bm spm notes anis

Upload: anishaf

Post on 11-Jul-2015

1.246 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

One-to-One FunctionA function for which every element of the range of the function corresponds to exactly one element of the domain. One-to-one is often written 1-1. Note: y = f(x) is a function if it passes the vertical line test. It is a 1-1 function if it passes both the vertical line test and the horizontal line test. Another way of testing whether a function is 1-1 is given below.

1. PERINDUSTRIAN KEBAIKAN Mengurangkan import Meninggikan taraf hidup rakyat Memajukan Negara Menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan

KEBURUKAN Meningkatkan penerokaan hutan Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar Menyebabkan peningkatan masalah sosial Meninggalkan/membiarkan bidang pertanian

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN Memudahkan kerja atau tugas Lebih praktikal dan sesuai Kos pengeluaran lebih murah, jimat masa dan bahan Tetapi menyebabkan pengangguran

Tetapi menyebabkan pengantungan kepada mesin atau robot

2. INDUSTRI DESA TUJUAN MEMAJUKAN Meninggikan taraf hidup masyarakat desa Boleh menjadi sumber rezeki terutamanya kepada sektor pelancongan Mengajar masyaraka desa kemahiran hidup SAMBUTAN TERHADAP HASIL DESA Tidak baik kerana masyarakat memandang rendah mutu kerja rakyat tempatan. Tidak baik kerana tiada usaha yang meluas untuk memperkenalkan hasil kerja mereka Tidak baik kerana pasaran agak terhad, iaitu hanya dalam industri pelancongan domestik. Baik kerana harga pasaran yang berpatutan dan kualiti yang baik. Baik kerana banyak pusat Industri desa seperti kraf tangan telah ditubuhkan Baik kerana kerajaan menggalakkan industri pelancongan.

AGENSI KERAJAAN 3. ISU PEMBALAKAN KESAN PEMBALAKAN Hutan Negara semakin pupus terutamanya jenis yang berharga Pencemaran alam semakin meluas Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku Kehidupan haiwan liar dan Orang Asli terjejas KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Karyaneka

USAHA-USAHA MENGEKALKAN HUTAN Mewariskan kawasan hutan sebagai Taman Negara Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang Kempen kesedaran terutamanya di kalangan pelajar Penggubalan undang-undang yang ketat

ISU PEMBALAKAN HARAM

Sukar dikesan kerana kawasan hutan negara yang luas, kekurangan anggota renjer hutan untuk mengawasi.

4. TEMPAT REKREASI FUNGSI DAN PERANAN Tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan masyarakat Kawasan kanak-kanak bermain Tempat megadakan majlis seperti perkahwinan, pesta dan keramaian lain Menghilangkan penat setelah bekerja Menghijaukan kawasan udara yang segar dan nyaman

SAMBUTAN MASYARAKAT Mengecewakan kerana banyak tempat rekreasi dirosakkan (vandalisme) Mengecewakan kerana kebersihan tidak dijaga dengan baik Mengecewakan kerana hanya mengunjungi kawasan ini ketika cuti sahaja

PENYEDIAAN KEMUDAHAN DI TAMAN REKREASI 5. PENSWASTAAN MAKSUD Menyerahkan sebahagian besar perkhidmatan kerajaan untuk rakyat kepada pihak swasta yang berkemampuan. Perlu menggunakan bahan yang tidak mudah rosak, berkarat dan tidak berbahaya Perlu diperbanyak kawasan khas seperti ini.

FAEDAH-FAEDAH Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan kerajaan boleh digunakan untuk projek lain yang lebih penting Tahap perkhidmatan dapat ditingkatkan kerana berorientasikan keuntungan. Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tahap kemahiran pekerja semakin tinggi Meningkatkan daya saing yang tinggi dalam negara Imej negara turut meningkat kerana keupayaan perkhidmatan kepada rakyat bergerak secara cekap dan efektif.

PERKEMBANGAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA

Dimulakan dengan era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad (PM ke-4) dan antara kementerian dan jabatan kerajaan yang telah diswastakan ialah TELEKOM, TNB, POS MALAYSIA dan INDAH WATER. Selain Malaysia, Britain merupakan negara yang turut giat menjalankan dasar penswastaan.

Formula Menulis Karangan : Kaedah GhazaliPendahuluan I = Isu K = Kesan isu T = Tindakan umum untuk menangani isu H = Hasil tindakan H = Hubung kait dengan soalan Isi T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa F = Frasa 1 F = Frasa 2 P = Penegasan Kesimpulan R = Rumusan keseluruhan C = Cadangan umum A = Amaran peringatan yang bakal berlaku H = Harapan penulis terhadap isu. Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini. Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang. 1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas) 2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis. 3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk. 4. Perenggan yang seimbang dan sekata. 5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan

ASSALAMUALAIKUM MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA DATIN MARIAM BINTI MEHAD SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM ) Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca. Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran. OBJEKTIF KM TINGKATAN 4 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii) OBJEKTIF KM TINGKATAN 5 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii) JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF Syarahan Ceramah/Ucapan Perbahasan Rencana Laporan Wawancara/Dialog Perbincangan Surat Surat Tidak Rasmi Berita Penerangan Fakta Komentar Minit Mesyuarat Ulasan/Kritikan JENIS KARANGAN KREATIF Cerpen Skrip Drama Sketsa Cerita berdasarkan peribahasa BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 ) EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN 1.Bahasa yang gramatis Tatabahasa Dewan Daftar Ejaan Rumi Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat Variasi bahasa Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan 3.Pertautan idea Perhubungan yang erat ( kohesi ) Kejelekitan Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren ) 4.Wacana yang kemas Sebuah karangan yang lengkap Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup PERTAUTAN IDEA DARI SEGI 1. PERTAUTAN NAHUAN 2. PERTAUTAN LEKSIKAL 3. WACANA YANG KEMAS IAITU Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat -Harimurti Kridalaksana, 1978 WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis Taringan, 1987 WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu Khatijah binti Abdul Hamid, 1996 PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN TIGA PILIHAN PERENGGAN : Perenggan Deduktif - ayat topik diikuti oleh ayat huraian Perenggan Induktif - ayat huraian diikuti oleh ayat topik Perenggan Deduktif-Induktif - ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

SOALAN CONTOH Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini. FOKUS SOALAN Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi). RANGKA KESELURUHAN Pendahuluan Ayat Rangsangan Ayat Fokus Ayat Arah Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga Penutup Pendirian, pandangan, harapan JENIS-JENIS PENDAHULUAN PENGEMBANGAN ISI Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya. FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb AT ( Ayat Topik ) Isi utama AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa ( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I) AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan 1I ( SEKIRANYA ) Merujuk kepada KBKK - Kaitan atau perhubungan - Membanding atau membeza - Meramal - pb merujuk kepada peribahasa

CONTOH APLIKASI RUMUS Menabung (AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. (AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?) (AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai. ( Mengapa? ) (AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?) (AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanakkanak lagi. ( Bila ?) (AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bankbank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. ( Siapa ? ) (AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya ) (AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? ) (AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa) CONTOH APLIKASI RUMUS Merancang perbelanjaan (AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masingmasing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.

(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? ) (AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? ) (AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? ) (AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?) (AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya ) (AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubatubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga. (AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH : ISI CUKUP DAN BERKEMBANG SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI PERENGGAN SEIMBANG ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK ) SATU ISI -SATU PERENGGAN KESIMPULAN Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis. - Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan. - Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan. - Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan. Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat. SEKIAN SELAMAT MENULIS

POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & BTERIMA KASIH

Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah. Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah ) Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri. 1.KEPENTINGAN NILAI MURNI Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat

Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain. Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis. Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia. Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah 2.USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan. Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan. Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara. Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempat sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.

Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan . 3.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL Kebaikan Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll). Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi proses penanaman dan tuaian secara manual. Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha. Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga. Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll mengikut keperluan pengusahanya. Keburukan Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah) kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga. Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan menimbulkan masalah hakisan tanah.

Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana menggunakan peralatan lama/tradisional. Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang terhad. Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima perubahan. 4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah. Spesies haiwan dan tumbuhan pupus. Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas. Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh tragedi Highland Towers). Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad) Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan. Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun terjejas.

5.PERANAN LEBUH RAYA Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat) Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna jalan sehala,tempat rehat dan solat serta lainlain. Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi susur keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri Lebuh raya memperkembang ekonomi menyingkatkan masa pengangkutan untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandarbandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur. Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan adanya kemudahan perhubungan. 6.TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang perancangan.

Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja,30% lebih daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai. Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah. Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada 20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli. Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah daripada kedai runcit. Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji. Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah. Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih banyak daripada mereka yang tidak memilikinya. Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini. Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya

7.POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan. Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang padang golf, pusat membelibelah dan penukar wang asing. Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi, jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri Peranan kerajaan seperti memperkenalkan insentif cukai dan mengadakan persidangan antarabangsa Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN Tahun Melawat Malaysia 2007 Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timurbarat Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur asing

Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk Citrawarna. Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat. 8.CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri. Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan Keterampilan pemimpin pelajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik

Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas Keceriaan sekolah diberi keutamaan Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar 9.KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar. Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan Meningkatkan eksport barangan makanan Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi

Menjadikan pengurusam persatuan-persatuan nelayankawasan(PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik Meningkatkan aplikasi teknologi moden Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) 10.PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga Tidak mengikut mana-mana model dari luar

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang UndangUndang ini pada 7 Julai 2003 Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. Pelaksanaan sejak tahun 2004. Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama. Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program terhadap negara

Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. 11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem) Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan- kerajaan negeri mulai 1 April 2001. Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.

Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju. Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang. 12.KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

PENDAHULUAN Jenis-jenis pendahuluan :(i) pendahuluan jenis definisi (ii) pendahuluan jenis pendapat (iii) pendahuluan jenis suasana (iv) pendahuluan jenis persoalan (v) pendahuluan jenis peribahasa PENDAHULUAN JENIS DEFINISI memberikan takrif makna definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam

sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ? PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebing amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. PEMERENGGANAN KARANGAN BAHASA MELAYU Ciri-ciri pendahuluan karangan Pendahuluan karangan seboleh-bolehnya menggambarkan tajuk perbincangan dan keseluruhan isi yang hendak dibincangkan dalam perenggan isi karangan. Pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang apa-apa yang ditulis setelah membaca pendahuluan. Sehubungan dengan itu, anda sekurang-kurangnya mesti berupaya untuk mengetahui dan menulis beberapa jenis perenggan pendahuluan. Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan : Secara umumnya, perenggan pendahuluan terbahagi kepada : a. Pendahuluan jenis definisi.

b. Pendahuluan jenis pendapat. c. Pendahuluan jenis situasi/suasana. d. Pendahuluan jenis persoalan. d. Pendahuluan jenis peribahasa. e. Pendahuluan jenis puisi. f. Pendahuluan jenis sejarah. Pengenalan perenggan isi Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa perenggan atau paragraf. Setiap paragraf mempunyai fungsi tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan. Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik. Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan. Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu sama lain. Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan pengalaman, pendapat, pandangan serta imaginasi. Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk. Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya menggunakan perenggan 4 unsur. a. Perenggan Deduktif b. Perenggan Induktif c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur. Ciri-ciri perenggan 4 unsur. Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ; a. Ayat topik/isi utama. Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan. Gunakan ayat yang mudah. b. Huraian (ayat huraian) Pengembangan isi berdasarkan isi utama. Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik. c. Contoh (ayat contoh) Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains. d. Kesimpulan (ayat penegas) Penutup kepada perenggan dan menegaskan Contoh Perenggan 4 Unsur Contoh 1 Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya. Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya. Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna): Biru : Ayat utama/ayat topik Coklat :Ayat Huraian Merun :Ayat contoh Jingga :Ayat penegas Contoh 2 Soalan karangan : Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. Rujukan (Sila rujuk perkataan berwarna) : Biru : Ayat topik Coklat : Ayat huraian Merun : Ayat contoh Jingga : Ayat penegas Contoh 3 Soalan Karangan : Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato tersebut. Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Tuliskan pidato tersebut selengkapnya. Contoh perenggan 4 unsur. Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hal ini demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita. Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasajasa yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar

akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. kemerdekaan. Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) : Biru : Ayat topik/ayat utama Coklat : Ayat huraian Merun : Ayat contoh Jingga : Ayat penegas Perenggan penutup . Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan. Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan. Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan pelajar terhadap tajuk dapat dibayangkan. Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan. Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan untuk bahagian penutup ini.

Karangan Respons Terbuka 100 markahDapatkan markah yang paling banyak di sini. Jawab soalan ini dahulu walau susah mana soalan tersebut. Buat rangka dan rancang perenggan anda. markah 100, jangan sia-siakan.

Ingat, sekurang-kurangnya mesti 7 perenggan dengan 5 isi. Setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah kata. Jumlah 400 patah kata. 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 54o patah kata. Cukup untuk mendapat 1A dengan andaian yang lain-lain cemerlang. kalau tulis kurang daripada 400, sukar untuk dapat markah tinggi. Kenapa? Senang sahaja, tentu isi karangan tidak dapat dihuraikan dengan mantap. Apabila isi tidak mantap, maka markah akan berkurang. Ingat peraturan menulis perenggan. Ini sangat penting. Pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impression pemeriksa. Pastikan ayat topik sangat jelas. Misalnya kalau soalan itu mahukan anda menuliskan usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya --

Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan adalah dengan memastikan semua peralatan masak dan dapur dalam keadaan yang bersih. (Ini ayat topik) maksud ayat topik ialah ayat yang menerangkan topik perbincngan dalam perenggan itu. Dan ayat topik ini mestilah jelas menjurus jawaban soalan tersebut.

Lepas ayat tersebut barulah huraikan ayat topik. (Ayat huraian) Dalam huraian, anda hendaklah menjelaskan bagaimana untuk memastikan semua peralatan masak dan dapur itu sentiasa dalam keadaan bersih. Contohnya: Semua periuk belanga dan peralatan lain hendaklah dibasuh dengan bersih dengan menggunakan pencuci yang selamat. Air yang digunakan hendaklah air yang bersih dan bukan air yang telah digunakan berulang kali sebagaimana yang dapat dilihat di sesetengah premis perniagaan yang menakung air untuk membersihkan peralatan dapur mereka. Dapur juga hendaklah sentiasa disapu dan dikemaskan. Segala barang yang lama dan tidak diperlukan hendaklah dibuang. Begitu juga sampah dan bahan buangan yang lain hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang bertutup agar tidak dihurungi lalat. Dapur hendaklah bebas daripada lalat, lipas, tikus dan sebarang haiwan yang dapat membawa penyakit. panjang tak? cuba kira berapa jumlah perkataan tersebut? Ini belum habis lagi. Anda hendaklah menutup perenggan anda dengan ayat penyimpul. Ayat penyimpul merupakan kesimpulan isi untuk perenggan itu sahaja. Gunakan kata-kata seperti Jelaslah, oleh itu, Sebab itulah, Oleh hal yang demikian, Sesungguhnya, dan banyak lagilah... Ayat penyimpul akan menegaskan ayat topik. Pemeriksa akan berasa puas dengan isi yang disampaikan kerana mantap, lengkap, menjawab soalan dan terurus. Dalam ayat penyimpul, bolehlah dimasukkan peribahasa yang sesuai kalau ada. Contoh: Jelaslah bahawa peralatan masak dan dapur yang bersih amat penting untuk menghindarkan keracunan makanan daripada berlaku. Oang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. (Baca yang bercetak kuning berterusan. ini adalah satu perenggan.) Ingat! Satu isi satu perenggan. Jangan sesekali mencampuradukkan isi. Jangan ada isi dalam pendahuluan atau penutup. Masalah berat ni kalau ada yang buat macam itu.

Karangan Bahagian B - Contoh perenggan 4 unsur

Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:

a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang ditetapkan. b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat. c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk. d. Ejaan dan tanda bacaan. e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai. f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan. g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai. h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai. i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea. j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi. k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. l . Format karangan

Contoh soalan karangan:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASANContoh Perenggan 4 Unsur

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat

dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA

elemen = KOSA KATA MENARIK

Sehubungan itu = PENANDA WACANA

ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK

Selain itu = PENANDA WACANA

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH

Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA

Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS

PANDUAN MENULIS KARANGAN (Bahagian 1)Sumbangan EN. NASIR JOHANB.A HONS

SMK DP KEDIT BETONG

Penulisan karangan Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan: memilih satu tajuk meyakini tajuk yang dipilih mendefinisikan tajuk dengan tepat memikirkan isi dan subtopik menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan

Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan ringkas tepat padat menarik minat pembaca menggambarkan idea keseluruhan karangan

Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan: berikan penilaian kamu huraikan pendapat bincangkan (umum) terangkan (penerangan) cadangkan (cadangan) ceritakan jawablah surat tuliskan sepucuk surat sediakan satu laporan gambarkan tuliskan komen tuliskan surat permohonan bincangkan tema/isu bahaskan tajuk anda sebagai pembahas pertama dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang

sediakan sebuah rencana tentang sediakan syarahan sediakan ucapan tuliskan butir-butir mengapa.. tuliskan sebuah rencana (umum) tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian jelaskan pendapat anda dan sebab.. sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah tuliskan temuramah tuliskan keadaan dan suasana ceritakan pengalaman anda tuliskan ucapan sepenuhnya tuliskan rencana tentang tuliskan wawancara tuliskan laporan tuliskan laporan minit mesyuarat tuliskan pengalaman semasa tuliskan laporan dalam majlis itu gambarkan peristiwa

Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah. Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek: Pendidikan - disiplin - kemasyarakatan - adat resam sesuatu kaum - perindustrian -penyalahgunaan dadah - bencana alam -kejiranan - telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah tenaga / kuasa -perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak - pencemaran -peranan belia - gerakan koperasi-kempen-kempen kerajaan - peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar aspek tradisional- peranan media elektronik - permainan rakyat dan soal-soal semasa . Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji para pelajar dari segenap aspek seperti aspek penulisan pemikiran kekemasan kerja ( tanggungjawab)

tekniktatabahasa pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan yang dihasilkan.

*** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM. Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan adalah 100 markah. iaitu daripada markah keseluruhan kertas.

PANDUAN PENULISAN KARANGANFormatPendahuluan Memperlihatkan kematangan Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan) Isi Isi yang baik dan tidak berputar-belit Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda. Huraian berserta contoh yang konkrit Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan) Gunakan bahasa mantap Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa. Penutup. Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis

Isu-isu menarik ( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)Contoh soalan karangan. Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkahlangkah yang sesuai untuk mengatasinya.Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif untuk membendungnya. [ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]

[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan] Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1) mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1 (mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. (Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p) PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara]. Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian Pendidikan.) [K1] Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)

PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini .( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)

Walau bagaimanapun / namun begitu Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat, nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di puji).

[K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )

PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri.(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)

Konklusinya / oleh itu,. [PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.(4 ayat, lebih kurang 72 p.p)

Bahagian 1

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kit telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan ole rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraika dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendap yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik d pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga k akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi

Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseoran bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat

meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey Joh Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan ya dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilangl harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan ora yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kam bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untu berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yan hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas denga buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu,

c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentuKATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu) dipetik daripada : Cikgu Idris Saleh http://bmmaya.blogspot.com/ 01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) 09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) 14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) 17. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Contoh karangan B: Tema Patriotisme

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka

menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpinpemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

PANDUAN MERUMUS KARANGAN

an ini diperuntukkan sebanyak 30 markah rkah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa alan 2 markah isi tersurat dan tersirat 2 markah pulan 2 markah bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti peng a, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah an bahasa diberikan.

r bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tid ran khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empa gan seperti di bawah: gan 1 Pengenalan gan 2- Isi-isi tersurat gan 3 Isi-isi tersirat gan 4 Kesimpulan

kataan

r dikehendaki menulis rumusan antara 100 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah perkata akan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca atau d

an : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-punca ber dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Panduan Menulis Rumusan

yat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan.

h pendahuluan: Petikan menyatakan..(unsur 1).(tema)

n berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :

ur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang menyatak

at.

ma Petikan

ngan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.

h Ayat :

n menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

ur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).

ma Petikan Banjir Kilat

ngan perkataan : 8 patah perkataan.

huluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.

n menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.

ugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam bahagian pe

elajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1) markah sahaja.

ikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.

tikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk menanganinya. h ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai tersirat.)

i Tesurat

yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam soalan

ri sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu, pelajar m mukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.

yat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat daripad

satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, u dan sebagainya.

h-contoh isi tersurat:

an lebat hampir dua jam

tem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.

da sistem amaran awal.

an lengkap;

kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua jam. Se perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan laluan air tersekat. Ketia n awal pula telah memburukkan keadaan.

irat

r dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat.

tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau ka dalam soalan rumusan.

format untuk ayat penutup/kesimpulan :

pulannya,unsur1(Berbentuk.cadangan)..supaya/agar/bagi/kerana(Tema) emperlihatkan kesan)

pulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji kilat supaya aktiviti pemba gaan berjalan lancar.BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM 1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara - di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara - diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan 2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih 3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari - dari belakang, dari Perak, dari semalam b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad - sumber atau asal kejadian sesuatu benda - perbezaan dan perbandingan - daripada guru besar, daripada getah, daripada markah 4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak) a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli 5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi 6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali 7 Menggandakan kata selepas saling a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan 8 Pembentukan ayat pasif a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah) Surat itu telah kami hantar. (betul) b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah) Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah) Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul) 9 Penggunaan kan menggantikan akan a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan 10 Menjarakkan imbuhan pinjaman a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA Masyarakat Malaysia Alaf Baru

Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat Unit 2 : AMBANG REMAJA Remaja dan Cabaran Remaja dan Keluarga Disiplin Remaja dan Kokurikulum Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH Kad Elektronik Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi E-mel dan anda Unit 4 : KERANAMU Malaysia Patriotisme Malaysia Alaf Baru Pengorbananku Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan Alam Sekitar Kualiti Udara Pencemaran Sungai Kita Unit 6 : RIADAH Hobi, Sukan dan Rekreasi Cabaran di Puncak Kinabalu Hobi dan Cabarannya Unit 7 : GENERASI KITA Wawasan Generasi Kita Patriotisme Generasi Muda Generasi Pelapis Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja dan Kesihatan Obesiti dan Pencegahannya Unit 9 : KERJAYA Minggu Kerjaya Cita-cita dan Kerjaya Surat Permohonan Unit 10 : WARISAN BANGSA Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Warisan Seni Bina MelayuTradisional

Pemuliharaan Warisan Sejarah Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dan Destinasi Pelancongan Warna-warna Malaysia

UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia Kemanusiaan Sejagat UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI E-Pendidikan Pendidikan Maya Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI Tren ERL Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA Bandar dalam Taman Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara Perpaduan Menjamin Keamanan UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN Kerjaya Masa Depan Kejayaan dalam kerjaya Impian, Usaha dan Kejayaan UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI Pendidikan Industri di IPT Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara Cabaran Pendidikan Industri UNIT 7 : BIOLEMBANGAN Kejayaan Melalui Pertanian Bioteknologi dalam Pertanian Perkembangan Pertanian UNIT 8 : PELABURAN Pelaburan Mengubah Masa Depan Pelaburan Menerusi Saham Amanah Pelaburan Dalam Sektor Hartanah UNIT 9 : TELEPERUBATAN Kesihatan Sepanjang Hayat Amalan Pemakanan Seimbang

Cegah Sebelum Parah UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA Malaysia Jaguh Sukan SEA Sukan Mengharumkan Nama Negara Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL Mykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa Sempadan Seni Sastera Khazanah Bangsa UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN Memelihara Budaya Bangsa Anugerah Seni Negara Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

1. Senario Masyarakat Kita (Buku Teks m.s. 1) Soalan Contoh Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut. 2. Ambang Remaja (Buku Teks m.s. 23) Soalan Contoh Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan negara ini. Ulas pernyataan di atas. 3. Dunia Semakin Canggih (Buku Teks m.s. 50) Soalan Contoh Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.

Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat. 4. Keranamu Malaysia (Buku Teks m.s. 75) Soalan Contoh Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa negara kita juga setanding dengan negara maju yang lain. Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat antarabangsa. 5. Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks m.s. 100) Soalan Contoh Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan untuk mengatasinya. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. 6. Riadah (Buku Teks m.s. 127) Soalan Contoh Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut. 7. Generasi Kita (Buku Teks m.s. 156) Soalan Contoh Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan. Ulas pernyataan di atas. 8. Gaya Hidup Sihat (Buku Teks m.s. 180) Soalan Contoh Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda

dikehendaki menulis rencana yang bertajuk Budaya Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat . Tulis rencana itu selengkapnya. 9. Kerjaya (Buku Teks m.s. 203) Soalan Contoh Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang menganggur dan hanya berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian. Tulis rencana tersebut selengkapnya. 10. Warisan Bangsa (Buku Teks m.s. 223) Soalan Contoh Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut. 11. Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks m.s. 249) Soalan Contoh Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara. Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara. Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5

1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1) Soalan Contoh Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh

kerajaan Malaysia. Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu. 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23) Soalan Contoh Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini. 3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48) Soalan Contoh Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya. Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita. 4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75) Soalan Contoh Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu. 5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101) Soalan Contoh Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa depan. Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan. 6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126) Soalan Contoh

Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa kini. Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara? 7. Biolembangan (Buku Teks m.s. 147) Soalan Contoh Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk di negara kita. Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita. 8. Pelaburan (Buku Teks m.s. 167) Soalan Contoh Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk membangunkan ekonominya. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara. 9. Teleperubatan (Buku Teks m.s. 187) Soalan Contoh Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh segenap lapisan masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap. Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya. 10. Sukan Seantero Dunia (Buku Teks m.s. 210) Soalan Contoh Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa dalam jangka masa beberapa tahun ini. Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat kepada negara kita? 11. Komunikasi Global (Buku Teks m.s. 230) Soalan Contoh

Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Bincangkan pernyataan tersebut. 12. Pelestarian Budaya Warisan (Buku Teks m.s. 249) Soalan Contoh Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak patut diamalkan lagi pada masa ini. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.