bbm 3203 ttbhsa baru

31

Click here to load reader

Upload: cikguzamskp

Post on 15-Sep-2015

276 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

tugasan pjj

TRANSCRIPT

KANDUNGAN 02

1.0 Pendahuluan 03

1.1 Pengenalan 041.2 Objektif 041.3 Pembatasan 041.4 Kaedah Kajian 042.0 Kelebihan Dan Kekuatan Buku

2.1 Aspek Morfologi 05 2.1.1 Pembentukan Dan Pemilihan Kata 05 2.1.2 Pemajmukan 07 2.1.3 Pengimbuhan 08 2.1.4 Penggandaan 11 2.2 Golongan Kata 12 2.2.1 Kata Nama 13 2.3 Aspek Sintaksis 14 2.4 Gambar Dan Ilustrasi 183.0 Kelemahan dan Kekurangan Buku 3.1 Aspek Morfologi 19 3.2 Aspek Sintaksis 19 4.0 Penutup 201.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dari dulu hingga kini. Manusia menggunakan bahasa untuk mengeratkan hubungan sama ada dalam urusan harian,perdagangan, undang-undang,ekonomi,keagamaan dan sebagainya. Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan oleh masyarakat yang berketurunan

Melayu malahan oleh kaum lain juga di Malaysia. Malahan Bahasa Melayu telah dijadikan mata pelajaran bahasa yang wajib dipelajari di sekolah sekolah di Malaysian tidak kira sama di sekolah kebangsaan atau sekolah rendah jenis kebangsaan mahupun di sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi

lagi. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlulah diajar mengikut

tatabahasa Bahasa Melayu seperti yang termaktub di dalam Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan dalam bentuk tulisan atau lisan untuk menyampaikan hasrat, pendapat, menyatakan buah fikiran , perasaan dan lain-lain.Penulis menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan dalam

membuat kajian ini. Dalam menyampaikan idea, pendapat dan hasil pandangan ini kita memerlukan pemahaman yang mendalam dari segi binaan dan struktur ayat yang hendak kita gunakan. Penulis akan melihat dari sudut morfologi dan

sintaksis yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 yang dikarang oleh saudara Shamsul Yusli bin Mohamad dan Asiah binti Abdul Rahman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka .Di sini penulis akan membincangkan dari sudut morfologi dan sintaksis buku ini untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam buku tersebut. Selain itu penulis juga akan menyentuh secara tidak langsung mengenai laras bahasa dan ilustrasi buku ini.1.2 Objektif

1.2.1 Membincangkan kekuatan yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa

Melayu Tingkatan Satu dari aspek morfologi dan sintaksis.1.2.2 Mengenalpasti aspek kelemahan yang terdapat dalam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu yang dikaji dari aspek morfologi dan sintaksis.1.3 Pembatasan

Dalam kertas kerja ini penulis akan mengkaji kekuatan dan kelemahan

dari sudut morfologi dan sintaksis dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan satu .1.4 Kaedah Kajian Pengumpulan maklumat adalah berdasarkan kaedah perpustakaan di mana bahan- bahan diperolehi melalui pembacaan buku teks yang dikaji dan

risalah-risalah serta buku-buku yang berkaitan bidang tatabahasa yang diperolehi melalui perpustakaan,kedai-kedai buku dan juga melalui laman-laman web. 2.0 KELEBIHAN DAN KEKUATAN BUKU 2.1 Aspek Morfologi Morfologi berasal daripada perkataan morphememxe yang

bermaksud unit-unit bahasa yang terkecil yang menjadi unsur perkataan indah

yang disebut sebagai morfem dan dapat melaksanakan tugas tatabahasa atau

berfungsi gramatis.Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mem-

fokuskan kajiannya terhadap struktur kata,bentuk kata dan penggolongan kata. Bentuk kata merupakan rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada proses penggandaan,pemajmukan dan pengimbuhan. Manakala penggolongan kata pula ialah penjenisan kata berasaskan bentuk atau rupa dan fungsi atau peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Kajian penulis dalam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Malaysia mendapati bahawa dalam buku ini memang banyak terdapat kekuatan dan kelebihan terutama dalam pembentukan dan pemilihan kata, proses-proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.2.1.1 Pembentukan dan Pemilihan Kata

Dalam buku teks ini pengarang dapat menggunakan dan memilih perkataan yang sesuai dan menepati maksud yang hendak disampaikan serta sesuai dengan tahap penguasaan pelajar bagi setiap tajuk atau topik yang

dipilih. Malahan perkataan-perkataan yang digunakan juga terkandung dalam

Kamus Dewan Bahasa Melayu. Misalnya dalam topik pertama Unit 1 Hari Pertama Di Sekolah Menengah, pengarang menggunakan perkataan-perkataan dan pemilihan kata yang biasa dan senang difahami oleh pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah seperti:

i) Kata sapaan ~ Apa khabar

~ Kenalkan diri

ii) Harapan ~ Saya murid baru.Saya berharap rakan-rakan dapat

membantu saya.

~ Kita juga boleh menjadi rakan bola sepak.

Begitu juga dalam Unit 3 Mutiara Hitam Dari Sabah, pengarang menggunakan perkataan yang senang difahami walaupun kita tidak pernah mengunjungi Sabah malahan bukan dilahirkan di Sabah tetapi pelajar dapat menghayati dan memahami petikan kerana pengarang membuat pemilihan kata yang tepat dan boleh dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Contohnya perkataan: kerongsang

jenama

unggul

menghadapi

terkenang terharu

berkualiti Bahkan keseluruhan topik, pemilihan kata yang digunakan

adalah tepat dan jelas, sesuai dengan petikan untuk pelajar tingkatan satu 2.1.2 Pemajmukan

Dalam bidang pemajmukan pula, pengarang telah

menerangkan dengan jelas kepada pelajar-pelajar tentang makna istilah kata

majmuk.Pengarang menerangkan pada muka surat 121 bahawa kata majmuk ialah

perkataan yang terhasil daripada proses menggabungkan dua perkataan atau lebih tetapi membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan tidak boleh menerima sebarang sisipan. Menurut Tatabahasa Dewan terdapat 15 perkataan kata majmuk yang telah dimantapkan .Mengikut pengarang dalam Teks tersebut, kata majmuk dapat digolongkan kepada 3 kelompok.Cara penyampaian yang disampaikan oleh pengarang senang difahami oleh pelajar-pelajar.Contoh-contoh yang diberi ialah:-

a) Rangkai kata bebas gambar rajah

alat tulis

biru laut

mera muda

b) Istilah

telefon bimbit

reka bentuk

mata pelajaran

atur cara

hak milik

c) kiasan

kaki ayam

buah hati

makan angin

anak emas

ringan tulang

2.1.3 Pengimbuhan

Dalam buku Teks Tingkatan I ini, pengarang berjaya menyampaikan maksud dan proses pengimbuhan seperti mana yang terkandung dalam buku Tatabahasa Dewan. Pengimbuhan bermaksud unit atau unsur tertentu ( morfem terikat) yang ditambah dasar atau bentuk kata untuk mewujudkan satu kata lain yang mengakibatkan perubahan makna bagi sesuatu kata itu. Contoh pengimbuhan dalam Bahasa Melayu ialah imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Pengarang buku ini telah menggunakan semua bentuk-bentuk pengimbuhan. Namun bentuk pengimbuhan yang digunakan adalah secara langsung di dalam petikan dan bukannya diajar secara khusus dalam aspek tatabahasa.Contohnya:-a) Imbuhan Awalan

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar atau kata akar.Contoh dalam buku yang dikaji ialah :-

Unit 6 : Remaja Berwawasan' m/s 39 46

KataDasarImbuhanContoh

Giat

Khemahber - bergiat

berkhemah

Pupuk

Pegang

Faham

Jemurme memupuk

memegang

memahami

menjemur

Pandangter.. terpandang

terdiri

Serta

Tugasper peserta

petugas

Kira

jagaDi. dikira

dijaga

masaSe. semasa

i) Imbuhan Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar atau kata akar. Contohnya pengarang menggunakan imbuhan akhiran dalam petikan teks di bawah:- Unit 7: Wira Bangsa m/s 47 -56Kata DasarImbuhan AkhiranContoh

cedera.kan cederakan

lawat.i lawati

balaslawat

makan.an balasan lawatan

makanan

ii) Imbuhan Apitan Imbuhan apitan adalah imbuhan yang ditambah serentak di hadapan dan di belakang kata dasar. Dalam teks yang dikaji , kita boleh melihat banyak perkataan imbuhan apitan yang digunakan seperti contoh di bawah:-Unit 10 : Lima LangkawiKata dasarImbuhan ApitanContoh

tunjuk sidang

terbang

awas

kembang

peN.an pertunjukan

persidangan

penerbangan

pengawasan

perkembangan

muka baik

istimewa

lengkapKean- kemukakan kebaikan

keistimewaan

kelengkapan

iii) Imbuhan SisipanPengarang juga telah mempelbagaikan imbuhan dengan memasukkan

imbuhan sisipan dalam teks bacaan ini. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diselitkan antara unsur atau kata dasar iaitu antara huruf pertama (konsonan ) dan

huruf kedua ( vokal). Contoh dalam teks ialah:- Unit 16 : Pengembaraan Misteri m/s 130Kata dasarImbuhan ApitanContoh

TunjukSerak

gembung

el telunjuk

selerak

gelembung

SabutSuling

gigi er

serabut

seruling

gerigi

Gilang

serbakem gemilang

semerbak

sambungin sinambung

Penggunaan pelbagai imbuhan ini seperti imbuhan awalan akhiran,apitan dan sisipan ini didapati menepati kandungan buku Tatabahasa Dewan yang menjadi pegangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia pada masa ini. Dengan ini terbukti pengarang akur dengan kehendak dan peraturan Dewan Bahasa dan Pustaka.2.1.4 Penggandaan

Dalam aspek penggandaan pula pengarang Teks Tingkatan 1 telah menghuraikan makna dan maksud kata ganda. Mengikut pengarang kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan.Ada tiga jenis bentuk kata ganda yang di ketengahkan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Pengarang dengan jelas telah membuat carta kata ganda bagi menyenangkan pelajar memamahami dan cepat mengingat jenis-jenis kata ganda. Ini dapat dilihat pada

halaman 120 di bawah Unit 15 tajuk Belia harapan Negara. Contoh yang diberi ialah:a) Penggandaan penuh iaitu menggandakan keseluruhan perkataan.

buku-buku

cantik-cantik

minum-minum

mandi-mandib) Penggandaan separa iaitu menggandakan sebahagian perkataan.

jejari

lelaki

pepohon

kekabu

c) Penggandaan berentak iaitu menggandakan mengikut rentak bunyi tertentu.

sayur-mayur

gotong-royong

tungkus-lumus

batu-batan

saudara-mara

Pengarang juga memberi latihan perkataan-perkataan yang

boleh digandakan mengikut jenis-jenis penggandaan yang sesuai bagi membolehkan pelajar memahami serta mengklasifikasikan mengikut jenis-jenisnya.

2.2. Golongan Kata Dalam Unit 1 hingga unit 17 pengarang menekankan kepada golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Pada unit 1 diutarakan tatabahasa berkaitan kata nama, unit 2 dengan kata ganti nama

diri,unit 3 dengan tajuk bentuk kata kerja , golongan kata, kata adjektif, kata hubung,kata seru,kata Tanya,kata penguat,kata penegas,kata pemeri,kata sendi nama,kata arah,kata pasca kata kata ganda kata terbitan , imbuhan pinjaman dan sebagainya. Agihan kata mengikut unit ini merupakan kekuatan pengarang dalam buku Teks Tingkatan 1 ini untuk memberi pemahaman kepada pelajar tentang cara-cara mempelajari bahasa pada tahap sekolah menengah rendah. Di sini penulis memberikan sedikit gambaran apa yang telah didapati kajian dalam Buku Teks Tingkatan 1 .Penulis memasukkan sedikit contoh apa yang telah ditulis oleh pengarang buku tersebut untuk membuktikan bahawa pengarang buku ini memang mempunyai kekuatan di dalam hasil tulisan mereka.2.2.1 Kata Nama

Mengikut pengarang , kata nama ialah sejumlah perkataan

yang merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya.Kata nama

terbahagi kepada tiga golongan iaitu

a) Kata Nama Khas

Kata Nama Khas terbahagi kepada dua itu :

i- Hidup - manusia contoh: Ali ,Muthu, Chong

- bukan manusia contoh : Sang Kancil, Si Belang, Jibrail

ii- Tak Hidup nama benda,negara,institusi,bangsa ,pangkat contoh: Wira,Parker. Indonesia , Melayu , Menteri Besar dllb) Kata Nama Am

Kata Nama Am terbahagi kepada dua iaitu i. Hidup - manusia contoh adik,petani,murid dll

- bukan manusia contohnya haiwan, pokok,jin malaikat dll

c) Kata ganti nama

Kata Ganti nama pula terbahagi kepada Kata Ganti Nama Diri dan Kata Ganti Nama Tunjuk. Dalam buku ini pengarang telah menghuraikan dengan begitu jelas sekali. Penulis rasa dengan bantuan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu para pelajar akan dapat menguasainya dengan begitu mudah sekali kerana topik ini merupakan ulangan apa yang telah dipelajari di bangku sekolah rendah Begitu juga dengan tajuk-tajuk golongan kata yang lain pengarang memberi penekanan terhadap aspek aspek tatabahasa demi kepentingan pengajaran dan pembelajaran dan menepati Buku Tatabahasa Dewan yang merupakan pegangan utama kepada pangarang.

2.3 Aspek Sintaksis

Sintaksis merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji sesuatu ayat dari segi bentuk, struktur dan binaan atau kontruksi ayat. Bidang sintaksis juga merupakan bidang yang mengkaji tentang hukum tatabahasa yang berasaskan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok kata dalam membentuk sesuatu ayat dalam sesuatu bahasa.

Dalam buku Teks Bahasa Melayu yang dikaji, pengarang menjelaskan akan maksud frasa pada halaman 143. Bagi pengarang frasa ialah unit yang terkecil

daripada susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu perkataan atau dua perkataan yang berpotensi diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN) , Frasa Kerja (FK),Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Beberapa contoh penggunaan frasa-frasa diberikan dengan agak jelas sekali seperti

dalam jadual di bawah :-Jenis frasaKeteranganContoh Frasa

Frasa Nama (FN)Inti (FN) ialah kata nama~ ayah budak itu

~ bandar Kuantan

~ harimau bintang

Frasa Kerja (FK)Inti (FK) ialah kata kerja~ membaca buku

~ menghidangkan makanan

~ berbaju batik

Frasa Adjektif (FA)Inti (FA) ialah kata adjektif~ sangat pandai

~ amat cekap

~ liar sekali

Frasa Sendi Nama (FS)Inti (FS) ialah kata sendi nama~ pada tahun lalu

~ dari Johor Bahru

~ ke petang

Pengarang juga ada menerangkan tentang pola ayat dasar. Mengikut pengarang Ayat Dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain.Ayat Dasar terbentuk daripada beberapa pola ayat .Pola ayat dasar terbahagi kepada empat , iaitu bergantung pada subjek dan predikatnya. Pola ayat yang diberikan adalah berpadanan dengan Kamus Tatabahasa Dewan .Contoh pola-pola ayat itu ialah:-PolaSubjekPredikat

Pola 1Frasa nama (FN)

Encik OsmanFrasa Nama (FN)

guru sekolah

Pola 2Frasa Nama (FN)

Ibu merekaFrasa Kerja (FK)

sedang berehat

Pola 3Frasa Nama(FN)

Bayi ituFrasa Adjektif (FA)

sihat sungguh

Pola 4Frasa Nama (FN)

Rumah sayaFrasa Sendi Nama (FS)

di Kota Kinabalu

Dalam buku Teks Bahasa Melayu ini juga pengarang telah menyentuh kepelbagaian jenis ayat iaitu ayat tunggal , ayat tanya, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif, ayat majmuk gabungan,ayat majmuk pancangan relative dan ayat komplemen.i- Ayat tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan , dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh yang diberikan oleh pengarang ada pada halaman 151.

Subjek

Predikat

Fauzi

jurutera

Orang tua itu

kuat berjalan

Pasukan kadet remaja sekolah kita

Berlatih berkawat

ii- ii- Ayat Tanya Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya digolongkan kepada dua, berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.

a) Ayat Tanya tanpa kata Tanya

Ayat jenis ini biasanya diucapkan dengan nada suara yang tinggi. Dalam tulisan, nada tanya dilambangkan dengan tanda soal (?).Contohnya: Encik Kamarul pengurusnya?

Mereka berada di negara Jepun?

b) Ayat Tanya dengan kata Tanya Ayat jenis ini menggunakan kata Tanya seperti apa,siapa, berapa,mengapa dan bagaimana. Bagi bentuk bahasa tulisan ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel -kah pada akhir kata tanya yang dikedepankan.Kata Tanya yang berada di akhir ayat tidak diberi partikel kah.

Contohnya;

a) Kata Tanya yang berada di depan ayat. Di manakah tuan tinggal?

Bilakah awak akan pulang?

b) Kata Tanya yang berada di akhir ayat. Gurunya siapa?

Kesihatannya sekarang bagaimana?iii- Ayat Seruan

Biasanya, ayat seruan dimulai dengan kata seru seperti oh,

amboi, wah, eh, aduh, aduhai,cis dan syabas. Pada akhir ayat seruan pula ditandakan

dengan tanda seru (!).

Ayat seruan juga diucapkan dengan nada atau intonasi seruan untuk melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, geram, takjub dan sakit.

Contohnya:

Anakku!

Wah , cantiknya baju kamu!

Nah, ambillah wang ini!

Dalam kajian ini penulis hanya mengambil beberapa contoh

ayat sahaja untuk diketengahkan.Pada keseluruhannya jenis-jenis ayat yang diberikan oleh pengarang dalam buku ini amat bersesuaian dan menepati kandungan buku Tatabahasa Dewan yang menjadi pedoman dan panduan kita dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.

2.4 Gambar dan ilustrasi

Gambar dan ilustrasi yang digunakan dalam buku ini amat

menarik . Kepelbagaian gambar digunakan seperti gambar objek sebenar diselang-

selikan dengan gambar berbentuk grafik dan ilustrasi.Pada pendapat penulis , gambar dan ilustrasi ini memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelajar untuk

membaca dan mempelajari bahasa.

Begitu juga dengan carta-carta yang digunakan dalam

kepelbagaian bentuk dan saiz ini memudahkan pelajar-pelajar mengingati fakta-fakta

penting . Pengarang juga meletakkan nota-nota kecil pada bahagian sudut yang sesuai

untuk memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran.Gambar juga diwarnakan dengan pelbagai warna mengikut warna sebenar sesuatu keadaan atau benda.Susunan tulisan juga kemas dan menarik.

3.0 KEKURANGAN DAN KELEMAHAN BUKU

3.1 Aspek Morfologi Pada pemerhatian penulis, kelemahan dalam aspek morfologi buku Bahasa Melayu Tingkatan 1 ini adalah tidak ketara dan sebahagian besarnya telah menepati kehendak isi kandungan Buku Tatabahasa Melayu Dewan,namun dalam penghuraian golongan kata kerja,pengarang hanya menekankan kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan berpelengkap. Manakala kata kerja transitif aktif dan pasif sahaja. Pengarang tidak menjelaskan dengan teliti perbezaan kata kerja tak transitif dengan kata kerja transtif. Ini memerlukan peranan guru untuk memberikan

penjelasan kepada pelajar.Sekiranya pelajar hanya membaca teks kemungkinan besar pelajar tidak dapat menguasai topik ini kerana topik ini agak sukar untuk difahami berbanding dengan topik-topik lain. Jenis-jenis pembentukan kata kerja juga tidak diterangkan secara terperinci tentang pembentukan kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda.3.2 Aspek Sintaksis

Dalam aspek sintaksis pula, pengarang tidak menerangkan tentang unsur klausa . Pengarang hanya menekan unsur frasa dan ayat sahaja. Sedangkan klausa merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi unsur kepada ayat. Dalam hal ini pengarang hanya memberikan contoh pembentukan frasa yang merupakan susunan yang mengandungi dua perkataan atau satu perkataan yang berpotesi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Pengarang langsung tidak menerangkan tentang klausa. Walau bagaimanapun kekurangan tersebut tidaklah terlalu

ketara kerana pada bahagian penjenisan ayat, pengarang dapat menerangkan dengan baik dan susunan ayat-ayat yang digunakan dalam petikan-petikan adalah menepati hukum dan rumus-rumus Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan kepada penulis dalam membuat kajian ini. Ayat yang digunakan adalah pelbagai bentuk.Kesimpulannya , buku ini sesuai digunakan untuk pelajar tingkatan satu. 4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian penulis dalam meneliti Buku Teks Bahasa Melayu tingkatan 1 ,terbitan dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa buku ini mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam beberapa aspek yang diperbincangkan. Ini termasuklah aspek morfologi , sintaksis serta gambar dan ilustrasinya yang menarik dan sesuai digunakan untuk pelajar tingkatan satu pada masa ini. Aspek-aspek tersebut menepati kehendak hukum Tatabahasa Dewan yang diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Bibliografi

Che Ibrahim Hj Salleh ( 2004). Tatabahasa Melayu

Universiti Putra Malaysia

Arbak bin Othman (M.A) ( 1989) Mengajar TatabahasaDewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur

Shamsul Yusli Bin Mohd Yusop & Asiah Binti Abdul Rahman .Bahasa Melayu Tingkatan 1 Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Kementrian Pendidikan MalaysiaNik Safiah Karim, dll (1993) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ramli Haji salleh (1995 ) Sintaksis Bahasa Melayu ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaAsmah binti Haji Omar Dra . Morfologi , Siktaksis Bahasa Melayu dan Bahasa IndonesiSatu Perbandingan: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Abdullah Hassan, (1993) Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia , Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Hj Musa , (1993) Sintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan PustakaArbak Othman. (1981) . Tatabahasa Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

KOC STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM

Tajuk:

Sebuah sekolah di tempat anda tinggal akan mengadakan satu sambutan hari terbuka atau hari ibu bapa. Sebagai seorang pelajar yang mengikuti program Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia, anda telah diminta oleh pengetua sekolah tersebut untuk membantu beliau membuat publisiti dan merancang aktiviti sambutan. Berdasarkan pendekatan perhubungan awam, terangkan kaedah publisiti dan rancangan anda.

(HARI USAHAWAN JAYA)

Oleh :

Nama: Zainor Aslina Binti Osman

No Matriks: J 33448

Program : Bachelor Sastera ( Bahasa & Linguistik)

Semester : Keenam

Pensyarah: Dr. MMuhammad Fauzi b. Abd. Latif

Tarikh: 17 Mac 2009

PAGE