analisis keperluan kurikulum

Upload: timothy-thompson

Post on 06-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

  • ARIF ZAKWAN BIN ASHARIAB090036MOHD NOOR HAFIZ BIN MUHAMEDAB090031MOHD HAFIZ BIN AZIZAB090004MOHD NIZAR BIN SHAHMINAB090038NUR SHAZWAN BIN MOHD SOLHIAB090011ABDUL QAYUM BIN KOMAR ABADIAB090015

    ANALISIS PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN KONTINUM

  • Sejarah Kurikulum Matematik

  • 1957- Soviet Union melancarkan Sputnik

  • 1969-dibawa ke Malaysia dan dikenali sebagai Hisab Moden

    (Mohd Atan, K.A.H., 2002).

  • 1980- kurikulum matematik KBSR diperkenalkan

    1989- kurikulum matematik KBSM diperkenalkan

  • PERUBAHAN SEMASA YANG MEMPENGARUHI KURIKULUMKEPERLUAN NEGARAPERKEMBANGANPENDIDIKANGLOBALINTEGRASI NASIONAL

  • Falsafah Pendidikan" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "

  • Falsafah Pendidikan Negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum.KBSR dan KBSM telah dibuat berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.KBSR telah ditukarkan kepada KSSR dan KBSM telah ditukar kepada KSSM.

  • ANTARA PERKARA YANG DITITIKBERATKAN :

    Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Penerapan nilai-nilai murni. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

  • KEHENDAK MASYARAKATKurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana.

  • KEPERLUAN ASAS MASYARAKAT :

    menguasai bahasa Melayu & bahasa Inggeris dengan memuaskan.menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis.membina dan memupuk akhlak yang mulia.

  • Faktor Politik

  • Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :

    "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"

  • Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice :

    Pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum

  • Perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.

    Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka.

    Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

  • Ketika British berkuasa di Malaysia, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja.

  • Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu.

    Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada:

    Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah (3) Pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.

  • Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

  • Faktor Perubahan Sosial

  • Sekolah merupakan tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik.Sekolah juga merupakan sebuah agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.Masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan pelajar kini semakin meningkat mengikut peredaran masa.Mereka terdedah dengan masalah jenayah.

  • Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara.

    Bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

    Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

  • Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia

    Menurut Hida Taba (1962) :

    "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself

    Kenyataan di atas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia.

    Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

  • Faktor perancang dan pelaksana kurikulum

    Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

    Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang kurang tepat diperkemaskinikan.

    Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari.

    Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

  • Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

    Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri.

    Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi.

    Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

  • Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

    Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.

    Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

  • KURIKULUM KONTINUM (Marsh & Willis, 2003)

  • KESIMPULANKurikulum sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluanSebagai seorang guru, kita seharusnya peka dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan misi dan visi FPK

  • SEKIAN TERIMA KASIH..

    *********