bab 3 etika dlm profesyen perubatan.ppt

58
BAB 3 BAB 3 ETIKA DALAM PROFESION ETIKA DALAM PROFESION PERUBATAN PERUBATAN

Upload: hartini-mohd-noor

Post on 25-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • BAB 3

    ETIKA DALAM PROFESION PERUBATAN

  • Etika berasal dari perkataan Yunani ethos hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti

    Menurut Ghazalba etika ialah teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik atau buruk, sejauh yang dapat ditentukan akal nilai-nilai yang dipandang baik oleh etika itulah yang disebut moral yang baik, manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh etika ia disebut moral yang buruk atau tidak bermoral

  • Samb. Etika:Kamus Dewan : Prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dll)

    Oxford English Dictionary (Fowler, 1978): Set of moral principles (Set prinsip-prinsip moral).

    Kadang-kadang etika juga disebut: Moral philosophy, the discipline concerned with what is morally good and bad, right and wrong. The term is also applied to any system or theory of moral values or principles. (Encyclopedia Britannica, 2001)

  • SambRingkasnya etika:teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik atau buruk, sejauh yang dapat ditentukan akalSatu set prinsip moral yang membezakan

    apa yang betul & salahMerupakan perkara normatifMenjelaskan apa yang perlu dilakukan/menahan diri dari melakukanLebih bersifat teoriTidak merupakan hukuman tetapi pernyataan yang harus dilaksanakanCon: etika kerja, etika perubatan, etika perniagaan, etika sains & teknologidsb

  • Menyusun atur tingkah laku kehidupan manusia

    Meninggikan martabat manusia

    Mendorong manusia kepada kebaikan

    Etika boleh membina jati diri seseorang

    Etika mampu menjana pembangunan

    Etika merupakan amalan manusia agung sepanjang zaman

  • Secara ringkas, ciri etika Islam adalah:

    Berteraskan satu prinsip induk (wahyu) yang tidak berubah.

    Bersifat universal dan sederhana dengan semua prinsip etika yang lain.

    Berkait langsung dengan interaksi alam (horizontal) dan Tuhan (vertikal).

    Berasaskan kepada (kepercayaan) tentang ganjaran segera dan tertangguh.

    Paling sesuai untuk aplikasi etika di era teknologi atau alam virtual ICT.

  • Manfaat KomprehensifAplikasi UniversalSesuai dengan Orientasi Kemanusiaan

    Aspek MenyeluruhGanjaran Segera dan TertangguhJaminan Tertinggi dan Suci

  • Kedudukan & kepentingan adab/akhlak/etika dalam Islam

    Dikaitkan dengan tujuan risalah Islam. Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Riwayat Malik)

    Dikaitkan dengan agama Islam (ad-Din). Terdapat dalam sebuah hadis bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang agama Islam: Wahai Rasulullah apakah agama itu? Rasulullah s.a.w. menjawab : akhlak yang mulia

    Boleh menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w.: Untuk memberatkan apa yang ditimbang pada hari kiamat ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia

    Menggambarkan kualiti sesuatu ummah.Menurut Islam ketinggian darjat keimanan seseorang juga dilihat dari kemuliaaan akhlaknya/etika. Telah dikatakan ya Rasulullah s.a.w., mukmin yang manakah paling afdhal imannya? Rasulullah s.a.w. bersabda; Orang yang paling baik akhlaknya antara mereka (Riwayat Ahmad & Abu Daud)

  • Etika berkait rapat dengan dasar2 akhlak atau moral, prinsip atau nilai2 akhlak yg menjadi pegangan seseorg individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dll) semasa menjalankan pekerjaan. Seorang doktor mempunyai etika kedoktoran yg sepatutnya diikuti.

    Doktor seorang hamba & khalifah Allah

    Dari perspektif Islam etika berteraskan akidah .Telah dikatakan ya Rasulullah s.a.w., mukmin yang manakah paling afdhal imannya? Rasulullah s.a.w. bersabda; Orang yang paling baik akhlaknya antara mereka (Riwayat Ahmad & Abu Daud)

  • Al-Razi begitu menekankan persoalan etika dlm profesyen perubatan. Oleh itu beliau telah mengkhususkan satu bahagian yg tersendiri bagi perkara ini dlm buku al-Hawi yg diberi tajuk Profesyen Perubatan & Etikanya Dlm penulisannya beliau turut memberi panduan tentang tugas-tugas doktor serta kepentingan kerja-kerja amali utk mendptkan pengalaman & kemahiran dlm perubatan.

    Kitab al-Razi berkaitan dgn etika ialah Akhlak Tabib iaitu risalah perubatan yg menekankan tatasusila & adab pekerjaan perubatan. Kitab ini menerangkan tentang etika perhubungan doktor dgn pesakit. Dalam risalah ini beliau menyampaikan beberapa pesanan tentang kemesraan & penjagaan rahsia di dlm perubatan.

    Antara lain beliau menulis: Ketahuilah anakku, bahawa doktor seharusnya mesra dgn org ramai, memelihara maruah mereka & menyimpan rahsia mereka terutamanya rahsia pelanggannya... Apabila seseorg merawat wanita atau hamba sahaya, maka wajiblah dia menjaga penglihatannya sekira-kira janganlah melampaui tempat yg sakitEtika al-Razi dalam perubatan sifat doktor muslim

  • Al-Razi menjelaskan sifat doktor Muslim dlm Risalah Akhlak Tabib iaitu:

    Mesra dgn org ramaiMemelihara maruah merekaMenyimpan rahsiaMenjaga penglihatannya sekira2 jgnlah melampaui tempat yg sakit

    Al-Razi menerangkan bhw doktor yg mulia tdk hanya terhad kpd pengajiannya semata2, malah mesti wujud sifat2 lain spt:

    Visi yg jauhKajian yg bykMengambil perhatian berta terhdp pesakitPerkhidmatan yg luas sehingga dgn itu pesakit itu tdk akan hanya menjadi alat experiment semata2

  • Beliau juga menasihati para doktor supaya bertawakal menyerahkan kepada Allah s.w.t. selepas berusaha dan berikhtiar.;

    Doktor hendaklah menyerahkan kepada Allah dalam rawatannya dan ia hendaklah mengharapkan kepadaNya agar memberikan kesembuhan tanpa bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan kerjanya semata-mata. Seandainya ia bertindak sebaliknya iaitu ia melihat kepada dirinya dan kekuatannya dalam profesion dan kemahirannya sahaja, maka mungkin Allah tidak menyembuhkan pesakitnya.

  • Ar-Razi telah mempelopori etika seorang pengamal perubatan yangselari dengan Islam.Dalam salah satu karyanya, Kitab al-Mansur, antara falsafah yang amat beliau tekankan ialahkebenaran dalam ilmu perubatan merupakan sesuatu yang amat sukar diperoleh.Hal ini kerana walaupun banyak tersedia rujukan tetapi kurang bernilai jika dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran & logiknya.Antara yang diutarakan dalam kitab beliau iniTerkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent & sains perubatan.Mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan modenMenekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum melakukan sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakitBeliau juga menentang amalan penipuan & penyelewengan dalam amalan perubatan.Beliau menyatakan bahawa penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani.

  • Adab Serta Sifat Pengamal & Pelajar Perubatan MuslimEtika perubatan dikesan sejak zaman tamadun Yunani

    Kod Undang-undang Hammurabi (1790 Sebelum Masehi);Dalam kod tersebut, dinyatakan tindakan berat terhadap doktor apabila mereka melakukan sebarang kesalahan ketika menjalankan tugas atau rawatan. Contohnya sehingga sampai satu peringkat profesion perubatan dianggap sebagai satu pekerjaan yang susah dan meletakkan pengamalnya dalam kesusahan.

  • 3.2 Adab Serta Sifat Pengamal & Pelajar Perubatan MuslimIkrar Hippocrates pada abad ke-4 S.M.

    Kemudian etika profesion ini diubahsuai dengan penggubalan Pengisytiharan Geneva oleh Pertubuhan Perubatan Sedunia pada tahun 1974.

    Perubatan Islam moden sentiasa menyemak kod-kod etika yang pernah digubal dan diamalkan suatu ketika dulu dari masa ke semasa. Sesuai dengan akhlak dan etika Islam, pengamal dan pelajar perubatan Islam perlu bersikap prihatin terhadap disiplin dan pengawalan etika, justeru hendaklah memiliki adab-adab mulia antaranya seperti:

  • AmanahRasulullah s.a.w. bersabda: Tanda2 org munafik itu ada tiga perkara iaitu: Apabila ia bercakap ia berdusta, apabila ia berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan ia mengkhianatinya (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Doktor memikul amanah pesakit yang minta diubati atau dirawat - hendaklah merasakan pengawasan Allah s.w.t.; Allah s.w.t. sentiasa mengawasi & mengetahui tindaktanduknya sama ada secara terang-terangan atau bersembunyi. Dengan itu mereka menyedari had kuasanya & sentiasa menjaga amanah dgn tdk memberikan ubat yg boleh membawa maut kpd pesakit.

  • Tanggungjawab

    Pengamal perubatan memikul tanggungjawab yg besar iaitu bertanggungjawab terhdp Allah s.w.t. & juga memikul amanah pesakit. Ia bukan hanya tanggungjawab keduniaan sahaja tetapi akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

    Dlm menjlnkan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan muslim, mereka hendaklah:

    Menjadikan syariah Islam sebagai sistem hidup. Apabila timbul kerumitan dlm penyelesaian sesuatu masalah, maka perundangan Islam menjadi rujukan.

  • Yakin bahawa penyakit, penyembuhan & bahan2 ubatan adalah drp Allah s.w.t., penyembuhan adalah dgn izinNya, manusia berusaha & berikhtiar.

    Al-Razi di dlm bukunya Akhlak Tabib menasihati para doktor supaya menyerahkan kpd Allah selepas berusaha & berikhtiar iaitu dgn katanya:

    Doktor hendaklah menyerahkan kpd Allah dlm rawatannya & ia hendaklah mengharapkan kpdNya agar memberikan kesembuhan tanpa bergantung sepenuhnya kpd keupayaan & kerjanya semata2, seandainya ia bertindak sebaliknya iaitu ia melihat kpd dirinya & kekuatannya dlm profesion & kemahirannya sahaja, maka mungkin Allah tdk menyembuhkan pesakitnya

  • Kerahsiaan

    Pengamal perubatan Muslim sentiasa menyimpan dan menjaga rahsia pesakitnya. Segala maklumat yg diperolehi (penglihatan, pendengaran) mesti dirahsiakan & rahsia pesakit berhak dilindungi oleh undang2.

  • Kebajikan

    Perawat mesti mempunyai keikhlasan - menjadikan profesion itu ibadah & diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.. Keinginan utk menyembuhkan pesakit mengatasi kecenderungan utk mendpt bayaran w/pun menerima upah dibenarkan & harus hukumnya.

    Kesabaran

    Dalam menjalankan tugas yang mulia ini, kesabaran amat penting. Mereka mestilah sentiasa bermurah hati memberikan masa kepada pesakit walaupun terpaksa mengorbankan masa tidur, rehat dan keluarga demi memastikan pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya.

  • Kesantunan; lemah lembut dan sopan santun

    Seseorang doktor Muslim yang bertanggungjawab tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan pesakit secara spiritual atau fizikal. Mereka seharusnya mempunyai sifat-sifat terpuji seperti sentiasa berlemah lembut dan bersopan santun dalam melaksanakan tugas tanpa mengira kedudukan dan pangkat; kaya atau miskin, kanak-kanak atau dewasa, kawan atau lawan dan sebagainya. Kesantunannya boleh ditonjolkan melalui percakapan, gurauan, pakaian, perawakan dan peribadinya yang mencerminkan sifat luhur dan tawaduk.

  • Kebijaksanaan dan keilmuan

    Kebijaksanaan atau hikmah hendaklah sentiasa dicari dan mestilah berdasarkan keimanan yang kukuh kepada Allah s.w.t. Ilmu-ilmu asas syariah dan fiqah juga perlu dikuasai selain dari ilmu perubatan semasa bagi menyempurnakan profesion tersebut terutama ketika dalam keadaan darurat atau terdesak.Mesti rajin menambah ilmu pengetahuan dan melakukan penyelidikan dan kajian demi kebaikan pesakitnya dan menyiapkan dirinya menjadi pakar dalam profesionnya.

  • Abqarat (450 375SM) pernah menyebut, doktor dlm semua keadaan mestilah:Sifat penyayang, lemah lembutBersimpati & suka membuat kebajikanMendampingi org ramaiSentiasa bersedia merawat para pesakit terutama pesakit miskin & susahTdk mengharapkan ganjaran atau upah malahan sekiranya ia dpt mengeluarkan wangnya sendiri utk membeli ubat kpd mereka maka hendaklah ia melakukannya.Hendaklah ia berulang alik melihat sekiranya penyakit mereka itu berat sehinggalah sembuh kerana penyakit yg tenat itu selalunya berubah2 dgn cepat.Tdk seharusnya menghabiskan masanya dgn hiburan & keseronokan yg sia2 tetapi dipenuhi dgn mengkaji buku2 perubatan.Haruslah menghafalnya & mengingati apa yg dibacanya & dpt mengingati segala teori & juga kerja-kerja amalinya.Perlu melakukan semua kerja ini ketika masih muda, kerana kerja hafalan adalah mudah dilakukan ketika muda berbanding waktu tua kerana umur tua adalah ibu pelupa.

  • Garis Panduan Etika Perubatan IslamDoktor Muslim mempunyai garis panduan;

    prinsip berlandaskan al-Quran & al-Sunnah

    sesuatu yang tidak bertentangan dengan al-Quran & al-Sunnah untuk maslahah/kebaikan manusia - berpaksikan tauhid

  • Garis Panduan Etika Perubatan IslamPengamal perubatan Islam tidak berpuas hati dengan Hippocrates Oath yang tidak berpaksikan tauhid, kerana Islam mengajar umatnya konsep tauhid melalui ucapan syahadah yang dilafazkan di mana tidak ada yang layak disembah melainkan Allah s.w.t.

    Para pengamal perubatan muslim bersetuju mengambil The Oath of Muslim Physician yang telah dipersetujui di Kuwait pada tahun 1981 sebagai panduan etika perubatan

  • Menurut Dr. Ishak Masud

  • Individu:

    Insan yang bertakwa, sentiasa mengingati Allah

    Baik budi pekerti, sentiasa memberi khabar kepada gembira

    Tenang, sabar, sentiasa dapat mengawal perasaan

    Memahami nyawa itu hanya kepunyaan Allah, mati sesuatu yang pasti berlaku. Doktor sebagai pencari ubat bukan menentukan hidup & mati seseorang

    Memberi contoh & tauladan yang baik

    Sentiasa bercakap benar, amanah, ikhlas, tawadhu

  • Individu samb:

    Mempunyai asas feqah untuk memberi penerangan & penyelesaian kepada pesakit

    Sentiasa menjauhkan amalan yang tidak sesuai dengan Islam & memahami isu maslahah dalam perubatan

    Memastikan sentiasa cuba mengetahui perkembangan ilmu-ilmu perubatan tetapi bukan menjadikan profesyen ini sebagai matlamat utama keperluan peribadi spt untuk menjadi terkenal

    Mencari ilmu itu bukan untuk membantu dirinya sahaja tetapi juga sebagai satu ibadat

  • Profesyen:

    Peringkat hubungan antara pengamal perubatan

    Memahami peranan masing-masing

    Sama-sama bertanggungjawab

    Bekerjasama antara satu sama lain

    Menghormati

    Mengajar ilmu kepada pengamal perubatan yang lain

  • Profesyen:

    Peringkat hubungan doktor dengan pesakit

    Memberi perkhidmatan yang terbaik dengan batasan akhlak Mengikut garis panduan yang sesuai dengan Islam terutama berkaitan pesakit berlainan jantina

    Memahami kerahsiaan

    Memahami nilai kehidupan & konsep hidup dalam Islam Memahami isu (nyawa), euthanasia, pengguguran yang haram, memberi hak untuk mengetahui penyakit kepada pesakit, isu-isu pemindahan organ dll

  • Profesyen:

    Peringkat pengamal perubatan & masyarakat

    Memahami peranan doktor semasa perang, dalam masyarakat dsb Sentiasa berusaha memastikan pendidikan perubatan berpaksikan paradigma tauhid

  • Kod etika pakaian juga dipertegaskan dlm perubatan Islam. Seorg doktor dikehendaki berpakaian yg bersesuaian supaya dpt menaruh keyakinan di kalangan org yg dirawatinya. Mereka juga diingatkan supaya bertimbang rasa & berperikemanusiaan dlm menjalankan tugasnya bagi mencapai seni amalan perubatan yg tinggi.

  • Ikrar/sumpah doktor muslimBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani Saya bersumpah demi Allah Yang Agung Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia disemua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan. Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka.

  • Ikrar/sumpah doktor muslimBahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia. Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar doktor dibawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan. Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau dikhalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain. Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.

  • Hippocratic OathIkrar yang dinamakan dengan Hippocrates telah memberi perhatian yang mendalam dalam kerjaya perubatan.

    Ikrar ini menggariskan piawaian perlakuan & kesusilaan yang merangkumi pesanan kepada pelajar-pelajar perubatan & hubungan doktor dengan pesakit.

    Seseorg doktor dikehendaki mematuhi kod etika pengamalan spt yg diasaskan oleh Hippocrates.

  • SIAPA HIPPOCRATES?

    Dilahirkan di kepulauan Kos di Laut Aegean kira-kira 2400 tahun yang lalu (460-375 sm), Meninggal dunia ketika berusia 109 tahunMempercayai tuhan Apollo, Aesculapius, hygieia dan PanaceaGuru dan pengamal perubatandigelarkan "Bapa Perubatan" /father of medicinedilatih di sebuah kuil perbomohan di Kosmenolak kepercayaan karut dan kuasa ajaib primitif mengasaskan perubatan sebagai satu cabang sainsMemberi pengaruh besar kepada Galen dan perubatan zaman pertengahan kemudiannya.Karya: Corpus Hippocraticum atau Karya-karya Hippocrates.

  • mengembara di bandar-bandar dan pulau-pulau berhampiran bagi menambah pengalamanMempraktikkan ilmu perubatan yang dimiliki menubuhkan sebuah sekolah perubatan iaitu Hippocratic School of Medicine.Prinsip perubatan Hippocrates berdasarkan pengamatan dan kajian terhadap badan manusia. Beliau percaya bahawa setiap penyakit mempunyai penjelasan yang rasionalHippocrates yakin bahawa proses pemulihan semula jadi memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesihatan seseorang. beliau percaya bahawa kemampuan setiap individu dalam menghadapi penyakit adalah berbeza

  • Muncul pada abad 4 S.M Masihi.Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul sumpah ini:Galen/PolybusHippocratesPythagoreans

  • ORIGINAL VERSIONhttp://psipum.org/sumpah-hippocrates-baru-peranan-doktor-terhadap-pesakit/

  • Ikrar/sumpah hippocratesOriginal Version)I SWEAR by Apollo the physician, AEsculapius, and Health, and All-heal, and all the gods and goddesses, that, according to my ability and judgement, I will keep this Oath and this stipulation.TO RECHON him who taught me this Art equally dear to me as my parents, to share my substance with him, and relieve his necessities if required; to look up his offspring in the same footing as my own brothers, and to teach them this art, if they shall wish to learn it, without fee or stipulation; and that by precept, lecture, and every other mode of instruction, I will impart a knowledge of the Art to my own sons, and those of my teachers, and to disciples bound by a stipulation and oath according the law of medicine, but to none others. I WILL FOLLOW that system of regimen which, according to my ability and judgment, I consider for the benefit of my patients, and abstain from whatever is deleterious and mischievous. I will give no deadly medicine to any one if asked, nor suggest any such counsel; and in like manner I will not give a woman a pessary to produce abortion. ENGLISH VERSIONhttp://kisetsuharu.wordpress.com/2009/02/11/sumpah-hippocrates/

  • Ikrar/sumpah hippocratesWITH PURITY AND WITH HOLINESS I will pass my life and practice my Art. I will not cut persons laboring under the stone, but will leave this to be done by men who are practitioners of this work. Into whatever houses I enter, I will go into them for the benefit of the sick, and will abstain from every voluntary act of mischief and corruption; and, further from the seduction of females or males, of freemen and slaves. WHATEVER, IN CONNECTION with my professional practice or not, in connection with it, I see or hear, in the life of men, which ought not to be spoken of abroad, I will not divulge, as reckoning that all such should be kept secret. WHILE I CONTINUE to keep this Oath unviolated, may it be granted to me to enjoy life and the practice of the art, respected by all men, in all times! But should I trespass and violate this Oath, may the reverse be my lot!

  • I swear by Apollo Physician and Asclepius and Hygieia and Panaceia and all the gods and goddesses, making them my witnesses, that I will fulfill according to my ability and judgment this oath and this covenant:

    Versi klasik

  • To hold him who has taught me this art as equal to my parents and to live my life in partnership with him, and if he is in need of money to give him a share of mine, and to regard his offspring as equal to my brothers in male lineage and to teach them this artif they desire to learn itwithout fee and covenant; to give a share of precepts and oral instruction and all the other learning to my sons and to the sons of him who has instructed me and to pupils who have signed the covenant and have taken an oath according to the medical law, but no one else.Untuk menganggap orang yng mengajarkan ilmu ini kepadaku berkongsi apa yang ada padaku,dan melupakan keperluan sendiri jika perlu,untuk menganggap anak-anaknya seperti saudara kandungku dan mengajarkan mereka ilmu ini sekiranya mereka ingin mempelajarinya tanpa sebarang syarat dan bayaran,mengikut disiplin kuliah dan arahan.aku akan mengajar ilmu ini kepada anak-anakku ,anak-anak guruku dan pengikut2 yang berpegang kepada peraturan ini

  • What I may see or hear in the course of the treatment or even outside of the treatment in regard to the life of men, which on no account one must spread abroad, I will keep to myself, holding such things shameful to be spoken about.

  • Whatever houses I may visit, I will come for the benefit of the sick, remaining free of all intentional injustice, of all mischief and in particular of sexual relations with both female and male persons, be they free or slaves.

  • If I fulfill this oath and do not violate it, may it be granted to me to enjoy life and art, being honored with fame among all men for all time to come; if I transgress it and swear falsely, may the opposite of all this be my lot.

  • 1. To teach medicine to the sons of my teacherSekolah perubatan lebih mengutamakan anak2 pakar perubatan

    2. To practice and prescribe to the best of my ability for the good of my patients, and to try to avoid harming them.Inilah tujuan utama pakar perubatanNamun,hal ini masih dibincangkan dalam kes2 seperti euthanasia, aversion therapy dan lobotomy3. I will not give a lethal drug to anyone if I am asked, nor will I advise such a plan.Hampir kesemua Negara telah bersetuju untuk tidak melakukan euthanasia tetapi aa sesetengah Negara yang tetap mnjalankan euthanasia di atas permintaan pesakit seperti di beberapa buah negeri di U.S 4. Similarly, I will not give a woman a pessary to cause an abortion.Kebanyakan Negara menghalalkan pengguguran anak, dan Oath ni telah menjadi punca perbalahan di kebanyakan Negara.

  • 5). I will not cut for stone, even for patients in whom the disease is manifest; I will leave this operation to be performed by practitioners, specialists in this art -stones : kidney stones or bladder stones - pembedahan bukanlah satu bidang yang utama pada masa itu6). To keep the good of the patient as the highest priority -aspek lain: memelihara sumber ekonomi, duit, dan sebagainya.

  • PERBANDINGAN ANTARA IKRAR MUSLIM DAN HIPPOCRATESIKRAR MUSLIMIKRAR HIPPOCRATESPengasas : delegasi doktor Islam di Kuwait.Bersumpah dengan nama Allah.Mempunyai 1 versi.Selari dengan syariah.Berpegang dengan al-Quran & as-Sunnah. Pengasas : Hippocrates.Bersumpah dengan nama Apollo.Mempunyai 2 versi.Bertentangan dengan syariah.Keutamaan : Hak asasi manusia.

  • Hippocratic Oath vs Ikrar Doktor Muslim

  • EuthanasiaPengguguranHubungan doktor-pesakitMenutup aib pesakit.Semangat kerjasamaSebagai etika pengamal perubatanMencegah lebih baik dari merawat.

  • Kesimpulan:

    Seseorg doktor mempunyai etika yang mesti dipatuhiMereka dikehendaki mematuhi kod etika pengamalan spt yg diasaskan oleh Hippocrates. Kod etika perubatan Islam diasaskan atas prinsip yg sama tetapi telah diubah suai & disusuli dgn konsep tauhid. Kod etika menekankan tentang pekerti seseorg pengamal perubatan:Dilarang membunuh atau bersubahat utk matlamat demikian dgn menggunakan ubatan racunDilarang melakukan pengguguranDilarang memecahkan rahsia yg diamanahkan oleh seseorg pesakitPesakit miskin ditegaskan patutlah dikecualikan drp pembayaran

    *Polybus menantu + anak murid hippocrates. Mnurut Galen yg kryanya jg ditulis polybus, polybus x ubah apa-apa isi h. oath dgn tulisannya.**