balapan pakaian

15
SPESIFIKASI PEMAKAIAN OLAHRAGA Pakaian Pakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalam kejohanan olahraga. Sebagai jurulatih kita mestilah menasihatkan dan panduan terhadap etika ketika berpakaian. Pakaian yang di pakai perlulah bersesuaian dengan pertandingan dengan tidak membelakangkan budaya setempat atau kawasan. Pakaian yang di pakai janganlah terlalu nipis serta menampakkan badan apabila basah. Pakaian yang di pakai seharusnya tidak menganggu keputusan pengadil. Kasut Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Demi mengelakkan kecederaan adalah di nasihat supaya atelit memakai kasut. Namun jika seorang atelit ingin memakai kasut berpaku mereka perlu menepati spesifikasi yang telah di tetapkan. Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya. Pada permukaan sintatik panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9 mm. Walau bagaimana pun bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing panjang panjang paku yang di gunakan boleh tidak melebihi 12 mm. Pada trek bukan sintatik pula panjang paku yang digunakan boleh melebihi sehingga 25 mm. Garis pusat paku kasut pula tidak boleh melebihi 4 mm. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu

Upload: anonymous-plctfh

Post on 15-Jul-2016

949 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Balapan Pakaian

SPESIFIKASI PEMAKAIAN OLAHRAGA

Pakaian

Pakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalam kejohanan olahraga. Sebagai jurulatih kita mestilah menasihatkan dan panduan terhadap etika ketika berpakaian. Pakaian yang di pakai perlulah bersesuaian dengan pertandingan dengan tidak membelakangkan budaya setempat atau kawasan. Pakaian yang di pakai janganlah terlalu nipis serta menampakkan badan apabila basah. Pakaian yang di pakai seharusnya tidak menganggu keputusan pengadil.

Kasut

Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Demi mengelakkan kecederaan adalah di nasihat supaya atelit memakai kasut. Namun jika seorang atelit ingin memakai kasut berpaku mereka perlu menepati spesifikasi yang telah di tetapkan. Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya. Pada permukaan sintatik panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9 mm. Walau bagaimana pun bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing panjang panjang paku yang di gunakan boleh tidak melebihi 12 mm. Pada trek bukan sintatik pula panjang paku yang digunakan boleh melebihi sehingga 25 mm. Garis pusat paku kasut pula tidak boleh melebihi 4 mm. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu

Page 2: Balapan Pakaian

Larian Pecut

Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’

Page 3: Balapan Pakaian

Larian Jarak Sederhana

Pakaian untuk pelari 800 meter adalah sama dengan pakaian yang dipakai oleh olahragawan yang mengambil bahagian dalarn acara-acara lain. Wálaupun mereka dibolehkan berlari tanpa memakai kasut, tetapi demi keselamatan dan untuk mendapatkan larian yang baik serta cengkaman yang lebih berkesan ke atas balapan, mereka dinasihatkan supaya memakai spikes mengikut keselesaan masing-masing

Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan jangan terlalu jarang kerana biasanya pelari akan dibasahi peluh di akhir Iarian sehingga menampakkan bentuk badan, terutama pelari wanita. Baju dan seluar yang dipakai sebaik-baiknya hendaklah jenis yang ringan dan tidak diserap air supaya tidak rnenimbulkan sebarang masalah semasa berlari. Pelari hendaklah memakai nombor peserta dan kod pasukan atau negara yang mereka wakili supaya mudah dikenalpasti oleh pegawai kejohanan.

Man Women

Muslim Women

Page 4: Balapan Pakaian

Larian Jarak Jauh

Larian jarak jauh ini terbahagi kepada beberapa acara seperti acara 1000m, 2000m, 3000m, 5000m, 10000m perlumbaan lebuhraya dan merentas desa.Bagi acara 1000 m, tempat atau arena yang akan digunakan ialah di gelanggang balapan. Gelanggang balapan ini berbentuk bujur dan balapan ini dibina daripada rumput, asphalt atau bahan synthetic dan biasanya mengandungi lapan lorong. Dalam pertandingan yang menggunakan peraturan IAAF, acara seperti acara 800 m dan ke atas, lari berganti-ganti yang lebih daripada 4x400m dan acara-acara yang seumpamanya dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Kedudukan lorong atau permulaan ditentukan dengan undian. Pemakaian haruslah bersesuaian dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Women

Man

Page 5: Balapan Pakaian

Larian Jarak Jauh Berhalangan

Terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter. Dalam olahraga lelaki, acara larian 3000 meter tidak pernah dipertandingkan di mana-mana kejohanan IAAF dianjurkan.Dalam beberapa pertandingan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Di peringkat antarabangsa , acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita. Acara 3000 meter berhalangan merupakan acara yang hanya disertai oleh lelaki sahaja.Di peringkat sekolah acara ini jarang diketengahkan tetapi ianya diadakan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.Acara ini memerlukan peserta berlari sejauh 3000 meter dan melepasi halangan-halangan seperti melompat pagar kayu,pagar biasa, dan melompat melepasi kolam air.

Didalam acara ini,atlet dikehendaki melompat sebanyak 28 pagar dan 7 lompatan air.Jarak dari permulaan ke mulanya pusingan pertama hendaklah tidak mempunyai apa-apa lompatan pagar.Pagar akan dialihkan setelah atlet-atlet telah mamasuki pusingan pertama.Ketinggian pagar bagi acara lelaki ialah 0.914 meter dan 0.762 meter bagi acara wanita manakala lebarnya ialah 3.94 meter.Pagar air pada lompatan air pula hendaklah setinggi 3.66 meter dan lebarnya dipacak dengan kukuh pada bumi supaya pergerakan mendatar tidak berlaku. Atlet perlulah memakai pakaian yang sesuai dengan acara tersebut. Atlet juga perlu memakai kasut spike yang diperbuat daripada bahan yang mudah kering dan selesa untuk berlari.

Women Man

Page 6: Balapan Pakaian

Larian Berpagar

Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan kperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yan tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar. Pakaian yang di pakai perlulah bersesuaian dengan pertandingan dengan tidak membelakangkan budaya setempat atau kawasan. Pakaian yang di pakai janganlah terlalu nipis serta menampakkan badan apabila basah.

Man

Woman

Page 7: Balapan Pakaian

Larian Berganti-ganti

Acara Lari Berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200 meter dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada 4 pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain. Mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Di dalam semua acara, peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dandigubah supaya tidak menjolok mata. Pakaian mestilah dibuat daripada bahanyang tidak nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu keputusan hakim.

Man

Women

Page 8: Balapan Pakaian

Nombor

Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di

wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang. Bagi atelit lompat bergalah dan lompat

tinggi mereka hanya perlu memakai satu nombor samada di belakang atau di dada.

Spesifikasi nombor bergantung kepada peraturan am yang di sediakan oleh pihak

pengelola

Lompat jauh

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit cuba melompat dan

mendarat sejauh yang boleh dari tempat mula melompat. Mereka yang bertanding akan berlari di

laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat

sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir atau

tanah yang bertindak bagi menyerap lompatan dan juga sebagai penanda tempat jatuh. Jarak minimum

dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan

lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan

plastisin diletakkan tepat di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan

salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan. Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi

secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya

lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling

jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.

Lelaki

Wanita

Kasut yang

sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan

kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik

sesuai digunakan untuk acara ini. 

Page 9: Balapan Pakaian

Lompat tinggi

Lompat tinggi merupakan olahraga yang menguji ketrampilan melompat dengan melewat

tiang mistar.Lompat tinggi adalah salah satu cabang dari atletik. Tujuan olahraga ini untuk

memperoleh lompatan setinggi-tingginya saat melewati mistar tersebut dengan ketinggian

tertentu.Tinggi tiang mistar yang harus dilewati atlet minimal 2,5 meter,sedangkan panjang mistar

minimal 3,15 meter.Lompat tinggi dilakukan di arena lapangan atletik.Lompat tinggi dilakukan tanpa

bantun alat.

Dalam pertandingan, mistar akan dinaikkan setelah peserta berhasil melewati ketinggian

mistar. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki Peserta boleh mulai melompat di mana

ketinggian permulaan yang disukainya Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh

palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan

mendarat apabila tidak berjaya melompat Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak

tiga kali bertutrut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar

daripada pertandinga Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain

gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan Ketinggian lompatan di ukur

secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.Setiap peserta akan

diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan. Jika peserta tidak berhasil melewati

mistar sebanyak tiga kali berturut-turut, dia dinyatakan gagal.Untuk menentukan kemenangan, para

peserta harus berusaha melompat setinggi mungkin yang dapat dilakukan. Pemenang ditentukan

dengan lompatan tertinggi yang dilewati.

Pakaian untuk sukan ini umumnya menggunakan pakaian yang khusus untuk olahraga yang

tidak terlalu ketat mahupun longgar. Selain itu, para atlet lompat tinggi boleh melakukan aktiviti tanpa

menggunakan kasut tetapi lebih disarankan memakai kasut agar mengurangi risiko berlakaunya

kecerderaan.

Lelaki Wanita

Page 10: Balapan Pakaian

Lempar cakera

Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dcipta sebagai acara sukan. Cakera ini

diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya,

serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2

kilogram untuk atlet lelaki. Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas

yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat

lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara

lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada

dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi

badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang

pada jarak yang lebih jauh. Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada

tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan

kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta

akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.

Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak

mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera.

Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas

itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan

diperbaiki dari semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan

yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju

Peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan ini serta tidak memakai barang

perhiasan ketika membuat pergerakan. Kasut yang sesuia untuk sukan ini adalah kasut spike. Jika

menggukan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutamanya bahagian

tapak.

Wanita Lelaki

Lontar peluru

Page 11: Balapan Pakaian

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi

melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Atlet lontar peluru

haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan

ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan

terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati

sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota

lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan

fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan

selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan

sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Pakaian peserta melontar peluru sama seperti pakaiaan pesertan olahraga lain. Begitu juga

dengan kasut. Kasut biasa tanpa paku lebih sesuai kerana bulatan atau kawasan melontar biasanya

diperbuat daripada simen konkrit

Lelaki Wanita

Merejam Lembing

Acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga.

Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia

merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Matlamat acara ini ialah

merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan

yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling

jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman

iaitu padang. Kawasan khas hendaklah disediakan oleh pihak pengajur untuk acara ini.Kawasan ini

bebas atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai menyaksikan

acara tersebut dijalankan.Kawasan ini biasanya disediakan di atas padang atau stadium terbuka.

Page 12: Balapan Pakaian

Setiap peserta yang mengambil bahagia dalam acara ini hendaklah mematuhi etika

berpakaian. Pakaian hendaklah sesuai dengan acara yang dipertandingkan.Pemilihan kasut juga sangat

penting ketika menyertai permainan ini iaitu kasut tersebut perlu mempunyai spikes. Jika

menggunakan kasut getah,peserta hendaklah memastikan kasut tersebut berada dalam keadaan baik.

Pastikan juga bahagian tapak sesuai dan memberi keselesaan kepada pemakai.

Lelaki Wanita