asgmnt hbps2303 pengantar bahasa kanak-kanak.docx

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2011(SMP AMBILAN KHAS JAN 2011) HBPS2303 PENGANTAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 790816105024001 NO. KAD PENGENALAN : 790816105024 NO. TELEFON : 019-2647984 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

Upload: maizatulakmameija

Post on 25-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2011(SMP AMBILAN KHAS JAN 2011)

HBPS2303 PENGANTAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 790816105024001

NO. KAD PENGENALAN : 790816105024

NO. TELEFON : 019-2647984

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

Page 2: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

1 1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENGENALAN2.0 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan2.1 Pendekatan Projek

3.0 PROJEK PENANAMAN BIJI BENIH

3.1 Pengenalan Projek 3.2 Aktiviti 1 3.3 Aktiiviti 2 3.4 Aktiviti 3 3.5 Aktiviti 4

4.0 PENUTUP

5.0 RUJUKAN

6.0 LAMPIRAN

Page 3: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan mengenai

kaedah projek. Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa

individu yang sedikit sebanyak telah membantu saya dalam melaksakan tugasan ini.Penghargaan

tersebut saya tujukan kepada pensyarah bersemuka saya iaitu Encik Ahmad Fuad b Hj Hashim

dan juga tutor on-line iaitu Pn ziraiza bt Hj Ismail.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang

banyak membantu dan murid-murid yang telah melaksanakan projek ini.

Semoga hasil kerja yang telah saya hasilkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang

telah diberikan.Saya berharap juga bahawa dengan penghasilan tugasan ini ia dapat membantu

diri saya dan individu lain dalam mengetahui kaedah pendekatan projek ini.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu tahap yang sangat penting dalam sistem

pendidikan .Ini kerana bagi menghasilkan kanak-kanak yang sempurna pendidikan adalah

bermula dari awal lagi bahkan mengikut pendapat ahli-ahli perubatan pendidikan boleh bermula

seusia bayi dalam kandungan lagi.bergantung.Setiap kanak-kanak mempunyai tahap

perkembangan yang berbeza antara individu kepada beberapa faktor iaitu genetik, persekitaran

dan sebagainya . Namun begitu pendidikan awal kanak-kanak adalah bukan berlandaskan

kemahiran 4m semata-mata iaitu membaca, menulis, mendengar dan menaakul malah ianya

melibatkan perkembangan mereka secara menyeluruh bersesuaian dengan falsafah pendidikan

prasekolah kebangsaan yang menginginkan bahawa murid-murid prasekolah perlu diberi

pendidikan secara menyeluruh termasuk perkembangan jasmani, emosi, rohani,intelak dan sosial

mereka secara optimim.

Bagi merealisasikan misi pendidikan ini, satu kurikulum prasekolah telah dibentuk bagi

memudahkan guru-guru mahupun pendidik sebagai garis panduan kepada mereka bagaimana

Page 4: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

untuk mengaplikasikan pendidikan yang bermakna kepada murid-murid prasekolah ini. Mulai

tahun 2010, guru-guru perlu mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dimana ia

lebih menitikberatkan kurikulum yang lebih seimbang antara membentuk kemahiran asas dan

juga pendidikan secara menyeluruh.

Seperti yang telah dinyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan

yang berbeza . Menurut Teori kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Maslow, setiap

individu mempunyai kecenderungan yang berbeza iaitu dari aspek linguistik dan bahasa,

kecerdasan matematik, interpersonal, intrapersonal, muzikal dan sebagainya. Ini terbukti kerana

kita dapat lihat kadang-kadang terdapat seseorang itu mudah untuk mengingat formula-formula

matematik berbanding orang lainantara satu dengan yang lain.

Mengikut teori Jean Piaget yang merupakan salah seorang tokoh kanak-kanak yang

sangat terkenal menyatakan kanak-kanak pada tahap lima hingga enam tahun ini belajar daripada

sesuatu mudah kepada yang susah, daripada konkrit kepada yang lebih abstrak. Oleh yang

demikian, kurikulum yang telah dibina untuk murid-murid prasekolah adalah berlandaskan satu

kurikulum yang berfokus dimana ia berlandaskan tema. Pemilihan tema adalah berdasarkan

persekitaran murid dan juga persediaan mereka dalam sesuatu perkara. Seperti yang telah

dinyatakan bahawa kanak-kanak belajar daridapa mudah kepada yang susah, oleh yang demikian

pemilihan tema juga berpandukan kepada yang lebih mudah dan dekat dengan mereka kepada

yang lebih jauh ,susah dan abstrak.Contohnya, pada minggu pertama persekolahan murid-murid

masih lagi dalam dilemma iaitu mengalami perubahan yang drastik dalam hidup mereka dimana

mereka terpaksa berpisah dengan ibubapa dalam jangka masa yang agak lama.Oleh itu, tema

pertama yang di pilih ialah orientasi dan seterusnya tema diri saya kerana ianya mudah dan

sangat dekat dengan diri murid.Kemudian baru lah ia beralih kepada diri sendiri dan kawan-

kawan dan seterusnya kepada tema yang lebih sukar.

Bagi merealisasikan kurikulum yang berlandaskan tema ini berserta dengan

perkembangan murid yang pelbagai, maka pelbagai teknik dan pendekatan telah diaplikasikan

bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna bersesuaian dengan umur dan

perkembangan murid. Pendekatan dalam konteks pendidikan adalah bermaksud bagaimana atau

cara sesuatu kurikulum dilaksanakan dengan menggunakan teknik dan kaedah dan diikuti dengan

tindakan susulan.Beberapa kaedah yang sesuai dilaksanakan di prasekolah ialah pendekatan

Page 5: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

bertema, penemuan-inkuiri, Salah satu pendekatan yang sangat sesuai diaplikasikan di

prasekolah ialah pendekatan projek.

2.2 Pendekatan Projek

Pendekatan projek adalah merupakan satu pendekatan yang memerlukan kanak-kanak

melakukan penerokaan dan penyelidikan dalam pembelajaran menggunakan inisiatif dan

kreativiti mereka sendiri. Pendekatan projek ini telah ditonjolkan oleh salah seorang tokoh

pendidikan awal kanak-kanak iaitu Reggilio Emilia dimana beliau mempunyai kurikulum yang

tersendiri dalam pendekatan projek. Beliau menyatakan kanak-kanak harus diberi peluang

meneroka dan mencari inisiatif sendiri dalam melakukan sesuatu supaya mereka memperolehi

pengalaman dengan sendiri. Dalam konsep ini, guru hanyalah berfungsi sebagai pemerhati dan

penasihat manakala aktiviti adalah berfokuskan murid.

Begitu juga seperti yang telah dinyatakan oleh Bustam dan Putri Zabariah (2006), yang

mana pendekatan ini merupakan satu penyelidikan yang mendalam tentang sesuatu topik bagi

memperoleh jawapan. Hala tuju pembelajaran dibuat mengikut minat murid dan guru adalah

sebagai pemudah cara.

Aktiviti dalam pendekatan projek ini boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek

mahupun jangka masa panjang.Ia adalah bergantung kepada topik yang dipilih.Bagi sesuatu

topik yang memerlukan jangkamasa yang panjang , guru boleh memberhentikan dulu proses

pembelajaran dan akan disambung pada masa yang sesuai apabila projek tersebut sudah

menunjukkan perkembangannya. Menurut Reggilio Emilia , beberapa perkara perlu diberi

perhatian dalam melaksanakan pendekatan projek. Antaranya ialah:

i. Suasana pembelajaran yang ceria dan selesa.

ii. Guru perlu mengatur pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak melakukan

penerokaan yang panjang dan menyelesaikan masalah dalam kelompok yang kecil di

mana terdapat kerjasama dan persaingan.

iii. Pendekatan ini juga sesuai dengan Teori Howard Gardner yang menggunakan

integrasi seni dalam memperkembangkan kecerdasan linguistik, sosial dan kognitif.

iv.Mendokumentasikan perkembangan projek mereka adalah merupakan alat penting dalam proses

pembelajaran.

Page 6: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

3.0 PROJEK TANAMAN BIJI-BENIH

3.1 Pengenalan ProjeK

Bagi melihat sejauhmana keberkesanan pendekatan projek ini, saya telah laksanakan pendekatan

ini di prasekolah bersama murid-murid .

TEMA : Tumbuh-tumbuhan

PENDEKATAN : PROJEK

TAJUK : Menanam pokok cili dan menanam taugeh

AKTIVITI :

1. Murid –murid berkumpul dan membuat bulatan .Guru menerangkan aktviti yang akan

dilakukan murid .

2. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih

mudah dan teratur. Setiap kumpulan tedapat 5 orang murid.

3. Guru memperkenalkan peralatan yang akan digunakan untuk menanam pokok dan

bagaimanakah cara pokok tersebut ditanam mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.

4. Setiap kumpulan melakukan aktiviti menanam pokok cili dan pokok taugeh secara

bergilir mengikut kumpulan. Guru hanya menjadi pembimbing dan pemantau kepada

aktiviti yang dilakukan.

5. Murid menandakan projek mereka dengan nama kumpulan.

(Sila lihat lampiran)

Aktiviti pendekatan projek yang telah dilaksanakan ini merupakan salah satu aktiviti

projek yang mengambil masa yang agak panjang seperti pokok cili ia mungkin boleh

Page 7: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

dijadikan projek sepanjang tahun manakala bagi pokok taugeh ia mengambil masa tidak

terlalu lama iaitu dalam tampo beberapa minggu sahaja.Murid-murid akan sentiasa

mengikuti perkembangan projek mereka dari masa ke semasa dan merekodkan

pertumbuhan yang telah berlaku dalam carta dengan menggunakan kertas warna dari

minggu ke minggu.

Guru hanya member panduan kepada murid bagaimana cara menjaga tumbuh-tumbuhan

mereka dan mereka secara bergilir dalam kumpulan akan menyiram tumbuhan mereka

Melalui aktiviti pendekatan projek ini, guru dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang

berkaitan dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran bagi pelbagai komponen

yang terdapat dalam kurikulum yang telah digubal.

Komponen-komponen yang terdapat dalam kurikulum standart prasekolah kebangsaaan

ialah komunikasi yang terbahagi kepada dua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa

Malaysia,Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Ketrampilan diri ,

Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Setiap komponen mempunyai standard pembelajaran yang berbeza dimana ia

memerlukan kanak-kanak mencapai objektif yang tertentu .Namun begitu, dalam konteks

prasekolah, setiap proses pembelajaran dan pengajaran, guru-guru boleh mengamalkan

pembelajaran bersepadu dan menggabungjalin beberapa standard pebelajaran dalam

komponen yang berlainan dalam seseuatu aktiviti.Contohnya dalam slot komponen

bahasa Malaysia, guru juga boleh memasukkan komponen kreativiti dan sebagainya

dalam slot tersebut. Ini kerana berfokus kepada matlamat pendidikan prasekolah yang

mementingkan perkembangan secara menyeluruh.

Bagi projek yang telah dipilih ini pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan

mengikut tempoh yang berbeza dan komponen yang berbeza secara bersepadu.Empat

contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan berdasarkan projek tersebut dan mengikut tema

tumbuh-tumbuhan ialah:

Page 8: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

3.2 AKTIVITI 1

TARIKH : 2 Nov 2013

MASA : 9.30 pagi – 10.00 pagi ( 30 minit)

KOMPONEN : Sains dan teknologi

STANDARD KANDUNGAN : ST3.3 Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan

iaitu daun, bunga, buah serta

pertumbuhan anak benih.

STANDARD PEMBELAJARAN : ST3.3.4 Memerhati dan bercerita dengan

bimbingan tentang percambahan biji

benih dan pertumbuhan anak benih.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran, murid dapat menceritakan

tentang percambahan biji benih dari awal

hingga menjadi pokok.

AKTIVITI :

1. Guru meminta murid duduk dalam bulatan. Guru memulakan aktiviti dengan

menunjukkan kepada murid-murid carta atau pun graf pertumbuhan biji benih yang telah

dilakukan oleh murid-murid berdasarkan projek yang telah mereka dilaksanakan.

2. Guru meminta murid menceritakan pengalaman mereka dalam melaksanakan projek dan

menceritakan tentang percambahan biji benih.

3. Guru bertanya mengenai perbezaan pertumbuhan antara dua jenis pokok tersebut.

4. Guru memberikan murid lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan.

5. Murid duduk kembali dalam bulatan dan menyanyikan lagu Ku Siram Pokok Bunga.

PENERANGAN AKTIVITI;

Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah merupakan di bawah komponen sains dan teknologi

dimana ia merupakan objektif utama dalam pembelajaran bertema.Aktiviti ini dilaksanakan

selepas minggu ke keempat projek penanaman pokok cili dan pokok taugeh dilakukan. Ini adalah

kerana objektif utama slot ini adalah bagi mengetahui tentang pertumbuhan biji-benih. Namun

Page 9: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

begitu, bagi aktiviti ini guru menggabungjalinkan dengan komponen lain iaitu Bahasa Malaysia

dan kreativiti muzikal. Guru memulakan sesi pembelajaran dengan meminta murid duduk dalam

bulatan dan guru menunjukkan beberapa carta pertumbuhan pokok cili dan pokok taugeh yang

telah ditanam oleh murid.Sebelum itu, murid telah mencatat dan membuat graf menggunakan

kertas warna bagi mengukur ketinggian pertumbuhan pokok.

Berdasarkan graf projek tersebut guru memilih beberapa orang murid secara bergilir untuk

menceritakan pengalaman mereka mengenai projek menanam pokok tersebut dan apa yang

berlaku kepada biji benih yang telah ditanam.Murid menceritakan bagaimana pertumbuhan biji

benih sehingga menjadi pokok kecil berdasarkan gambar dan carta yang telah mereka buat. Guru

hanya berfungsi sebagai pembimbing dan sesi pembelajaran adalah berpusatkan murid .

Guru meminta murid memberikan pendapat mereka tentang perbezaan kedua-dua tumbuhan iaitu

pokok cili dan pokok taugeh dan mengapa ia berlaku. Ia dapat menjana idea murid dan

menaakul.Guru bertindak sebagai pembimbing.

Bagi mengetahui tahap kefahaman murid dan juga sebagai aktiviti pengayaan, guru meminta

murid membuat latihan iaitu menyusun pertumbuhan biji benih daripada awal hingga menjadi

besar.( sila lihat lampiran)

Sebagai aktiviti penutup, guru meminta murid-murid menyanyikan lagu Ku Siram Pokok Bunga

yang mereka telah pelajari sebelum ini.

3.3 AKTIVITI 2

TARIKH :1 Nov 2013

MASA :10.30 – 11.00pagi ( 30 Minit)

KOMPONEN :Komunikasi. Bahasa Malaysia

STANDARD KANDUNGAN : BM 3.7 Membaca ayat tunggal yang mudah

STANDARD PEMBELAJARAN : BM 3.71 Membaca ayat tunggal yang mudah dengan

bimbingan

Page 10: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid dapat membaca ayat tunggal

mengenai pokok dengan bimbingan guru.

AKTIVITI :

1. Guru mengumpulkan murid dalam bulatan dan memberikan teka teki kepada murid.

2. Guru meminta murid mengikut membaca ayat tunggal mengenai pokok.

3. Guru meminta murid membaca secara individu secara bergilir-gilir.

4. Murid membuat latihan dalam lembaran kerja.

PENERANGAN AKTIVITI:

Bagi aktiviti dalam komponen Bahasa Malaysia ini , sebagai aktiviti induksi, guru

memberikan teka-teki kepada murid dan meminta murid meneka jawapannya.Contoh teka-

teki:

Tanam pokok bersama ibu,

Pokok ditanam diatas tanah,

Kalau adik sudah tahu,

Apakah buah yang pedas dan berwarna merah.

Guru memberikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul sebagai

penghargaan.

Selepas itu, guru meminta murid mengikut guru membaca beberapa ayat tunggal berkaitan

dengan pokok menggunakan kad ayat yang telah ditunjukkan.Kemudian, murid secara

bergilir-gilir membaca ayat tunggak tersebut.Guru akan membimbing murid yang masih

belum menguasai kemahiran membaca ayat tunggal.Dalam aktiviti ini, guru secara tidak

langsung dapat meningkatkan kemahiran keyakinan diri murid.

Setelah semua murid membaca ayat tersebut guru b murid-murid latih tubi ayat tunggal

berkaitan tema . Murid diminta mengisi tempat kosongdengan perkataan yang sesuai

dalam ayat berdasarkan gambar yang diberi.

Page 11: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

3.4 AKTIVITI 3

TARIKH : 3 Nov 2013

MASA :8.30 pagi -9.30 pagi ( 60 minit)

KOMPONEN : Kreativiti dan Estetika

STANDARD KANDUNGAN : KTI 1.1 Mengenal bahan yang diperlukan untuk

menghasilkan sesuatu karya

contohnya berus dengan bimbingan guru

.

STANDARD PEMBELAJARAN : KTI 1..1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai untuk

dalam penghasilan karya

PENGGABUNGJALIN KM 6.6.2 Bercerita dengan bimbingan guru tentang

kepentingan air, udara dan matahari

kepada hidupan di dunia.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid dapat

Menghasilkan kolaj menggunakan bahan daripada

tumbuhan basah dan kering

1. Murid berkumpul di tempat mereka menanam pokok cili .

2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang perkaitan cahaya matahari, air dan udara

tentang pertumbuhan pokok.

3. Guru meminta murid menceritakan tentang kepentingan air,cahaya matahari dan

udara terhadap hidupan di dunia termasuk pokok , haiwan dan juga manusia.

4. Guru meminta murid meneka atau meramalkan apa akan terjadi kepada tumbuh-

tumbuhan sekiranya tidak menerima cahaya matahari, air dan udara.

5. Murid membuat kolaj menggunakan bahan tumbuh-tumbuhan hidup dan kering.

Page 12: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

PENERANGAN AKTIVITI;

Aktiviti ini yang berfokuskan tentang komponen kreativiti dan estetika dan

digabungjalinkan dengan komponen kemanusiaan. Sebagai aktiviti induksi , guru membawa

murid ke tempat projek pertumbuhan biji benih yang telah mereka laksanakan dua minggu yang

lepas.Murid dalam kedudukan bulatan. Guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang

perkaitan cahaya matahari, air dan udara bagi tumbuh-tumbuhan.

Contoh soalan yang dikemukakan

1. Apakah yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk hidup?

2. Mengapa tumbuh-tumbuhan perlukan air?

3. Mengapa tumbuh-tumbuhan perlukan cahaya matahari?

Dalam aktiviti ini, guru bertindak sebagai pemudahcara di mana guru memberikan soalan-soalan

yang dapat membantu murid memberikan jawapan yang berfokus.

Guru membawa murid masuk ke dalam kelas dan guru meminta murid menceritakan tentang

kepentingan cahaya matahari, air dan udara terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga

manusia.

Seterusnya, murid-murid diminta meramalkan apakah yang akan berlaku kepada tumbuh-

tumbuhan yang tidak dapat cahaya matahai, air dan udara.

Guru memberikan pujian kepada murid yang dapat menberikan pendapat dan jawapan. Sebagai

aktiviti seterusnya yang dapat menarik minat murid, mereka dikehendaki membuat kolaj

menggunakan bahagian-bahagian tumbuh-tumbuhan hidup mahupun kering.Contohnya ranting,

daun dan sebagainya.

3.5 AKTIVITI 4

TARIKH : 1 Nov 2013

Page 13: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

MASA : 10.30-11.10 ( 40 minit)

KOMPONEN :SAINS DAN TEKNOLOGI (Awal Matematik)

STANDARD KANDUNGAN : ST 8.1 Memahami operasi tambah dalam

lingkungan 10

STANDARD PEMBELAJARAN : ST 8.1.4 Menulis ayat matematik dengan

menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=).

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran murid dapat,

Menyatakan operasi tambah dalam bentuk ayat.

AKTIVITI

1. Guru meminta murid mengingat kembali proses pertumbuhan biji benih pokok cili yang

telah mereka tanam .

2. Guru meminta murid menyatakan pertambahan bilangan daun daripada minggu pertama

hingga minggu ke empat .

3. Guru memperkenalkan murid kepada ayat matematik dengan menggunakan symbol (+)

dan simbol (=).

4. Murid menyebut ayat matematik yang telah diperkenalkan .

5. Murid membuat aktiviti penambahan sebagai aktiviti pengukuhan.

PENERANGAN AKTIVITI.

Aktiviti yang dilaksanakan ini adalah aktiviti selepas beberapa minggu aktiviti projek

pertumbuhan biji-benih dilaksanakan. Ia merupakan komponen sains dan estetika iaitu dalam

awal matematik.Bagi set induksi aktiviti ini, murid dikehendaki mengingat semula tentang

percambahan biji benih dari minggu pertama hingga minggu tersebut.Guru meminta murid

mengira pertambahan helaian daun yang terdapat pada pokok.

Guru memperkenalkan ayat matematik operasi tambah menggunakan symbol (+) dan

Page 14: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

(=) .Contohnya, 3+3=6. Murid menyebut ayat matematik tersebut beserta jawapan secara

bergilir-gilir sehingga mereka faham.Sebagai aktiviti pengukuhan, guru memberi murid aktiviti

pengukuhan .Guru bertindak sebagai pembimbing.

4.0 PENUTUP

Kurikulum prasekolah kebangsaan yang menekankan perkembangan murid secara

menyeluruh sebenarnya sangat sesuai dengan pelabagai teori yangtelah dihasilkan oleh

tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Jean Piaget, Maria Montessori dan

Reggilio Emilia. Kanak-kanak dalam usia mereka seawall lima dan enam tahun sangat

suka mencuba dan meneroka sesuatu yang baru.Ini kerana pada ketika ini sel-sel otak

mereka sentiasa berkembang dengan baik dan aktif. Aktiviti pendekatan projek adalah

sanat bersesuaian diamalkan di prasekolah . Ini kerana melalui projek yang telah

dilakukan, kanak-kanak mampu mencipta atau memperoleh pengalaman mereka sendiri

tentang salah satu aktiviti kehidupan.mereka berjaya mencipta dan meneroka sesuatu

perkara yang baru.

Contohnya aktiviti penanaman biji benih ini, saya percaya sebagai murid yang

berada dalam kawasan bandar mereka belum pernah ada pengalaman dan pengetahuan

mengenai proses penanaman pokok ini.Namun begitu seperti yang telah dinyatakan

sebelum ini , perkembangan murid juga berkaitan dengan persekitaran mereka, sekiranya

murid-murid dikalangan luar Bandar di mana mereka telah biasa dengan aktiviti

penanaman pokok, guru perlu membina satu projek yang lebih mencabar supaya

mengelakkan daripada masalah kebosanan.

Di samping itu juga melalui aktiviti projek ini , pelbagai aktiviti yang berkaitan

dapat guru lakukan bersama murid dalam pelbagai komponen kerana ia dapat melibatkan

semua komponen termasuk kerohanian.Selain daripada mewujudkan unsure-unsur

kegembiran kepada murid-murid kerana melaksanakan aktiviti ini ia juga dapat

Page 15: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

membantu guru merancang dengan lebih baik tentang aktiviti-aktiviti berpandukan projek

yang telah dilaksanakan.

Selain daripada itu, ia juga dapat mewujudkan suasana yang menarik dan

harmoni. Melalui aktiviti ini, murid dapat menjana idea, menaakul dan membuat ramalan

seperti dalam aktiviti yang telah dilakukan dimana guru telah bertanyakan kepada murid

apakah yang akan terjadi kepada pokok tanpa kehadiran cahaya matahari, air dan udara.

Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan juga semangat bekerjasama di

mana mereka bersama-sama menanam, menjaga dan menyiram pokok yangtelah mereka

tanam.

Melalui pemantauan yangtelah saya lakukan, murid-murid sangat gembira dan begitu

teruja dalam melaksanakan aktiviti ini kerana datang sahaja ke sekolah mereka akan terus

ke kawasan di mana terletaknya tanaman mereka dan bersama-sama menyiram dan

menjaga pokok tersebut.

Jadi benarlah seperti apa yang telah dinyatakan oleh Reggilio Emilia bahawa

pendekatan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam pembelajaran selain ia mampu

meningkatkan tahap perkembaangan kognitif kanak-kanak.Namun begitu setiap aktiviti

yang dilakukan perlu dalam bimbingan guru sepenuhnya kerana faktor keselamatan dan

sebagainya.

Apa yang diharapkan ialah guru-guru dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti projek

ini supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bermakna dalam proses

pembelajaran mereka secara optimum.Guru adalah merupakan foktor penting dalam

menggerakkan aktiviti walaupun aktiviti dilaksanakan oleh murid-murid sendiri.

Page 16: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

5.0 RUJUKAN

1. Gordon, A. M., & Browne, K. W. (2004). Beginning and beyond. Foundations in early

childhood education (6th ed. ). NY: Thompson Delmar Learning.

2. Johnson, J. E. (2005). Approaches to early childhood education (4th ed.). NJ: Merill

Prentice Hall.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Kurikulum prasekolah kebangsaan. KL:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Ministry of Education. (1984). Status report of pre-school education. KL: Ministry of

Education Malaysia.

5. Putri Zabariah A. R., Bustam K., & Hamizah R. (2005). Tadika berkualiti. Pahang: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

6. White C. S., & Coleman, M. (2000). Early childhood education: Building a philosophy

for teaching. NJ: Merill Prentice Hall.

Page 17: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

6.0 LAMPIRAN

Murid-murid melakukan aktiviti menyemai biji benih kacang hijau menggunakan

beberapa bahan iaitu kacang hijau, kapas dan air.

Pertumbuhan pokok taugeh dalam minggu yang berbeza

Page 18: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

PROSES MENANAM BIJI CILI

Murid menggunakan peralatan menanam, tanah organic, biji cili dan plastic jernih yang telah

ditebuk bagi menggantikan polybag.

Page 19: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

PROSES PERTUMBUHAN CILI

Page 20: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

CARTA PERTUMBUHAN BIJI BENIH CILI

CARTA PERTUMBUHAN BIJI BENIH KACNG

Page 21: ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

LEMBARAN KERJA