1_k kursus mlk

45
TAKLIMAT KERJA KURSUS ZAHRIN BIN HJ ABU Penolong Pengarah Kanan Unit Peperiksaan SPM SPPMALN

Upload: wanikamil-sapar

Post on 02-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota kursus

TRANSCRIPT

  • TAKLIMAT KERJA KURSUS

    ZAHRIN BIN HJ ABU

    Penolong Pengarah Kanan
    Unit Peperiksaan SPM
    SPPMALN

  • CARTA PETUGAS PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

    LPM

    KPK

    JPN

    KPN

    KPKw

    KPS

    PS

  • KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)

    Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mempunyai kemahiran dalam pentadbiran dan pentaksiran bagi mengurus mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan, dan menyediakan laporan untuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)

    Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan-kelemahan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.

  • PENTAKSIR KAWASAN (PKw)

    Personel yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab mengesan kelemahan dan penyelewengan yang menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.

  • KETUA PENTAKSIR SEKOLAH

    Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas pentaksiran. Personel berkenaan bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara on line dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

  • PENTAKSIR SEKOLAH

    Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas pentaksiran. bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar skor calon yang telah diselaraskan ke LPM secara on line dan salinan bercetak dengan kerjasama Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
  • PENYELARASAN

    Penyelarasan merupakan satu proses yang dijalankan untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap skema penskoran, penggunaan yang betul bagi skema penskoran dan skor yang betul bagi setiap pelajar.

  • PENYELARASAN

    penyelarasan pentadbirankeselarasan dari segi dokumen, panduan pentaksiran, kaedah dan borang pentaksiranpengurusan skor memastikan konstruk, aspek, elemen, gred, markah dan skala skor yang seragam
  • Penyelarasan dilaksanakan oleh:

    Pentaksir KebangsaanPentaksir Negeri Pentaksir Kawasan Ketua Pentaksir sekolah
  • PEMANTAUAN

    Satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual pentaksiran yang ditetapkan.

  • TUJUAN PEMANTAUAN

    memastikan semua calon ditaksir mengikut dokumen atau panduan pentaksiran.memastikan pentaksiran dilakukan mengikut prosedur dan ketetapan yang dibuat dengan adil, sahih dan amanah.
  • Pemantau Luaran

    Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)Jemaah Nazir Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian (PPD/PPB)
  • Pemantau Dalaman

    PengetuaPenolong Kanan AkademikGuru CemerlangGuru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia
  • PENGESANAN

    Pengesanan ialah proses menilai program Kerja Kursus dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki Kerja Kursus.

  • Tugas & Tanggungjawab KPK

    Sebelum

    Memberi Taklimat dan mesyuarat kepada Ketua Pentaksir Negeri.

    Melawat sekolah

    Menjalankan penyelarasan.

    Mempengerusikan mesyuarat bersama pentaksir negeri.

    Menentukan agenda mesyuarat.

  • Tugas & Tanggungjawab KPK

    Semasa

    Berjumpa Pengetua Sekolah memaklumkan kehadiran

    Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah

    Selepas

    Mendapatkan laporan penyelarasan daripada pentaksir negeri.

    Menghantar laporan penyelarasan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Tugas & Tanggungjawab KPN

    Sebelum

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan

    Melawat Sekolah.

    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

    Semasa

    Menyediakan laporan penyelarasan

    Menyelaras skor calon di sekolah

  • Tugas & Tanggungjawab KPN

    Selepas

    Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada LPM.

    Menghantar laporan kepada pentaksir kebangsaan.

    Menghantar laporan penyelarasan kepada LPM.

    Menyelesaikan kes-kes khas

  • Tugas & Tanggungjawab PKw

    Sebelum

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat negeri.Menyelaras skor murid di sekolah.

    Semasa

    Mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan dalampentaksiran jika ada keraguan serta memaklumkan kepada pentaksir negeri.
  • Tugas & Tanggungjawab PKw

    Selepas

    Menghantar laporan kepada pentaksir negeriMenyelesaikan kes-kes khas
  • Tugas & Tanggungjawab KPS

    Sebelum

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan.Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada pentaksir Sekolah.

    Semasa

    Mengadakan penataran peringkat sekolahMentaksir kerja murid.Menyelaras skor murid di sekolah.
  • Tugas & Tanggungjawab KPS

    Selepas

    Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/ kawasan.

    Menyerahkan skor kepada SUP

    Memastikan setiap murid pindah di hantar ke sekolah baru.

    Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.

    Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat.

  • Tugas & Tanggungjawab KPS

    Selepas

    Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.

    Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM

    Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan

    Menyelesaikan kes-kes khas

  • Tugas & Tanggungjawab PS

    Sebelum

    Menghadiri mesyuarat penyelarasan.Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada murid

    Semasa

    Mentaksir kerja murid.Merekodkan skor murid di sekolah.
  • Tugas & Tanggungjawab PS

    Selepas

    Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh pentaksir negeri/ kawasan.

    Menyerahkan skor kepada KPS

    Memastikan setiap murid pindah di hantar ke sekolah baru.

    Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.

    Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat dan diserahkan kepada KPS.

  • Tugas & Tanggungjawab PS

    Selepas

    Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.

    Memastikan pentaksir sekolah memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM

    Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam urusan penyelarasan

    Menyelesaikan kes-kes khas

  • PENGURUSAN SKOR CALON

    Pentaksir mentaksir sesuatu aspek berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam aspek berkenaan dan dilakukan dengan sempurna oleh calon. Gred Skor diberi dengan membandingkan pernyataan kriteria bagi setiap aspek yang ditaksir menggunakan maklumat yang terdapat dalam Buku Panduan Pentaksiran.
  • Semua skor untuk setiap aspek yang ditaksir dicatat dalam Borang Penilaian Individu (BPI) untuk setiap calon. Skor keseluruhan untuk Elemen dimasukkan ke dalam Borang Kelompok Gred Elemen (BKGE)Borang Penilaian Individu (BPI) dan Borang Markah Calon hendaklah diperbanyakkan oleh pihak sekolah.Borang BPI dan BKGE yang telah lengkap dengan Skor perlu disimpan dan dipastikan keselamatannya kerana skor merupakan data peperiksaan di peringkat SPM.
  • PENGURUSAN SKOR CALON

    CALON PINDAH

    Memastikan sekolah baru yang dipilih menawarkan Kerja kursus yang sama dengan pilihan Kerja kursus yang diambil oleh mereka

    Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru calon.

  • PENGURUSAN SKOR CALON

    PENGHANTARAN MARKAH KE LPM

    Pihak sekolah memasukkan data gred markah calon yang telah diselaraskan secara On-Line pada awal bulan Ogos dan menghantar hasil cetakan komputer ke Jabatan Pelajaran Negeri pada hujung bulan Ogos.

    Jabatan Pelajaran Negeri menghantar cetakan komputer ke Lembaga Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir bulan September

  • SENARAI SEMAK PENYELARASAN

    Laporan Penyelarasan PentaksiranBorang Penyelarasan Markah CalonGraf Penyelarasan Pentaksiran ProjekBorang Pengesahan Penyelarasan PentaksiranCetakan MarkahBorang Tuntutan
  • PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KERJA KURSUS

  • Pemantauan

    Pemantauan pentaksiran adalah proses memastikan pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.

  • Objektif Pemantauan

    Memastikan kerja kursus/ projek dilaksanakan oleh semua calon.Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil.Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
  • Tugas Pemantau

    Memastikan kerja projek dilaksanakan seperti yang ditetapkan. Memastikan evidens dan dokumen disimpan di tempat yang selamat.Menyediakan laporan untuk perhatian Lembaga Peperiksaan Malaysia/ Jabatan Pelajaran Negeri.
  • PEMANTAU DALAMAN

    Pemantau dalaman adalah terdiri daripada pihak pentadbiran sekolah (Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Teknik dan Vokasional).

    Tugas pemantau dalaman ialah memastikan segala aktiviti pentaksiran kerja kursus mematuhi prosedur dan jadual perancangan pentaksiran yang ditetapkan.

  • Pemantau dalaman akan mengesahkan aktiviti pentaksiran pada ruangan yang disediakan pada BPI.

    Pemantau dalaman akan mengesahkan kehadiran penyelaras dengan menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras.

    Mengambil tindakan susulan terhadap laporan yang dikemukakan oleh pemantau luaran dan penyelaras luaran sekiranya ada.

  • Pemantau Luaran

    Pemantau luaran adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.Pemantau luaran akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada tarikh yang dijadualkan.
  • KERJASAMA JPN

    Perlantikan Penyelaras Kawasan

    Taklimat Pentaksiran dan Penyelarasan peringkat Negeri

    Pemantauan

  • CARTA ALIR

    PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    PERANCANGAN DI PERINGKAT LPM

    PENATARAN DI PERINGKAT JPN

    PENATARAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

    PELAKSANAAN

    PEMANTAUAN

    LAPORAN

    LAPORAN DAN CADANGAN

    PENYELARASAN

    LAPORAN

    PENGESANAN

    LAPORAN

    PENAMBAHBAIKAN

    PENATARAN DI PERINGKAT PPB/D

  • CARTA PENGOPERASIAN PENYELARASAN

    Menghadiri Taklimat Penyelarasan

    Merancang Jadual Penyelarasan

    Membuat Lawatan Penyelarasan

    Menyediakan Laporan Penyelarasan

    Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN

    Menghadiri Mesyuarat Pasca penyelarasan

    Masalah?

    Menghantar Laporan ke LPM

    Ada

    Tiada

  • CARTA PENGOPERASIAN PEMANTAUAN

    Menghadiri Taklimat Pemantauan

    Merancang Jadual Pemantauan

    Membuat Lawatan Pemantauan

    Menyediakan Laporan Pemantauan

    Menghantar Laporan ke Sekolah dan JPN

    Menghadiri Mesyuarat Pasca pemantauan

    Masalah?

    Menghantar Laporan ke LPM

    Ada

    Tiada

  • Petikan ucapan Pengarah Peperiksaan

    Persidangan Pegawai Kanan Peperiksaan Dan Unit Penilaian Peperiksaan JPN Kali ke 44

    Untuk mengurus dunia hari ini kepandaian sahaja tidak mencukupi. Untuk itu, tugas kita ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang bijaksana. Dengan kebijaksanaannya, ia mampu menjangkau dengan mata hati, dapat melihat petanda-petanda awal sesuatu yang akan berlaku dan mampu bertindak dengan betul, tepat dan cepat bagi menghalang sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.