assign pra3109

Upload: coey-wong

Post on 18-Oct-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PRA3109-Assig

TRANSCRIPT

3.0LAPORAN ANALISIS DARI LEE PHEK MEI3.1ANALISIS ARTIKEL BERKAITAN DENGAN TOKOH GOLONGAN ISTIMEWA YANG BERJAYA3.1.1Stephen HawkingStephen Hawaking merupakan seorang saintis kelahiran British. Beliau merupakan salah seorang saintis yang memiliki minda saintifik terhebat di abad ini yang masih hidup. Beliau begitu terkenal dengan sumbangannya dalam bidang fizik teori dan kosmologi (bidang kajian alam semesta).

Gambar 1: Stephen Hawking3.1.1.1Latar Belakang:Stephen Hawking dilahirkan diOxford,England, pada8 Januari1942. Beliau mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Philippa dan Mary, dan seorang adik angkat, Edward. Hawking menonjolkan bakatnya terhadapmatematikdanfiziksejak kecil lagi. Beliau menghadiriSekolah St AlbansdiHertfordshire semasa beliau berumur sebelas tahun. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Kolej Universiti,Oxford. Pada mulanya, Hawking hendak belajar matematik. Namun, disebabkan kursus matematik tidak sedia ada, beliau belajar fizik sebagai ganti. Selepas itu, beliau mengambil ijazah kedoktoran di Dewan Trinity.Hawking telah didiagnosis menghidapi penyakit Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) ketika beliau berusia 21 tahun. Walaupun Hawking menghidap penyakit itu, namun beliau tetap tabah menghadapi cabaran hidup. Beliau menganggap dirinya sebagai seorang yang "bernasib baik". Hal ini demikian kerana keuzuran kesihatannya yang perlahan bukan sahaja memberinya masa untuk membuat penemuan-penemuan yang berpengaruh tetapi juga memberinya masa untuk mempunyai "sebuah keluarga yang amat menarik" seperti yang dikatakan oleh beliau sendiri. Beliau berkahwin dengan Jane iaitu isterinya pertamanya dan berpisah pada tahun 1991. Kemudian, beliau berkenalan dengan Elaine Mason, salah seorang jururawatnya dan berkahwin pada tahun 1995. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Lucy Hawking dan seorang anak lelaki iaitu Robert Hawking.Hawking dipilih sebagai fellowPersatuan Dirajayang termuda pada tahun1974, dan dikurniakan gelaranKomander Golongan yang Dianugerahi Darjah Empayar Britishpada tahun1982, serta gelaranTeman Muliapada tahun1989. Beliau seorang ahli fizik yang amat dihormati, dengan banyak karyanya diiktiraf olehPersatuan Antarabangsa Fizik Semula Jadidan jugaPersatuan Fizik-Astronomi Amerika Amherst.

3.1.1.2Jenis Kecacatan:Stephen Hawking mengalami hilang upaya yang agak teruk, iaitu Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Penyakit ini merupakan sejenis penyakit neuron yang biasa dirujuk sebagai Penyakit Lou Gehrig di Amerika Syarikat. Mangsa penyakit ini akan mengalami kesukaran dalam mengawal aktiviti-aktiviti otot dengan sendiri termasuklah bercakap, berjalan, bernafas, menelan dan pergerakan umum badan.Pada usia mudanya, Hawking merupakan seorang pemuda yang kuat dan tangkas, suka menunggang kuda serta bermain dengan rakan-rakan yang lain. Diagnosis penyakit ALS ini muncul apabila beliau berusia 21 tahun. Pada ketika itu, doktor-doktor mengatakan bahawa beliau tidak akan hidup melebihi dua atau tiga tahun.Namun, Hawking tetap berjuang dan hidup jauh lebih lama berbanding mana-mana pesakit ALS lain yang diketahui, walaupun diramalkan tidak mungkin. Bagaimanapun, keadaan hilang upaya beliau semakin bertambah buruk. Beliau menggunakan pensintesis suara untuk berhubung sejak menjalani trakeostomi pada tahun 1985, akibat pneumonia yang teruk. Beliau mengendalikan sistem komputer yang dipasang pada kerusi rodanya melalui suis kedipan inframerah yang dipasang pada cermin matanya. Dengan mengerutkan pipi kanannya, beliau dapat bertutur, mengarang ucapan dan kertas kerja penyelidikan, melayari Internet dan menggunakan emel. Sistem itu juga menggunakan pemancaranradiountuk mengawal pintu rumah dan pejabatnya. Dengan penggunaan teknologi yang canggih ini, Hawking berjaya mengatasi kekangan yang timbul disebabkan ketidakupayaan beliau.

3.1.1.3KejayaanHawking mengambil alih tanggungjawabEinsteindan menyelesaikan banyak daripada paradoks-paradoks kerelatifan melalui pembinaan teori tentang kewujudan objek-objek yang mempunyai jisim yang terlalu tinggi dan ruang sifar dengan graviti yang terlalu kuat sehingga semua cahaya diserap dan tidak dapat dilihat. Teori itu kini telah diperhalus supaya dapat secocok dengan mekanik kuantum dan perkembangan-perkembangan am dalam bidang fizik.Selain daripada kerja akademiknya, Hawking mempercayai bahawa setiap orang biasa harus memahami konsep-konsep itu dan beliau menulis sebuah siri buku sains yang popular. Buku pertamanya, "Sejarah Ringkas Masa" ("A Brief History of Time") diterbitkan pada1 April1988, dan dipadankan untukfilem dokumentaripada tahun 1991. Tanpa disangka, buku itu menjadibuku terlaris dan kemudian diikuti oleh "Alam Semesta Seringkas-ringkasnya" ("The Universe in a Nutshell") tahun 2001. Kedua-dua buku itu masih amat popular di seluruh dunia. "Lohong-lohong Hitam dan Alam-alam Semesta Bayi" ialah sebuah koleksi karangannya yang juga popular. Beliau kini sedang menulis sebuah buku yang baru, "Sejarah Lebih Ringkas Mengenai Masa" ("A Briefer History of Time) yang mengemaskinikan karya-karyanya yang awal, serta bertujuan untuk memanfaatkan lebih banyak orang.

Gambar 2: Koleksi buku-buku karya Stephen HawkingAnugerah kecemerlangan yang dikurniakan kepada Stephen Hawking adalah seperti berikut: Tahun 1975- Pingat Eddington Tahun 1976-Pingat HughesolehRoyal Society Tahun 1979-Pingat Albert Einstein Tahun 1985-Pingat Emas Persatuan Diraja Astronomi Tahun 1986-AhliAkademi Paus untuk Sains-sains Tahun 1988-Hadiah Wolfdalam Fizik Tahun 1989-Anugerah-anugerah Raja Asturiasdi Concord Tahun 1999-Hadiah Julius Edgar LilienfeldolehPersatuan Fizikal Amerika Tahun 2003-Anugerah Michelson Morley oleh Universiti Case Western Reserve

3.1.2Liu Wei

Gambar 3: Liu Wei3.1.2.1Latar Belakang:Liu Wei, merupakan seorang pemain piano berbangsa Cina yang berasal dari Beijing, China. Beliau dilahirkan pada 7 Oktober 1987, kini berusia 27 tahun. Beliau seorang pemain piano yang memainkan piano dengan menggunakan jari kakinya dan berjaya memenangi pertandingan cari bakat Chinas Got Talent series pertama.3.1.2.2Jenis KecacatanLiu Wei bukanlah seorang yang mengalami kecacatan badan secara semula jadi. Beliau dilahirkan dengan sempurna anggota badannnya. Namun, semasa berumur 10 tahun, Liu Wei yang masih kecil itu tidak sengaja tersentuh kabel elektrik yang tinggi voltannya. Akibatnya, beliau kehilangan kedua-dua belah tangannya. Beliau sedar diri setelah mengalami keadaan kritikal selama 45 hari. Ibu bapa Liu Wei memberitahu anaknya berita buruk ini. Kemudian, mereka menyeru anaknya agar jangan patah hati, sebaliknya beliau harus belajar macam mana makan dengan diri sendirinya, jika tidak tiada sesiapa yang akan menjaganya selepas ibu bapanya menjadi tua. Ibu Liu Wei sentiasa memberitahu Liu Wei bahawa kehidupannya tidak akan berubah walapun beliau kehilangan kedua-dua belah tangannya. Beliau masih sama dengan orang lain. Yang bezanya, cumanya beliau makan dengan gunakan kaki, bukan tangan. Di hospital, Liu Wei terjumpa seorang pelukis yang juga kehilangan kedua-dua belah tangannya. Pelukis inilah yang memotivasikan Liu Wei agar belajar menulis, menggosok gigi dan makan dengan menggunakan kakinya.Liu Wei pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Beliau digalakkkan oleh Liu Jingshen, naib pengerusi Persatuan Orang Kurang Upaya Beijing untuk melakukan kerja harian dengan menggunakan kaki. Beliau mula belajar berenang pada dua tahun yang lalu. Beliau telah berjaya memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak dalam National Swimming Championship for the Disabled pada tahun 2002. Beliau juga belajar melakukan aktiviti harian seperti melayari Internet, makan, memakai baju, gosok gigi dan lain-lain lagi. Beliau menganggap dirinya lebih bertuah berbanding dengan orang lain yang tidak cukup makan dan sebagainya, menolak anggapan orang ramai yang menganggapnya tidak gembira.Liu Wei mula belajar bermain piano semasa beliau berusia 19 tahun untuk mengejar impiannya sejak kecil iaitu menjadi seorang ahli muzik. Guru muziknya yang pertama berundur diri mengajar Liu Wei kerana dia berpendapat bahawa tiada sesiapa yang boleh bermain piano dengan menggunakan jari kaki. Meskipun demikian, Liu Wei tetap tidak berputus asa. Beliau mempunyai serba sedikit ilmu tentang teori-teori muzik, oleh itu beliau belajar dengan sendiri cara-cara bermain piano. Beliau berlath selama 7 jam sehari walaupun mengalami kekejangan kaki. Seperti yang diperkatakan oleh beliau, melori yang dapat dimainkan oleh beliau adalah terhad kerana kepanjangan jari kakinya. Beliau tidak dapat mencapai notasi yang melebihi satu oktaf. Namun, beliau tetap bertekad hati untuk menjadi seorang pemain muzik yang cemerlang supaya orang lain tidak hanya ingat tentang kedua-dua belah tangannya yang hilang.

Gambar 4: Liu Wei memainkan piano dengan menggunakan jari-jari kaki

3.1.2.3 Kejayaan:Liu Wei telah berjaya memenangi pertandingan cari bakat Chinas Got Talent series pertama pada tahun 2010. Beliau juga dipelawa untuk menjadi tetamu undangan bagi konsert artis terkenal, Jolin Tsai. Dengan ini, beliau berpeluang untuk menyampaikan persembahan di Las Vegas selama tiga bulan. Selain itu, beliau juga dapat menandatangani kontrak dengan syarikat Fremantle Media and Sony Music Entertainment, di mana jadual persembahan beliau termasuklah di Hong Kong, Paris, Vienna dan Taipei.Pada tahun 2010 juga, Liu Wei juga berjaya memecah Rekod Guiness iaitu menaip sebanyak 251 huruf abjad dalam masa 1 minit dengan menggunakan jari-jari kaki.3.1.3Louis BrailleLouis Braille merupakan pengasastulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor.

Gambar 5: Louis Braille

3.1.3.1Latar BelakangLouis Brailledilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiranParis. Beliau merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit yang bernama Simon Ren Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique. Disebabkan satu kemalangan yang berlaku sewaktu Louis Braille masih kecil, beliau kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.Walaupunbuta, Louis Braille mendapat galakan daripada ibu bapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana beliau mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, beliau tidak dapat membaca atau menulis. Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Institut Kanak-Kanak Buta, Paris. Pengasas institut tersebut, Valentin Hay, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi. Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau lombong arang batu.Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Beliau mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupunsonographymenggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada di bengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima. Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them" .Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar-pelajarnya kerana kegigihannya. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 tahun, beliau mati akibatpenyakit Batuk Kering.

3.1.3.2Jenis Kecacatan:Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya. Secara tidak sengaja, beliau tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.

3.1.3.3Kejayaan:Louis Braille telah berjaya mencipta tulisan braille. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.

Gambar 6: Tulisan BrailleDiPerancis,pencapaian Louis Braille diakui di tahap kebangsaan. Pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana beliau dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.

3.1.4Leonardo da VinciLeonardo da Vinci telah digambarkan sebagai tokoh kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagaipintar. Beliau termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, sepertiThe Last SupperdanMona Lisa. Beliau juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Malah, beliau membantu memajukan pengajian mengenaianatomi,astronomi, dankejuruteraan awam.

Gambar 7: Leonardo da Vinci

3.1.4.1Latar Belakang:Leonardo da Vinci dilahirkan di Vinci,Itali pada tahun 1452 dan meninggal dunia pada tahun 1519. Bapanya Ser Piero da Vinci merupakan tuan punya tanah atau tukang yang kaya manakala ibunya Caterina, ialah seorang gadis petani. Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Beliau merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Beliau menjadi anak murid kepada pelukisAndrea del Verrocchiosekitar tahun1466 dan kemudian menjadi pelukis bebas di Florence.Leonardo dikenali sebagai seniman yang mengaplikasikan karya seninya ke dalam bidang-bidang ilmiah dan digunapakai dalam pembangunan teknologi moden. Kepakaran beliau meliputi pelbagai bidang, antaranya bidang seni, muzik, kedoktoran, arkitek, pahatan, tulisan, anatomi, astronomi dan lain-lain lagi. Pemikiran beliau membawa kemajuan terhadap perabadan manusia.3.1.4.2Jenis Kecacatan:Walaupun Leonardo da Vinci adalah seorang yang genius, namun beliau juga adalah seorang yang bermasalah disleksia. Pada kebanyakan masanya, beliau menulis secara terbalik, iaitu dari kanan ke kiri. Sekiranya ingin membaca tulisannya, seseorang harus menggunakan cermin.

Gambar 8: Tulisan Leonardo da Vinci3.1.4.3Kejayaan:Leonardo da Vinci seorang yang berbakat tinggi malah rajin belajar. Antara pencapaian beliau adalah seperti berikut:1. Beliau pernah menulis catatan rencana akan karya-karyanya yang hendak diciptakan sebanyak 7000 halaman.2. Pemikiran beliau tentang burung membawa konsep kepada penciptaan kapal terbang.3. Beliau mengembangkan pengetahuan anatomi dengan memberanikan diri membedah tubuh orang mati yang pada saat itu menjadi larangan pemerintah. Penemuan beliau membawa manusia di zamannnya lebih maju dalam pengetahuan anatomi, khususnya di bidang kedoktoran.4. Leonardo hidup di zaman Rennaissance di Eropah dalam dikenali sebagai Master of Renaissance.5. Beliau menemui konsep teknologi moden tetapi tidak dapat diciptakan satu pun di zamannya. Rancangan beliau termasuklah kincir air, pelampung, mesin pintal, mesin cetak, kapal selam, bom, helikopter dan kapal terbang.6. Beliau merupakan ahli pakar dalam bidang pembinaan kota dan memajukan pembangunan suatu kota lengkap dengan pelebaran jalan dan sungai.7. Beliau juga pernah membuat alat muziknya sendiri dan pandai memainkannya.Antara karya Leonardo da Vinci yang termasyhur ialah Mona Lisa dan The Last Supper.Lukisan Mona Lisa merupakan lukisan yang sangat terkenal sehingga ke masa kini. Lukisan ini mengandungi banyak misteri hingga kini belum terungkap jelas siapa orang yang dilukis oleh Leonardo, apa motivasinya dan apa tujuan ia melukisnya. Tatapan mata dan paduan senyuman yang terlihat pada Mona Lisa sangat misteri. Lukisan Mona Lisa menyimpan banyak sekali misteri dan banyak ilmuwan yang mengidenfikasikan lukisan ini menyimpan kod-kod yang dibuat oleh Leonardo.

Gambar 9: Mona Lisa (1497)Lukisan The Last Supper dikenali sebagai pertemuan terakhir Jesus dengan anak murid-Nya. Lukisan ini menggambarkan bagaimana perjamuan Jesus di malam terakhirnya berkumpul bersama dengan murid-muridNya sebelum ia ditangkap untuk proses penyaliban. Lukisan ini merupakan maha karya besar Leonardo dan akan dikenang sepanjang zaman.

Gambar 10: The Last Supper (1495)

3.1.5Michael PhelpsMichael Phelps ialah seorang perenang paling berjaya di Sukan Olimpik dengan 22 pingat.

Gambar 11: Michael Phelps

3.1.5.1Latar Belakang:Michael Phelps lahir di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat pada 30 Jun 1985. Kini beliau berumur 29 tahun. Michael merupakan anak bongsu dalam kalangan tiga adik-beradik di keluarganya. Ibu Michael, Deborah Sue Debbie merupakan seorang pengetua sekolah menengah manakala ayahnya. Michael Fred Phelps merupakan seorang polis daerah yang sudah bersara. Ibu bapa Michael bercerai pada tahun 1994. Michael menamatkan pengajiannya di Towson High School pada tahun 2003.

3.1.5.2Jenis Kecacatan:Michael Phelps terkenal dengan perhatiannya yang luar biasa semasa berada di dalam kolam renang. Oleh itu, adalah sukar dipercayai bahawa beliau merupakan seorang yang mempunyai ADHD (attention-deficit hyperactivity disorder) sejak zaman kanak-kanak lagi. Gurunya selalu merungut tentang personaliti beliau yang tidak boleh duduk diam di dalam kelas. Ketika Michael berusia 9 tahun, beliau pergi ke Ritalin. Ibunya, Debbie mengimbas kembali bahawa perjalanan Michael tersebut sebenarnya membantu terhadap penyakitnya. Michael Phelps berjaya menemui berenang sebagai cara yang dapat membantu beliau fokus. Im just felt different in the water, Im just felt like at home in it. Inilah kata-kata Michael Phelps yang menunjukkan bahawa betapa minatnya beliau terhadap aktiviti berenang.

3.1.5.3Kejayaan:Michael Phelps ialah seorang perenangyang paling berjaya diSukan Olimpikdengan 22 pingat. PerenangAmerika Syarikatini juga memegang rekod 18pingat emas Olimpik, termasuk 11 pingat emas acara individu. Beliau juga memegang rekod bilangan pingat emas terbanyak dalam satu temasya Olimpik, iaitu sebanyak lapan butir dalamSukan Olimpik Beijing 2008. DalamSukan Olimpik London 2012, Phelps telah memenangi empat emas dan dua perak.Phelps kini memegang tujuhrekod dunia dalam sukan renang. Tiga daripadanya adalah dalam acara individu, iaitu 100 meter kupu-kupu, 200 meter kupu-kupu dan 400 meter rampai individu. Keseluruhannya, Phelps telah meraih 70 pingat dalam pertandingan antarabangsa, iaitu 56 butir pingat emas, 11 perak dan tiga gangsa dalam Sukan Olimpik,Kejohanan DuniadanKejohanan Pan Pasifik.Gelaran-gelaran antarabangsa dan rekod-rekod dunia yang dipegang Phelps telah menyumbangkannya dengan berbagai-bagai anugerah termasuk enam kaliAnugerahWorld Swimmer of the Yearpada tahun 2003-2004 dan 2006-2009, dan lapan kaliAnugerahAmerican Swimmer of the Yearpada tahun-tahun 2001-2004 dan 2006-2009. Kejayaan beliau di Olimpik 2008 juga menyebabkan majalahSports Illustrated memberikannya anugerahSportsman of the Year.Dengan 32 rekod dunia (26 individu, 6 berganti-ganti), pada Ogos 2008, Phelps kian menghampiri rekod 33 rekod dunia yang dipegang olehMark Spitz(26 individu, 7 berganti-ganti). Rekod beliau adalah seperti berikut:#JarakAcaraMasaTempatTarikh

1200mKuak kupu-kupu1:54.92Austin, Texas, AS2001-03-30

2200mKuak kupu-kupu (2)1:54.58Fukuoka, Jepun2001-07-24

3400mRampai individu4:11.09Ft. Lauderdale, Florida, AS2002-08-15

44x100mRampai berganti-ganti[a]3:33.48Yokohama, Jepun2002-08-29

5400mRampai individu (2)4:10.73Indianapolis, Indiana, AS2003-04-06

6200mRampai individu1:57.94Santa Clara, California, AS2003-06-29

7200mKuak kupu-kupu (3)1:53.93Barcelona, Sepanyol2003-07-22

8200mRampai individu (2)1:57.52Barcelona, Sepanyol2003-07-24

9100mKuak kupu-kupu51.47Barcelona, Sepanyol2003-07-25

10200mRampai individu (3)1:56.04Barcelona, Sepanyol2003-07-25

11400mRampai individu (3)4:09.09Barcelona, Sepanyol2003-07-27

12200mRampai individu (4)1:55.94College Park, Maryland, AS2003-08-09

13400mRampai individu (4)4:08.41Long Beach, California, AS2004-07-07

14400mRampai individu (5)4:08.26Athens, Greece2004-08-14

15200mKuak kupu-kupu (4)1:53.80Victoria, British Columbia, Kanada2006-08-17

164x100mRampai gaya bebas[b]3:12.46Victoria, British Columbia, Kanada2006-08-19

17200mRampai individu (5)1:55.84Victoria, British Columbia, Kanada2006-08-20

18200mKuak kupu-kupu (5)1:53.71Columbia, Missouri, AS2007-02-17

19200mGaya bebas1:43.86Melbourne, Victoria, Australia2007-03-27

20200mKuak kupu-kupu (6)1:52.09Melbourne, Victoria, Australia2007-03-28

21200mRampai individu (6)1:54.98Melbourne, Victoria, Australia2007-03-29

224x200mRampai gaya bebas[c]7:03.24Melbourne, Victoria, Australia2007-03-30

23400mRampai individu (6)4:06.22Melbourne, Victoria, Australia2007-04-01

24400mRampai individu (7)4:05.25Omaha, Nebraska, AS2008-06-29

25200mRampai individu (7)1:54.80Omaha, Nebraska, US2008-07-04

26400mRampai individu (8)4:03.84Beijing, China2008-08-10

274x100mRampai gaya bebas (2)[d]3:08.24Beijing, China2008-08-11

28200mGaya bebas (2)1:42.96Beijing, China2008-08-12

29200mKuak kupu-kupu (7)1:52.03Beijing, China2008-08-13

304x200mRampai gaya bebas (2)[e]6:58.56Beijing, China2008-08-13

31200mRampai individu (8)1:54.23Beijing, China2008-08-15

324x100mRampai berganti-ganti (2)[a]3:29.34Beijing, China2008-08-17

abersamaAaron Peirsol,Brendan Hansen, danJason LezakbbersamaNeil Walker,Cullen Jones, dan Jason LezakcbersamaRyan Lochte,Klete Keller, danPeter VanderkaaydbersamaGarrett Weber-Gale, Cullen Jones, dan Jason Lezakebersama Ryan Lochte,Ricky Berens, dan Peter Vanderkaay

Selepas Sukan Olimpik 2008, Phelps menubuhkan Yayasan Michael Phelps, yang berusaha mengembangkan sukan renang dan menggalakkan gaya hidup sihat.

3.2Faktor-faktor Kejayaan:Setelah melihat kisah hidup tentang kelima-lima tokoh dari golongan istimewa yang begitu berjaya dalam kehidupannya, tentulah kita teragu-ragu apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan mereka? Maka, di sini saya telah menyenaraikan beberapa faktor kejayaan mereka:1. Ada wawasan dan matlamatSeseorang yang berjaya mestilah mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang ingin dicapai oleh dirinya. Tidak kecuali juga golongan istimewa. Stephen Hawking, walaupun mengalami kecacatan dari segi fizikal yang agak teruk, namun beliau tetap tabah mengejar impiannya. Beliau mengatasi kekangan berkomunikasi dengan menggunakan pensintesis suara untuk berhubung. Malah, dengan mengendalikan sistem komputer yang dipasang pada kerusi rodanya, beliau dapat mengarang ucapan dan kertas kerja penyelidikan, melayari Internet, menggunakan emel dan lain-lain lagi. Atas sikap Stephen Hawking yang berusaha dengan tekunnya, akhirnya beliau menjadi seorang saintis yang begitu terkemuka di dunia.

2. Mempunyai daya tahan yang tinggiOrang biasa yang ingin mencapai kejayaan mestilah mempunyai daya tahan yang tinggi, apatah lagi golongan istimewa? Satu seorang tokoh yang telah saya senaraikan, iaitu Liu Wei mempunyai daya tahan yang begitu tinggi. Beliau merupakan seorang pemain piano yang istimewa. Hal ini demikian kerana beliau memainkan piano dengan menggunakan jari-jari kakinya, bukan dengan tangan. Setiap hari, beliau berlatih selama 7 jam. Meskipun sentiasa mengalami kekejangan kaki, namun beliau tetap tidak berputus asa dan berlatih dengan bersungguh-sungguh. Atas usaha beliau, beliau menguasai kemahiran memainkan piano yang tinggi walaupun hanya belajar beberapa tahun sahaja. Malah, beliau menonjolkan bakatnya di pertandingan cari bakat Chinas Got Talent series pertama dan berjaya memenangi pertandingan tersebut. Di sampng Liu Wei, Louis Braille juga seorang tokoh dari golongan istimewa yang mempunyai daya tahan yang tinggi. Pada mulanya, tulisan braille yang dicipta oleh beliau tidak diterima oleh golongan ramai atas pelbagai faktor. Namun, di sekolah Louis Braille mengajar, anak muridnya yang juga cacat penglihatannya menemui tulisan braille sebagai cara terbaik untuk belajar. Oleh itu, Louis Braille mengajar mereka tulisan braille di luar waktu sekolah. Beliau tetap meneruskan perjuangan beliau agar penciptaannnya membawa manfaat kepada golongan cacat penglihatan. Oleh itu, bolehlah dikatakan Louis Braille sebagai seorang tokoh yang mempunyai daya tahan yang tinggi.

3. Bersifat optimistikSeseorang yang mengalami kekurangan dari segi fizikal tidak semestinya mengalami kekurangan dari segi mental juga. Tokoh-tokoh dari golongan istimewa ini mempunyai mental yang sihat dan tabah menghadapi cabaran hidup. Contohnya Stephen Hawking. Beliau seorang yang optimistik dan menganggap dirinya sebagai seorang yang "bernasib baik". Hal ini demikian kerana keuzuran kesihatannya yang perlahan bukan sahaja memberinya masa untuk membuat penemuan-penemuan yang berpengaruh tetapi juga memberinya masa untuk mempunyai "sebuah keluarga yang amat menarik". Beliau tidak berasa hampa dengan ketidakupayaannya, sebaliknya bersyukur atas sedikit kebaikan yang dibawa oleh penyakitnya. Contoh yang lain termasuklah Liu Wei. Walaupun kehilangan kedua-dua belah tangan, Liu Wei tetap menganggap dirinya lebih bertuah berbanding dengan orang lain yang tidak cukup makan. Sikap optimistik inilah yang menyumbang kepada kejayaan beliau.

4. Sentiasa menambah ilmu pengetahuanSeseorang yang berjaya mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan tidak jemu menambah ilmu pengetahuannya. Contoh yang terbaik adalah Leonardo da Vinci. Walaupun mengalami masalah pembelajaran iaitu disleksia, Leonardo da Vinci tetap minat terhadap pelbagai bidang dan tidak jemu untuk mengkaji lebih mendalam terhadap apa-apa yang belum beliau kuasai. Oleh itu, beliau pakar dalam pelbagai bidang, contohnya bidang seni, muzik, kedoktoran, arkitek, pahatan, tulisan, anatomi, astronomi dan lain-lain lagi. Beliau juga berani untuk mengejar ilmu pengetahuan. Misalnya beliau memberanikan diri membedah tubuh orang mati yang pada saat itu menjadi larangan pemerintah. Penemuan beliau ini membawa manusia di zamannnya lebih maju dalam pengetahuan anatomi, khususnya di bidang kedoktoran.

5. Ada daya motivasi yang tinggiDi samping sikap-sikap yang wujud pada diri sendiri, peranan yang dimainkan oleh orang di sekeliling juga penting sebagai faktor menjurus ke arah kejayaan. Antara peranan yang dimainkan oleh orang di sekeliling adalah memberikan galakan dan motivasi kepada orang yang memerlukanya. Ibu bapa Liu Wei tidak berputus asa terhadap anaknya, walaupun anaknya kehilangan kedua-dua belah tangan. Malah, ibu Liu Wei memberitahu beliau bahawa dia tidak berbeza dengan orang ramai, cuma orang lain makan menggunakan tangan, malah dia makan menggunakan kaki. Atas galakan ibunya, Liu Wei bermotivasi tinggi untuk menjadi pemain piano yang terkenal dan membanggakan ibu bapanya. Selain daripada Liu Wei, ibu Michael Phelps juga menyumbang besar terhadap kejayaan anaknya. Meskipun Michael Phelps didiagnosis sebagai kanak-kanak ADHD, namun ibunya, Debbie tidak pernah berputus asa terhadap anak lelakinya yang luar biasa ini. Debbie berusaha mencari pelbagai alternatif untuk membantu Michael Phelps. Akhirnya mereka berjaya menemui berenang sebagai cara yang terbaik kepada Michael untuk menumpukan perhatian. Galakan dari Debbie menjadikan Michael seorang yang bermotivasi tinggi. Dengan ini, Michael Phelps muncul sebagai perenang paling berjaya di Sukan Olimpik dengan 22 pingat.Secara rumusnya, faktor-faktor kejayaan lima tokoh dari golongan istimewa ini termasuklah ada wawasan dan matlamat, mempunyai daya tahan yang tinggi, bersifat optimistik, sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan ada daya motivasi yang tinggi. Diharapkan faktor-faktor kejayaan lima tokoh tersebut dapat menjadi cerminan kepada golongan ramai untuk berjaya dalam hidup.

3.3USAHA-USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN KEJAYAAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DI NEGARA INI Terdapat beberapa usaha yang dapat dijalankan untuk membangunkan kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Pelbagai pihak tidak kira pihak kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa ataupun golongan masyarakat haruslah bekerjasama melaksanakan usaha-usaha tersebut agar dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini mencapai kejayaan. Antara usaha-usaha tersebut adalah seperti berikut:a. Meningkatkan profesionalisme guruSeseorang guru pendidikan khas mestilah mempunyai kelulusan yang sewajarnya dalam pengkhusuan pendidikan khas. Hal ini demikian kerana hanya dengan melalui latihan perguruan yang merangkumi komponen perkembangan kanak-kanak, barulah guru dapat mengenalpasti keperluan kanak-kanak istimewa dan seterusnya membuat pengubahsuaian kurikulum untuk membantu mereka.Sikap positif seseorang guru dalam bilik darjah memberi kesan yang ketara kepada kejayaan seorang anak istimewa. Sekiranya guru pendidikan khas sentiasa sabar dan prihatin terhadap kehendak kanak-kanak berkeperluan khas, maka kanak-kanak akan rasa dirinya dihargai dan lebih berusaha untuk melakukan sesuatu dengan jayanya. Galakan daripada guru merupakan dorongan terbesar bagi kanak-kanak berkeperluan khas.Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah et.al dalam buku Panduan Kurikulum Prasekolah, guru dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas dengan melakukan perkara-perkara berikut:i. Berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut dan adakan perbincangan yang terbuka berkaitan kemampuan anak mereka.ii. Menggalakkan ibu bapa agar mengikuti program pada peringkat awal supaya sama-sama dapat melihat proses pembelajaran yang berlaku.iii. Sekiranya pembelajaran berlaku di bilik darjah inklusif, pastikan kanak-kanak normal sudah didedahkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak istimewa. Ini dapat dilakukan melalui sesi bercerita secara berkumpulan ataupun membawa mereka melawat pusat kanak-kanak istimewa. Guru juga perlu berterus terang kepada kanak-kanak berkenaan kekurangan atau kelebihan pada kanak-kanak istimewa supaya kanak-kanak normal lebih bersedia menerima kawan baru.iv. Bersikap positif, terbuka dan tumpukan perhatian pada perubahan yang ingin dilihat sambil memberikan banyak peluang dan ransangan supaya kanak-kanak mencuba segala aktiviti yang disediakan.v. Tetapkan peraturan di dalam kelas dan bincang dengan semua murid apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak dikecualikan. Mereka harus dilatih mengikuti semua peraturan yang ditetapkan.vi. Guru perlu bersabar dan tidak memberi harapan terlalu tinggi kerana kemampuan seorang kanak-kanak istimewa berbeza dan ini akan mengambil masa yang panjang bagi mencapai keputusan yang diingini.Jadi, inilah antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh seorang guru pendidikan khas untuk meningkatkan profesionalisme diri dan seterusnya membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Guru pendidikan khas haruslah sentiasa peka dengan situasi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengambil kira perasaan mereka. Dengan ini, barulah mereka dapat merancang pengajaran yang bersesuaian dengan anak muridnya dan seterusnya membantu anak muridnya maju berkembang mengikut arah yang diingini.b. Menyedarkan ibu bapa tentang peranan mereka

SOCIAL ENVIRONMENTSCHOOL ENVIRONMENT

HOME ENVIRONMENT

Gambar 1: Self-concept TriangleMerujuk kepada gambar di atas yang diambil dari buku Learning to Learn oleh Carolyn Olivier and Rosemary F.Bowler (1996), selain daripada school environment dan social enviroment, home environment iaitu persekitaran rumah juga penting untuk membentuk satu konsep yang dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Selain daripada guru di sekolah, ibu bapalah orang yang terpenting bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kira sama ada mereka dapat menerima hakitat atau tidak bahawa anak-anak mereka istimewa berbanding dengan kanak-kanak lain, ibu bapalah orang yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik anaknya. Antara peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang berkeperluan khas untuk mencapai kejayaan adalah seperti berikut:i. Menyokong anak-anak mereka (boleh merujuk kepada doktor, pakar perubatan dan pihak-pihak yang lain lagi)ii. Menjadi coach kepada anak-anak, membantu mereka menganalisis masalah dan memilih cara penyelesaian yan paling sesuaiiii. Sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak merekaiv. Memberi pujian untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak merekav. Menyokong minat anak-anak mereka (sukan, drama, muzik, perkhidmatan awam dan lain-lain lagi)

Sebenarnya, persepsi ibu bapa pada masa kini sudah berbeza berbanding dengan mereka pada zaman dahulu. Kebanyakan ibu bapa pada zaman dahulu menganggap kelahiran anak mereka yang cacat sebagai satu kemaluan dan enggan menyebarkan berita ini kepada orang lain. Mereka rela menyorok anak mereka di dalam rumah. Namun, pada masa kini, persepsi ibu bapa sudah jauh berbeza, terutamanya di negara-negara Barat. Mereka tidak lagi menganggap kelahiran anak mereka sebagai satu kemaluan. Sebaliknya, mereka berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak dan mencari pelbagai alternatif untuk membantu anak-anaknya mencapai kejayaan. Contohnya ibu Michael Phelps yang mencungkil bakat beliau dalam aktiviti berenang dan akhirnya berjaya memupuk beliau sebagai perenang bertaraf dunia yang begitu terkenal.Namun, di Malaysia, masih terdapat ibu bapa yang kurang kefahaman tentang konsep kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah ini harus dipandang serius kerana ia akan menentukan masa depan seorang kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu, kempen kesedaran ibu bapa boleh diadakan. Melaui kempen ini, para ibu bapa dapat menambah kefahaman tentang kanak-kanak berkeperluan khas, mengetahui hak kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan, mengenali persatuan-persatuan yang dapat menghulurkan bantuan kepada mereka dan sebagainya.

c. Menyediakan program pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khasSesungguhnya semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan, jadi kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak harus dikecualikan. Atas usaha pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan, pelbagai peluang pendidikan telah disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah program pendidikan khas, program integrasi di sekolah biasa, program pendidikan inklusif dan juga program pemulihan khas. Melalui program-program tersebut, kanak-kanak berkeperluan khas diberi peluang dan bimbingan yang seluasnya yang membolehkan mereka menguasai kemahiran berkomunikasi dan bergaul, menjaga kesihatan dan keselamatan diri, menguruskan hal-hal kehidupan seharian malah mengembangkan bakat yang ada pada diri sendiri.Pelbagai usaha boleh lagi diimplementasikan untuk membangunkan kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Contohnya memperbanyak program pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas selain daripada program pendidikan yang sedia ada. Program pendidikan khas di luar negara boleh dijadikan rujukan. Sebagai contoh, program Sekolah Utama di Indianapolis. Program ini banyak membawa manfaat kepada kanak-kanak berkeperluan khas kategori ADHD di negara tersebut.Merujuk kepada buku Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak ADD/ADHD yang dikarang oleh Sandra F.Rief (2007:326), tenaga kerja di Sekolah Utama terdiri daripada lapan orang guru kelas dan tujuh orang pakar. Kurikulum di Sekolah Utama adalah unik. Ia memberi penekanan kepada tujuh kecerdasan yang digariskan oleh Gardner dalam buku Frames of Mind, iaitu linguistik, logik matematik, muzik, ruang, kinestatik tubuh, interpersonal dan intrapersonal. Sekolah Utama menggunakan pendekatan antara displin dan tematik di seluruh sekolah. Tema diubah setiap sembilan minggu. Antara ciri utama Sekolah Utama adalah seperti berikut:i. Kurikulum yang berasaskan projek mengkehendaki murid-murid menghasilkan projek yang mencerminkan tema setiap sembilan minggu.ii. Lenggai. Murid-murid akan menghabiskan masa selama 40 minit, 4 kali seminggu dalam kumpulan pelbagai usia yang dikenali sebagai Lenggai. Semasa dalam kumpulan ini mereka melakukan aktiviti yang mereka pilih sendiri dalam masa yang diberikan. Antara aktiviti khas lenggai adalah seni bina, koir, drama, sains fizikal, minda dan pergerakan.iii. Pusat aliran. Murid-murid menghabiskan masa di pusat itu tiga hari seminggu. Pusat ini adalah bilik khas yang dilengkapi teka-teki, permainan dan manipualtif. Seorang guru di pusat itu akan memperhatikan dengan teliti dan merekodkan aktiviti pilihan pelajar, kegemaran dan tahap penglibatan mereka.iv. Program seni bersepadu diajar oleh pakar. Semua murid di sekolah ini didedahkan kepada dan terlibat dalam program kesenian yang kaya. Contohnya, semua murid akan belajar bermain suatu alat muzik.v. Perancangan dan sesi penilaian mingguan kaki-tangan.vi. Syarat penglibatan dan iltizam ibu bapa. Contohnya ibu bapa mesti menghadiri tiga daripada empat pertemuan antara ibu bapa/guru sekiranya mereka mengkehendaki anak mereka terus belajar di sekolah itu.Pelbagai ciri kurikulum yang unik di Sekolah Utama telah mendatangkan perubahan kepada kanak-kanak ADHD. Melalui program ini, mereka dapat mencapai kemajuan diri dengan lebih baik. Sememangnya, pelbagai program pendidikan seperti Sekolah Utama harus diadakan untuk memenuhi keperluan setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang berbeza. Dengan ini, barulah mereka dapat dibimbing ke arah mencapai kejayaan.d. Menyediakan kemudahan dan alat bantu belajar yang lengkap Selain daripada program pendidikan yang baik, persekitaran yang baik juga penting untuk membimbing kanak-kanak berkeperluan khas dan seterusnya membangunkan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang. Untuk sekolah yang menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas, pihak sekolah haruslah menyediakan kemudahan asas yang lengkap bagi mereka, seperti laluan untuk kerusi roda, tandas khas dan sebagainya. Malah, di dalam bilik darjah, pelbagai alat bantu mengajar juga oleh digunakan untuk membantu mereka mencapai pencapaian yang diingini.Di dalam setiap bilik darjah pendidikan khas, sepatutnya ada sinki, cermin muka dan bahan-bahan pembersih diri yang sesuai. Ini dapat memudahkan kanak-kanak berkeperluan khas menguasai kemahiran menjaga kebersihan diri. Manakala alat bantu mengajar yang perlu ada di dalam bilik darjah pula adalah peralatan untuk terapi seperti blok, bola yang lembut, bahan latihan pergerakan dan sebagainya. Di samping itu, peralatan vokasional juga boleh disediakan. Peralatan-peralatan tersebut boleh merangsang kognitif dan memajukan daya pemikiran kanak-kanak berkeperluan khas. Antara jenisnya termasuklah peralatan dapur, peralatan jahitan, peralatan berkebun dan peralatan bengkel atau pertukangan kayu. Melalui penggunaan peralatan tersebut, kanak-kanak berkeperluan khas dapat mencari sesuatu yang diminati oleh mereka dan berusaha menjurus ke bidang tersebut. Dengan ini, ia mendedahkan mereka peluang untuk berjaya.Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak berkeperluan khas termasuklah kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, bermasalah pembelajaran dan lain-lain lagi. Jadi, peralatan yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sama seperti dalam bilik darjah normal. Pelbagai peralatan yang digunakan mestilah berada pada paras yang selamat dan senang dicapai, di mana lekuk-lekuk pada peralatan tidak menghalang mereka bergerak dan menggunakannya secara aktif, terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kurang upaya penglihatan. Semua perubahan perlu ditumpukan kepada mereka terlebih dahulu. Gambar berikut merupakan susun atur meja bagi kanak-kanak yang kurang upaya penglihatan yang dapat membantu mereka untuk berdikari.

Gambar 2: Susun atur meja bagi kanak-kanak yang bermasalah penglihatanDapatlah kita lihat bahawa reka bentuk dan penyusunan bilik darjah haruslah mengambil kira kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu, segala perubahan dalam bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Diharapkan pihak berkenaan dapat meningkatkan kemudahan asas dan memperbanyak peralatan di dalam bilik darjah agar ia memberi manfaat kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

e. Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaranPelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diaplikasi oleh guru pendidikan khas semasa mengajar. Antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstasi/tunjuk cara, permainan dan kaedah eksplorasi-penemuan. Kaedah tunjuk cara merupakan satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Melalui ulangan latihan, murid-murid berkeperluan khas dapat betul-betul memahami apa yang sedang mereka lakukan dan dapat menguasai kemahiran yang dipelajari dengan baik.Manakala kaedah memberi arahan juga boleh digunakan. Tujuan guru memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Arahan guru haruslah jelas, tepat dan tidak berulang-ulang. Dengan ini, barulah murid-murid berkeperluan khas tidak keliru dengan arahan guru dan kemalangan yang tidak diingini semasa melakukan ativiti dapat dielakkan.Fitrah setiap kanak-kanak adalah bermain, begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Melalui aktiviti bermain, mereka dapat belajar sesuatu secara tidak langsung. Malah, mereka boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang di sekelilingnya. Guru dan ibu bapa haruslah sabar semasa menyelia kanak-kanak berkeperluan khas ini. Berilah mereka masa yang secukupnya untuk mereka menghabiskan sesuatu. Meskipun hasilnya mungkin tidak memuaskan, namun guru dan ibu bapa perlulah memberi sokongan kepada mereka dan tidak menegur mereka di hadapan orang ramai. Dengan ini, barulah kanak-kanak berkeperluan khas lebih yakin diri semasa melakukan sesuatu aktiviti secara sendirian.Tidak terkecuali juga kaedah eksplorasi-penemuan semasa kita berbincang tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yan sesuai digunakan untuk pengajaran pendidikan khas. Kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalu penemuan kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Contohnya murid-murid berkeperluan khas dibenarkan menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing semasa menjalankan aktiviti berkebun. Guru akan menerangkan fungsi alat-alatan tersebut dan memantau dengan rapi sepanjang aktiivit ini dijalankan. Ini dapat memastikan tingkah laku murid-murid berkeperluan khas tidak mendatangkan kebahayaan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakannya.Jadi, dapatlah kita lihat bahawa penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid-murid berkeperluan khas mencapai pencapaian yang diingini. Guru pendidikan khas haruslah sentiasa peka dengan perkembangan anak muridnya dan jangan hanya menggunakan pengajaran cara tradisional sahaja. Dengan ini, barulah murid-murid dapat mencapai kemajuan dari masa ke semasa. Harapan agar mereka dapat mencapai kejayaan pasti dapat ditunaikan pada suatu hari nanti.f. Membetulkan anggapan negatif masyarakat terhadap kanak-kanak berkeperluan khasSalah satu isu yang paling hangat dibincang apabila menyentuh tentang kanak-kanak berkeperluan khas ialah anggapan negatif masyarakat terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang kanak-kanak berkeperluan khas, kalangan masyarakat sering menganggap golongan kurang upaya sebagai golongan yang aneh dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa kerja. Malah, ada dalam kalangan mereka yang menertawakan golongan ini sebagai golongan cacat. Perspektif negatif golongan masyarakat terhadap golongan berkeperluan khas ini sepatutnya diperbetulkan dengan segera. Hal ini demikian kerana perspektif masyarakat sebenarnya memberi impak terhadap pencapaian kanak-kanak berkeperluan khas.Kanak-kanak berkeperluan khas seharuslah diberi penjagaan daripada golongan masyarakat kerana mereka mengalami kecacatan yang tidak diingini. Mereka perlulah dilihat sebagai golongan istimewa yang dikurniakan oleh Tuhan. Sekiranya masyarakat memandang rendah terhadap golongan ini dan enggan menghulurkan bantuan kepada mereka, maka kanak-kanak berkeperluan khas ini akan berasa rendah dirinya. Dengan ini, sikap negatif terhadap kehidupan akan timbul dalam lubuk hati mereka.Langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah ini termasuklah mengadakan kempen kesedaran. Melalui kempen ini, pihak berkenaan boleh menyebarkan maklumat tentang golongan berkeperluan khas kepada kalangan masyarakat. Dengan ini, sikap empati dapat dipupuk dalam hati mereka. Manakala di sekolah pula, para guru sekolah boleh menceritakan kisah tentang kanak-kanak berkeperluan khas kepada anak muridnya. Guru juga boleh mengambil kesempatan menerapkan nilai menghargai orang kurang upaya dalam kalangan murid-murid. Dengan ini, semasa murid-murid sekolah berinteraksi dengan kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak akan memandang rendah terhadap mereka lagi.Secara rumusnya, anggapan negatif masyarakat terhadap golongan berkeperluan khas harus diperbetulkan. Melalui galakan dan bantuan daripada kalangan masyarakat, barulah kanak-kanak berkeperluan khas berani untuk mengejar impian mereka dan mencapai kejayaan.g. Kerjasama daripada pelbagai pihakDalam usaha untuk membangunkan kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini, pelbagai pihak perlu bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Antara pihak yang terlibat termasuklah ibu bapa, pihak sekolah, pakar perubatan, Jabatan Kebajikan dan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Ibu bapa haruslah bersikap keterbukaan untuk menerima anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Mereka perlu terlibat dengan aktif dan berminat dalam didikan anak-anak untuk membantu anaknya. Mereka boleh berkomunikasi dengan guru dari masa ke semasa untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menguruskan anak-anak berkeperluan khas. Dengan adanya sokongan daripada ibu bapa, barulah kanak-kanak berkeperluan khas berasa bermotivasi dan dapat mencapai kejayaan.Seterusnya pihak sekolah. Pihak sekolah haruslah sentiasa sedia membantu, menghormati dan mengalu-alukan ibu bapa dan kaum keluarga golongan kurang upaya. Mereka juga harus mempertahankan falsafah sekolah iaitu menghormati identiti setiap kanak-kanak. Atas usaha dari pihak sekolah, bukanlah lagi satu mustahil bagi kanak-kanak berkeperluan khas untuk mencapai kejayaan.Pakar perubatan juga memainkan peranan yang amat penting dalam usaha membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Peranan pakar perubatan adalah berbeza-beza mengikut bidangnya. Pakar perubatan neurologi bertugas untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit seperti kecacatan otak dan hiperaktif dengan memberi ubat Ritalin untuk mengawak keaktifan, pakar terapi pertuturan bertugas mengesan masalah komunikasi dan menjalankan terapi pertuturan untuk mereka yang bermasalah gagap, sumbing dan ada masalah artikulasi untuk bertutur, pakat terapi fizikal melaksanakan tugas menaksir fungsi motor halus dan kasar serta melatih mereka kemahiran hidup, pakar audiologi mengesan fungsi pendengaran dan akhir sekali pakar oftomologi menaksir penglibatan murid-murid berkeperluan khas. Atas usaha para pakar perubatan, golongan berkeperluan khas ini dapat mencapai kemajuan dan dapat melakukan sesuatu yang sebelumnya tidak boleh dilakukan.Jabatan Kebajikan dan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) boleh bekerjasama melancarkan pelbagai program yang dapat memanfaatkan kanak-kanak berkeperluan khas. Contohnya mengadakan bengkel melukis. Melalui aktiviti ini, bakat kanak-kanak berkeperluan khas dapat dicungkil. Kemudian, atas bantuan daripada pihak lain, bakat mereka dapat diasah dan akhirnya mereka dapat menjadi seorang pelukis yan berjaya. Dengan mengadakan pelbagai program, secara tidak langsung banyak faedah dapat diperolehi oleh kanak-kanak berkeperluan khas.Secara rumusnya, pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk membangunkan kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Inilah masanya kanak-kanak berkeperluan khas menjadi keutamaan dan komuniti dan negara kita.

4.0LAPORAN ANALISIS DARI WONG MIN YEE4.1ANALISIS ARTIKEL BERKAITAN DENGAN TOKOH GOLONGAN ISTIMEWA YANG BERJAYA4.1.1Ludwig Van Beethoven Rajah 4.1.1(a): Potret Beethowen 4.1.1.1Latar BelakangMenurut Wikipedia dalam laman sesawang http://ms.wikipedia.o rg/wiki/Ludwig_van_Beethoven menyatakan bahawa Beethoven dilahirkan di Bonn,Jermanpada tahun 1770 anak kepada Johann van Beethoven (17401792), seorang pemain muzik berketurunanFlemish dan ibunya, Maria Magdalena Keverich (17441787), anak kepada ketua dapur di kubuFestung Ehrenbreitstein.Beethoven merupakan salah seorang dari tujuh adik beradik tetapi hanya beliau dan dua adik-adiknya yang hidup. Beethoven dibaptiskan pada 17 disember 1770. Walaupun tarikh lahir beliau tidak diketahui secara pasti, namun gurunya Johann Georg Albrechtsberger menyambut hari jadi beliau pada 16 Disember. Pada umur 11 tahun, beliau mula belajar piano daripada C.G. Neefe.Ibu Beethoven meninggal dunia pada 17 Julai 1787, ketika beliau berusia 16 tahun. Beethoven terpaksa memikul tanggungjawab menjaga kedua-dua adik-adiknya kerana ketagihan alkohol ayahnya yang semakin teruk. Beethoven berpindah keViennapada tahun 1972, di mana beliau beliau belajar muzik untuk seketika bersama dengan Joseph Haydn, walaupun sebenarnya beliau berminat untuk belajar muzik denganMozartyang meninggal dunia setahun sebelumnya.Beethoven menerima latihan tambahan dalam bidang muzik daripada seorang kaunterpoin terkemukaVienna, Johann Georg Albrechtsberger dan juga penggubahdankonduktor muzikterkenalItali, Antonio Salieri. Pada tahun 1793, Beethoven mula terkenal dan bertapak sebagai pemain piano cemerlang diVienna.Menurut Koo Kee Peng, Dr. Wan Hasmah Binti Wan Mamat dan Sangeetajit Kaur dalam buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 menyatakan bahawa pada tahun 1802, beliau telah mengalami gangguan pendengaran yang serius dan meninggal dunia pada tahun 1927.4.1.1.2Jenis Kecacatan Kecacatan yang dialami oleh Ludwig Van Beethoven ialah masalah pendengaran. Menurut Shinee Khumairah pada laman web http://kuukirkisahku.blogspot.com/2011/12/ku-ukir-kisah-kuda lam-kecacatan.html menjelaskan bahawa beethoven mengalami gangguan pendengaran pada usia 31 tahun. Pada umur 47 tahun, beliau menjadi pekak sepenunya. Disebabkan itu, beliau tidak pernah lagi tampil di khalayak dan semakin menjauhi masyarakat. Hasil karyanya semakin sedikit dan semakin susah di fahami.4.1.1.3KejayaanMenurut Wikipedia dalam laman sesawang http://ms.wikipedia. org/wiki/Ludwigvan_Beethoven menyatakan bahawa Beethoven merupakan seorangpenggubahbebas pertama dengan membuat penggubahan muzik untuk konsert-konsert, menjual gubahanmuziknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.Menurut Koo Kee Peng, Dr. Wan Hasmah Binti Wan Mamat dan Sangeetajit Kaur dalam buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 menyatakan bahawa Beethoven telah membuat persembahan pianonya pada tahun 1800. Beliau telah mempersembahkan karya yang diciptanya sendiri iaitu Simfoni No. 1 dengan menjiwai sepenuhnya dalam muzik yang dimainkan. Dengan itu, beliau telah menjadi terkenal dalam masa yang tersingkat. KaryaBeethoven termasuk 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, muzik vokal, musik teater, dan banyak lagi. Tetapi, yang lebih penting dari jumlah ciptaannya adalah dari sudut kualitinya. Beethoven telah memperagakan muzik instrumental yang tidak lagi dianggap mempunyai nilai seni tahap kedua. Hal ini dibuktikan dari komposisi yang disusun oleh beliau yang telah mengangkat muzik instrumental itu ke tingkat nilai seni yang amat tinggi.Beethovenmerupakan seorang pencipta ulung dan asli. Banyak perubahan dilakukan dan diperkenalkan mempunyai pengaruh yang abadi. Beliau memperluas ukuran sebuah orkestra. Dengan mendemonstrasi kemungkinan yang hampir tak terbatas dihasilkan oleh piano, beliau telah menjadikan piano itu menjadi instrumen muzik yang paling terkemuka di dunia.Selain itu, beliau telah menanamkan daya pengaruh yang menerjah pada diri komposer-komposer yang muncul sebelumnya termasuk tokoh-tokoh yang memiliki gaya berbeza sepertiBrahms, Wagner,Schubert dan Tchaikovsky. Dia juga merintis jalan buatBerlioz, Gustav Mahler, Richard Straussdan ramai lagi selainnya.

Rajah 4.1.1.3(a): Skor lagu 9 Simfoni

4.1.2Pablo Picasso Rajah 4.1.2(a): Gambar Pablo Picasso4.1.2.1Latar BelakangMengikut Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan dalam bukunya Apa Itu Disleksia? menyatakan bahawa Pablo Picasso dilahirkan pada tahun 1881 di Malaga, Spain. Beliau merupakan seorang tokoh pelukis danpengarcaSepanyolyang merupakan salah satu tokohseniabad ke-20yang paling terkenal, khususnya sebagai pengasaskubisme, bersama-sama denganGeorges Braque.Bapanya merupakan seorang guru seni di Malaga dan beliau menggalakkan Pablo untuk menyertai sekolah itu. Pablo telah didapati mempunyai bakat yang luar biasa walaupun masih menghadapi pelbagai kesukaran semasa belajar. Dalam usia yang muda, beliau sudah mempunyai pandangan yang jelas tentang bagaimana manusia mahu diri mereka dipersepsi dan bagaimana sebenarnya orang mempersepsikan mereka.Pada tahun 1973, beliau telah meninggal dunia di bandar Mougins, Perancis. Pada ketika itu, Pablo telah berusia 92 tahun. 4.1.2.2Jenis KecacatanBagi Pablo, zaman pembelajaran merupkan satu fasa yang sangat sukar dalam hidupnya. Hal ini kerana beliau menghadapi masalah membaca yang dikenali sebagai disleksia. Dengan kegigihnya, beliau mampu mengikuti kurikulum di sekolah, tetapi tidak begitu berjaya mendapat banyak manfaat daripada pendidikannya. 4.1.2.3Kejayaan Mengikut Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan dalam bukunya Apa Itu Disleksia? menyatakan bahawa Pablo berjaya memperkembangkan konsep kecantikan dan gaya yang unik yang menarik perhatian orang ramai. Beliau melukis benda-benda seperti mana beliau melihat dalam persepsinnya iaitu bercelaru dan terbalik. Beliau telah diiktiraf sebagai tokoh yang mencetuskan aliran baru dalam seni lukisan. Antara karya lukisan yang terkenal ialah The Young Ladies of Avigon, Old Man with Guitar dan Guernica. Lukisannya dapat mengambarkan imaginasi, emosi dan kreativiti.Mengikut Wikipedia dalam laman web http://ms.wikipedia. org/wiki/Pablo_Picasso menjelaskan bahawa karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut "tempoh". Sedangkan nama bagi tempoh-tempoh yang kemudian sentiasa dipertikaikan, tempoh-tempoh karyanya yang paling biasa diterima adalah seperti Tempoh Biru(19011904) iaitu sifat lukisan-lukisan Picasso dalam tempoh ini muram dengan sedikit warnabirudan dipengaruhi oleh lawatannya ke seluruh Sepanyol serta kematian kawannya yang baru-baru itu. Lukisan-lukisan itu sering menonjolkanakrobat,badut,pelacur,pengemis, danseniman. Kedua ialah tempoh Ros(19051907) di mana lukisan-lukisan dalam tempoh ini lebih riang dengan warna-warnajinggasertamerah muda, dan masih menonjolkan badut. Picasso bertemu dengan Fernande Olivier, seorangmodelperempuanbagi pengarca dan pelukis diParisdalam tempoh ini, dan banyak lukisannya dipengaruhi oleh persahabatannya yang mesra ini, selain daripada pendedahannya kepada lukisanPerancis. Ketiga ialah tempoh dipengaruhi Afrika(19081909). Dalam tempoh ini, Picasso dipengaruhi oleh dua tokoh yang pada dirinya diilhami pula oleh artifak-artifakAfrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya,Les Demoiselles d'Avignon(kedua-dua orang disebelah kanan lukisan ini).Tambahan lagi, terdapat tempoh Kubisme Analisispada tahun 19091912. Dalam tempoh ini, Picasso bersama-sama denganBraquememperkembangkan satu gaya pelukisan yang menggunakan warna-warnacoklatmonokromdi mana mereka memisah-misahkan dan "menganalisis" objek-objek dari segi bentuk. Ketika itu, lukisan-lukisan Picasso dan Braque amat serupa dengan satu sama lain. Kubisme Sintetikpada tahun 19121919 merupakan tempoh terakhir bagi Pablo. Tempoh ini menggunakankolajdankertasyang sudah digunting untuk membuat lukisan, dan merupakan kali pertama kolaj digunakan untukseni halus. Rajah 4.1.2.3(a): Old man with guitar 1903 (di sebelah kiri) dan karya The weeping women (1937) (disebelah kanan)4.1.3Cody McCasland Rajah 4.1.3(a): Gambar Cody McCasland4.1.3.1Latar BelakangCody McCasland dilahirkan pada 2 Oktober 2001 di Colleyville, Texas. Cody merupakan bayi pra-matang. Dia terpaksa dilahirkan pada minggu ke 34, iaitu 6 minggu lebih awal dari tempoh kelahiran normal. Ibunya, Tina terpaksa dibedah selepas berlakunya komplikasi pada kandungan. Sepanjang 9 tahun umurnya, Cody telah menjalani 18 siri pembedahan bagi memastikan fizikalnya dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk melakukan apa jua aktiviti dengan menggunakan kaki palsu. Cody bercita-cita untuk menjadi seorang Anesthesiologist ini telah membuktikan segala-galanya. Di sebalik kecacatan fizikalnya, dia bersama kaki palsu dan semangat jitu terus mencipta nama dan melakar kejayaan di peringkat dunia. Dunia sukan OKU bersinar dengan kelahiran kanak-kanak hebat ini.4.1.3.2Jenis KecacatanCody dilahirkan menghidap Sacral Agenesis yang menyebabkan kakinya terbentuk tanpa lutut dan buku lali yang sempurna. Memandangkan anggota ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna, pada usia 15 bulan, kaki Cody terpaksa dipotong hingga paras lutut bagi membolehkannya menggunakan kaki palsu untuk bergerak. Rajah 4.1.3.2(a): Koleksi kaki palsu Cody yang pelbagai saiz dan bentuk, sesuai dengan jenis aktiviti yang dijalankan.4.1.3.3KejayaanMenurut Supersyok Team dalam laman web http://sup ersyok.blogspot.com/2010/05/cody-mccasland-kanak-kanak-heb at.html menyatakan bahawa Cody pernah menyertai pertandingan sukan di Universiti Oklahoma dan berjaya memperolehi 5 pingat emas dalam acara renang 25 meter dan larian 60 meter & 100 meter pada 2007 dan 2008. Dia bercita-cita tinggi untuk mewakili USA dalam sukan Olimpik atau Paralimpik. Rajah 4.1.3.3(a): Gambar Cody menyertai pasukan renang Texas RiverSharks (di sebelah kiri) dan mendapat pingat emas dalam pertandingan larian (di sebelah kanan)

4.1.4Muhammad Zhariff Afrandi Rajah 4.1.4(a): Gambar Zhariff Afrandi4.1.4.1Latar BelakangMuhammad Zhariff Afrandi dilahirkan pada 7 Disember 1981 di Petaling Jaya, Selangor. Sewaktu lahir, beliau berbeza dengan bayi yang lain kerana tidak mempunyai kedua-dua belah tangan. Beliau telah melabelkan dirinya sebagai budak lasak dan tidak membataskan aktivitinya. Ketika berumur empat tahun, beliau berani melakukan parasailing di pantai Batu Feringhi, Pulau Pinang. Beliau juga memasuki kelas renang dan mendapat latihan intensif daripada jurulatih professional atas dorongan dan galakkan ibu bapanya. 4.1.4.2 Jenis KecacatanKecacatan yang dialami oleh Zhariff ialah kecacatan dari fizikalnya. Beliau tidak mempunyai kedua-dua belah tangan apabila dilahirkan.4.1.4.3 Kejayaan Menurut Rohana Man dalam laman web http://www.utus an.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm menyatakan bahawa pada 24 April 2011, Muhammad Zhariff Affandi menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke pantai peranginan Kelulut dekat Marang, Terengganu. Kemampuan beliau memukau penduduk dan pengunjung yang menyaksikan pemuda yang kudung kedua-dua tangan itu bersaing hebat dengan peserta normal.Pemuda itu yang menyertai Swimaton Antarabangsa Kapas-Marang 2011 bersama 264 peserta lain berjaya menamatkan renangan dalam masa 2 jam 46 minit dan 47 saat. Beliau juga cemerlang dalam akademik dengan lulus dalam bidang Psikologi Perkembangan dari University Griffith, Australia. Rajah 4.1.4.3(a): Pencapaian Zhariff Afrandi dalam Marathon

4.1.5Walter Elias Disney Rajah 4.1.5(a): Gambar Walter Elias Disney4.1.5.1Latar BelakangWalter Elias Disneyatau lebih dikenal sebagai Walt Disney dilahirkandi Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 5 Desember 1901. Beliau merupakan seorang produser film, animator, dan pengisi suara berkebangsaan Amerika Syarikat.Ayahnya, Elias Disney, pindah dari County Huron, Ontario, ke Amerika Serikat tahun 1878, untuk mencari emas di California, namun akhirnya bertani dengan orang tuanya di dekat Ellis, Kansas hingga tahun 1884. Elias bekerja dengan Union Pacific Railroad dan berkahwin dengan Flora Call pada 1 Januari 1888 di Acron, Florida. Pada tahun 1906, ketika Walt masih berusia empat tahun, Elias dan keluarganya pindah ke peternakan di Marceline, Missouri, tempat saudaranya Roy baru membeli tanah. Di Marceline, Disney mengembangkan minatnya terhadap seni lukis. Beliau meninggal dunia di Burbank, California, Amerika Syarikat 15 Desember 1966 pada umur 65 tahun. Setelah kepergian Walt Disney, Roy Disney menguasai sepenuhnya Walt Disney Productions dan WED Enterprises. 4.1.5.2Jenis KecacatanWalt Disney mengalami masalah gangguan dalam pembelajaran iaitu Disleksia yang merupakan gangguan belajar yang ditandai dengan kesulitan membaca. Ketika Walt Disney sedang menghadiri sekolah menengah, beliau juga pergi ke Academy of Fine Arts. Hal ini menyebabkan dia untuk memiliki dua karya sekolah.4.1.5.3KejayaanWalt Disney memegang rekod untuk bilangan pencalonan terbanyak (59) dan kemenangan terbanyak (26). Empat anugerah Oscarnya ialah anugerah khas, dan Oscar yang terakhirnya diraih selepas meninggal dunia. 1932: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Flowers and Trees" (1932) 1932: Anugerah Kehormat untuk: penciptaanMickey Mouse 1934: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Three Little Pigs" (1933) 1935: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "The Tortoise and the Hare" (1934) 1936: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Three Orphan Kittens" (1935) 1937: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "The Country Cousin" (1936) 1938: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "The Old Mill" (1937) 1939: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Ferdinand the Bull" (1938) 1939: Anugerah Kehormat untukSnow White and the Seven Dwarfs(1937) 1940: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Ugly Duckling" (1939) 1941: Anugerah Kehormat untuk:Fantasia(1940), dikongsi bersama: William E. Garity dan J.N.A. Hawkins. 1942: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Lend a Paw" (1941) 1943: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Der Fuehrer's Face" (1942) 1949: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Seal Island" (1948) 1949: Anugerah Peringatan Irving G. Thalberg 1951: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Beaver Valley" (1950) 1952: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Nature's Half Acre" (1951) 1953: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Water Birds" (1952) 1954: Dokumentari Terbaik, Cetera untuk:The Living Desert(1953) 1954: Dokumentari Terbaik, Subjek Pendek untuk: "The Alaskan Eskimo" (1953) 1954: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Toot Whistle Plunk and Boom" (1953) 1954: Subjek Pendek Terbaik, Dwigulung untuk: "Bear Country" (1953) 1955: Dokumentari Terbaik, Cetera untuk:The Vanishing Prairie(1954) 1956: Dokumentari Terbaik, Subjek Pendek untuk: "Men Against the Arctic" 1959: Subjek Pendek Terbaik, Subjek Lakonan Sebenar untuk: "Grand Canyon" 1969: Subjek Pendek Terbaik, Kartun untuk: "Winnie the Pooh and the Blustery Day" Rajah 4.1.5.3(a): Pencapaian Walt Dsney4.2FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TOKOH-TOKOH GOLONGAN KURANG UPAYAPeribahasaberusaha tangga kejayaanperlu dijadikan pegangan sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. Seseorang yang ingin berjaya perlu berusaha dengan gigih bagi merealisasikan impiannya.

Sifat bertanggungjawab dalam diri seseorang tokoh merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaannya. Sifat bertanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu sebagai anak dan pelajar. Sebagai seorang anak, seorang individu perlu menghormati orang tuanya serta tahu menjaga diri di mana sahaja dia berada sepanjang waktu. Sebagai anak yang bertanggungjawab, dia pastinya akan sentiasa mahu membahagiakan orang tuanya dan memastikan dia tidak akan menconteng arang ke muka keluarganya. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab juga, seorang individu tahu mengambil hati orang tuanya seperti dengan membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah tanpa disuruh terutama sekali jika ibu bapa keluar bekerja. Hal ini berlaku dalam kisah Beethoven dengan menjga kedua-dua adiknya selepas kematian ibu beliau.

Faktor kerajinan juga akan mempengaruhi kejayaan seseorang tokoh golongan kurang upaya. Hal ini boleh dibuktikan dengan kerajinan Walt Disney berlatih melukis tanpa mengira masa dan tempat membuahkan hasil apabila pada usia 18 tahun, beliau telahmempunyai keyakinan diriuntuk menubuhkan studio penerbitannya yang pertama pada tahun 1919 di bandar Kansas. Walaupun studionya hanya mampu bertahan selama setahun,akibat kekurangan ilmu dan pengalaman, namun ianya telah menetapkan hala tuju Walt Disney yang seterusnya. Beethoven gigih untuk menghasilkan karya-karyanya sepanjang hidup walaupun pendengaran beliau semakin hari semakin hilang. Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan golongan kurang upaya yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan kita. Jika seseorang individu mendapat kasih sayang dan dapat menumpukan perhatiannya terhadap bidang yang diminatinya. Ibu bapa yang prihatin akan menjaga kebajikan anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka. Sebaga contohnya, ibu Zariff Afrandi sentiasa member ruang dan kebebasan untuk beliau meneroka setiap cabaran. Ibu bapa Cody McCasland juga tidak pernah menghalang anaknya untuk melakukan sesuatu walaupun mereka menyedari kekurangan yang ada. Dengan itu, kehadiran kedua-dua ibu bapa telah member makna yang cukup besar dalam kehidupannya. Faktor pemberian galakan dari awal juga merupakan salah satu unsur bagi memupuk kejayaan golongan kurang upaya. Hal ini boleh dijelaskan dengan tokoh Walt Disney banyak dipengaruhi oleh ibunya yang penyayang dan ayahnya yang kuat bekerja. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau akan mengambil setiap kesempatan yang ada untuk melukis walaupun di atas tisu tandas dan ibu bapanya menggalakkannya. Di sekolah, apabila diberi peluang oleh gurunya, beliau akan melukis di papan hitam sambil bercerita. Tambahan lagi, faktor yakin dengan idea sendiri juga akan mempengarihi kejayaan seseorang tokoh kurang upaya. Misalnya, Walt Disney mula merancang untuk pergi lebih jauh denganmenghasilkan siri animasi kartunpenuh, yang mempunyai jalan cerita yang lebih panjang. Namun ideanya tidak dipersetujui oleh pengedar siri-siri kartunnya dan ahli keluarganya kerana ahli keluarganya bimbang jika keuntungan yang diraih selama ini akan bertukar menjadi kerugian jika ideanya gagal. Tapi Walt Disney langsung tidak menghiraukan pandangan-pandangan negatif tersebut malah dengan tegas beliau mengatakan kepada mereka. Akhirnya, beliau berjaya dengan apa yang diingini selama ini.

4.3USAHA-USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN KEJAYAAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DI NEGARA INIMengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka perlu tahu apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui.

Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. Hal ini berlaku apabila mereka seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka. Mereka tidak pernah menganggap pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasa menerima pelajar mereka tanpa syarat. Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri.

Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.

Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti bercerita dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok Cheonget al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan contoh teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang akan mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid.

Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru pendidikan khas yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu, guru-guru bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga disokong oleh pihak TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) apabila mereka menawarkan pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Universti tersebut mengambil tindakan seperti penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi graduan, melahirkan guru pendidikan khas berkepakaran autisme dan sebagainya. ( Mymetro, 2012)

Selain daripada itu, kementrian pelajaran telah menentukan beberapa langkah bagi membangunkan kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Antaranya ialah menyediakan peluang persekolahan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Pembinaan sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak-kanak yang berkepeluan khas supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.Pihak Kementerian juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Tujuannya adalah untuk meningkatkan konsep kendiri dalam diri mereka dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar. Pada masa yang sama, perkhidmatan ini juga akan ditujukan kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.Kerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang-orang berkeperluan khas juga merupakan salah satu usaha Kementrian Pelajaran dalam menbangunkan kejayaan mereka. Contohnya, menaja kemudahan perubatan dan penyelidikan unruk merawat atau memulihkan kcacatan fizikal, entak dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas.

46