biarkan samudera

Upload: abdulmuizhalani

Post on 14-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perbentangan antalogi Bahasa Melayu, Biarkan Samudera.

TRANSCRIPT

Slide 1

Biarkan Samudera...Pebentangan daripada:Izzat, Zaiful, Muiz

Kisah bermula daripada Mir teringat akan kehidupan dan ayahnya. Mir mengimbau semula kawasan rumahnya yang akan dibangunkan dengan bangunan mewah atau rumah peranginan. Ayahnya pula dipindahkan ke rumah panjang. Oleh itu, Mir tidak tahu di mana dia akan tinggal nanti.Mir juga teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu supaya dia membina mahligai yang menjadi haknya sendiri.Mir teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu supaya Mir menjaga laut daripada sebarang pencemaran. Semua keadaan itu menyebabkan Mir mengalami konflik jiwa dan menjadi pendiam.Sementara itu, Hakimah, sahabat kepada Mir memahami keadaan Mir yang mengalami konflik jiwa itu. Hakimah berusaha membantu Mir. Lantaran itu, Hakimah membawa Mir pulang ke rumahnya. Ibu Hakimah juga tahu akan keadaan Mir. Ibu Hakimah mahu Hakimah mengajar Mir mengenal Tuhan yang esa dan dia telah menghadiahi Mir telekung berenda.Akhirnya, Mir beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir telah menggunakan telekung pemberian ibu Hakimah untuk bersolat. Keadaan ini menggembirakan Hakima kerana Mir atau Amirah semakin pulih dan kelihataan tenang sewaktu duduk di atas sejadah.Apakah Sinopsisnya?Cerpen ini memaparkan tema penderitaan batin anak nelayan sebagai akibat gangguan perasaan. Mir, anak nelayan yang mengalami konflik jiwa kerana rumahnya yang terletak di tepi pantai akan dirobohkan untuk didirikan rumah peranginan. Mir juga amat kasihan terhadap bapanya kerana bapanya sudah hilang mata pencarian sebagai nelayan. Mir yang amat haus akan kasih sayang ibu lantaran ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya.Apakah Temanya?Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan.Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan laut terdedah pada pencemaran.Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi sama ada dalam keadaan senang atau susah.Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan yang terbaik untuk memperolehi ketenangan jiwa.Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut yang mempunyai banyak kepentingan kepada kehidupan manusia.Persoalannya?Gadis berjiwa kental pada asalnya tetapi telah bertukar menjadi gadis berjiwa lemah. Sejak rumahnya yang terletak di tepi pasar dirobohkan, Mir menjadi pemurung.Menuntut di pusat pengajian tinggi. Di kampus, dia tinggal sebilik dengan Hakimah.Anak yang baik.Mengalami konflik jiwa atau skizofrenia.Watak dan PerwatakanWatak Utama: Mir/AmirahGadis terpelajar.Sahabat baik Mir.Baik Hati kerana sentiasa membawa Mir.Sangat sayang akan ibunya.Watak dan PerwatakanWatak Sampingan: Hakimah6Di sebuah kampung nelayan, di rumah nelayan yang menghadap laut.Di rumah Hakimah.Di kampus.LatarLatar TempatMasa kiniLatarLatar MasaMasyarakat nelayan.Masyarakat mahasiswi universiti.LatarLatar MasyarakatTerdapat banyak dialog antara Amirah dengan alam terutama samudera.Personifikasi:Contoh: Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera.Monolog:Contoh: Amirah mengelamun sendiri dan terucap. Samudera itu khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengesploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera.Gaya BahasaPengarang menggunakan sudut pandangan orang kedua.Pengarang berada di luar lingkungan cerita.Tumpuan cerita adalah pada perkembangan watak Amirah dan usaha Hakimah untuk membantu Amirah mengatasi masalah tekanan perasaan.Sudut PandanganKasih sayang.Tidak berputus asa.Ikhlas.Bersimpati.NilaiLuahkanlah segala masalah kepada orang lain agar tidak mendatangkan kemudaratan.Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada kawan yang menhadapi kesulitan hidup.Sesuatu projek pembangunan perlulah mngambil kira kesan sosial dan ekonomi terhadap penduduk setempat.Manusia perlu berusaha mengatsai konflik yang menimpa diri.Mintalah pertolongan dan pasrah kepada Allah.Pengajaran