boneka n pengajaran bacaan

23
Pengajaran Bacaan Awal Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Kepada Pelajar Pemulihan 1. Pendahuluan ‘Bacaan’ merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap kebolehan membaca itu sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran murid-murid itu. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ini merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid bukan saja pada masa persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid berkenaan. Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada ‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan- perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang

Upload: ummi-eira

Post on 05-Jul-2015

1.716 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Boneka n Pengajaran Bacaan

Pengajaran Bacaan Awal Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Kepada Pelajar Pemulihan

1. Pendahuluan‘Bacaan’ merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap kebolehan membaca itu sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran murid-murid itu. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ini merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid bukan saja pada masa persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid berkenaan.

Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada ‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.

Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi

Page 2: Boneka n Pengajaran Bacaan

Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas.

Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini. Penulis amat berminat dengan Kaedah Gabungan Bunyi Kata yang dirasakan begitu istimewa untuk mengajar murid-murid pemulihan khas membaca di peringkat sekolah menengah.

2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK)2.1. Latar belakangKaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980.

Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca’ yang diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).

2.2. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut;

2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik . Hal ini menjelaskanbahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Halini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.

Page 3: Boneka n Pengajaran Bacaan

2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan denganbahasa-bahasa lain.

2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayuyang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitujuga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyaiperbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yangdigunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasapertama yang berbeza.

Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara ‘developmental’, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini.

Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan.

2.3: Ciri-ciri

2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayusebelum mereka boleh diajar membaca.

2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca

Page 4: Boneka n Pengajaran Bacaan

perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepertiyang disarankan.

2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membacasendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-muridsentiasa dekat dengan membaca.

3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK

Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah

‘a i u’

dan susunan konsonan berikut;

b k c s t m n g l j h y f w q v z

Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut;

i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli.

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.

iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya

Page 5: Boneka n Pengajaran Bacaan

menjadi suku kata.

ba bi buda di duka ki ku

seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna;

da da dadaba ba bababu bu bubuku ku kuku

Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya:

dada bababubu babakuku baba

iv. Perkenalkan gabungan lain;

a da adaa ku akuku da kudabu ku bukubu ka buka

suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas;

baba ada bolababa ada kudababa ada bububaba buka bukuBaba buka bubu

kemudian gantikan ‘baba’ dengan ‘aku’ dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut;

kuda dia

Page 6: Boneka n Pengajaran Bacaan

kuda babakuda aku/ ku

Gantikan ‘kuda’ dengan ‘buku’, ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

i bu ibubu di budiu da udabudi ibubudi ibukubudi udada a diaka ki kakikaki diakaki ibukaki kuda

suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta;

ibu buku buku udababa uda bubuudaku ada kudadia kaki kuda

vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi.vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;

ng bising, datang, sayangnga nganga, singasy, sya syarat , syarikatgh (gha) nyanyi, nyaring, punya

Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah;

i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan

Page 7: Boneka n Pengajaran Bacaan

dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).

ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian.

iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.

iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan.

v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkat-peringkat.

vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran.

vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas

Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula belajar membaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan khas untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyedari bahawa murid-murid sekolah menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca.

Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti aspek yang telah dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah;

Page 8: Boneka n Pengajaran Bacaan

i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a – z) sama ada semua atau sebilangan sahaja.ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu.

iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan.iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka.v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.

Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyai masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain.

Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolah menengah adalah;

i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad. Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. Namun begitu, guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih utama murid menguasai kemahiran. Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid membaca cara yang biasa kepada mereka.ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru banyak menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka.iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai pengukuhan.iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-murid pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostik yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian diagnostik kaedah ini telah dibina oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata, perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar dapat dlakukan.

5. Dapatan

5.1: Kekuatan

Page 9: Boneka n Pengajaran Bacaan

Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah;

i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas.ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad.iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru mengajar dan murid belajar.iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam satu pelajaran.v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang.vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam.vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan.viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid.ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini.xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa.

5.2: Kelemahan

i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermula semula.ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup.

5.3: Dapatan-dapatan laini. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa.

Page 10: Boneka n Pengajaran Bacaan

ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara kumpulan atau kelas.iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang.iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan murid-murid.

Penutup

Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis mengajar. Pada mula mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjad ‘a hingga z’ semenjak di sekolah rendah lagi.Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca ‘abc’. Dengan menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai.Tuntasnya, didapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup.

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books.Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:UPSI.Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:

Page 11: Boneka n Pengajaran Bacaan

Penerbit Fajar Bakti.Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimitedWiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: ProfessionalBooks.Ehsan :Jamaluddin Bin Abdul Rahman

Page 12: Boneka n Pengajaran Bacaan

boneka

PENGENALAN

BONEKA adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak

lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan

menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan

boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada

menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa

sebarang sebarang dialog.

Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk

menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat

menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan

sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui

penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah

pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam

penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan

boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara

berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan

menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.

Sejarah ringkas

Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli

sejarah berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun

sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah

kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada

lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai

mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau

upacara adat yang rasmi.

Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan

Page 13: Boneka n Pengajaran Bacaan

bermain dengan boneka-boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran

yang terdapat pada masa kini. Dulu, bentuknya tidak menarik, dan dikatakan

sangat menyeramkan dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan

memilikinya. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan.

Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan buat pertama kalinya

pada 600 tahu sebelum Masihi. Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap

digunakan untuk upacara ritual dan keagamaan.

Boneka Barat

Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman,

boneka telah dibuat sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah

diperbuat dari tanah liat, kayu, dan lilin serta diberi pakaian yang

menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, fabrik

pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, dan Belanda membuat boneka yang

sama dengan pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing

negara ini banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16,

Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga

boneka dilihat menjadi lebih hidup. Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan

lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak

dijumpai pada masa kini. Pada tahn 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah

berjaya membuat boneka yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang

dapat berjalan pada tahun 1735.

Di akhir Perang Dunia I, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara

penghasil boneka terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Pernag Dunia II,

kilang membuat boneka berjaya membuat boneka menjadi yang lebih menarik,

lebih menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan

mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya, dan dapat membuka

mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi atau boneka yang dapat

makan dan minum sendiri. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga yang

mahal.

Perancangan Boneka Untuk Kanak-kanak

Page 14: Boneka n Pengajaran Bacaan

Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara

sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-

apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh

pemain. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan eatak menerusi

dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan

berkesan. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita denganpenuh tumpuan

disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang

kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi. Selain itu,

penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara

berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan

menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.

Jenis-jenis boneka

Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa

menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan

gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi

panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota

tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang

pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan

anggota badan boneka tersebut.

Wayang Kulit

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di

potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada

badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian

Page 15: Boneka n Pengajaran Bacaan

belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka

tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk

menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah

dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan

terpapar di atas skrin.

Boneka Bertali

Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti

papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada

bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu

ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier

mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam

mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

Jenis cerita

Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak

antaranya mengenai cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan

lain-lain lagi.

Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi

pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti

mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis

boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.

Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama,

memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina

boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita

menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara

kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan

daya kreativiti pendengar.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis

Page 16: Boneka n Pengajaran Bacaan

dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau

memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang

panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip

cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah

suai sewaktu pencerita menyampaikan cerita.

Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka

supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara

perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan.

Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah

cerita. Walaubagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa

pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

Membuat boneka

Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya

sarung tangan, sarung kaki, kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi.

Contoh Cara Membuat Boneka Sarung Tangan

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai

bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan

dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas

khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala

boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala

sahaja.

Alat/ bahan:

Kain belacu/ sarung tangan

Pensel

Gunting

Jarum

Benang jahit dan benang bulu

Berus cat

Page 17: Boneka n Pengajaran Bacaan

Cara membuatnya:

1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari

terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan

pertama tadi – ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar

garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan,

2. Gunting garisan pengguntingan.

3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

4. terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

5. catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang

dikehendaki.

6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

7. boneka yang telah siap untuk dilakonkan.

Persekitaran

Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Kalu boleh dihamparkan

sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa

sambil menghadap kepada pentas boneka.

Susun atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut

komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang

tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan

persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak

disampaikan.

Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas

tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa

menggunakan pentas.

Teknik penyampaian

Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu

daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan

Page 18: Boneka n Pengajaran Bacaan

boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa

menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu

dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas

boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog

seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di

pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran

masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita

lebih menarik.

Aktiviti susulan

Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai

aktiviti susulan:

a) Menggerak lakonkan semula cerita

b) Membina boneka

c) Menyanyi menggunakan boneka

d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka

Contoh cerita

Judul: Mengapa Gagak Hitam

Nilai: Gelojoh membawa padah.

Objektif: kanak-kanak dapat mengenal burung gagak dan merak, membezakan

pelbagai warna.

Peralatan

- Boneka gagak

- Boneka merak

- Pita rakaman

- Warna

- Prop bingkai (gambar disertakan)

Teks: Merak dengan Gagak

Page 19: Boneka n Pengajaran Bacaan

Babak I

Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik.

Gagak : Macam mana caranya?

Merak : aku ada kawan. Seorang pemuda yang menjadi pelukis.

Gagak : Oh begitu, cepatlah. Aku sudah tidak sabar lagi.

Merak : Sabarlah, aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok.

Gagak : elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini

ya!

Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan

menggunakan boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami

sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,

kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama

dalam penyediaan bahan.

Hubungan dengan Kurikulum dan bidang

Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak akan dapat meningkatkan:

- Daya kreativiti

- Perkembangan komunikasi dan bahasa.

- Sosio emosi

- Menambah ilmu pengetahuan

- Pengalaman

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang

pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak:

- Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan.

- Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.

- Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak.

- Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.

Rumusan

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan

Page 20: Boneka n Pengajaran Bacaan

penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi

dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang

benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat

dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin

kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.

Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat

menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita