biskut chocolate chip famous amos.docx

8
BISKUT COKLAT CHIP NUTELLA BAHAN-BAHAN - 1 buku mentega – 2/3 cawan gula – 2 biji telur – 1sudu esen vanila – 2 cawan tepung – 1 sudu tepung baking soda – Coklat chip (mengikut yang di mahukan) – Nutella CARA-CARANYA : 1) Kisarkan mentega dan gula sehingga ia sebati dan kembang. 2) Pecahkan telur dan masukkan ia ke dalam bekas kisar yang sama.Kemudian campurkan esen vanila ke dalamnya dan pukul sekali lagi hingga sebati.

Upload: farahhanis1991

Post on 22-Jan-2016

300 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx

BISKUT COKLAT CHIP NUTELLA

BAHAN-BAHAN

- 1 buku mentega

– 2/3 cawan gula

– 2 biji telur

– 1sudu esen vanila

– 2 cawan tepung

– 1 sudu tepung baking soda

– Coklat chip (mengikut yang di mahukan)

– Nutella

CARA-CARANYA :

1) Kisarkan mentega dan gula sehingga ia sebati dan kembang.

2) Pecahkan telur dan masukkan ia ke dalam bekas kisar yang sama.Kemudian

campurkan esen vanila ke dalamnya dan pukul sekali lagi hingga sebati.

3) Ambil bekas yang kering dan masukan tepung ke dalamnya, gaulkan sekali dengan 1

sudu tepung baking soda dan tapis menggunakan penapis agar tepung tidak berketul

dan menjadi halus.

Page 2: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx

4) Kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi mentega sebentar tadi dan gaulkan

ia sehingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit agar tepung tidak berketul.

5) Masukkan coklat chip dan gaul dengan spatula secara perlahan.

6) Sapukan mentega di atas bekas pembakar dan biarkan sebentar.

7) Letakkan doh di atas tapak tangan, bentukkan doh menjadi bebola kecil dan tekan ia

agar menjadi leper.

8) Kemudian ambil Nutella dan letakkan ia di tengah-tengah doh mengikut kuantiti yang

di inginkan.

9) Akhir sekali cantumkan hujung doh dan jadikan ia seperti bebola lalu bakar dalam

ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu sederhana iaitu 350f selama 12-14 minit.

Petua: Untuk elakkan biskut berbau hanyir, tapis telur menggunakan tapisan sebelum

di pukul dengan mentega

Page 3: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP

Masa: Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit

Jumlah Hidangan : 80-90 biji

Bahan-Bahan:

1 cawan mentega

1 cawan gula castor

1 cawan brown sugar

2 biji telur

2 sudu teh esen vanila

3 cawan tepung (plain flour)

1 1/2 sudu teh baking soda

1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)

2 cawan semi sweet chocolate chips

1 cawan badam cincang, bakar seketika

Page 4: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven ke suhu 170C.

2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan

sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

3. Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama

terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.

4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray

yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai

kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.

5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips:

Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk

selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Page 5: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx
Page 6: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx
Page 7: BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS.docx