asgmnt mte3107
DESCRIPTION
peringkat pelaksanaan aktiviti P&P MatematikTRANSCRIPT
1
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam matematik berbeza dengan mata
pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan
kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan
menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap
pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan
keterampilan (competence) dalam melaksanakan proses PdP dengan mengambil kira
keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). Pengajaran matematik yang
berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya ialah:-
a) Perancangan mengajar
b) Pelaksanaan pengajaran
c) Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai
d) Pengayaan dan pemulihan
e) Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
f) Pengurusan bilik darjah
g) Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik
Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam
menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di
kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan
dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973). Pengajaran
matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut:-
a) Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik
b) Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif PdP secara eksplisit
c) Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan
skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.
d) Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan
sesuatu konsep
e) Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu
kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.
2
f) Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses
PdP.
g) Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di
kalangan pelajar.
h) Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses PdP serta aktiviti luar kelas.
Ini bermakna bahawa proses PdP yang berkesan memerlukan guru memilih
pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk memastikan murid dapat memahami suatu
topik pengajaran matematik dengan berkesan seperti berikut :
2.0 Pendekatan Pengajaran Matematik
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran matematik yang berkesan dan mampu
meningkatkan kefahaman konsep pelajar terhadap suatu maata pelajaran, terdapat pelbagai
pendekatan pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Antaranya
adalah pendekatan kontekstual. Dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik yang
menekankan kepada penggunaan pendekatan kontekstual, terdapat beberapa proses atau
peringkat pelaksanaan aktiviti P&P Matematik dengan menggunakan pendekatan ini yang
3
MODEL PRINSIP
DAN TEORI
PEMBELAJRAN
STRATEGI
PENGAJARANPENDEKATAN
KAEDAH-KAEDAH
TEKNIK-TEKNIK
MENGAJAR
AKTIVITI
dikenali sebagai proses REACT (Hull. D, 1997). REACT juga adalah ciri utama yang
perlu diutamakan oleh guru dalam menggunakan pendekatan kontekstual dalam aktiviti
PdP. Oleh itu, berikut adalah menerangan berkenaan dengan proses pelaksanaan
pendekatan kontekstual dalam aktiviti PdP Matematik:-
1) Proses Menghubungkait (Relating)
Proses pertama dikenali sebagai proses menghubungkait pengajaran dalam konteks
pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari
sesuatu tajuk seperti tajuk ‘Wang’ dan perlu menghubungkaitkan pengetahuan baru
dan pra-pengetahuan pelajar ke dalam topik yang dijalankan ini. Menurut Wan
Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat
gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan
harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta
memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Contohnya,
menghubungkaitkan proses perbelanjaan murid semasa membeli makanan di kantin
sekolah. Katakan murid mempunyai wang sebanyak RM3.00 dan telah membeli
makanan dan minuman yang berjumlah RM2.50, maka baki wang murid yang
masih tinggal adalah 50 sen. Ini bermakna bahawa pengalaman sedia ada murid
yang dilakukan setiap hari dapat dihubungkaitkan dan diaplikasikan sebagai contoh
dalam menjalankan aktiviti kontekstual.
2) Proses Pengalaman (Experiencing)
Peringkat atau proses kedua dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam
aktiviti P&P Matematik adalah peringkat pengalaman. Dalam pengajaran, guru
memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki
melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta.
Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara
menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan
itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di
kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997). Ini bermakna bahawa guru memberikan satu
pengalaman baru kepada murid tentang topik pengajaran yang dijalankan.
4
Dalam pelaksanaan aktiviti PdP untuk topik ‘Wang’ misalnya di mana guru boleh
mengemukakan satu situasi dan menggambarkan murid berada dalam situasi
tersebut. Contohnya murid diberikan RM1,000 untuk menjalankan satu akiviti di
sekolah seperti membuka gerai makanan. Dalam menyelesaikan perkara ini, maka
murid akan membahagi-bahagikan wang tersebut kepada beberapa perkara untuk
mencapai matlamat mereka untuk membukan gerai makanan. Secara tidak
langsung, pengalaman baru yang didedahkan kepada murid akan dapat
meningkatkan tahap perkembangan kognitif mereka dan seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid.
3) Proses Aplikasi (Applying)
Proses ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah peringkat aplikasi.
Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar
boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang
mungkin dihadapi dalam aktiviti kehidupan murid pada masa akan datang. Semasa
pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang
membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar.
Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat
meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar.
Contohnya seperti murid diarahkan oleh ibu bapa mereka untuk membeli barangan
di kedai runcit yang meliputi beras, gula, dan sebagainya. Untuk itu, murid
diberikan wang berjumlah RM50 untuk mendapatkan makanan tersebut. Dengan
pengalaman dan pengetahuan yang telah dipelajari, maka murid akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada ke dalam keadaan sebenar. Dengan cara
seperti ini juga, kefahaman murid dalam menguasai topik ‘Wang’ akan dapat
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini bermakna bahawa peringkat ketiga
dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual ini adalah sebagai satu langkah yang
akan dapat memastikan murid tidak akan menghadapi masalah dalam suatu
keadaan atau situasi pada masa akan datang.
5
4) Proses Kerjasama (Cooperating)
Peringkat keempat dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual untuk topik ‘Wang’
ini adalah peringkat kerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam
mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan
proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan
pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti
minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih
memahami aspirasi kumpulan.
Dalam erti kata lain, guru merancang satu aktiviti yang akan dapat meningkatkan
kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan suatu masalah atau situasi.
Contohnya seperti guru memberikan satu situasi di mana murid dikehendaki untuk
mengira atau menyatakan jumlah perbelanjaan mereka dalam tempoh sebulan yang
meliputi beberapa bentuk perbelanjaan. Kesemua bentuk perbelanjaan ini perlu
direkodkan dan dijumlah di akhir aktiviti perbincangan. Ini adalah untuk
memastikan murid akan dapat bekerjasama semasa mereka dalam menyelesaikan
suatu tugasan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka
terhadap konsep ‘Wang’ dengan lebih jelas.
5) Proses Pemindahan (Tranferring)
Peringkat terakhir dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah proses
pemindahan iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru.
Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang
disarankan dalam pendekatan pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal
balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui
penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan
dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997).
Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang
sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.
6
Contohnya seperti menjalankan pelbagai bentuk latihan yang berkaitan dengan
topik ‘Wang’ untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap
topik ini. Pada peringkat ini juga, guru perlu mengajukan pelbagai bentuk
persoalan kepada murid yang akan dapat merangsang murid untuk berfikir dan
menjana idea untuk menyelesaikan atau menjawab setiap latihan yang diberikan.
Dengan cara seperti ini juga, proses meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
yang dibincangkan akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
pelaksanaan pendekatan kontekstual perlu melaui lima peringkat atau proses yang
dinyatakan di atas. setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang
tertentu yang mana akan dapat membantu murid memahami suatu topik pengajaran dengan
lebih cepat dan kekal seperti mana kefahaman mereka terhadap suatu topik pengajaran
matematik seperti topik ‘Wang’ yang telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan
kontekstual. Sekiranya proses ini tidak ditekankan dalam melaksanakan pendekatan
kontekstual ini, maka usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap topik ‘Wang’ ini tidak akan dapat dicapai dengan berkesan. Sebaliknya, guru
akan memerlukan masa yang lebih lama untuk memastikan murid dapat menguasai topik
ini dengan sebaiknya.
3.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran Matematik
Bagi kaedah dan teknik pengajaran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
matematik. Contohnya seperti kaedah pengajaran berasaskan masalah (PBM). Kaedah
PBM adalah kaedah pengajaran yang mana aktiviti PdP dimulakan dengan mewujudkan
satu masalah atau persoalan di awal aktiviti PdP untuk difahami maksudnya (Mok Soon
Sang, 1998). Penggunaan kaedah PBM ini juga lebih berkonsepkan pelaksanaan aktiviti
PdP yang banyak menyelesaikan pelbagai soalan matematik. Oleh itu, kaedah PBM ini
telah digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviit PdP untuk topik ‘wang’ yang
7
menjadi salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik tahun 5.
Daripada pelaksanaan aktiviti PdP guru, maka berikut adalah proses pelaksanaan kaedah
PBM ini juga telah dilaksanakan oleh guru dalam aktiviti PdP yang dijalankan:-
1) Peringkat Membina Masalah
Pelaksanaan kaedah PBM ini perlu dimulakan dengan membina dan mewujudkan
satu persoalan dan masalah yang perlu difahami oleh murid tentang topik
pengajaran yang akan dijalankan (Boud dan Fletti, 1991). Semasa guru ingin
membina soalan atau masalah, guru perlu memastikan agar masalah yang dibina
dan dibangkitkan tersebut perlu sesuai dengan topik pengajaran yang dijalankan.
Dalam pada itu, masalah yang dibangkitkan juga perlulah mempunyai maksud
tersirat tentang topik pengajaran yang dijalankan. Ini penting agar murid dapat
berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan dan ini adalah elemen
penting untuk menjayakan pelaksanaan kaedah PBM ini.
Perkara ini juga turut dilakukan oleh guru di mana beliau telah membina satu
persoalan atau masalah yang bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada
murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Berikut adalah masalah yang
telah dibina oleh guru di peringkat awal pelaksanaan aktiviti PdP:-
‘Kita sangat memerlukan perkara ini untuk memenuhi pelbagai keperluan
kehidupan. Tanpa perkara ini, kita tidak akan dapat menjalani kehidupan
untuk dengan sempurna. Kita memerlukannya untuk makan, beriadah,
berbelanja dan sebagainya. Kita juga memerlukannya semasa hendak ke
sekolah. Tanpanya, kita tidak akan dapat membeli makanan di kantin
sekolah.’
Dalam persoalan ini, guru telah menggantikan perkataan wang dengan istilah
‘perkara’ agar tidak memberikan gambaran yang jelas kepada murid tentang topik
pengajaran yang akan dijalankan. Dengan menggunakan istilah seperti ini, maka
murid akan dapat berfikir tentang aktiviti PdP yang akan dijalankan.
8
2) Peringkat Menghubungkait
Setelah murid diajak untuk berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan,
peringkat pelaksanaan kaedah PBM adalah dengan menghubungkaitkan masalah
tersebut dengan pengalaman sedia ada murid dan juga topik pengajaran yang akan
dijalankan (Noraini Idris, 2005). Semasa proses ini dijalankan, guru perlu memberi
penerangan ringkas kepada murid tentang topik yang diajarkan seperti penerangan
guru tentang topik wang yang akan diajarkan kepada murid. Pada peringkat ini
juga, guru juga turut menjelaskan kepada murid beberapa persoalan lain yang
berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini adalah untuk memastikan agar
murid dapat memahami topik pengajaran dengan lebih jelas sebelum guru
meneruskan proses pengajaran ke peringkat yang seterusnya. Pada peringkat ini
juga, guru turut mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid yang bertujuan
untuk memastikan murid mendapat gambaran yang lebih jelas tentang topik wang
yang akan dibincangkan. Secara tidak langsung, proses menghubungkait masalah
yang dibangkitkan oleh guru dengan topik pengajaran dan pengalaman sedia ada
murid, akan memudahkan lagi murid untuk memahami topik wang.
3) Peringkat Penerokaan dan Perbincangan
Setelah murid didedahkan dengan maklumat dan informasi yang berkaitan dengan
topik pengajaran yang akan dijalankan, proses pelaksanaan kaedah PBM yang
seterusnya adalah menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan yang mana
murid akan cuba untuk menyelesaikan pelbagai bentuk persoalan yang
dibangkitkan oleh guru (Marrison dan Lowther, 2003). Menurut Boud dan Fletti
(1991), guru perlu memastikan agar setiap murid melibatkan diri dengan
sepenuhnya dalam proses PdP yang dijalankan. Ini adalah untuk memastikan agar
murid dapat mengambil manfaat dan kelebihan daripada proses perbincangan dan
penerokaan yang dijalankan.
9
Keadaan seperti ini turut menjadi penekanan kepada guru yang mana turut
menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan di kalangan murid. guru telah
menyediakan pelbagai bentuk soalan yang mempunyai aras kesukaran yang
berbeza. Kesemua soalan ini juga perlu diselesaikan oleh murid menerusi
perbincangan dan meneroka pelbagai kemungkinan jawapan bagi setiap soalan
yang ada. Dengan menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan seperti ini,
murid yang lemah akan dapat dibantu untuk memahami topik wang dengan lebih
baik.
4) Peringkat Penilaian
Proses penerokaan dan perbincangan yang telah selesai dijalankan oleh murid akan
diteruskan dengan proses penilaian yang merupakan peringkat keempat dalam
pelaksanaan kaedah PBM. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlulah menjurus
kepada objektif pengajaran guru dan juga objektif pelaksanaan kaedah PBM iaitu
untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelbagai bentuk soalan
matematik yang mempunyai aras kesukaran yang berbeza (Khairani dan Hazali,
2000). Penilaian terhadap dua aspek ini juga penting dalam memastikan agar setiap
aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tidak menyimpang daripada fokus utama
yang ingin dicapai dalam mata pelajaran matematik.
Oleh itu, guru juga turut menjalankan penilaian kepada beberapa aspek. Antaranya
ialah:-
Guru telah menilai kesemua jawapan yang telah disediakan oleh setiap
murid dalam kumpulan perbincangan mereka. Contohnya seperti cara murid
menyediakan jalan penyelesaian untuk setiap soalan, kesilapan yang kerap
dilakukan oleh murid dalam menyediakan jawapan soalan dan seumpamanya.
Guru juga turut menilai tahap perkembangan pengetahuan dan
kefahaman murid terhadap topik wang dengan mengemukakan beberapa
persoalan tambahan secara lisan semasa proses menyemak jawapan murid
dijalankan. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan membantu guru
10
menilai tahap kefahaman sebenar murid terhadap topin wang yang telah
dijalankan.
Penilaian juga turut dijalankan ke atas perkembangan kemahiran
berfikir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang
telah dicapai oleh murid semasa proses perbincangan dan penerokaan
dijalankan.
Oleh yang demikian, tiga aspek penilaian yang dinyatakan di atas telah dijadikan
sebagai kriteria utama yang ditekankan oleh guru dalam memastikan pelaksanaan
kaedah PBM dapat memberikan kesan yang memuaskan kepada setiap murid.
5) Peringkat Pemindahan Maklumat
Proses terakhir dalam pelaksanaan aktiviti PBM adalah proses pemindahan
maklumat yang mana guru akan merumuskan aktiviti PdP dengan menjelaskan
secara lebih terperinci kepada murid tentang topik pengajaran yang telah dijalankan
(Savery dan Duffy, 1995). Semasa merumuskan aktiviti PdP, guru telah
menjelaskan semula kepada murid tentang konsep wang yang telah dijalankan.
Dalam pada itu, beliau juga turut menjelaskan kepada murid tentang cara untuk
menyelesaikan setiap persoalan dengan betul khususnya soalan yang telah
dibincangkan oleh murid. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan dapat
mengukuhkan lagi pengetahan dan kefahaman murid tentang topik wang yang telah
dibincangkan.
Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa proses pelaksanaan kaedah PBM
menjurus kepada lima proses yang utama. Setiap proses dan peringkat pelaksanaan kaedah
PBM ini juga dilaksanakan dengan lebih baik agar dapat membantu guru meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang dijalankan.
11
HUBUNGKAIT ANTARA STRATEGI,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.
4.0 Kesimpulan
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik, guru
boleh menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran. Antaranya ialah kaedah
berasaskan web yang mana guru menggunakan laman web dan beberapa perisian
pembelajaran berasaskan komputer sebagai medium pengajaran (Mok Soon Sang ,1989).
Guru juga menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah yang mana guru
menyatakan pelbagai bentuk masalah yang berkaitan dengan topik Matematik yang
diajarkan kepada murid. dalam aktiviti ini, murid perlu mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam memastikan setiap masalah dapat diselesaikan dengan lebih dan memuaskan
(Khairani dan Hazali, 2000). Selain itu, kaedah pengajaran kontekstual juga boleh
digunakan yang mana mengaitkan pengalaman seharian murid dalam menjalankan aktiviti
P&P Matematik (Md. Nor Bakar, 1995). Begitu juga dengan kaedah konstruktivisme yang
mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan topik pengajaran matematik yang
diajarkan (Noraini Idris, 2005). Kesemua empat kaedah pengajaran ini adalah bentuk dan
kaedah pengajaran yang semakin sinonim dengan guru Matematik dalam melaksanakan
aktiviti PdP Matematik
12
Jumlah : 2,740 Perkataan
Rujukan
D’ Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School, Harper & Row Publisher, New York
Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books, New York
Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
Kennedy, L.M and Tipps, S. (1994). Guiding Children’s Learning Of Mathematic. Belmont: Wadsworth Publishing Company.
Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR. Cerdik Publications Sdn. Bhd, Pulau Pinang
Md. Nor Bakar (1995). Masalah Pengkonsepan dalam Matematik. Jurnal Pendidikan UTM. 1(1): 72 – 80, Johor
Mok, Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah, Longman Malaysia, Petaling Jaya, Selangor
Mok Soon Sang (1989). Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Newman, M. A. (1977). An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written Mathematical Task. Research in Mathematical Education in Australia. Vol.5: 239 - 258
Ngean, Ng See (1984). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia. Kertas yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
13
14
RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 2
1. Tarikh 8 April 2013
15
2. Masa 60 minit
3. Tahun 3 UKM
4. Bilangan murid 36 orang
5. Mata Pelajaran Matematik
6. Tajuk Pengajaran Masa dan Waktu
7. Standard kandungan Murid dibimbing untuk:-
9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.
8. Standard Pembelajaran Murid berupaya untuk:-
(iii) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dangan dan lima minit.
9. Pengetahuan SediaAda1. Murid telah mengenali istilah-istilah jam,minit dan waktu.
(pagi,tengahari,malam)
2. Murid pernah menyebut waktu dalam jam
3. Murid telah mengenal tanda senggatan minit pada muka
jam.
10. Objektif PengajaranMurid dapat :-
1. Menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu.
2. Menulis waktu dalam jam dan minit dalam sistem 12 jam sekurang- kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul
11. Isi Pelajaran 1. Menyatakan waktu menjalankan aktiviti harian.
2. Menyatakan ciri-ciri sebuah jam
3. Menyata,Menunjuk dan Menulis waktu dalam bentuk jam
16
dan minit.
4. Latihan pengukuhan, pengayaan dan penilaian.
12. Nilai-nilai murni 1. Jujur, Kreatifdan Cekap dalam pengurusan masa.
2. Konsentrasi, Teliti, Disiplin
3. Semangat bekerjasama dalam kumpulan.
13. Alat Bantu Mengajar . JamEva,Jam Dinding,Slaid Power Point, LCD Projektor,Laptop,
Kad nombor, Pen berwarna ,Lembaran kerja dan Carta.
14. Bahan RujukanBahan rujukan TMK:
1) Bahan Bantu Mengajar berbentuk slaid persembahan MS
PowerPoint dan Perisian Permainan .
2) Perisian MS Word dan dokumen-dokumen berkenaan
masa dari Cd Room.
Bahan rujukan bukan TMK:
a. Buku teks tahun 1, 2 dan 3 dan buku aktiviti.
b. Carta dan kad imbasan.
c. Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2.
15. Langkah keselamatan 1) Guru mengingatkan pelajar tentang tatacara belajar
dipersekitaran yang menggunakan projektor.
2) Guru menekankan nilai murni dan memerhatikan
pencapaian pembelajaran untuk domain afektif.
AktivitiPembelajarandanPengajaran ABM,
17
Langka
h
Isi Pelajaran Nilai,KBKK,
Strategi
Aktiviti Guru AktivitiMurid
Set
Induksi
(5 minit)
Menyatakan
waktu
menjalankan
aktiviti
Pagi
Petang
Malam
1.Guru menunjukkan
Beberapa aktiviti
harian melalui slaid
powerpoint dan
menyoal murid:-
• Apa yang kamu lihat
dalam gambar?
• Bilakah kamu
melihat aktiviti
tersebut dilakukan?
2.Guru meminta
murid menyatakan
bagaimana cara
mengetahui masa
aktiviti-aktiviti di dalam
gambar di atas.
3.Guru akan
menjelaskan bahawa
masa itu amat penting
dalam hidup.
1.Murid menyatakan
waktu dan masa
aktiviti tersebut
berdasarkan gambar
yang ditunjukkan.
2. Murid akan
memberi jawapan
jam.
Laptop
Jujur,kerjasama
dan amanah,
ketelitian
Menjana idea
Kaedah
Penyoalan
Langkah
1
(15
minit)
Menyatakan
ciri-ciri sebuah
jam.
1.Guru akan
menunjukkan model
muka jam dinding.
Guru akan bersoal
jawab dengan murid
1.Murid memberikan
respon dengan
menjawab secara
lisan mengenai ciri-ciri
muka jam.
Jam
dinding,JamEnov
a,Carta
18
Jarum
Pendek(jam),
Jarum
Panjang
(minit),Jarums
aat
Menyatakan
waktu dalam
jam dan minit
Ini apa?
Ceritakan apa yang terdapat dalam jam ini.
2.Guru menegaskan
terdapat jarum jam
pendek,jarum minit
pada panjang pada
muka jam
3. Guru akan
gerakkan jarum minit
untuk setiap segmen 5
minit mengelilingi
muka jam.
4.Guru menerangkan
setiap senggatan
mewakili 5 minit
Sifir berapakah
yang
digunakan bagi
menentukan
minit?.
5. Guru menerangkan
cara membaca waktu
dalam jam dan minit.
Sebut jam
dahulu, diikuti
dengan minit.
6. Guru menetapkan
2. Murid akan bilang
dalam gandaan 5.
3. Murid membaca
setiap segmen 5
minit, iaitu 5 minit, 10
minit, 15 minit ......
sehingga 60 minit.
4.Murid-murid akan
mendapati apabila
jarum minit membuat
satu pusingan,jarum
jam akan bergerak
satu jam, iaitu dari 12
ke 1.
5.Murid memerhati
dan memberi maklum
balas berkaitan waktu
yang ditunjukkan iaitu
6:05.
Jujur,
bekerjasama
Analisis,
menjana
idea ,kreatif
Kaedah
Eksposisi ,
Strategi
berpusatkan
bahan,
19
Menunjukkan
waktu yang
disebut
jarum jam antara 4
dan 5
dan jarum minit pada
6.
7.Guru teruskan
aktiviti dengan
penetapan waktu yang
berlainan
9.Guru meminta
beberapa orang murid
tampil kehadapan
menyebut waktu
dalam jam dan minit.
6.Murid akan
membaca waktu yang
ditunjukkan pada jam
Enova .
7.Murid akan
mengerakkan
kedudukan kedua-dua
jarum mengikut masa
yang disebut.
Langkah
2
(10
minit)
Menulis waktu
yang
dinyatakan
1.Guru menerangkan
cara menulis waktu
dalam jam dan
sengatan minit
dengan mengunakan
jam Eva
Tulis dulu jam
diikuti minit
dalam bentuk
angka
pastikan ada
tanda titik
selepas tulis
jam diikuti minit
1.Murid akan memberi
maklumbalas dengan
positif
2.Murid akan cuba
menulis waktu atas
angin.
Jam Eva, White
board pen
Bahan grafik:
Carta
Bekerjasama,
Bertoleransi
tanggungjawab
Menjana idea.
Analisis,,Sintesis
idea
20
9:20
2.Guru membimbing
murid menulis waktu
dalam bentuk jam dan
minit
i. Di manakah
letaknya jarum
pendek?
ii. Di manakah
letaknya
jarum panjang?
1.Guru akan meminta
murid menulis waktu
yang ditunjukkan
dalam bentuk angka.
2.Guru teruskan
aktiviti dengan
penetapan waktu yang
berlainan dalam jam
Eva itu.
3.Murid akan menulis
masa yang
ditunjukkan dalam
bentuk angka dengan
menggunakan jam
Eva dan pamerkan di
hadapan kelas.
Kaedah Eksposi
Langkah
3
(15
minit)
Aktivitipenguk
uhan
Pukul 2:15,
1.Guru akan
bahagikan murid
kepada 6 kumpulan.
2.Setiap ketua
1.Setiap ketua
kumpulan akan
mendapatkan jam Eva
dan sampul surat.
2.Para Murid akan
Jam Eva,Kad
berwarna,Sampu
l surat,Carta dan
pen berwarna
Kerjasama,
21
Pukul3:45,
Pukul 4:30,
Pukul 5:50
kumpulan diberikan
satu jam Eva bersama
satu sampul surat.
Dalam setiap sampul
itu terdapat sekeping
kad yang berwarna.
3.Guru meminta
setiap kumpulan
menunjukkan waktu
yang yang disebut
oleh setiap ketua
kumpulan melalui jam
Eva.
4.Guru akan memberi
mata kepada setiap
kumpulan yang
menunjuk waktu yang
tepat dalam.
5.Selepas itu meminta
menulis waktu
tersebut dalam kad
berwarna yang diberi.
Aktiviti ini akan
berterusan sehingga
semua ketua
kumpulan mengambil
bahagian.
mengerakkan jarum
jam mengikut waktu
yang disebut
menggunakan jam
Eva
3.Murid menulis waktu
dalam jam dan minit
setelah berbincang
dengan rakan –rakan
sekumpulannya.
4.Setiap kumpulan
akan bertukar kad
berwarna itu dan
menandakannya.
Guru bertindak
sebagai fasilitator.
Hasil kerja murid akan
dipamerkan.
Kumpulan yang
mendapat semua
betul dikira
Bertoleransi,
Tanggungjawab
Jujur
Analisis,
Menjana idea,
Menyelesaikan
masalah,
Berjimatcermat.
Kaedah
Simulasi,
Kaedahperbinca
ngan
22
6.Guru meminta
menukar kad
berwarna itu sesama
kumpulan.
7.Guru akan
memberikan jawapan
setelah bincang
dengan semua murid.
8.Guru akan membuat
penghargaan kepada
setiap hasil kerja
kumpulan.
pemenang.
Langkah
4
(10
minit)
Latihan
pengukuhan/
pengayaan
1.Guru mengedarkan
lembaran kerja
kepada setiap murid.
2.Guru menerangkan
cara menjawab soalan
dalam lembaran kerja
tersebut.
3.Guru
membincangkan
jawapan bersama-
sama murid
1.Murid menjawab
soalan-soalan yang
dikemukakan dalam
lembaran kerja yang
diedarkan.
2.Murid saling
bertukar lembaran
kerja dan
menandakannya.
Media cetak :
Lembaran kerja
Jujur
Analisis,
Menjana idea.
Kaedah
Perbincangan
Penutup
(5 minit)
Permainan My
Clock Games
1.Guru menggunakan
talian internet untuk
memaparkan
Murid akan menonton
permainan yang
dipaparkan dalam
Media :
Talian internet
htttp
23
permainan ‘My Clock”
Games kepada murid.
A.Guru mengadakan
pertandingan diantara
murid.
~Sebutkan waktu
yang ditunjukkan.
~Tunjukkan waktu
yang dipaparkan.
B.Guru akan memberi
ganjaran kepada
pemenang
C.Guru akan
membuat rumusan
hasil pembelajaran
yang dipelajari pada
hari ini.(Menerapkan
sikap mementingkan
pengurusan masa)
laptop.
Murid akan memberi
respons yang positif .
Bekerjasama,
Menjana idea.
Kaedah
Permainan
24