangunkan bukan setakat menarik tetapi mampu membimbing pelajar mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan sukar untuk direalisasikan. Ini kerana ia memerlukan kefahaman dalam dua bidang iaitu computer dan pendidikan. Gabungan kedua-dua bidang ini akan menghasilkan perisian memenuhi kehendak pengajar dan pelajar untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan bukan sahaja pada teknologi multimedia namun dari segi kandungan pelajaran, rekabentuk malah aspek pembelajaran kognitif juga harus diberi perhatian Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selaridengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep Pendidikan Untuk Semua tanpa mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007). Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi p & p.

Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting dalam kehidupan seharian pada zaman era teknologi maklumat. Guru-guru merupakan golongan pendidik yang perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran komputer sebagai satu elemen penting bagi membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.Pengetahuan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya dipertingkatkan ketahap optimum bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan

RUJUKANAb Rahman Ahmad (1995), Pembinaan Pakej Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer: Menerang, Mengarah, Memudahcara, Yang Manakah Lebih Baik?, PersidanganKebangsaan Pendidikan Matematik ke 4, Institut/Maktab Perguruan Malaysia, Hotel GrandContinental, Kuantan.Abdul Rahim Abd Rashid (2000), Wawasan dan Agenda Pendidikan. Utusan Publications andDistribution Sdn. BhdAlessi, S.M & Trollip, S.R (1991), Computer Based Instruction: Method And Development.Prentice Hall.Ali Bahrami (1999), Object-Oriented System Development Using The UML. New York: McGraw Hill.105Devan Velayudhan (1986), Understanding of Measurement Concept Among From TwoStudents in Two Penang School. SEAMEO-RECSAM. Jilid IX, Bil. 1:15-23.Ee Ah Meng (1997), Psikologi Pendidikan II (Semester II). Kuala Lumpur: Penerbitan FajarBakti Sdn. Bhd.Ee Ah Meng (1998), Pedagogi II Perlaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan FajarBakti Sdn. Bhd.Ee Ah Meng (1993), Pedagogi: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbitan FajarBakti Sdn. Bhd,Funkhouser, C (1993), The influence of Problem Solving Software In Students Attitudes AboutMathematics. Journal of Research of Computing in Education.25 (3), 339-346.Good, T.L and Grophy, J.E (1990), Educational Psychology: A realistic Approach. (4thEdition). White Plains, NY. LongmanHaseman, K. (1981), Children Understanding of Mathematics. London: 11-16.Haseman, R.W and Landesman, E.M (1992), The Integrative Videodisk System in The ZoneProximal Development . Journal of Education Computing Research. 21(3), 33-43.Merrill, M.D Schneider and E.W, Fletcher (1980). TICCIT. Englewood Cliffs: EducationalTechnology Publication.Jamalludin Harun and Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala Lumpur :Venton Publishing.106Jonassen, D.H (1991). Objectivism versus Constructivism: Do We Need A New PhilosophicalParadigm? Educational Technology Research and Development.Mok, Soon Sang (1996),Pedagogi 2: Perlaksanaan Pengajaran. Edisi 1. Selangor:Kumpulan Budiman.Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp and Rose Alinda Alias (1996), Pengajaran BantuanKomputer. Dewan Bahasa dan Pustaka & Penerbitan UTM.Tengku Zawawi Tengku Zainal (2001), Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: SatuKerangka Utama. [Online] Available: http://members.tripod.com/~MUJAHID/strategi.html.Wan Salihin Wong Abdullah, Mohamad Bilal Ali dan Rio Sumarni Shariffuddin (1998),Pengenalan Multimedia Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

15