assinment hbml1203

Download aSSINMENT hbml1203

If you can't read please download the document

Upload: rosilenadampai

Post on 04-Jul-2015

402 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Sejarah sebutan baku Bahasa Melayu bermula pada tahun 1965 menerusi gagasan Kongres Bahasa dan Pesuratan Melayu yang Ketiga di Singapura dan Johor Bahru. Kongres ini dengan sebulat suara telah memutuskan bahawa sebutan baku Bahasa Melayu haruslah mengikut sebutan fonemik, iaitu sebutan yang berdasarkan ejaan. Malangnya, usaha-usaha pembakuan tersebut dipandang sepi oleh segelintir masyarakat dan ketiadaan sokongan serta pada masa itu tiada keperluan yang mendesak. Bagaimanapun, pada tahun 1988, selaras dengan penyusunan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), sebutan baku menjadi salah satu aspek yang ditekankan. Serentak dengan pelancaran KBSM, menteri pendidikan pada masa itu iaitu En. Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan sebutan baku di sekolah menengah. Demikian bermulanya sejarah sebutan baku Bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang kemudiannya diperluaskan penggunaannya di sektor pentadbiran kerajaan termasuk badan penyiaran negara. Bagaimanapun, seperti yang diketahui ramai, dilemma sebutan baku masih berterusan sehingga kini kerana seperti yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, sebutan baku hanya dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah sahaja dan tidak melibatkan pengajaran mata pelajaran lain. Apakah sebenarnya sebutan baku bahasa Melayu itu? Apakah kebaikan dan keburukannya? Huraian di bawah berhasrat untuk menerangkan serba sedikit tentang persoalan-persoalan tersebut.

a)

Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku Bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan 1989, perkataan baku adalah merujuk kepada maksud yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan. Beberapa orang sarjana juga telah memberikan definisi bahasa baku. Antaranya ialah Garvin dan Mathiot yang mendefinisikan bahasa baku sebagai a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech communityMenurut Profesor Nik Safiah Karim pula, Bahasa Melayu standard atau baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul 1

dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri. Berdasarkan kepada definisi yang telah diberikan oleh individu-individu tertentu, bolehlah dikatakan bahawa sebutan baku merupakan satu sebutan yang berlainan sekali dengan dialek-dielek tempatan walaupun terdapat persamaan yang sedikit. Apa yang dipentingkan dalam sebutan baku itu ialah bahasa tersebut telah melalui proses pengekodan. Maksud pengekodan di sini ialah penyeregaman bahan-bahan bahasa supaya menghasilkan bahasa standard yang sempurna, seragam dan boleh difahami. Pengekodan merangkumi perkamusan, ejaan, peristilahan, tatabahasa serta sebutan. Sementara itu, persoalan yang lebih penting ialah, apakah dasar sebutan baku? Dasar yang ditetapkan haruslah mendapat sokongan ramai kerana hal ini akan menentukan berjaya atau tidaknya perlaksanaan sebutan baku. Dalam hal ini ahli-ahli bahasa negara telah mempersetujui bahawa dasar sebutan baku bahasa Melayu haruslah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Dasar ini sangat bersesuaian dengan pendapat K.L. Pike dalam buku yang ditulisnya iaitu Phonemics, ms.57, iaitu kata-kata dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Untuk penerangan lebih lanjut tentang dasar umum sebutan baku, berikut ialah panduan bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong dalam sebutan bahasa Melayu baku. i. Vokal /a/ diucapkan [a] pada posisi manapun. Sebagai contoh ada, apa dan baka diucapkan [ada], [apa] dan [baka] ii. Vokal /e/ taling disebut sebagai [e] seperti perang (warna) manakala vokal /e/ pepet disebut sebagai [ ]. Contohnya perang (war). iii. Vokal /i/ diucapkan dengan bunyi [i] dan bukan [e]. Contohnya, sihat disebut [si/hat] dan bukan [se/hat] 2

iv.

Vokal /u/ diucapkan dengan bnyi [u] dan bukan [o]. Misalnya, buruh disebut sebagai [bu/ruh] dan bukan [bo/roh]

v.

Diftong /ai/, /au/, dan /oi/ mesti diucapkan sebagai satu kesatuan bnyi seperti yang berikut; Ghairah disebut [ghai/rah] bukan [gha/i/rah] Taubat disebut sebagai [tau/bat] bukan [ta/u/bat] Sepoi disebt sebagai [se/poi] dan bukan [se/po/i]

Sebutan baku konsonan dan digraf bahasa Melayu pula adalah seperti jadual berikut; Konsonan/digraf /b/ /c/ /d/ /f/ /g/ /k/ /p/ /q/ /r/ /s/ /v/ /w/ /x/ Sebutan baku [b] bukan [p] [c] bukan [s] atau [sy] [d] bukan [t] [f] bukan [p] [g] bukan [j] [k] bukan [q] [p] bukan [b] atau [f] /q/ bukan [k] [r] bukan [gh] atau [l] [s] bukan [sy] [v] bukan [b] atau [w] [w] bukan [b] atau [v] [z] bukan [k] atau [kh] contoh Tanggungjawab bukan tanggungjawap Coklat bukan soklat atau syoklat Masjid bukan masjit Fikir bukan pikir Gigi bukan jiji Kalbu bukan qalbu Perut bukan berut atau ferut Quran dan bukan kuran Ramai bukan ghamai atau lamai Semut bkan syemut Video bukan bideo atau wideo Wangi bukan bangi atau vangi Xilofon diucapkan zilofon dan bukan kilofon/khilopon /z/ /gh/ /kh/ /ng/ /ny/ /sy/ [z] bukan [j] [gh] bukan [g] atau [r] [kh] bukan [k] atau [h] [ng] bukan [g] atau [n] [ny] bukan [n] [sy] bukan [s] Zaman bukan jaman Ghaib bukan gaib atau raib Khamis bkan kamis/ tarikh bukan tarih Ngiang bukan giang atau niang Nyamuk bukan namuk Syarat bukan sarat

b)

Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi Menurut pandangan umum, bahasa Melayu baku berasal daripada loghat RiauJohor. Pandangan umum ini didasarkan pada kenyataan bahawa sebahagian besar karya Melayu lama muncul di daerah Riau dan Johor,oleh sebab bahasa Melayu baku berasal dari loghat Riau-Johor, maka sebtan orang-orang Melayu yang berloghat Ria-Johor itu pun dianggap umum sebagai sebutan baku bahasa Melayu juga. (Asraf, 4.16: Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik). Bagaimanapun, akibat daripada perancangan dan ciri dinamik bahasa itu sendiri, bahasa baku yang wujud kini sudah jauh berbeza dengan loghat Johor-Riau. Perbezaan sebutan baku dan sebutan bahasa Melayu Johor-Riau diterangkan lebih terperinci seperti berikut; i) Sukukata akhir terbuka, vokal [a] dibunyikan sebagai [e] Vokal [a] Sebutan baku [a] saya benda dunia Sebutan Johor-Riau [e pepet] saye bende dunie

Bagaimanapun akhiran [a] untuk perkataan yang diadaptasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal. Contohnya anda dan merdeka.

Vokal [i]

Sebutan baku [i] alih dalih bukit 4

Sebutan Johor-Riau [e taling] aleh daleh buket

ii)

Suku kata tertutup, vokal [u] dibunyikan [o] Vokal [u] Sebutan baku [u] telur gemuk takut Sebutan Johor-Riau [o] telor gemok takot

iii)

Konsonan [r] dihujung perkataan digugurkan. konsonan [r] Sebutan baku [r] besar kotor hancur Sebutan Johor-Riau digugurkan besa koto hanco

iv)

Konsonan [r] digugurkan disempadan suku kata. konsonan [r] Sebutan baku [r] kerja pergi berjalan Sebutan Johor-Riau digugurkan keja pegi bejalan

5

C)

Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu. Apabila sebutan baku bahasa Melayu diperkenalkan di sekolah-sokolah oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, timbul pelbagai reaksi dari segenap golongan masyarakat. Pastinya ada yang menyokong dan tidak kurang yang menganggap dingin sebutan baku. Bagi ahli-ahli bahasa negara pula, pengumuman tersebut merupakan titik tolak perkembangan bahasa Melayu menjadi bahasa yang maju dan berupaya menjadi bahasa ilmu yang dikagumi. Samaada yang menyokong atau membantah pasti ada alasan rasional yang diberikan. Perenggan yang berikutnya akan membincangkan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu. Kebaikan sebutan baku bahasa Melayu i) Penggunaan sebutan bahasa Melayu baku akan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang kita sedia maklum, guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah-sekolah berasal dari tempat yang berbeza dan mempunyai dialek tempatan yang juga berbeza. Dengan menggunakan sebutan bahasa baku bahasa Melayu akan lebih memudahkan para pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Tambahan pula penggunaan bahasa baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan menjamin setiap warga sekolah mematuhi aspek peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan. ii) Dengan wujudnya sebutan baku, bunyi bahasa Melayu akan menjadi lebih sistematis, tekal dan mantap bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sebutan baku bahasa Melayu akan membantu dari segi kestabilan bahasa itu sendiri. Ianya tidak mudah dipengaruhi oleh dialek- dialek kedaerahan yang lain serta mempunyai nilai yang tersendiri dari segi penyampai ilmu. Perlu diingat juga bahawa sebutan baku bahasa Melayu hanyalah untuk tujuan-tujuan formal dan tidak bermaksud menghilangkan amalan dialek-dialek daerah yang lain. 6

iii)

Bagi pihak media massa pula, perlu menggunakan sebutan baku dalam siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan. Dengan adanya satu bahasa yang standard dalam dalam media massa, masalah yang timbul disebabkan salah faham yang berlaku di kalangam rakyat dapat diatasi. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa juga boleh mengelakkan berlakunya percanggahan tafsiran ekoran daripada penggunaan dialek di Malaysia. Umpamanya penggunaan perkataan bela membawa maksud yang kotor bagi masyarakat di Kelantan sedangkan bagi dialek lain maksudnya ialah pelihara. Begitu juga dengan penggunaan ayak di Kedah yang bemaksud air, sedangkandi daerah lain maksudnya ialah saring. Melalui media massa, perpaduan di antara pengguna-pengguna dialek terhadap penggunaan bahasa yang standard dan sama boleh dikembangkan.

iv)

Dengan menggunakan satu bahasa yang sama di kalangan seluruh rakyat,maka ciri-ciri perpaduan masyarakat dapat dipupuk. Ini bermaksud bahasa Melayu baku boleh dijadikan bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi negara. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu baku boleh dijadikan sebagai bahasa perpaduan. Ini tidak bermaksud yang penggunaan dialek tempatan yang lain diketepikan. Bagaimanapun dalam mana-mana acara rasmi negara atau pengucapan-pengucapan awam, maka bahasa Melayu baku harus digunakan untuk mengelakkan salah tafsiran.

Keburukan sebutan baku Ketika pengumuman dibuat untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu baku dilancarkan, terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap idea tersebut. Pada mereka terdapat beberapa perkara yang menjadikan sebtan baku tidak disenangi. Antara lain keburukan yang disebut oleh golongan ini ialah;

7

i.

Masalah sebutan Masalah yang sering ditimbulkan oleh penutur bahasa Melay ialah sebutan /a/ yang sering di sebut sebagai /e/. Contohnya biasa yang disebut sebagai biase. Masalah ini timbul kerana pengaruh dari sebutan Johor-Riau yang satu ketika dulu dianggap sebagai bahasa standard atau baku. Selain daripada itu, masyarakat juga agak janggal dengan sebutan baku untuk perkataan-perkataan yang diambil dari bahasa Inggeris terutamanya konsonan [g] dan [u]. Mereka merasa sangat janggal dengan sebutan seperti [teknologi] [agenda], [unit], [universiti] dan sebagainya. Malahan ada yang menyatakan bahasa sebutan baku bagi perkataan yang diadaptasi dari bahasa Inggeris adalah sesuatu yang memalkan kerana ianya telah menyebabkan pencemaran kepada bahasa Inggeris itu sendiri.

ii.

Sebutan baku mematikan dialek dan mengganggu kelancaran komunikasi. Sebilangan masyarakat berpendapat, dialek-dielek tempatan akan pupus disebabkan oleh pengenalan sebutan baku. Bagi mereka, dialek tempatan adalah sebahagian daripada warisan dan tidak harus dilupakan. Tambahan pula, dengan penggunaan sebutan baku, komunikasi akan terjejas kerana tidak semua orang mahir dalam sebutan baku. Demikian juga dengan pengajaran dalam kelas. Murid sukar memahami sebutan baku kerana mereka sudah biasa dengan dialek yang sedia ada.

iii.

Sebutan baku adalah pengaruh Indonesia. Ada juga yang berpendapat bahawa, adalah tidak wajar sekiranya Malaysia terpengaruh ucapan dan sebutan bahasa Indonesia. Golongan ini memberikan hujah dengan memberikan contoh sebutan [a] itu adalah pengaruh sebutan Indonesia.

iv.

Sebutan baku menghilangkan identiti kemalaysiaan. Bagi golongan ini, identiti kemalaysiaan disandarkan kepada wujudnya 8

pelbagai dialek serta kebiasaan sebutan [a]. Anggapan ini terjadi kerana kemunculan bahasa Melayu moden adalah bermula di Johor dan sekaligus ramai menganggap sebutan baku adalah sebutan Johor-Riau. Oleh kerana dasar sebutan baku adalah berdasarkan sebutan fonemik, maka ini menimbulkan kegusaran tentang kehilangan identiti tersebut.

D.

Rumusan Apabila kita membincangkan tentang bahasa Melayu baku, terdapat dua ciri yang melatarinya. Yang pertamanya ialah bahasa Melayu baku memiliki sifat bahasa yang mantap lagi dinamik. Ciri yang kedua ialah bahasa baku mempunyai sifat kecendekiaan dan pengekodan. Pengekodan adalah merujuk kepada proses untuk menyeragamkan bahan-bahan bahasa agar bahasa tersebut memiliki sifat kesempurnaan dan keseragaman. Proses pengekodan bahasa Melayu baku merangkumi perkamusan, ejaan, peristilahan, tatabahasa serta sebutan. Sifat kecendekiaan pula adalah merujuk kepada proses yang dilalui yang akhirnya menjadikan bahasa tersebut mempunyai dasar dan kriteria yang mampu menyatakan ketepatan bahasa tersebut. Dalam kata lain, bahasa Melayu baku menepati piawai sebagai bahasa ilmu. Oleh itu pengumuman oleh kerajaan untuk memansuhkan penggunaan sebutan baku dalam acara-acara rasmi kerajaan dirasakan sebagai satu kerugian besar kepada perkembangan bahasa Melayu. Tambahan pula usaha-usaha yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu baku menjadi siasia. Oleh itu, penggunaan semula bahasa Melayu baku sebagai bahasa rasmi haruslah dikaji semula. Ini kerana, dalam jangka masa panjang bahasa Melayu baku mampu menjadi; 9

i)

Bahasa komunikasi. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai dialek tersendiri. Dalam masyarakat berbilang kaum, pemilihan satu bahasa sebagai alat perhubungan adalah sangat penting untuk memudahkan komunikasi. Dalam hal ini pemilihan bahasa Melayu baku dirasakan amat sesuai kerana dalam bahasa Melayu itu sendiri terdapat pelbagai dialek yang amat berbeza. Penggnaan bahasa Melay baku bukan sahaja boleh memudahkan komnikasi antara kaum yang berlainan tetapi juga sesama kaum Melayu. Pemilihan satu bahasa yang seragam juga amat penting dalam bidang pentadbiran kerajaan. Selain daripada itu, ianya juga boleh digunakan sebagai wahana ntuk menyampaikan perasaan dan fikiran seperti dalam menyampaikan pidato, ceramah malah dalam penulisan juga.

ii)

Bahasa perpaduan Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang sudah tertentu mempunyai amalan agama, bahasa serta budaya yang sangat jauh berbeza. Oleh itu jurang perbezaan harus dikurangkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, diharap semua kaum akan merasa bangga dan megah dengan bahasa tersebut yang seterusnya melahirkan satu masyarakat Malaysia yang mempunyai identity tersendiri.

iii)

Bahasa ilmu. Apabila bahasa Melayu baku diterima oleh seluruh lapisan masyarakat, maka ianya boleh dijadikan sebagai wahana untuk memperolehi dan menyampaikan ilmu dalam pelbagai bidang. Mengapa memilih bahasa Melayu baku? Ini kerana bahasa ini sudah melalui proses pengekodan dan kecendikiaan. Ini bermakna, peristilahan, tatabahasa, ejaan serta sebutan sudah mantap dan boleh diterima umum.

Untuk menjadikan bahasa Melayu baku mencapai cita-cita seperti di atas, perancangan strategi harus dilakukan yang merangkumi tiga aspek seperti berikut; 10

Memberikan nilai tersendiri terhadap bahasa Melayu baku termasuk nilai sentimen, nilai pentadbiran, nilai ekonomi dan nilai sosial. Memantapkan peranan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Bahasa, syarikat-syarikat penyiaran dan sebagainya. Mendorong penggunaan bahasa Melayu baku di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan cara menganjurkan kempen seperti cintai bahasa kita dan Bulan bahasa.

11

SARJANA MUDA PENGAJARAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA -----------------------------------------------------------------------------------------------------HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

--------------------------------------------------------------------------------------------------NAMA ROSILEN BINTI ADAMPAI @ROSLIN NO. KAD PENGENALAN 660816125492 NO. KAD MATRIK 660816125492002

NO. TELEFON 016-8270858 E-MAIL [email protected] TUTOR PN. MARINA BINTI MALEK

SEMESTER MEI 2010

SARJANA MUDA PENGAJARAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA -----------------------------------------------------------------------------------------------------HBME1203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

--------------------------------------------------------------------------------------------------NAMA ROSILEN BINTI ADAMPAI @ROSLIN NO. KAD PENGENALAN 660816125492 NO. KAD MATRIK 660816125492002

NO. TELEFON 016-8270858 E-MAIL [email protected] TUTOR EN. CHAN KOK WAH

SEMESTER MEI 2010

SARJANA MUDA PENGAJARAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATANNAMA ROSILEN BINTI ADAMPAI @ROSLIN NO. KAD PENGENALAN 660816125492 NO. KAD MATRIK 660816125492002 NO. TELEFON 016-8270858 E-MAIL [email protected] TUTOR EN. SYHIBIN BIN JAPAR SEMESTER MEI 2010

SENARAI RUJUKAN1. Choo Say Tee, Goay Teck Chong & Zainuddin Ahmad, (2010) Bahasa Malaysia Kertas 1, Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2. Dr. Ali Mahmod, Dr. Seman Salleh, Lokman Abd. Wahid & Mashudi Bahari, (2010) Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. 3. S. Nathesan,(1999) Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Kamal Shukri Abdullah Sani, (2007) Bahasa Melayu Apa sudah Jadi?, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 5. Asraf, Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, http//www. Kongresbahasa.org/wp.content/upload/2006/11/0416.pdf

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan

i

Penghargaan

ii

Pendahuluan

1

Definisi dan dasar umum sebutan baku Bahasa Melayu 1-3

Perbezaan Sebutan baku dan sebutan Johor-Riau

4-5

Kebaikan dan keburukan sebutan baku Rumusan Senarai rujukan Lampiran

6-9 9-11

i

LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN

Isi kandngan Penghargaan Pendahuluan Konsep dan penjelasan tujuh belas nilai dalam Huraian Sukatan Pelajaran Analisis kekerapan nilai dalam buk teks Cadangan untuk mempraktikkan tujuh belas nilai Kepada setiap murid Penutup Senarai rujukan Lampiran

i ii 1-3

3-7 8-10

10-13 13

SENARAI RUJUKAN1. Rahman Sukor bin Ab Samad (2009), Pengenalan Pendidikan Moral, Selangor Darul Ehsan; Meteor Doc. Sdn. Bhd. 2. Ee Ah Meng (1994), Pendidikan Moral(Elektif), Kuala Lmpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 3. Kamarudin Hj Husin (1994), KBSM Dan Strategi Pengajaran Bahasa, Kuala Lmpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Ainon Mohd. & Abdullah Hassan (2002), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Pahang Darul Makmur; PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. 5. Abdul Rahman Md Aroff & Chang Lee Hoon(1994), Pendidikan Moral, Selangor Darul Ehsan; Longman Sdn. Bhd. 6. Hsp Pendidikan Moral Tahun 5