borang status tesis. - fp.utm.my · penyelidikan atau laporan projek sarjana muda (psm)'...

26
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. JUDUL; SESIPENGAJIAN: 20l0l20ll Saya MOHAMAD RASHIDI BIN ANAIIG (IIURUF BESAR) mengakumembenarkantesis(PSM/@*inidisimpandiPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. ^f"tp'uitutu* -dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Silatandakan (/ ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD NO. 11, JLN. MURNI4, TAMAN MURNI,83000 BATU PAHAT, JOIIOR Tarikh: 12 MEI 2011 (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Nama Penyelia: PM DR. JAMALLIJDIN IIARTIN Tarikh: 12 MEI 201I AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN IJTM Disahkan oleh GAN PENYELIA) (TANDAT Alamat tetap: CATATAN: * Potong Yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD' r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)'

Upload: phamminh

Post on 03-Jul-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.

JUDUL;

SESIPENGAJIAN: 20l0l20ll

Saya MOHAMAD RASHIDI BIN ANAIIG(IIURUF BESAR)

mengakumembenarkantesis(PSM/@*inidisimpandiPerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. ^f"tp'uitutu* -dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Silatandakan (/ )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

NO. 11, JLN. MURNI4,TAMAN MURNI,83000BATU PAHAT, JOIIORTarikh: 12 MEI 2011

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Nama Penyelia:PM DR. JAMALLIJDIN IIARTIN

Tarikh: 12 MEI 201I

AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN IJTM

Disahkan oleh

GAN PENYELIA)(TANDAT

Alamat tetap:

CATATAN: * Potong Yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD'

r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)'

Page 2: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

PENGESAHAN PEFTYELIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya iai dan pada pandangan saya karya ini

adalah mernadai dari segi skop dan kua,titi pongaaugerahan Ijazah Sarjena Muda

Sains Dan Komputer Setta Fendidikan (Kirnia)"

TANDATANGAN

NAMA PEI{YELIA

TARIKH

: PM DR JffiLLUDIN BIN HART'N

: 12 MEI201l

Page 3: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

i

TAHAP PENERIMAAN MEDIA SOSIAL BAGI PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA PEMBELAJARAN

BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UTM

MOHAMAD RASHIDI BIN ANANG

Projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 4: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

]Sryu ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

ya*g ,atunyatel&sayajda*ari'grnbctnyd'

TA}I{DATANGAhI

NAMA PENYELIA

TARKH

: MOHAMADRASHIDI BIN ANANG

: l2lvffil20ll

Page 5: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

iii

Teristimewa buat…

Ayahanda dan Bonda tercinta….

En. Anang Bin Mohamad & Pn. Norriza Binti Kasah

Rakan setia…

Muhammad Rufi Bin Muhidin

Terima kasih atas semangat, dorongan, sokongan dan nasihat yang kalian berikan…

Page 6: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah. Bersyukur dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Mengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik hidayatnya saya diberi kesempatan

untuk menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

ditujukan buat PM Dr. Jamalludin Bin Harun di atas segala bimbingan, dorongan,

pandangan, perbincangan dan masa yang telah diluangkan sepanjang kajian ini

dijalankan.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat pensyarah dan pelajar Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bimbingan dan nasihat yang

dijadikan pedoman sepanjang pengajian.

Terima kasih atas segala pengertian dan semangat yang diberikan oleh kedua ibu

bapa, En. Anang Bin Mohamad dan Pn. Norriza Binti Kasah serta ahli keluarga

sepanjang proses kajian ini. Tidak lupa juga kepada Muhammad Rufi Bin Muhidin di

atas sokongan yang diberikan sepanjang pengajian di sini. Begitu juga rakan-rakan yang

banyak memberikan bantuan dan kata-kata nasihat dalam melaksanakan kajian ini

dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.

Sekian, Ribuan Terima Kasih.

Page 7: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

v

ABSTRAK

Kebelakangan ini, perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan teknologi

internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan

komunikasi. Penggunaan web 2.0 dan media sosial semakin meluas di seluruh negara.

Kesedaran tentang penggunaannya di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi terhadap

persekitaran web 2.0 telah mengatasi penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

(Learning Management System) yang berkait rapat dengan sistem e-Pembelajaran yang

disediakan dan diguna pakai oleh institusi mereka. Walaubagaimanapun, teknologi semata-

mata tidak menjanjikan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini

adalah kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kajian ini

mengkaji gaya pembelajaran berdasarkan teori kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh

Howard Gardner. Responden yang terlibat adalah 137 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan untuk

mendapatkan pandangan responden terhadap ciri-ciri dan penggunaan media sosial bagi

proses pengajaran dan pembelajaran dan hubungannya dengan gaya pembelajaran. Hasil

daripada kajian rintis soal-selidik yang dijalankan, nilai alpha yang diperoleh ialah 0.890.

Daripada kajian yang telah dijalankan, min purata keseluruhan untuk tahap penggunaan

media sosial bagi tujuan perkongsian maklumat adalah paling tinggi (4.07) berbanding

dengan min purata keseluruhan bagi tujuan komunikasi berkesan (2.93) dan tujuan

kepelbagaian media (2.76). Kajian juga mendapati bahawa min purata keseluruhan untuk

item tahap penerimaan terhadap penggunaan media sosial dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi tujuan perkongsian maklumat adalah paling tinggi (3.13) berbanding

dengan min purata keseluruhan bagi tujuan komunikasi berkesan (3.11) dan tujuan

kepelbagaian media (3.12). Kajian yang telah dijalankan juga mengkaji ciri-ciri interaktif dan

fleksibiliti dalam media sosial yang diharapkan dapat diintegrasikan ke dalam Sistem

Pengurusan Pembelajaran (e-Learning) sedia ada di kalangan responden. Gaya pembelajaran

responden juga dianalisa dalam bentuk jadual kekerapan. Selain daripada itu, di dapati juga

terdapat hubungan antara penerimaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

dengan gaya pembelajaran di kalangan responden mengikut beberapa aspek seperti

perkongsian maklumat, komunikasi berkesan dan kepelbagaian media.

Page 8: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

vi

ABSTRACT

For the past few years, the development of multimedia technologies has given a new

era of education. Web 2.0 and social media has been used widely throughout the country. The

awareness of using web 2.0 has overcome the usage of Learning Management System,

prepared by the institution, among undergraduates as a tool of learning. However,

technologies itself does not guarantee a better learning environment as every students has

their own learning styles. This research only studies about Multiple Intelligence by Howard

Gardner. Respondents involved were 137 final year students of Faculty of Education,

Universiti Teknologi Malaysia. The research also studies about the perception of respondents

towards the usage of social media as a learning tool and the relationship between the

perceptions of respondents towards the usage of social media as a learning tool and the

learning style. From the results of the pilot study, the alpha value obtained is 0890. From the

study, the overall weighted average for the use of social media for the purpose of sharing

information is the highest (4.07) compared to the overall weighted average for the purpose of

effective communication (2.93) and media diversity (2.76). The study also found that the

mean average for the overall item level of acceptance towards the use of social media in

teaching and learning for the purpose of sharing information is the highest (3.13) compared

to the overall weighted average for the purpose of effective communication (3.11) and media

diversity (3.12). Studies also examine the interactive features and flexibility in social media is

expected to be integrated into the Learning Management System (e-Learning) among

the respondents. The respondents’ learning style was analyzed in a frequency table. In

addition, there was a significant correlation between the acceptance of social media in

teaching and learning, learning styles among respondents according to various aspects such

as information sharing, effective communication and media diversity.

Page 9: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i.

PENGAKUAN PENULIS ii.

DEDIKASI iii.

PENGHARGAAN iv.

ABSTRAK v.

ABSTRACT vi.

KANDUNGAN vii.

SENARAI JADUAL xi.

SENARAI RAJAH xiii.

SENARAI LAMPIRAN

xiv.

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Rasional Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.7.1 Pelajar

1.7.2 Pendidik

1.7.3 Universiti

1.7.4 Masyarakat

1

1

3

9

9

10

11

12

12

13

13

14

Page 10: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

viii

1.7.5 Negara

1.8 Skop dan Batasan Kajian

1.9 Definisi Istilah

1.10 Penutup

14

14

15

18

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Sistem Pengurusan Pembelajaran(LMS)

2.3 Pengenalan kepada Web 2.0

2.4 Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.5 Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.5.1 Penggunaan Laman Rangkaian Sosial dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

2.5.2 Penggunaan Laman Perkongsian Media dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

2.5.3 Penggunaan Laman Perkongsian Maklumat dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

2.6 Gaya Pembelajaran

2.6.1 Indikasi Myers-Briggs

2.6.2 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

2.6.3 Model Gregorc

2.7 Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

2.8 Penutup

19

19

20

21

23

24

25

26

29

30

31

33

34

35

37

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Prosedur Kajian

3.4 Pensampelan

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A

3.5.2 Bahagian B

3.5.3 Bahagian C

3.5.4 Bahagian D

39

39

39

41

42

44

45

45

45

46

Page 11: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

ix

3.5.5 Bahagian E

3.6 Kajian Rintis

3.7 Analisis Data

3.8 Penutup

46

47

49

50

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Data Demografi

4.3 Dapatan Kajian

4.3.1 Tahap Penggunaan Media Sosial

4.3.1.1 Tujuan Perkongsian Maklumat

4.3.1.2 Tujuan Komunikasi Berkesan

4.3.1.3 Tujuan Kepelbagaian Media

4.3.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan

Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4.3.2.1 Aspek Perkongsian Maklumat

4.3.2.2 Aspek Komunikasi Berkesan

4.3.2.3 Aspek Kepelbagaian Media

4.3.3 Ciri-ciri Interaktif dan Fleksibiliti dalam Media Sosial

yang diharapkan dapat Diintegrasikan ke dalam

Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-Learning) UTM

4.3.4 Gaya Pembelajaran Pelajar

4.3.5 Hubungan Antara Penerimaan Media Sosial dalam

Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya

Pembelajaran Pelajar

4.3.5.1 Aspek Perkongsian Maklumat

4.3.5.2 Aspek Komunikasi Berkesan

4.3.5.3 Aspek Kepelbagaian Media

4.4 Kesimpulan

51

51

51

53

54

54

55

56

57

57

58

59

61

63

69

69

70

71

71

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

72

72

72

Page 12: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

x

5.2.1 Tahap Penggunaan Media Sosial

5.2.1.1 Tujuan Perkongsian Maklumat

5.2.1.2 Tujuan Komunikasi Berkesan

5.2.1.3 Tujuan Kepelbagaian Media

5.2.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan

Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5.2.2.1 Aspek Perkongsian Maklumat

5.2.2.2 Aspek Komunikasi Berkesan

5.2.2.3 Aspek Kepelbagaian Media

5.2.3 Ciri-ciri Interaktif dan Fleksibiliti dalam Media Sosial

yang diharapkan dapat Diintegrasikan ke dalam

Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-Learning) UTM

5.2.4 Gaya Pembelajaran Pelajar

5.2.5 Hubungan Antara Penerimaan Media Sosial dalam

Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya

Pembelajaran Pelajar

5.2.5.1 Aspek Perkongsian Maklumat

5.2.5.2 Aspek Komunikasi Berkesan

5.2.5.3 Aspek Kepelbagaian Media

5.3 Rumusan Kajian

5.4 Cadangan Kajian Akan Datang

5.5 Kesimpulan

73

73

75

76

77

78

79

80

82

83

85

85

86

87

88

89

90

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 95

Page 13: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan ‘Podcast’ Daripada Aspek Pelajar dan Pensyarah

28

2.2 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) 34 3.1 Pembahagian reka bentuk kajian kuantitatif

berdasarkan jenis data yang dipungut 40

3.2 Jadual rancangan kerja kajian 41 3.3 Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejeic dan

Morgan (1970) 43

3.4 Pemilihan saiz sampel berdasarkan tatacara yang dinyatakan oleh Krejeic dan Morgan (1970)

43

3.5 Taburan Komponen Soal Selidik 44 3.6 Bilangan item Soal Selidik Bahagian B 45 3.7 Bilangan item Soal Selidik Bahagian C 46 3.8 Spesifikasi jumlah item bagi setiap kategori dalam

kecerdasan pelbagai mengikut teori Gardner (1968) 47

3.9 Interpretasi pekali korelasi 49 4.1 Kekerapan dan Peratus Maklumat Responden 52 4.2 Kekerapan dan Peratus Maklumat Responden 52 4.3 Tahap Penggunaan Tujuan Perkongsian Maklumat 54 4.4 Tahap Penggunaan Tujuan Komunikasi Berkesan 55 4.5 Tahap Penggunaan Tujuan Kepelbagaian Media 56 4.6 Tahap Penggunaan Media Sosial di Kalangan

Responden 57

4.7 Tahap Penerimaan Aspek Perkongsian Maklumat 58 4.8 Tahap Penerimaan Aspek Komunikasi Berterusan 59 4.9 Tahap Penerimaan Aspek Kepelbagaian Media 60 4.10 Tahap Penerimaan Media Sosial di Kalangan

Responden 60

4.11 Ciri-ciri Interaktif dan Fleksibiliti dalam Media Sosial yang diharapkan dapat diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-Learning)

61

4.12 Gaya Pembelajaran Verbal Pelajar 63 4.13 Gaya Pembelajaran Logikal Pelajar 64

Page 14: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.14 Gaya Pembelajaran Visual Pelajar 64 4.15 Gaya Pembelajaran Kinestetik Pelajar 65 4.16 Gaya Pembelajaran Muzikal Pelajar 65 4.17 Gaya Pembelajaran Interpersonal Pelajar 66 4.18 Gaya Pembelajaran Intrapersonal Pelajar 67 4.19 Gaya Pembelajaran Naturalis Pelajar 67 4.20 Statistik Gaya Pembelajaran Pelajar 68 4.21 Hubungan Signifikan antara Penerimaan Media Sosial

dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Aspek Perkongsian Maklumat

69

4.22 Hubungan Signifikan antara Penerimaan Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Aspek Komunikasi Berterusan

70

4.23 Hubungan Signifikan antara Penerimaan Media Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Aspek Kepelbagaian Media

71

Page 15: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

5

Page 16: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik Tahap Penggunaan Media Sosial dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dan Hubungannya dengan Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai

95

B Analisis Data daripada SPSS 16.0 bagi Min, Kekerapan dan Peratus

102

C Analisis Data daripada SPSS 16.0 bagi korelasi hubungan Spearman Rho

122

Page 17: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan dari segi cara pengajaran dan

pembelajaran dilakukan. Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran

sering diperkatakan dan diaplikasikan. Ia adalah selari dengan hasrat pemimpin negara dalam

usaha mencapai Wawasan 2020. Projek Sekolah Bestari telah pun dilancarkan dan makmal

komputer dan multimedia juga telah banyak dibangunkan di sekolah-sekolah seluruh

Malaysia. Antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengintegrasikan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah dapat kita lihat di makmal

komputer kebanyakkan sekolah seluruh negara yang dilengkapi dengan komputer-komputer

serta kemudahan dalam-talian (on-line) supaya guru dan pelajar dapat mengalami proses

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan multimedia.

Revolusi teknologi maklumat masa kini telah dikuasai Internet yang bersifat global,

platform bebas, penyelenggaraan yang minima, dapat digunakan semula dan kaedah

pengoperasian yang mudah (Lorenz et al, 1997). Internet juga tidak dapat dipisahkan dalam

kehidupan seharian kita. Ia telah memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan

maklumat yang terkini pada masyarakat. Ia juga memainkan peranan yang signifikan

terhadap pengajaran dan pembelajaran. Satu tinjauan ke atas guru yang dilaksanakan oleh

Michael Pastore (2003) di Amerika Syarikat mendapati bahawa Internet dapat meningkatkan

kualiti pendidikan, sebagai alat yang penting bagi mendapatkan maklumat baru dan hampir

keseluruhan guru menggunakan Internet di dalam kelas mereka.

Page 18: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

Satu perubahan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan

teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang

dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi

dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat

kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Web 1.0 mula diperkenalkan kepada

umum pada tahun 1991. Web 1.0 lebih statik dan kebimbangan mengenai hak persendirian

menjadi isu yang menyebabkan maklumat dialirkan secara sehala melaui laman web yang

mempunyai bahan-bahan bacaan sahaja. Kemudian pada tahun 2004, web 2.0 diperkenalkan.

Perubahan dari web 1.0 kepada web 2.0 boleh dilihat sebagai pembaikan teknologi dengan

adaptasi-adaptasi seperti penggunaan jalur lebar dan peningkatan pembuatan aplikasi Flash.

Perubahan ini juga memberi kesan secara langsung terhadap perubahan tingkah laku

pengguna web 2.0 (Flew dan Terry, 2008). Web 2.0 kini lebih melibatkan penggunaan-

penggunaan media sosial. Menurut kajian daripada IPTS(Institute for Prospective

Technological Studies),2010, media sosial dapat menyumbang kepada peningkatan peluang

pengajaran dan pembelajaran di Eropah.

Disamping itu, pelbagai kajian telah dilakukan untuk meninjau sejauh mana

penggunaan komputer secara menyeluruh dan praktikal, serta mengkaji kesannya terhadap

guru dan pelajar. Corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer untuk menaikkan

keyakinan diri pelajar melalui sistem penyampaian yang berkesan berdasarkan prinsip-prinsip

manusia belajar amat diperlukan (John,1967). Memandangkan corak pendidikan hari ini yang

menitikberatkan penglibatan pelajar, corak pengajaran dan pembelajaran kita memerlukan

suatu anjakan, dimana personaliti dan aspek dalaman pelajar perlu dipertimbangkan semasa

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer khususnya dalam

penggunaan media-media baru atau media sosial yang semakin mendapat tempat dalam

sistem pendidikan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Beberapa tahun kebelakangan ini, perkembangan pesat dalam teknologi multimedia

dan teknologi internet membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi. Gabungan kedua- dua teknologi ini semakin merancakkan lagi

Page 19: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana sejak

kebelakangan ini penggunaan teknologi internet menjadi begitu dominan dalam kehidupan

manusia. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan

negara samada di peringkat sekolah rendah seterusnya sehingga ke peringkat pengajian

tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin

mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik

(Khan, 1997).

Pada masa kini, penggunaan web 2.0 semakin meluas di seluruh negara. Kesedaran

tentang penggunaannya di kalangan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi terhadap

persekitaran web 2.0 telah mengatasi penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

(Learning Management System) yang berkait rapat dengan sistem e-Pembelajaran yang

disediakan dan diguna pakai oleh institusi mereka. Menurut Niall Sclater (2008), web

browser adalah paling signifikan sebagai alat pembelajaran yang baik pernah dicipta dari segi

kebolehannya menyediakan maklumat yang meluas dan menghubungkan pelajar-pelajar

dengan hanya satu antaramuka. Di institusi-institusi pengajian tinggi awam terutamanya,

penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah meluas. Ia menyediakan maklumat

pentadbiran daripada pihak pengurusan seperti silibus pembelajaran, jadual peperiksaan,

keputusan peperiksaan dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang harus dipersoalkan di dalam

penggunaan sistem ini. Penggunaannya menghalang pelajar dari segi pemilihan rekaan

paparan dan interaksi antara pelajar adalah tertakluk kepada pelajar di dalam suatu kursus

sahaja. Laman rangkaian sosial dan penulisan blog memberi kemudahan dan peluang untuk

pelajar membina dan berkongsi maklumat selain berkomunikasi dan berinteraksi. Ia memberi

kemudahan dan pemilikan yang tidak terdapat dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran.

Selain itu, Sistem Pengurusan Pembelajaran juga kurang kemudahan untuk berkomunikasi

bagi sesetengah institusi pengajian tinggi. Secara umumnya, ia hanyalah sekadar tempat

penyimpanan nota-nota dari pensyarah (Niall Sclater, 2008). Web 2.0 yang menyediakan

lebih banyak kemudahan dan kelebihan menjadi pilihan pelajar. Pelajar lebih selesa

menggunakan web 2.0 kerana ia memberi lebih peluang untuk mencipta dan berkongsi serta

berkomunikasi antara satu sama lain. Antara contoh web 2.0 yang popular masa kini adalah

berkaitan dengan media sosial.

Page 20: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

Media sosial atau laman web sosial telah banyak diperkatakan pada masa kini.

Penggunaanya juga tidak terhad pada mereka yang muda malahan mereka yang berusia juga

menggunakannya. Menurut kajian, IPTS(Institute for Prospective Technological Studies,

2010) menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi media sosial di persekitaran pembelajaran

tidak formal dapat memberi peluang menginovasikan dan memperbaharui institusi pengajian

dan juga mempersiapkan pelajar di abad ke-21 ini. Aplikasi media sosial termasuklah

menulis blog, perkongsian maklumat (collaborative content), rangkaian sosial (social

networking), perkongsian media (media sharing), social bookmarking, dan permainan video

sosial (social gaming). Laman sosial seperti Facebook dan Myspace adalah antara laman

sosial yang paling popular di seluruh dunia. Individu boleh memuat naik video, gambar,

membina aplikasi serta menggunakan banyak aplikasi pihak kedua yang pelbagai. Jadi,

penggunaannya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah tidak mustahil dengan

adanya elemen multimedia yang banyak serta pelbagai elemen bagi perkongsian maklumat

dan memudahkan komunikasi di antara pengguna.

Walaubagaimanapun, teknologi semata-mata tidak menjanjikan keberkesanannya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai gaya

pembelajaran yang berbeza. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu

seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses

pembelajaran. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan

mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan

memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam

kehidupan (Hargreaves, 1996). Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu

seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi

pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997).

Menurut Mok Soon Sang (2003), antara masalah pembelajaran yang sering dihadapi

pelajar adalah strategi pengajaran dan prosedur yang kurang sesuai dan tidak dapat diterima

oleh pelajar itu sendiri. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya

pembelajaran pelajar perlu dikenal pasti supaya keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih optimum.

Page 21: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaanmemilih

pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan (Mok Soon Sang, 2003). Dalam erti kata

lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta

teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran

dengan lebih berkesan. Rajah 1.1 berikut menunjukkan gambaran secara ringkas klasifikasi

strategi pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar yang berkaitan.

Rajah 1.1: Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh itu, untuk keberkesanan pengajaran, strategi pengajaran haruslah pelbagai.

Strategi yang dijalankan perlu bersesuian dengan pelajar kerana setiap pelajar mempunyai

gaya pembelajaran yang berbeza. Terdapat banyak jenis gaya pembelajaran sebagai contoh

Model Gaya Belajar Dunn dan Dunn, Model Gregorc, Indikasi Myers-Briggs dan Teori

Kecerdasan Pelbagai.

Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan,Gardner (1991) berpendapat bahawa setiap insan

mewarisi lapan jenis kecerdasan yang berlainan. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran pelajar

yang dikenalpasti tetapi kajian ini akan lebih mengkaji teori kecerdasan pelbagai Howard

Klasifikasi Strategi Pengajaran-Pembelajaran

Pemusatan Guru Pemusatan Bahan Pemusatan Pelajar

Kaedah dan teknik:

• Menerang

• Eksploitasi

• Demonstrasi

• Syarahan

• Bercerita

• Pengajaran mikro

Kaedah dan teknik:

• Audio-visual

• Penggunaan computer

• Penggunaan bahan cetak

• Modul

• Penggunaan buku teks dan buku rujukan

Kaedah dan teknik:

• Projek

• Inkuiri-penemuan

• Perbincangan

• Penyelesaian masalah

• Penyoalan

• simulasi

Page 22: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

Gardner. Teori kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard

Gardner dalam tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan

iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan

kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:

i. Kecerdasan verbal/linguistic

ii. Kecerdasan logikal/matematik

iii. Kecerdasan visual/ruang (spatial)

iv. Kecerdasan kinestetik

v. Kecerdasan muzikal/irama

vi. Kecerdasan interpersonal

vii. Kecerdasan intrapersonal

viii. Kecerdasan naturalis

Mengikut teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner (1983), cara pembelajaran

pelajar adalah berbeza, namun seperti yang dinyatakan oleh Gardner, sekolah dan budaya kita

memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistik dan logikal-matematik sahaja.

Jika seseorang guru mengalami kesukaran untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara

lebih tradisional iaitu secara linguistik atau logikal, teori ini mencadangkan pelbagai cara lain

untuk membentangkan bahan pengajaran bagi memudahcarakan pembelajaran berkesan.

Diperingkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti

kecerdasan linguistik, logikal-matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan

kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal

jarang diadakan. Sehubungan itu, kecerdasan pelajar dalam bidang muzik, kinestetik,

interpersonal dan intrapersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya. (Mok

Soon Sang, 2003).

Salmon (2000) mencadangkan bahawa pembelajaran di bilik darjah online bukan

sekadar berkongsi nota melalui laman web atau melalui email sahaja; tetapi ia seharusnya

melibatkan interaksi diantara semua pengguna bilik darjah yang dihubungkan melalui

Page 23: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

pembelajaran secara rangaian. Aplikasi seperti forum dikatakan mampu untuk

menghubungkan semua pengguna secara rangkaian.

Di sini, dapat kita lihat bahawa pelajar mempunyai cara belajar yang tersendiri yang

harus ditekankan dan penggunaan laman web dan pembelajaran secara dalam talian adalah

satu alternatif pembelajaran yang baik. Dengan wujudnya web 2.0, strategi pengajaran akan

lebih dipermudahkan. Menurut Shirky (2003), ia dipanggil sebagai perisian sosial di mana

pengguna menggunakannya untuk berkolaborasi dan berhubung dalam pelbagai interaksi.

Web 2.0 juga memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih sama ada untuk

berinteraksi sesama mereka melalui media sosial sebagai pereka kepada pengisian yang

ditentukan sendiri oleh pengguna di dunia maya.

Pada masa yang sama, penggunaan media Web 2.0 dikatakan mampu untuk

berinteraksi secara positif dengan corak pembelajaran moden masa kini. Secara khususnya,

Web 2.0 menjanjikan peluang atau ruang kepada pelajar untuk menerokai peluang-peluang

baru serta membuka skop yang lebih besar untuk tujuan pembelajaran & kajian ilmiah. Web

2.0 menawarkan pelbagai kebolehan yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan. Ia juga

menawarkan peluang untuk pengguna bekerja secara kolaboratif yang seterusnya menarik

minat pengguna untuk menggunakan aplikasi Web 2.0 ini. Untuk terus melaksanakan misi

ini, aplikasi-aplikasi Web 2.0 telah mengalami penambahbaikan dalam usaha untuk terus

menarik minat pengguna menggunakannya untuk tujuan ilmiah melalui talian.

Penggunaan media sosial pada masa kini semakin menular ke seluruh pelosok dunia

termasuk Malaysia. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar kita juga ada menggunakan media

sosial. Penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi

persekitaran yang lebih sosial dan menyokong keperluan peribadi pelajar. Terdapat beberapa

kategori aplikasi web 2.0 termasuklah rangkaian sosial, perkongsian media, Weblog(Blog)

dan permainan dalam talian. Kebanyakan laman rangkaian sosial menggunakan sistem yang

melibatkan pembelajaran berkelompok. Dengan adanya kemudahan ini, kebanyakan institusi

pendidikan boleh menggunakan Web 2.0 sebagai platform untuk melancarkan aplikasi Web

2.0 mereka sendiri untuk institusi pendidikan masing-masing. Aplikasi Web 2.0 yang

dibangunkan ini boleh direka dengan spesifikasi tersendiri untuk memenuhi keperluan

institusi pendidikan yang terbabit.

Page 24: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

Menurut Crook (2008) pada masa kini, kebanyakan Aplikasi Web 2.0 menerima &

mengalu-alukan penghantaran media kreatif berbentuk digital dari para pendidik untuk

dipaparkan di aplikasi web mereka. Contohnya ialah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh

para pendidik di laman web 'YouTube' serta sebuah kumpulan yang menggelarkan diri

mereka sebagai “BBC Blast”. Di kedua-dua laman aplikasi Web 2.0 ini, media berbentuk

video serta “PowerPoint slide” tersedia untuk dikongsi diantara pendidik.

Terdapat laman blog yang diwujudkan terutamanya untuk para guru & pelajar

(Edublogs). Terdapat juga beberapa laman blog yang mengumpulkan komuniti di kalangan

pelajar untuk berkongsi maklumat, sebagai contoh, “Warwick” merupakan kumpulan bagi

pelajar kolej & universiti, “Lobgeaton” untuk para pelajar di peringkat menengah serta

“Sandaigprimary” untuk pelajar peringkat rendah. Pada masa kini, terdapat juga platform

yang menggalakkan pembangunan perisian permainan atas talian untuk disertakan ke dalam

aplikasi Web 2.0. Contohnya adalah seperti aplikasi permainan “Fablusi”,

“Powerupthegame”, “Arden”, “Schome dan “Vue” (Crook, 2008).

Kajian mengenai pembelajaran secara tidak formal menunjukkan aplikasi media

sosial dapat memberikan maklumat dan pengetahuan yang meluas dengan cepat, mudah dan

effisien (IPTS,2010). Oleh kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang

berbeza, penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah

bergantung kepadanya.

1.3 Pernyataan Masalah

Gaya pembelajaran merupakan suatu elemen penting yang perlu diambil berat oleh

seorang guru. Manakala penggunaan media baru juga amat meluas masa kini. Penggunaan

media baru sebagai medium bagi proses pembelajaran harus diketengahkan. Kajian-kajian

lepas banyak mengkaji tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan, penghasilan perisian

pembelajaran yang pelbagai, penggunaan internet bagi proses pembelajaran dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa kuatnya pengaruh teknologi dalam

mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan mengubah proses pembelajaran ke satu tahap

yang baru. Selari dengan itu, kajian ini akan melihat tentang penggunaan media baru dalam

Page 25: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

pendidikan bagi tujuan pembelajaran. Selain daripada itu, penyelidik juga ingin mengkaji

hubungan antara penggunaan media baru tersebut dengan gaya pembelajaran. Penggunaan

media sosial yang telah menjadi begitu luas masa kini telah menarik minat penyelidik untuk

mengkaji penggunaan media baru tersebut dikalangan pelajar sasaran.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Meninjau tahap penggunaan media sosial dikalangan pelajar Tahun akhir Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari aspek berikut:

a. Sumber perkongsian maklumat

b. Sumber komunikasi berkesan

c. Sumber kepelbagaian media

ii. Mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan media sosial digunakan bagi

tujuan pengajaran & pembelajaran dari aspek berikut:

a. Sumber perkongsian maklumat

b. Sumber komunikasi berkesan

c. Sumber kepelbagaian media

iii. Mengkaji ciri-ciri interaktif dan fleksibiliti dalam media sosial yang paling digemari

oleh pelajar untuk diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-

Learning) sedia ada.

iv. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.

v. Mengkaji adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan media baru

dalam pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Page 26: BORANG STATUS TESIS. - fp.utm.my · penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)' PENGESAHAN PEFTYELIA ... ul"i krya ini *Iah hil kaia mya sendiri kscuali ffiilm tin#ffiart

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan ditimbulkan bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap penggunaan media sosial dikalangan pelajar Tahun akhir Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari aspek berikut:

a. Sumber perkongsian maklumat

b. Sumber komunikasi berkesan

c. Sumber kepelbagaian media

ii. Apakah tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan media sosial digunakan bagi

tujuan pengajaran & pembelajaran dari aspek berikut:

a. Sumber perkongsian maklumat

b. Sumber komunikasi berkesan

c. Sumber kepelbagaian media

iii. Apakah ciri-ciri interaktif dan fleksibiliti dalam media sosial yang paling digemari

oleh pelajar untuk diintegrasikan ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (e-

Learning) sedia ada.

iv. Apakah gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penerimaan media baru dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.