abdullah presiden angkasa majlis ...angkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/julai/maj...1...

32
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PENERANGAN DAN DIALOG KEPADA KOPERASI BARU UNTUK MENJADI AHLI ANGKASA 2019

Upload: others

Post on 30-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PENERANGAN DAN DIALOG

KEPADA KOPERASI BARU UNTUK

MENJADI AHLI ANGKASA 2019

2

ANJURAN

JPAN WILAYAH PERSEKUTUAN

25 JULAI 2019 (KHAMIS)

2.00 PETANG

KLIH, KL

3

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih Pengacara Majlis

4

Yang Berbahagia Encik Amran

Abd Kadir

Pengarah Suruhanjaya Koperasi

Malaysia

Wilayah Persekutuan

5

Yang Berbahagia

Tuan Haji Zulkifli Jamaludin

Pengerusi Jawatankuasa

Perhubungan ANGKASA Wilayah

Persekutuan

6

Yang Berusaha

Barisan Ahli Jawatankuasa

Perhubungan ANGKASA Wilayah

Persekutuan

Pegawai-pegawai ANGKASA Pusat

dan ANGKASA Wilayah

Persekutuan

7

Dato’-Dato’, Datin-Datin,Tuan-Tuan

dan

Puan-Puan yang dihormati sekalian.

1. Terima kasih kepada para

pemimpin/wakil koperasi yang

dapat melapangkan masa hadir

8

pada hari ini untuk bersama-sama

terlibat dalam Majlis Penerangan

dan Dialog Kepada Koperasi Baru

Untuk Menjadi Ahli ANGKASA 2019

anjuran JPAN Wilayah Persekutuan.

2. Melalui majlis ini, tuan-tuan dan

puan-puan yang mewakili koperasi

9

boleh mengetahui lebih lanjut

peranan yang dimainkan ANGKASA

dalam membantu gerakan koperasi

dan komuniti meningkatkan taraf

ekonomi koperasi seterusnya

menjadi penyumbang ekonomi

kepada negara.

10

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

• Kerajaan mengiktiraf ANGKASA

sebagai badan apeks yang

mewakili gerakan koperasi serta

berperanan menyebarkan

kefahaman jati diri dan

11

pengukuhan nilai serta prinsip

koperasi.

• Tanggungjawab untuk merangsang

dan membangunkan perniagaan

koperasi merupakan satu cabaran

yang besar kepada ANGKASA.

12

• Kita mensasarkan sektor koperasi

akan menjadi penyumbang

ekonomi yang berkesan kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) Malaysia menjelang tahun

2020.

13

• Sehingga Jun 2018, perangkaan

oleh SKM menunjukkan bilangan

koperasi adalah sebanyak 14,094

buah di seluruh negara yang

melibatkan jumlah keanggotaan

individu seramai hampir 6.7 juta

orang.

14

• Modal syer berjumlah RM14.781

billion dengan aset sebanyak

RM140.391 billion yang menjana

perolehan sehingga RM22.537

billion.

• Ini mewakili 4 atau 5 peratus

sumbangan sektor koperasi

15

terhadap KDNK negara yang

berjumlah kira-kira lebih RM1.353

trillion pada tahun 2017.

• Sektor koperasi mampu menjadi

sektor ketiga sekiranya satu

program tranformasi dilaksanakan

dengan mampan dan berkesan.

16

• Dari perspektif makro, sektor

koperasi mesti menjadi

penyumbang yang berkesan

kepada pembangunan ekonomi

negara.

• Dari perspektif mikro, koperasi boleh

menjadi penjana pertumbuhan

17

ekonomi, menjadi entiti perniagaan

yang kompetitif, mampu untuk

menjadi organisasi bantu diri yang

efektif dan peka serta proaktif

terhadap persekitaran.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

18

• Koperasi-koperasi yang berskala

mikro mewakili 87.8 peratus

daripada jumlah koperasi seluruh

negara. Koperasi mikro ini ialah

koperasi yang menjana perolehan

di bawah RM200,000 setahun.

19

• Perolehan keseluruhan koperasi

mikro di negara ini hanya kira-kira

RM274 juta setahun. Pada

kebiasaannya, koperasi baru yang

ditubuhkan, tergolong dalam

koperasi mikro.

20

• ANGKASA membangunkan Pelan

Strategik ANGKASA bagi

merealisasikan seruan kerajaan

untuk menjadikan sektor koperasi

sebagai kuasa ketiga ekonomi.

• Pembangunan Teras-teras Strategik

ANGKASA 2017 – 2050

21

memperkenalkan empat tonggak

utama iaitu:

i) Tonggak Ekonomi merangkumi

keupayaan kewangan ANGKASA

dalam memastikan kelestarian

kedudukan ANGKASA sebagai

badan apeks yang mampu

22

menjana dana bagi memperkasa

dan memperkukuh gerakan

koperasi sebagai sektor ketiga

penyumbang ekonomi negara.

ii) Tonggak Ekosistem merangkumi

pembangunan ekosistem

melibatkan koperasi-koperasi, pihak

23

kerajaan dan swasta serta lain-lain

pihak NGO yang mana ANGKASA

memainkan peranan penting

meneraju dan merangsang

penglibatan gerakan koperasi agar

berinovasi tinggi dan progresif

dalam bidang berkaitan sumber

manusia, pasaran, modal, undang-

24

undang, kemahiran teknikal dan

teknologi.

iii) Tonggak Tadbir Urus merangkumi

usaha membangun serta

meningkatkan daya saing

ANGKASA dan gerakan koperasi

melalui pelaksanaan tadbir urus

25

korporat serta perniagaan yang

akan memperkasakan integriti dan

profesionalisme ANGKASA bagi

melahirkan pemimpin pelapis

ANGKASA dan gerakan koperasi

melalui pelaksanaan

pembangunan modal insan yang

mampan.

26

iv) Tonggak Inovasi merangkumi

kerjasama simbiotik yang dinamik,

progresif dan mampan, dengan

ANGKASA meneraju penglibatan

gerakan koperasi melalui aktiviti

penyelidikan berinovasi tinggi

sejajar perkembangan teknologi

yang akan melestarikan

27

kepercayaan pihak kerajaan,

swasta, masyarakat umum dan

komuniti global terhadap ANGKASA

dan gerakan koperasi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

28

• Pada hari ini, gerakan koperasi perlu

ke hadapan untuk menjuarai

ekonomi masyarakat. Melalui

kesepakatan dan penyatuan yang

utuh, koperasi dan ANGKASA boleh

merealisasikan hasrat untuk

bersama-sama menjadi pemain

dan kuasa utama dalam

29

menentukan corak ekonomi negara

menjelang tahun 2020.

• Langkah pertama yang boleh

dilakukan ialah dengan menjadi ahli

ANGKASA dan menjadi sebahagian

daripada ‘keluarga besar’

ANGKASA seterusnya memberikan

30

sokongan dan kepercayaan penuh

kepada ANGKASA.

3. Akhir kata, sekali lagi terima

kasih kepada tuan-tuan dan puan-

puan yang menghadiri Majlis

Penerangan dan Dialog Kepada

Koperasi Baru Untuk Menjadi Ahli

31

ANGKASA 2019 anjuran JPAN

ANGKASA Wilayah Persekutuan kali

ini.

4. Terima kasih juga kepada

Jawatankuasa Perhubungan

ANGKASA Wilayah Persekutuan

32

yang memberikan kerjasama

dalam menganjurkan majlis ini.

Sekian.

Wabillahitaufik wal hidayah,

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.