boneka (2)

Download boneka (2)

Post on 18-Oct-2015

18 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 boneka (2)

    1/29

    HBAE2203 MEM BENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

    SEMESTER / JAN 2014

    ___________________________________________________________________________

    HBAE2203

    MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN___________________________________________________________________________

    TAJUK TUGASAN:

    Bincangkan kegiatan membentuk dan membuat boneka dari aspek sejarah, jenis, alat dan

    bahan, teknik pepbuatan, aplikasi alat, bahan dan teknik dan persembahan hasil kerja serta

    proses apresiasi

    NAMA TUTOR

    EN. MEGES LOAI

    NAMA : EMIAS ANAK ENTURAN

    NO. MATRIKULASI : 660312715544001

    NO. KAD PENGNEALAN : 660312715544

    NO. TELEFON : 0168727315

    E-MEL : jeaf5544@yahoo.com

  • 5/28/2018 boneka (2)

    2/29

    HBAE2203 MEM BENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

    ISI KANDUNGAN

    Bil Perkara Muka Surat

    1.0 Pengenalan1.1 Definisi Boneka

    1.2 Konsep Boneka dalam pengajaran dan pembelajaran

    1.3 Sejarah Perkembangan Boneka

    1 - 7

    2.0 Jenis-Jenis Boneka2.1 Boneka Jari

    2.2 Boneka Tangan2.3 Boneka Berbatang

    2.4 Boneka Tali

    2.5 Boneka Shadow Puppet

    8 -11

    3.0 Alat dan bahan

    3.1 Boneka Tangan

    3.2 Boneka Jari

    3.3 Boneka Shadow Puppets

    3.4 Boneka Tali

    3.5 Boneka Batang

    1215

    4.0 Teknik Menghasilkan Boneka4.1 Boneka Tangan

    4.2 Boneka Jari

    4.3 Boneka Shadow Puppets

    15 - 18

    5.0 Proses Apresiasi Bonekaa) Tajuk dan tema yang sesuai

    b) Alat dan bahan yang sesuai

    c) Proses Stailisasi, menambahbaikan

    d)

    Pilihan reka bentuk dan warna dan padanan imeje) Kesesuaian Keseluruhan

    18- 19

    6.0 Maklumat Sorotan 20 - 24

    7.0 Kesimpulan 25

    8.0 Rujukan 26

  • 5/28/2018 boneka (2)

    3/29

    HBAE2203 MEM BENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

    1.0 Pengenalan

    Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran dapat membantu pembelajaran kanak-kanak

    prasekolah. Zuljevic (2005) menggalakkan guru-guru mengimplementasikan boneka dalam

    proses pedagogi untuk membantu pembelajaran kanak-kanak. Menurut beliau,

    mengimplementasikan boneka dalam rancangan mengajar dapat mempertingkatkan

    pencapaian akademik kanak-kanak. Gibson (1992) pula membuat pemerhatian ke atas hasil

    kerja boneka dan aktiviti main kanak-kanak bersama boneka. Implikasi daripada pemerhatian

    yang dijalankan, beliau telah merangka dan menghasilkan satu set modul pengajaran yang

    menggunakan boneka dalam bilik darjah sebagai garis panduan untuk guru-guru prasekolah

    yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak. Euker (1991) juga menggalakkan

    penggunaan boneka sebagai strategi instruksi di dalam bilik darjah prasekolah. Beliau

    mencadangkan bahawa boneka boleh digunakan dalam aktiviti individu, aktiviti kumpulan

    dan aktiviti kelas di prasekolah. Fontichiaro (2006) menyatakan bahawa boneka dapat

    memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh

    beliau, didapati bahawa kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti boneka dan

    menunjukkan minat juga belajar semasa pengajaran yang menggunakan boneka.

    Menurut Montessori (1963) kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Pengajaranyang menggunakan boneka dapat memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Oleh itu

    guru perlu membiasakan diri dengan kaedah pedagogi boneka supaya kanak-kanak mendapat

    pengalaman baru dan seterusnya mencapai objektif dan matlamat kurikulum prasekolah.

    Schneider-Lerner (1998) pula menyatakan boneka sebagai alat pedagogi mempunyai ciri

    ajaib yang menakjubkan. Ia mempunyai daya tarikan yang istimewa untuk menggalakkan

    kanak-kanak belajar dan membantu mengurus tingkah laku mereka (Salmon & Sainato,

    2005).

    Smith (2003) menyatakan menerusi aktiviti boneka, kanak-kanak dengan mudahnya

    dapat melahirkan perasaan mereka. Boneka juga dapat membantu melahirkan konsep kendiri

    kanak-kanak yang positif (Boulifard, 2003). Oleh itu, untuk meningkatkan konsep kendiri

    yang positif, guru seharusnya mewujudkan suasana interaksi yang positif untuk kanak-kanak

    dalam proses pedagogi (Khadijah Rohani, 1985). Interaksi yang positif penting untuk kanak-

    kanak dalam mengawal diri dan berinteraksi dengan guru atau kanak-kanak yang lain

    (Vygotsky, 1962, 1966). Lihanna (2005) juga menyatakan interaksi. kanak-kanak akan

    membawa kesan kepada prestasi seseorang kanak-kanak dalam proses pedagogi.

    1

  • 5/28/2018 boneka (2)

    4/29

    HBAE2203 MEM BENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

    Aktiviti boneka dalam proses pedagogi dapat memberi kesan yang positif kepada

    kanak-kanak daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor. Penggunaan boneka dalam

    proses pedagogi dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Selain itu,

    penggunaan boneka dalam bilik darjah juga dapat mewujudkan suasana persekitaran

    pembelajaran yang kreatif dan menggembirakan (Bustam, 1990; Machado, 2003).

    Kemahiran mengendalikan boneka juga amat penting bagi guru. Semasa

    mengendalikan boneka, mata guru perlu fokus pada boneka tersebut dan memberi suara dan

    pergerakan yang sesuai kepada boneka tersebut mengikut perwatakannya (Machado, 2003).

    Keghairahan semasa mengendalikan boneka adalah penting, tetapi terlalu banyak gerakan

    tangan akan memesongkan perhatian daripada kata-kata boneka itu. Shamsuddin (1997)

    memesan kepada guru supaya jangan bahagi-bahagikan boneka kepada kanak-kanak tanpa

    perancangan dan panduan. Boneka itu hanya akan menjadi barang mainan yang akan menjadi

    rebutan.

    Aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan boneka adalah seperti

    mengadakan dialog, perbualan atau soal jawab, perbincangan, lakonan, bercerita, nyanyian,

    puisi, temu bual dan permainan bahasa (Bustam, 1990; Kamarudin & Siti, 1998). Eliason dan

    Jenkins (2003) juga menyatakan bahawa boneka boleh digunakan dalam aktiviti muzikal danmemberi arahan kepada kanak-kanak. Boneka dapat membantu perkembangan dan

    kelancaran lisan kanak-kanak di prasekolah (Machado, 2003). Penggunaan boneka dalam

    ekspresi lisan merupakan aktiviti yang paling efektif dan bercerita bersama boneka untuk

    kanak-kanak juga merupakan salah satu aktiviti drama tika (Ada, 2003).

    Guru harus mencipta boneka bersama-sama kanak-kanak dan memberi banyak

    peluang kepada kanak-kanak mendekati pelbagai jenis boneka sebelum mereka membuat

    boneka sendiri. Selain itu, guru juga harus membuat demonstrasi tentang cara-cara

    memanipulasikan boneka. Kanak-kanak akan lebih jelas dan memahami aktiviti boneka yang

    dijalankan jika guru sentiasa membimbing mereka dengan cara yang betul. Selepas kanak-

    kanak atau guru mempraktikkan penggunaan boneka semasa aktiviti kemahiran bahasa, gerak

    kerja lanjutan hendaklah disusuli. Ada dua jenis gerak kerja yang dapat diberikan iaitu

    aktiviti lisan dan aktiviti tulisan. Aktiviti susulan yang boleh dijalankan ialah berbincang

    semula skrip persembahan supaya melatih kemahiran menulis dan lisan murid. Selain embuat

    skrip, guru boleh menyediakan aktiviti bertulis seperti membuat ayat, mengisi tempat kosong,

    membetulkan ayat dan sebagainya.

    2

  • 5/28/2018 boneka (2)

    5/29

    HBAE2203 MEM BENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2014

    Pada akhir aktiviti boneka, guru perlu membuat penilaian. Penilaian perlu dijalankan

    oleh guru di dalam bilik darjah selepas sesuatu pengajaran boneka dilaksanakan. Tujuannya

    ialah untuk mengetahui hasil pelajaran yang diperoleh kanak-kanak daripada pengajaran

    tersebut. Selain itu, penilaian adalah untuk mengetahui aspek kelemahan guru dalam

    menggunakan alat pedagogi mengajar iaitu boneka daripada segi penyampaian dan

    penggunaannya. Biasanya guru dapat mengesan daripada kanak-kanak berdasarkan gerak

    kerja bertulis yang diberi di dalam aktiviti selepas pengajaran (Bustam, 1990). Selain sebagai

    alat pedagogi, boneka juga boleh digunakan dalam aktiviti drama tika boneka untuk kanak-

    kanak prasekolah.

    1.1 Definisi Boneka

    Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis permainan yang terdapat dalam

    pelbagai bentuk, terutamanyamanusia atauhaiwan, Boneka boleh di katakan salah satu

    permainan yang paling tua, kerana permainan ini telah wujud pada

    zamanYunani,Romawi ataupunMesir lagi.Umumnya boneka di buat sebagai permainan

    kanak-kanak, namun adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan

    alam atau hal-hal yang bersifatghaib ataupunmistik contohnya upacara keagamaan pada

    zaman dahulu.Boneka dikatakan adalah satu objek yang diukir supaya membawa sesuatu

    watak-watak cerita. Apa yang sepatutnya yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti

    boleh digerak-gerakkan sebagai hidup. Selain itu, boneka perlu menunjukkan mempunyai

    pergerakan supaya ia membawa watak yang sebenar. Boneka mempunyai sifat-sifat tersendiri

    iaitu membawa watak riang, sedih, marah dan lain-lain lagi.

    Boneka adalah sesuatu objek atau bahan yang digerakkan mengikut dengan skrio

    yang bibaca atau cerita yang disesuaikan. Hal ini kerana membawa kepada penonton dengan

    situasi yang sebenar. Menurut Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat

    berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian murid, menghidupkan

    suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan murid.

    Disamping itu, penggunaan boneka adalah tidak tehad kepada bentuk orang, tetapi

    boleh juga berbentuk haiwan, dan objek-objek lain mengikut watak, situ