buku peraturan akademik

77

Upload: tranhanh

Post on 19-Dec-2016

266 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Peraturan Akademik
Page 2: Buku Peraturan Akademik
Page 3: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

ii

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1. Bahagian I: Takrifan 12. Bahagian II: Tahun Akademik 33. Bahagian III: Semester Khas dan Pelaksanaannya 44. Bahagian IV: Pendaftaran Kursus 75. Bahagian V: Sistem Unit dan Kredit 106. Bahagian VI: Sistem Purata Nilai Gred 187. Bahagian VII: Peperiksaan 218. Bahagian VIII: Syarat Menduduki Peperiksaan 259. Bahagian IX: Persediaan Menghadapi Peperiksaan Akhir 2610. Bahagian X: Penyeliaan Peperiksaan Akhir 2711. Bahagian XI: Pengawasan Peperiksaan Akhir Semester 2812. Bahagian XII: Tatatertib Peperiksaan Akhir Semester 3313. Bahagian XIII: Penyelewengan Akademik 3814. Bahagian XIV: Penilaian 4215. Bahagian XV: Status Akademik 4416. Bahagian XVI: Pertukaran Program Pengajian 4717. Bahagian XVII: Penangguhan Pengajian 5018. Bahagian XVIII: Berhenti Pengajian 5419. Bahagian XIX: Syarat Penganugerahan Ijazah 5520. Bahagian XX: Penganugerahan Ijazah 5921. Lampiran A: Carta Tempoh Pendaftaran Kursus Pelajar 6122. Lampiran B: Jadual Pengiraan Kursus-Kursus yang Digabungkan 6223. Lampiran C: Tempoh Proses Permohonan dan Pengesahan

Pengecualian Kredit 6324. Lampiran D: Pengiraan GPA dan CGPA 6425. Lampiran E: Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12) 6526. Lampiran F: Borang Penangguhan Pengajian (HEA/HEP-13) 6827. Lampiran G: Transkrip Akademik 72

Page 4: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

1

BAHAGIAN I:

TAKRIFAN

PERATURAN AKADEMIK

“ Universiti ” ialah Universiti Malaysia Perlis.

“ Senat ” ialah Senat Universiti Malaysia Perlis.

“ Pusat Pengajian ” ialah mana-mana fakulti, institusi dan pusat pengajian universiti.

“ Dekan ” ialah ketua Pusat Pengajian / Institut / Pusat / Jabatan yang dilantik oleh Naib Canselor Universiti.

“ Pelajar ” ialah seseorang yang telah sah didaftarkan secara rasmi untuk mengikuti pengajian di universiti ini.

“ Calon Luar ” ialah pelajar semester akhir yang mendaftar kursus sahaja yang pernah diikuti sebelumnya.

“ Kursus ” ialah komponen kurikulum kursus yang mempunyai kod tersendiri.

“ Jawatankuasa Akademik Pusat Pengajian / Institut / Pusat ” ialah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pusat Pengajian / Institut / Pusat untuk menguruskan perkara-perkara mengenai hal ehwal akademik Pusat Pengajian / Institut / Pusat.

“ Kredit ” ialah jumlah unit yang telah didaftarkan dan lulus. Untuk pengajian peringkat ijazah, pelajar mesti mengumpulkan jumlah kredit yang ditetapkan.

“ Unit Kira ” ialah jumlah unit yang diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

“ Unit Pengecualian ” ialah jumlah pengecualian unit yang diluluskan oleh Senat Universiti.

Page 5: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

2

” Unit Pindah ” ialah jumlah unit yang dipindahkan dari institusi lain dan diluluskan oleh Senat Universiti.

“ Penganugerahan ” ialah pengesahan Senat Universiti ke atas pelajar yang telah memenuhi syarat lulus.

“ Rakan Pendamping Siswa (RPS) / Penasihat Akademik (PA) ” ialah staf akademik yang dikenalpasti untuk memberi penasihatan di dalam hal yang berkaitan dengan akademik pelajar.

“ Peperiksaan ” ialah sebarang bentuk penilaian yang dibuat ke atas pelajar Sarjana Muda yang dianggap oleh universiti sebagai sah untuk digunakan sebagai mengukur pencapaian dan kemajuan akademik pelajar.

“ Majlis Peperiksaan Pusat Pengajian (MPPP) ” ialah majlis yang ditubuhkan oleh Pusat Pengajian bagi semua urusan berkaitan dengan peperiksaan.

“ Purata Nilai Gred (PNG) ” ialah purata mata nilai yang diperolehi dalam sesuatu semester.

“ Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ” ialah purata himpunan mata nilai yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti.

“ Majlis Peperiksaan Universiti (MPU) ” ialah majlis yang ditubuhkan oleh universiti bagi semua urusan berkaitan dengan peperiksaan.

Page 6: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

3

BAHAGIAN II:

TAHUN AKADEMIK

1. Tahun Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14 minggu pembelajaran.

2. Di samping dua semester lazim di atas, universiti juga mempunyai satu semester pendek yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik dan dinamakan Semester Khas. Semester Khas menawarkan Kursus Kuratif untuk Kursus-kursus Keperluan Universiti, Teras dan Elektif bagi pelajar Tahun Akhir untuk tujuan bergraduat

3. Tahun Akademik dibahagikan seperti dalam Jadual I:

Jadual I: Tahun Akademik*

* Tertakluk kepada pindaan

Minggu Suaikenal 1 minggu

(Dalam Tempoh Cuti Akhir Tahun Akademik)

SEMESTER IPembelajaran 7 mingguCuti Pertengahan Semester 1 mingguPembelajaran 7 mingguUlangkaji 1 mingguPeperiksaan Akhir Semester 3 mingguJUMLAH 19 minggu

Cuti Antara Semester 5 minggu

SEMESTER IIPembelajaran 7 mingguCuti Pertengahan Semester 1 mingguPembelajaran 7 mingguUlangkaji 1 mingguPeperiksaan Akhir Semester 3 mingguJUMLAH 19 minggu

SEMESTER KHASPembelajaran 2 mingguPeperiksaan 1 minggu

Cuti Akhir Tahun Akademik 6 minggu

Page 7: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

4

BAHAGIAN III:

PANDUAN PELAKSANAAN SEMESTER KHAS

1. Pengenalan

a) Semester Khas menawarkan Kursus Kuratif untuk Kursus-kursus Keperluan Universiti, Teras dan Elektif bagi pelajar Tahun Akhir untuk tujuan bergraduat.

b) Tempoh Semester Khas merangkumi dua minggu pembelajaran dan satu minggu peperiksaan sahaja.

c) Cuti pertengahan semester dan ulangkaji tidak diperuntukkan untuk semester ini.

2. Syarat-Syarat Kelayakan Mengikuti Kursus Kuratif;

a) Pelajar tahun akhir yang akan bergraduat dan mendapat; i) Gred C-/ D+/ D/ D-/ F dan DK untuk Kursus Keperluan Universiti; ii) Gred C-/ D+/ D/ D-/ F dan DK untuk Kursus Teras dan Elektif

Universiti.

b) Pelajar yang mengulang satu kursus ulangan dengan syarat kursus tersebut telah diambil setiap kali ianya ditawarkan;

3. Syarat-Syarat Pendaftaran Kursus Kuratif;

a) Pelajar yang mengikuti kursus Kuratif tidak dibenarkan menambah atau menggugurkan kursus selepas minggu pertama;

b) Pelajar yang ingin mengikuti kursus Kuratif wajib mendaftarkan kursus dan hendaklah tidak melebihi 10 unit.

Page 8: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

5

4. Kaedah Pengajaran

a) Pelaksanaan tutorial bagi kursus kuratif adalah diwajibkan selama 2 minggu dan kehadiran pelajar dalam tutorial yang dikendalikan juga diwajibkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan Pusat Pengajian boleh mengecualikan pelajar daripada menghadiri tutorial yang diwajibkan itu dengan alasan yang munasabah.

b) Pelajar yang gagal dalam kerja kursus tidak layak untuk mengikuti kursus kuratif.

5. Kaedah Penilaian

a) Kaedah penilaian adalah berdasarkan gabungan komponen peperiksaan Kuratif dan Gred Markah kerja kursus yang telah diperoleh pelajar pada semester pelajar gagal dalam kursus yang berkenaan.

Formula pengiraan Gred Akhir bagi kursus kuratif:

Markah Kerja Kursus Tertinggi + Markah Peperiksaan Kuratif= Gred Akhir

b) Kaedah Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG)

PNG untuk kursus Kuratif menggunakan gred kursus yang terkini [Gred Akhir yang diperoleh semasa kursus Kuratif] dan perkiraan adalah melibatkan kursus-kursus Semester Kedua serta kursus-kursus yang diulang semasa Kuratif. Dengan cara perkiraan berdasarkan gred terkini, keputusan PNG akan mencerminkan keupayaan pelajar pada semester yang berkenaan.

c) Penentuan status akademik pelajar

Status Akademik Pelajar ditentukan oleh Nilai PNG. Sebagai contoh, jika nilai PNG pada Semester Kedua 1.99 atau ke bawah, Status akademik pelajar adalah “Percubaan”. Akan tetapi, jika nilai PNG semasa kursus Kuratif adalah 2.00 atau ke atas, Status akademik pelajar akan dikemas kini sebagai “Aktif”.

Page 9: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

6

Walau bagaimanapun, jika nilai PNG pada Semester Kedua dan nilai PNG semasa kursus Kuratif 1.99 atau ke bawah, Status akademik pelajar dikekalkan mengikut Status pada Semester Kedua.

CONTOH 1:

Semester PNG Status Akademik

Kedua 1.89 Percubaan 1 [P1]

Kuratif 2.04 Aktif [A]

CONTOH 2:

Semester PNG Taraf Akademik

Kedua 1.89 Percubaan 1 [P1]

Kuratif 1.92 Percubaan 1 [P1]

d) Gred kursus akan diberikan untuk Semester Khas.

e) Prosedur pengumuman keputusan peperiksaan yang sedia ada akan digunakan untuk Semester Khas.

Page 10: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

7

BAHAGIAN IV:

PENDAFTARAN KURSUS

1. Semua pelajar yang aktif diwajibkan mendaftar kursus untuk setiap semester. Pendaftaran kursus dibuat setelah pelajar berbincang dengan Rakan Pendamping Siswa (RPS) / Penasihat Akademik (PA) di Pusat Pengajian masing-masing. Kursus–kursus yang didaftarkan tanpa mendapat pengesahan daripada Rakan Pendamping Siswa (RPS) / Penasihat Akademik dianggap tidak sah.

2. Pelajar perlu memastikan kod kursus yang didaftarkan ialah kod yang betul.

3. Pendaftaran kursus mesti dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti hebahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar melalui e-mel dan portal.

4. Sebarang permohonan pendaftaran kursus/ penambahan kursus / pengguguran kursus / tarik diri di luar tempoh yang ditetapkan tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti boleh dikenakan denda. Hanya pelajar yang mempunyai alasan yang tertentu sahaja akan dipertimbangkan oleh Dekan Pusat Pengajian. Sebarang permintaan daripada pelajar berkaitan pendaftaran kursus/penambahan kursus/pengguguran kursus/tarik diri kursus semasa minggu peperiksaan tidak akan dilayan.

a) Semakan Pendaftaran Kursus i) Pelajar wajib mencetak slip pendaftaran kursus sebagai bukti

pendaftaran kursus dan menyimpannya sehingga selesai minggu peperiksaan bagi semester tersebut.

ii) Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak dan memaklumkan sebarang kesilapan yang terdapat pada slip pendaftaran kursus kepada RPS/PA/Penolong Pendaftar Pusat Pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan.

iii) Pelajar perlu mendapatkan pengesahan RPS/PA sebelum boleh mengikuti kursus berkaitan. Sekiranya gagal berbuat demikian, pelajar tidak boleh mencetak slip peperiksaan.

Page 11: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

8

iv) Sekiranya pelajar membuat pengguguran kursus / penambahan kursus/tarik diri kursus , pelajar wajib mencetak semula sebagai bukti pendaftaran kursus telah dikemas kini sehingga selesai minggu peperiksaan semester tersebut.

v) Pelajar wajib menyemak semula lagi slip pendaftaran kursus yang telah dikemaskini dan melaporkan kepada RPS/PA sekiranya terdapat kesilapan. Pelajar perlu mendapatkan pengesahan kali kedua sekiranya berlaku perubahan pada pendaftaran.

5. Penambahan Kursus

a) Tempoh yang dibenarkan untuk penambahan kursus adalah sehingga minggu ke-2 minggu pembelajaran.

6. Pengguguran Kursus

a) Tempoh yang dibenarkan untuk menggugurkan kursus adalah sehingga minggu ke-6 minggu pembelajaran.

7. Tarik Diri Kursus (TD)

a) Pelajar dengan persetujuan Pensyarah Kursus dan Dekan Pusat Pengajian boleh memohon untuk menarik diri daripada kursus yang telah didaftarkan pada semester yang berkenaan tidak lewat dari hari akhir bekerja pada minggu ke-12 minggu pembelajaran.

b) Kebenaran untuk pelajar menarik diri daripada mengikuti sesuatu kursus adalah tertakluk kepada jumlah unit minimum kecuali dengan kebenaran Dekan.

c) Status Tarik Diri (TD) akan dicatatkan dalam rekod pendaftaran kursus dan transkrip.

d) Pelajar yang tidak mendaftar kursus bagi tempoh maksimum dua (2) semester berturut – turut boleh ditamatkan pengajian dengan menggunakan Borang HEA 20 (Borang Penamatan Pengajian Pelajar).

Page 12: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

9

e) Bagi pelajar yang telah ditamatkan pengajian dan merayu untuk menyambung semula pengajian perlu menulis surat rayuan permohonan kemasukan kepada Naib Canselor melalui Dekan Pusat Pengajian (perakuan Dekan diperlukan).

f) Penalti RM100 akan dikenakan kepada pelajar bagi setiap rayuan kemasukan semula yang diluluskan.

g) Jangka masa pendaftaran, tambah-gugur (add-drop) dan tarik diri kursus adalah seperti dalam LAMPIRAN A.

Page 13: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

10

BAHAGIAN V:

SISTEM UNIT DAN KREDIT

1. Unit Kursus

Setiap kursus diberikan nilai yang dikenali sebagai UNIT kecuali mana-mana kursus-kursus yang diluluskan oleh Senat Universiti. Unit yang diberikan berdasarkan skop kursus dan kedalaman kursus berkenaan.

2. Penilaian Unit

a) Kecuali dalam kes-kes tertentu, nilai unit bagi kursus yang mempunyai unit adalah seperti dalam Jadual II.

Jadual II : Penilaian Unit bagi setiap minggu untukSemester 14 Minggu

Bentuk Pertemuan

NilaiUnit

Jumlah PertemuanSetiap Minggu

Kuliah 1 1 jamMakmal/Tutorial 1 2 jam

Projek Tahun Akhir 1 3 jamPembelajaran berbantu

melibatkan mod penyampaian lain seperti Problem-based

Learning (PBL), pembelajaran-e (e-learning modules), lawatan

kerja dll.

1 3 jam

Latihan Industri 1* Bergantung kepada program pengajian

*Nota: Nilai satu (1) unit bagi Latihan Industri adalah setara dengan dua (2) minggu latihan.

3. Beban Unit Untuk Setiap Semester

a) Pelajar berstatus Aktif ditetapkan untuk mendaftar dengan had tertentu bagi setiap semester. Bilangan unit minimum yang boleh didaftarkan pada setiap semester ialah 10 unit manakala unit

Page 14: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

11

maksimum ialah 22 unit kecuali pelajar semester akhir atau semasa Latihan Industri. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada 22 unit hendaklah mendapatkan kelulusan Dekan Pusat Pengajian.

b) Pelajar berstatus Percubaan (P), boleh mendaftar antara 8 hingga 12 unit.

c) Jumlah unit (minimum dan maksimum) untuk pendaftaran kursus mengikut taraf status pelajar adalah seperti dalam Jadual III.

Jadual III: Jumlah Unit (Minimum dan Maksimum) Untuk Pendaftaran Kursus Mengikut Taraf Akademik / Status Pelajar

Status Pelajar Minimum MaksimumAktif 10 22

Percubaan (P1) 10 12Percubaan (P2) 8 10

4. Pemindahan Kredit

a) Pemindahan Kredit adalah pemindahan kredit bersama-sama dengan gred yang diperoleh bagi kursus yang telah diambil oleh pelajar di universiti (UniMAP) atau IPT lain sebelum atau semasa mengikuti program di universiti (UniMAP). Proses pemindahan kredit, kredit yang diperoleh bersama-sama gred dan mata gred bagi kursus berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

b) Kebenaran pemindahan kredit, antara lain tertakluk kepada syarat-syarat umum yang berikut:

i) Gred minimum yang diperoleh bagi sesuatu kursus setara di peringkat program pengajian berkenaan hendaklah sekurang-kurangnya C. Walau bagaimanapun kursus-kursus setara yang dipohon untuk pemindahan kredit boleh digabungkan (dua kursus atau lebih) bagi mendapatkan pemindahan kredit untuk satu kursus di UniMAP. Bagi kes seperti ini, gred purata (dan

Page 15: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

12

bukannya gred individu) hendaklah sekurang-kurangnya gred C. Kursus setara bermaksud kursus yang mengandungi setara 80%. (Rujuk Lampiran B)

ii) Kursus setara yang dimohon mestilah kredit yang sama dengan kursus dalam program yang diikuti.

iii) Kelulusan untuk pemindahan kredit hanya diberikan kepada program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional yang diiktiraf.

c) Pemindahan kredit (horizontal) iaitu pemindahan kredit daripada

program di tahap kelayakan yang sama, iaitu Ijazah Sarjana Muda ke Ijazah Sarjana Muda atau Diploma ke Diploma:

i) Tiada had pemindahan kredit ditetapkan bagi pelajar yang sedang mengikuti program dan ingin menukar program lain dalam bidang yang sama dengan program yang sedang diikuti, dan bagi pelajar yang berhenti belajar daripada pengajian dan kemudiannya ingin menyambung semula pengajian tetapi dalam program lain di peringkat yang sama. Kursus yang dimohon pemindahan hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh permohonan.

ii) Pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit program yang sedang diikuti bagi pelajar yang sedang mengikuti suatu program dan dalam masa yang sama mengambil beberapa kursus di IPT yang lain (program mobiliti atau program pertukaran pelajar).

iii) Pelajar hanya akan diberikan pemindahan kredit sekali sepanjang tempoh pengajiannya. Walau bagaimanapun, pemindahan kredit bagi pelajar yang mengikuti program mobiliti atau program pertukaran pelajar tidak tertakluk kepada peraturan ini.

iv) Bagi pelajar yang mengikuti program mobiliti atau program pertukaran pelajar, kursus yang diberikan pemindahan kredit akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Pihak Pusat Pengajian perlu mendapatkan markah keseluruhan sebenar bagi kursus yang ingin diambil kira dalam pemindahan kredit ini daripada IPT berkenaan. Gred bagi kursus terbabit akan ditentukan dengan mengenal pasti kedudukan markah pada julat markah yang berkenaan dalam jadual gred dan nilai gred yang diguna pakai di UniMAP.

Page 16: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

13

d) Pemindahan kredit (vertical), iaitu pemindahan kredit daripada program di peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma ke Sarjana Muda atau sijil ke diploma:

i) Pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit program Sarjana Muda yang akan diikuti.

ii) Pelajar hanya akan diberikan pemindahan kredit sekali sepanjang tempoh pengajiannya.

iii) Kursus yang diberikan pemindahan kredit tidak akan diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pelajar dan akan disenaraikan dalam transkrip akademik pelajar dengan nilai gred PK. Gred bagi kursus yang akan diambil kira dalam pemindahan kredit ini adalah berdasarkan gred yang diperoleh oleh pelajar semasa mengikuti kursus di peringkat Diploma.

iv) Pemindahan kredit dari sijil ke diploma adalah tidak dibenarkan. v) Dalam keadaan tertentu, kursus yang tidak diluluskan untuk

pemindahan kredit boleh dipertimbangkan untuk pengecualian.

5. Pengecualian Kredit

a) Pengecualian kredit ditakrifkan sebagai pengecualian daripada pendaftaran dan mengikuti kursus yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar sebelum diterima masuk ke program pengajian universiti ini sebagaimana yang diluluskan oleh Dekan Pusat Pengajian/Dekan Pengurusan Akademik. Gred dan Mata Nilai bagi kursus yang telah diberikan pengecualian kredit ini tidak akan dikira dalam pengiraan Purata Nila Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) pelajar tersebut.

Kebenaran untuk pengecualian kredit antara lain, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

i) Gred minimum yang diperoleh bagi sesuatu kursus setara di peringkat program pengajian berkenaan hendaklah sekurang-kurangnya C. Walau bagaimanapun kursus-kursus setara yang dipohon untuk pemindahan kredit boleh digabungkan (dua kursus atau lebih) bagi mendapatkan pemindahan kredit untuk satu kursus di UniMAP. Bagi kes seperti ini, gred purata (dan

Page 17: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

14

bukannya gred individu) hendaklah sekurang-kurangnya gred C. Kursus setara bermaksud kursus yang mengandungi setara 80%. (Rujuk Lampiran B)

ii) Kursus setara yang dimohon mestilah kredit yang sama dengan kursus dalam program yang diikuti.

iii) Kelulusan untuk pengecualian kredit hanya diberikan kepada program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional yang diiktiraf.

iv) Had pengecualian kredit yang boleh diberikan hendaklah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan kredit yang disyaratkan untuk pengijazahan sesuatu program pengajian atau lebih kurang satu tahun pengajian.

v) Kelulusan untuk pengecualian kredit hanya diberikan kepada program yang telah diperakui oleh kerajaan atau/dan mendapat pengiktirafan dari badan/agensi akreditasi atau badan profesional yang diiktiraf.

vi) Pelajar yang lulus kursus wajib pada peringkat sijil tidak boleh mengambil semula kursus tersebut di peringkat diploma. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang telah lulus kursus wajib di peringkat sijil/diploma boleh mengambil kursus wajib di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

vii) Permohonan pengecualian kredit mestilah dibuat melalui pusat pengajian pelajar dalam tempoh tidak melebihi minggu ketiga (ke-3) pembelajaran dengan menggunakan Borang Pengecualian Kredit. (Rujuk Lampiran C).

viii) Borang permohanan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan silibus dan sistem permarkahan kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit dan satu salinan sijil/diploma/ijazah berkenaan.

ix) Kelulusan untuk pengecualian kredit akan diberikan kepada pelajar berdasarkan perakuan pusat pengajian pelajar dan akan dimaklumkan secara bertulis oleh pendaftar.

x) Kursus yang diberikan pengecualian kredit akan direkodkan dalam rekod akademik pelajar.

Page 18: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

15

6. Unit Kursus Gagal

a) Pelajar yang gagal dalam sesuatu Kursus Teras Q, hendaklah mengambil semula (tebus) dengan cara mengulang kursus tersebut hingga lulus. Bagi tujuan pengiraan PNGK, unit kira dan mata nilai terakhir kursus yang diulangi akan diambil kira dan unit kira serta mata nilai yang asal akan dimansuhkan.

b) Pelajar yang lulus bersyarat/gagal dalam sesuatu Kursus Keperluan Universiti, hendaklah mengambil semula dengan cara mengulang kursus tersebut hingga lulus. Bagi tujuan pengiraan PNGK, unit kira dan mata nilai terakhir kursus yang diulangi akan diambil kira dan unit kira serta mata nilai yang asal akan dimansuhkan.

c) Sekiranya gagal Kursus Opsyen/Kursus Ko-Kurikulum Berpakej, pelajar perlu menggantikan kursus tersebut dengan kursus Ko-Kurikulum lain. Unit dan mata nilai kursus yang gagal tidak akan diambil kira dalam pengiraan unit kira dan PNGK.

7. Kredit Kursus Lulus

Pelajar mesti lulus atau sekurang-kurangnya Lulus Bersyarat dalam semua kursus yang disyaratkan dalam kurikulum untuk sesuatu program pengajiannya bagi memenuhi keperluan pengijazahan.

8. Mengulang Semula Kursus

a) Pelajar yang dibenarkan untuk mengulang kursus ialah pelajar yang mendapat keputusan (gred) C-, D+, D, D-, F dan DK.

b) Kriteria Kursus yang Perlu Diulang: i) Kursus Teras Pelajar yang tidak lulus* mana-mana Kursus Teras mesti

mengulangi semula kursus tersebut untuk mendapatkan unit/kredit bagi tujuan pengijazahan. Sekiranya pelajar masih ingin mengambil semula kursus yang bukan gred di atas maka sejumlah bayaran berdasarkan unit dikenakan.

Page 19: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

16

ii) Kursus Keperluan Universiti Pelajar yang tidak lulus* mana-mana Kursus tersebut Keperluan

Universiti mesti mengulangi untuk mendapatkan unit/kredit bagi tujuan pengijazahan.

iii) Kursus Ko-Kurikulum Pelajar Diploma yang tidak lulus* mana-mana Kursus Ko-

Kurikulum, mesti mengulangi kursus tersebut untuk mendapatkan 5 unit/kredit bagi tujuan pengijazahan.

Pelajar Sarjana Muda yang tidak lulus* mana-mana Kursus Ko-Kurikulum, mesti mengulangi kursus tersebut untuk mendapatkan 3 unit/kredit untuk tujuan pengijazahan

iv) Kursus Opsyen Pelajar yang tidak lulus* mana-mana Kursus Opsyen mesti

mengulangi kursus tersebut untuk tujuan pengijazahan, pelajar yang mendaftar Kursus Opsyen lebih daripada satu (1) dan mendapat sekurang-kurangnya gred C pada salah satu Kursus Opsyen tersebut, bermakna pelajar telah memperoleh dua (2) unit/kredit bagi tujuan pengijazahan. Oleh yang demikian, pelajar tidak perlu mengulang mana-mana Kursus Opsyen lain yang gagal dan/atau lulus bersyarat.

Pelajar yang gagal Kursus Opsyen/Kursus Kokurikulum Berpakej tidak perlu mengulang kursus tersebut tetapi boleh menggantikan dengan kursus lain.

9. Tempoh Pengajian

a) Pelajar hendaklah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

b) Tempoh pengajian mengikut program pengajian universiti adalah seperti dalam Jadual IV.

c) Tempoh pengajian bagi pelajar yang memperoleh pengecualian unit dan pengecualian semester adalah tertakluk kepada pusat pengajian dengan kelulusan Senat.

Page 20: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

17

Jadual IV: Tempoh Pengajian

Program Pengajian Tempoh Minimum(Semester)

Tempoh Maksimum(Semester)

Sarjana Muda Kejuruteraan 8 14Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan 8 14

Sarjana Muda Perniagaan 6 10Sarjana Muda Sains Sosial 6 10Diploma Kejuruteraan 6 10

Page 21: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

18

BAHAGIAN VI:

SISTEM PURATA NILAI GRED

1. Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus digambarkan oleh gred yang diperoleh. Hubungan antara gred dan mata nilai adalah seperti dalam Jadual V.

Jadual V: Hubungan Antara Gred & Mata Nilai

Gred Mata Nilai StatusAA-B+BB-C+C

4.003.753.503.002.752.502.00

LULUS

C-D+DD-F

1.751.501.000.750.00

TIDAK LULUS

2. Gred lulus untuk sesuatu kursus adalah tertakluk kepada keperluan kursus seperti yang berikut;

a) Gred LULUS untuk semua kursus ialah Gred C dan ke atas (Gred A hingga C);

b) Gred TIDAK LULUS ialah C- hingga F

c) Sekiranya pelajar memperolehi PNGK (CGPA) > 2.00, dan mendapat Ged C- atau D+ untuk Kursus Teras ianya adalah dikira sebagai LULUS.

Page 22: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

19

3. Selain daripada gred di atas, gred berikut juga diguna pakai;

a) Tidak Lengkap (TL) - Kursus ini memerlukan tempoh melebihi satu semester untuk diselesaikan. Gred TL akan diberikan pada semester pertama kali kursus tersebut didaftarkan. Pelajar perlu mendaftarkan kursus yang sama pada semester yang berikutnya dan gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan disempurnakan.

b) Tarik Diri (TD) - Pelajar telah menarik diri daripada kursus yang didaftarkan dengan kebenaran Dekan. Gred TD akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan tetapi tidak melibatkan pengiraan PNG & PNGK. Pelajar perlu mendaftar semula kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya. Walau bagaimanapun, kursus tersebut tidak dikira sebagai kursus yang diulang. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan setelah disempurnakan. Minggu akhir untuk pelajar menarik diri mestilah tidak lewat pada hari akhir bekerja pada minggu ke-12 minggu pembelajaran.

c) DK - Tidak hadir peperiksaan atau tidak melengkapkan Projek Tahun Akhir dengan kebenaran (biasanya) melibatkan masalah kesihatan). Pelajar perlu mendaftarkan semula kursus yang sama pada semester berikutnya. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan setelah disempurnakan. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk membuat rayuan untuk menduduki Peperiksaan Khas dalam tempoh 48 jam selepas peperiksaan diadakan. Majlis Peperiksaan Universiti akan memutuskan sama ada pelajar dibenarkan atau tidak dibenarkan untuk menduduki Peperiksaan Khas atau pun tidak. Gred DK akan diberikan sementara menunggu keputusan terkini daripada keputusan Peperiksaan Khas.

d) F* - Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran (tanpa alasan yang munasabah). Gred F* akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan walaupun pelajar mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan mata gred 0.00 (gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK. Pelajar perlu mendaftarkan semula kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya. Pelajar

Page 23: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

20

tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus tersebut pada semester Kuratif dan/atau menduduki Peperiksaan Khas. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan disempurnakan.

e) X - Tidak dibenarkan/dihalang mengambil peperiksaan. Gred X akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan walaupun pelajar mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan mata gred 0.00 (gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK. Pelajar perlu mendaftar semula kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya. Pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus tersebut pada semester Kuratif dan/atau menduduki Peperiksaan Khas. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan disempurnakan.

Page 24: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

21

BAHAGIAN VII:

PEPERIKSAAN

1. Kehadiran

a) Pelajar hendaklah menghadiri semua bentuk pertemuan kursus (kuliah / makmal / tutorial / latihan industri dan sebagainya). Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pertemuan kursus, pelajar hendaklah memaklumkan sebab-sebab ketidakhadirannya dengan kadar segera kepada pensyarah berkenaan beserta bukti yang relevan jika perlu.

b) Pelajar hendaklah hadir tidak kurang daripada 80% masa pertemuan bagi sesuatu kursus dalam tempoh SATU (1) semester.

2. Dihalang Menduduki Peperiksaan

a) Pelajar yang tidak menghadirkan diri melebihi 20% daripada keseluruhan bilangan pertemuan (kuliah / makmal / tutorial / latihan industri dan sebagainya) tanpa sebab/bukti yang munasabah dengan surat kebenaran atau tiga kali berturut-turut dalam tempoh satu semester boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan. Pelajar hendaklah mengulang kursus tersebut pada semester biasa.

b) Pelajar berkenaan boleh diberikan surat amaran dan seterusnya surat tunjuk sebab. Kegagalan pelajar untuk memberikan maklum balas boleh menyebabkan pelajar berkenaan dihalang daripada menduduki peperiksaan (Barred).

3. Skim Penilaian

Penilaian bagi setiap kursus adalah ditentukan berdasarkan Peperiksaan Akhir, Kerja Kursus yang dibuat dalam tempoh minggu pembelajaran (merujuk kepada prinsip penilaian secara berterusan) dan bentuk lain yang dibuat dalam sesuatu semester menurut kaedah yang ditentukan oleh Pusat Pengajian tertakluk kepada kelulusan Senat.

Page 25: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

22

4. Peperiksaan Akhir Semester Peperiksaan Akhir Semester hendaklah dijalankan dalam tempoh

dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Senat. (Rujuk Peraturan Peperiksaan).

5. Peperiksaan Khas

a) Peperiksaan Khas boleh dipertimbangkan oleh Majlis Peperiksaan Universiti bagi kes-kes yang berikut :

i) Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester (pelajar mempunyai markah Kerja Kursus) kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan dan diperakui oleh universiti; atau

ii) Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester (pelajar mempunyai markah Kerja Kursus) kerana sebab-sebab selain daripada masalah kesihatan dan diperakui oleh universiti; atau

iii) Pelajar semester akhir (status pengajian Aktif)), tetapi gagal dalam SATU (1) / DUA (2) kursus yang diambil dalam mana-mana DUA (2) semester terakhir pengajian untuk tujuan pengijazahan, atau

iv) Kes-kes Khas yang lain.

b) Markah Peperiksaan Khas diguna untuk menentukan keputusan kursus yang diambil seperti berikut:

i) Markah Peperiksaan Khas seperti para 5(b) (i & ii) akan menggantikan markah peperiksaan akhir, manakala markah kerja kursus adalah kekal.

ii) Markah Peperiksaan Khas seperti para 5(b)(iii) yang lulus Peperiksaan Khas akan diberikan gred yang ditetapkan oleh pusat pengajian dan akan dikira untuk menentukan PNG dan PNGK. Pelajar yang gagal dikehendaki mengulang kursus pada semester biasa.

c) Peperiksaan Khas hendaklah diadakan bermula daripada minggu selepas peperiksaan semester tersebut sehingga sebelum bermula semester berikutnya dan tertakluk kepada kes-kes tertentu.

Page 26: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

23

d) Peperiksaan Khas tidak boleh diadakan bagi kes-kes seperti yang berikut:

i) Kursus yang tidak ada peperiksaan akhir semester. ii) Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir tanpa sebab

yang boleh diterima oleh universiti. iii) Pelajar yang mendapat keputusan (gred) F dan X.

6. Pengumuman Keputusan Peperiksaan

a) Keputusan peperiksaan pelajar diumumkan selepas mendapat pengesahan dan kelulusan daripada Majlis Peperiksaan Universiti.

b) Keputusan peperiksaan adalah rasmi setelah mendapat pengesahan daripada Senat Universiti.

c) Keputusan peperiksaan diumumkan kepada pelajar melalui :- i) Secara dalam talian dan pelajar perlu mencetak sendiri slip

keputusan rasmi peperiksaan keseluruhan yang menentukan status akademik pelajar.

ii) Secara khidmat pesanan ringkas (sebagai pilihan; perkhidmatan ini dikenakan caj)

7. Rayuan Penyemakan Semula Kursus

a) Pelajar dibenarkan untuk memohon penyemakan semula keputusan peperiksaan dengan menghantar borang HEA-15m [Borang Rayuan Penyemakan Semula Kursus] kepada Unit Peperiksaan & Pengijazahan dengan menyertakan Kiriman Wang/Wang Pos Malaysia/Bank Deraf/Cek atas nama BENDAHARI UniMAP atau resit pembayaran dari Jabatan Bendahari bernilai RM50.00 bagi satu (1) kursus. Borang rayuan tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 15 hari setelah keputusan rasmi diumumkan.

b) Penyemakan semula hanya melibatkan pengesahan daripada Pemeriksa Kursus terhadap semua skrip jawapan yang telah diperiksa dan diberikan markah dengan tepat. Markah yang dimasukkan ke dalam sistem juga perlu disemak bagi memastikan tiada kes keciciran markah atau kesilapan semasa memasukkan

Page 27: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

24

markah ke dalam sistem. Keputusan boleh kekal / berkurang / meningkat daripada markah asal bergantung kepada semakan pemeriksa kursus.

c) Setelah menerima borang rayuan daripada pelajar, Unit Peperiksaan & Pengijazahan akan mengemukakannya kepada Pusat Pengajian / Pusat / Institut berkenaan untuk meminta Pemeriksa Kursus menyemak semula keputusan (markah) pelajar yang terlibat dan memberi maklum balas kepada Unit Peperiksaan & Pengijazahan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh surat dikeluarkan.

d) Pusat Pengajian / Pusat / Institut akan mengesahkan sama ada keputusan peperiksaan pelajar berkenaan mengalami perubahan ataupun tidak dengan mengembalikan Borang Maklum balas Semakan Semula Kursus yang disediakan oleh Unit Peperiksaan & Pengijazahan. Jika mengalami perubahan gred/markah, Unit Peperiksaan & Pengijazahan akan mengemukakan kepada Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk pengesahan sebelum dimaklumkan kepada pelajar berkenaan. Sekiranya keadaan ini berlaku, pelajar akan diberikan surat pengesahan Tuntutan Pengembalian Wang Semakan Semula Kursus untuk diserahkan kepada Jabatan Bendahari. Pada masa yang sama, Unit Peperiksaan & Pengijazahan akan membuat pindaan terhadap keputusan peperiksaan kursus berkenaan.

e) Sekiranya tiada perubahan markah/gred, perakuan daripada Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) tidak diperlukan. Unit Peperiksaan akan terus menghantar surat jawapan kepada pelajar. Sekiranya keadaan ini berlaku, wang semakan semula sebanyak RM50.00 tidak akan dikembalikan kepada pelajar.

Page 28: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

25

BAHAGIAN VIII:

SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

1. Hanya pelajar yang telah mendaftarkan kursus dan disahkan oleh RPS/ Penasihat Akademik dibenarkan menduduki peperiksaan akhir yang disyaratkan oleh Senat.

2. Pusat Pengajian boleh membenarkan penangguhan peperiksaan bagi seseorang pelajar yang sakit sekiranya pelajar tersebut mempunyai pengesahan daripada doktor Hospital Kerajaan atau Pegawai Perubatan Universiti. Sijil cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada Dekan / wakilnya tidak lewat daripada dua puluh empat (24) jam dari masa peperiksaan yang berkenaan dimulakan kecuali atas sebab-sebab tertentu yang boleh diterima oleh universiti.

3. Pelajar yang disabitkan kesalahan mengikut Lampiran V (Peraturan Tindakan Ke Atas Pelajar Yang Tidak Menghadiri Kuliah Melebihi 20%), boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir.

4. Pelajar yang gagal membayar yuran boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan.

Page 29: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

26

BAHAGIAN IX:

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR

1. Draf jadual waktu Peperiksaan Akhir akan dikeluarkan sebelum minggu ke-9 pengajian.

2. Jadual waktu peperiksaan akhir dimuktamadkan setelah mengambil kira komen/bantahan daripada pelajar dan Pusat Pengajian/Pusat/Institut tentang pertindihan jadual waktu.

3. Jadual waktu peperiksaan akhir akan dikeluarkan 30 hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula.

4. Pelajar perlu mencetak sendiri slip peperiksaan akhir dalam Online Student Information melalui pautan Examination > Current Exam Slip sebulan sebelum minggu peperiksaan akhir bermula.

5. Sekiranya pelajar gagal membawa bersama slip peperiksaan semasa hari peperiksaan, pelajar tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan.

Page 30: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

27

BAHAGIAN X:

PENYELIAAN PEPERIKSAAN AKHIR

1. Penyelia Peperiksaan ialah Pendaftar atau wakilnya.

2. Penyelia Peperiksaan bertanggungjawab untuk menentukan peperiksaan akhir berjalan dengan pengawasan rapi dan tertib.

3. Penyelia Peperiksaan akan melantik Ketua Pengawas, Pengawas dan Pembantu Pengawas bagi setiap peperiksaan akhir semester. Ketua Pengawas dan Pengawas hendaklah terdiri daripada staf akademik, manakala Pembantu Pengawas hendaklah terdiri daripada staf kumpulan sokongan (Sokongan I dan Sokongan II).

4. Ketua Pengawas, Pengawas dan Pembantu Pengawas peperiksaan akhir bertanggungjawab kepada Penyelia Peperiksaan.

5. Kebenaran untuk pertukaran Ketua Pengawas dan Pengawas hanya dibenarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Page 31: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

28

BAHAGIAN XI:

PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

1. Dalam tiap-tiap peperiksaan seseorang Pengawas hendaklah bertanggungjawab untuk mengawasi peperiksaan.

2. Nisbah pengawas peperiksaan kepada pelajar bagi sesuatu kursus ialah 1:25.

3. Sekurang-kurangnya tiga (3) orang Pengawas dilantik bagi sesuatu kursus yang terlibat dengan peperiksaan. Seorang daripada mereka akan dilantik sebagai Ketua Pengawas dan selebihnya dilantik sebagai Pengawas. Staf Akademik terkanan hendaklah dilantik sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan.

4. Tanggungjawab Ketua Pengawas

a) Ketua Pengawas dikehendaki melaporkan diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di Pusat Kutipan / Penyerahan Kertas Soalan Peperiksaan satu (1) jam sebelum Peperiksaan dimulakan. Ketua Pengawas akan mendapatkan sampul surat yang bermaterai mengandungi kertas soalan, buku jawapan, borang-borang HEA dan senarai nama pelajar yang mengambil peperiksaan daripada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya.

b) Ketua Pengawas hendaklah mengarahkan Pengawas dan Pembantu Pengawas mengatur buku jawapan, bahan-bahan rujukan tertentu yang dibenarkan serta lain-lain keperluan di atas meja pelajar dan mestilah 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

c) Ketua Pengawas hendaklah memastikan bahawa kehadiran pelajar dicatatkan dan direkodkan dengan teliti.

d) Ketua Pengawas akan mengumumkan masa permulaan dan akhir peperiksaan. Beliau hendaklah juga memaklumkan kepada pelajar peperiksaan akan tamat dalam tempoh 15 minit.

Page 32: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

29

e) Sekiranya seseorang pelajar dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan untuk sesuatu maksud dan kemudian kembali semula, Ketua Pengawas hendaklah memastikan supaya pelajar berada dalam penyeliaan secukupnya semasa berada di luar dewan peperiksaan.

f) Ketua Pengawas boleh melarang pelajar yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan peperiksaan khususnya dan peraturan Universiti amnya daripada menduduki peperiksaan sesuatu kursus.

g) Ketua Pengawas hendaklah melaporkan kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya selepas tamat waktu peperiksaan menerusi borang HEA-15f - Borang Laporan Kes Meniru/Menipu Semasa Peperiksaan.

h) Ketua Pengawas boleh membenarkan pelajar meninggalkan dewan peperiksaan sekiranya pelajar hendak menyerahkan buku jawapan atau/dan kertas jawapan mereka melebihi lebih awal daripada 15 minit sebelum peperiksaan berakhir.

i) Ketua pengawas mestilah mengeluarkan arahan kepada Pengawas dan Pembantu Pengawas untuk mengutip buku jawapan atau/dan kertas jawapan semasa pelajar duduk di tempat masing-masing. Buku jawapan atau/dan kertas jawapan yang kosong dan tidak digunakan hendaklah dikutip secara berasingan.

j) Ketua Pengawas bertanggungjawab atas hitungan dan pengesahan bilangan buku/kertas jawapan yang diterima.

k) Ketua Pengawas bertanggungjawab menyerahkan semua buku / kertas jawapan kepada sesiapa yang namanya tertera dalam Borang HEA-15d (Borang Pemberian Kuasa Memungut Skrip-Skrip Jawapan).

l) Ketua Pengawas bertanggungjawab atas penyerahan lebihan buku jawapan atau / dan kertas jawapan yang tidak digunakan, peralatan peperiksaan yang tidak digunakan, dan Borang HEA kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya.

Page 33: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

30

m) Ketua Pengawas adalah bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan peperiksaan.

n) Ketua Pengawas tidak boleh menangguh, menggantung atau membatalkan sesuatu peperiksaan tanpa persetujuan Penyelia Peperiksaan.

o) Ketua Pengawas hendaklah mengesahkan kehadiran Pengawas dan Pembantu Pengawas kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya selepas tamat waktu peperiksaan.

5. Tanggungjawab Pengawas

a) Pengawas dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di dewan peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

b) Pengawas hendaklah menyusun kertas soalan dan bahan–bahan lain yang dibenarkan di atas meja pelajar terlebih dahulu sebelum pelajar dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

c) Pengawas dengan kebenaran Ketua Pengawas boleh membenarkan pelajar masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan bermula.

d) Pengawas hendaklah memastikan bahawa maklumat yang tercatat dalam borang kehadiran pelajar adalah sama dengan yang terdapat dalam kad pengenalan dan/atau kad matrik pelajar dan slip pendaftaran kursus pelajar sebelum mengutip borang kehadiran pelajar.

e) Pengawas hendaklah membenarkan dan memeriksa calon-calon yang masuk dan keluar dari dewan peperiksaan.

f) Pengawas hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan.

Page 34: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

31

6. Tanggungjawab Pembantu Pengawas

a) Pembantu Pengawas dikehendaki melaporkan kepada Ketua Pengawas di dewan peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

b) Pembantu Pengawas adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengawas dan Pengawas, dan hendaklah :

i) membawa semua keperluan peperiksaan ke tempat peperiksaan; ii) meletakkan alat keperluan di atas meja pelajar mengikut arahan

Pengawas; iii) memulangkan semua alat keperluan setelah selesai peperiksaan

kepada Penyelia Peperiksaan; dan iv) menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas

dan Pengawas.

7. Kerahsiaan

a) Kertas soalan setiap kursus hendaklah disediakan oleh Pensyarah yang berkenaan.

b) Pensyarah hendaklah memastikan bahawa pada setiap masa dalam proses penyediaan soalan tersebut, kerahsiaan dan keselamatan dijaga sepenuhnya.

c) Semua kakitangan yang terlibat dalam penyediaan kertas soalan hendaklah membuat pengakuan secara rasmi untuk menjaga kerahsiaannya mengikut Akta Rahsia Negara 1972.

d) Soalan-soalan peperiksaan adalah dokumen RAHSIA.

8. Kerahsiaan Pengurusan Peperiksaan

a) Semua urusan yang berkaitan peperiksaan adalah RAHSIA dan tidak boleh diumumkan kepada mana-mana pelajar atau pihak lain yang tidak berkenaan kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.

Page 35: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

32

b) Semua pihak yang terlibat dalam urusan peperiksaan diwajibkan menandatangani surat Pengakuan Kerahsiaan Peperiksaan pada setiap semester.

Page 36: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

33

BAHAGIAN XII:

TATATERTIB PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

1. Tatatertib Peperiksaan Akhir Semester

a) Pelajar adalah dinasihatkan supaya berada di luar dewan peperiksaan tidak lewat daripada 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

b) Pelajar perlu memastikan nombor meja masing-masing mengikut senarai nama daripada Unit Peperiksaan yang dipaparkan di pintu masuk dewan peperiksaan.

c) Pelajar dikehendaki menunggu di luar dewan peperiksaan sehingga diberi kebenaran masuk oleh Pengawas yang bertugas. Pelajar boleh dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan bermula. Apabila kebenaran masuk telah diberikan, pelajar hendaklah masuk dengan tertib melalui pintu yang ditetapkan.

d) Pelajar dimestikan memasuki dewan peperiksaan yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah tercatat dalam jadual peperiksaan.

e) Pelajar tidak dibenarkan: i) membawa masuk ke dalamm dewan peperiksaan beg, tas

tangan, kalkulator, kecuali kalkulator model casio FX570ms atau sekelasnya, jam tangan yang berbunyi atau boleh diprogramkan, sarung mesinkira, dan bekas pensil. Atas alasan keselamatan, barang-barang bernilai seperti beg duit dan dompet boleh dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan, tetapi diletakkan di bawah meja masing-masing.

ii) Membawa masuk sebarang peralatan elektronik atau alat komunikasi termasuk pemain muzik (pemain mp3 dan iPOd), kamus elektronik, telefon bimbit, dan personal digital assistant (PDA). Sekiranya terdapat calon yang membawa masuk peralatan berkenan, maka calon diminta mematikan dan

Page 37: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

34

meletakkan di bawah meja peperiksaan. Universiti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan/kerosakan barangan yang diletakkan di luar dewan peperiksaan.

iii) berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan dengan apa-apa cara.

iv) merokok dan/atau makan semasa berada di dewan peperiksaan. Pelajar dibenarkan membawa masuk air minuman kosong/mineral di dalam botol kecil yang lutsinar dan hendaklah diletakkan di bawah meja peperiksaan. Minuman adalah tidak dibenarkan sama sekali.

f) Pelajar dikehendaki memakai pakaian mengikut dasar dan peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Universiti.

g) Pelajar hendaklah masuk dan keluar dari dewan peperiksaan dalam keadaan tertib dan teratur.

h) Ketika berada di dalam dewan peperiksaan, pelajar tidak boleh merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan yang dilarang di dalam atau di luar bilik peperiksaan bagi keperluan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.

i) Pelajar tidak boleh memberi atau menerima sebarang bantuan daripada pelajar atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan semasa peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas.

j) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan bermula. Pelajar yang datang selepas 30 minit dari waktu sesuatu peperiksaan dimulakan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut kecuali atas budi bicara Ketua Pengawas untuk kes-kes tertentu.

k) Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi 30 minit daripada waktu peperiksaan dimulakan adalah dibenarkan mengambil peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaannya bagi kursus tersebut adalah sama dengan pelajar lain.

Page 38: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

35

l) Pelajar tidak boleh meninggalkan dewan peperiksaan dalam masa 30 minit pertama selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan berakhir. Pelajar yang ingin keluar sebentar dari dewan peperiksaan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengawas / Pengawas.

m) Semua pelajar dikehendaki membawa slip peperiksaan bersama kad matrik pelajar dan kad pengenalan ke dewan peperiksaan. Slip peperiksaan, kad matrik dan kad pengenalan pelajar hendaklah diletakkan di sudut kanan meja peperiksaan untuk diperiksa oleh Pengawas / Pembantu Pengawas. Pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan sekiranya tidak berbuat demikian.

n) Pelajar yang tidak mempunyai slip peperiksaan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Penyelia Peperiksaan.

o) Kegagalan pelajar mencetak slip peperiksaan dalam jangka masa yang ditetapkan dan / atau kehilangan slip peperiksaan perlu membuat permohonan cetakan semula kepada Unit Peperiksaan dan dikenakan denda RM5.00.

p) Alat keperluan yang dipinjamkan kepada pelajar hendaklah dikembalikan kepada Pengawas pada akhir peperiksaan.

q) Semasa berada di dalam dewan peperiksaan pelajar hendaklah mematuhi segala arahan Ketua Pengawas.

r) Dalam masa 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan, pelajar dibenarkan:

i) membaca kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan, ii) mengisi Borang Kehadiran dan maklumat yang dikehendaki di

muka hadapan buku/kertas jawapan peperiksaan,

s) Pelajar hendaklah menulis nama, angka giliran, nombor kad pengenalan, kod kursus dan nama kursus serta maklumat lain yang diperlukan di tiap-tiap buku jawapan, kertas jawapan serta lampiran yang digunakan.

Page 39: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

36

t) Pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan yang tercetak pada kulit buku jawapan.

u) Pelajar hendaklah memastikan bahawa mereka telah diberikan kertas soalan yang betul serta muka surat yang cukup sebelum mula menjawab. Sekiranya seorang pelajar mendapati dia telah diberikan kertas soalan yang salah, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu perkara tersebut kepada Pengawas yang bertugas.

v) Semua kertas peperiksaan termasuk kertas percubaan / rangka kasar jawapan mestilah dibuat dalam buku jawapan sahaja. Pelajar dilarang mengoyakkan / memisahkan mana-mana bahagian kertas daripada buku jawapan. Helaian buku jawapan tidak boleh dikoyakkan.

w) Buku jawapan atau / dan kertas jawapan yang telah digunakan tetapi telah rosak atau kosong tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan.

x) Pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan dengan apa-apa cara.

y) Pada akhir peperiksaan, pelajar hendaklah memastikan bahawa buku jawapan atau / dan kertas jawapan peperiksaan disusun dan diikat dengan sempurna mengikut arahan sebelum menyerahkannya kepada Pengawas.

z) Pelajar dikehendaki berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan setelah mendapat arahan berbuat demikian daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

aa) Semua buku jawapan peperiksaan sama ada yang telah digunakan ataupun tidak digunakan, mestilah ditinggalkan di dewan peperiksaan. Pelajar tidak dibenarkan membawa apa jua buku / kertas keluar dari dewan peperiksaan.

Page 40: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

37

ab) Kertas soalan pelbagai pilihan tidak boleh dibawa keluar dari dewan peperiksaan (tertakluk kepada kebenaran pensyarah bagi kursus yang berkenaan sahaja)

2. Tindakan Tatatertib Kerana Ketidakpatuhan Arahan Am Peperiksaan

Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana arahan yang dinyatakan dalam Arahan Am Peperiksaan ini atau arahan tambahan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

3. Penggantungan atau Pembatalan Peperiksaan

a) Apabila Naib Canselor mempunyai sebab mempercayai bahawa keadaan atau isi mana-mana soalan peperiksaan atau kandungan mana-mana kertas soalan peperiksaan mungkin telah diketahui sebelum tarikh dan waktu peperiksaan yang sebenar oleh mana-mana orang selain daripada pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan atau Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pendaftar, Naib Canselor boleh memberi perintah penggantungan peperiksaan atau pembatalan kertas soalan peperiksaan dan menyediakan kertas soalan baru.

b) Jika timbul satu-satu keadaan yang pada fikiran Ketua PengawasPeperiksaan, menyebabkan perlu pembatalan atau penangguhan peperiksaan, pengawas peperiksaan hendaklah memberhentikan peperiksaan dan, dengan segera memungut kertas jawapan yang telah bertulis dan melaporkan perkara itu kepada Naib Canselor.

Page 41: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

38

BAHAGIAN XIII:

PENYELEWENGAN / SALAH LAKU AKADEMIK

1. Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan atau salah laku dalam bidang akademik seperti berikut:-

a) Plagiat, iaitu mengutip kalimat, idea atau maklumat tanpa kebenaran penulis tersebut, atau tanpa menggunakan kaedah akademik untuk menunjukkan bahawa kalimat, idea atau maklumat tersebut diambil daripada sumber sedia ada. Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan kepunyaan orang lain. (Kaedah 6 (1) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Perlis (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2009).

b) Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat yang ada hubungan dengan soalan peperiksaan sebelum peperiksaan untuk kursus tersebut bermula.

c) Merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan yang dilarang di dalam atau di luar bilik peperiksaan bagi keperluan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.

d) Berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan dengan apa-apa juga cara pun.

e) Memberi atau menerima sebarang bantuan semasa peperiksaan.

f) Mula menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang ditetapkan atau meneruskan kerja selepas waktu peperiksaan tamat.

g) Mengambil, mengubah, menyembunyi, merosak atau memusnahkan sebarang harta yang ada kaitan dengan persediaaan atau penyempurnaan tugas penyelidikan atau peperiksaaan.

h) Menulis, atau telah menulis melalui orang lain, apa- apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya.

Page 42: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

39

i) Menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan

j) Meniru atau cuba meniru atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai meniru atau cuba untuk meniru dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang berlangsung.

k) Menduduki peperiksaan atau menyiapkan tugasan (kertas projek, tesis dan sebagainya) bagi pihak orang lain.

2. Pelajar yang melakukan mana-mana penyelewengan atau kesalahan akademik seperti (a) hingga (k) di atas boleh dikenakan pertuduhan dan hukuman seperti berikut:

a) Pelajar yang disyaki dan dilapor (secara bertulis) telah melakukan mana-mana penyelewengan akademik seperti yang disebut di atas akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar yang dianggotai:

i) Pengerusi : Seorang (1) Profesor ii) Ahli : Dua (2) orang Profesor dan empat (4) orang ahli

Senat iii) Setiausaha : Penolong Pendaftar Pejabat Timbalan Naib

Canselor (Akademik & Antarabangsa) iv) Urusetia : Penolong Pendaftar Unit Peperiksaan &

Pengijazahan : Penolong Pendaftar Pusat Pengajian Siswazah : Penolong Pendaftar Pusat Pengajian

Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana pegawai untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan/diputuskan tetapi pegawai itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

b) Korum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada TIGA (3) orang daripada jumlah ahli-ahli yang dilantik termasuk Pengerusi.

Page 43: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

40

c) Pengerusi yang dilantik hendaklah mempengerusikan mesyuarat berkenaan dan semasa ketiadaannya, ahli Jawatankuasa yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

d) Pelajar terlibat akan diberi notis / surat pertuduhan mengenai kesalahan yang dilakukan dan akan dipanggil untuk menghadiri Perbicaraan dihadapan Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa.

e) Jika seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan penyelewengan akademik di bawah Peraturan Akademik ini dan didapati bersalah bagi kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut :-

i) amaran; ii) denda tidak melebihi Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1000.00); iii) memberi Gred F bagi kursus berkenaan; iv) memberi Gred F bagi keseluruhan keputusan peperiksaan

semester yang terbabit; v) menggantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang

difikirkansesuai; vi) memberhentikannya;

Peruntukan hukuman di dalam para e (i) hingga (vi) tidak mengurangkan kuasa yang telah diperuntukkan kepada Canselor UniMAP di bawah Seksyen 61 Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis bagi kuasa perlucutan apa-apa ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik yang diberikan oleh Universiti kepada mana-mana mahasiswa atas alasan salah laku dan skandal.

3. Pelajar yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Jawatnkuasa Tatatertib Akademik boleh mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan keputusan seperti berikut:

Page 44: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

41

a) Pelajar hendaklah mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar yang dianggotai:

i) Pengerusi : Seorang (1) Profesor ii) Ahli : Tiga (3) orang ahli Senat iii) Setiausaha : Penolong Pendaftar Pejabat Timbalan Naib

Canselor (Akademik & Antarabangsa) Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa mengundang

mana-mana pegawai untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan/diputuskan tetapi pegawai itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

b) Korum bagi sesuatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada TIGA (3) orang daripada jumlah ahli-ahli yang dilantik termasuk Pengerusi.

c) Pengerusi yang dilantik hendaklah mempengerusikan mesyuarat berkenaan dan semasa ketiadaannya ahli Jawatankuasa yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

d) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar boleh mengambil keputusan dari mana-mana satu, keputusan berikut :-

i) Mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar; atau

ii) Mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar tetapi mengubah hukuman kepada suatu hukuman yang lebih ringan; atau

iii) Memansuhkan keputusan dan hukuman Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar dan membebaskan pelajar itu daripada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Page 45: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

42

BAHAGIAN XIV:

PENILAIAN

1. Proses Penyediaan Soalan Peperiksaan Dan Penilaian (Vetting) a) Penyelia peperiksaan akan mengeluarkan memo kepada Pusat

Pengajian tentang Pekeliling Peperiksaan berhubung tarikh-tarikh keperluan penyediaan kertas soalan peperiksaan.

b) Ketua kursus dan pensyarah perlu menyediakan soalan serta skema jawapan peperiksaan berdasarkan objektif kursus yang dinyatakan dalam borang penawaran kursus HEA01.

c) Proses penilaian (vetting) terhadap soalan peperiksaan yang telah disediakan dijalankan pada peringkat pusat pengajian dan mendapatkan kelulusan Dekan / Ketua Jabatan.

d) Panel penilai pada peringkat pusat pengajian mestilah terdiri daripada pensyarah (sekurang-kurangnya 2 orang) yang mempunyai kepakaran dalam bidang kursus yang dinilai. Walau bagaimanapun mereka tidak terlibat langsung dalam proses membangunkan set asal kertas soalan peperiksaan untuk dinilai (terkecuali untuk kursus tertentu, contohnya bahasa asing).

e) Bagi peperiksaan akhir, soalan peperiksaan akhir perlu dihantar ke Unit Peperiksaan untuk proses penilaian (vetting) pada peringkat universiti yang dianggotai oleh dekan-dekan dan timbalan-timbalan dekan atau wakil.

f) Soalan peperiksaan dicetak dan peperiksaan dilaksanakan.

2. Etika Kerahsiaan

a) Etika kerahsiaan peperiksaan merangkumi: i) penyediaan kertas soalan peperiksaan, ii) penilaian (vetting) kertas soalan peperiksaan, iii) mencetak kertas soalan peperiksaan, iv) pengendalian skrip jawapan pelajar,

Page 46: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

43

v) pemarkahan sehingga diluluskan oleh Majlis Peperiksaan Universiti dan Senat,

b) Berikut adalah etika kerahsiaan bagi menjamin integriti sistem peperiksaan Universiti serta kualiti penilaian program pengajian yang ditawarkan.

i) Penyediaan/penilaian kertas soalan peperiksaan perlu dilaksanakan secara tertutup.

ii) Setiap kertas soalan mesti dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed envelope).

iii) Kertas soalan / skema jawapan tidak boleh diemel atau ditinggalkan di dalam peti surat.

iv) Bilik kebal perlu disediakan bagi penyimpanan kertas soalan peperiksaan.

v) Segala maklumbalas kepada pelajar hanya boleh dilakukan selepas keputusan telah disahkan oleh Majlis Peperiksaan Universiti dan Senat Universiti.

vi) Skrip jawapan pelajar adalah RAHSIA. vii) Kerahsiaan kertas soalan adalah tanggungjawab ketua kursus/

pensyarah.

3. Penilaian

a) Penilaian kursus boleh dibuat berdasarkan kerja kursus, projek dan peperiksaan atau mana-mana gabungan daripada penilaian ini. Penilaian dilakukan menurut kaedah yang ditentukan oleh Pusat Pengajian / Pusat / Institut tertakluk kepada kelulusan Senat.

b) Sumbangan penilaian setiap komponen adalah berdasarkan

keperluan kursus seperti yang dinyatakan dalam borang penawaran kursus HEA-01.

Page 47: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

44

BAHAGIAN XV:

STATUS AKADEMIK

1. Status Akademik

a) Pencapaian pelajar dinilai menggunakan dua (2) ukuran iaitu PNG dan PNGK.

b) Formula pengiraan PNG dan PNGK dipaparkan dalam LAMPIRAN D

c) Status akademik pelajar ditentukan pada akhir setiap semester semasa berpandukan PNG seperti dalam Jadual VI.

Jadual VI: Status Akademik

Status Akademik PNGAktif PNG≥2.00Percubaan 1 (P1) PNG < 2.00 (kali pertama)Percubaan 2 (P2) PNG < 2.00 (2 semester berturut-turut)Percubaan 2* (P2*) PNG < 2.00 (lebih daripada 2 semester

berturut-turut dan PNGK > 2.00)

Gagal dan Diberhentikan (GB) PNG < 2.00 (3 semester berturut-turut dan PNGK < 2.00)

d) Status akademik boleh berubah sekiranya pelajar berkenaan menduduki Peperiksaan Kuratif/Peperiksaan Khas setelah mendapat nilaiPNGsemestertersebut≥2.00.

e) Pelajar yang mendapat status Percubaan sebanyak tiga (3) semester berturut-turut akan mendapat status Gagal dan Diberhentikan (GB). Namun demikian sekiranya PNGK ≥ 2.00,pelajar tersebut akan mendapat status Percubaan 2* (P2*).

Page 48: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

45

2. Menambah baik PNGK

a) Pelajar yang telah lulus kursus (mendapat gred ≥ C) tidakdibenarkan mengulang kursus tersebut.

b) Namun, pelajar dibenarkan mengulang kursus pada semester biasa untuk menambah baik PNGK sekiranya telah mendapat keputusan (gred) C- dan ke bawah bagi kursus berkenaan.

c) Pelajar-pelajar antarabangsa perlu mendapat PNGK ≥ 2.00 untukkeperluan perlanjutan pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

3. Penarafan Tahun Pengajian

a) Penarafan tahun pengajian pelajar ditentukan berdasarkan kredit terkumpul seperti dalam Jadual VII:

Jadual VII: Penarafan Tahun Pengajian Mengikut Program Pengajian

Program Pengajian Penarafan Tahun Pengajian (Unit)Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4

Sarjana Muda Kejuruteraan ≤36 ≤73 ≤106 137Sarjana Muda Teknologi

Kejuruteraan ≤38 ≤76 ≤111 142

Sarjana Muda Perniagaan(Keusahawanan Kejuruteraan) ≤40 ≤80 122 -

Sarjana Muda Perniagaan(Perniagaan Antarabangsa) ≤40 ≤80 124 -

Diploma Kejuruteraan < 40 ≤76 100 -

4. Pelajar Berstatus Gagal dan Diberhentikan dan Masuk Semula

a) Pelajar yang berstatus Gagal dan Diberhentikan dan mendapat kelulusan kemasukan semula, akan diberi tempoh satu semester sahaja untuk membaiki keputusan peperiksaan mereka. Pelajar yang mendapat kelulusan masuk semula perlu mendaftar di Tahun Satu kembali.

Page 49: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

46

b) Pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya PNG 2.00 dan ke atas pada semester pertama selepas kemasukan semula.

c) Sekiranya pelajar masih mendapat PNG di bawah 2.00, pelajar akan diberi gred P2* dan seterusnya akan diberikan status Gagal dan Diberhentikan.

Page 50: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

47

BAHAGIAN XVI:

PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN

1. Pertukaran Program Pengajian Pelajar bermaksud seseorang pelajar menukar program pengajiannya kepada sesuatu program pengajian yang lain atas sebab-sebab tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua Dekan Pusat Pengajian sekarang dan Dekan Pusat Pengajian yang dipohon.

2. Pertukaran program pengajian tidak digalakkan kerana melibatkan penukaran agihan sumber yang sudah dirancang dengan rapi pada awal sidang akademik. Walau bagaimanapun, permohonan rayuan pertukaran program pengajian boleh dipertimbangkan dengan alasan-alasan yang kukuh dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

a) permohonan hanya boleh dibuat oleh pelajar setelah tamat sekurang-kurangnya satu semester pengajian dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12) yang boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau di Pusat Pengajian (Rujuk LAMPIRAN E). Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu permohonan pelajar untuk pertukaran program pengajian pada permulaan pengajian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Naib Canselor / Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

b) permohonan perlu dikemukakan dalam masa dua minggu pertama semester bermula. Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan semester yang lepas atau keputusan di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma.

c) pelajar hanya boleh memohon bertukar program pengajian tidak melewati dua semester pertama pengajian di UniMAP. Permohonan setelah masuk semester ketiga pengajian tidak akan dipertimbangkan.

d) setiap permohonan perlu menyertakan sebab-sebab yang kukuh secara bertulis untuk bertukar program pengajian. Permohonan perlu mendapat perakuan dan kelulusan berikut:

Page 51: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

48

i) Rakan Pendamping Siswa (RPS) program asal dan program yang dipohon.

ii) kedua-dua Dekan Pusat Pengajian program asal dan program yang dipohon.

iii) Dekan Pengurusan Akademik iv) kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik &

Antarabangsa)

e) Bagi pelajar yang mendapat biasiswa / PTPTN atau sebagainya, pelajar mestilah mendapat kelulusan daripada penaja masing-masing. Pelajar perlu berurusan secara terus dengan pihak penaja atau memohon penerangan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

f) Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mengambil tindakan untuk mendaftar kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh program pengajian baru tersebut.

g) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang sama boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus teras dan kursus wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira.

h) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang berlainan hanya boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus wajib universiti sahaja atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira.

3. Peraturan Permohonan Pertukaran Program Pengajian

a) Permohonan hanya boleh dibuat oleh pelajar setelah tamat sekurang-kurangnya satu semester pengajian dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12). Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau Pusat

Page 52: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

49

Pengajian. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu permohonan pelajar untuk pertukaran program pengajian pada permulaan pengajian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

b) Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh dua minggu pertama semester bermula. Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan semester yang lepas atau keputusan pada peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma.

c) Pelajar hanya boleh memohon bertukar program pengajian tidak melewati dua (2) semester pertama pengajian di UniMAP. Permohonan setelah masuk semester ketiga pengajian tidak akan dipertimbangkan.

d) Bagi pelajar yang mendapat biasiswa / PTPTN atau sebagainya, pelajar mestilah mendapatkan kelulusan daripada penaja masing-masing. Pelajar perlu berurusan secara terus dengan pihak penaja atau memohon penerangan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

e) Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mengambil tindakan untuk mendaftar kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh program pengajian baru tersebut.

f) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang sama boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus teras dan kursus wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal di transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira.

g) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang berlainan hanya boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira.

Page 53: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

50

BAHAGIAN XVII:

PENANGGUHAN PENGAJIAN

1. Penangguhan pengajian adalah kebenaran kepada pelajar untuk tidak mengikuti pengajian pada sesuatu semester atas alasan-alasan tertentu yang dibenarkan Universiti.

2. Permohonan penangguhan pengajian dibenarkan kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan sakit oleh Hospital Kerajaan/Doktor Panel Universiti / Pusat Kesihatan UniMAP sahaja. Bagi kes-kes tertentu sijil sakit yang bukan daripada Hospital Kerajaan atau Doktor Panel Universiti, perlu mendapat perakuan Pusat Kesihatan UniMAP.

3. Permohonan selain daripada masalah kesihatan boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai alasan yang munasabah dan mendapat kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

4. Pelajar yang memohon untuk menangguhkan pengajian perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian (HEA/HEP-13) yang boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau di Pusat Pengajian (Rujuk LAMPIRAN F). Permohonan perlu mendapat perakuan dan kelulusan yang berikut:

a) Perakuan Rakan Pendamping Siswa (RPS), b) Perakuan Dekan Pusat Pengajian, c) Perakuan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, d) Perakuan Kaunselor (jika perlu) e) Perakuan Dekan Pengurusan Akademik, dan f) Kelulusan Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor (Akademik &

Antarabangsa)

5. Borang pemohonan penangguhan pengajian pelajar perlu dikemukakan sebelum minggu ketujuh (7) pengajian. Pemohonan selepas minggu ketujuh hanya dibenarkan atas sebab kesihatan atau kes-kes tertentu yang mendapat kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Page 54: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

51

6. Pelajar tidak dibenarkan menangguhkan pengajian melebihi dua (2) semester berturut-turut kecuali dengan kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

7. Bagi kes selain sebab kesihatan, pelajar hanya dibenarkan pulang/keluar daripada universiti setelah permohonan penangguhan pengajian mendapat kelulusan universiti. Sekiranya pelajar telah pulang sebelum kelulusan diperoleh, ia adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

8. Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab kesihatan/sakit atau untuk alasan-alasan yang dibenarkan, semester berkenaan tidak akan diambil kira dalam pengiraan semester yang digunakan untuk pengijazahan (TANPA PENALTI). Bagi kes Tanpa Penalti, kursus yang didaftarkan pada semester tersebut akan digugurkan, dan sekiranya terdapat keputusan peperiksaan yang telah disahkan di peringkat Majlis Peperiksaan Universiti (MPU), keputusan peperiksaan tersebut juga akan terbatal.

9. Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab selain daripada sebab kesihatan, semester berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan semester yang digunakan untuk pengijazahan (DENGAN PENALTI) kecuali dengan kebenaran Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Bagi kes Dengan Penalti, kursus yang didaftarkan pada semester tersebut tidak akan digugurkan dan akan diambil kira dalam semester. Sebarang keputusan peperiksaan yang telah disahkan pada peringkat MPU juga tidak terbatal dan akan tertera dalam transkrip akademik pelajar.

10. Pelajar akan diberikan amaran secara bertulis oleh Pusat Pengajian sekiranya didapati tidak mendaftar pada sesuatu semester tanpa memberi sebarang permohonan penangguhan pengajian. Pelajar yang tidak memberi sebarang maklum balas dalam sesuatu tempoh yang diberikan boleh dikeluarkan dari senarai nama pelajar berdaftar Universiti/ditamatkan dan disahkan berhenti dari Universiti.

Page 55: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

52

11. Peraturan Permohonan Penangguhan Pengajian

a) Permohonan penangguhan pengajian dibenarkan kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan sakit oleh Hospital Kerajaan/ Doktor Panel Universiti/Pusat Kesihatan UniMAP sahaja. Bagi kes-kes tertentu sijil sakit yang bukan daripada Hospital Kerajaan atau Doktor Panel Universiti, perlu mendapat perakuan Pusat Kesihatan UniMAP.

b) Permohonan selain daripada masalah kesihatan boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai alasan yang munasabah dan mendapat kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

c) Borang pemohonan penangguhan pengajian pelajar perlu dikemukakan sebelum minggu ketujuh (7) pengajian. Pemohonan selepas minggu ketujuh hanya dibenarkan atas sebab kesihatan atau kes-kes tertentu yang mendapat kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

d) Pelajar tidak dibenarkan menangguhkan pengajian melebihi dua (2) semester berturut-turut kecuali dengan kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

e) Bagi kes selain sebab kesihatan, pelajar hanya dibenarkan pulang/keluar daripada universiti setelah permohonan penangguhan pengajian mendapat kelulusan universiti. Sekiranya pelajar telah pulang sebelum kelulusan diperolehi, adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

f) Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab kesihatan/sakit, semester berkenaan tidak akan diambilkira dalam pengiraan semester yang digunakan untuk pengijazahan (TANPA PENALTI). Bagi kes Tanpa Penalti, kursus yang didaftarkan pada semester tersebut akan digugurkan dan sekiranya terdapat keputusan peperiksaan yang telah disahkan pada peringkat Majlis Peperiksaan Universiti (MPU), keputusan peperiksaan tersebut juga akan terbatal.

Page 56: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

53

g) Pelajar yang menangguhkan pengajian atas sebab selain daripada sebab kesihatan, semester berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan semester yang digunakan untuk pengijazahan (DENGAN PENALTI) kecuali dengan kebenaran Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Bagi kes Dengan Penalti, kursus yang didaftarkan pada semester tersebut tidak akan digugurkan dan akan diambil kira dalam semester. Sebarang keputusan peperiksaan yang telah disahkan pada peringkat MPU juga tidak terbatal dan akan tertera di dalam transkrip akademik pelajar.

h) Pelajar akan diberikan amaran secara bertulis oleh Pusat Pengajian sekiranya didapati tidak mendaftar pada sesuatu semester tanpa memberi sebarang permohonan penangguhan pengajian. Pelajar yang tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang diberikan boleh dikeluarkan dari senarai nama pelajar berdaftar Universiti/ditamatkan dan disahkan berhenti dari Universiti.

Page 57: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

54

BAHAGIAN XVIII:

BERHENTI PENGAJIAN

1. Pelajar yang memohon untuk berhenti daripada mengikuti pengajian di UniMAP perlu mengemukakan surat berhenti pengajian kepada Dekan Pusat Pengajian untuk kelulusan. Pelajar juga perlu menyerahkan salinan surat berhenti pengajian tersebut kepada Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar Jabatan Pendaftar, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pengetua Kolej Kediaman untuk tindakan PTJ berkaitan.

2. Surat berhenti pengajian pelajar dengan kelulusan Dekan Pusat Pengajian seterusnya akan diserahkan ke Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar Jabatan Pendaftar untuk diproses.

3. Pelajar yang ingin berhenti pengajian atas alasan bertukar universiti kerana mendapat tawaran di IPTA lain, surat permohonan perlu mendapat kelulusan Naib Canselor. Walau bagaimanapun, pelajar perlu mendapatkan perakuan Dekan Pusat Pengajian terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Naib Canselor untuk kelulusan.

4. Bagi pelajar Antarabangsa semua permohonan berhenti pengajian perlu mendapat kelulusan Naib Canselor. Pelajar perlu mendapatkan perakuan Dekan Pusat Pengajian terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Naib Canselor untuk kelulusan.

5. Surat pengesahan kelulusan pelajar berhenti akan dikeluarkan kepada pelajar dan seterusnya status pelajar akan dikemas kini dalam sistem maklumat pelajar sebagai berhenti. Pelajar perlu memastikan tiada yuran universiti yang tertunggak sebelum berhenti pengajian. Salinan surat pengesahan berhenti akan diberikan kepada Jabatan Bendahari, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej Kediaman, Jabatan Perpustakaan dan Pusat Pengajian.

6. Sekiranya permohonan berhenti tidak diluluskan, pelajar akan diminta untuk mendaftar dalam suatu tempoh yang diberikan. Sekiranya gagal, pelajar akan ditamatkan pengajian di UniMAP.

Page 58: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

55

BAHAGIAN XIX:

SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

1. Pelajar hanya layak dianugerahkan ijazah setelah syarat-syarat berikut dipenuhi:

a) Telah lulus semua kursus yang ditetapkan bagi setiap program. b) MendapatPNGKlebih≥2.00 c) Telah LULUS semua syarat yang ditetapkan di dalam struktur

kurikulum program pengajian seperti dalam Jadual VII hingga XII.

Jadual VII: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Kejuruteraan

KURSUS

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2011/2012 dan

sebelum)

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2012/2013 dan

selepas)KURSUS TERAS KEJURUTERAAN 120 120KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI 15 17a. Keusahawanan Kejuruteraan 2 2b.KemahiranBerfikir 2 2c. Bahasa Melayu Universiti 2 2d. Bahasa Inggeris Universiti 2 2e. Tamadun Islam & Tamadun Asia 2 2f. Hubungan Etnik 2 2g. Ko-kurikulum 1 3h. Kursus Opsyen 2 2

JUMLAH 135 137

Page 59: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

56

Jadual IX: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan

KURSUS

UNIT(bagi pelajar

kemasukan sidang akademik 2011/2012

dan sebelum)

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2012/2013 dan

selepas)KURSUS TERAS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 123 123

KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI 17 19a. Keusahawanan Kejuruteraan 2 2b.KemahiranBerfikir 2 2c. Bahasa Melayu Universiti 2 2d. Bahasa Inggeris Universiti 2 2e. Tamadun Islam & Tamadun Asia 2 2f. Hubungan Etnik 2 2g. Kemahiran & Teknologi dalam Komunikasi 2 2h. Ko-kurikulum 1 3i. Kursus Opsyen 2 2

JUMLAH 140 142

Jadual X: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Perniaagaan(Keusahawanan Kejuruteraan)

KURSUS

UNIT(bagi pelajar

kemasukan sidang akademik 2011/2012

dan sebelum)

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2012/2013 dan

selepas)KURSUS TERAS PERNIAGAAN 72 72ELEKTIF 30 30KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI 18 20a. Keusahawanan Kejuruteraan 2 2b.KemahiranBerfikir 2 2c. Bahasa Melayu Universiti 2 2d. Bahasa Inggeris Universiti 2 2e. Tamadun Islam & Tamadun Asia 2 2f. Hubungan Etnik 2 2

Page 60: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

57

KURSUS

UNIT(bagi pelajar

kemasukan sidang akademik 2011/2012

dan sebelum)

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2012/2013 dan

selepas)g. Kemahiran & Teknologi dalam Komunikasi 2 2h. Komunikasi dalam Perniagaan 3 3i. Ko-kurikulum 1 3

JUMLAH 120 122

Jadual XI: Syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Perniagaan(Perniagaan Antarabangsa)

KURSUS

UNIT(bagi pelajar

kemasukan sidang akademik 2011/2012

dan sebelum)

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2012/2013 dan

selepas)KURSUS TERAS PERNIAGAAN 74 74ELEKTIF 30 30KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI 18 20a. Keusahawanan Kejuruteraan 2 2b.KemahiranBerfikir 2 2c. Bahasa Melayu Universiti 2 2d. Bahasa Inggeris Universiti 2 2e. Tamadun Islam & Tamadun Asia 2 2f. Hubungan Etnik 2 2g. Kemahiran & Teknologi dalam Komunikasi 2 2h. Komunikasi dalam Perniagaan 3 3i. Ko-kurikulum 1 3

JUMLAH 122 124

Page 61: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

58

Jadual XII: Syarat Pengijazahan Program Diploma Kejuruteraan

KURSUS

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2012/2013 dan

sebelum)

UNIT(bagi pelajar kemasukan

sidang akademik 2013/2014 dan

selepas)

KURSUS TERAS 83 83KURSUS KEPERLUAN UNIVERSITI 15 17a. Keusahawanan Kejuruteraan 2 2b. Kemahiran Komunikasi 2 2c. Bahasa Melayu Universiti 2 2d. Bahasa Inggeris II 2 2e. Tamadun Islam & Tamadun Asia 2 2f. Hubungan Etnik 2 2g. Badan Beruniform 3 5

JUMLAH 98 100

2. Syarat Penyerahan Transkrip Akademik dan Skrol Pengijazahan

a) Tiada hutang atau baki tertunggak dengan Universiti yang melibatkan yuran pengajian atau pinjaman Jangka Pendek

b) Telah menjelaskan sebarang bentuk denda atau kompaun yang dikenakan

c) Memulangkan semua bentuk harta benda universiti seperti peralatan, buku, CD, pakaian konvokesyen dan sebagainya yang dipinjam

d) Melengkapkan tujuh (7) kursus wajib universiti (7 pillars) bagi program Sarjana Muda empat (4) kursus wajib universiti (4 pillars) bagi program diploma kejuruteraan.

Page 62: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

59

BAHAGIAN XX:

PENGANUGERAHAN IJAZAH

1. Penganugerahan Ijazah

a) Pelajar yang memperoleh Taraf Aktif serta telah memenuhi semua syarat penganugerahan ijazah dalam kursus pengajian yang telah diikuti, layak untuk dianugerah Ijazah.

b) Pelajar Semester Akhir yang telah lulus semua syarat yang ditetapkanolehkeperluankurikulumsertamendapatPNGK≥2.00akan dianugerah Ijazah dengan kepujian.

c) Tafsiran dalam format Transkrip Akademik (contoh format Transkrip Akademik boleh dirujuk pada Lampiran G).

i) Unit Daftar – Jumlah unit bagi kesemua kursus yang didaftarkan pada setiap semester. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendaftar kursus EMTXX1 (3 unit) sebanyak dua kali, dan mendapat C- pada kali pertama dan C+ pada kali kedua, ‘unit daftar’ pelajar ialah 6 unit.

ii) Kredit Kira – Jumlah kredit yang diambil oleh seseorang pelajar dalam sesuatu semester dan kesemua semester (akan digugurkan). Kredit bagi setiap kursus hanya akan dikira sekali sahaja dalam pengiraan PNG & PNGK walaupun kursus yang didaftarkan lebih daripada sekali (diulang). Sebagai contoh, bagi kes pelajar yang mengambil EMTXX1 (3 unit) sebanyak dua kali, dan mendapat C- pada kali pertama dan C+ pada kali kedua, ‘kredit kira’ hanyalah 3 unit dan bukannya 6 unit walaupun pelajar lulus kedua-dua kali.

iii) Lulus – Pencapaian gred minimum sesuatu kursus yang di tetapkan oleh universiti.

iv) Gagal – Tidak mencapai gred minimum sesuatu kursus yang ditetapkan oleh universiti.

Page 63: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

60

v) Tak Lengkap (TL) – kursus ini memerlukan tempoh melebihi satu semester untuk diselesaikan. Gred TL akan diberikan pada semester pertama kali kursus tersebut didaftarkan. Pelajar perlu mendaftar kursus yang sama pada semester yang berikutnya dan gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan diselesaikan.

vi) Tarik Diri (TD) – pelajar telah menarik diri dari kursus yang didaftarkan dengan kebenaran Dekan sama ada didenda (bayaran) atau tidak didenda (akan digugurkan). Gred TD akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan tetapi tidak melibatkan pengiraan PNG & PNGK. Bagi pelajar yang mendaftarkan semula kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya, kursus tersebut tidak dikira sebagai kursus yang diulang. Minggu akhir untuk pelajar menarik diri adalah tidak lewat dari hari akhir bekerja pada minggu ke-12 minggu pembelajaran.

vii) Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaran (F*) – (Tanpa alasan yang munasabah). Mata nilai gred ialah 0.00 (gagal). Gred F* akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan walaupun pelajar mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan mata gred 0.00 (gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK. Pelajar perlu mendaftarkan semula kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya (akan digugurkan). Pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftarkan kursus tersebut pada semester Kuratif atau Peperiksaan Khas. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan diselesaikan.

viii) Dihalang mengambil peperiksaan (X) – Mata nilai gred ialah 0.00 (gagal). Gred X akan dipaparkan pada slip keputusan peperiksaan semester kursus tersebut didaftarkan walaupun pelajar mendapat gred D ke atas. Unit kursus dan mata gred 0.00 (gagal) akan dikira dalam PNG & PNGK. Pelajar perlu mendaftarkan semula kursus yang sama pada semester-semester yang berikutnya (akan digugurkan). Pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftarkan kursus tersebut samada pada semester Kuratif atau Peperiksaan Khas. Gred akhir akan diberikan pada semester terkini kursus berkenaan diselesaikan.

Page 64: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

61LA

MPI

RA

N A

CAR

TA T

EMPO

H P

ENDA

FTA

RA

N K

UR

SUS

PELA

JAR

73

LAM

PIR

AN A

CAR

TA T

EMPO

H P

END

AFTA

RAN

KU

RSU

S PE

LAJA

R

Pend

afta

ran

Diri

&

Kurs

us ‘O

nlin

e’

Pena

mba

han

kurs

us/

peng

gugu

ran

Kurs

us

‘Onl

ine’

& P

enda

ftara

n Le

wat

(gun

a bo

rang

)

Peng

gugu

ran

Kurs

us (g

una

bora

ng)

hant

ar k

e Pu

sat P

enga

jian

Tarik

Diri

Kur

sus (

guna

bor

ang)

han

tar

ke U

nit K

emas

ukan

& R

ekod

Pel

ajar

Min

ggu

Ulan

gkaj

i

Min

ggu

Pepe

riksa

an

Kulia

h Be

rmul

a Peng

esa

han

PA/R

PS

kali

pert

ama

1)Pe

nolo

ng

Pend

afta

r Uni

t Ke

mas

ukan

&

Reko

d Pe

laja

r ke

luar

kan

emel

ke

pada

Pus

at

Peng

ajia

n,

sena

rai p

elaj

ar

tidak

m

enda

ftar

kurs

us

2) P

usat

Pe

ngaj

ian

hubu

ngi

pela

jar d

an

kelu

arka

n su

rat

min

ta

mak

lum

bala

s

Peno

long

Pen

dafta

r Pus

at P

enga

jian

beri

mak

lum

bala

s Sta

tus P

elaj

ar T

idak

Daf

tar

Kurs

us, s

ama

ada:

Berh

enti

– pe

laja

r per

lu b

eri s

urat

be

rhen

ti

Tang

guh

– pe

la ja

r per

lu is

i bor

ang

tang

guh

Ta

mat

kan

- HE

A-20

(mak

simum

2

sem

este

r ber

turu

t-tur

ut)

sa

tu p

elaj

ar sa

tu b

oran

g un

tuk

kelu

lusa

n Na

ib C

anse

lor

Pe

ndaf

tar k

elua

rkan

sura

t tam

at k

epad

a pe

laja

r den

gan

kelu

lusa

n Na

ib C

anse

lor

Pela

jar y

ang

dita

mat

kan

peng

ajia

n/

dibe

rhen

tikan

mel

alui

HEA

-20,

mer

ayu

untu

k ke

mas

ukan

sem

ula

Ke

muk

akan

sura

t ray

uan

rasm

i kep

ada

Na

ib C

anse

lor m

elal

ui D

ekan

Dend

a w

ajib

RM

100

K e p u t u s a n P e p e r i k s a a n

1 m

ingg

u 1

min

ggu

2 m

ingg

u 4

min

ggu

M13

M14

M

15

M16

M

17

M

18

M8

M9

M

10

M11

M12

M

4

M

5

M6

M7

M

2

M3

M

ingg

u 1

MIN

GGU

PERK

ULIA

HAN

6 m

ingg

u 5

min

ggu

Peng

esah

an

PA/R

PS

kali

kedu

a

Tarik

di

ri (a

khir)

Peng

esah

an

PA/R

PS k

ali

ke-2

(mul

a)

Page 65: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

62LA

MPI

RA

N B

JAD

UAL

PEN

GIR

AA

N B

AGI K

UR

SUS-

KU

RSU

S YA

NG

DIG

AB

UN

GK

AN

(DUA

KU

RSU

S AT

AU L

EBIH

)

Kes

1:

Kod

Kur

sus

Subj

ek

Dip

lom

aN

ama

Kur

sus

Subj

ek D

iplo

ma

Uni

tG

red

Mat

a N

ilai

Peng

iraan

Pur

ata

Gre

d

DQ

T 10

1M

atem

atik

13

unit

C+

2.50

(3 x

2.5

0) +

(3 x

1.5

0)6

= 2.

00D

QT

102

Mat

emat

ik 2

3 un

itD

+1.

50

* B

agi K

es 1

, pel

ajar

ini,

laya

k un

tuk

men

dapa

tkan

pen

gecu

alia

n un

it ba

gi s

ubje

k M

atem

atik

.

Kes

2:

Kod

Kur

sus

Subj

ek

Dip

lom

aN

ama

Kur

sus

Subj

ek D

iplo

ma

Uni

tG

red

Mat

a N

ilai

Peng

iraan

Pur

ata

Gre

d

DQ

T 10

1M

atem

atik

13

unit

D+

1.50

(3 x

1.5

0) +

(3 x

2.0

0)6

= 1.

75D

QT

102

Mat

emat

ik 2

3 un

itC

2.00

* B

agi K

es 2

, pel

ajar

ini,

tidak

laya

k un

tuk

men

dapa

tkan

pen

gecu

alia

n un

it ba

gi s

ubje

k M

atem

atik

ini

kera

na p

urat

a gr

ed a

dala

h di

baw

ah n

ilai C

.

Page 66: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

63

75

LAM

PIR

AN C

TEM

POH

PR

OSE

S PE

RM

OH

ON

AN D

AN P

ENG

ESAH

AN P

ENG

ECU

ALIA

N K

RED

IT

Pend

afta

ran

Pela

jar B

aru

(Orie

ntas

i)

Bora

ng p

erm

ohon

an d

ihan

tar k

e Pu

sat P

enga

jian

dan

Peng

erus

i Ra

ncan

gan

mul

a m

enye

mak

bor

ang

Bora

ng d

ihan

tar k

e UK

RP Ja

bata

n Pe

ndaf

tar u

ntuk

dip

rose

s. Bo

rang

aka

n di

hant

ar k

epad

a De

kan

Peng

urus

an A

kade

mik

un

tuk

kelu

lusa

n

1.

Pela

jar

men

gisi

bora

ng

perm

ohon

an .

2.

Pela

jar

perlu

ber

binc

ang

deng

an

Peng

erus

i Ra

ncan

gan

berk

enaa

n ku

rsus

kurs

us

yang

la

yak

dibe

ri pe

ngec

ualia

n be

rdas

arka

n Pe

ratu

ran

Akad

emik

Uni

MAP

yan

g di

lulu

skan

Sen

at.

1 m

ingg

u 3

min

ggu

M12

M13

M14

M

15

M

16

M17

M

8

M9

M10

M11

M

4

M5

M6

M

7 M

1

M2

M3

4 m

ingg

u 7

min

ggu

Pela

jar m

engi

si bo

rang

pe

rmoh

onan

1.

Peng

erus

i ran

cang

an /

Tim

bala

n De

kan

Akad

emik

m

enye

mak

d a

n m

enye

rahk

an

kepa

da

Deka

n un

tuk

kelu

lusa

n se

lanj

utny

a.

2.

Peno

long

Pe

ndaf

tar

Pusa

t Pe

ngaj

ian

men

yem

ak

dan

men

gisi

sura

t pe

nges

ahan

pe

ngha

ntar

an

bora

ng

peng

ecua

lian

unit

dan

sete

rusn

ya m

engh

anta

r bor

ang

ke U

KRP

untu

k di

pros

es.

1.

Bora

ng d

ihan

tar k

e UK

RP u

ntuk

dih

anta

r ke

Baha

gian

Pe

ngur

usan

Aka

dem

ik.

2.

Se

nara

i kur

sus y

ang

dilu

lusk

an d

i per

ingk

at P

usat

Pen

gajia

n

di m

asuk

kan

dala

m si

stem

.

Min

ggu

Kulia

h M

ingg

u Ul

angk

aji

Pela

jar t

erim

a su

rat

peng

esah

an

Min

ggu

Pepe

riksa

an

LAM

PIR

AN

C

TEM

POH

PRO

SES

PER

MO

HO

NA

N D

AN

PEN

GES

AH

AN

PEN

GEC

UALI

AN

KR

EDIT

Page 67: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

64

LAMPIRAN D

PENGIRAAN GPA DAN CGPA

KURSUS UNIT NILAI GRED [NG] GRED [G] JUMLAH

NGEKT121 3 3.75 A- 11.25EMT102 4 2.50 C+ 10.00EMT111 4 3.50 B+ 14.00EMT112 4 4.00 A 16.00EQT102 3 1.75 C- 5.25EUT122 2 2.75 B- 5.50

20 62.00PNG = 62.00/20 = 3.10

ECT200 3 3.50 B+ 10.50EKT212 4 2.00 C 8.00EKT230 4 4.00 A 16.00EKT240 4 3.50 B+ 14.00EQT203 3 3.75 A- 11.25

18 59.75PNG = 59.75/18 = 3.32PNGK = Jumlah NG Terkumpul Jumlah Bil. Unit Terkumpul = 62.00 + 59.75 20 + 18 = 3.20

Page 68: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

65

LAMPIRAN E

Page 69: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

66

Page 70: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

67

Page 71: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

68

LAMPIRAN F

Page 72: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

69

Page 73: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

70

Page 74: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

71

Page 75: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

72

LAMPIRAN G

TRANSKRIP AKADEMIK

Page 76: Buku Peraturan Akademik

Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Pengajian Sepenuh Masa

73

Page 77: Buku Peraturan Akademik