assigment literasi 7.9.docx

25
1.0 PENGENALAN Dalam dunia pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Antara permainan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah permainan bahasa. Contoh permainan bahasa ialah teka silang kata, sahibba,teka-teki, kuiz dan pelbagai lagi permainan bahasa yang boleh dicipta oleh seorang guru yang kreatif. Pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalamanpengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Permainan bahasa tentunya perkara yang terbayang dalam fikiran kita adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan yang melibatkan bahasa. Sebagai guru, kita mahu murid bermain dan dalam masa yang sama dapat menguasai kemahiran bahasa . Mengikut Kamus Dewan (edisi keempat) permainan ialah perihal bermain dan perbuatan bermain. Bahasa pula bererti sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungandalam lingkungan satu kelompok manusia. Permainan bahasa berkonsepkan murid belajar melalui aktiviti permainan yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) ini adalah satu pendekatan terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Melalui aktiviti permainan 1

Upload: linda-md-akhir

Post on 27-Sep-2015

294 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Antara permainan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah permainan bahasa.

Contoh permainan bahasa ialah teka silang kata, sahibba,teka-teki, kuiz dan pelbagai lagi permainan bahasa yang boleh dicipta oleh seorang guru yang kreatif. Pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalamanpengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Permainan bahasa tentunya perkara yang terbayang dalam fikiran kita adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan yang melibatkan bahasa. Sebagai guru, kita mahu murid bermain dan dalam masa yang sama dapat menguasai kemahiran bahasa . Mengikut Kamus Dewan (edisi keempat) permainan ialah perihal bermain dan perbuatan bermain. Bahasa pula bererti sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungandalam lingkungan satu kelompok manusia. Permainan bahasa berkonsepkan murid belajar melalui aktiviti permainan yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) ini adalah satu pendekatan terancang dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.Melalui aktiviti permainan bahasa, murid boleh menguasai beberapa kemahiran secara serentak. 2. 0 KONSEP PERMAINAN BAHASAPermainan bahasa berkonsepkan murid belajar sambil bermain . Permainan bahasa memerlu guru membina dan menyedikan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak .Guru akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada tersebut

Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya. Jesteru itu, murid akan dapat memperkembangkan potensi murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan. Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.2.1. MATLAMATa) Permainan bahasa mewujudkan suasana pembelajaran yang santai tanpa memberi tekanan kepada murid-murid.b) Dalam permainan bahasa boleh melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi.c) Sikap kepimpinan dan disiplin yang tinggi dapat dipupuk dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.d) Melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat , semangat kerja berkumpulan dan saling membantu e) Pelajar lebih bermotivasi agar berani berdaya saing dalam menghadapi kehidupan ini. f) Murid merasai pengalaman sebenar dalam mengamalkan sikap kerjasama, sikap mematuhi undang-undang dan peraturan dalam kehidupan melalui permainan.g) Aktiviti permainan bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada murid mengapliksikannya dalam pelbagai situasi. h)Dapat membentuk sikap positif yang sihat dalam kalangan murid, seperti sikap hormat-menghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan dan sebagainya.h) Membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabari) Permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan konsep pembelajaran murid akan mempunyai daya saing yang sihat dan mengusai permainan

2.2.OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA

a.Merangsang Interaksi Dalam permainan bahasa yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau berhubung dengan rakan. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga setiap murud dapat merasai sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Murid juga juga akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama lain dalam kumpulan.Pengajaran dan pembelajaran akan berada dalam suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai fasilitator dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

b.Menambah Kefasihan dan Kefahaman Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan kemahiran berbahasa dengan menggunakan kemahiran bahasa yang telah mereka pelajari. Guru berperanan sebagai fasilitator. Jenis permainan yang dipilih seharusnya mempunyai matlamat dan objektif iaitu mempertingkatkan kemahiran dan kelancaran berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat sukar seperti peribahasa dan puisi. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang memberi arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran murid.

c.Sebagai Alat yang Menarik Minat Murid

Murid akan berasa bosan atau jemu, mengantuk dan lapar apabila menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu.d.Memperkukuhkan Kecekapan Berbahasa dan Isi PelajaranMelalui permainan bahasa akan dapat mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Murid juga berupaya mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada murid menggunakan bahasa yang diajar.e. Peluang Meluaskan Pengalaman dan Berinteraksi Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang bahasa dan berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain. Akhirnyamemupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.3. PEMBINAAN PERMAINAN BAHASADalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi bahasa, beberapa prinsip khusus telah diketengahkan untuk diambil kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta mestilah saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan. Maksudnya, objektif pengajaran dan pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif yang ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut dapat dicapai dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah dapat merangsang minda pelajar melalui satu medium bahan bantu balajar.Prinsip yang kedua pula merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Para pendidik harus mengetahui bahawa pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada beberapa dasar seperti FPK itu sendiri. FPK bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani dan berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Berdasarkan prinsip ini, bahan bantu mengajar yang dicipta itu mestilah boleh membantu para pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dengan baik. Maksudnya, bahan bantu mengajar itu mestilah meliputi unsur-unsur intelek atau pengetahuan yang positif dan nilai-nilai afektif dan moral.Prinsip yang ketiga pula menekankan kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Melalui prinsip ini, pelajar harus diajar untuk menggunakan setiap sub kemahiran dalam mata pelajaran literasi bahasa dalam kehidupan seharian mereka dengan menggunakan bahasa yang betul dari aspek sintaksis dan semantiknya. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas, para pelajar harus dilibatkan secara aktif dalam apa juga situasi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran itu seharusnya membolehkan pelajar merasakan proses komunikasi itu seperti dalam keadaan sebenar. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran itu harus meliputi kaedah main peranan atau simulasi yang mendedahkan mereka kepada penggunaan literasi bahasa tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Apabila hal seperti ini dilakukan maka pelajar akhirnya akan mengetahui bahawa bahasa boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa untuk berkomunikasi.Selain itu, bahan bantu mengajar seharusnya dibina berlandaskan prinsip keperluan belajar pelajar. Harus diketahui bahawa keperluan belajar pelajar itu bukanlah hanya terhad pada keperluan berbahasa atau berkomunikasi sahaja tetapi ianya harus menitikberatkan kepentingan pembinaan intelek dan emosi mereka. Keperluan belajar itu juga tidak hanya bergantung kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi harus menitikberatkan sejauh mana pengalaman sedia ada pelajar itu. Maksudnya, ilmu yang disampaikan pada hari itu harus ditambah berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan, para pelajar harus diperkenalkan dengan pembelajaran berperingkat. Pembelajaran yang berperingkat ini walaupun hanya sedikit tetapi ia harus mengandungi benda baru pada setiap peringkat yang seterusnya dan saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini ditetapkan demikian agar pelajar mampu mengaitkan pengalaman lalu kepada pengalaman yang baru mereka perolehi. Oleh itu, guru harus mengetahui bahawa bahan bantu mengajar itu berfungsi untuk pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu agar keperluan mereka dapat dipenuhi secara optimum.Di samping itu, binaan bahan bantu mengajar itu haruslah mengambilkira perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar itu sendiri. Ketiga-tiga aspek ini seharusnya ditekankan sama rata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa memang merupakan aspek yang paling penting dalam mata pelajaran ini. Namun demikian, guru harus mengambil kira proses pembelajaran lingkungan pelajar yang diajar. Guru tidak boleh menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sekiranya lingkungan pelajar yang diajar itu tidak boleh berbahasa melayu. Guru haruslah bijak mengasimilasi bahasa mereka dan perlahan-lahan memperbetulkan bahasa yang mereka gunakan. Contoh seterusnya yang boleh kita lihat adalah pendekatan yang digunakan. Pendekatan bermain sambil belajar yang diperkenalkan memang sangat disukai oleh para pelajar. Namun demikian, guru harus memastikan bahawa permainan yang dijalankan itu bukan sekadar menggembirakan tetapi harus mengambil kira nilai yang mahu ditetapkan dalam satu interaksi. Selain itu, guru harus terus memastikan bahawa bahasa yang mereka gunakan itu masih dalam lingkungan penggunaan bahasa yang betul.Prinsip yang seterusnya ialah berkaitan dengan motivasi intrinsik dalam diri pelajar. Motivasi intrinsik yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow ini merupakan satu penggerak dalaman yang harus dimiliki oleh seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu. Amat sukar untuk seseorang itu menguasai sesuatu tingkat ilmu sekiranya tidak diminatinya berbanding dengan yang meminatinya. Masalah yang akan ditemukan dalam hal ini ialah minat pelajar. Oleh itu setiap guru harus mengetahui bahawa minat pelajar terhadap sesuatu perkara boleh ditimbulkan apabila perkara tersebut dapat dihubungkaitkan dengan perkara yang mereka minati. Melalui konsep tersebut, guru harus bijak memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan dimulakan dengan pengalaman sedia ada yang mereka minati agar timbul rasa minat terhadap perkara baru yang akan dipelajari.Setelah mengetahui prinsip-prinsip binaan bahan bantu mengajar yang harus dikuasai oleh setiap guru, beberapa kriteria yang menyentuh sifat bahan bantu mengajar juga harus dikenal pasti agar bahan binaan tersebut memberikan pelbagai faedah bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada murid dan alam belajarnya. Kriteria yang pertama yang harus dipertimbangkan ialah keselamatannya. Bahan bantu mengajar yang dibina mestilah selamat digunakan oleh setiap pelajar. Sebarang sifat fizikal seperti tajam dan mudah pecah tidak sesuai digunakan kerana bahan bantu mengajar kemungkinan mencederakan para pelajar.Kriteria yang kedua ialah ketahanan bahan bantu mengajar tersebut. Ketahanan yang dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan pelajar atau kelompok pelajar yang diajar. Tujuannya supaya alat itu boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu.Kos juga haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kos itu seharusnya sesuai dengan keadaan kewangan sekolah. Adalah lebih baik jika kos yang digunakan kurang. Hal ini demikian kerana, kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar itu bukan bergantung kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu, ada baiknya jika bahan yang dihasilkan itu diambil daripada bahan-bahan terbuang dan lebih baik jika bahan itu dibina oleh pelajar sendiri dengan bantuan guru-guru. Perkara sedemikian bukan sahaja membantu pengurangan kos tetapi turut menyumbang kepada perkembangan daya cipta pelajar.Selain itu, aspek-aspek teknikal yang digunakan mestilah sesuai dengan kemudahan bilik darjah. Selalunya, bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri teknikal yang mesra dengan persekitaran bilik darjah akan lebih membantu pelajar. Contohnya, bahan tersebut boleh dilekat atau digantung di dinding kelas dan diletakkan di atas meja pelajar.Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu kepentingan utama dalam binaan bahan bantu mengajar. Contohnya, dalam penggunaan aspek warna, gunakan warna hijau untuk rumput segar bukannya hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud dalam dunia sebenar.Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina mestilah mempunyai kriteria mudah alih. Hal ini demikian kerana, sifat tersebut memudahkan kerja guru dan pelajar untuk menggunakkanya dengan baik. Bahan bantu mengajar kadang kala perlu untuk dipindahkan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Fungsinya adalah untuk memberi kefahaman yang mudah dengan menggunakan ruang, masa dan tenaga yang minimum.Bahan bantu mengajar yang dibina juga haruslah mengambil kira saiz atau pengelolaan kelas. Ini bermaksud bahan binaan itu tidak boleh terlalu kecil. Guru-guru harus memastikan bahawa bahan itu boleh dilihat dengan jelas dari jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan ialah kedudukan pelajar yang berada di hujung kelas boleh melihat bahan tersebut dari hadapan dengan jelas. Guru juga harus memikirkan bagaimana bahan tersebut digunakan dalam situasi pembelajaran secara kelas. Kelompok atau individu.Selain itu, jangka masa pengajaran juga harus diambil kira. Oleh itu, guru-guru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan dalam tempoh masa tertentu agar pembaziran masa tidak berlaku..Kepelbagaian dalam pengajaran juga merupakan antara kriteria terpenting dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Kepelbagaian ini membantu para pelajar mengenal konteks variasi bahan dan seterusnya membolehkan mereka memilih variasi-variasi tertentu untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu dengan betul. Kepelbagaian ini juga merujuk kepada variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register) dan medium (lisan dan tulisan).Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam pembinaan bahan bantu mengajar di mana ianya melibatkan penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu tulisan dan bertutur. Oleh kerana sifat kemahiran ini adalah kesatuan dan bukan terpisah-pisah maka kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam pembinaan bahan bantu mengajar ini, harus dititikberatkan juga kriteria yang menyentuh standardisasi dan simplikasi. Kriteria ini amat perlu kerana membolehkan guru-guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Dalam proses ini, bahan tersebut akan disunting, diproses dan diubahsuai supaya sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, dalam aktiviti pramenulis, harus dilakukan aktiviti yang bersesuaian dengantahap tersebut dan bukannya mengambil aktiviti daripada menulis mekanis. Ia juga harus disesuaikan berdasarkan perbezaan jantina, umur, kawasan, pendidikan, sosial dan sebagainya.Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuan melalui bahan bantu mengajar tersebut. Satu unsur penting yang harus diketengahkan ialah pengajaran dan pembelajaran haruslah menekankan nilai moral sejak dari kanak-kanak mula menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Peringkat pramenulis, menulis mekanis dan pramembaca itu merupakan antara pendidikan terawal yang diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral harus diterapkan dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat menambah pengetahuan baru dan sentiasa menyedari akan kewujudan dan kepentingan mereka dalam kehidupan lingkungan manusia.Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada dalam setiap bahan bantu mengajar yang dibina khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang baru sahaja menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Bukan pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi bahan bantu mengajar untuk pelajar.

4.TEKNIK PERMAINAN BAHASAPermainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu teknik pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan insentif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khusunya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:

a) Meransang interaksi verbal pelajar Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas.

b) Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.

c) Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan.

d) Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah.

e) Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktiviti pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, permainan bahasa mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut:

I. Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul. II. Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, permainan bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif. III. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran.

IV. Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.

V. Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan, iaitu dengan bertanya, memberikan arahan, meneka dan membaca. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.5. AKTIVITI PERMAINAN Aktiviti bermain dapat dilihat sejak bayi lagi, iaitu apabila bayi mula bermain dan memanipulasi alat permainan yang diletakkan di sekelilingnya. Pada peringkat itu bayi berusaha untuk menguasai kemahiran asas melalui lima deria. Menurut Piaget, pada peringkat sensori motor (0 hingga 2 tahun), bayi belajar melalui interaksi dengan benda-benda di sekeliling dan keupayaan kognitif mula berkembang. Sebaik sahaja bayi bertatih, pergerakan mereka semakin aktif dan semasa bermain, mereka menjadi lebih imaginatif. Melalui bermain, kanak-kanak yang baru bertatih (toddler) mengasah kemahiran dan kemahiran ini seterusnya dikembangkan melalui aktiviti yang lebih mencabar apabilameningkat dewasa.Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermaknayang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak-kanakjuga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya bahawa bermain adalah cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep dan kemahiran yang kemudiannya akan digunakan untuk mempelajari perkara-perkara baharu pada masa akan datang.5.1 Permainan MotorKemahiran motor halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam, mengoyak, menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian. Contohnyamembutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan sebagainya. Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka.5.2 Permainan SosialApabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain, kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerja sama dan berkongsi sesuatu (Smidt 2010). Semasa kanak-kanak bermain, mereka bersosial dengan rakan sebaya.Permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan ataupun individu. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya dan bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanak-kanak tersebut tidak bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku juga interaksi sesama merek.a5.3 Permainan KonstruktifPermainan konstruktif berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu dengan memanipulasi persekitaran. Froebel merujuk permainan konstruktif sebagai aktiviti yang melibatkan pergerakan motor halus seperti menganyam, menggentel, melipat kertas dan menyulam (Roopnarine & Johnson 2005). Permainan seperti membina bangunan daripada blok, bermain pasir dan dan mencipta bahan-bahan kraf merupakan permainan konstruktif. Permainan konstruktif memberi peluang kanak-kanak belajar membuat sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain secara konstruktif, mereka belajar melakukan sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain secara konstruktif juga melibatkankemahiran manipulatif. Kanak-kanak yang memiliki kemahiran manipulatif berupaya memanipulasi idea, konsep dan pendapat.5.4 Permainan FantasiSalah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan fantasi. Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak. Bermain pondok-pondok misalnya dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di sekelilingnya dan bagaimanahendak bersosial dengan rakan sebaya. Semasa permainan fantasi, kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu karakter dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan.Mereka juga berupayamengubah ideamenjadi fantasi secara kreatif. Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap imaginative play sebagai usaha murid-murid menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, murid-murid meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, permainan dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu. Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main.Permainan bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, (jenius) pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran.Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.[6] Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut:

6.CIRI-CIRI PERMAINAN(a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami.(b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan permainan.(d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu.(f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.

( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.

7.0 PEMBINAAN PERMAINAN BAHASA PILIHANPermainan Bahasa yang menjadi pilihan saya ialah Jigsaw puzzle bermaksud susun suai gambar.Jigsaw puzzle atau susun suai gambar ini merupakan permainan yang menguji kemahiran dan kebijaksanaan.Jigsaw puzzle mula-mula sekali direka pada tahun 1767 oleh seorang bangsa British yang bernama John Spilsbury. Menurut fakta melalui Wikipedia, John Spilsbury merupakan seorang pengukir dan pereka peta. Tetapi ada juga yang mengatakan beliau merupakan seorang guru.

John Spilsbury mula-mula membina jigsaw puzzle ini untuk tujuan pendidikan, iaitu untuk subjek geografi. Beliau telah melekatkan satu peta atas sekeping kayu, kemudian potong bentuk negara-negara dalam peta tersebut. Dalam 3 abad berlalu, semestinya banyak perubahan dah berlaku. Dari tujuan pendidikan, jigsaw puzzle telah menjadi permainan bahasa untuk menjadikan pengajaran lebih menarik. 7.1 BAHAN BAHAN UNTUK PEMBINAAN JIGSAW PUZZLE Bahan-bahan yang sesuai untuk membina Jigsaw puzzle atau susun suai gambar kita boleh membuat pilihan seperti:a.kertas kadbod ataub.kertas keras hasil bahan buangan contohnya kotak atau c.kertas A 4 kemudian diliminitkan d. gam f. gambar g.kad manila untuk borang permainan Cara membina jigsaw puzzle 7.2 KosDalam membina jigsaw puzzle kosnya adalah paling minima.Bahan buangan seperti kotak atau kertas keras boleh digunakan.7.3 Langkah-langkah membina jigsaw puzzle. 1. Guru perlu mencari gambar yang sesuai dengan objektif pengajaran.2. Gambar perlulah berwarna agar menarik .3. Gambar dilekatkan pada kertas keras.4. Dipotong dan dimasukkan ke dalam plastik. Boleh juga diliminitkan jika tidak menggunakan kertas keras, tetapi perlulah dipotong terlebih dahulu sebelum diliminitkan.

7.4 Penggunaan Jigsaw Puzzle Dalam Aktiviti Pengajaran Pembelajaran.Objektif pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat menyenaraikan simpulan bahasa .1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan . Setiap kumpulan akan diberi dua plastik yang berisi potongan gambar.2. Guru mengarahkan murid mencatum potongan gambar. 3. Kemudian berdasarkan hasil cantuman jigsaw puzzlemurid menyatakan gambar menyenaraikan simpulan bahasa berdasarkan gambar yang terbentuk serta menyatakan maksud simpulan tersebut dalam jadual yang disediakan menggunakan kad manila.4. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas,5. Markah akan diberikan berdasarkan simpulan bahasa dan maksud yang betul .6. Kumpulan yang mendapat markah paling banyak dikira sebagai pemenag. Contoh hasil cantuman gambar oleh murid -murid. .

Simpulan Bahasa dan Maksud

mulut Simpulan BahasaMaksudMarkah

Mulut muraiOrang yang suka bercakap

Mulut tempayan

Berat mulut

7.5 KELEBIHANI. Jigsaw Puzzle boleh digunakan dalam jangka masa lama kerana lambata rosak dan boleh digunakan berulangkali,II. Menjimatkan masa dan tenaga guru yang mengajar lebih daripada satu kelas Bahasa Melayu.III. Permainan ini amat menarik dan simpulan bahasa yang diajar akan mudah diingati oleh murid-muridIV. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan ketika aktiviti mencantukan gambar dan berfikir untuk memenangi permainan.

7.6KELEMAHAN1. Guru membina jigsaw puzzle yang baru jika ingin mengajar tajuk yang baru.SUSULAN DAN PENILAIANGuru perlu mengulang jawapan simpulan bahasa dan maksudnya agar murid lain dapat mendengar dengan jelas dan memahami maksudnya.

RUMUSANPenglibatan murid dalam permainan bahasa memberi peluang kepada murid untukmemperoleh pembelajaran yang lebih bermakna.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa memang menarik minat murid dan aktiviti berlangsung dalan suasana yang menyeronokkan.

20