anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas

86
Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentang keadaan sekolah baru anda . 21, Kampung Selang, 36000 Teluk Intan , Perak Darul Ridzuan. 25 Oktober 2008 . Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah dengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu . Saudara , Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak tanggungjawab . Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .

Upload: wong-lee-chee

Post on 29-Oct-2015

1.097 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentang keadaan sekolah baru anda .

21, Kampung Selang, 36000 Teluk Intan , Perak Darul Ridzuan.

25 Oktober 2008 .

Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah dengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu .

Saudara ,

Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak tanggungjawab .

Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .

Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapat kolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah .Di sekolah ini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang dan mempunyai tiga ratus orang guru .

Page 2: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Tulis sepucuk surat kepada seorang rakan anda di luar negara untuk menceritakan masalah penyakit berjangkit yang sedang melanda negara anda. Nyatakan juga langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah penyakit tersebut.

Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masingmasing mempunyai lima tingkat . Blok bangunan sekolah ini meliputi blok pentadbiran , pejabat , dewan dan asrama untuk para pelajar yang tinggal jauh .

Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajau dan banyak lagi .

Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada saudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yang akan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana . Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas ,

Linda Chin

Page 3: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Sugintut A/L KelekathuNo. 4, Jalan Cheras Raya,Taman Cheras Perdana,56200 Kuala Lumpur.26 Julai 2008.

Kehadapan sahabatku yang sentiasa diingati, Saudara Micheal J. Pundiek, yang kini berada di , India. Saya berharap agar saudara sentiasa berada dalam kandungan sihat walafiat bersama-sama dengan keluarga saudara.

Saudara Micheal, Bagaimana keadaan saudara di sana sekarang? Untuk makluman saudara, saya dan keluarga saya di Kuala Lumpur sihat seperti biasa. Pada masa ini, saya agak sibuk dengan pelajaran saya kerana Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal saya duduki semakin hampir. Setiap hari saya terpaksa pulang lewat ke rumah kerana menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah saya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Saya percaya mampu untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun saya memohon agar saudara mendoakan saya supaya lulus dengan cemerlang.

Saudara Micheal, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara tentang penyakit berjangkit yang sedang melanda negara saya. Penyakit yang saya maksudkan tersebut ialah Selesema Babi atau dikenali juga dengan nama Selesema H1N1. Penyakit ini amat ditakuti oleh orang ramai kerana masih belum ada sebarang vaksin yang ditemui dan mampu mengubatinya. Setakat ini, dalam tempoh sebulan sahaja penyakit tersebut menyerang Malaysia, sudah hampir 200 orang yang telah menjadi mangsa. Namun begitu, sehingga hari ini saya mampu bersyukur kerana belum ada lagi mangsa yang terkorban. Malah negara jiran kami iaitu Singapura dan Thailand turut mencatatkan jumlah mangsa yang lebih besar iaitu melebihi 1000 orang.

Untuk pengetahuan saudara, Selesema Babi merupakan penyakit yang berasal dari Maxico di Amerika Selatan. Penyakit tersebut merebak ke negara saya melalui pelancong asing yang datang ke Malaysia dari tempat tersebut. Menurut doktor, mangsa yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami simptom seperti demam biasa. Walau bagaimanapun, demam yang dialami akan berpanjangan diikuti dengan sakit kepala serta sakit di seluruh badan yang keterlaluan. Sekiranya mangsa tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, penyakit ini boleh membawa maut.

Page 4: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Memandangkan penyakit ini mudah merebak, kerajaan di Malaysia telah mengambil langkah drastik bagi mengekang penyakit tersebut daripada terus menular, bak kata pepatah Melayu “sediakan paying sebelum hujan”.

Saudara Micheal, Antara langkah awal yang telah dilaksanakan adalah dengan mengkuarantinkan orang ramai yang pulang dari luar negara terutamanya dari negara-negara seperti Maxico, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia. Hal ini disebabkan kebanyakan mangsa yang terdapat di Malaysia ialah mereka yang baru balik dari negara tersebut. Pelancong asing dari negara tersebut juga tidak terkecuali menjalani kuarantin dan pemeriksaan doktor sebelum dibenarkan berada di Malaysia. Semua penumpang yang menaiki kapal terbang juga turut dinasihati supaya menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan bahawa mereka bukan pembawa virus ini. Saya berasa tindakan ini agak berkesan dan sesuai sebagai satu cara untuk mengekang penularan viris H1Ni ke Malaysia kerana “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia juga turut menutup beberapa buah sekolah apabila mendapati ada beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan dijangkiti virus berbahaya ini. Di Kuala Lumpur sahaja, empat buah sekolah telah ditutup selama seminggu bagi tujuan tersebut. Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Jalan Delima, Sekolah Antarabangsa Sri Perdana, Sekolah Menengah Tsun Jin dan Sekolah Menengah Seri Mutiara. Semua warga sekolah termasuk para pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan turut dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut. Walaupun ada sesetengah pihak menentang usaha murni kerajaan itu, namun langkah ini amat berkesan bagi mengelakkan penularan virus H1N1 daripada terus berlaku.

Sahabatku Micheal,

Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah mengadakan kempen kesihatan dan penjagaan kebersihan diri. Kempen ini telah disebarluaskan melalui pelbagai media massa seperti surat khabar dan televisyen. Untuk makluman saudara, kempen ini diadakan dengan tujuan menyedarkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri agar terhindar daripada virus tersebut. Orang ramai juga dinasihati agar memakai topeng serta membasuh tangan dengan bersih selepas batuk atau bersin. Mereka juga turut disarankan agar tidak berkunjung ke tempat awam sekiranya tidak ada sebarang sebab yang perlu untuk berbuat demikian. Bagi membantu orang ramai mengatasi kebimbangan mereka terhadap virus ini, kerajaan juga telah membekukan cuti kakitangan hospital malah perkhidmatan hospital awam

Page 5: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

dilanjutkan selama 24 jam sehari. Dengan cara ini, wabak H1N1 dapat dikekang daripada terus merebak.

Saudara Micheal,

.Memandangkan telah panjang lebar saya menulis dalam warkah saya pada kali ini, saya memohon untuk mengundur diri. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam bingkisan yang akan datang. Jangan lupa untuk menyampaikan salam saya kepada keluarga saudara terutamanya kepada adik saudara Micheal J. Kuthupalar. Akhir kata, saya juga memohon kemaafan andainya ada kata-kata saya yang menyinggung hati saudara.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu yang jauh,

SugintutKelekathu.

Page 6: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Februari 2012.

Surat Kepada adik di kampung

Page 7: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 8: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Januari 2012.

Surat Kepada Rakan

Page 9: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Laporan Lawatan sambil belajar

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak

Page 10: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh,29 JUN 2008.

Amalina (SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)Setiausaha Persatuan GeografiSekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Page 11: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Laporan Lengkap punca-punca pelajar kurang minat membaca

Page 12: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Laporan penyampaian hadiah

Page 13: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 14: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Persatuan Belia kampung anda bercadang untuk mengadakan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu ini. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis surat untuk mengumumkan tentang aktiviti tersebut.

Persatuan Belia Kampung Pinang,

34000 Taiping,

Perak Darul Ridzuan.

Seluruh Penduduk,

Kampung Pinang,

34000 Taiping,

Perak Darul Ridzuan. 19 JULAI 2007.

Gotong-royong Membersihkan Kawasan kampong dan Tanah Perkuburan

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Belia kampung ini akan mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar kampong dan tanah perkuburan di Kampung Pinang. Gotong-royong ini akan diadakan pada hari Ahad, 5 Ogos 2007, dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

2. Semak samun di tepi jalan dan di tanah perkuburan kampung ini telah lama tidak dibersihkan. Hal ini menyebabkan semak samun di kawasan ini semakin menebal. Longkang-longkang di sekitar kampung ini telah tersumbat dan ditakungi air. Air yang bertakung itu telah

Page 15: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Hal ini jika dibiarkan akan menyebabkan merebaknya penyakit demam tinggi.

3. Tuan/puan diharapkan dapat membawa cangkul ,parang ,gergaji ,serta barang-barang yang berkaitan untuk melicinkan aktiviti gotong-royong ini. Sebagai makluman tuan/puan, Persatuan Belia akan menyediakan minuman dan jamuan tengah hari .

4. Saya berharap agar tuan/puan dapat meluankan masa pada hari tersebut untuk menyertai aktiviti gotong-royong ini. Kegiatan ini bukan saja dapat membersihkan kampung ini ,malahan dapat membasmi penyakit-penyakit yang berbahaya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(FAUZANI BIN IKBAL)

Setiausaha,

Persatuan Belia Kampung Pinang.

Page 16: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 17: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Aduan mengenai Kebersihan kantin sekolah

Page 18: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.

Lin Cheng Heng,No.6, Jalan Limau Purut 3,Taman Cheras Perdana,52400 Kuala Lumpur.

____________________________________________________________________

Ketua Balai,Balai Polis Cheras,Jalan Ikan Emas 2,53000 Cheras,Kuala Lumpur 16 JULAI 2008

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2. Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3. Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya.

Page 19: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

4. Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5. Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Page 20: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

7. Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Lin cheng heng

...................(LIN CHENG HENG)Setiausaha,Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

Page 21: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

\

Ceriaton Berjaya mengumpul

Page 22: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

MELAKA, Isnin – Mayat seorang ahli perniagaan dari Klang telah ditemui terapung di pinggir pantai Tanjung Bidara oleh sekumpulan nelayan lewat petang semalam. Pasukan penyelamat telah memberhentikan usaha menyelamat setelah menemui seorang lagi mayat nelayan tempatan di perairan Tanjung Keling petang kelmarin kerana keadaan Laut Selat Melaka yang bergelora.

Pasukan penyelamat percaya bahawa sekumpulan empat orang yang terdiri daripada dua orang nelayan tempatan dan dua orang ahli perniagaan dari Klang telah menaiki bot kecil untuk memancing di Perairan Pulau Besar. Pasukan penyelamat daripada Akademi Kelautan di Melaka (ALAM) yang dibantu oleh Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia mengesahkan bahawa dua orang lagi telah mati walaupun mayatnya tidak dijumpai.

Mengikut keterangan daripada Puan Suriat, salah seorang isteri kepada nelayan tempatan yang dikenali sebagai Encik Talib mengatakan bahawa mereka berdua adalah sahabat kepada suaminya yang datang dari Klang untuk bercuti dan ingin memancing di Pulau Besar. Mereka pandai berenang dan bot suaminya dilengkapi alat keselamatan, tetapi tidak menyangka akan berlaku kecelakaan itu .

Orang ramai khususnya kaum nelayan diminta supaya membuat laporan di balai polis yang berhampiran sekiranya menemui mayat dua orang lagi mangsa bot karam tersebut. Pihak pols mengingatkan kaum nelayan supaya tidak ke laut kerana keadaan laut yang masih bergelora dan merbahaya bagi bot-bot kecil.

Kedua-dua mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Besar Melaka dan keluarga mangsa telah pun dihubungi untuk menuntut mayat tersebut. Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa mengatakan bahawa Encik Sulaiman, iaitu mangsa yang hilang telah berpesan kepada isterinya supaya jangan menghubungi beliau sewaktu di Pulau Besar dan menjaga keenam-enamm orang anaknya dengan baik sepeninggalannya ke Melaka.

Encik Darus yang seharusnya tahu akan selok belok di laut dan keadaan cuaca sepatutnya tidak mendedahkan diri kepada bahaya seperti yang telah berlaku. Dia seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga, bahkan tidak mengajak rakan-rakannya untuk menyertainya ke laut pada musim ini. Namun begitu, segala yang berlaku merupakan takdir Ilahi dan kita tidak dapat menolaknya sekiranya telah ditakdirkan begitu.

Berita Kes Menyelamat Mangsa

Page 23: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Dua penculik Berjaya diberkas

Page 24: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Dua pelajar memenangi Hadiah Utama Cerpen

Page 25: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Ucapan Sempena Majlis Penghargaan Pencapaian cemerlang Projek Reka Cipta

Page 26: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 27: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Ucapan Kejayaan Mendapat 8A dalam PMR

Page 28: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Ucapan Tokoh Pelajar

Page 29: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Ucapan Sempena Penutupan Minggu Anak Angkat

Page 30: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.

Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.

Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.

Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur.

Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungmya”. Sekian, terima kasih.

2. Anda diminta menyediakan teks syarahan bertajuk “Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama” yang akan disampaikan pada hari perasmian Minggu Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan di sekolah anda.

Page 31: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Pengetua Sekolah Kebangsaan Mahmud, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Minggu Keselamatan Jalan Raya SMK Mahmud. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan raya semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin serius, terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Pemandu yang tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan segera memungkinkan mereka melanggar undang-undang yang telah ditetapkan seperti memandu melebihi had laju.

Selain itu, sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak menghormati pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh mengikut perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk menunjukkan kehebatan diri atau tempat untuk bermaharajalela. Hal ini demikian kerana terdapat ribuan pengguna lain yang turut menggunakan jalan raya. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh itu, untuk menjamin keselamatan di jalan raya, kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Kita tidak patut melakukan perkara yang dapat menyusahkan orang lains eperti berlumba di jalan raya. Hal ini akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita sebagai pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah dengan mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu isyarat, dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini kecil di mata kita, namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi.

Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mestilah dikikis. Walaupun kita ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan segera, namun kita tidak harus mengetepikan perasaan dan hak pengguna jalan raya yang lain, seperti memotong kenderaan lain sesuka hati. Selain menyusahkan orang lain, hal ini dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri,

Page 32: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Akhir sekali, ingatlah bahawa keselamatan di jalan raya terletak di tangan semua pengguna jalan raya. Undang-undang harus dipatuhi bukan diingkari. Jika diingkari, padah yang akan diganti. Oleh hal yang demikian, kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya sentiasa selamat dan kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan “Berhati-hati di jalan raya” dan “Pandu cermat jiwa selamat”.

Sekian terima kasih.

Page 33: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 34: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Syarahan Bahaya Merokok dan cara-cara

Page 35: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 36: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan

Page 37: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana

Page 38: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan

Page 39: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Page 40: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Kepentingan Perbelanjaan Berhemat

Page 41: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Kesan-kesan Merokok dari segi kesihatan dan cara mengatasinya

Page 42: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 43: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan NegaraOleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada

Page 44: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat

Page 45: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Sebagai pengarang majalah sekolah, anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam

Page 46: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

peperiksaan PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.Tulis wawancara anda selengkapnya.

Pada 26 Jun yang lalu, saya iaitu Syafiqah bt Yusuf sebagai pengarang Majalah SMKTP telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu iaitu saudariA mirah bt Ramlee.Wawancara yang dijalankan di bilik pengawas ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah iaitu SMKTP keluaran tahun 2009.Berikut ialah hasil wawancara tersebut.

Syafiqah : Assalamualaikum dan selamat pagi saudari Amirah.Amirah : Waalaikumussalam dan selamat pagi.Syafiqah : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi diwawancara pada pagi ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. Amirah : Terima kasih dan ini merupakan anugerah Allah kepada saya.Syafiqah : Saudara, saya difahamkan saudari memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan baru-baru ini. Amirah : Ya, benar. Saya telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR yang saya duduki pada tahun lepas termasuk mata pelajaran Bahasa Arab. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, semua guru saya dan rakan-rakan saya yang turut sama berusaha sehingga saya mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PMR pada tahun lalu.Syafiqah : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudari sehingga mencapai kejayaan yang mengharumkan nama sekolah kita?Amirah : Selain kedua-dua ibu bapa saya, orang yang paling banyak mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Roslen bin Hashim. Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya. Terima kasih cikgu.Syafiqah : Bagaimanakah saudari mengatur jadual sehingga berjaya mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang? Amirah : Sebenarnya tiada jadual khusus yang saya ikuti dalam mengulang kaji pelajaran. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang saya. Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah berasa bosan kerana mengikut perkara yang sama pada setiap hari. Biasanya, pada waktu petang saya mengikuti kelas bimbingan bagi mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selepas itu, sekiranya ada masa lapang saya akan berlari-lari anak di sekitar kawasan perumahan yang saya duduki sekadar mengeluarkan peluh. Pada waktu malam, sekiranya tiada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru, saya mula mengulang kaji pelajaran dari pukul lapan malam sehingga pukul sepuluh malam. Syafiqah : Bagaimanakah caranya saudari mengikuti pembelajaran yang dijalankan semasa di kelas? Amirah : Kita tidak dapat menafikan kepentingan pembelajaran di dalam kelas. Semasa guru mengajar saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya

Page 47: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

perkara-perkara yang disaampaikan oleh guru. Tumpuan yang penuh semasa pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran berkenaan bagi jangka masa yang lebih lama. Saya juga membiasakan diri saya bangun pada awal pagi sekitar jam lima pagi. Selepas mandi saya sembahyang dan berdoa. Kemudian barulah saya akan membaca tajuk-tajuk yang akan diajar oleh guru pada hari berkenaan. Hal ini bertujuan untuk membolehkan saya memahami pelajaran yang akan diajar dengan lebih mudah. Sekiranya timbul kekeliruan, saya tidak akan menunggu lama untuk bertanyakan guru tentang perkara tersebut. Syafiqah : Adakah saudari mengikuti pembelajaran secara berkumpulan sebagaimana yang dijalankan oleh pelajar-pelajar yang lain?Amirah : Ya, benar. Saya juga mengikuti pembelajaran secara berkumpulan bersama- sama tiga orang rakan karib saya. Aktiviti belajar berkumpulan ini biasanya kami lakukan pada hujung minggu iaitu pada pagi Ahad dari pukul lapan pagi sehingga pukul sebelas pagi. Pembelajaran secara begini penting bagi menilai kemampuan kami mengingati fakta yang telah kami pelajari dalam masa seminggu. Semasa perbincangan kami akan mengemukakan fakta-fakta yang telah diajar oleh guru secara lisan. Kaedah ini dapat menguji daya ingatan kami. Sekiranya ada fakta yang tersilap salah seorang dari kami akan membetulkan fakta berkenaan. Dengan cara ini, kami dapat mengingati fakta berkenaan dengan tepat. Syafiqah : Saya difahamkan saudari juga aktif dalam kegiatan persatuan, kelab dan permainan di sekolah. Tidakkah perkara ini mengganggu pembelajaran saudara? Amirah : Tidak sama sekali. Kegiatan yang saya lakukan ini hanyalah pada hari sabtu. Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan mewakili daerah dalam pertandingan bahas. Sebagai pengerusi persatuan, saya sering menganjurkan pertandingan syarahan, bahas dan berbalas pantun. Bagi saya aktif dalam sesuatu kegiatan di luar bilik darjah tidak mengganggu pelajaran kita selagi kita bijak membahagikan masa.

Syafiqah : Soalan saya yang terakhir, apakah nasihat saudari kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini?

Amirah : Nasihat saya ialah selain tekun mengulang kaji pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.Kita juga perlu menghormati dan sentiasa memohon restu daripada mereka. Bak kata pepatah rajin usaha tangga kejayaan. Akhirnya kita juga perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa dan bertawakal kepada-Nya. Syafiqah : Baiklah saudari Amirah, akhirnya saya mengucapkan tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya pada pagi ini.Amirah : Sama-sama.

Page 48: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Andaikan bahawa anda telah memohon bantuan biasiswa untuk pelaja-pelajar cemerlang. Anda telah dipanggil temu duga untuk permohonan biasiswa itu.

Hisyam : Selamat pagi, encik.

Penemu Duga : Selamat pagi. Silakan duduk.

Hisyam : Terima kasih, encik . Nama saya hisyam Bin Ismail.

Page 49: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Penemu Duga : Adakah Hisyam membawa sijil-sijil dan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan

dalam surat panggilan temu duga?

Hisyam : Ya, inilah sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang encik maksudkan itu.

Penemu Duga : Nampaknya, keputusan Penilaian Menengah Rendah Hisyam baik sekali. Saya dapati keputusan mata pelajaran Matematik dan Sains juga amat baik.Adakah Hisyam bercita-cita untuk menjadi ahli sains?

Hisyam : Sebenarnya saya bercita-cita untuk menjadi juruterbang.

Penemu Duga : Awak mempunyai cita-cita yang tinggi. Adakah anggota kluarga Hisyam yang menjadi juruterbang?

Hisyam : Tidak, mungkin sayalah yang pertama.

Penemu Duga : Oh , begitu! Nampaknya Hisya, kenalah belajar bersungguh-sungguh untuk memberikan teladan yang baik kepada adik-adik Hisyam.

Hisyam : Memang itulah hasrat saya, encik. Itulah sebabnya saya memohan biasiswa ini supaya dapat mengurangkan beban keluatga saya.

Penemu Duga : Apakah pekerjaan bapa Hisyam?

Hisyam :Bapa saya bertani, manakala ibu saya bekerja sebagai pembantuan rumah.

Penamu Duga : Baiklah, Hisyam. Rasa saya cukuplah setakat ini dahulu. Saya berharap agar Hisyam Berjaya mencapai cita-cita Hisyam. Saya akan memberitahu

keputusan temu duga ini kepada Hisyam dalam tempoh seminggu lagi.

Hisyam : Terima kasih, encik.

Penemu Duga : Sama-sama.

Peribahasa Melayu selalu disebut “sediakan payung sebelum hujan”Huraikan kepentingan pengamalan peribahasa tersebut dalam kehidupan masyarakat.

Page 50: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Dalam masyarakat Melayu terdapat begitu banyak peribahasa yang mempunyai maksud yang mendalam. Kebiasaannya, peribahasa Melayu terhasil daripada pengamatan masyarakat terhadap alam dan kehidupan manusia secara keseluruhan. Peribahasa “sediakan paying sebelum hujan” merupakan bidalan yang bermaksud kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan ini. Jelaslah, pengamalan peribahasa ini mempunyai pelbagai kepentingan dalam kehidupan sesuatu masyarakat itu.

Seseorang yang mengamalkan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” akan senantiasa meneroka ilmu sebagai persediaan untuk kehidupan masa depan mereka. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran ini akan sesuai dilalui oleh mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu sahaja yang membolehkan seseorang itu menguasai apa-apa bidang yang wujud kerana berupaya untuk mengalahkan pesaing-pesaing mereka. Oleh itu, pemahaman makna peribahasa ini menjadikan seseorang itu meneroka ilmu sepanjang hidup mereka.

Selain itu, peribahasa ini turut mengaitkan sikap suka menabung. Anak-anak perlu dididik sejak kecil untuk menabung buat kehidupan mereka yang lebih terjamin pada masa depan. Wang yang dikumpulkan secara sedikit-sedikit itu akan mampu digunakan pula untuk melanjutkan pelajaran mereka kelak. Jelaslah, amalan menabung menjadi sebahagian makna dalam peribahasa ini yang banyak kepentingannya itu.

Malahan, peribahasa ini seolah-olah memberikan satu amaran awal kepada sesiapa sahaja untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam hidupnya. Mereka yang memahami peribahasa ini pasti lebih sensitif dengan keadaan sekelilingnya supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan pula kepada. Setiap tindakan pasti akan mempunyai dua pilihan atau aspek yakni kebaikan dan keburukan yang harus diteliti oleh seseorang itu. Sesungguhnya, peribahasa ini menjauhkan sebarang masalah dalam kehidupan seseorang itu.

Peribahasa ini juga amat berguna buat pelajar terutama dalam menghadapi peperiksaan yang begitu mencabar. Mereka yang memahami maksud mendalam peribahasa ini sudah pasti akan bersedia dengan sering menghadiri kelas di sekolah bersama-sama membuat latihan demi latihan. Persediaan sejak awal inilah yang bakal memberikan pelajar satu kelebihan berbanding dengan pelajar lain yang hanya membuat persiapan pada saat-saat akhir sahaja. Sesungguhnya, pelajar yang bersedia lebih awal akibat memahami makna peribahasa ini bakal memperoleh kejayaan yang lebih manis dalam hidup mereka.

Kesimpulannya, peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” amat wajar diamalkan dalam kehidupan kita. Peribahasa ini merupakan satu legasi masyarakat dahulu kepada generasi kini yang perlu diteruskan kewujudannya. Kehidupan masyarakat dahulu kala yang sentiasa berwaspada, beringat-ingat dan berhati-hati perlu dijadikan contoh teladan oleh generasi kini

Page 51: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

pula. Peribahasa ini boleh disamakan dengan peribahasa “beringat sebelum kena” yang menekankan aspek berhati-hati dalam setiap tindakan kita.

Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep ini dapat diterapkan dalam masyarakat kini? Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.

Page 52: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud konsep tolong-menolong atau bantu-membantu amat penting dalam sesebuah masyarakat itu. Konsep ini semakin lama semakin hilang ketika negara menongkah arus perubahan dunia ini yang penuh cabaran. Lantaran itu, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk merealisasikan konsep ini dalam kehidupan masyarakat kita.

Langkah awal ialah satu aktiviti yang melibatkan semua pihak dalam sesebuah kawasan setempat itu harus dilaksanakan dahulu. Penglibatan semua pihak yang mendiami sesuatu kawasan itu amat penting jika konsep ini hendak dipupuk dalam jiwa mereka. Maka, aktiviti yang bersepadu yang melibatkan semua ahli masyarakat boleh mencetuskan konsep tolong-menolong ini.

Selain itu, konsep peribahasa ini boleh juga dijalin menerusi kempen kesedaran yang dilaksanakan itu. Kempen yang melibatkan ceramah, pemberian brosur dan taklimat kepada masyarakat setempat akan peri pentingnya konsep ini mampu membuahkan hasil yang menguntungkan pula. Sebenarnya, kempen kesedaran ini boleh menggunakan media massa seperti televisyen untuk mencapai impak yang lebih luas.

Bukan sahaja mewujudkan satu aktiviti yang melibatkan semua pihak dan mengadakan kempen tetapi pemupukan konsep ini dalam jiwa pelajar terutama di peringkat sekolah rendah amat praktikal. Kanak-kanak lebih mudah untuk menerima dan mengamalkan konsep kerjasama ini jika mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berunsur sedemikian ketika berada di sekolah. Justeru, pemupukan konsep bekerjasama ini di peringkat sekolah bakal menyaksikan berlakunya satu perubahan dalam minda masyarakat kita pada masa depan pula.

Malahan, usaha mengadakan karnival atau pesta di dalam kawasan perumahan turut mampu mencetuskan perasaan saling membantu ini. Keadaan ini berupaya diwujudkan kerana semua pihak saling mengenali jiran mereka dan mengamalkan konsep kerjasama ini dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, kekerapan bertemu dan berinteraksi antara ahli masyarakat di pesta atau karnival memungkinkan wujudnya amalan bekerjasama ini.

Kesimpulannya, konsep peribahasa ini memang boleh diamalkan di negara ini jika semua langkah di atas dilaksanakan segera. Kerjasama semua pihak terutama masyarakat amat diperlukan jika kita mahu konsep ini diamalkan dalam masyarakat. Peribahasa “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” merupakan satu lagi peribahasa yang hampir serupa konsepnya yang membuktikan betapa amalan bekerjasama ini diutamakan oleh masyarakat kita dahulu.

Page 53: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Bincangkan.

Page 54: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulu kala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.

Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok

Page 55: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

Kepentingan Menguasai Bahasa Melayu

Page 56: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 57: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Amalan berjimat cermat dan menabung.

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah

Page 58: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Page 59: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Pengalaman Berniaga di Simpang Tiga

Page 60: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Peristiwa Menjelang Tahun Baru Cina

Page 61: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Mencium Bumi Berpasir putih

Page 62: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Pengalaman Bersama Perdana Menteri

Page 63: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Rahsia hutan di hujung kampong

Page 64: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Api tidak marak lagi

Page 65: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 66: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Indeks

Bil. Jenis Karangan Tajuk Tarikh

1. Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi Surat Kepada rakan 5/1/12

2. Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi Surat Kepada rakan 8/1/12

3. Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi Surat Kepada adik di kampong 13/1/12

4. Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi Surat Kepada Rakan 20/1/12

5. Karangan Surat Kiriman Rasmi Surat mengumumkan gotong-royong 5/2/12

6. Karangan Surat Kiriman Rasmi Surat Bantahan binaan Kilang 10/2/12

7. Karangan Surat Kiriman Rasmi Aduan mengenai Kebersihan Kantin Kelas

14/2/12

8. Karangan Surat Kiriman Rasmi Aduan Masalah Keselamatan 18/2/12

9. Laporan Laporan lawatan sambil belajar 3/3/12

10. Laporan Laporan punca-punca pelajar kurang minat membaca

7/3/12

11. Laporan Laporan Penyampaian Hadiah 19/3/12

12. Laporan Laporan Kejadian Banjir 26/3/12

13. Berita Ceriaton Berjaya mengumpul 4/4/12

14. Berita Berita Kes Menyelamat 15/4/12

15. Berita Dua Penculik Berjaya diberkas 19/4/12

16. Berita Dua Pelajar memenangi Hadiah Utama Cerpen

25/4/12

17. Ucapan Ucapan Sempena Majlis Penghargaan 1/5/12

18. Ucapan Ucapan Kejayaan Mendapat 8 A Dalam PMR

6/5/12

19. Ucapan Ucapan Tokoh Pelajar 22/5/12

20. Ucapan Ucapan Sempena Penuntutan Minggu Anak angkat

26/5/12

Page 67: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

21. Syarahan Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak

1/6/12

22. Syarahan Kepentingan pelajar menguasai Sains dan teknologi

6/6/12

23. Syarahan Bahaya Merokok dan Cara-cara mengatasinya

20/6/12

f24. Ceramah Langkah-langkah memajukan negara 29/6/12

25. Ceramah Kepentingan pebelanjaan Berhemat 2/7/12

26. Rencana Sumbangan Akhbar Terhadap Pendidikan

20/7/12

27. Rencana Langkah- Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

25/7/12

28. Wawancara Wawancara dengan Pelajar Cemerlang 30/7/12

29. Wawancara Temu duga untuk permohonan 3/8/12

30. Peribahasa Sediakan payung sebelum hujan 5/8/12

31. Peribahasa Bagai aur dengan tebing 10/8/12

32. Perbincangan Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak –anak

24/8/12

33. Perbincangan Kepentingan Menguasai Melayu 1/9/12

34. Perbincangan Kesan-kesan merokok dan cara mengatasinya

6/9/12

35. Perbincangan Amalan Berjimat-cermat dan menabung 15/9/12

36. Cerita Mencium bumi berpasir putih 29/9/12

37. Cerita Peristiwa Menjelang Tahun Baru Cina 2/10/12

38. Cerita Pengalaman Berniaga di Simpang Tiga 8/10/12

39. Cerita Pengalaman Bersama Perdan Menteri 12/10/12

40. Cerita Rahsia Hutan di Hujung Kampung 26/10/12

Page 68: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas
Page 69: Anda Baru Sahaja Berpindah Ke Sekolah Lain Kerana Mengikut Ayah Anda Yang Ditukarkan Tempat Bertugas

Sekolah Menengah Kebangsaan

Iskandar Shah

Kumpulan

1. Wong Lee Chee ( 2 Delima)

2. Liow Hui Lin ( 2 Delima)

3.Nurizatul Syuhada ( 2 Delima)

Guru Pembimbing : En. Sabar Hj. Mohd