budaya sikh

45
Budaya Sikh dalam masyarakat Malaysia

Upload: salaross

Post on 11-Aug-2015

462 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Sikh

Budaya Sikh dalam

masyarakat Malaysia

Page 2: Budaya Sikh

Sejarah Kedatangan Kaum Sikh Ke Malaysia

-sama seperti imigran lain yg datang ke Malaysia pada kurun ke-19

-faktor ekonomi menyebabkan mereka masuk ke Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Malaya

-mereka dibawa masuk ke Malaya oleh orang2 Inggeris untuk berkhidmat dalam Pasukan Keselamatan

-tumpuan masyarakat Sikh adalah di Negeri Perak pada masa itu

-Kurun ke-20 pula, mereka berkhidmat dalam sektor swasta dan bekerja sebagai jaga, sektor pertanian menternak lembu, menjadi buruh dan peminjam wang.

-penempatan awal orang sikh betumpu di pantai barat, iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

-bandar yang menjadi tumpuan ialah Ipoh, Taiping dan Seremban

-bahasa rasmi mereka ialah Punjab

Page 3: Budaya Sikh

Kepercayaan Kaum Sikh:

-mereka percaya bahawa dalam kesatuan tuhan dan menyamakan tuhan dengan “Kebenaran” atau “ sach”.

-kepercayaan asas dalam Sikhisme terdapat dalam “Japji” atau dikenali sebagai “ Mool Mentra ”. -dimana setiap penganut agama Sikh diwajibkan mengetahui dan membaca “ Japji” pada setiap subuh. -mereka menerima teori “Karma” atau “Reinkamasi” dimana setiap individu akan melalui beberapa kali putaran hidup berlainan untuk mencapai Nirvana.

Page 4: Budaya Sikh
Page 5: Budaya Sikh

# Nama Tarikh lahir Menjadi guru pada Tarikh kematian Umur Nota

1 Nanak Dev 15 April 1469 20 Ogos 150722 September 1539

69Pengasas agama Sikhisme

2 Angad Dev 31 Mac 1504 7 September 1539 29 Mac 1552 48

3 Amar Das 5 Mei 1479 26 Mac 15521 September 1574

95

4 Ram Das24 September 1534

1 September 15741 September 1581

46Menyiapkan pembinaan Kuil Emas

5 Arjan Dev 15 April 1563 1 September 1581 30 Mei 1606 43 Penulis Adi Granth

6 Har Gobind 19 Jun 1595 25 Mei 1606 28 Februari 1644 48Pembawa Miri dan Piri

7 Har Rai 16 Januari 1630 3 Mac 1644 6 Oktober 1661 31

8 Har Krishan 7 Julai 1656 6 Oktober 1661 30 Mac 1664 7

9 Tegh Bahadur 1 April 1621 20 Mac 166511 November 1675

54

10 Gobind Singh 22 Disember 1666 11 November 1675 7 Oktober 1708 41

11 Guru Granth Sahib - 7 Oktober 1708 -Kitab suci agama Sikhisme

Page 6: Budaya Sikh

- untuk mencapai Nirvana bergantung kepada berapa kali dosa dilakukan

- rumah suci orang Sikh ialah “Gurutwara”.

- kekuatan dan akidah berpusat di situ.

- Gurutwara juga simbol suci orang Sikh dan tempat berkumpul untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan ajaran Sikh.

- tempat sembahyang mereka ialah Guadwara.

-Guadwara Emas terletak di Amritsar, India

Page 7: Budaya Sikh

Kuil Emas di Amritsar, Punjab, India merupakan kuil paling suci bagi Agama Sikh

Page 8: Budaya Sikh

Kepercayaan kepada 5 K:

-5 K atau Panj Kakaar-Kakke ini perlu dipakai sepanjang masa atas arahan :- Mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Singh Ji.

-5 K diwajibkan dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib.

- Makna 5 K ialah:

1. Kesh(rambut yang tidak dipotong) 2. Kanga(sikat) 3. Kara(gelang di tangan kanan) 4. Kirpan(pisau kecil yang tidak begitu tajam) 5. Kachha(seluar dalam panjang)

Page 9: Budaya Sikh

Antara pakaian utama orang

sikh lelaki dan perempuan.

Page 10: Budaya Sikh

Pada mulanya, sejarah 'Hari Vaisakhi' membawa makna tersendiri bagi kaum Sikh kerana ia petanda bermulanya musim tuai bagi kaum Sikh, Hindu dan Islam di Punjab. Nyanyian dan tarian bhangra diadakan di pesta yang penuh kemeriahan ini. Namun pesta ini berubah menjadi pesta berciri keagamaan dan kerohanian pada tahun 1699 yang dimulakan oleh Guru Gobind Singh.

HARI VAISAKHI

Page 11: Budaya Sikh

Namun setelah itu tarikh 'Hari Vaisakhi' disambut pada 14 April setiap tahun.

Vaisakhi merupakan tarikh keramat bagi kaum Sikh dan begitu significant sekali. Ia bukan saja permulaan musim tuai tetapi permulaan sebuah kehidupan baru 'rebirth' seperti amalan 'Khalsa' yang merupakan simbolik tentang baptisma dan kelahiran semula. Ianya saling berkait.

Page 12: Budaya Sikh

Hari-hari Agama:

-agama Sikh bukan terhad kepada Bangsa Punjabi sahaja tetapi sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Gtanth Sahib dan mengikut Kod amalan Sikh juga boleh menganut agama ini.

-upacara masuk agama dipaggil Amrit Sanskar

-lima khalsa akan memohon seseorang itu dimasukkan kedalam kesatuan atau “brotherhood”-sesiapa yang ingin menganut agama ini harus meminum air “Amrit”

-Amrit ialah sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan

-Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu: 1.Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji) 2.Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak) 3.Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji) 4.Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji) 5.Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

-air ini sama seperti air baptisme dalam agama Kristian

Page 13: Budaya Sikh

Agama sikh : ~ Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia, dengan lebih daripada 23 juta penganut.

~ Sikhisme berasal daripada perkataan Sikh, yang datang daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa Sanskrit, yang bermakna "murid" atau "pelajar", atau śikṣa yang bermaksud "arahan“.

~ bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. ~ diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) - pengganti Guru Nanak juga di beri pangkat guru selepas kematiannya. - 10 guru mengambil alih tempat beliau secara perlahan-lahan. - guru terakhir adalah Gobind Singh dan tiada pengganti selepasnya. - beliau meninggalkan 1 kitab suci bernama Adi Granth. Kemudian kepada Guru Granth Sahi - menubuhkan 1 persatuan “ persaudaraan Khalsa Sikh - memulakan pakaian seragam untuk lelaki sikh yg taat kepada agama diberi nama 5 K ~percaya pada adanya 1 tuhan yg dipaggil Waheguru.

Page 14: Budaya Sikh

SEJARAH AGAMA SIKH

Page 15: Budaya Sikh

Sejarah pengenalan

Sikhisme (juga dikenali sebagai agama Sikh; bahasa Panjabi: ਸਿੱ��ਖੀ�, sikkhī, IPA: /ˈsɪkkʰiː/) adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guru lain di Punjab, India pada abad ke-15.

Page 16: Budaya Sikh

Guru NanakGuru Nanak Dev (

bahasa Panjabi: ਗੁ�ਰੂ ਨਾ�ਨਾਕ ਦੇ�ਵ Gurū Nānak Dēv) (15 April 1469 – 22 September 1539) ialah pengasas agama Sikhisme and Guru yang sulung antara sepuluh Guru Sikhisme.

Page 17: Budaya Sikh

Latar belakangGuru Nanak dilahirkan di Rai Bhoi Di Talwandi (kini digelarkan

Nankana Sahib), sebuah bandar yang terletak dekat bandar raya Lahore di Pakistan pada hari ini. Ayahnya Kalu Mehta dan ibunya Tripta. Kedua-dua ibu bapanya adalah Hindu Khatri. Kakaknya, Bibi Nanki, merupakan orang pertama yang mengenal pasti bahawa beliau adalah Roh makrifat.

Pada masa awalnya, Guru Nanak kelihatan mempunyai sifat ingin tahu yang penuh dengan pertanyaan dan menolak pemakaian benang "suci" ritual yang dipanggil Janeu. Sebaliknya, Guru Nanak mengatakan bahawa beliau akan memakai nama benar Tuhan dalam hatinya sebagai perlindungan kerana benang boleh putus, menjadi kotor, terbakar, atau hilang, dan sama sekali tidak dapat memberikan sebarang keselamatan.

Sebagai seorang bukan sami, Guru Nanak meneruskan misi hidupnya untuk:

memimpin orang-orang ke laluan benar Tuhan, serta mengikut ajaran kitab Bani secara langsung tanpa keperluan untuk sebarang sami;

melenyapkan kepercayaan karut; mengajar orang-orang memberhentikan amalan upacara amal,

dan menjauhkan diri daripada "Lima Pencuri".

Page 18: Budaya Sikh

Guru Nanak berkahwin dengan Sulakhni yang merupakan anak perempuan Moolchand Chona, seorang pedagang dari Batala. Mereka dikurniakan dengan dua anak lelaki, Sri Chand dan Lakshmi Das. Abang iparnya, Ram yang merupakan suami kepada kakaknya (Nanki), mendapat pekerjaan untuknya di Sultanpur sebagai pengurus untuk sebuah jelapang kerajaan.

Pada suatu pagi ketika Guru Nanak berumur 28 tahun, beliau pergi seperti biasa ke Sungai Veeyin untuk mandi dan bertafakur. Beliau dikatakan hilang selama tiga hari dan ketika kemunculannya, beliau dikatakan "dipenuhi dengan roh Tuhan". Sifat yang tepat untuk peristiwa ini terbuka untuk tafsiran peribadi, dan dapat ditafsirkan sebagai "ketuhanan mitos" atau "pemahaman yang amat mendalam". Kata-katanya yang pertama selepas kemunculan semula adalah: "tiadanya orang Hindu, tiadanya orang Muslim". Dengan prinsip kemanusiaan ini, beliau memulakan kerja-kerja mubaligh.

Page 19: Budaya Sikh
Page 20: Budaya Sikh

Guru Nanak dihormati oleh kedua-dua golongan Hindu dan Muslim. Beliau mempunyai banyak kepercayaan yang tidak popular pada masanya tetapi yang kini diterima secara meluas.

Page 21: Budaya Sikh

Kesamaan Manusia: Ketika pengabdian dan diskriminasi ras masih merebak di dunia Barat dan penghormatan antara kelas dan kasta adalah pada aras yang paling rendah, Guru Nanak berkhutbah terhadap diskriminasi dan prasangka yang disebabkan oleh ras, kasta, taraf, dan sebagainya. Guru Nanak menegaskan kepada semua orang di dunia tentang keperluan untuk "menaklukkan" pemikiran masing-masing terhadap amalan-amalan yang jahat. Semua manusia mempunyai cahaya Tuhan dan adalah sama — hanya dengan menahan keangkuhan dan keakuan bahawa seseorang dapat melihat cahaya ini pada keseluruhannya.

Page 22: Budaya Sikh

Kesamaan Wanita: Pada sekitar 1499 ketika dunia masih tidak memberikan status atau kehormatan kepada wanita, Guru Nanak mengangkat kedudukan wanita melalui perutusan ini: "Dari perempuan, lelaki dilahirkan; dalam perempuan, lelaki jadi; melalui perempuan, generasi-generasi hadapan akan datang. Ketika isterinya mati, dia mencari perempuan lain; kepada perempuan, dia terikat. Oleh itu, mengapa mengatanya buruk? Dari perempuan, raja-raja dilahirkan. Dari perempuan, perempuan dilahirkan; tanpa perempuan, tidak akan terdapat sesiapa pun.

Page 23: Budaya Sikh

Perutusan sejagat kepada semua orang: Adalah adat resam pada masa itu bagi pemimpin-pemimpin agama untuk berucap hanya kepada jemaah mereka dan untuk mengasingkan agama-agama lain. Guru Nanak menyimpang daripada tradisi ini dan berucap kepada semua manusia. Kepada orang-orang Islam, beliau berkata: "Dan ketika, ya Nanak, dia manaruh belas kasihan terhadap semua makhluk, hanya kemudian bahawa dia boleh dipanggil orang Islam". ||1||" (m.s. 141"; kepada orang-orang Hindu, beliau berkata: "Ya Nanak, tanpa Nama Benar, apakah gunanya tanda dahi orang-orang Hindu, atau benang suci mereka?" ||1|| (m.s. 467); dan kepada semua orang, beliau berkhutbah: "Mengambil harta orang adalah serupa sahaja dengan orang Islam memakan daging babi, atau orang Hindu memakan daging lembu." (m.s. 141).

Page 24: Budaya Sikh

Peta perjalanan Guru Nanak

Page 25: Budaya Sikh

Sejarah mengatakan bahawa Guru Nanak

membuat empat perjalanan yang utama ke seluruh kawasan di India, serta ke Arab Saudi dan Parsi. Beliau melawat Mekah dan Baghdad, dan berucap kepada penganut-penganut Hinduisme, Jainisme, Budhisme, Zoroastrianisme, dan Islam. Beliau memberi ucapan di dalam kuil dan masjid, serta di pelbagai tempat ziarah.

Page 26: Budaya Sikh

Di mana-mana Guru Nanak pergi, beliau

bersuara menentang upacara amal yang kosong, penziarahan, sistem kasta, pengorbanan balu, pergantungan kepada buku-buku untuk membelajari agama yang benar, serta rukun-rukun yang lain yang mentakrifkan ajarannya. Tidak pernah beliau menyuruh sebarang pendengar untuk mengikutnya. Beliau menyuruh orang Islam untuk menjadi orang Islam yang benar, dan orang Hindu untuk menjadi Hindu yang benar.

Page 27: Budaya Sikh

Selepas perjalanan utamanya yang terakhir, Guru Nanak menetap di bandar Kartapur (di Punjab) yang terletak di tebing Sungai Ravi dan mengajar selama lima belas tahun lagi. Pengikut-pengikut dari seluruh tempat datang untuk menetap di Kartapur supaya dapat mendengar, bernyanyi dan hidup bersama dengannya. Pada masanya, walaupun pengikut-pengikutnya masih mengekalkan agama masing-masing, mereka dikenali sebagai pengikut Guru, atau orang Sikh.

Page 28: Budaya Sikh

Adalah di sini bahawa pengikut-pengikut Guru Nanak merujuk kepadanya sebagai guru. Beliau memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa mereka tetap merupakan orang berumah tangga dan dan tidak boleh hidup berasingan daripada dunia — tidak adanya pendeta atau pertapa. Sini adalah tempat di mana Guru Nanak memperkenalkan Langar yang memerlukan orang kaya dan miskin, orang Hindu dan Muslim, serta orang berkasta tinggi dan rendah, untuk duduk bersama-sama semasa memakan. Sini juga merupakan tempat di mana Lehna, kemudian Guru Angad, datang untuk tinggal bersama-sama dengan Guru Nanak.

Page 29: Budaya Sikh
Page 30: Budaya Sikh

Guru Nanak dengan Mardana (kiri) dan Bala Turisan kayu berwarna, Amritsar atau

Lahore, pada sekitar 1875

Page 31: Budaya Sikh

Guru Nanak menghabiskan tahun-tahun

terakhirnya di Kartarpur. Beliau akan bangun pada setiap waktu fajar untuk berdoam dan kemudian pada waktu subuh, Guru Nanak akan berucap kepada pengikut-pengikutnya. Beliau bekerja di dalam bilik dapur bebas yang kini masih dikenali sebagai 'langar'. Makanan yang disediakan dimakan oleh semua orang, baik orang Hindu atau Muslim, orang kaya atau miskin, dan orang berkasta tinggi atau rendah. Beliau mengerjakan ladang dan memperoleh punca pencarian sendiri.

Page 32: Budaya Sikh

Pada 22 September 1539 ketika berumur 70 tahun, Guru Nanak meninggal dunia selepas beliau meminta pengikut-pengikutnya untuk menyanyi Sohila (pujian kepada Tuhan).

Page 33: Budaya Sikh

Pada suatu masa, ketika Guru Nanak ditanya

mana satu agama, Hinduisme atau Islam, merupakan laluan yang benar ke Tuhan, beliau menjawab bahawa cara yang benar untuk mencapai Tuhan ialah untuk menyembah kepadaNya yang abadi dan terdapat di seluruh Alam Semesta.

Page 34: Budaya Sikh

Tiga Tunggak Sikhisme

1. Di Sultanpur, Guru Nanak menformalkan tiga tunggak Sikhisme yang penting :-

- Mengamalkan Simran dan Naam Japna — bertafakur tentang Tuhan dan membaca serta mengulangi sebutan Waheguru, nama Tuhan;

- Mengamalkan hidup berumah tangga serta Kirat Karni, iaitu memperoleh pendapatan yang jujur melalui usaha fizikal dan mental semasa menerima rezeki dan rahmat Tuhan;

- Berkongsi kekayaan dalam komuniti dengan mengamalkan Wand kay Shako, iaitu "Berkongsi dan berbelanja bersama-sama".

Page 35: Budaya Sikh

Terdapat sebuah cerita yang menyokong tunggak kedua itu. Dalam salah satu perjalanannya, Guru Nanak tiba di sebuah kampung dan bermalam di sana. Di kampung ini tinggal dua orang, iaitu seorang kaya dan seorang petani miskin. Oleh sebab Guru Nanak memilih untuk tinggal di rumah orang miskin walaupun diberikan kemewahan rumah orang kaya, orang kaya itu berang dan mendesak penjelasan. Guru Nanak menyuruh kedua-dua orang untuk membawa sekeping roti capati daripada rumah masing-masing. Ketika beliau memicit kedua-dua roti capati itu, susu mengalir daripada roti capati orang miskin tetapi darah mengalir daripada roti orang kaya.

Pengajaran daripada cerita ini adalah orang kaya itu menggunakan cara yang tidak beretika untuk memperoleh kekayaan (iaitu eksploitasi), sedangkan orang yang miskin memperoleh pendapatannya yang walaupun hanya sedikit, merupakan cara yang jujur dan rajin.

Page 36: Budaya Sikh

ADAT BUDAYA KAUM SIKH

Page 37: Budaya Sikh

Adat Istiadat Penganut Sikh:

- bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh.- Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi.- Upacara memberi nama adalah amat penting dan dikenali sebagai Naamkaran- bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas.- kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang.- nama bayi akan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu - Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur - Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri".- remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni

Page 38: Budaya Sikh

Perkahwinan dalam Budaya Sikh.

Sikhisme mengesyorkan hidup berkeluarga atau “ grithstashram” dan berumahtangga. Seseorang Sikh tidak seharusnya hidup terasing malahan perlu untuk berusaha untuk pembangunan komunitinya.

Institusi perkauman merupakan satu institusi yang suci dan harus bagi setiap orang Sikh. Melalui perkahwinan kasih sayang di antara dua buah keluarga menjadi rapat.

Perkahwinan dalam masyarakat Sikh adalah di atur oleh ibu bapa dan saudara mara.

Ini adalah kerana masyarakat Sikh merupakan satu komuniti yang kecil maka merisik dan menyelidik latar belakang seseorang mudah dilakukan.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan keluarga untuk mencari pasangan hidup yang baik bagi anak – anak.

Tambahan pula perkahwinan adalah asas kepada kesedaran kasta.

Page 39: Budaya Sikh

Waktu yang menjadi pilihan untuk merisik adalah semasa musim – musim perayaan dan upacara sembahyang di “Gurudwara”. Suasana ini memberikan kesempatan kepada golongan yang lebih tua untuk mengetahui latar belakang keluarga, taraf pendidikan, pekerjaan, dan lain – lain hal mengenai gadis atau lelaki. Selalunya pihak gadis akan melamar si lelaki dan bukan sebaliknya.Walaupun agama Sikh melarang sistem kasta namun masyarakat Sikh yang dikaji hampir keseluruhannya berpegang kuat kepada idea kasta kecuali dalam kes berkahwin campur.

Page 40: Budaya Sikh
Page 41: Budaya Sikh

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian untuk meraikan kejayaan menuai padi di wilayah Punjab India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.

Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri untuk melahirkan suatu pergerakan yang artistik.

Penari Bhangra biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita dengan pakaian pelbagai warna yang cerah.

Page 42: Budaya Sikh

Lagu yang dinyanyikan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan diiringi peralatan muzik tradisional seperti tholl (drum), harmonika, tamborin dan klapper muzik.

Tarian Bhangra seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan. Boleh ditarikan oleh sesiapa sahaja kerana bukan bercororak agama.

Page 43: Budaya Sikh

inilah antara contoh tarian bhangra

Page 44: Budaya Sikh

Penganut Sikh aktif dalam politik di pelbagai tempat di seluruh dunia terutama di India:

-Manmohan Singh - Perdana Menteri India. -Tentera - ramai daripada mereka menyertai tentera dan polis di India dan di seluruh dunia terutama zaman penjajahan Empayar British. Antaranya ialah Jeneral Joginder Jaswant Singh. -Tan Sri Dato' Seri Darshan Singh Gill - di Malaysia, beliau menjadi pemimpin kaum Sikh. -Karpal Singh - peguam dan pemimpin parti pembangkang DAP dalam Parlimen Malaysia.

Page 45: Budaya Sikh

Kesimpulan:

Walaupun mereka terdiri daripada golongan etnik minoriti di Malaysia, tetapi keunikkan agama dan budaya mereka masih boleh bertahan di dalam masyarakat Malaysia. Kebanyakkan daripada mereka adalah golongan-golongan yang telah berjaya di dalam kehidupan di Malaysia dalam lapangan profesional seperti doktor, peguam, ahli perniagaan dan memegang jawatan yang tinggi di dalam pentadbiran kerajaan Malaysia