alumni smskb

24
DISEDIAKAN OLEH: AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PENCETUS MOHAMMAD IRWAN BIN ISMAIL, Wakil Bekas Pelajar SPM 2010, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Jalan Pokok Jenerih, KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 1 KERTAS KERJA PENUBU HAN PERSAT UAN ALUMNI SEKOLA H MENENG AH SAINS KEPALA BATAS

Upload: irwanismail13

Post on 25-Jul-2015

137 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alumni Smskb

DISEDIAKAN OLEH: AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PENCETUS

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 1

KERTAS

KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUM

NISEKOL

AH MENENGAH SAINS KEPAL

A BATAS

Page 2: Alumni Smskb

MOHAMMAD IRWAN BIN ISMAIL, Wakil Bekas Pelajar SPM 2010,Sekolah Menengah Sains Kepala Batas,Jalan Pokok Jenerih,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang.

Pengetua,Sekolah Menengah Sains Kepala Batas,Jalan Pokok Jenerih,13200 Kepala Batas,PULAU PINANG. 15 SEPTEMBER 2011

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH Merujuk perkara di atas, saya seperti nama di atas, selaku wakil bekas pelajar ingin memohon kepada pihak sekolah untuk menubuhkan Persatuan Alumni Sekolah.

2. Seperti mana yang sedia maklum, Sekolah Menengah Sains Kepala Batas merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang masih baru beroperasi. Justeru, kami sebagai bekas pelajar ingin mencadangkan penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas untuk mengendalikan aktiviti- aktiviti bekas pelajar.

3. Objektif persatuan ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara bekas- bekas pelajar tidak mengira agama disamping menjadi saluran penghubung yang diakui antara bekas-bekas pelajar dan pihak sekolah. Selain itu, penubuhan persatuan ini juga akan menjadi organisasi yang akan menyelaras segala program yang membawa faedah kepada ahli.

4. Dalam pada itu, matlamat penubuhan persatuan ini juga adalah untuk menyumbang tenaga dan idea ke arah kemajuan serta peningkatan prestasi sekolah. Oleh itu, penubuhan persatuan ini dapat memudahkan lagi proses untuk menjalin hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan matlamat dan tugas persatuan.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dapat memberi kerjasama dalam melancarkan proses penubuhan persatuan ini untuk manfaat kita bersama. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………….........

(MOHAMMAD IRWAN BIN ISMAIL)Setiausaha,Ahli Majlis Eksekutif Pencetus,Wakil Bekas Pelajar SPM 2010.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 2

Page 3: Alumni Smskb

ORGANISASI AHLI MAJLIS EKSEKUTIF

PENCETUS

Untuk pengetahuan pihak tuan, senarai ini adalah bersifat sementara sebelum persatuan ini ditubuhkan secara rasmi. Antara ahli jawatan kuasa tertinggi Majlis Eksekutif Pencetus termasuklah:

1. PENASIHAT: PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

2. PENGARAH: MOHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAMRI.

3. PENOLONG PENGARAH: NUR ‘AMIRAH BINTI ROSLI.

4. SETIUSAHA: MOHAMMAD IRWAN BIN ISMAIL.

5. PENOLONG SETIUSAHA: NABILA HUDA BINTI ABDUL HALIM.

6. PENGURUS KEWANGAN: MUHAMMAD ‘AFIF BIN NORDIN.

7. PENOLONG PENGURUS KEWANGAN: MUHAMMAD DANIAL BIN SAZALI.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 3

Page 4: Alumni Smskb

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI

SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 4

Page 5: Alumni Smskb

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH

SAINS KEPALA BATAS

1. FASAL 1: NAMAPersatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

2. FASAL 2: ALAMAT PERSATUANSekolah Menengah Sains Kepala Batas,Jalan Pokok Jenerih,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang.

3. FASAL 3: DASARDasar persatuan ini adalah berteraskan agama Islam.

4. FASAL 4: TAKRIF "Persatuan" bermakna Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains

Kepala Batas. "Alumni" bermakna bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala

Batas. "Mesyuarat Agung" bermakna mesyuarat atau persidangan yang

diadakan menurut FASAL 14. "Ahli Majlis Eksekutif Persatuan" bermakna Jawatankuasa Tertinggi

Persatuan. "Ahli" bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli menurut

FASAL 8. "Sekolah" bermakna Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.

5. FASAL 5: LAMBANG ATAU LOGO PERSATUAN Lambang Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

yang digunakan kini masih lagi bersifat sementara.

(LAMBANG DAN NAMA PERSATUAN YANG SEBENAR AKAN DI UMUMKAN SEMASA MAJLIS PENGENALAN)

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 5

Page 6: Alumni Smskb

6. FASAL 6: MATLAMAT6.1. Mewujudkan satu jaringan ukhwah yang mantap antara ahli.6.2. Menerapkan nilai-nilai yang berteraskan agama islam.6.3. Mencapai persefahaman,kerjasama dan kesejahteraan ahli -ahli

menerusi kegiatan persatuan.6.4. Menjadi saluran penghubung yang diakui antara ahli dan ahli serta

ahli dan sekolah ke arah mewujudkan rasa cinta kepada sekolah. 6.5. Menyumbang tenaga dan idea ke arah kemajuan dan peningkatan

prestasi sekolah.6.6. Menyelaras segala program dan aktiviti sosial serta kegiatan

intelektual buat faedah ahli.6.7. Menjadi satu wadah pembentuk sahsiah ahli.

7. FASAL 7: TUGAS7.1. Menjadi badan perundingan semua perkara berkenaan kebajikan dan

kepentingan ahli.7.2. Memupuk serta memperkukuhkan akhlak islamiyah dikalangan ahli.7.3. Memelihara konsep,dasar dan matlamat Sekolah Menengah Sains

Kepala Batas.7.4. Mengumpul dan menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai

kegiatan dan perkembangan sekolah dan ahli kepada semua ahli.7.5. Memberi sumbangan idea dan tenaga ke arah kemajuan dan

perkembangan sekolah.7.6. Menganjurkan aktiviti untuk menggalakkan kesuburan

rohani,jasmani,ekonomi dan sosial ahli.7.7. Mengatur dan mengadakan majlis-majlis perjumpaan sesama ahli

serta ahli dan sekolah.7.8. Menjadi satu badan yang diakui mewakili semua bekas pelajar

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.7.9. Menjadi salah satu badan yang boleh menjadi penyumbang sumber

ekonomi sekolah untuk menjayakan sesuatu majlis yang memberi manfaat bersama kepada ahli serta para pelajar.

7.10. Menggunakan segala kepakaran yang dimiliki oleh ahli- ahli untuk penambahbaikan persatuan, para pelajar dan juga sekolah dari sudut akadmik, sahsiah, agama, infrastuktur dan lain- lain lagi.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 6

Page 7: Alumni Smskb

7.11. Menjadi salah satu badan yang menjalankan aktiiviti- aktiviti akademik yang menyumbang ke arah prestasi para pelajar.

7.12. Mewujudkan perkongsian pintar antara alumni dengan pihak sekolah disamping mengekalkan perhubungan rapat yang berterusan antara bekas- bekas pelajar dan pihak sekolah.

7.13. Membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan sekolah.

7.14. Membantu dan memberi peluang dalam usaha mempertinggikan pelajaran dan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli persatuan melalui seminar, kursus dan kolokium.

7.15. Berkerjasama dengan persatuan-persatuan lain di dalam negeri di dalam perkara-perkara mengenai pendidikan, kebudayaan, kesukanan, kemasyarakatan dan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan undang-undang berdaftar persatuan ini.

8. FASAL 8: AHLI8.1. Kaedah Perlantikan Ahli

Semua bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas layak memohon menjadi ahli persatuan dengan mengisi borang yang telah disediakan oleh persatuan.

8.2. Ahli Biasa

Ahli biasa Terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.

8.3. Ahli Kehormat

Ahli Kehormat boleh dilantik setelah mendapat keputusan majoriti oleh Majlis Eksekutif Persatuan dikalangan orang-orang tertentu atau yang telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada sekolah dan alumni.Pelantikan ini hendaklah disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 7

Page 8: Alumni Smskb

9. FASAL 9: YURAN Yuran tahunan bagi ahli yang mendaftar ialah RM 10.

10. FASAL 10: SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan persatuan adalah dari:

10.1. Yuran pendaftaran keahlian.10.2. Sumbangan daripada ahli-ahli persatuan.10.3. Sumbangan daripada orang perseorangan.10.4. Sumbangan daripada badan-badan kerajaan serta swasta.10.5. aktiviti yang dianjurkan persatuan.

11. FASAL 11: HAK DAN KEISTIMEWAAN AHLI11.1. Kecuali dinyatakan dalam perlembagaan,semua ahli mempunyai hak

yang sama dalam persatuan.11.2. Semua ahli berhak mencadang,memberi pandangan,menyokong dan

mengundi serta dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja.

12. FASAL 12: KEWAJIPAN AHLI12.1. Seseorang ahli (Muslim) hendaklah menjaga kesucian agama Islam.12.2. Setiap ahli bertanggungjawab menjaga ikatan ukhuwah masing-

masing.12.3. Adalah menjadi kewajipan ahli memberitahu Setiusaha Agung apabila

berpindah atau bertukar tempat kerja/belajar 12.4. Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat persatuan hendaklah

berkelakuan baik. 12.5. Seseorang ahli tidak boleh menerbitkan sebarang surat keterangan

atau surat pekeliling atau mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai persatuan kepada orang-orang bukan ahli atau ahli pertubuhan lain atau surat-surat khabar dengan tidak mendapat kebenaran Jawatankuasa Majlis Eksekutif Persatuan dan pihak sekolah.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 8

Page 9: Alumni Smskb

12.6. Adalah menjadi tanggungjawab ahli mengunakan cara rundingan dalam keadaan yang bertanggungjawab jika terdapat percanggahan pendapat.

12.7. Menghormati serta patuh kepada Perlembagaan,Dasar Persatuan,Mesyuarat Agung dan ketetapan pihak pentadbiran sekolah selagi tidak bertentangan dengan agama Islam.

12.8. Bertanggungjawab menjaga kerahsiaan persatuan.

13. FASAL 13: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI13.1. Majlis Eksekutif Persatuan berhak menamatkan keahlian seseorang

apabila seseorang itu disabitkan kesalahan mencemarkan nama persatuan atau sekolah.

14. FASAL 14: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN14.1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan setahun

sekali.Tarikh,masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditetapkan oleh Majlis Eksekutif Persatuan.

14.2. Agenda Mesyarat Agung Tahunan adalah seperti yang berikut:14.2.1.1. Melantik ahli-ahli Majlis Eksekutif Persatuan(M.E.P)

bagi tahun berikutnya.14.2.1.2. Mengurus perkara-perkara lain yang dibentangkan

dalam Mesyuarat Agung tersebut.14.3. Sesuatu notis mengenai Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah

dikeluarkan secara bertulis melalui kaedah notis biasa atau teknologi maklumat atau mana-mana kaedah lain yang munasabah.

14.4. Pencalonan bagi ahli M.E.P. hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut dijalankan.

14.5. Setiap ahli yang hadir dan layak mengundi berhak membuang satu undi bagi setiap usul dalam sebarang mesyuarat dan jika berlaku kesamaan undi Pengerusi Majlis tersebut membuang undi penentu.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 9

Page 10: Alumni Smskb

15. FASAL 15: MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN (M.E.P)15.1. Majlis Eksekutif Persatuan adalah kuasa tertinggi selepas

Mesyuarat Agung.Keputusan yang diambil oleh M.E.P. adalah muktamad kecuali dibatalkan oleh Mesyuarat Agung.

15.2. Badan utama dalam persatuan yang mempunyai ukhuwah yang mantap sebagai teladan kepada ahli lain.

15.3. Majlis Eksekutif Persatuan terdiri daripada:15.3.1. Penaung15.3.2. Majlis Penasihat15.3.3. Presiden15.3.4. Amir Badar15.3.5. Timbalan Presiden15.3.6. Naib Presiden15.3.7. Ex-Officio15.3.8. Setiusaha Agung15.3.9. Penolong Setiusaha Agung15.3.10. Bendahari Kehormat15.3.11. Ahli Majlis Eksekutif Persatuan lain

15.4. Semua ahli M.E.P. hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan melalui kiraan undi kecuali ahli-ahli yang dilantik oleh M.E.P.

15.5. Mesyuarat M.E.P. hendaklah dipanggil oleh Setiusaha Agung dengan rsetujuan Presiden.

16. FASAL 16: MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN16.1. Membincangkan hal-ehwal pentadbiran persatuan dan hal-hal yang

berkaitan dengan dengan Majlis Exsekutif Persatuan. 16.2. Hendaklah dihadiri oleh semua ahli M.E.P. kecuali atas sebab-sebab

yang rasional.16.3. Setiap ahli M.E.P. bertanggungjawab merahsiakan setiap keputusan

yang di ambil melainkan dinyataan sebaliknya.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 10

Page 11: Alumni Smskb

17. FASAL 17: TUGAS-TUGAS MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN

Majlis Eksekutif Persatuan menjalankan tugas-tugas berikut:

17.1. Mengendalikan dasar-dasar dan rancangan persatuan.17.2. Melantik sebarang jawatankuasa jika difikirkan perlu.17.3. Memastikan setiap gerak kerja selaras dengan agama Islam.17.4. Menggantung keahlian dan/atau menyingkirkan ahli persatuan

yang melakukan tindakan yang ntangan dengan kepentingan persatuan.

17.5. Menjaga tabung dan sumber-sumber lain persatuan.17.6. Selepas Mesyuarat Agung,tafsiran perlembagaan oleh M.E.P.

adalah muktamad kecuali dibatalkan dalam Mesyuarat Agung kemudiannya.

17.7. Majlis Eksekutif berkuasa menggunakan peruntukan kewangan persatuan sewaktu melaksanakan tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti persatuan dengan nasihat Majlis Penasihat dan Penaung.

17.8. Majlis Eksekutif Persatuan berkuasa melantik sebarang ahli biasa untuk mengisi sebarang kekosongan di dalam Majlis Eksekutif Persatuan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 11

Page 12: Alumni Smskb

18. FASAL 18: TANGGUNGJAWAB AHLI-AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN18.1. PENAUNG

18.1.1. Terdiri daripada Pengetua pada tahun semasa.18.1.2. Membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai

aktiviti dan pengurusan persatuan supaya selaras dengan perlembagaan persatuan.

18.2. MAJLIS PENASIHAT18.2.1. Terdiri daripada Penolong-penolong Kanan pada tahun

semasa.18.2.2. Menjadi badan penasihat dalam hal-ehwal pentadbiran

persatuan.

18.3. PRESIDEN

Dalam tempoh jawatannya sebagai Presiden hendaklah:-

18.3.1. Mempengerusikan semua mesyuarat yang dijalankan(kecuali atas sebab-sebab tertentu).

18.3.2. Mengurus pentadbiran am dan hal-ehwal persatuan mengikut perlembagan persatuan.

18.3.3. Bertanggungjawab menjaga ukhuwah antara ahli M.E.P. dan ahli lain.

18.3.4. Menandatanangi minit mesyuarat dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

18.3.5. Merancang aktiviti persatuan bersama ahli M.E.P. yang lain.18.4. AMIR BADAR

Dalam tempoh jawatannya sebagai Amir Badar hendaklah:-

18.4.1. Bergandingan dengan Presiden terhadap sesuatu permasalahan.

18.4.2. Memantau perjalanan persatuan supaya selaras dengan syariat agama Islam berdasarkan nasihat ahli.

18.4.3. Bertanggungjawab terhadap aktiviti keagamaan persatuan.18.4.4. Bekerjasama dengan badan dakwah di dalam dan di luar

sekolah bagi tujuan aktiviti persatuan.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 12

Page 13: Alumni Smskb

18.5. EX-OFFICIO18.5.1. Terdiri daripada mantan Presiden.18.5.2. Bertindak sebagai pemantau persatuan.18.5.3. Boleh menyalurkan idea-idea yang bernas bagi

memantapkan kualiti dan taraf persatuan.18.6. TIMBALAN PRESIDEN

Dalam tempoh jawatannya sebagai Timbalan Presiden hendaklah:

18.6.1. Menggantikan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau Presiden tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab yang tertentu.

18.6.2. Bertanggungjawab ke atas kebajikan ahli-ahli.

18.7. NAIB PRESIDEN

Dalam tempoh jawatannya sebagai Naib Presiden hendaklah:

18.7.1. Bertanggungjawab mengenai hubungan dengan persatuan lain di luar atau di dalam sekolah.

18.7.2. Menggantikan jawatan Timbalan Presiden sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau Timbalan Presiden tidak dapat manjalankan tugas atas sebab-sebab yang tertentu.

18.7.3. Mempengerusikan mesyuarat M.E.P. sekiranya ketiadaan Presiden atau Timbalan Presiden.

18.8. SETIAUSAHA AGUNG

Dalam jawatannya sebagai Setiusaha Agung hendaklah:

18.8.1. Menyimpan Buku Daftar Ahli yang lengkap mengandungi bilangan ahli,nama,nombor kad pengenalan,alamat,tahun tamat pengajian dan tarikh menjadi ahli.

18.8.2. Menjalankan urusan surat-menyurat persatuan.18.8.3. Bersama Presiden dan/atau Bendahari Kehormat

menandatanangi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

18.8.4. Menyediakan minit mesyuarat (mesyuarat persatuan) dan laporan setiap aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 13

Page 14: Alumni Smskb

18.9. PENOLONG SETIUSAHA AGUNG

Dalam tempoh jawatannya sebagai Penolong Setiusaha Agung hendaklah:-

18.9.1. Menggantikan jawatan Setiusaha Agung sekiranya jawatan itu kosong atau Setiusaha Agung tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab-sebab tertentu.

18.9.2. Menjalankan arahan Setiusaha Agung.18.9.3. yimpan rekod dan dokumen persatuan.

18.10.BENDAHARI KEHORMAT

Dalam tempoh jawatannya sebagai Bendahari Kehormat hendaklah:

18.10.1. Bertanggungjawab di atas semua kira-kira kewangan persatuan.

18.10.2. Menyiap dan membentangkan Penyata Kewangan Persatuan dalam Mesyuarat Agung.

18.10.3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan-rancangan kreatif bagi memantapan ekonomi persatuan dan melaksanakannya.

18.11.AHLI-AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN LAIN18.11.1. Mesyuarat M.E.P. hendaklah menentukan jawatan dan

tugas(portfolio) bagi setiap ahli M.E.P. lain.18.11.2. Jawatan dan tugas yang dibentuk hendaklah bersesuaian

dengan matlamat dan tugas persatuan.

19. FASAL 19:PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagan boleh dipinda dengan undi majoriti daripada ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung bagi memantapkan persatuan.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 14

Page 15: Alumni Smskb

20. FASAL 20: PEMBUBARAN PERSATUAN20.1. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan dengan sendiri melainkan

dengan permohonan dan persetujuan sekurang-kurangnya empat per lima(4/5) daripada ahli yang mendaftar.

20.2. Jika sekiranya persatuan ini dibubarkan seperti yang disebut di atas,maka segala hutang dan tanggungjawab yang dibuat dengan halal bagi pihak persatuan hendaklah dijelaskan dengan jelas.

20.3. Baki wang yang tinggal boleh dibahagikan atau boleh disalurkan kepada badan-badan amal setelah mendapat persetujuan bersama.

21. FASAL 21:LARANGAN21.1. Sebarang bentuk aktiviti persatuan yang bercanggah dengan syariat

Islam adalah dilarang sama sekali.21.2. Persatuan tidak boleh menjalankan aktiviti luar atas nama sekolah

melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.21.3. Seseorang yang masih menuntut di sekolah tidak boleh diterima

sebagai ahli persatuan ini melainkan ia telah dibenarkan terlebih dahulu oleh Pengetua sekolah.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 15

Page 16: Alumni Smskb

OBJEKTIF PENUBUHAN1. MEMBINA SATU JARINGAN UKHUWAH YANG KUKUH.2. MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAMI.3. MEMBENTUK SAHSIAH AHLI.4. MENJADI MEDIUM PENGANTARA ANTARA AHLI DAN PIHAK SEKOLAH.5. MERANCANG DAN MELAKSANA PROGRAM YANG MEMBERI IMPAK

POSITIF KEPADA AHLI DAN SEKOLAH.

MATLAMAT PENUBUHAN1. MEWUJUDKAN SATU JARINGAN UKHWAH YANG MANTAP ANTARA AHLI.2. MENCAPAI PERSEFAHAMAN, KERJASAMA DAN KESEJAHTERAAN AHLI-

AHLI MENERUSI KEGIATAN PERSATUAN.3. MENJADI SALURAN PENGHUBUNG YANG DIAKUI ANTARA AHLI DAN AHLI

SERTA AHLI DAN SEKOLAH KE ARAH MEWUJUDKAN RASA CINTA KEPADA SEKOLAH.

4. MENYUMBANG TENAGA DAN IDEA KE ARAH KEMAJUAN DAN PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH.

5. MENYELARAS SEGALA PROGRAM DAN AKTIVITI SOSIAL SERTA KEGIATAN INTELEKTUAL BUAT FAEDAH AHLI.

6. MENJADI SATU BADAN PEMBENTUK SAHSIAH AHLI.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 16

Page 17: Alumni Smskb

FAEDAH PENUBUHAN 1. SUMBER INSPIRASI DAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR.2. WADAH MANTAN PELAJAR MENABUR BAKTI.3. MEMBINA DAN MEMBENTUK JATI DIRI SERTA MEMUPUK NILAI-NILAI

KOMPETENSI GENERIK.4. PELAJAR YANG BERSAHSIAH TINGGI MENJADI TULANG BELAKANG

KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH.5. MEMBANTU DAN MENGURANGKAN BEBAN PIHAK SEKOLAH MENGATASI

MASALAH BERKAITAN PELAJAR.

PROGRAM SULONGMAJLIS PENGENALAN PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

CADANGAN:BULAN SEPTEMBER- DISEMBER(SEBARAN MAKLUMAT PERSATUAN)

JANGKA MASA:4 BULAN

AHLI TERLIBAT:SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

OBJEKTIF:MEMBAWA PERSATUAN KE PENGETAHUAN UMUM

MAJLIS PENGENALAN: PENGHUJUNG BULAN DISEMBER

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 17

Page 18: Alumni Smskb

PERSETUJUAN PENUBUHAN

PERSATUAN ALUMNISEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 18

Page 19: Alumni Smskb

Surat Pengakuan Penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains

Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dengan ini saya,

Encik Zamri Bin Sabri, Penolong Kanan Akademik Sekolah Menengah Sains Kepala Batas bersetuju dengan penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas dengan harapan agar penubuhan persatuan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan pihak sekolah selain bekerjasama ke arah kemajuan dan peningkatan prestasi sekolah.

Yang benar,

………………………………………………

(EN ZAMRI BIN SABRI)Penolong Kanan Akademik,Sekolah Menengah Sains Kepala Batas,Pulau pinang.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 19

Page 20: Alumni Smskb

LAMPIRAN

Maksud logo Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

1. Bentuk Gear Menunjukkan kepentingan elemen fizik dalam bidang sains.

2. Atom Menunjukkan kepentingan elemen kimia dalam bidang sains.

3. Bentuk Glob Menunjukkan bentuk bumi serta kepentingan elemen biologi

dalam bidang sains.

4. Warna Biru Menunujukkan perpaduan yang sedia terjalin antara bekas

pelajar dengan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.

5. “PERSATUAN ALUMNI SMSKB” Menunjukkan nama organisasi iaitu “Persatuan Alumni Sekolah

Menengah Sains Kepala Batas”.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 20

Page 21: Alumni Smskb

SEKIANKERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 21

Page 22: Alumni Smskb

TERIMA KASIH

SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA AHLI MAJLIS

EKSEKUTIF PENCETUS“ALUMNI BERSATU, SMSKB MAJU”

KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMSKB Page 22